artikel kajian 2015

14
Penggunaan 'TOnes Cards' (TOC) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Operasi Tolak Nombor Hingga 50 Yang Melibatkan Pengumpulan Semula Oleh Nor Idzma binti Mohamad [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang murid Tahun 1 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah segamat Johor. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti dalam sesi rawatan disusun secara berperingkat dengan menggunakan bahan manipulatif ini dapat menarik minat dan perhatian murid. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian , rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Analisis ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek kajian. Penyemakan data turut dibuat menggunakan Triangulasi kaedah. Bedasarkan hasil pemerhatian, rekod kemajuan murid dan temubual mendapati bahawa penggunaan "TOnes Card' ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula, bahan manipulatif. ABSTRACT This action research was undertaken to assist the three pupils in Year 1 in improving operational skills mastery minus involving regrouping using ' Tones Card ' . The target group consists of Year 1 pupils in a primary school in the area Segamat Johor . In this action research, activity in the treatment sessions are arranged in stages using manipulative materials can attract the interest and attention of students. Data were collected and analyzed through a pre-test and post-test , observation , student progress records and interviews . Analysis of pre-test and post-test showed that there was an increase in scores for all three subjects. Revision of data were made using triangulation method . Based on the results of observations , student progress records and interviews found that the use of " Tones Card ' is effective in improving the proficiency of operations minus involving regrouping. Keywords : ' Bones Card ' , minus operating , regrouping , manipulative materials . 1

Upload: noridzmamohamad

Post on 02-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Penggunaan 'TOnes Cards' (TOC) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Operasi Tolak Nombor Hingga 50 Yang Melibatkan Pengumpulan Semula

OlehNor Idzma binti [email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang murid Tahun 1 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah segamat Johor. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti dalam sesi rawatan disusun secara berperingkat dengan menggunakan bahan manipulatif ini dapat menarik minat dan perhatian murid. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian , rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Analisis ujian pra dan ujian pasca mendapati bahawa terdapat peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek kajian. Penyemakan data turut dibuat menggunakan Triangulasi kaedah. Bedasarkan hasil pemerhatian, rekod kemajuan murid dan temubual mendapati bahawa penggunaan "TOnes Card' ini berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula, bahan manipulatif.

ABSTRACTThis action research was undertaken to assist the three pupils in Year 1 in improving operational skills mastery minus involving regrouping using ' Tones Card ' . The target group consists of Year 1 pupils in a primary school in the area Segamat Johor . In this action research, activity in the treatment sessions are arranged in stages using manipulative materials can attract the interest and attention of students. Data were collected and analyzed through a pre-test and post-test , observation , student progress records and interviews . Analysis of pre-test and post-test showed that there was an increase in scores for all three subjects. Revision of data were made using triangulation method . Based on the results of observations , student progress records and interviews found that the use of " Tones Card ' is effective in improving the proficiency of operations minus involving regrouping.

Keywords : ' Bones Card ' , minus operating , regrouping , manipulative materials .

