bil: 60 / 2016

52
2016 60 JAN-MAC JUPEM Sesi Ke TIMBALAN MENTERI NRE ‘WALKABOUT’

Upload: lynhi

Post on 15-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil: 60 / 2016

201660

JAN-MAC

JUPEM

Sesi

KeTIMBALAN MENTERI NRE‘WALKABOUT’

Page 2: Bil: 60 / 2016

PenasihatDatuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiDato’ Sr Hasan bin Jamil

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

Ketua PenyuntingSr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman

Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat)

PenyuntingSr Looi Kam Seng

Nurul Hayati binti Ismail

Pengarang / Jurugambar / RekabentukHasni bin Omar

Hasanul Ariffin bin Mohd NorAhmad Najmi bin Awang

Mohd Faiqhal bin Nazaruddin

Ketua PercetakanSr Zoher bin Nomanbhoy

Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS)

Redaksi Meja Pengarang

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Selamat tahun baru 2016 dan selamat bertemu kembali dalam Berita Ukur Bil. 60 , edisi Januari – Mac 2016 yang merupakan edisi pertama bagi tahun ini. Mulai tahun 2016, Berita Ukur akan diterbitkan dengan kekerapan empat kali setahun berbanding dua kali setahun sebelumnya. Tanpa kita sedari, sukuan pertama 2016 telah pun berlalu, betapa masa bergerak terlalu pantas meninggalkan kita.

Berita Ukur ini merupakan wadah jabatan yang menyajikan pelbagai berita daripada JUPEM seluruh tanah air sepanjang tempoh tersebut. Walaupun kita telah mempunyai sumber hebahan terkini melalui JUPEM Geoportal, namun bahan berita bercetak seumpama ini masih lagi releven untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan bacaan ringan.

Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan sebarang sumbangan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam Berita Ukur bagi edisi-edisi seterusnya. Karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel: [email protected] atau [email protected]. Sempena cetakan/edaran Berita Ukur Bil. 60 ini pada bulan Syawal 1437H, pengarang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga JUPEM.

Akhir kalam, selamat membaca!

Sidang

Dari

Page 3: Bil: 60 / 2016

KANDUNGAN4 6

12

20

34

10

14

24

3945 8

Penyerahan Nota Serah Tugas Pegawai Kanan JUPEM

Perbincangan Teknikal Pengarah Projek Bersama (CPD)

Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand

Penggambaran Udara Menggunakan Unmanned Aerial Vehicle

di Pelabuhan Kuantan

Lawatan Dari Institut Pendidikan Tinggi (IPTA)

Keratan Akhbar

Amanat Tahun Baharu Sesi ‘WALKABOUT’ Timbalan Menteri NRE

Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2016

Kempen Derma Darah

Persaraan Sr Tan Ah Bah

Gerhana Matahari Separa

1

Page 4: Bil: 60 / 2016

YBhg. Dato’, Tuan-Puan warga JUPEM yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Sempena menyambut Syawal 1437H yang jatuh pada 6 Julai 2016, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat warga JUPEM sekalian. Saya dengan kerendahan hati bagi pihak diri, isteri dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

“Syawal dinanti penuh kegembiraanJangan dilupa pada yang serba kekuranganSambutlah Syawal dengan penuh kesyukuranSemoga dikurnia seribu keberkatan”

Sekian, wassallamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Terima kasih.

Datuk Sr Ahmad Fauzi bin NordinKETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

SALAM AIDILFITRI 2016/1437H

2

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 5: Bil: 60 / 2016

3

Page 6: Bil: 60 / 2016

4

Page 7: Bil: 60 / 2016

Pada 26 Januari 2016, bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala

Lumpur telah diadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2016. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin telah melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana berpeluang dan berkesempatan untuk menyampaikan amanat sempena tahun baharu 2016. Antara intipati amanat tersebut, beliau telah menyingkap kembali kejayaan dan pengiktirafan yang telah dicapai oleh JUPEM samada di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian, negeri mahupun jabatan sendiri.

Di akhir ucapan, YBhg. Datuk KPUP juga mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap kejayaan sebegini akan menjadi pendorong bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.

TAHUN BAHARU

AMANAT

2016

5

Page 8: Bil: 60 / 2016

6

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 9: Bil: 60 / 2016

Sesi ‘Walkabout’ oleh YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE) ke JUPEM telah diadakan pada 21 Januari 2016. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM.

Sesi ‘Walkabout’ Timbalan Menteri NRE

Majlis diteruskan dengan lawatan ke JUPEM W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya, Seksyen Percetakan dan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada YB Timbalan Menteri tentang fungsi dan peranan JUPEM dalam memacu pembangunan geospatial negara.

7

Page 10: Bil: 60 / 2016

PENGURUSAN JUPEM BIL. 1/2016

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1/2016 telah

berlangsung pada 26-27 Januari 2016. Mesyuarat ini diadakan bagi membentang dan membincangkan pencapaian prestasi sepanjang 2015 di Bahagian Ibu Pejabat dan JUPEM Negeri. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk

MESYUARATSr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Sempena mesyuarat pengurusan tersebut, Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian masing-masing telah membentangkan cadangan Sasaran Kerja Tahunan

(SKT) bahagian kadaster, bahagian dasar dan penyelarasan pemetaan, bahagian khidmat pengurusan, bahagian ukur geodetik dan bahagian geospatial pertahanan masing-masing.

8

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 11: Bil: 60 / 2016

Pada 1 Februari 2016 bertempat di Pejabat Ukur Derah, Ayer

Keroh (JUPEM) telah diadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2016 dan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1 Tahun 2016 Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Melaka.

