keratan akhbar 08 hingga 09 september 2016 bil akhbar hari

13
KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Sinar Harian Sarjan Hassan bukan rekaan. Khamis / 08 September 2016 Online 2. Harian Metro Sarjan Hassan wira tak didendang. Khamis / 08 September 2016 Online 3. Borneo Post Online Bekas tentera maut selepas rebah raptai perbarisan TYT. Jumaat / 09 September 2016 Online 4. The Malay Mail Just two minutes to name Jalur Gemilang. Jumaat / 09 September 2016 Online 5. Sinar Harian ‗Lihat bapa saudara dipancung‘. Jumaat / 09 September 2016 Online .

Upload: dangphuc

Post on 12-Jan-2017

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

KERATAN AKHBAR

08 hingga 09 September 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Sinar Harian – Sarjan Hassan bukan

rekaan. Khamis / 08

September 2016 Online

2. Harian Metro – Sarjan Hassan wira

tak didendang. Khamis / 08

September 2016 Online

3.

Borneo Post Online – Bekas tentera

maut selepas rebah raptai perbarisan

TYT.

Jumaat / 09

September 2016 Online

4. The Malay Mail – Just two minutes to

name Jalur Gemilang. Jumaat / 09

September 2016 Online

5. Sinar Harian – ‗Lihat bapa saudara

dipancung‘. Jumaat / 09

September 2016 Online

.

Page 2: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Sarjan Hassan bukan rekaan

Tongkat kuasa Sarjan Hassan sepanjang lebih kurang 0.8 meter. Gambar kecil: Sarjan

Hassan

PORT DICKSON - Watak Sarjan Hassan lakonan seniman agung P Ramlee dalam

filem Sarjan Hassan yang ditayangkan pada 28 Ogos 1958, bukan rekaan semata-

mata malah ia adalah kisah benar seorang pahlawan negara yang telah banyak

berjasa kepada tanah air.

Anak Sarjan Hassan, Mohamad Muhsin, 56, berkata, dia tidak tidak berkecil hati jika

dahulu ada yang menganggap kisah Sarjan Hassan adalah hanya dongeng, namun

tinggi harapannya agar masyarakat hari ini lebih memahami dan celik sejarah.

―Kita semua pun tahu, filem Sarjan Hassan semasa penggambarannya terpaksa

melalui beberapa kekangan atas faktor keselamatan negara ketika itu.

Page 3: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

―Jadi banyak dipaparkan itu tidak seperti kejadian sebenar, tetapi semangat

ditonjolkan Sarjan Hassan dalam filem lakonan P Ramlee itu memang betul-betul

real.

―Arwah ayah saya memang seorang yang mempunyai semangat perjuangan yang

tinggi demi mempertahankan tanah air.

―Semangat itu jugalah yang diharapkan ada pada barisan anggota keselamatan

negara dan juga seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini untuk bersama-

sama mempertahankan kemerdekaan negara,‖ katanya kepada pemberita semasa

Seminar Jejak Perwira 2016 di Auditorium Muzium Tentera Darat semalam.

Anak ketujuh daripada 12 orang adik beradik itu berkata, dia sangat mengalu-alukan

jika ada pihak yang sudi memaparkan kisah sebenar Sarjan Hassan.

―Usaha P Ramlee sudah pasti sangat dihargai, dan jika sekarang ada yang ingin

buat filem Sarjan Hassan berdasarkan kisah sebenar dan mengikut sejarah, itu

sangat dialu-alukan untuk pemahaman generasi muda hari ini dan yang akan

datang,‖ katanya.

Tidak boleh dilihat komunis

Mohamad Muhsin berkata, Sarjan Hassan memang selalu bercerita tentang dunia

ketenteraan, tentang pertempuran dan ketika beliau melakukan risikan ke atas

pergerakan komunis kepada anak-anaknya.

―Masa saya kecil, memang dia selalu cerita tentang pertempuran dan sebagainya.

―Selain ilmu ketenteraan, Sarjan Hassan mempunyai kelebihan ilmu antaranya

membolehkan dia tidak dilihat oleh komunis.

―Itu kelebihannya dan dia memang seorang yang rajin menuntut ilmu agama dengan

agamawan, malah dia juga dulu merupakan pelajar sekolah pondok,‖ katanya.

