orkid negara di taman orkid, tarikan lebih banyak

4

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Orkid Negara di Taman orkid, tarikan Lebih banyak

POLIS sedang menyiasat satu pe-langgaran data di syarikat peruncit perabot setempat, Vhive, yang menyebabkan maklumat peribadi pelanggan terbocor seperti nombor telefon dan alamat.

Dalam satu pos Facebook pada 29 Mac, Vhive berkata bahawa sistem pelayannya telah dicerobohi pada 23 Mac dan ia sedang bekerja-sama dengan polis dan pihak berku-asa relevan lain serta penyiasat fo-rensik teknologi maklumat untuk menyiasat kejadian itu.

Antara maklumat yang terjejas dalam pencerobohan itu adalah na-ma pelanggan, alamat e-mel dan fi-zikal serta nombor telefon.

Tetapi, ini tidak termasuk nom-bor pengenalan atau maklumat ke-wangan, kata syarikat tersebut.

“Semua rekod kewangan ber-kaitan dengan pembelian di Vhive disimpan dalam sistem berasingan yang tidak dicerobohi.

“Kami mohon maaf di atas keja-dian ini dan bersedia membantu an-da jika memerlukan bantuan sege-

ra,” ujar Vhive kepada pelanggan-nya.

Pemeriksaan pada tengah hari semalam menunjukkan bahawa sis-tem pelayan e-mel Vhive masih lagi terjejas, ujar laporan The Straits Times (ST).

Laman webnya hanya menun-jukkan satu maklumat mengenai se-rangan siber, manakala kedainya di wadah beli-belah dalam talian La-zada dan Shopee aktif.

Kumpulan penggodam, Altdos, yang beroperasi di Asia Tenggara, mengaku bertanggungjawab atas pelanggaran data itu.

Dalam satu e-mel semalam kepa-da pelanggan terjejas, Altdos berka-ta ia dapat mencerobohi Vhive se-banyak tiga kali dalam masa sembi-lan hari dan mendakwa mencuri maklumat berkaitan dengan 300,000 pelanggan serta hampir 600,000 rekod urus niaga.

Kumpulan itu berkata ia akan membocorkan 20,000 rekod pe-langgan setiap hari sehingga tuntut-an dibuatnya dipenuhi oleh pihak pengurusan Vhive.

PENGUNJUNG yang melawat Sembcorp Cool House di Taman Orkid Negara mungkin merasakan diri mereka dibawa ke konserva-tori sejuk atau “hutan awan” de-ngan udara dingin, air terjun dan orkid dari serata negara.

Kemudahan itu merupakan satu daripada permata Tropical Mon-tane Orchidetum baru, yang dibuka oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.

Ia dilancarkan selepas kerja pe-ningkatan menyeluruh pada Ta-man Orkid Negara yang dikendali-kan Lembaga Taman Negara (NParks) mulai 2017 dan menelan belanja sekitar $35 juta.

Kerja-kerja peningkatan itu di-jangka siap pada 2019 tetapi ter-tangguh ekoran rekaan dan cabar-an teknikal serta pandemik Covid- 19.

Tempat tarikan itu direka untuk mereplikasikan simulasi pengala-man mendaki hutan pergunungan tropikal dan menampilkan orkid serta tumbuh-tumbuhan lain.

Hutan pergunungan atau ‘mon-tane’ yang juga dikenali sebagai hu-tan awan, mencerminkan rupa bu-mi yang didapati di kawasan pergu-nungan, sebuah sekitaran yang ti-dak didapati di Singapura.

Sembcorp Cool House direka untuk meniru hutan pergunungan yang hanya terdapat pada ketinggi-an antara 1,000 meter dengan 2,000 meter, dengan suhu antara 16 darjah Celsius dengan 23 darjah Celsius.

Hutan pergunungan tinggi meru-pakan antara ekosistem paling ter-ancam di dunia.

Orkid yang terdapat di hutan itu termasuk spesis yang khusus kepa-da sesebuah rantau dan tidak boleh didapati di sebarang negara lain.

Memasuki Taman Orkid Negara adalah percuma bagi rakyat, pendu-duk tetap dan mereka yang tinggal di Singapura termasuk pemegang pas kerja antara 3 dengan 11 April.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang turut menghadiri majlis pembukaan itu semalam berkata:

“Peningkatan itu membolehkan NParks terus meluaskan lagi keupa-yaannya dalam pembiakan orkid,

pemuliharaan dan penyelidikan yang akan memanfaatkan kedua-dua Singapura dan dunia.