Majlis tersebut telah dihadiri Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka, pegawai-pegawai dan semua kakitangan JUPEM Melaka. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Penjawat Awam seterusnya bacaan ikrar oleh semua pegawai dan kakitangan yang hadir dan diikuti oleh persembahan montaj sorotan JUPEM sepanjang tahun 2015.

Amanat Tahun Baharu 2016 telah disampaikan oleh Sr Ahmad Tarmizi bin Bastani, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU JUPEM MELAKA

Penyampaian amanat tahun baharu antara lain intipatinya adalah mengenai pencapaian, perancangan, strategi jabatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan jabatan serta keperluan perkhidmatan awam. Diharapkan juga agar JUPEM Melaka meneruskan kecemerlangan pada tahun 2016 dengan memberi

perkhidmatan yang efisien dan berkualiti serta berbangga menjadi warga JUPEM yang sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan.

Di akhir majlis tersebut, telah diadakan penyampaian buku Pelan Integriti Nasional (PIN). Buku ini adalah bertujuan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat.

9

Page 12: Bil: 60 / 2016

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS

PEGAWAI KANAN JUPEMMajlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sabah) di antara Sr

Mohamad Zaki bin Mohd Ghazali dan Tuan Haji Annual bin Aziz yang berkuatkuasa pada 4 Januari 2016 telah berlangsung di Pejabat YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria yang baru dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) yang baharu.

Dalam majlis yang berasingan, majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan); di antara YBrs. Sr Tan Ah Bah dan YBrs. Sr Dr Azhari bin Mohamed yang berkuatkuasa pada 15 Januari 2016 telah berlangsung di Pejabat YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

10

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 13: Bil: 60 / 2016

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIABUKU PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO)

JUPEM telah melancarkan Buku Pelan Integriti Organisasi (PIO) pada 26 Januari 2016 bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baharu 2016. Pelan integriti ini akan dijadikan sebagai panduan dalam meningkatkan

integriti Jabatan khususnya warga JUPEM. Dalam majlis ini juga, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyerahkan Buku PIO kepada semua Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

11

Page 14: Bil: 60 / 2016

KEMPEN DERMA DARAHANJURAN JUPEM & RISM

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN BAHAGIAN TOPOGRAFI SABAH

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia

(RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah bertempat di Ibu Pejabat JUPEM pada 27 Januari 2016 bagi menggalakkan kakitangan JUPEM dan RISM untuk menderma darah. YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah meluangkan masa bersama kakitangan untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

JUPEM Sabah dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizebeth telah mengadakan

kempen derma darah bertujuan untuk menambah bekalan tabung darah sediada bagi mereka yang sentiasa memerlukannya.

Bagi menarik minat orang ramai terhadap kempen derma darah ini hadiah-hadiah cabutan bertuah yang berupa hamper dan kupon reload yang disumbangkan oleh Yang Berhormat Menteri turut memeriahkan suasana kempen ini.

Seramai 146 orang telah mendaftar dan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, 93 orang adalah layak untuk menderma darah, ianya terdiri daripada kakitangan JUPEM Sabah, lain-lain kakitangan jabatan kerajaan, kakitangan KWSP, orang awam dan juga pelajar.

JUPEM Sabah dengan kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizebeth merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat serta kepada semua mereka yang telah menderma darah pada hari tersebut.

12

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 15: Bil: 60 / 2016

TAKLIMAT PEMANTAPANSISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JUPEM SABAH BANTU MANGSA KEBAKARAN

MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA JUPEM

Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan satu program taklimat berkaitan amalan

persekitaran berkualiti (5S) pada 14 Januari 2016 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Ibu Pejabat JUPEM. Taklimat yang telah disampaikan oleh Jawatankuasa Latihan 5S Ibu Pejabat JUPEM tersebut telah dihadiri seramai 80 pegawai pelbagai peringkat perjawatan dan turut disertai Puan Norehan binti Omar, Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan).

Tujuan program tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman dan mendedahkan idea kepada peserta dalam melaksanakan penambahbaikan persekitaran kerja serta proses-proses kerja yang memberi penekanan dalam pengurangan elemen-elemen pembaziran.

Warga Pejabat Topografi Sabah Wilayah Tawau telah melancarkan kempen bantuan kepada mangsa

kebakaran di Kg Airport Lama, Tawau yang mana salah seorang mangsa adalah kakitangan JUPEM sendiri iaitu Encik Ardiansah bin Arshad, Pembantu Awam Gred H11. Kebakaran yang berlaku pada 30 Januari 2016 bermula jam 9.40 pagi telah mengakibatkan 80 buah rumah kediaman di Kg. Airport Lama, Tawau musnah dijilat api, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pada 11 Januari 2016, bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala

Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Terhimpun Puspanita Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tahun 2015/2016. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Alice @ Noorlis bt. Norbis, Pengerusi Puspanita JUPEM.

13

Page 16: Bil: 60 / 2016

Perbincangan Teknikal Pengarah Projek Bersama (CPD) Penandaan, Pengukuran dan

Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia - Thailand telah diadakan di Hotel, Grand Alora, Alor Setar pada 28 Januari 2016.

Perbincangan dipengerusikan bersama oleh Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Col Chaiwat Promthong, Director of Geodesy and Geophysics Division, Royal Thai Survey Department (RTSD).

Di pihak Malaysia, mesyuarat dihadiri pegawai-pegawai

dari JUPEM manakala di pihak Thailand dihadiri oleh pegawai-pegawai dari RTSD. Jumlah delegasi yang menghadiri mesyuarat ini daripada pihak Malaysia dan Thailand adalah masing-masing 5 dan 3 orang.Di antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan laporan-laporan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand untuk diangkat ke peringkat Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) dan seterusnya ke Jawatankuasa Sempadan Bersama (LBC). Selain itu, ia juga membincangkan dan menandatangani dokumen-dokumen berkaitan bagi penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand.

