keratan akhbar 21 mei 2016 – 31 mei 2016 bil akhbar hari

21
KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Berita Harian Rangka 32 tentera, warga Australia akan dihantar pulang Sabtu / 21 Mei 2016 Online 2. Berita Harian Penerbangan bawa balik jasad 32 anggota tentera Australia dan keluarga disemadi di Malaysia Sabtu / 21 Mei 2016 Online 3. MyNewsHub Info palsu sijil simpanan premium pesara ATM Sabtu / 21 Mei 2016 Online 4. Harian Metro Dijangka selesai ikut jadual Sabtu / 21 Mei 2016 Online 5. Harian Metro Veteran tentera puas jasad, keluarga disatu Ahad / 22 Mei 2016 Online 6. Sarawak Tribune S’wak RMAF veterans to form association Isnin / 23 Mei 2016 Online 7. Borneo Post Online Veteran TUDM tubuh persatuan Veteran TUDM Sarawak : Mustapha Selasa / 24 Mei 2016 Online 8. Sinar Harian Pesara ATM tuntut pelarasan pencen Rabu / 25 Mei 2016 Online 9. Sarawak Tribune Pat on the back for PVATM Kapit Ahad / 29 Mei 2016 Online 10. The Star Struggle to help Veterans in need Ahad / 29 Mei 2016 Online 11. Kosmo Rangka 32 tentera, warga Australia dihantar pulang hari ini Isnin / 30 Mei 2016 Online 12. Kosmo 32 rangka warga Australia diterbangkan di Sydney hari ini Selasa / 31 Mei 2016 Online 13. Berita Harian Majlis penyerahan 32 rangka warga Australia selesai Selasa / 31 Mei 2016 Online

Upload: phamhanh

Post on 12-Jan-2017

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

KERATAN AKHBAR

21 Mei 2016 – 31 Mei 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Berita Harian – Rangka 32 tentera,

warga Australia akan dihantar pulang Sabtu / 21 Mei 2016 Online

2.

Berita Harian – Penerbangan bawa

balik jasad 32 anggota tentera

Australia dan keluarga disemadi di

Malaysia

Sabtu / 21 Mei 2016 Online

3. MyNewsHub – Info palsu sijil

simpanan premium pesara ATM Sabtu / 21 Mei 2016 Online

4. Harian Metro – Dijangka selesai ikut

jadual Sabtu / 21 Mei 2016 Online

5. Harian Metro – Veteran tentera puas

jasad, keluarga disatu Ahad / 22 Mei 2016 Online

6. Sarawak Tribune – S’wak RMAF

veterans to form association Isnin / 23 Mei 2016 Online

7.

Borneo Post Online – Veteran TUDM

tubuh persatuan Veteran TUDM

Sarawak : Mustapha Selasa / 24 Mei 2016 Online

8. Sinar Harian – Pesara ATM tuntut

pelarasan pencen Rabu / 25 Mei 2016 Online

9. Sarawak Tribune – Pat on the back

for PVATM Kapit Ahad / 29 Mei 2016 Online

10. The Star – Struggle to help Veterans in

need Ahad / 29 Mei 2016 Online

11. Kosmo – Rangka 32 tentera, warga

Australia dihantar pulang hari ini Isnin / 30 Mei 2016 Online

12. Kosmo – 32 rangka warga Australia

diterbangkan di Sydney hari ini Selasa / 31 Mei

2016 Online

13. Berita Harian – Majlis penyerahan 32

rangka warga Australia selesai Selasa / 31 Mei

2016 Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

14. Sinar Harian – Rangka dibawa

keluar dari Kem Terendak Selasa / 31 Mei

2016 Online

15.

New Straits Times – Remains of 32

Australia from commonwealth war

graves to be flown home today

Selasa / 31 Mei 2016

Online

Page 3: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Rangka 32 tentera, warga Australia akan dihantar

pulang

MELAKA: Rangka 32 warga Australia yang dikebumikan di Perkuburan Perang

Commonwealth (CWG) Kem Terendak, di sini, pada awal tahun 1960-an, akan

dihantar pulang ke negara asal mereka hujung bulan ini. Kerja menggali dan

mengumpulkan semula rangka serta beberapa anggota yang masih sempurna

menerusi Ops Reunites itu, dilakukan secara bersama oleh kedua-dua kerajaan,

menerusi Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Australia.

