bil. 1/2016 (jan-mac) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan...

28
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR BIL. 1/2016 (JAN-MAC) JPS CARELINE 1300-80-1010 8 M/S PAMERAN SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PERUNDING DAN JURUUKUR KEJURUTERAAN PROGRAM PEMBANGUNAN TEBATAN BANJIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEMINAR PENTADBIRAN KONTRAK 2016 – BAYARAN DI DALAM KONTRAK DAN PEROLEHAN SEBUTHARGA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 7 M/S 3 M/S

Upload: others

Post on 20-Jul-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRANNEGERI SELANGOR

BIL. 1/2016 (JAN-MAC)

JPS CARELINE 1300-80-1010

8M/S

PAMERAN SEMPENAPROGRAM SAMBUTANHARI AIR SEDUNIA 2016PERINGKATNEGERI SELANGOR.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PERUNDING DAN JURUUKUR KEJURUTERAAN PROGRAM PEMBANGUNAN TEBATAN BANJIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SEMINAR PENTADBIRAN KONTRAK 2016 – BAYARAN DI DALAM KONTRAK DAN PEROLEHAN SEBUTHARGA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

7M/S

3M/S

Page 2: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BAHAGIANIBU PEJABAT

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim.

Pada 15 Januari 2016 bertempat di Kelab Shah Alam, Selangor MAKSAK JPS Malaysia bekerjasama dengan MAKSAK JPS Selangor telah mengadakan satu Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Ketua Pengarah JPS Malaysia Dato’ Sri Ir. Zainor Rahim. Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Dato’ Sri.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

2

Page 3: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PELANTIKAN PERUNDING DAN JURUUKUR KEJURUTERAAN PROGRAM PEMBANGUNAN TEBATAN BANJIR

MAJLIS WATIKAH

Pada 28 Mac 2016 bertempat di Dewan Orkid PKPS, Shah Alam telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Perunding dan Juruukur Kejuruteraan yang telah dirasmikan oleh YB Tn. HJ. Zaidy Bin Abdul Talib (Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).Objektif Majlis ini diadakan adalah untuk mengenal pasti serta mengatasi masalah banjir di kawasan Hotspot Banjir JPS Negeri Selangor. Antara

Amanat yang disampaikan oleh YB adalah memastikan Perunding dan Juruukur yang telah dilantik oleh kerajaan supaya memberi komitmen yang penuh kepada permasalahan banjir yang kerap berlaku di Negeri Selangor supaya dapat mencapai sasaran sifar banjir di Negeri Selangor.Seramai 84 penerima watikah daripada Perunding dan Juruukur Kejuruteraan yang dilantik oleh JPS Negeri Selangor.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

3

Page 4: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BAHAGIANPENGURUSAN

ASETLEVEL INSTRUMENT UNTUK KEGUNAAN DIJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

TAKLIMAT PENGGUNAAN

Pada 20 Januari 2016, Bahagian Pengurusan Aset telah mengadakan satu taklimat berkaitan cara penggunaan alat Level Instrument bagi kegunaan di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Sebagai sejarah, Bahagian telah membuat perolehan sebanyak 2 unit Level Instrunment yang akan ditempatkan di Unit GIS untuk kegunaan gunasama.

Taklimat tersebut telah diadakan di Bilik Latihan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal ( BPME ). Taklimat diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi seramai 31 orang dan sesi petang 23 orang. Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai sesi taklimat tersebut seramai 44 orang. Kesemua peserta terdiri daripada Jawatan Penolong Jurutera ( JA29 ). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pihak KP Jaya Enterprise.

Bahagian Pengurusan Aset telah terlibat secara langsung sebagai urusetia bagi Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah JPS Selangor anjuran Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial JPS Shah Alam yang telah diadakan pada 30 – 31 Januari 2016 bertempat di Pusat Bowling Megalane Sunway Pyramid, Subang.