PERBINCANGANTEKNIKAL PENGARAHPROJEK BERSAMA (CPD)SEMPADAN ANTARABANGSAMALAYSIA - THAILAND

14

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 17: Bil: 60 / 2016

YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM telah mengadakan lawatan kerja ke Persempadanan Antarabangsa Malaysia - Thailand di Negeri Perlis dan Kedah pada 29 Januari 2016.

Turut hadir adalah Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, JUPEM dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung.

Di antara tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan overview berkaitan kemajuan kerja, isu dan perancangan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand yang merupakan salah satu peranan JUPEM.

Taklimat ringkas penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand telah diadakan di Kem Ukur Sempadan Malaysia, Padang Besar, Perlis.

Lawatan lapangan telah di buat berhampiran BP 15A di Padang Besar, BP 19 di Sempadan Kedah/Perlis - Thailand, BP 22 di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan BP 30/32 di Durian Burung Kedah.

“Di antara tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan overview berkaitan kemajuan kerja, isu dan perancangan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand yang merupakan salah satu peranan JUPEM”

15

Page 18: Bil: 60 / 2016

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman

(MoU) Penandaan dan Penetapan Sempadan antara Negeri Kelantan dan Negeri Perak telah diadakan pada 15 Februari 2016 di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar dari kedua-dua negeri yang terlibat iaitu Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Ahmad bin Yakob dan Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.

Dengan terteranya MoU antara kedua-dua negeri, kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi penentuan sempadan darat antara Negeri Kelantan dan Negeri Perak akan dilaksanakan. Anggaran jarak sempadan antara kedua-dua negeri adalah sejauh 205 km dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh empat (4) tahun.

Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai perlaksanaan Penandaan dan Penetapan Sempadan Darat antara Negeri Kelantan dan Negeri Perak oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM

ANTARA NEGERI KELANTAN DAN NEGERI PERAK

PENANDAAN DAN PENETAPAN

SEMPADAN

16

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 19: Bil: 60 / 2016

MESYUARAT KE-40 JAWATANKUASA BERSAMA

SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA

Mesyuarat Ke-40 Jawatankuasa Bersama Penandaan dan Pengukuran Sempadan

Antarabangsa Malaysia-Indonesia (JIM-40) adalah mesyuarat berjadual yang diadakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia telah diadakan pada 22-24 Mar 2016 di Bali, Indonesia. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Indonesia - Malaysia adalah mesyuarat berjadual yang diadakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan kemajuan penandaan dan pengukuran sempadan bersama serta membincangkan perancangan program ukur yang akan dilaksanakan, membentangkan hasil perbincangan isu-isu berkaitan kawasan-kawasan bermasalah oleh Kumpulan Kerja Bersama bagi Kawasan-kawasan Bermasalah dalam Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara) dan kemajuan pelaksanaan dan perancangan kerja-kerja Common Border Datum Reference Frame (CBDRF) dan Joint Border Mapping (JBM) di persempadanan kedua-dua buah negara.

17

Page 20: Bil: 60 / 2016

Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan Bilangan 7 Tahun 2014 berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran ke atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan telah menyatakan dengan jelas berkenaan tanggungjawab dan pematuhan spesifikasi data yang diserahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) kepada JUPEM. Sejajar dengan pekeliling tersebut maka Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) telah mengadakan satu Bengkel Penyediaan SOP Bagi Semakan Kerja-kerja Pemetaan Utiliti Oleh JUPEM Negeri Yang Dijalankan Oleh JTB pada 17 hingga 18 Januari 2016 di Wisma JUPEM. Bengkel ini dipengerusikan oleh YBrs. Sr Hj. Mohamad Kamali bin Adimin, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dengan penglibatan pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Bahagian

BENGKEL PENYEDIAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) BAGI ARAHAN SEMAKAN KERJA-KERJA PEMETAAN UTILITI OLEH JUPEM NEGERI YANG DIJALANKAN OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

Pemetaan Utiliti, Bahagian Kadaster, JUPEM Selangor dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya. Objektif utama penyediaan dokumen SOP ini bertujuan membantu pegawai-pegawai di JUPEM Negeri dan Ibu Pejabat dalam melaksanakan aktiviti berkaitan dengan pengurusan data utiliti bawah tanah yang diterima dari pihak JTB, mewujudkan pemahaman dan koordinasi aktiviti antara JUPEM Negeri, JUPEM Ibu Pejabat dengan pihak JTB berkaitan serahan, semakan dan pengemaskinian data digital dan Pelan Utiliti, memastikan kualiti dan ketepatan data digital dan Pelan Utiliti yang diterima dari pihak JTB mematuhi standard yang ditetapkan dan memastikan Pangkalan Data Utiliti (PADU) sentiasa dikemaskini secara berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna.

18

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 21: Bil: 60 / 2016

Warga Pejabat Ukur Daerah (PUD) Selangor berasa amat berbangga dan bertuah di atas kesudian lawatan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa,Timbalan Ketua Pengarah Ukur

dan Pemetaan II, dengan diiringi oleh YBrs. Sr Mohamad Kamali bin Adimin, Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor, pada 29 Januari 2016 (Jumaat). Kehadiran lawatan disambut oleh Sr Aszaman bin Misran, Jurukur Daerah Selangor Utara, dengan disertai oleh keseluruhan 28 orang kakitangan.

PUD Selangor Utara telah ditubuhkan rentetan daripada perubahan struktur pentadbiran dan perjawatan bagi JUPEM secara keseluruhannya disamping mengimbangi nisbah kemasukan kerja dan bebanan sedia ada yang semakin meningkat saban tahun. Pejabat Ukur Daerah ini telah menyewa ruang di bangunan Kompleks PKNS Kuala Selangor bermula dari 1 Julai 2014 dan telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria pada 16 September 2014 yang merupakan Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor pada ketika itu.