Fasilitator Ops Reunites, Datuk Dr Mohd Ilham Haron, berkata operasi berkenaan

bermula dengan titipan surat diplomatik oleh kerajaan Australia kepada kerajaan

Malaysia yang memohon bantuan untuk membawa keluar mayat warga negara

terbabit yang dikebumikan di Malaysia. Katanya, mayat berkenaan terdiri daripada

anggota tentera dan ahli keluarga mereka serta penjawat awam Australia yang

bekerja di negara ini, termasuk anggota tentera yang mati ketika konfrantasi, darurat

dan perang Vietnam antara tahun 1964 hingga 1968.

"Susulan itu, Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne mengadakan kunjungan

hormat ke atas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada April

lalu, mencapai kata sepakat untuk melaksanakan Ops Reunites. "Bantuan

berkenaan adalah sebagai membalas budi kepada kerajaan Australia yang banyak

membantu Malaysia dalam operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak

2014," katanya ketika ditemui selepas operasi itu, hari ini. Kerja menggali dan proses

pengenalan rangka berkenaan dijangka selesai pada 24 Mei ini dan akan diserahkan

kepada kerajaan Australia menerusi upacara penuh istiadat pada 31 Mei ini di

Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. Pemangku

Pengarah Muzium Tentera Darat, Mejar Abdullah Sani Mohamed, berkata Ops

Reunites itu dimulakan dengan mengesan kedudukan sebenar kubur berkenaan

menerusi bantuan Agensi Nuklear Malaysia pada 28 Februari lalu. Katanya, kerja

penggalian kubur dilakukan sejurus ketibaan pasukan bantuan dari Australia diketuai

Pengurus Menjejaki Kehilangan Mangsa Perang Australia, Brian Manns.

"Kerja menggali kubur ini dapat mengesan semula tinggalan jasad yang masih elok

melalui proses pengecaman berdasarkan rekod perubatan sedia ada, di samping

pengesahan cap jari, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) atau tanda tertentu yang

ditemui dalam kubur si mati," katanya. Sementara itu, Manns berkata, beliau

bersama beberapa pakar dari negara terbabit kini sedang giat melakukan proses

mengenal pasti jasad 24 anggota tentera dan lapan ahli keluarga mereka yang

dikebumikan di CWG itu.

Page 4: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Penerbangan Bawa Balik Jasad 32 Anggota Tentera Australia Dan Keluarga Disemadi Di Malaysia

MELAKA, 21 Mei (Bernama) -- Sydney bakal merakamkan detik-detik dinanti-nanti selama ini apabila jasad 32 anggota tentera Australia dan ahli keluarga yang "diterbangkan dari Malaysia tiba pada 2 Jun untuk disemadakan di tanah air sendiri. Seramai 24 wira Australia dan lapan ahli keluarga yang gugur semasa perang Vietnam dan zaman Darurat di Malaya disemadikan di Tanah Perkuburan Komanwel, Kem Terendak, Sungai Udang di sini. Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan hari Sabtu berkata, usaha itu yang diberi nama "Operation Reunites" atau Ops Reunites, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Australia, bertujuan untuk menyatukan jasad wira-wira itu dengan ahli keluarga mereka. Upacara penyerahan rasmi akan dilakukan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada 31 Mei dan jasad mereka dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Richmond, Sydney pada 2 Jun dalam upacara penuh ketenteraan peringkat kebangsaan, kata kenyataan itu. Sempena detik kepulangan itu, sebuah lagu bertajuk "I'm coming home" nyanyian Skylar Grey bergema di halwa telinga wartawan dan jurukamera yang membuat liputan Ops Reunites di Tanah Perkuburan Komanwel di sini hari Sabtu. Perasaan gembira dan ceria menyelubungi suasana apabila penulis dan pengamal media yang lain menjejakkan kaki di kawasan itu bersama pelbagai agensi Malaysia dan Australia yang bekerjasama atas semangat setiakawan untuk menjayakan usaha itu. Pengurus Unrecovered War Casualties Tentera Australia, Brian Manns merasai pengaklaman ini apabila menjejakkan kaki buat kali pertama di tapak itu pada 30 April tahun ini kerana usaha itu benar-benar penting untuk keluarga di tanah air. Dalam satu temu bual, beliau berkata 32 anggota tentera Australia disemadikan di sini dari 1964 hingga 1969 dan oleh sebab itu, ahli keluarga mereka meminta kerajaan Australia menggali semula kubur dan membawa balik jasad mereka. Manns berkata pasukannya menjalankan usaha itu di beberapa negara termasuk Perancis, Belgium, Vietnam, Papua New Guinea dan di negara-negara yang jasad anggota Australia disemadikan. Beliau berkata kerjasama yang diterima dari rakan sejawatan dari Malaysia adalah amat baik sekali dan menunjukkan hubungan erat dan semangat berpasukan yang terjalin antara Malaysia dan Australia. "Cara kami bekerjasama dengan rakan kami di Malaysia adalah gred pertama dan