Selain daripada Bahagian Pengurusan Aset ( BPA ), bahagian lain juga turut terlibat dalam menjayakan program tersebut seperti Bahagian Khidmat Pengurusan ( BKP ), Bahagian Pengurusan Maklumat ( BICT ), Bahagian Caruman Parit ( BCP ), Bahagian Pembangunan Korporat ( BPKORP ) dan juga Bahagian Ukur Bahan ( BUB ). Pertandingan Tenpin Bowling Piala Pengarah JPS Selangor telah julung-julung kali diadakan dan menawarkan hadiah sebanyak RM 15,000.00

PERTANDINGAN TENPIN BOWLINGPIALA PENGARAH JPS SELANGOR ANJURAN KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN SOSIAL JPS SHAH ALAM

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

4

Page 5: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BAHAGIANPENGURUSAN

MAKLUMAT

Tarikh : 14 - 16 Mac 2016 (Isnin hingga Rabu)Tempat : Kinrara Resort, Bandar Kinrara , Puchong, SelangorBilangan Peserta : Semua Ahli Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Pada 14-16 Mac 2016 bertempat di Kinrara Resort hotel, Bahagian Pengurusan Maklumat telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dasar Keselamatan ICT JPS Negeri Selangor. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj Mohammad Shiham B. Ab. Ghapar, Timbalan Pengarah Operasi JPS Negeri Selangor.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan buku Dasar Keselamatan ICT sendiri untuk dipatuhi dalam semua skop bidang keselamatan ICT di JPS Negeri Selangor. Peserta bengkel terdiri daripada Pegawai ICT yang dilantik diperingkat Bahagian dan JPS Daerah untuk berkongsi idea dan pengalaman ICT di pejabat masing-masing dalam menjayakan penerbitan buku Dasar Keselamatan ICT ini. Bengkel Draf penyediaan Dasar Keselamatan ICT JPS Negeri Selangor ini telah dibantu oleh Penceramah yang dijemput dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor iaitu En. Mohd Sabri Bin Haron, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat dan En. Radi Bin Muhammad, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Teknologi Maklumat SUK Selangor

JPS SELANGOR

PENYEDIAAN DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT)

KONVENSYEN

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

5

Page 6: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BAHAGIANUKUR BAHAN DAN

KONTRAK

Pada 23-25 Mac 2016 , Unit GIS dan Rekabentuk , Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Kursus Asas ArcGIS 2016 di Bilik Latihan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Negeri Selangor. Seramai 16 orang kakitangan jabatan yang terdiri dari pelbagai bahagian dan daerah telah menyertai kursus asas ArcGIS ini dan diberikan pendedahan berkaitan ArcGIS. Kursus ini diketuai oleh En. Sahril sebagai penceramah , Pn Aniss dan Pn Norzaidah selaku fasilitator.

KURSUSASAS ARCGIS 2016

Pada 1 Jan 2016, Warga Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) telah meraikan sambutan ulangtahun kelahiran untuk kakitangan BUBK iaitu Pn.Noor Aqilah bt Abd Halim yang menyambut hari lahir pada 17 Disember, Pn Noraidah Bt Tajuddin pada 10 November, dan Cik Nurul Syahidah bt Roslam pada 23 Ogos. Sambutan hari lahir ini di diadakan di Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) JPS Selangor. Semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus sukses pada masa hadapan.

SAMBUTANULANGTAHUN KELAHIRAN

Pada 26 Februari 2016, Warga BUBK telah datang melawat Pn. Norjanaton yang baru menerima cahaya matanya yang ke-4 di kediamannya di Meru, Klang. Pn. Norjanaton telah kurniakan seorang anak lelaki pada 16.2.2016 dan diberi nama Muaz Bin Mahadzir. Kami dari warga BUBK mengucapkan tahniah atas kelahiran orang baru dalam keluarga beliau. Semoga anak yang lahir ini sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh seiring dengan maksud namanya.Tahniah sekali lagi di ucapkan kepada Pn. Norjanaton dan keluarga.

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN ANAKKEPADA KAKITANGAN BUBK

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

6

Page 7: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

BAYARAN DI DALAM KONTRAK DANPEROLEHAN SEBUTHARGA

SEMINAR PENTADBIRAN KONTRAK 2016

Pada 24 dan 25 March 2016, BUBK telah mengadakan Seminar Pentadbiran Kontrak 2016 – Bayaran Di Dalam Kontrak Dan Perolehan Sebutharga, Jabatan Pengairan Dan Saliran yang berlangsung di Hotel Empress, Sepang selama 2 hari. Seminar ini bertujuan untuk menfokuskan kepada penambahbaikan dalam urusan penyediaan dokumen bayaran mengikut pekeliling yang ditetapkan.