LAWATAN YBHG. DATO’ TKPUP II KE PEJABAT DAERAH SELANGOR UTARA

19

Page 22: Bil: 60 / 2016

PERSARAAN SR TAN AH BAHPENGARAH UKUR BAHAGIAN( E H W A L P E R S E M PA D A N A N )

Sr Tan Ah Bah, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) telah bersara wajib mulai 15

Januari 2016.

Sr Tan Ah Bah, memulakan kerjaya di JUPEM mulai 14 April 1981 di Jabatan Ukur Perak sebelum ke Jabatan Ukur Topografi Sabah sebagai Penolong Pengarah Ukur pada tahun 1986 hingga 1988 dan seterusnya ke Jabatan Ukur Topografi Sarawak mulai 1989 hingga 1993. Pada tahun 1993 beliau telah ditukarkan ke Seksyen Topografi Wilayah Utara, Taiping sebelum menjadi Ketua Penolong Pengarah Ukur (Ehwal Persempadanan) pada 1 Julai 1995.

Beliau sekali lagi bertukar ke Seksyen Topografi Semenanjung Malaysia pada tahun 2002 sebagai Pengarah Ukur Topografi Semenanjung sehingga tahun 2004 di mana beliau balik semula ke Seksyen Ehwal Persempadanan sebagai Pengarah Ukur Seksyen (Ehwal Persempadanan) dan seterusnya sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) apabila Seksyen Ehwal Persempadanan bertukar menjadi Bahagian Ehwal Persempadanan mulai 1 Oktober 2013 sehingga beliau bersara wajib pada 15 Januari 2016.

Penglibatan beliau dalam sesi rundingan dan mesyuarat berkaitan persempadanan darat dan maritim antara Malaysia dengan negara-negara jiran amat dihargai dan disanjung oleh warga JUPEM serta merupakan sumbangan besar kepada negara. Antara sumbangan lain beliau kepada negara dalam memberi khidmat nasihat berkaitan aspek-aspek teknikal urusan persempadanan negara adalah berhubung Kes Hak Kedaulatan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia di The Hague Belanda (2005), Kes Hak kedaulatan Pedra Branca, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (2008), mengemukakan tuntutan had pelantar benua melalui Joint Submission Malaysia - Vietnam kepada Commission on the Limits of the Continental Shelf (CLCS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 dan banyak lagi jasa-jasa beliau berhubung hal ehwal persempadanan negara dalam memastikan kepentingan dan kedaulatan negara senantiasa terpelihara.

Semoga jasa-jasa dan sumbangan Sr Tan Ah Bah akan menjadi satu inspirasi dan pemangkin semangat kepada semua kakitangan JUPEM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi memartabatkan JUPEM dan Negara Malaysia ke arah kegemilangan. Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Tan Ah Bah.

20

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 23: Bil: 60 / 2016

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 1/2016

TAKLIMAT INTEGRITI DI JUPEM LABUAN

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 1/2016 telah diadakan pada 31 Mac 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 11, Wisma JUPEM dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hasan bin Jamil,

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu pekerja yang melibatkan kepentingan kepada kedua-dua belah pihak samada di pihak kerajaan dan pekerja. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat sesi terakhir bagi Encik Shaami @ Shuhaimi bin Dato’ Othman merangkap Timbalan Pengerusi MBJ yang akan bersara pada 11 April 2016 dan akan digantikan oleh Encik Mohd. Shaman bin Jaes. YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I mewakili Pihak Pengurusan Tertinggi JUPEM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara dan merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih sepanjang penglibatan beliau kepada Jabatan.

Unit integriti JUPEM ditubuhkan pada 12 Disember 2013 dibawah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Malaysia. Unit ini terdiri daripada dua (2) orang pegawai iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik M41/M44 dan Penolong Juruukur JA36. Ketua Unit Integriti Puan Triveinei A/P Sundaram dan Penolong Juruukur Puan Norhazatul Fida Binti Abdul Rahman. Unit Integriti JUPEM terdiri dari dua Bahagian iaitu bahagian Penguatkuasaan (Enforcement) dan Pendidikan (Educate).

Pengajaran dan pembelajaran yang dapat dari taklimat integriti ini agar semua penjawat awam sentiasa amanah, jujur, adil dan konsisten dalam melaksanakan

tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Memastikan semua pegawai mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dan peraturan-peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993.

Taklimat telah diberikan oleh Puan Triveinei A/P Sundaram dan Puan Norhazatul Fida binti Abdul Rahman dengan dipengerusi oleh Encik Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur dan Pemetaan W. P. Labuan. Di akhir taklimat diadakan pemberian cenderakenangan oleh pihak JUPEM Labuan kepada penceramah-penceramah yang dijemput.

21

Page 24: Bil: 60 / 2016

Program ini telah dijalankan pada 20 Februari 2016, Sabtu bermula jam 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari

di Kampung Batu Manikar W.P.Labuan. Kehadiran dari semua kakitangan dan pegawai JUPEM dan juga digalakkan hadir kepada semua keluarga kakitangan JUPEM, di anggarkan seramai 100 orang pegawai dan kakitangan beserta keluarga yang turut hadir dalam program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan PUPN mengharapkan agar semua warga JUPEM mengambil berat dalam menjaga dan mengekalkan kesihatan dan kecergasan fizikal disamping menangani stress dan obesiti bagi menjamin kerja yang berkualiti, ia juga memberi kesedaran dan motivasi kepada warga JUPEM Labuan yang agak berusia supaya kembali aktif dalam aktiviti luar pejabat dan menyeru sentiasa mengamalkan kerjasama yang baik sebagai satu keluarga yang bahagia.