Page 5: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

kami benar-benar berpuas hati bekerjasama dengan mereka, sokongan yang kami terima adalah yang terbaik di dunia," katanya. Fasilitator Ops Reunites Mej Jen Datuk Dr Mohd Ilham Haron berkata Tentera Darat Malaysia amat berbesar hati untuk membantu Australia membawa balik jasad anggota tenteranya. "Operasi ini menunjukkan betapa eratnya hubungan Malaysia dan Australia, jadi kami benar-benar gembira dapat membantu rakan kami dan menyatukan kembali anggota tentera dan keluarga dengan orang tersayang di tanah air tercinta," kata beliau.

Page 6: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Info Palsu Sijil Simpanan Premium Pesara ATM KUALA LUMPUR – Teks pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp berhubung pengagihan Sijil Simpanan Premium Pesara ATM (SSP PESARA) sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM150 yang sedang viral di media sosial merupakan maklumat palsu.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media menegaskan, maklumat yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu itu tidak benar.

“Kementerian Pertahanan dan ATM tidak pernah mengadakan kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang membabitkan sebarang produk Sijil Simpanan Premium (BSNSSP) khas untuk golongan Veteran ATM,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan, sebarang bentuk bantuan yang diterima oleh veteran ATM akan disalurkan terus kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan mereka yang layak akan dimaklumkan.

Kata kenyataan itu, pengumuman rasmi mengenai perkara seperti itu hanya akan dibuat oleh pihak JHEV atau Kementerian Pertahanan sendiri.

JHEV adalah agensi di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan. Objektif utama JHEV adalah untuk membantu Veteran ATM dalam meningkatkan taraf sosioekonomi mereka setelah menamatkan perkhidmatan.

JHEV berfungsi dalam menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM.

Salah satu daripada inisiatif JHEV adalah melalui skim bantuan yang merangkumi bantuan sara hidup, persekolahan, peralatan pesakit, kemasukan ke Universiti Awam dan bantuan bencana alam. – MYNEWSHUB.CC

Page 7: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Dijangka selesai ikut jadual

Melaka: Proses memindahkan dan mengenal pasti jasad 32 tentera Australia dan ahli keluarga mereka untuk dibawa pulang ke negara asal menerusi Operasi Reunites dijangka selesai mengikut jadual pada Selasa ini.

Operasi itu membabitkan proses memindahkan dan mengenal pasti 24 anggota tentera, dua wanitadan enam kanak-kanak iaitu ahli keluarga kepada anggota tentera terbabit yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Perang Komanwel (CWG), Kem Terendak, di sini, antara 1964 hingga 1969.

Fasilitator Operasi Reunites Mejar Jeneral Datuk Dr Mohd Ilham Haron berkata, proses memindahkan jasad terbabit dari kubur asal sudah selesai dilakukan hari ini.

"Sehingga hari ini, 20 jasad sudah dikenal pasti dan ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Kem Terendak.

"Semua 32 keranda itu akan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang 30 Mei ini," katanya.

Difahamkan, semua jasad itu akan diberikan penghormatan tentera di Pangkalan TUDM Subang dan diterbangkan ke Sydney menggunakan dua pesawat pengangkut C-17 Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) pada 31 Mei.

Wakil agensi Malaysia dan Australia menjalankan proses penggalian dan mengenal pasti identiti jasad di Tanah

Perkuburan Komanwel (CWG), Kem Terendak. FOTO Khairunisah Lokman

Page 8: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Veteran tentera puas jasad, keluarga disatu

Melaka: Cogan kata ‘leave no man behind’ (tiada siapa akan ditinggalkan) mendorong veteran tentera Australia, Brian Manns melakukan usaha mengenal pasti serta menguruskan proses membawa pulang jasad anggota tentera negaranya yang terkorban ketika bertugas di luar negara.