“Ini merupakan contoh terbaik bagaimana Singapura dapat melebi-hi keupayaannya dan memainkan peranan dalam usaha pemuliha-raan biodiversiti global.”

Menurutnya kebanyakan orkid ini diancam ekoran kehilangan habi-tat dan perubahan iklim.

Justeru, selain membolehkan pengunjung menghargai orkid yang jarang dijumpai ini, ia juga memain-kan peranan penting dalam usaha pemuliharaan orkid yang kian ter-ancam.

Sebanyak 1,500 jenis spesis or-kid dan 3,000 jenis hibrid orkid ter-dapat di Taman Orkid Negara, kenaikan 50 peratus daripada sebe-lum bermulanya kerja-kerja pening-katan.

Polis siasat pelanggaran data syarikat

perabot Vhive

Lebih banyak orkid, tarikan

di Taman Orkid Negara

COVID-19 DI SG 3 APRIL

Baru: 18Dalam masyarakat: 1Import: 17Di dormitori: 0Kematian: 30Keseluruhan: 60,468(Hingga 12 tengah hari semalam)Laporan terkini kes Covid-19 tempatan di www.bh.sg

CANTIK DAN MENAWAN: Pelbagai spesis orkid dapat dilihat di Tropical Montane Orchidetum yang dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) dan dihadiri Encik Desmond Lee. Ia direka khas untuk mereplikasikan simulasi pengalaman mendaki hutan pergunungan tropikal dan menampilkan orkid serta tumbuh-tumbuhan lain (gambar bawah). – Foto-foto BM oleh GIN TAY

Call 6289 8822 ore-mail [email protected] to place

your Change of Address Notices

BERITA

Berita Minggu | 4 April 2021 3

Page 2: Orkid Negara di Taman orkid, tarikan Lebih banyak

BERITA

EZULAIQAH ABDUL [email protected]

BAGI membantu keluarga dan warga emas Melayu/Islam yang mu-dah terjejas di Pasir Ris-Punggol me-nangani cabaran pandemik Covid--19 sepanjang Ramadan ini, satu kempen bantuan telah dilancarkan rangkaian M3@Pasir Ris-Punggol di laman Facebook-nya semalam.

Dinamakan Kempen ‘Ramadan Care’, ia bertujuan memaparkan ke-prihatinan dan membawa keceriaan kepada sambutan Hari Raya Aidilfit-ri masyarakat Melayu/Islam di ka-wasan tersebut.

Kempen itu berlangsung mulai 17 April hingga 30 Mei ini,

Ini merupakan kali pertama kem-pen tersebut, yang diterajui Jawatan-kuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Pasir Ris-Punggol, dian-jurkan di kawasan itu.

Anggota Parlimen dan penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha memberitahu Berita Minggu semalam bahawa ra-mai penduduknya bekerja dalam sektor penerbangan dan sektor min-yak dan gas serta kehilangan peker-jaan dan pendapatan semasa pande-mik Covid-19.

Disebabkan itu, Encik Sharael menambah ramai antara mereka menceburi perniagaan dari rumah (HBB) untuk menjana pendapatan.

Justeru, Kempen ‘Ramadan Care’, dengan kerjasama aplikasi penghantaran makanan Pacquetz, mengadakan e-bazar Ramadan un-tuk membawa HBB halal di Pasir Ris-Punggol ke platform digital, di mana pesanan, penghantaran dan pembayaran dibuat melalui aplikasi itu.

“Ramai kakitangan penerbangan dan mereka yang dibuang kerja ber-alih ke perniagaan dari rumah dan (e-bazar Ramadan) adalah satu per-cubaan untuk membantu mereka se-masa bulan Ramadan ini,” kata En-cik Sharael.

Lebih 20 HBB telah mengambil bahagian dalam usaha tersebut, kongsinya.

Selain itu, Kempen ‘Ramadan Care’ juga mengadakan rancangan masak-memasak maya yang distrim secara langsung di Facebook setiap petang Sabtu sepanjang Ramadan, untuk menggalak masakan sihat ba-gi berbuka puasa.

Rancangan selama empat episod itu akan dihoskan Cef Bob dan En-cik Sharael dengan seorang tetamu undangan setiap minggu, iaitu Men-teri Kanan, Encik Teo Chee Hean, penasihat akar umbi GRC Pasir-Ris Punggol Cik Yeo Wan Ling dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan.