Disamping itu juga, objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman dan kemahiran dalam penyediaan bayaran interim yang terkini iaitu JKR-66 dan JKR-66A (dengan elemen GST). Seminar ini telah disampaikan oleh Pn. Zamnah bt Kasmani dari Jabatan Kerja Raya. Selain itu, penjelasan mengenai sebutharga turut disampaikan oleh En. Khairul Nizam bin Torman dari BUBK, JPS Selangor. Turut hadir pada hari tersebut adalah pegawai-pegawai daripada daerah dan bahagian di JPS Negeri Selangor. Pada hari kedua seminar, majlis penutupan seminar telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Selangor iaitu Ir. Hashim Bin Osman.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

7

Page 8: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BAHAGIANPEMBANGUNAN

KORPORAT

Jurutera Daerah JPS Kuala Selangor,En. Zurraidy turut sama turun padang memberi penerangan kepada para pengunjung.

PROGRAM SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA2016PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

PAMERAN SEMPENA

Pada : 26 Mac 2016Tempat : Pantai Remis, Kuala SelangorPerasm : Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Bertempat di Pantai Remis Kuala Selangor, Bahagian Pembangunan Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menyertai Pameran Sempena Program Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2016 peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Tema“Water & Jobs” bagi tahun 2016 adalah untuk mengambarkan betapa pentingnya kualiti dan kuantiti air mampu menyediakan peluang pekerjaan dan cara hidup seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi negara. Dalam masa yang sama, ianya memberi pendedahan kepada masyarakat tentang jabatan /agensi /badan yang berkepentingan dan bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan air/sumber air di Negeri Selangor.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

8

Page 9: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

Ketibaan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor

Gimik perasmian olehY.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

9

Page 10: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Aliturut melawat ‘booth’ pameran JPS

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

10

Page 11: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JPSHULU LANGAT

LAWATAN TAPAKYAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGORKE RANCANGAN TEBATAN BANJIR MEMBAIKPULIH DAN

PENSTABILAN TEBING SG.JELUH.

PROJEK OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA JPS NEGERI SELANGOR

Tajuk : MEMBAIKPULIH DAN PENSTABILAN SUNGAI JELUH DI PEKAN KAJANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Peruntukan : CARUMAN PARIT 2015Kos Kontrak : RM 4,821,005.80Tarikh Mula : 31 Mac 2015Tarikh Siap : 30 Mac 2016

Skop Kerja : Kerja-kerja Pelebaran Sungai Jeluh dari 8m ke 12m bermula dari selekoh Metro Kajang berakhir di Kampung Kelapa serta pembinaan ‘Floodwall’

Status : Jadual 65% Lewat Jadual 7% Sebenar 58% BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

11

Page 12: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMATSEMPENA PENYERAHAN SIAP PROJEK

BUTIRAN PROJEK :

Projek :KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI LADANG TERNAKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

No. Kontrak : JPS/P/SEL/SB/7/2013Harga Kontrak : RM1,698,822.00Tarikh Mula : 16/10/2013 (48 minggu)Tarikh Siap : 14/10/2014

Kontraktor :USAHA MURNI BERSATU ENTERPRISESuite 625, Tkt. 6, Blok A3, Leisure Commerce Square 9, Jalan PJS 8/9, 46150 Bandar Sunway

Pegawai Penguasa : PENGARAH NEGERI

Tarikh : 19 Januari 2016Lokasi : Pejabat Tapak Projek (Ladang 16 UPM)

Tarikh : 4 Februari 2016Lokasi : Pejabat JPS Daerah Hulu Langat

KERJAUNDI PENYELENGARAAN 1/2016

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

12

Page 13: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

MAJLIS PERPISAHAN

SEKITAR LAWATAN TAPAK BERSAMA

KAKITANGAN

ADUN KAJANG YB. DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH ISMAIL

Bandar Baru Bangi, 5 Februari - Majlis meraikan pertukaran dan kenaikan pangkat Penolong Jurutera, En. Norlizam bin Zakaria telah berlangsung di Bangi Golf & Resort. Majlis ini adalah anjuran bersama dari Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial JPS Hulu Langat.En. Norlizam selaku Timbalan Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial JPS Hulu Langat berkhidmat di JPS Hulu Langat dari Februari 2010 hingga Januari 2016, beliau dinaikkan pangkat JA36 dan ditempatkan di JPS Daerah Kuala Langat bermula 1 Februari 2016.