Dia bersama beberapa pakar dari negara terbabit kini sedang giat melakukan proses mengenal pasti jasad 24 anggota tentera dan lapan ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah Perkuburan Peperangan Komanwel (CWG) Kem Terendak, di sini, menerusi Operasi Reunites.

Menurutnya, dia mula berkampung di CWG Kem Terendak sejak awal bulan ini bagi memastikan proses mengenal pasti dan membawa pulang semua 32 jasad terbabit berjalan lancar.

Pengurus Mangsa Perang Tidak Ditemui Jabatan Pertahanan Tentera Darat Australia itu berkata, operasi dijayakan dengan kerjasama kerajaan Malaysia itu dianggap amat penting.

“Ia bukan saja memberi makna kepada kerajaan Australia, malah keluarga kepada anggota tentera terbabit, apabila mereka akhirnya disatukan semula selepas sekian lama terpisah.

“Sejak 10 tahun lalu, saya sudah ke beberapa negara bagi melakukan proses mengenal pasti dan membawa pulang jasad anggota tentera Australia yang terkorban ketika bertempur,” katanya ketika ditemui semalam.

Brian berkata, walaupun sudah bergelar veteran, dia berasa puas kerana masih mempunyai kudrat untuk membantu anggota tentera yang terkorban dengan membawa pulang jasad mereka.

“Sebelum ini saya pernah menghadiri majlis pengebumian jasad anggota tentera yang dibawa pulang ke pangkuan keluarganya. Dalam perbualan singkat seorang ahli keluarga mendiang mengatakan dia berasa amat terharu dengan usaha kami semua.

“Apa tidaknya dia langsung tidak menyangka dapat menghadiri majlis pengebumian ahli keluarganya itu selepas 50 tahun meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, dia berasa amat kagum dengan kerjasama diberikan kerajaan Malaysia dan menganggapnya sebagai satu bentuk bantuan terbaik pernah diterimanya sejak terbabit secara aktif dalam usaha itu.

«

Page 9: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari
Page 10: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari
Page 11: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Veteran TUDM tubuh Persatuan Veteran TUDM Sarawak: Mustapha

KUCHING: Penjawat awam veteran daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sarawak menubuhkan Persatuan Veteran TUDM Sarawak.

Mesyuarat sulung protem yang diadakan Ahad lalu di Pangkalan Udara TUDM di sini, menyaksikan jawatankuasa protem dilantik untuk memulakan pembentukan persatuan tersebut yang akan berada di bawah naungan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Menurut Presiden Protem Mustapha Hanif Ghaus, kumpulan itu setakat ini mempunyai 230 ahli dan beliau menjangka lebih ramai ahli akan mendaftar sejurus mereka mengetahui mengenai pembentukan persatuan tersebut.

Persatuan itu, jelasnya akan menjaga aspek kebajikan setiap veteran penjawat awam TUDM yang tidak berapa sihat atau memerlukan bantuan.

“Terdapat veteran kita yang sakit, memerlukan bantuan kewangan dan beberapa perkara lain termasuk kematian, penyakit kritikal dan pendidikan,” katanya menerusi kenyataan akhbar persatuan itu, semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penolong Pengarah Jabatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Kapten (B) Farizal Hashim.

“Ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk Disuah (timbalan presiden), Moktada (setiausaha), Paidun (bendahari), Razak (penolong bendahari), Siva Kumar (pegawai perhubungan media) dan beberapa AJK lain termasuk Koruthu, Ahmad Tarmizi Othman, Mohamed Jerawi, Limpang Aloh dan Yong,” kata Hanif.

Page 12: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Pesara ATM tuntut pelarasan pencen

Sebahagian pesara tentera bergambar bagi menuntut hak mereka ditunaikan kerajaan.

JITRA - Seramai 100 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadiri Program Road Show Pahlawan bagi menuntut kerajaan supaya membuat pelarasan gaji di dewan orang ramai Taman Tabung Haji dekat sini, semalam.

Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Asri Buang berkata, pihaknya menuntut beberapa faedah daripada kerajaan supaya kehidupan pesara ATM akan lebih terjamin memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini.

Katanya, kini pihaknya menuntut supaya kenaikan pencen pesara tentera selaras dengan kenaikan gaji semasa yang berkuat kuasa Julai ini.