Program ini juga telah menjemput pegawai dari Jabatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diwakili oleh Encik Mohd. Khairi bin Nasir dengan memberi taklimat berkaitan dengan tajuk perancang keluarga dan kesihatan diri.

Program ini di akhiri dengan penyampaian sijil kepada semua pegawai dan kakitangan JUPEM dan cenderahati dari JUPEM W.P.Labuan kepada pegawai jemputan dari agensi LPPKN tersebut yang disampaikan oleh PUPN JUPEM W.P.Labuan.

JUPEM LABUAN

SEPULUHPROGRAM

RIBULANGKAH

22

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 25: Bil: 60 / 2016

MESYUARAT GDAS ANTARA DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (DGC) UK, BGSP DAN JUPEM SABAH

MESYUARAT KOORDINASI PERTAMA KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN (BGSP) TAHUN 2016

BGSP telah membentuk satu pasukan KIK yang terdiri daripada 9 orang ahli dan seorang fasilitator. Pada 31 Mac 2016 yang lalu, satu

mesyuarat koordinasi pertama telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah BGSP, Brig Jen Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman dan turut hadir bersama adalah Pengarah-pengarah Seksyen bagi membentangkan permasalahan yang dapat diplih untuk dijadikan sebagai tajuk KIK bagi penyertaan oleh BGSP pada tahun 2016. Percambahan idea dan cadangan oleh Pengarah BGSP bersama Kumpulan KIK BGSP telah membantu dalam pemilihan tajuk tersebut. Walau bagaimanapun, tajuk KIK BGSP masih belum dapat diputuskan dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Defence Geographic Centre (DGC)

dan JUPEM Sabah telah melaksanakan mesyuarat berkaitan penghasilan peta melalui sistem Geospatial Data Acquisition System (GDAS) di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Mac 2016 yang lalu. Mesyuarat ini adalah susulan dari siri mesyuarat tahunan antara DGC dan BGSP yang dilakukan pada 15 Disember 2015 bertempat di bilik mesyuarat Command Centre BGSP, tingkat 2 Bangunan Ukur, JUPEM Kuala Lumpur. BGSP telah diwakili oleh YBhg Brig Jen Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman, Pengarah BGSP dan Timbalan Pengarah Kol Sr Dr Mohd Zambri bin Mohd Rabab, En Khairil Izwan b Ahmad Arshad (Pegawai perhubungan Malaysia – UK) serta Pengarah Seksyen Dasar Pemetaan Sr Dr Zainal bin A Majeed. Manakala Mr. Mark Andrew Foy adalah wakil UK bagi urusan data collection untuk Asia Pasific.

23

Page 26: Bil: 60 / 2016

Tim UAV BGSP bersama Tim Jabatan Mineral dan Geosains telah melaksanakan pengambilan gambar udara kawasan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang pada 29 Feb hingga 2 Mac

2016 yang lalu. Pemantuan lapangan ini telah diketuai oleh Lt Kol Muhamad Zamri bin Husran, Kapt Muhamad Haffeez bin Yusop, Kapt Mohd Faris bin Ismail, Sjn Zakaria bin Che Bing, Kpl Al Aziz bin Haimin dan En Yazir bin Sardi bersama dengan wakil dari syarikat perolehan UAV. Tumpuan utama kawasan analisis kali ini yang telah dikenalpasti adalah di Pelabuhan Kuantan. Sepanjang penggambaran udara dilaksanakan, Tim UAV BGSP telah diiringi oleh pihak Jabatan Mineral dan Geologi (JMG). Penggambaran udara ini telah menggunakan 3 unit eBee RTK iaitu eBee RTK 1, eBee RTK 3 dan eBee RTK 4 dikawasan yang telah dikenalpasti. Di samping itu juga, Ground Control Station juga telah diambil dengan menggunakan Trimble R8 GPS. Lokasi penggambaran udara ini telah menggunakan ketinggian UAV pada 288 meter dan Ground Sample Distance (GSD) 8cm/pix.

UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV)PENGAMBARAN UDARA MENGGUNAKAN

DI PELABUHAN KUANTAN

24

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 27: Bil: 60 / 2016

25

Page 28: Bil: 60 / 2016

Pada 31 Januari 2016 (Ahad) bertempat De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang. Majlis Sambutan Hari Keluarga JUPEM W.P Kuala Lumpur/Putrajaya 2016 ini telah mendapat penyertaan paling ramai iaitu kira-kira 53 keluarga kakitangan dengan jumlah ahli keluarga melebihi 200 orang ahli.

Perasmian Hari Keluarga JUPEM W.P Kuala Lumpur / Putrajaya 2016 ini telah disempurnakan oleh Sr Md Zaki bin Ad. Wahid, Pengarah Ukur dan Pemetaan W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya, di padang permainan De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Pelbagai acara sukaneka dipertandingkan antaranya sukaneka yang menghiburkan seperti bowling kelapa, tarik tali, musang berjanggut, mencari harta misteri, mencari gula-gula dan sebagainya.

SAMBUTAN HARI KELUARGAJUPEM WPKL/PUTRAJAYA

26

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 29: Bil: 60 / 2016

27

Page 30: Bil: 60 / 2016

28

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 31: Bil: 60 / 2016

Persiapan cerapan gerhana matahari separa oleh pasukan Bahagian Ukur Geodetik JUPEM di Putrajaya.

29

Page 32: Bil: 60 / 2016

Pada 9 Mac 2016, gerhana matahari penuh akan berlaku di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik. Lintasan bayang umbra bulan akan merentasi Indonesia dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku di timur sebelum ia memasuki kawasan Lautan Pasifik. Tempoh gerhana matahari penuh pada kali ini ialah 4 minit 9 saat dengan magnitud gerhana 1.045. Gerhana matahari penuh ini berlaku 1.2 hari sebelum bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan bumi atau kedudukan “perigi”. Gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas (kawasan di atas dan di bawah daripada laluan tengah gerhana penuh matahari yang diwarnakan merah) meliputi Asia Timur, Australia dan Lautan Pasifik termasuk Malaysia yang berpeluang untuk menyaksikan gerhana matahari separa antara 70%-90% litupan ke atas keseluruhan permukaan matahari.

