artikel asprisiasi bil 1 2016

2
Bil: 1/2016 JK Penerbitan dan Penyelidikan, Sekretariat Akademik Meraih Kejayaan Merentas Pentas Kesederhanaan lhamdulillah dan merafakkan tanda syukur kerana Sekreteriat Akademik pada semester 1 2016 dapat melaksanakan sebahagian besar aktiviti-aktiviti yang dirancangkan pada akhir semester yang lalu. Bermula pembentukkan jawatankuasa kecil sehingga kepada perlaksanaan aktiviti telah menunjukkan bahawa setiap warga institut sentiasa cakna dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing walaupun dalam serba kekurangan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bahagian Pengurusan Akademik Pada semester ini Bahagian Pengurusan Akademik diterajui oleh Puan. Norisah binti Mohamed Nor telah mencapai beberapa kejayaan antaranya melaksanakan bengkel memperkasakan pembelajaran dalam talian seperti bengkel pengukuhan oLL, e-Portfolio, pembangunan objek pembelajaran. Diikuti perasmian bilik pembelajaran mikro yang sebelum itu dilaksanakan kursus penggunaan bilik mikro secara berperingkat- peringkat. Selain itu, sentiasa memperkemaskan pemantauan perlaksanaan kurikulum diperingkat institut termasuk bengkel induksi kurikulum, penyemakan folio dan lain-lain lagi. Bahagian Pentaksiran Akademik Sementara itu Bahagian Pentaksiran Akademik yang diketuai oleh Puan Joy N. Samuel sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek-aspek kerja kursus dan peperiksaan. Bengkel-bengkel varifikasi kerja kursus, pengubalan dan pemurnian kertas soalan sentiasa diberikan peringatan agar kualiti kerja kursus dan soalan peperiksaan berada pada tahap yang sebenar. Bagi menjadikan proses penggubalan soalan lebih efisien pada masa depan, idea bank item sentiasa dipertingkatkan dan bagi tujuan penambahbaikkan kualiti (CQI) pelaksanaan Entrance& Exit Survey untuk setiap kursus yang ditawarkan. A

Upload: mohamed-nazul-ismail

Post on 15-Apr-2017

21 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Asprisiasi Bil 1 2016

Bil: 1/2016 JK Penerbitan dan Penyelidikan, Sekretariat Akademik

Meraih Kejayaan Merentas Pentas Kesederhanaan

lhamdulillah dan merafakkan tanda syukur kerana Sekreteriat Akademik pada

semester 1 2016 dapat melaksanakan sebahagian besar aktiviti-aktiviti yang

dirancangkan pada akhir semester yang lalu. Bermula pembentukkan

jawatankuasa kecil sehingga kepada perlaksanaan aktiviti telah menunjukkan bahawa

setiap warga institut sentiasa cakna dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab

masing-masing walaupun dalam serba kekurangan berbanding dengan tahun-tahun

sebelumnya.

Bahagian Pengurusan Akademik

Pada semester ini Bahagian Pengurusan Akademik diterajui oleh Puan. Norisah binti

Mohamed Nor telah mencapai beberapa

kejayaan antaranya melaksanakan bengkel

memperkasakan pembelajaran dalam talian

seperti bengkel pengukuhan oLL, e-Portfolio,

pembangunan objek pembelajaran. Diikuti

perasmian bilik pembelajaran mikro yang

sebelum itu dilaksanakan kursus

penggunaan bilik mikro secara berperingkat-

peringkat. Selain itu, sentiasa

memperkemaskan pemantauan

perlaksanaan kurikulum diperingkat institut

termasuk bengkel induksi kurikulum,

penyemakan folio dan lain-lain lagi.

Bahagian Pentaksiran Akademik

Sementara itu Bahagian Pentaksiran Akademik yang diketuai oleh Puan Joy N. Samuel

sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek-aspek kerja kursus dan peperiksaan.

Bengkel-bengkel varifikasi kerja kursus, pengubalan dan pemurnian kertas soalan sentiasa

diberikan peringatan agar kualiti kerja kursus dan soalan peperiksaan berada pada tahap

yang sebenar. Bagi menjadikan proses penggubalan soalan lebih efisien pada masa depan,

idea bank item sentiasa dipertingkatkan dan bagi tujuan penambahbaikkan kualiti (CQI)

pelaksanaan Entrance& Exit Survey untuk setiap kursus yang ditawarkan.

A

Page 2: Artikel Asprisiasi Bil 1 2016

Bahagian Program Pengajian Pada semester ini, Bahagian Program Pengajian diketuai oleh Puan Norehan Mohamed

Shaharoun telah memberi makluamt tentang semua program pengajian meliputi kursus

wajib, teras, major dan elektif, tenaga pengajar serta maklumat pentaksiran yang

ditawarkan dalam setiap program sepenuh masa dan kursus dalam cuti (KDC) yang

dijalankan oleh setiap jabatan.

Bahagian Peningkatan Kualiti Akademik

Bahagian seterusnya adalah Bahagian Peningkatan Kualiti Akademik. Bahagian ini diterajui oleh Puan Siti Khadzimah Salip. Antara kejayaan besar bahagian ini adalah penerbitan Jurnal Pendidikan Cemelang Jilid 1/2016, Profil Pensyarah Cemerlang, pertandingan objek 3D berasaskan KBAT dan pemantauan terhadap kualiti akademik pelajar. Bahagian Perkembangan Profesional Akademik Bahagian terakhir Sekretariat Akademik ini adalah Bahagian Perkembangan Profesional

Akademik. Bahagian ini diterajui oleh Dr Faridah Abdullah. Pada semester 1 2016,

bahagian ini telah memperkasakan pasukan Junior Academicians khususnya pasukan

penyelidik muda sehingga membolehkan mereka ke lapangan untuk melakukan

penyelidikan secara kualitatif. Hasil kerja lapangan telah dibentangkan dalam slot Bicara

SIswa: The Untold Story. Selain itu Junior Academicians juga bekerjasama dengan ORITEK

menganjurkan Debat Ala Parlimen British. Jawatankuasa Profesional Learning Community

telah mengadakan Bicara Komuniti PLC di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang untuk

memberi pendedahan tentang pelaksaan PLC di peringkat sekolah, Selain itu pelbagai

program dengan Teaching School iaitu SK Jijan telah dilaksanakan antaranya oleh Jabatan

Bahasa, Jabatan Hospitaliti dan UBK. Pembangunan laman web sekretariat akademik telah

dibangunkan di samping sedang berusaha menerbitkan hasil penyelidikan dan artikel-

artikel ilmiah.

Pada keseluruhan bahagian-bahagian dalam sekretariat akademik ini telah menunjukkan

komitmen yang baik sepanjang semester 1 2016. Semoga momentum ini dapat diteruskan

sehingga semester-semester berikutnya. Memenuhi Key Performance Index dalam

melaksanakan tugas merupakan cara yang baik dalam pengurusan namum mencari amalan

kerja yang terbaik jauh lebih utama agar kesempurnaan tugasan ini boleh dimanfaatkan

sepanjang zaman.

Editor

Dr Mohamed Nazul Ismail

Dr Maria Tahir