“Tuntutan itu dibuat oleh bekas anggota tentera terdiri daripada prebet sehinggalah kepada pegawai waran satu dan pencen maksimum mereka terima RM1,600 saja.

“Bagi mereka yang tinggal di luar bandar kebanyakannya berada di bawah kemiskinan tegar,” katanya.

Kaji selidik mendapati, lebih kurang 100,300 pesara tentera adalah berpencen dan lebih 400,000 pula tidak berpencen daripada perkhidmatan darat, laut dan udara.

Majoriti daripada mereka menamatkan perkhidmatan 21 tahun dan minoriti perkhidmatan Agong 22 tahun.

Asri berkata, Pahlawan turut menuntut kerajaan agar memberi imbuhan RM6,000 setiap tahun kepada anggota tentera tidak berpencen.

“Pahlawan juga cadangkan hak mewariskan pencen pesara kepada waris terdekat selepas kematian pesara, terutama kepada isteri haruslah diberi untuk sepanjang hayat.

“Peraturan sekarang, balu seorang pesara boleh tuntut pencen suaminya bermula dari tarikh pencen untuk tempoh 20 tahun sahaja,” katanya.

Page 13: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Tambahnya, Pahlawan juga akan menuntut penyeragaman pencen anggota tentera berstatuskan pencen hilang upaya (PHU) dan Ex Gratia kepada semua veteran orang kurang upaya (OKU).

“Sebelum ini ramai dalam kalangan mereka yang berpencen mendapat elaun berbeza walaupun pangkat sama disebabkan kerajaan menetapkan tahun anggota yang berpencen selama ini menjadi perbezaan di kalangan mereka.

“Akhir sekali, kami juga menuntut kerajaan sediakan sebidang tanah atau rumah mampu milik kepada bekas tentera bagi mengenang jasa perajurit yang selama ini berkorban nyawa mempertahan kedaulatan negara hingga kita dapat menikmati kemakmuran seperti hari ini," katanya.

Menurut Asri, melalui Road Show ini pihaknya berusaha mendapatkan tandatangan setiap pesara tentera sebelum menyampaikan memorandum itu kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selaku Field Marshall.

Page 14: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari
Page 15: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Struggle to help veterans in need

\

Association on a mission to assist ex-servicemen who are not eligible for the

armed forces pension scheme.

SPECIAL kiosks will be set up nationwide to sell rice and other essential goods to

armed forces veterans at low prices – cheaper by 10% to 15% than market price.

It is part of the Jihad Ekonomi (economic fight) initiative undertaken by the

Association of Non-Pensionable Armed Forces Veterans Malaysia (PVTTB) to help

fellow ex-servicemen who are struggling to make ends meet as rising costs of living

take a toll on them.

PVTTB adviser Dr Ibrahim Ashaari (pic) says they will set up kiosks all over Malaysia

including Sabah and Sarawak to ensure ex-servicemen have access to relatively

cheaper grocery items like rice, cooking oil, sugar and flour.

“We are grateful to suppliers for assisting us. We only requested for cheaper rice, oil,

and flour, but they offered to give even more. A supplier has even offered to give us

a whole range of soy sauce products at cheaper than market price.

“They want to give armed forces veterans something in appreciation for what they

have done for the country,” says the ex-serviceman-turned-lecturer.

Dr Ibrahim hopes to launch the programme before the Malaysian Armed Forces Day

celebration on Sept 16.

In the meantime, the association is also forming an Agricultural Brigade to assist

non-pensionable veterans involved in animal husbandry and farming activities.

PVTTB will act as marketing agents, he tells.

Page 16: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

“We are rounding up at least 1,000 cattle for the Hari Raya Haji celebration.

“State and federal agencies as well as corporate sectors that need a supply of

livestock during the festive period can contact us.

“This is part of our jihad (struggle) to help fellow ex-servicemen eke a living,” he

says, adding they are also looking into marketing livestock for Aqiqah (sacrifice

offering for newborns) ceremonies to welcome birth of babies.

Veterans are also encouraged to tap into the fish farming business.

The association has also implemented a Jihad Kebajikan (welfare) programme to

assist veterans in need and Jihad Pendidikan (education) to assist the offspring of

ex-servicemen in securing places at public higher learning institutes.