Di Malaysia, kita dapat melihat matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa matahari sedang terbit. Peratus matahari dilindungi bulan semakin mengurang apabila semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Gerhana matahari separa tersebut dapat disaksikan dari jam 7:30 pagi hingga 9:30 pagi. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010 dan

yang akan datang pada 26 Disember 2019 serta seterusnya pada 21 Jun 2020 di seluruh negara.

Secara amnya, gerhana matahari berlaku ketika fasa bulan baru dan pada yang sama bulan melintasi di antara matahari dan bumi menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam rajah berikut:

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

30

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 33: Bil: 60 / 2016

Bersempena dengan fenomena ini, satu majlis solat sunat dan cerapan gerhana matahari telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala pihak JUPEM telah diwakili oleh Dr. Sr Azhari bin Mohamed Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), serta tiga orang kakitangan Bahagian Ukur Geodetik. Lebih 500 umat Islam telah menunaikan solat sunat gerhana yang dipimpin oleh Luqman Mohamad Hosni Imam Masjid Putra, pada pukul 8 pagi hari tersebut.

CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA DAN SOLAT SUNAT GERHANA

31

Page 34: Bil: 60 / 2016

32

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 35: Bil: 60 / 2016

Cerapan Gerhana Matahari Separa di atas bumbung Bangunan Ukur

33

Page 36: Bil: 60 / 2016

Selain cerapan di Putrajaya, Bahagian Ukur Geodetik JUPEM juga telah mengadakan

cerapan gerhana bertempat di atas bumbung Bangunan Ukur, JUPEM. Antara yang hadir bagi menyaksikan fonemena tersebut ialah YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bersama pegawai-pegawai dan kakitangan JUPEM. Aktiviti cerapan telah bermula dari jam 7.15 pagi sehinggalah gerhana matahari separa berakhir pada jam 9.30 pagi di mana kemuncaknya iaitu gerhana matahari separa (litupan sehingga 80%) berlaku pada jam 8.24 pagi.

34

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 37: Bil: 60 / 2016

Pada masa yang sama juga, JUPEM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia, Majlis Daerah Bachok, Bandar Pelancongan Islam dan Persatuan Astronomi Malaysia telah mengadakan Program

Cerapan Gerhana Matahari Separa bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama, Bachok yang bermula dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi.

Sr Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan bersama-sama dengan Sr Fadzullah Suhaimi bin Abd. Ghafar, Timbalan Pengarah Ukur I, dan Sr Nik Mohd Wafi bin Nik Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Ukur II serta kakitangan JUPEM Kelantan turut serta dalam menyaksikan fenomena tersebut.

Fenomena gerhana ini juga turut disaksikan oleh beberapa pelajar sekolah di Jajahan Bachok beserta penduduk setempat. Solat sunat gerhana matahari dan khutbah khas juga telah diadakan bersempena program ini.

GERHANA MATAHARI SEPARA DI KELANTAN

35

Page 38: Bil: 60 / 2016

GERHANA MATAHARI SEPARA

36

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 39: Bil: 60 / 2016

37

Page 40: Bil: 60 / 2016

Jabatan Falak Negeri Pahang telah menganjurkan ekspedisi Cerapan Gerhana Matahari Penuh 2016 yang telah diadakan di Palembang, Indonesia. Ekspedisi ini turus disertai oleh YBhg. Dato’ Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang. Selain cerapan gerhana matahari, aktiviti yang dijalankan dari 7 hingga11 Mac 2016 ini juga membuat lawatan muhibbah ke Kementerian Agama, Provensi Sumatera Selatan serta beberapa masjid di sekitar Bandar Palembang.

EKSPEDISI CERAPAN GERHANA MATAHARI PENUH TAHUN 2016 DI PALEMBANG, INDONESIA

JUPEM PULAU PINANG ANJUR PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN TAKLIMAT PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH

JUPEM PULAU PINANG ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN STAF – PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DAN KEIBUBAPAAN

JUPEM Pulau Pinang telah mengadakan Program Budaya Cemerlang dan Taklimat Pemetaan Utiliti pada 4 Februari 2016 bertempat di Auditorium F, Tingkat 5, Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang. Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan jabatan serta penambahan ilmu pengetahuan kakitangan mengenai bidang Pemetaan Utiliti Bawah Tanah. Program tersebut juga menjadi platform perjumpaan antara kakitangan dengan pengurusan serta penyampaian Amanat Tahun Baru Tahun 2016 Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang kepada semua kakitangan JUPEM Pulau Pinang.

JUPEM Pulau Pinang telah mengadakan Program Pembangunan Staf - Penguasaan Bahasa Inggeris dan Keibubapaan pada 26 Februari 2016 bertempat di Pejabat Ukur Daerah JUPEM Pulau Pinang. Penceramah jemputan adalah daripada Saba Publication Sdn. Bhd. iaitu Encik Jagen Morgan. Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memberi panduan kepada kakitangan mengenai cara penguasaan Bahasa Inggeris secara informal serta teknik dorongan pembelajaran kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Program tersebut telah memberi banyak manfaat khususnya kepada kakitangan yang telah berumahtangga.