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat di Daerah Hulu Langat. Tayangan slide yang disediakan semasa majlis ini telah memaparkan kesungguhan dan keperihatinan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Daerah Hulu Langat. Beliau merupakan seorang yang bersifat peramah, tenang dan tegas dalam membuat keputusan. Selamat maju jaya diucapkan.

Jasamu dikenang,En. Norlizam bin Zakaria

Tarikh : 22 Februari 2016Lokasi : Sg. Jerneh/MRT Depo Kajang ( Hot Spot Banjir)

YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah memberi penerangan kepada Jurutera Daerah

Meninjau progress kemajuan kerja Projek Tebatan Banjir Sg. Jeluh B

IL. 1

/201

6 (J

AN-M

AC)

13

Page 14: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

AUDIT NAZIRANBAHAGIAN KEWANGAN DAN ASETJPS SELANGORTarikh : 10 Mac 2015Lokasi : JPS Daerah Hulu Langat

RANCANGAN KERJA TAHUNAN 2016

Puchong, 17-18 Mac – Program Rancangan Kerja Tahunan bagi kakitangan JPS Daerah Hulu Langat telah diadakan dengan jayanya di Kinrara Golf & Resort, Puchong. Objektif program yang berlangsung selama 2 hari itu adalah untuk menyediakan SKT secara teratur bagi membolehkan penilaian prestasi pegawai dapat dilaksanakan dengan objektif, adil dan telus.

Program dirasmikan oleh Puan Nor Syazana binti Marjuni selaku Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan dari JPS Selangor. Matlamat program ini tercapai apabila semua kakitangan siap sepenuhnya merangka rancangan kerja tahunan dari unit pentadbiran dan kewangan, pembangunan dan penyelenggaraan. Setelah selesai program ini, kakitangan mengemaskini SKT masing-masing dalam sistem HRMIS.

Sessi bergambar bersama selepasmajlis perasmian

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

14

Page 15: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JPSKUALA SELANGOR

KURSUS SEHARI PERINTAH-PERINTAH AM DAN ARAHAN

PERBENDAHARAANPada 29 Mac 2016, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor telah menganjurkan kursus sehari bertempat di Dewan Utama JPS Kuala Selangor. Seramai 105 orang kakitangan pelbagai peringkat telah menghadiri kursus tersebut. Pihak BPSM yang diwakili oleh En Azhar bin Putih telah memberikan taklimat mengenai Perintah-Perintah Am.

-Bab A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.-Bab B, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan-Bab C, Cuti dan-Bab G, Waktu Bekerja dan Lebih Masa.

Kursus telah tamat pada jam 4.30 petang pada hari tersebut. Perasmian Penutup dan penyampian cenderahati di sempurnakan oleh Jurutera Daerah JPS Kuala Selangor, Tuan Zurraidy bin Jalal.

KERJA-KERJA KECEMASANKEBAKARAN HUTAN SIMPAN RAJA MUSA

Hampir setiap tahun, kebakaran berlaku dikawasan ini. Pemasangan ungun api oleh pemancing dan cuaca panas melampau, telah menyebabkan kebakaran tanah gambut di Kawasan Hutan Simpan Raja Musa, dalam Daerah Kuala Selangor. Keluasan kebakaran yang terlibat anggaran 50 ekar.Pihak Unit Pengurusan Bencana SUK Selangor telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menangani kebakaran hutan tersebut.

Keputusan penyelesaian untuk mengatasi masaalah tersebut Pihak Berkuasa telah memutuskan tindakan seperti berikut;1. Menggunakan pesawat ringan bagi tujuan “water boombing”.2. Membanjirkan kawasan tersebut dengan mengalirkan air yang di pam dari lombong berhampiran.3. Pihak Bomba mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan pertanian dan hutan simpan lain.

Pada 22 Mac 2016 Unit Mekanikal JPS Kuala Selangor telah memasang pam bagi tujuan tersebut. Pam telah beroperasi dengan 5 orang pekerja secara bergilir dan diselia oleh seorang Pegawai JPS.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

15

Page 16: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

LAWATAN KERJA SEHARIJPS DAERAH JELEBU NEGERI SEMBILAN,KE JPS DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR.

Pada 30 Mac 2016, JPS Daerah Kuala Selangor telah menerima kunjungan dari JPS Daerah Jelebu Negeri Sembilan. Seramai 27 orang telah meyertai lawatan tersebut dan di ketuai oleh Penguasa Daerah JPS Jelebu, Puan Maznah binti Sulaiman.