KONTEKSSepanjang tempoh mengajar murid Tahun satu ini saya mendapati subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk difahami oleh murid Tahun Satu. Tidak seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang lebih abstrak dan menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya masalah dalam tajuk operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan beberapa orng murid. kajian ini adalah untuk melihat membantu murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran menolak dua nombor yang melibatkan proses mengumpul semula. Kesalahan ketara yang dibuat oleh murid-murid ini dalam menolak menggunakan bentuk lazim ialah menggunakan nombor yang besar untuk menolak nombor yang kecil tanpa mengambil kira proses pengumpulan semula dan tidak mengumpul semula nilai 10 dengan nilai sa yang sedia ada setelah mengambil 1 dari rumah puluh. Murid dilihat mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun cara tersebut salah. Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah cabaran baharu untuk saya dan saya rasa tiba masanya untuk saya mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Penyelesaian isu ini bukan sahaja penting kepada saya sebagai seorang guru matematik, namun juga penting kepada anak-anak murid saya kerana penyelesaian isu ini akan membawa kepada peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran tolak ini akan membantu mereka menguasai kemahiran matematik yang lain seperti operasi bahagi dan penyelesaian masalah.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun 1 ini saya mendapati subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk difahami oleh murid Tahun 1 di sekolah ini. Tidak seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya masalah dalam tajuk operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa. Hal ini dapat dikesan melalui pemerhatian, dan semakan hasil kerja murid serta ketika sesi soal jawab di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid menghadapi masalah ini namun timbul tanda tanya di hati saya mengapa hal ini boleh berlaku terhadap beberapa orang murid. Oleh kerana sudah agak lama mengajar murid tahap 2, pada mulanya saya beranggapan kesilapan yang berlaku akibat kecuaian semata seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2 namun setelah diteliti kesilapan itu berpunca dari salah tanggapan konsep atau miskonsepsi. Antara miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid tidak faham unsur pinjam atau ambil untuk dikumpulkan semula di dalam nilai tempat yang betul. Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid kerana ia melibatkan kemahiran pertukaran antara nilai tempat dan gabungan nilai asal dengan nilai yang dipinjam. Melalui permerhatian saya, murid cenderung menolak secara sembarangan dengan mengabaikan fungsi nilai tempat. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula ialah murid perlu menguasai kemahiran mengenal nilai tempat dan nilai digit bagi nilai tempat tersebut, perubahan nilai yang berlaku apabila berlakunya pertukaran nilai tempat, kemahiran menambah dan kemahiran asas tolak dalam lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan mengumpul semula dimana nilai 10 yang dipinjam dan tambah nilai asal yang ada telah diajar di dalam kelas, namun masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula.

Fokus Kajian

Dalam Matematik, terdapat empat jenis operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi tambah merupakan operasi yang paling mudah difahami dan dipelajari oleh murid-murid. Masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Murid seringkali mencampur adukan atau keliru dengan operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan penolakan ataupun murid hanya tahu menolak nilai kecil daripada nilai besar sahaja. Kemahiran menolak adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini dari peringkat asas, maka mereka akan menghadapi masalah apabila kemahiran operasi asas seperti tolak ini semakin berkembang dengan menggunakan nombor yang lebih besar. Selain itu sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini, murid ini akan menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran seterusnya seperti operasi bahagi dan operasi bergabung. Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah mengenal pasti tiga orang murid yang dipilih sebagai subjek kajian . Mereka dipilih kerana kesalahan yang mereka lakukan adalah sama semasa menjawab soalan Ujian Diagnostik yang diberikan. Ketiga-tiga subjek kajian ini boleh melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula tetapi menghadapi masalah dalam kemahiran menolakyang melibatkan pengumpulan semula. Dalam kajian ini saya telah memilih penggunaan 'TOnes Card' untuk membantu subjek kajian menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.'Tones Card' ialah set kad jalur nilai puluh dan kad nilai sa. Bahan ini dibina menggunakan warna yang terang bagi menarik minat dan perhatian subjek kajian. Bahan ini dipilih kerana penggunaan bahan manipulatif amat sesuai bagi pembelajaran pada peringkat umur seperti mereka iaitu 6 hingga 7 tahun (Jean Piaget,1970). 'TOnes card' juga dsertakan dengan tapak bentuk lazim untuk membantu mereka mengenal nilai tempat dan memudahkan proses mengumpul semula.

Kad nilai sa

Kad jalur nilai puluh

Tapak bentuk lazim

Rajah 2: Contoh 'TOnes Card' dan tapak bentuk lazim yang digunakan

Tinjauan literatur

Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul,kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Sering berlaku kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana guru selalu beranggapan bahawa muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan mudah melalui penerangan semata-mata. Hal ini menyebabkan berlakunya salah faham atau miskonsep di kalangan murid-murid. Salah satu kelemahan dalam operasi asas ini yang dikenalpasti ialah operasi tolak dengan mengumpul semula. Ia bersifat abstrak dan sukar difahami oleh murid terutama murid tahun satu. Walaupun murid telah menguasai operasi tolak yang melibatkan dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula, mereka masih menghadapi masalah tidak memahami nilai pertukaran antara nilai tempat semasa proses mengumpul semula (Cauley,1987).

Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981) Konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama ialah peringkat konkrit diikuti oleh peringkat gambar kemudian peringkat separa konkrti dan barulah peringkat abstrak( Mok Soon Sang, 2005). Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang dipelajari. Bagi Mengatasi masalah operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan penggunaan Bahan manipulatif juga telah digunakan dalam kajian yang dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012)..

Dalam kajian ini saya memilih untuk menggunakan bahan manipulatif iaitu penggunaan kad mengikut nilai tempat (TOnes Cards) bagi membantu murid menguasai kemahiran penukaran nilai tempat sebelum menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula ini. Bahan manipulatif ini dipilih oleh saya kerana ia merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada deria manusia terutama kanak-kanak, yang sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk : mengkaji kesan penggunaan 'TOnes Cards' dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula di kalangan 3 orang murid tahun 1.

Soalan KajianKajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula.

ii. Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula.

Kumpulan Sasaran.Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tahun Satu dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Segamat Johor. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan pada 27 Januari 2015. Subjek kajian ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berbangsa melayu.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Dalam kajian ini saya menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart sebagai asas kepada pelaksanaan kajian. Menurut Kemmis dan Mc Tagagart (1988), kajian tindakan merupakan satu proses kitaran dan berterusan.

Perancangan Tindakan

Post (1992) mengatakan bahawa penambahan dan penolakan merupakan dua operasi yang pertama sekali dikemukan kepada murid dalam pembelajaran Matematik mereka secara formal. Jadi, penguasaan kemahiran penolakan asas adalah penting untuk menarik minat murid dan membentuk cara berfikir secara matematik. Sekiranya kemahiran asas ini tidak dapat dikuasai, bagaimana mereka hendak memahami dan mempelajari tajuk yang seterusnya nanti? Dengan ini, saya telah mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar yang dapat saya gunakan dalam membantu murid saya yang bermasalah dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Justeru itu saya mula merancang dan membina bahan manipulatif yang saya namai 'TOnes Card' iaitu set kad jalur nilai puluh dan kad nilai sa yang disertakan dengan tapak bentuk lazim. Selain itu saya juga turut menyediakan instrumen-instrumen yang akan digunakan untuk kajian ini seperti soalan ujian pra dan ujian pasca, borang pemerhatian dan soalan-soalan untuk sesi temubual.

Pelaksanaan Tindakan

Setelah selesai menyediakan instrumen-instrumen yang diperlukan, saya melangkah ke kitaran kedua iaitu bertindak. Saya mula bertindak dengan mengadakan ujian diagnostik pada 27 Januari 2015 dan hasilnya saya telah memilih 3 orang murid untuk dijadikan subjek kajian. Setelah memilih subjek kajian, ujian pra dan sesi temubual pertama telah dilaksanakan untuk mendapatkan data awal sebelum sesi rawatan dijalankan. Saya telah mengadakan empat sesi rawatan bersama subjek kajian.

Sesi rawatan pertama adalah sesi pengenalan antara subjek kajian dengan penggunaan 'TOnes Card'. Subjek kajian juga diperkenalkan dengan tapak bentuk lazim. Dalam sesi ini saya memberi penerangan tentang kad jalur nilai puluh dan kad nilai sa sebelum tata cara menggunakan 'TOnes Card' ditunjukkan. Pemahaman tentang nilai tempat adalah sangat penting bagi membantu mereka dalam proses mengumpul semula. Sebelum menggunakan 'TOnes Card' soalan berbentuk ayat matematik akan diberi dan subjek kajian dibimbing menulis soalan tersebut pada tapak bentuk lazim dan meletakkan kad jalur nilai puluh (Tens card) dan kad nilai sa(Ones card) pada kedudukan yang betul. (Rujuk rajah 3).