38

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 41: Bil: 60 / 2016

Pada 25 Februari 2016, pihak MAMPU Sabah telah menjalankan Audit EKSA di JUPEM Labuan, hasil dari audit tersebut JUPEM Labuan telah berjaya dan layak dipersijilkan EKSA. Perancangan untuk melaksanakan EKSA telah dimulakan pada Januari 2015. Sebelum itu JUPEM W.P.Labuan telah mendapat persijilan 5S pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang telah diauditkan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Sokongan penuh yang diberikan oleh pihak atasan terutamanya Pengarah Ukur dan Timbalan Pengarah Ukur membuatkan semua kakitangan dan pegawai bersemangat dalam menjayakan program-program perlaksanaan EKSA JUPEM W.P Labuan.

Selaras dengan dasar jabatan untuk menyediakan ekosistem kerja yang kondusif, Jabatan telah mengadakan Audit Pensijilan 5S pada 9 Mac 2016 bagi memperbaharui Pensijilan 5S buat kali ke-5. Audit telah dijalankan oleh pegawai dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Hasil dari audit yang dilakukan, JUPEM telah berjaya mengekalkan Sijil Amalan Persekitan Berkualiti 5S. Tahniah buat semua.

Bahagian Kadaster daripada Ibu Pejabat JUPEM telah mengadakan Program Pelaksanaan Audit SPK MS ISO 9001:2008 JUPEM Bilangan 1/2016 di JUPEM Pulau Pinang pada 15-16 Mac 2016. Pasukan Audit SPK yang menjalankan pelaksanaan Audit SPK adalah daripada JUPEM Perak yang diketuai oleh Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari. Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memenuhi keperluan dalam pelaksanaan SPK jabatan.

AUDIT PERSIJILAN EKOSISTEM KONDISIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH MAMPU SABAH

AUDIT PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S OLEH MAMPU

AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2008 DI JUPEM PULAU PINANG

39

Page 42: Bil: 60 / 2016

Seramai 480 orang telah mengambil bahagian dalam kayuhan basikal sempena Seminar Memperkukuh

Daya Tahan Bandar-Bandar di Malaysia Terhadap Risiko Bencana 2016 dan 2nd Asia Pasifik Forum International Convention On Melaka Twien Cities pada 1 – 4 Mac 2016 di sebuah hotel terkemuka di Melaka.

Kayuhan ini disertai oleh YBhg Yang Dipertua Majlis-Majlis Berkuasa Tempatan Seluruh Malaysia, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Berkuasa Tempatan Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Masyarakat setempat serta Pemimpin-Pemimpin Negeri termasuklah Exco-Exco Kerajaan Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka selaku Tetamu Kehormat.

Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan

dan korporat), telah mengambil bahagian dalam perlawanan tenis anjuran Sunday Star Tennis Team yang telah diadakan pada 5 Mac 2016 di gelanggang tenis MINDEF Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya ke peringkat separuh akhir. Kejohanan kali ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga orang awam.

“MOST NUMBER OF HIGRANK LOCAL AUTHORITIES PERSONNEL PARTICIPATING IN A CYCLING EVENT”

KEJOHANAN TENIS BEREGU ANJURAN SUNDAY STAR TENNIS TEAM

Turut dijemput menyertai program ini adalah Tuan Hj Ahmad Tarmizi bin Bastani, Pengarah Ukur dan Pemetaan Melaka, dan Encik Rahim bin Hj Selamat, Pembantu Penerbitan Gred N22 kakitangan JUPEM Melaka yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (dilantik).

Kayuhan sejauh 6 km melalui Kawasan Bersejarah sekitar tempat tumpuan pelancong di Bandar Melaka ini telah dicatit dalam The Malaysia Book of Records sebagai “Most Number of High Rank Local Authorities Personnel Participating in a Cycling Event”.

40

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 43: Bil: 60 / 2016

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN GEOMATIK DI BAHAGIAN KARTOGRAFI DAN GIS (BKGIS)

LAWATAN DARI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA)

Seramai 63 orang pelajar daripada Tahun 3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dari Fakulti

Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjalani latihan industri di BKGIS. Latihan bermula dari 15 – 25 Februari 2016. Pelajar telah dibahagikan kepada lima kumpulan agar penyampaian subjek kepada pelajar dapat difahami dengan lebih mudah dan berkesan.

Pelajar telah didedahkan dengan peranan kartografi dan GIS dalam menghasilkan produk-produk Jabatan. Sesi lawatan juga telah diadakan di Seksyen Percetakan Peta yang merupakan seksyen penting dalam penerbitan produk-produk Jabatan. Di samping itu, pelajar juga telah menjalankan aktiviti Map Critic. Daripada aktiviti ini, pelajar dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja kumpulan. Seterusnya sesi soal jawab dengan panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai BKGIS dapat merungkaikan lagi pemahaman pelajar berkenaan penghasilan peta yang baik dan berkesan.

Sepanjang suku pertama 2016, JUPEM telah menerima

beberapa lawatan dari IPTA antaranya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kedah. Selain memberikan peranan dan fungsi JUPEM, lawatan ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang proses sebenar penghasilan peta dan lain-lain produk JUPEM secara lebih dekat.

41

Page 44: Bil: 60 / 2016

Lawatan JUPEM Pahang ke Puncak Bukit Kertau, Daerah Maran telah diadakan pada 21 Januari 2016.

Lawatan yang julung kalinya diadakan ini diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Maran dengan melibatkan beberapa penyertaan agensi dan jabatan lain seperti Pejabat Adun Chenor, Jabatan Perhilitan Maran, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Maran, Pejabat Penghulu Mukim Kertau, Wakil Ketua Kampung Telok, Wakil Ketua Kampung Nyak,

Aktiviti pembaikan jalan telah dijalankan di sekitar tempat meletakkan kenderaan JUPEM Pahang

pada 23 Februari 2016. Kebanyakkan kawasan tersebut telah berlubang dan rosak membahayakan keselamatan kakitangan JUPEM Pahang. Inisiatif YBhg. Dato’ Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang. Yusof telah membaiki kerosakkan tersebut secara gotong-royong serta melibatkan pegawai kerja luar Daerah Pahang Timur.