Mohamad Muhsin berkata, dalam semua peperangan atau pertempuran yang

disertai Sarjan Hassan, pertempuran dengan diri sendiri adalah pertempuran yang

paling mencabar buat dirinya.

―Sarjan Hassan pernah berkata, pertempuran dengan diri sendiri, bertempur dengan

sikap jahat dalam diri dan kita hanya akan menang jika dalam diri ada sikap amanah

dan bertanggungjawab.

Page 4: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

―Jika dah sampai tahap itu, letakkan kita ke pertempuran apa pun, kita akan berjaya

hadapinya,‖ katanya.

Menurutnya, dalam 12 beradik tidak ada seorang pun yang mengikut jejak langkah

arwah ayahnya menyertai tentera.

―Saya pernah beberapa kali dihantar arwah ayah untuk sesi pemilihan tentera, tetapi

semuanya gagal. Lagi pun memang jiwa saya tidak ke arah ketenteraan,‖ katanya.

Katanya, dia juga berharap agar perjuangan dan pengorbanan arwah ayahnya dapat

terus dihargai sebaris dengan pejuang kemerdekaan negara yang lainnya.

Sementara itu, cucu Sarjan Hassan, Mohd Syahrul Nizam Ishak, 34, berkata, dia

antara cucu Sarjan Hassan yang menyimpan beberapa barang peninggalan

pahlawan negara itu.

―Antara yang ada dalam simpanan saya adalah tongkat kuasa dan mesin taip. Saya

berhasrat untuk menyerahkan barangan berkenaan kepada Muzium Tentera Darat

bagi menambah koleksi sedia ada berkaitan Sarjan Hassan,‖ katanya.

Page 5: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Sarjan Hassan wira tak didendang

ABD Razak menunjukkan uniform tentera lama zaman Sarjan Hassan miliknya.

Port Dickson: ―Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham

Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,‖ kata Mohamad

Muhsin Hassan, 56, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah

menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Sarjan Hassan adalah pejuang terbilang kerana kejayaannya membunuh 11 anggota

komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen

Askar Melayu Diraja (RAMD) bermula 1950 hingga 1953.

Sarjan Hassan juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400

hingga 500 anggota komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor yang cuba

mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Allahyarham meninggal dunia pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital

Tuanku Ja‘afar (HTJ) Seremban dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban.

Mohamad Muhsin berkata, dia bangga dengan perjuangan arwah bapanya

hinggakan kisah perjuangannya dijadikan filem Melayu terawal bercorak kenegaraan

dan ditayangkan di pawagam pada Ogos 1958 iaitu sempena sambutan ulang tahun

pertama kemerdekaan Tanah Melayu.

Page 6: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Bekas tentera maut selepas rebah raptai

perbarisan TYT MIRI: Seorang bekas tentera berpangkat Lans Koperal berusia 36 tahun, meninggal

dunia ketika menyertai raptai perbarisan sempena sambutan perayaan Hari Jadi ke-

80 TYT yang berlangsung di Stadium Miri lewat petang Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Harrision Suin, dari Kampung Siol Kandis

dikatakan rebah sekitar jam 4 petang dan dikejar ke Hospital Miri sebelum disahkan

meninggal dunia pada malam tersebut.

Mangsa merupakan komandan perbarisan bagi Majlis Sukan Sarawak (SSC) dan

pernah bertugas sebagai anggota tentera sebelum bekerja sebagai pengawal

keselamatan SSC.

Turut dikejarkan ke Hospital Miri pada petang terbabit ialah lima lagi peserta

perbarisan pengsan dan punca kejadian masih disiasat.

Raptai penuh istiadat perbarisan dijadualkan pada jam 8 pagi, diubah kepada jam 4

petang semalam manakala perbarisan sebenar adalah pada hari esok, Sabtu (10

September).

Page 7: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Just two minutes to name Jalur Gemilang

Provided by Malay Mail Online Md Redzuan, a soldier turned historian, was inspired by his

love for the country to come up with the name Jalur Gemilang. — Picture by Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, Sept 9 — The man entrusted with the task of coming up with a

name for the national flag in June 1997 only took two minutes to come up with ―Jalur

Gemilang‖.

But it took two months for Md Redzuan Tumin, 66, to realise his suggestion had

been accepted by the Cabinet, which also gave the green light for the name to be

used in the Jalur Gemilang song written to celebrate the occasion.