Rajah 3: Subjek kajian dibimbing ketika menulis soalan yang diberi dalam tapak bentuk lazim dan menyusun 'TOnes Card'

Setelah itu barulah subjek kajian didedahkan dengan cara pengumpulan semula menggunakan 'TOnes Card'. Menggunakan 'TOnes Card' subjek kajian akan dapat melihat dengan jelas bilangan kad sa sebelum menentukan sama ada boleh tolak atau perlu kepada pengumpulan semula. Untuk pengumpulan semula, subjek kajian perlu ambil 1 kad jalur nilai puluh dan dibawa ke dalam rumah sa dan menjumlahkan semua sa. Setelah itu bolehlah ditolak dengan cara mencabut atau mengeluarkan bilangan yang hendak ditolak. Tulis jawapan yang dipeolehi diruang jawapan. Ulang langkah penolakan pada nilai tempat puluh dan tuliskan jawapan pada ruang jawapan.

Rajah 4: Subjek kajian dibimbing menjawab soalan yang diberi menggunakan 'TOnes Card'

Kaedah Mengumpul Data

Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra diberi kepada sampel kajian sebelum tindakan pembelajaran menggunakan kaedah 'TOnes Cards' ini dilaksanakan. Dalam kajian ini saya telah memastikan kertas ujian bagi kedua-dua ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) adalah sama dan setara dari segi soalan, peruntukan masa dan situasi ujian.Ujian Pra diberi kepada sampel kajian sebelum sesi rawatan dilaksanakan menakala Ujian Pasca selepas sesi rawatan menggunakan kaedah 'TOnes Cards' selesai di jalankan. Data daripada ujian ini juga di kumpul dan dianalisis untuk melihat sejauh mana penggunaan kaedah rawatan yang dipilih dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh sampel kajian.

Pemerhatian.Kaedah pemerhatian tertumpu kepada pemerhatian sepanjang proses rawatan berlangsung. Pemerhatian dilakukan melalui senari semak dan rakaman foto serta video. Dr Fadhillah(2008) menyatakan pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan orang lain. Kaedah pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk tujuan pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji. Penggunaan senarai semak adalah untuk mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi pengetahuan, sikap, dan kebolehan subjek kajian. Sepanjang aktiviti proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalam lokasi yang dipilih, respon subjek kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan. Gambar diambil semasa mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula untuk di telti. Senarai semak ditanda semasa dan selepas sesi rawatan berdasarkan rakaman foto dan video. Sepanjang sesi rawatan pemerhatian dilakukan oleh saya sendiri dan dengan bantuan orang lain. Butiran pemerhatian akan dicatat di dalam borang catatan pemerhatian yang disediakan.

Temu bual murid Menurut Chow dan Jaizah (2012), temubual adalah satu teknik yang amatberkesan untuk meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai, dan pendapatnya. Untuk kajian ini, saya menggunakan temu bual berstuktur kerana saya ingin mendapatkan pendapat dan tahap penguasaan subjek kajian dalam masalah yang dihadapi. Temu bual berstruktur juga difikirkan sesuai dengan tahap keupayaan murid saya. Soalan-soalan dalam sesi temu bual telah disediakan terlebih dahulu dengan merujuk kepada dua kajian yang lepas (Ra Fiona Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012)). Temubual diajalankan sebelum dan selepas sesi rawatan dijalankan. Hasil dari temu bual ini turut dijadikan sokongan untuk menunjukkan sama ada murid berminat dan menguasai kaedah dan bahan 'TOnes Card' yang digunakan dalam kajian ini. Selain itu, saya menemubual seorang dari subjek kajian pada satu masa supaya subjek kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian yang lain. Objektif temubual adalah untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan kajian iaitu bagaimana 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Saya menggunakan rakaman foto, dan catatan nota tangan untuk merekod maklum balas daripada subjek kajian. Kandungan temubual ditranskripkan seterusnya dianalisis secara manual.