Wakil Ketua Kampung Sembai, Kumpulan Kembara RBO (NGO yang berpangkalan di Chenor) serta wakil Wartawan TV9 dengan jumlah keseluruhan peserta yang hadir seramai 50 orang. Dalam lawatan ini, JUPEM Pahang telah diberi penghormatan untuk memberi taklimat kepada peserta yang hadir berkaitan kedudukan pemetaan sebenar Puncak Bukit Kertau dalam Peta Negeri Pahang.

LAWATAN JUPEM PAHANG KE PUNCAK BUKIT KERTAU

AKTIVITI PEMBAIKAN JALAN DAN PENANAMAN POKOK KURMA

Upacara menanam pokok kurma juga telah dijalankan bagi menyerikan suasana kawasan JUPEM Pahang dalam persekitaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

42

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 45: Bil: 60 / 2016

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dengan limpah perkenan dan sukacitanya telah

mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Kedua, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) kepada Sr. Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tahun 2015. Pengurniaan ini membawa gelaran Dato’.

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 6 Februari 2016, bersamaan 27 Rabiulakhir 1437 Hijrah yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang terhadap perkhidmatan yang telah diberikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia khasnya dan perkhidmatan awam secara amnya.

D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan untuk menganugerahkan kepada Encik Jasni bin A. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 pada 14 Januari 2016.

Darjah ini dianugerahkan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Sembilan. Atas perkenan Ke bawah Duli Tuanku, darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.

Taklimat dan raptai telah diadakan pada 23 Februari 2016 dan Istiadat Pengurniaan Kali Ke-2 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat telah diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 29 Februari 2016.

SR HJ. MOHAMMAD YUNUS BIN MD. YUSOF TERIMA DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH (D.S.A.P)

SR JASNI BIN A. RAHMAN TERIMA DARJAH SETIA NEGERI SEMBILAN (D.N.S)

43

Page 46: Bil: 60 / 2016

JUPEM TERIMA PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

JUPEM telah berjaya menerima Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan

Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi Pengurusan dan Pengesahan Data Pengguna Sistem MyRTKNet di Bahagian Ukur Geodetik oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan IQNet.

44

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 47: Bil: 60 / 2016

Keratan Akhbar

45

Page 48: Bil: 60 / 2016

Pengkongsian Ilmu“MEREALISASIKAN MOBILE APPS DUA MARHALAH”

-Bahagian Pertama-

Kumpulan Inovasi Mutiara Milenium 2.0 (MM 2.0) daripada JUPEM Pulau Pinang telah mengorak

langkah mencipta satu inovasi berteknologi tinggi yang menggunapakai data-data asas JUPEM yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna beragama Islam di negara ini.

Sebagai langkah permulaan, pada 25 Jun 2015, perbincangan tiga penjuru antara wakil-wakil daripada JUPEM Pulau Pinang, Penang GIS (PEGIS) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang telah diadakan di bilik mesyuarat JUPEM Pulau Pinang untuk mendapatkan pandangan awal mengenai cetusan idea untuk menghasilkan satu aplikasi android yang berupaya menentukan jarak perjalanan pengguna dengan tepat apabila mereka bermusafir melalui telefon bimbit masing-masing.

Susulan daripada itu, MM 2.0 telah membuat kunjungan hormat kepada S.S. Dato’ Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang di pejabat beliau pada 3 Ogos 2015 untuk membentangkan cetusan idea tersebut.

YBhg. Dato’ Mufti Pulau Pinang ternyata amat berminat dengan cetusan idea tersebut kerana berpendapat ianya sesuatu yang berguna untuk kemaslahatan umat Islam serta merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah yang perlu disegerakan.

46

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 49: Bil: 60 / 2016

Selanjutnya cadangan pembangunan projek Inovasi 2 Marhalah ini telah diibentangkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang dalam Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur di Kuantan, Pahang pada 28 dan 29 Disember 2015. Maklum balas yang diterima dari Datuk KPUP, Pengurusan Tertinggi Jupem dan semua Pengarah-Pengarah adalah sangat memberangsangkan.

‘The Big Picture’’ mengenai projek inovasi adalah untuk mengkaji dan seterusnya menghasilkan suatu aplikasi di atas telefon mudah alih (mobile apps) yang ringkas dan mudah digunakan dan ianya berdasarkan strategi “BOS’ (Blue Ocean Strategy).

JUPEM Pulau Pinang seterusnya telah mengadakan kursus asas berkaitan aspek pengaturcaraan mudah bagi aplikasi android versi hybrid & native yang bertajuk ‘Training Mobile Apps Pembangunan Aplikasi 2 Marhalah’ yang dikendalikan oleh Syarikat Favourite Trainer Sdn Bhd pada 22 hingga 24 Mac 2016 agar dapat merealisasikan hasrat tersebut.

“Ikuti Bahagian Kedua untuk perkembangan selamjutnya bagi penyediaan mobile apps 2 marhalah ini dalam keluaran Berita Ukur yang akan datang”

47

Page 50: Bil: 60 / 2016

Sudut Kesihatan

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik yang merupakan masalah yang besar di kebanyakan

negara-negara didunia. Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.

Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.

Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

Impaired glucose tolerance (IGT).

Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.

Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir (bagi wanita).

Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih).

Tekanan darah tinggi.

Gaya hidup yang tidak aktif.

Faktor pemakanan – Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.

Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi dan jalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan dengan segera.

48

Berita Ukur Jan-Mac 2016

Page 51: Bil: 60 / 2016
Page 52: Bil: 60 / 2016

Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaWisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618www.jupem.gov.my