Pihak pelawat telah diberi talimat mengenai Sistem Pengairan Tg Karang oleh Ketua Penolong Jurutera Bahagian Pengairan Tg Karang, En Jamallullil bin Mokhtar.Selepas diberi taklimat, pelawat telah dibawa ke Kawasan Pengairan Sawah Sempadan. Majlis sambutan dan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Zurraidy bin Jalal, Jurutera Daerah JPS Kuala Selangor.

Lawatan Kerja JPS Daerah JelebuNegeri Sembilan Ke JPS DaerahKuala Selangor

PERHIMPUNAN PAGI BERSAMAJURUTERA JPS DAERAH DAN SELURUH KAKITANGANJPS DAERAH KUALA SELANGOR

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Majlis Perhimpunan dan Pejumpaan Bersama Jurutera JPS Daerah. Majlis yang diadakan pada 14 Mac 2016 bermula jam 8.30 pagi. Bertempat diperkarangan Pejabat JPS Bahagian Pengairan Tg Karang, seramai 206 kakitangan telah menghadiri majlis tersebut.

Dalam ucaptama pada pagi tersebut, Tuan Jurutera Daerah telah memberi taklimat dan arahan-arahan yang berkaitan dengan disiplin dan intergriti yang mesti dipatuhi oleh kakitangan semasa menjalankan tugas.Disamping itu, beliau telah menerangkan ‘Visi JPS Daerah Kuala Selangor’ untuk tahun 2016 dan berharap ia dapat dicapai dengan kerjasama semua kakitangan pada penghujung tahun nanti. Majlis bersurai jam 10.00 pagi.

Perhimpunan dan Perjumpaanbersama Jurutera DaerahJPS K.Selangor

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

16

Page 17: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JPSSABAK BERNAM MAJLIS PERSARAAN

TAKLIMAT

EN TASLIM BIN PIAHAT,DOA SELAMAT SERTA BACAAN YASSIN

SEBUTHARGA 1/2016

Pada 15hb Januari 2016 telah diadakan Majlis Persaraan En. Taslim Bin Piahat, Bacaan Yassin, Doa Selamat serta Tahlil di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, JPS Daerah Sabak Bernam. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, doa selamat dan tahlil. Diikuti dengan majlis persaraan En. Taslim Bin Piahat.

Beliau telah diminta untuk memberi ucapan serta amanat kali terakhir sebelum bersara. Acara diteruskan dengan ucapan dari Tuan Jurutera Daerah dan diikuti dengan wakil bahagian/unit. Satu acara sambutan ulangtahun kelahiran untuk pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan Januari turut diadakan.

Pada 25hb. Januari 2016, satu taklimat sebutharga telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya JPS Sabak Bernam. Sebanyak 5 sebutharga yang telah dikeluarkan. Pendaftaran kontraktor telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dab seramai 171 orang kontraktor kelas ‘F”telah mendaftar. Taklimat dijalankan selepas selesai pendaftaran.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

17

Page 18: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

SESI BERGAMBAR 2016Satu sesi bergambar antara bahagian telah diadakan di perkarangan Pejabat Pentadbiran JPS Sabak Bernam. Sesi bergambar ini juga bertujuan untuk mengabadikan kenangan dengan 2 orang Ketua Penolong Jurutera En. Mohd Yusrizal Bin Mohd Amiruddin dan En. Mohamad Syukri Bin Ahmad yang telah dinaikkan pangkat ke JA36 dan bakal dipindahkan ke jabatan atau daerah lain.

MAJLIS PERPISAHANKETUA PENOLONG JURUTERA

Pada hari Jumaat 29hb Januari 2016, satu majlis jamuan perpisahan Ketua Penolong Jurutera JA29 En. Mohd Yusrizal Bin Mohd Amiruddin dan En. Mohamad Sukri Bin Ahmad serta Pembantu Tadbir En. Muhammad Fairuz Bin Illuwi yang akan berpindah. Kedua-dua Ketua Penolong Jurutera JA29 ini berpindah disebabkan kenaikan pangkat ke Penolong Jurutera JA36.