The then-Muzium Negara director of research had not heard anything about his entry

after making the submission to his director-general Datuk Kamarul Baharin Buyong

who forwarded it to the Flag of Malaysia Naming Committee of which he was a

member.

Page 8: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

―I heard nothing after that. I only found out my idea had been chosen when I heard a

song entitled Jalur Gemilang played over the radio as I was getting ready to go to the

North Pole with my friends from the Malaysian Commando Veterans Association,‖ he

said.

―I said to myself, ‗Wait a minute, that was the name I came up with for the national

flag‘. Not long after, Kamarul confirmed my suspicions with a congratulatory call,‖ he

said.

Md Redzuan, who retired in 2005 as deputy director-general, was surprised his

suggestion had been chosen, as he was not a lyricist or someone familiar with

songs.

Apparently, the committee had met and shortlisted three out of 75 names suggested

in 1996 but the Cabinet, at its meeting on September 11 that year, shot down the

three names.

It was then that Kamarul asked Md Redzuan to suggest a name, which came out top

among the 28 names received by the committee in the second selection process.

On how he came up with the name, he said he was in his room examining the multi-

coloured design of the flag that he was holding when it occurred to him it could be

called Stripes of Glory in English.

―I translated that into Jalur Gemilang and that was that. All in two minutes,‖ he

added.

He said the Jalur Gemilang could have been named Setia Perkasa, Seri Setia

Perkasa or Seri Setia Negara, all names suggested in the first round of submissions.

The process of naming the flag began in 1995 when the committee, headed by then-

Chief Secretary to the Government, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, was established.

It comprised representatives from ministries and government agencies.

Md Redzuan, who has a strong emotional attachment to the country following

service as a commando in the army, said his heart swelled with pride knowing he

had contributed to his motherland.

He left the army in 1977 with the rank of sergeant to pursue a bachelor‘s degree in

history at Universiti Malaya, where he developed his love for Malaysia‘s heritage.

He joined the museum after graduation and served for the next 25 years.

Page 9: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

The national flag was designed by Mohamed Hamzah, a 29-year-old architect

working for the Public Works Department in Johor Baru in 1949.

It underwent a revision in 1963 with the addition of three additional stripes (two white

and one red) and three more points in the star when Singapore, Sabah and Sarawak

joined Malaysia in forming Malaysia.

When Singapore left on August 9, 1965, the flag was not redesigned. The 14th stripe

and point in the star were retained and taken to mean the federal government.

Page 10: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

‘Lihat bapa saudara dipancung’

Depan dua dari kiri, Abd Aziz; Mad Amin; Kamarudin; Ujang; Udin; Nizam dan Sazali bergambar bersama sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Sehati Sejiwa 1Malaysia Menjejaki Tokoh Kemerdekaan Negeri Sembilan di SMK Undang Rembau, semalam.

REMBAU – ―Saya sendiri bertekad untuk masuk askar apabila lihat bapa saudara

saya dipancung lehernya oleh tentera Jepun," cerita Kolonel Profesor Datuk Seri Dr

Kamarudin Kachar, 82, ketika berkongsi keperitan hidup di zaman penjajahan

Jepun.

Menurutnya, ketika itu tentera Jepun telah datang mengetuk pintu rumah dan

mencari bapa saudaranya sebelum bertindak membawanya ke suatu tempat.

―Saya sembunyi-sembunyi ekori dari rumah hinggalah ke Perigi Jerneh (Rembau)

dan sebaik di situ tentera Jepun terus memenggal leher bapa saudara dan beberapa

orang lagi.

"Peristiwa itu benar-benar meninggalkan kesan di hati saya sehingga saya tekad

menjadi tentera kadet bagi membuktikan rasa cinta serta sayang kepada negara,‖

katanya ketika berkongsi pengalaman sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Page 11: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Sehati Sejiwa 1Malaysia Menjejaki Tokoh Kemerdekaan Negeri Sembilan di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau, di sini, semalam.

Katanya, kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah pengorbanan tokoh

kemerdekaan negara terdahulu yang menanggung azab hidup di zaman penjajah

terutamanya semasa penguasaan Jepun selama tiga tahun sembilan bulan.