PVTTB Penang president LAC (Rtd) Abu Hasan Abd Malik says they have gone on

a mission to seek, defend and assist veterans in need.

“There are about 300,000 veterans who are not eligible for the armed forces pension

scheme.

“Most of them are facing financial hardship. We hope the authorities would provide

assistance, especially for the elderly veterans who had served during the Emergency

period.

“There are not many of them left. Help them while they are still alive.”

He cites the case of a former veteran who had struggled to survive until his death.

“His name was Ahmad Baharom. He passed away not too long ago, when he was

83. I cannot forget how he kept saying that he would probably not get any financial

assistance till the day he dies.

“He was right. I am driven to tears every time I look at his picture – we did not have

the resources to help him while he was still alive,” he says with regret, noting,

“Ahmad Baharom had hoped for the success of the Jihad Ekonomiprogramme to

assist elderly veterans in need.”

Page 17: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Rangka 32 tentera, warga Australia dihantar pulang hari ini

ANGGOTA ATM melakukan perbarisan hormat pada raptai Upacara Rasmi Penyerahan 32 Rangka Warga Australia Daripada Kerajaan Malaysia Kepada Kerajaan Australia di Pangkalan TUDM, Subang semalam.

SUBANG – Rangka 32 tentera dan warga Australia yang dikebumikan di Perkuburan Perang Commonwealth (CWG) Kem Terendak, Melaka pada awal tahun 1960-an akan dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Karimah Awi berkata, kesemua rangka itu akan diserahkan kepada kerajaan Australia menerusi upacara penuh istiadat berlangsung di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

“Seramai 263 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terlibat dalam upacara penuh istiadat itu termasuk 61 anggota tentera dari Australia.

“Penghantaran rangka 32 warga Australia itu menggunakan dua buah pesawat C-17 Globemaster yang dijangka berlepas dari Pangkalan TUDM kira-kira pukul 9.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada raptai Upacara Rasmi Penyerahan 32 Rangka Warga Australia Daripada Kerajaan Malaysia Kepada Kerajaan Australia di Pangkalan TUDM di sini semalam.

Page 18: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

32 rangka warga Australia diterbangkan ke Sydney hari ini

Kesemua keranda yang membawa rangka warga Australia itu diterbangkan dari Pangkalan

Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini menggunakan dua pesawat C-17 Tentera Udara

Diraja Australia.

SUBANG - Rangka 32 warga Australia yang dikebumikan di Perkuburan Perang

Commonwealth (CWG) Kem Terendak Melaka pada awal tahun 1960-an dijangka

diterbangkan ke Sydney, Australia pukul 1 tengah hari ini.

Kesemua keranda yang membawa rangka warga Australia itu diterbangkan dari

Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini menggunakan dua pesawat

C-17 Tentera Udara Diraja Australia.

Pesawat itu dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Richmond,

Sydney pada Khamis ini akan disambut dengan majlis istiadat ketenteraan oleh

kerajaan Australia.

Usaha membawa pulang sejumlah 32 rangka dilakukan menerusi Operasi Reunite

merupakan kerjasama antara kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian

Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia dan kerajaan Australia.

Rangka berkenaan milik 24 tentera Australia dan lapan ahli keluarga mereka yang

mati ketika konfrontasi, darurat dan peperangan antara 1964 hingga 1968 selain

penjawat awam yang bekerja di negara ini.

Terdahulu majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd.

Johari Baharum mewakili Kerajaan Malaysia kepada wakil Kerajaan Australia, Mejar

Jeneral (Bersara) M A Kelly AO DSC.

Page 19: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Majlis penyerahan 32 rangka warga Australia selesai

SEBANYAK 32 kereta mayat membawa 32 keranda secara konvoi ke Pangkalan Udara Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, semalam.