En. Mohd Yusrizal Bin Mohd Amiruddin akan berpindah ke Jabatan Kerja Raya sementara En. Mohamad Sukri Bin Ahmad masih di Jabatan Pengairan Dan Saliran. En. Muhammad Fairuz Bin Illuwi telah berpindah Ke Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS). Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan diteruskan dengan ucapan dari wakil setiap bahagian. En. Mohd Yusrizal dan En. Mohamad Sukri turut diminta memberi ucapan dan amanat kepada yang hadir.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

18

Page 19: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

MESYUARAT AGUNGKELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESUKE) KALI KE 24

SERTA MAJLIS LAMBAIAN BUDI JUNJUNGAN KASIHMesyuarat Agung Kali ke 24 Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKE) JPS Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 31 Mac 2016 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sri Bernam Sungai Besar. Majlis dimulai dengan kata-kata aluan dari YDP KESUKE iaitu Tuan Jurutera Daerah Ir. Herman Bin Tawil.

Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti sepanjang tahun oleh Penolong Setiausaha KESUKE iaitu Pn. Razlinda Binti Abdul Razak. Di sambung pula dengan pembentangan perbelanjaan kelab oleh En.Mohd Fauzi Bin Dato Baharin.Majlis diteruskan dengan Majlis Lambaian Budi Junjungan Kasih sempena meraikan pegawai dan kakitangan yang telah berpindah dan bersara. Tuan Jurutera Daerah Ir. Herman Bin Tawil turut diraikan sempena perpindahan beliau ke JPS Malaysia.Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan.

UCAPAN TAHNIAHTahniah!!! kepada Puan Siti Hawa Binti Sabari kelahiran cahaya mata kedua pada 02.02.2016. Semoga dengan kelahiran ini menambahkan keceriaan dan kebahagiaan puan sekeluarga.

BENGKEL PENGURUSAN ASET KERAJAAN (1 PP)TATACARA PENYIMPANAN SELAMAT,

PENGGUNAAN DAN PENYELENGARAAN. Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor menjadi tuan rumah bersama JPS Daerah Gombak yang diadakan pada 17hb – 18hb Mac 2016 bertempat Pusat Informasi JPS Daerah Hulu Selangor.

Kumpulan sokongan II merupakan kumpulan sasaran bagi bengkel dan taklimat tersebut. Tujuan utama bengkel ini diadakan, bagi mendedahkan mengenai penyelenggaraan dan penyimpanan aset dengan selamat.

JPSHULU SELANGOR

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

19

Page 20: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

MESYUARAT AGONG

MERAIKAN SAMBUTAN HARI LAHIR

KELAB REKREASI DAN KEBAJIKANJPS DAERAH HULU SELANGOR (KERIS) KALI KETIGA.

KAKITANGAN JPS DAERAH HULU SELANGOR YANG DILAHIR PADA BULAN JANUARI - MAC

Kelab Rekreasi Dan Kebajikan JPS Daerah Hulu Selangor (KERIS) telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ketiga pada 30.03.2016.

Ahli-Ahli Jawatankuasa KERIS bagi Tahun 2016:-

Pengerusi - En. Halim Bin Haji MasriTimbalan Pengerusi - En. Azroei Bin Tasrip @ Haji ShamsudinSetiausaha - En. Adzuan Bin AnuarPen. Setiausaha - Pn. Suzilawati Binti Mohamed NorBendahari - Pn. Azidah Binti Ab. AzizAhli Jawatankuasa - En. Rosman Bin Mustanir - Pn. Siti Hawa Binti Sabari - En. Muhammad Khalis Bin Bahari - Pn. Rashidah Binti Abdul Rashid - En. Omar Bin Othman - En. Shahrizal Bin Shah Budin - En. Abdul Halim Bin Abdul RahmanPemeriksa Kira-Kira - En. Mohd Rosli Bin Daini - En. Amiroz Nasani Bin Abu Bakar

Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor mengucap Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada :-

i.En. Halim Bin Haji Masri - 08 Januari 1965ii.En. Karunakaran A/L Velautham - 11 Februari 1959iii.En. Balasubramaniam A/L Batumalai - 23 Februari 1960iv.En. Mohd Jais Bin Sahak - 26 Februari 1971v.En. Omar Bin Othman - 04 Mac 1969vi.Pn. Faziah Binti Khalit - 10 Mac 1977

Semoga sihat, bahagia di dunia serta di akhirat, dan dipermudahkan dalam segala urusan ataupun kerja serta dilindungi dibawah rahmat ALLAH SWT.

