bil 2/2016

20
BIL 1 . 2016 2016 2 Bil 2. 2016 APR - JUN Menarik di dalam Negeri Perlis, Perak Dan Johor Terkesan Dengan El Nino Empangan Dan El Nino Fenomena El-Nino dan Kemarau Fenomena El-Nino dan Kemarau 18 08 04 Pengajaran Dari Tragedi Kes Pencemaran Air Terawat Di Flint, Michigan, Amerika Syarikat

Upload: vuongnga

Post on 13-Jan-2017

263 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 2/2016

BIL 1 . 2016

2016 2Bil 2. 2016

APR - JUN

Menarik di dalam

Negeri Perlis, Perak Dan Johor Terkesan Dengan El Nino

Empangan Dan El Nino

Fenomena El-Nino dan KemarauFenomena El-Nino dan Kemarau

1808 04 Pengajaran Dari Tragedi Kes Pencemaran Air Terawat Di Flint, Michigan, Amerika Syarikat

Page 2: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A2

Kandungan / Contents

Sidang Pengarang / Editorial Board

Penasihat / AdvisorYBhg. Dato’ Mohd Ridhuan Ismail

Ahli-Ahli / MembersCik Leow Peen FongEn. Marzuki MohammadIr. Mohd Shukri Abdul RazikPn. Carol PellyPn. Loh Pit MuiEn. Mohammad Helmie Mohd Noor Yazid

Penyelaras / CoordinatorPn. Carol Pelly

Diterbitkan oleh / Published bySuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Ground & First FloorPrima Avenue 7, Block 3510Jalan Teknokrat 6,63000 CyberjayaSelangor Darul EhsanTel: 03-8317 9333Fax: 03-8317 9339

www.span.gov.my

What is El Nino?

Negeri Perlis, Perak Dan Johor Terkesan Dengan El Nino

Empangan dan El Nino

Kesan Fenomena El Nino Terhadap Bekalan Air Di Semenanjung Malaysia

Pengajaran Dari Tragedi Kes Pencemaran Air Terawat Di Flint, Michigan, Amerika Syarikat

Aktiviti SPAN

03

08- 13

14 - 15

16 -18

19

04 - 07

Page 3: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 3

WHAT IS EL NINO?Every two to seven years, a warm current of water replaces the usual cold current of water off the west coast of Peru, South America. This observed oceanic phenomenon is called El Nino. This warming is now known to occur over a wider area covering the central and eastern Pacific and has linkage with the occurrence of some major unusual weather conditions in different parts of the world like severe floods and prolonged droughts. In Southeast Asia, Indonesia and Australia, drier than normal conditions occur whereas central and eastern equatorial Pacific is unusually wet.

Typically, El Nino lasts between 6 and 18 months. It usually develops in the middle of the year, peaks towards the end of the year and declines by early part of the following year. El Nino of the same intensity may not give rise to exact replicate of climate patterns. How is El Nino linked with the atmospheric conditions?

During El Nino period, warmer water in the central and eastern Pacific supplies the atmosphere immediately above it with additional heat and moisture. It favours strong rising motion and thus lowers the atmospheric surface pressure in the rising motion area. The raising moist air condenses to form large areas of thunderstorm clouds and heavy rainfall in the area. In the western part of the Pacific including the Malaysian region, atmospheric pressure increases, resulting in relatively drier weather.

During El Nino conditions, low atmospheric surface pressure is located over the warmer ocean surface, indicated by red over the central Equatorial Pacific. In the absence of El Nino or under normal conditions, the atmospheric surface pressure over the western Pacific is usually low while that over the central and eastern Pacific is high. Under such conditions, the western Pacific is generally wet and the central and eastern Pacific are generally dry.

This alternating atmospheric surface pressure pattern in the tropical Pacific ocean as the oceanic condition changes from El-Nino to normal and vice versa is called the Southern Oscillation. The coupling relationship between the atmosphere and the ocean during El Nino events is known as El Nino-Southern Oscillation (ENSO).

What are the typical impacts in Malaysia ?In the presence of moderate/strong El Nino, the rainfall over East Malaysia (Sabah and Sarawak) is much below average during the southwest (June - August) and northeast monsoons (November - February) but is below average over Peninsular Malaysia only during the southwest monsoon (June - August).

Weak El Niño event is noted to have minimal impact on rainfall in Malaysia. In addition, below and above average rainfall can also occur during non-El Nino/La Nina years.