SHAH ALAM: Majlis penyerahan 32 rangka warga Australia yang dikebumikan di Perkuburan Perang Commonwealth (CWG), Kem Terendak, Melaka, awal tahun 1960-an, selesai kira-kira jam 9.40 pagi tadi di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini. Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mewakili Kerajaan Malaysia kepada wakil Kerajaan Australia, Mejar Jeneral (Bersara) M A Kelly AO DSC. Upacara penuh istiadat itu berakhir dengan penyerahan bendera Australia oleh wakil tiga Divisyen Tentera Darat, Mejar Muhammad Nurzairi Omar kepada Rejimen Diraja Australia, Mejar Honnen. Semua keranda itu akan diterbangkan ke Australia menggunakan pesawat C-17 Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Richmond, Sydney, Khamis ini. Dalam majlis berkenaan, seramai 224 anggota Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 61 anggota Angkatan Pertahanan Australia turut terbabit. Usaha membawa pulang 32 rangka itu dilakukan menerusi Operasi Reunite membabitkan kerjasama Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia dan kerajaan Australia. Rangka terbabit adalah milik 24 tentera Australia dan lapan ahli keluarga mereka yang mati ketika konfrontasi, darurat dan peperangan antara 1964 hingga 1968 selain penjawat awam yang bekerja di negara ini.

Page 20: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Rangka dibawa keluar dari Kem Terendak

Sebahagian kereta mayat membawa 32 keranda secara konvoi ke Pangkalan Udara TUD M Subang, semalam.

SUNGAI UDANG - Sebanyak 32 rangka warga Australia dihantar pulang ke negara asal selepas lebih 50 tahun bersemadi di Perkuburan Perang Commonwealth (CWG), Kem Terendak, di sini, semalam.

Kesemua rangka termasuk 24 tentera yang terkorban samasa perang Vietnam dan darurat Malaya itu dihantar pulang selepas diberi tabik hormat oleh 400 tentera Malaysia.

Rangka tersebut terlebih dahulu dibawa ke Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi proses penyerahan rasmi kepada pihak dalam satu upacara istiadat dijadualkan hari ini.

Rangka dikenal pasti terdiri daripada 24 anggota tentera Australia dan lapan ahli keluarga mereka yang mati ketika konfrontasi, darurat dan peperangan Vietnam antara tahun 1964 hingga 1968 itu dibawa dalam keranda menggunakan 32 kereta mayat disediakan Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Pelepasan konvoi tersebut turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Angela Macdonald dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Turut hadir, Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah dan Pemangku Pengarah Muzium Tentera Darat, Mejar Abdullah Sani Mohamed; Ketua Penyelidik Muzium Tentera Darat, Kapten Muhammad Zuraiman Abdul Ghani serta 400 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu, bendera Australia turut diturunkan sebagai simbolik selesai pelaksanaan Ops Reunites yang melibatkan proses eskavasi dan identifikasi yang berakhir pada 23 Mei lalu.

Pelaksanaan operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama kedua-dua kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertahanan Australia sebagai membalas budi dalam membantu negara ini menerusi operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 2014.

Page 21: KERATAN AKHBAR 21 Mei 2016 – 31 Mei 2016 Bil Akhbar Hari

Remains of 32 Australians from Commonwealth War Graves to be flown home today

SUBANG: The remains of 32 Australian citizens who were interred at the

Commonwealth War Graves in the Terendak Camp will be flown home to

Australia via two Royal Australian Air Force C-17 aircraft today. The aircraft are

scheduled to depart from the Subang Air Force Base at 1pm today and will arrive

at the Royal Australian Air Force Base in Richmond, Sydney on Thursday (June

2). Present to witness the official repatriation ceremony of the remains between

Malaysia and Australia were Deputy Defence Minister Datuk Seri Mohd Johari

Baharum, Australia Repatriation Commisioner, Major General (Rtd) M.A. Kelly

and senior officers of both the Malaysian and Australian Air Force. Johari said

Malaysia and Australia have been very cooperative during the repatriation

process, and both have followed the standard operating procedures when

carrying out their tasks. "This is also a good experience for our servicemen to

carry out forensic work. This is not the first time as our personnel were also

involved during the Malaysia Airlines MH17 tragedy," he said. Meanwhile, Kelly

said Australia could not have completed the repatriation without the assistance

and support from the Malaysian government. "It will be very emotional for the

family of the 32 remains when they receive the bodies. We will also host the

same ceremony as we have today here in Australia on Thursday," he added.

Twenty one of the remains were Australian soldiers who were killed in the

Vietnam War, while another three were soldiers who were killed during the

communist insurgency in Malaya. The remaining eight are the remains of wives

(two) and children (six) of Australian military personnel. Another three remains of

Australian soldiers, including Provisional Major Peter John Badcoe, who was

awarded the Victoria Cross posthumously for heroism on three occasions before

being killed in Vietnam in 1967, would be maintained at the CWG as requested

by family members.