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

20

Page 21: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JPSKLANG TAKLIMAT

MAJLIS PERPISAHAN

BERSAMA JURUTERA DAERAH

PERTUKARAN KAKITANGAN

Taklimat ini diadakan pada 27 Januari 2016 bersama Jurutera daerah. Semua Penjaga Kunci Air Dijemput Hadir.

MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN KAKITANGAN PADA 29 FEBRUARI 2016 DI BILIK MESYUARAT JPS KLANG.

1. KAMARUZAMAN BIN RAHMAD & ROSDI BIN SIDEK(JPS KUALA SELANGOR)

2. MOHD ASRIQ AZMAL BIN JAMALULAIN(JPS SABAK BERNAM)

SERTA PENYERAHAN DUIT KELAB SUKAN UNTUK PEGAWAI YANG BERKAHWIN &MENDAPAT CAHAYAMATA .

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

21

Page 22: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

TAKLIMAT

TAKLIMAT

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

AKTA RAHSIA RASMI

Taklimat diadakan pada 29 Februari 2016 Di Bilik Mesyuarat JPS Daerah Klang. Pihak pengurusan taklimat telah menjemput En. Mohd Faizal Bin Mohd Saad daripada Agensi Ati Dadah Kebangsaan Daerah Klang Kementerian Dalam Negeri. Taklimat Dihadiri juga oleh pekerja kunci air Daerah Klang.

Tarikh : 23.3.2016Masa: 8.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat JPS Klang

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

22

Page 23: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

JPSKUALA LANGAT PERJUMPAAN JURUTERA DAERAH

MAJLIS PERASMIAN

BERSAMA KAKITANGAN JABATAN PENGAIRANDAN SALIRAN DAERAH KUALA LANGAT.

PEMBINAAN SEMULA JETI NELAYAN, TANJUNG SEPAT

Pada 8 Januari 2016 bersamaan hari Jumaat jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seri Langat , satu perjumpaan antara Jurutera Daerah bersama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat.

Program ini merupakan majlis suai kenal di antara Jurutera Daerah yang baru iaitu Puan Ir. Atikah binti Shafie yang menggantikan Tuan Haji Badaruddin bin Tahiruddin yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Kawalan SMART Tunnel, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Program ini juga bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seluruh kakitangan yang melibatkan tugas harian mereka.

Puan Jurutera Daerah sedang memperkenalkan diri kepada warga kerjaJPS Kuala Langat

Kakitangan yang hadir dari pelbagai peringkat kumpulan sokongan.

Bertempat di Jeti Tanjung Sepat, satu Majlis Perasmian Pembinaan Semula Jeti Nelayan yang dianjurkan dengan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Sepat dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Langat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat, Jabatan Kerja Raya Daerah KualaLangat, Majlis Daerah Kuala Langat serta Persatuan Nelayan Tanjung Sepat telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohamed Azmin Ali. Majlis yang disaksikan oleh pegawai dan kakitangan beberapa jabatan serta agensi kerajaan serta penduduk setempat ini berlangsung pada hari Ahad, 17 Januari 2016. Turut hadir mengiringi Menteri Besar pada pagi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Sepat, Ir. Haslin bin Hassan.Petikan dari akhbar Sinar Harian berkata , “Masih terdapat jeti haram yang dibina sekurang-kurangnya 40 tahun lalu di negeri ini tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kebanyakan jeti yang dibina atas rizab sungai sepatutnya diuruskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).“Saya sendiri lihat keadaan yang berlaku seperti di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan beberapa kawasan lain sekali gus mencadangkan supaya program pemutihan dapat dijalankan.“Ini bagi memastikan jeti haram yang usang dan tidak selamat ini dibina semula dan diselenggara pihak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembinaan Semula Jeti Nelayan Tanjung Sepat, . Majlis yang disaksikan oleh pegawai dan kakitangan beberapa jabatan serta agensi kerajaan serta penduduk setempat ini berlangsung pada hari Ahad, 17 Januari 2016. Turut hadir mengiringi Menteri Besar pada pagi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Sepat, Ir. Haslin bin Hassan. B

IL. 1

/201

6 (J

AN-M

AC)

23

Page 24: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

Sekitar Majlis PerasmianPembinaan Semula Jeti Nelayan,Tanjung Sepat.

MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG-PENOLONG JURUTERA JPS KUALA LANGAT

Pada tanggal 29 Januari, bertempat di Dewan Seri Langat , Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat telah diadakan majlis perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Encik Azni bin Kamaruddin dan Encik

Muhammad Norhaizar bin Hairaman daripada Penolong Jurutera J29 ke Penolong Jurutera Kanan JA36, masing-masing ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Klang dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Encik Azni bin Kamaruddin dan Encik Muhammad Norhaizar bin Hairaman yang dinaikkan pangkat daripada Penolong Jurutera J29 ke Penolong Jurutera Kanan JA36

Gambar KenanganBersama Jurutera Daerah DanKakitangan JPS Kuala Langat

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

24

Page 25: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

Di Dewan Sri Langat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Daerah Kuala Langat telah berlangsung Bengkel Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2016, pada hari Selasa dan Rabu bersamaan 7 dan 8 Mac 2016 yang lalu.

Bengkel yang telah dirasmikan oleh Puan Jurutera Daerah, Ir. Atikah binti Shafie itu diadakan bertujuan membincangkan sasaran kerja yang akan dilaksanakan oleh pihak penyelia dan kakitangan sokongan masing-masing dalam tahun 2016 ini. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan memberi pencerahan tentang tugasan kakitangan yang diselia serta membincangkan carta organisasi yang telah diberi penambahbaikan oleh pihak pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat.

MAJLIS

BENGKEL

BACAAN YASIIN

SASARAN KERJA TAHUNAN 2016

19 Februari 2016 (Jumaat) Majlis bacaan Yasiin yang dipimpin oleh Tuan Haji Amat Yahaya bin Hj. Ibrahim menjadi satu wadah mingguan yang tetap pada setiap hari Jumaat, diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat khusus buat Pegawai dan kakitangan muslim untuk meningkatkan tahap kerohanian dan nilai-nilai murni setiap individu.

Selepas bacaan Yasin , satu tazkirah disampaikan dari kalangan kakitangan sendiri secara bergilir-gilir. Selain itu, ceramah agama turut diadakan sebagai penambahan ilmu kepada kakitangan yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.

Sesi tazkirah selepas Bacaan Yasiin

Barisan Pengurusan Kananyang mengendalikanBengkel SKT 2016

Perbincangan di antaraPegawai Penyelia danKakitangan

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

25

Page 26: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

PERTANDINGAN DAN PAMERANINOVASI iCompEx’16 DI JITRA, KEDAHTempat : POLIMAS JITRA KedahPencapaian : Pingat EmasTarikh Pertandingan : 22-24hb. March , 2016Jabatan : Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat, Selangor D.ETajuk : “SISTEM AMARAN PINTU AIR” Kategori : TeknikalNama Kumpulan : JUGRA

Ahli Kumpulan

Muhamad Irwan b. Ab. GhafarHj. Amat Yahaya b. Hj.IbrahimMohd Sharil b. IbrahimAmiruddin b. YusofShahrom b. SabudinMohd. Izzadh b. Muhammed IzamNoorabdillah b. Abd. Saleh

Isu/Masalah YangHendak Diselesaikan

Masalah utama yang dihadapi adalah banjir kilat di sebabkan kegagalan operasi pintu kawalan air yang kurang sempurna. Di dapati Sistem Amaran Pintu Air lebih berkesan dan baik.

Tempat/Lokasi Polimas Jitra Kedah

Pencapaian

Pingat EmasInovasi Terbaik Kelas “E”Elektrik, Elektronik & TelekomunikasiKetiga

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat telah mewakili Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dalam Pertandingan dan Pameran Projek Inovasi yang telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, (POLIMAS) di Jitra Kedah.

Di dalam pertandingan dan pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari itu, Kumpulan JUGRA telah merangkul pingat emas dalam Inovasi kumpulan E kategori Elektrik Dan Elektronik dengan mempertandingkan Sistem Amaran Pintu Air (SAP), serta mendapat tempat ketiga di antara keseluruhan juara kategori yang dipertandingkan.

Gambar Projek/ Prototaip

Memenangi Pingat Emasdalam kumpulan E

Mendapat tempat ketiga diantara juara Keseluruhan Kategori Yang Dipertandingkan

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

26

Page 27: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010

BIL

. 1/2

016

(JAN

-MAC

)

27

Page 28: BIL. 1/2016 (JAN-MAC) 1300-80-1010water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2016... · jabatan pengairan dan saliran negeri selangor bil. 1/2016 (jan-mac) jps careline 1300-80-1010