Rekod Kemajuan MuridKementerian Pendidikan Malaysia (2009) menyatakan dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. PSaya menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap ujian pra, lembaran kerja, dan ujian pasca daripada subjek kajian. Selain itu saya juga menilai kemajuan subjek kajian dan mengesan kesilapan mereka dalam penyelesaian soalan latihan yang diberi. Rekod ini adalah sebagai penanda aras bahawa subjek kajian telah mencapai objektif pembelajaran dan sesi rawatan boleh ditamatkan.

Rajah 4: Subjek kajian menjawab soalan dalam lembaran kerja menggunakan 'TOnes Card'. Keputusan dicatat dalam Rekod Kemajuan Murid.

Analisis dapatan

UjianPra dan Ujian Pasca

Proses menganalisis data dimulakan dengan menganalisis data kauantitatif iaitu keputusan ujian pra dan ujian pasca. Ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang pertama iaitu adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Melalui keputusan tersebut dapatlah dilihat bahawa berlakunya peningkatan yang memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Melalui keputusan ini didapati tahap penguasaan subjek kajian telah meningkat selepas sesi rawatan menggunakan 'TOnes Card' dilaksanakan. (Rujuk Rajah 5).

Rajah 5:Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu: Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 yang melibatkan pengumpulan semula, analisis data daripada Rekod Kemajuan Murid, Pemerhatian dan Temubual digunakan.

1. Rekod Kemajuan Murid

Analisis data seterusnya adalah analisis Rekod Kemajuan Murid. Melalui Rekod Kemajuan Murid ini dapat membantu saya untuk melihat perkembangan prestasi subjek kajian dalam setiap sesi rawatan yang dijalankan. Pada setiap sesi rawatan, subjek kajian akan menjawab soalan dalam lembaran kerja. Hasil keputusan latihan dalam lembaran kerja ini akan di catat dalam Rekod Kemajuan Murid. Rajah 6 menunjukkan hasil dapatan yang direkod dalam rekod kemajuan murid. Data rekod kemajuan murid daripada Jadual 6 menunjukkan bahawa prestasi ketiga-tiga subjek kajian semakin meningkat sepanjang sesi rawatan dilaksanakan selepas menjalani Ujian Pra. Subjek Kajian 1 dan 2 didapati dapat menjawab soalan lembaran dengan menggunakan 'TOnes Card' dengan lebih cepat berbanding subjek kajian 3. Walau bagaimanapun masih berlakunya kecuaian semasa menjawab soalan.

Rajah 6: Data Rekod Kemajuan Murid

Rajah 6: Data Rekod Kemajuan Murid

2. PemerhatianSaya menggunakan senarai semak sebagai instrumen pemerhatian untuk mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi minat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan penguasaan sepanjang sesi rawatan berlangsung. Saya menandai senarai semak semasa dan selepas sesi rawatan berlangsung. Saya menandai senarai semak berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang sesi rawatan berlangsung, foto yang diambil oleh rakan dan berdasarkan rakaman video. Terdapat tujuh kriteria yang di ambilkira bagi mengesan perkembangan penguasaan subjek ketika menjalani sesi rawatan. Berikut (Rajah 7) adalah perbandingan hasil analisis pemerhatian semasa sesi rawatan kedua dan keempat dijalankan.

Pemerhatian sesi rawatan keempatPemerhatian sesi rawatan kedua

Rajah 7: Perbandingan hasil pemerhatian semasa sesi rawatan kedua dan keempat3. Temubual

Sesi temubual diadakan secara berasingan antara ketiga-tiga subjek kajian. Hal ini bagi mengelakkan mereka meniru jawapan. Temubual antara saya dan subjek kajian telah ditranskripkan untuk mngenalpasti keberkesanan Penggunaan 'TOnes Card' dalam meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Hasil daripada temubual yang dijalankan terdapat tiga tema yang dikenalpasti untuk membantu saya menganalisis data yang di peroleh. Hasil analisis adalah seperti berikut: i) Persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula sebelum dan selepas sesi rawatan.

Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1Sebelum rawatan:

Guru:Awak suka dengan operasi tolak ?Subjek 1:diam....menggeleng...diam...tak suka sangatGuru:Kenapa tak suka sangat?Subjek 1:emmm....diam... susah sikit..Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?Subjek 1: Buang..senyum.Guru: Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 1:...diam seketika... 3 cikgu....Guru: Kalau 2 - 5 pula berapa?Subjek 1 :...diam... mengangkat bahu.....

Selepas rawatan:

Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 1 :Suka....(senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1: Sebab..(senyum)..... dah pandai buat....

2) Kefahaman subjek kajian dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula selepas rawatan.

Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1, selepas sesi rawatan.

Guru: Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7 berapa?Subjek 1:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari rumah puluh...Guru: Ambil berapa?Subjek 1: Ambil 1 je... letak dalam rumah sa....Guru: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?Subjek 1: jadi 10...Guru: Lepas tu?Subjek 1: 10 tambah 3...jadi 13... lepas tu tolakla...

3) Penggunaan 'TOnes Card' meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang mlibatkan pengumpulan semula.

Contoh transkrip temubual bersama Subjek kajian 1, selepas sesi rawatan.

Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?Subjek : ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyumGuru: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?Subjek 1: Suka... (senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1 : Sebab senang nak kira...

Kesimpulannya, transkrip temu bual daripada ketiga-tiga subjek kajian ini telah menunjukkan pandangan dan perasaan mereka terhadap penggunaan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. Berdasarkan temubual yang dilaksanakan, saya dapati dengan penggunaan 'TOnes Card, ketiga-tiga subjek kajian ini telah dapat menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan 'TOnes Card' ini juga dapat memotivasikan dan dapat meningkatkan keyakinan subjek kajian dalam menyelesaikan soalan yang diberi.

REFLEKSI

Refleksi terhadap prestasi murid

Kajian tindakan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap subjek-subjek kajian yang terlibat. Melalui kajian tindakan ini, tiga orang subjek telah menunjukkan kemajuan dalam menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Dari kesilapan melibatkan konsep hingga kekeliruan prosedur penolakan , kini murid telah berjaya membuktikan bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' ini benar-benar berkesan terhadap kefahaman mereka. Mereka dapat menyatakan langkah penyelesaian dan menjawab soalan dengan betul. Sikap rendah diri dan tidak yakin diawal sesi rawatan telah berubah sama sekali apabila sampai ke sesi rawatan terakhir. Keseronokan dan keyakinan jelas terpancar dari sikap dan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian apabila mereka telah berupaya untuk menyelesaikan soalan yang diberi di akhir sesi rawatan. Hal ini jelas membuktikan bahawa prestasi dan keupayaan mereka dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah meningkat dengan penggunaan 'TOnes Card'.

Refleksi terhadap amalan pengajaran guru

Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah mendapat satu kepuasan dalam hidup saya dimana saya telah berjaya membuat satu pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran saya dengan menghasilkan 'TOnes Card'. Kemajuan yang dicapai oleh murid saya dengan menggunakan 'TOnes Card' telah menyedarkan saya bahawa setiap manusia berpotensi untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada kita sahaja sama ada kita mahu mengusahakannya atau tidak. Saya memahami bahawa sebagai seorang guru, saya perlu menjadi pendidik yang bukan sahaja berilmu dalam pelbagai aspek tetapi bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Dalam kajian ini saya menggunakan bahan manipulatif iaitu 'TOnes Card' untuk membantu murid memahami konsep pengumpulan semula dan melaksanakan cara pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Hasil dapatan kajian ini menyedarkan saya bahawa peri pentingnya menggunakan bahan bantu belajar sama ada dalam bentuk maujud atau menggunakan aplikasi teknologi. Sesungguhnya dengan menggunakan bahan bantu akan dapat membantu murid untuk lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar . Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak. Adalah diharapkan selepas kajian ini saya akan terus membina bahan bantu yang menepati keperluan pembelajaran, menarik, tidak memerlukan kos yang tinggi dan tahan lama untuk membantu murid mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran matematik dengan lebih berkesan. Noraini Idris (2005) yang mengatakan bahawa pemberian penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam menyelesaikan masalah matematik amat penting.Justeru itu saya akan terus mengamalkan pemberian penghargaan ini kepada murid-murid saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, melalui kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu menambah baik amalan pengajaran saya kelak.