Pengagihan bento dan pek keper-luan dapur M3 juga akan dijalankan setiap hujung minggu sepanjang Ra-madan.

Sukarelawan dari MAEC GRC Pasir Ris-Punggol dan Kelab Masya-rakat SMC Punggol West, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Islah akan ke rumah-rumah untuk meng-agihkan pek keperluan dapur dan bento kepada warga emas dan kelu-arga mudah terjejas yang memerlu-kan.

“Ia adalah tempoh yang sukar un-tuk semua. Saya harap penduduk yang memerlukan bantuan menda-pat bantuan yang diperlukan mene-rusi program mendekati masyarakat ini.

“Pada masa yang sama, kami harap kegiatan ini juga akan mendo-rong lebih ramai untuk menjadi su-karelawan untuk menyumbang kem-bali kepada masyarakat dan mem-bantu mereka dalam kesusahan,” tambah Encik Sharael.

Kempen itu akan menutup tirai-nya dengan sambutan Aidilfitri da-lam talian yang dinamakan Jalinan Mesra Aidilfitri, anjuran MAEC di Pasir Ris-Punggol pada 30 Mei.

PASUKAN Polis Singapura telah menahan seramai 207 lelaki dan 122 wanita, berusia antara 16 den-gan 80 tahun, menyusuli satu opera-si penguatkuasaan selama dua ming-gu.

Mereka kini sedang membantu dalam siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan sama ada se-bagai pelaku yang menipu atau se-bagai ‘keldai wang’ (money mule).

Dalam satu kenyataan semalam, polis menyatakan pegawainya yang terlibat dalam operasi itu merangku-mi pegawai Jabatan Ehwal Komer-sial (CAD) dan tujuh divisyen darat polis.

Operasi itu dijalankan antara 27 Mac dengan 9 April lalu.

Suspek dipercayai terlibat dalam 534 kes penipuan, kebanyakannya merupakan penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan pen-yamaran pegawai dari China, peni-puan pelaburan, penipuan wadah perjudian palsu dan penipuan pinja-man, dengan mangsa dilaporkan ke-hilangan lebih $9.3 juta.

Suspek juga disiasat atas kesalah-an menipu, pengubahan wang ha-ram atau menyediakan khidmat pin-jaman tanpa lesen.

Kesalahan menipu boleh memba-wa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sementara kesalahan pengubah-an wang haram membawa huku-man penjara hingga 10 tahun dan denda hingga $500,000, atau kede-duanya.

Kesalahan perniagaan menyedia-kan sebarang khidmat pembayaran tanpa lesen di Singapura akan dike-nakan denda $125,000 atau huku-man penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kededuanya.

“Polis memandang serius terha-dap mereka yang terlibat dalam pe-nipuan, dengan pelaku akan dikena-kan tindakan sesuai dengan undang-undang,” kata kenyataan polis itu.

“Demi mengelakkan diri daripa-da bersubahat dalam perbuatan je-nayah, orang ramai mesti menolak permintaan orang lain untuk meng-gunakan akaun bank atau talian tele-fon mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia ada kaitan dengan urusan jenayah atau haram.”

Orang awam boleh melayari www.scamalert.sg or hubungi talian antipenipuan 1800-722-6688 untuk maklumat lanjut.

Kempen ‘Ramadan Care’ bantu penduduk Pasir Ris-Punggol tangani Covid-19 dilancar

$9.3j lenyap dalam 534 kes penipuan

di Singapura

HULUR BANTUAN: Encik Sharael (kiri) bersama relawan semasa pengagihan pek keperluan dapur untuk penduduk GRC Pasir Ris-Punggol pada Ramadan tahun lalu. – Foto M3@PASIR RIS-PUNGGOL

“Ramai kakitangan penerbangan dan mereka yang dibuang kerja beralih ke perniagaan dari rumah dan (e-bazar Ramadan) adalah satu percubaan untuk membantu mereka semasa bulan Ramadan ini...

Ia adalah tempoh yang sukar untuk semua. Saya harap penduduk yang memerlukan bantuan mendapat bantuan yang diperlukan menerusi program mendekati masyarakat ini.”

– Anggota Parlimen dan penasihat akar umbi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.