―Sesiapa sahaja yang mengadu pasal Jepun pasti akan terima padah, ada yang

dipancung terus. Malah, 75 peratus hasil padi penduduk perlu diserahkan kepada

tentera Jepun. Ada penduduk yang terpaksa tanam hasil padi dalam tanah.

―Bahkan, ada penduduk yang ketakutan terpaksa memilih hidup berbulan lamanya di

hutan bagi menyorok dari tentera Jepun. Oleh itu, saya harap agar generasi hari ini

dapat membuktikan rasa kasih serta sayang kepada negara," katanya.

Tidak lupa detik bendera Union Jack diturunkan

Manakala bagi bekas Pegawai Waran 1 (Bersara) Udin Mahmud, 82, beliau tidak

pernah melupakan detik bendera Union Jack yang berkibar di Padang Kelab

Selangor diturunkan pada jam 12 tengah malam, 31 Ogos 1957.

Menurutnya yang merupakan askar Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja,

peluang yang diberikan kepadanya membawa senjata hormat dalam acara penuh

bersejarah buat seluruh rakyat Tanah Melayu itu sangat berharga.

―Semasa bendera Union Jack diturunkan dalam hati berkata tamatlah kekuasaan

bangsa Inggeris di negara kita ini. Keesokan harinya apabila kemerdekaan negara

diisytiharkan, sekali lagi hati saya berkata kekuatan British telah habis di negara kita

ini.

―Bagaimanapun, selepas kemerdekaan kita berhadapan dengan pertempuran lebih

hebat lagi dalam Konfrontasi Indonesia Malaysia susulan hasrat pengisytiharan

penubuhan Malaysia 16 September 1963 oleh Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah).

Page 12: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Semangat tak pernah pudar

Udin berkata, pada ketika itu Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Sukarno

telah nekad menyerang negara di Sarawak beberapa bulan sebelum penubuhan

Malaysia, namun serangan itu berjaya digagalkan oleh polis dan askar Melayu.

Ceritanya, serangan itu tidak terhenti di situ apabila Indonesia sekali lagi

melancarkan serangan di Kalabakan, Tawau, Sabah serta seterusnya tentera

Indonesia menyelinap masuk ke negara ini melalui Selat Melaka pada jam 2 pagi.

―Semasa di Pontian (Johor) saya bertempur tiga kali dalam sehari, pagi, petang dan

malam. Namun, semangat untuk mempertahankan negara tidak pernah pudar.

―Masih saya ingat lagi semasa di Labis, Johor, saya telah menembak mati seorang

musuh dan cubaan saya untuk membantu menutup mata musuh yang telah mati tak

berjaya. Mata musuh tetap membuntang seperti tak puas hati.

Tambahnya, pengalaman itu benar-benar berharga buatnya dan berharap kerajaan

akan dapat terus menghargai jasa pejuang negara yang telah bertungkus-lumus

mempertahankan negara.

―Penghargaan ini penting bagi meningkatkan semangat anak muda untuk terus

mempertahankan negara dari musuh.

Sedia kongsi pengalaman

Yang Dipertua Persatuan Veteren ATM (PV ATM) Negeri Sembilan, Mejar Sazali

Ismail (B) berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana organisasi

untuk meningkatkan lagi semangat patriotik melalui perkongsian pengalaman dari

veteran tentera negeri ini.

Menurutnya, di Negeri Sembilan terdapat kira-kira 84 veteren perang dan mereka

sedia berkongsi pengalaman di zaman perang.

―Kita tidak seharusnya lupa akan peranan dan pengorbanan pahlawan kita yang

telah banyak berbakti serta berjasa kepada negara. Malah, sebagai masyarakat

terutamanya generasi muda, kita harus menghargai pengorbanan ini dengan terus

meningkatkan semangat patriotik," katanya.

Terdahulu turut hadir pada program itu, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Dr Nizam Abd Latib; Pengetua Cemerlang SMK

Undang Rembau, Mad Amin Yusof dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Rembau, Abd Aziz Othman.

Page 13: KERATAN AKHBAR 08 hingga 09 September 2016 Bil Akhbar Hari

Pada program anjuran bersama IPG Kampus Raja Melwar dan SMK Undang

Rembau itu, tiga tokoh iaitu Kamarudin, Udin dan perajurit, Ujang Mormin menerima

anugerah Adiwira Melewar IPGKRM 2016.