Cadangan Tindakan untuk Kitaran Seterusnya Bagi mengembangkan lagi kajian ini pada masa akan datang , terdapat beberapa cadangan telah dikenalpasti. Antara cadangan tersebut ialah dengan memperluaskan penggunaan 'TOnes Card' kepada lebih ramai murid, terutamanya murid-murid pemulihan yang berada di tahun 2 dan tahun 3. Ia adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan 'TOnes Card' dalam membantu murid-murid ini dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Hasil keputusan yang sama dengan kajian ini akan memperkukuhkan kenyataan bahawa penggunaan 'TOnes Card' berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dikalangan murid-murid dan boleh digunapakai oleh guru-guru lain dalam usaha membantu murid-murid mereka.Selain operasi tolak penggunaan 'TOnes Card' juga boleh digunapakai untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran penukaran nilai tempat dan kemahiran operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula. Melalui penggunaan 'TOnes Card' ini murid-murid akan dapat lihat dengan lebih jelas kedudukan nilai tempat dan perubahan nilai yang berlaku. Tajuk-tajuk ini merupakan kemahiran asas dalam bidang nombor. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas ini akan menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran seterusnyaseperti operasi darab dan operasi bahagi. Penggunaan bahan manipulatif seperti 'TOnes Card' ini akan membantu murid memahami dan mengingat seterusnya boleh mengaitkan operasi konkrit dengan proses algorithma setelah beberapa latih tubi diberikan.'TOnes Card' dalam kajian ini juga boleh dikembangkan kepada nilai ratus, dan boleh digunakan untuk operasi tolak atau tambah yang melibatkan pengumpulan semula nombor yang lebih besar iaitu nombor hingga 1000. Oleh yang demikian, kajian ini boleh dijalankan untuk murid-murid tahap dua yang menghadapi masalah tersebut.

RUJUKAN Azizi Hj. Yahaya, Elanggovan A/L M. Savarimuthu. (n.d.). Kepentingan Kefahaman Dalam Matematik. Retrieved Mac 23, 2014, from http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.p

Hatta, N. b. (2007). Using Base Ten Blocks To Help Year Three Pupils Understand Subtraction Involving Regrouping. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2010 anjuran pelajar PISMP ambilan Januari 2007. John, S. a. (2012). Penggunaan PANT dalam mengajar kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihankelas Tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan amb. Januari 2009, , 103-114.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011) Dokumen Standard KSSR Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) , Pembentukan Model Pengajaran Matematik berlandaskanKonstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education , 11 , 27 36 .

Noraziah Abd. Hamid. (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa, Kertas kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.

Noraini Idris. (2005) Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2009) Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Abdul majid (2011) Siri Pendidikan Guru: Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ra Fiona Anak Raban (2012).Penggunaan garis nombor dalam membantu muridpemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10.Masalah penolakan dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.

Ismail bin Saiman, Johar bin Jonid, et.al(2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.Tan Wui Gee (2011) Penggunaan Kit Manipulatif dalam pemahaman konsep pendaraban murid Tahun Dua Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, IPG KBL Tahun 2011, ms 163-176.

Wahah, H. b. (2012). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Operasi Tolak Dalam Linkungan 50 Dengan Mengumpul Semula. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 91-102.

13