Lindungi diri anda danorang-orang tersayang

Vaksin COVID-19 sesuai untukmereka yang mengalami:• Penyakit kronik seperti penyakitjantung, tekanan darah tinggi,kolesterol tinggi dan kencing manis• Tindak balas alahan yang tidakteruk terhadap ubat-ubatan,makanan atau gigitan serangga• Ekzema atau penyakit lelah• Kekurangan enzim G6PD• Sedang mengambil ubat-ubatanTCM• Sedang menjalani dialisis ginjal• Sedang mengambil ubat-ubatanpencair darah secara tetap ataumengalami gangguan perdarahanatau antikoagulasi yang masihterkawal

Dapatkan suntikan vaksin agaranda dapat melindungi merekayang tidak dapat mengambilnya,contohnya mereka yang• Berusia bawah 16 tahun• Sedang hamil• Mengalami sistem daya tahantubuh yang amat lemah, contohnya,disebabkan pemindahan organbaru-baru ini atau sedang menjalanirawatan barah• Mempunyai sejarah tindak balasalahan yang mengancam nyawa

Jika anda kurang pasti tentangkeadaan kesihatan anda,dapatkan nasihat doktor andasebelum mendaftar bagi menjalanivaksinasi.Untuk maklumat lanjut, lungsurilelaman vaccine.gov.sg atauhubungi talian 1800-333-9999

Saya ada kencing manis.Bolehkah saya ambil vaksin?

Dan saya pula adatekanan darah tinggi.

Vaksin COVID-19sesuai untuk awakberdua, termasuk

suami awak…

… yang ada alahan ringanselepas kita nikmati

makanan laut semasamakan tengah hari tadi.

Tapi suami sayatak ada sebarang alahan.

Ah, tengok tu!

Rupanya cucu kami bermain dengan pen merah!

Berita Minggu | 11 April 2021 3

Page 3: Orkid Negara di Taman orkid, tarikan Lebih banyak

Vaksinasi COVID-19 melindungi diri anda dan orang-orang tersayang.

Semakin ramai orang mendapatkan suntikan vaksin, semakin selamat jugalah kita. Walaupun kita telah mendapatkan vaksinasi, kita harus terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan menjaga kebersihan diri.

Marilah kita sentiasa berwaspada dan amalkan tanggungjawab sosial.

Jangan lupa:• Pakai pelitup apabila berada di luar rumah anda dan gunakan aplikasi/token TraceTogether

• Amalkan jarak selamat dan tahap kebersihan yang tinggi

• Jumpa doktor jika anda kurang sihat dan duduk di rumah

Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman vaccine.gov.sg atau hubungi talian 1800-333-9999

Pelitup untuk encik?$5 saja.

AHH! Baiklah, ini $5!

Sekarangharganya $25.

Tak perlu.

Terus amalkan langkah-langkah pengurusanselamat selepas vaksinasi

Saya baru saja dapat suntikan vaksin, maknanya saya tak

perlu pakai pelitup lagi.

Boleh tak awakberdiri satu meter

dari saya?

Saya dah disuntik.Risiko saya dijangkiti

COVID-19 rendah.

Sebab itulah masih wajibpakai pelitup, kalau tak

awak akan didenda.

Jadi? Risiko rendah tidakbermakna tiada risiko!

Pegawai Penguatkuasadah datang!

Page 4: Orkid Negara di Taman orkid, tarikan Lebih banyak

• Semua vaksin COVID-19 yang diluluskan bagi kegunaan di Singapura adalah selamat dan berkesan.

• Dengan menggunakan piawaian-piawaian ketat antarabangsa, Penguasa Sains Kesihatan (HSA)telah membuat penilaian bahawa semua vaksin yang diluluskan untuk kegunaan sudah memenuhi piawaian bagi keselamatan dan keberkesanan. Oleh itu, anda tidak perlu memilih jenama vaksin untuk vaksinasi.

• Penting untuk mendapatkan perlindungan daripada COVID-19 seawal mungkin.

• Tempah janji temu anda di pusat-pusat vaksinasi dan pilih slot paling awal.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri lelaman vaccine.gov.sg atau hubungi talian 1800-333-9999

Vaksin-vaksin COVID-19adalah selamat dan berkesan

Kita nak pilih vaksin yang mana satu?

…dan kita dapat elak reaksi yang tak diingini daripada sesetengah orang yang dah

disuntik!

Reaksi apa?

Saya dah disuntik!Cemburu tak?

Menunjuk-nunjuk.

Mari kita pilih slot paling awal, jadi kita lebih

cepat dapat perlindungan daripada

COVID-19 …

Tak perlu pilih sebab semua vaksin COVID-19

di sini selamat dan berkesan.

Lebih baik kita buatjanji temu untuk dapatkan

suntikan vaksin.