Source: Malaysian Meteorological Department

Page 4: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A4

NEGERI PERLIS, PERAK DAN JOHOR TERKESAN DENGAN EL NINOoleh: Jabatan Kawal Selia Air SPAN

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Empangan Timah Tasoh

Akibat daripada fenomena El Nino yang melanda negara pada tahun 2016, beberapa empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji-loji rawatan air (LRA) di beberapa negeri telah menyusut dengan ketara. Antara tiga negeri yang turut menerima kesannya ialah negeri Perlis, Perak dan Johor. Ikutilah laporan impak El Nino keatas beberapa empangan di negeri-negeri tersebut serta liputan lawatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Kedudukan terkini bekalan air di negeri-negeri terjejas turut dilaporkan.

A) PERLIS

Empangan Timah Tasoh merupakan empangan bagi tujuan mitigasi banjir, pertanian dan bekalan air bagi sebahagian negeri Perlis dan dioperasikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis. Selain digunakan untuk mitigasi banjir dan menyediakan pengairan bagi aktiviti penanaman padi, Empangan Timah Tasoh juga membekalkan sumber air mentah ke LRA Timah Tasoh. Loji tersebut mempunyai kapasiti rawatan sebanyak 54 Juta Liter Sehari (JLH) iaitu memenuhi 22% permintaan bekalan air negeri Perlis. Ia membekalkan air terawat ke kawasan Kaki Bukit, Wang Kelian, Titi Tinggi, Padang Besar, Beseri, Abi dan Sg. Batu Pahat.

Akibat fenomena El Nino pada tahun 2016 ini, paras air Empangan Timah Tasoh telah menyusut secara berterusan sehingga mencecah paras 26.10 m (atas aras laut) menghampiri paras kritikal 26.00 m pada 19 April 2016. Baki simpanan aktif pada tarikh tersebut hanyalah 4.03 meter padu bersamaan 12.03% dan mampu membekalkan sumber air mentah selama 22 hari sahaja sekiranya hujan tidak turun.

Pada 18 April 2016, pegawai-pegawai SPAN telah mengadakan lawatan ke Empangan dan LRA Timah Tasoh bagi meninjau keadaan bekalan air di negeri Perlis. Susulan itu, SPAN telah mencadangkan supaya Syarikat Air Perlis (SAP) melaksanakan catuan bagi memanjangkan ketersediaan sumber air di empangan. Sebelum itu, Kerajaan Negeri Perlis telah memberhentikan pelepasan air untuk tujuan pengairan dan mengawal pelepasan hanya ke loji rawatan air sahaja. Sehubungan itu, catuan telah dilaksanakan secara skala kecil yang melibatkan kawasan Kg. Melayu, Kg. Kolam dan Kuarters KTMB Padang Besar dengan jumlah 567 akaun pengguna.

Walaupun hujan telah turun pada awal Mei 2016 dan menyebabkan peningkatan paras kepada 26.65 m pada 31 Mei 2016, namun peningkatan tidaklah begitu ketara dan paras empangan masih dianggap tidak selesa. Sehingga 1 Julai 2016, paras empangan telah menurun kepada 26.54 m dengan peratus simpanan sebanyak 20.37%. Sehubungan itu, Kerajaan

Page 5: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 5

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Lawatan ke Empangan Timah Tasoh dan Loji Timah Tasoh

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Negeri Perlis dan SPAN masih memantau rapi paras Empangan Timah Tasoh yang merupakan sumber air utama kepada sebahagian penduduk-penduduk negeri Perlis.

B) PERAK

Fenomena El Nino turut memberi kesan kepada Empangan Bukit Merah yang merupakan empangan yang penting di negeri Perak. Selain daripada menyediakan pengairan bagi aktiviti pertanian khususnya tanaman padi di Daerah Kerian serta sebagai pusat pelancungan utama di Bukit Merah Lake Resort, Empangan Bukit Merah juga merupakan punca sumber air mentah bagi bekalan air penduduk-penduduk di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Kerian. Empangan tersebut adalah dibawah pengoperasian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak.

Bagi bekalan air, Empangan Bukit Merah membekalkan sumber air mentah kepada 2 buah loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Gunung Semanggol dan LRA Jalan Baru yang dioperasikan oleh Lembaga Air Perak (LAP). LRA Gunung Semanggol menghasilkan sebanyak 120 Juta Liter Sehari (JLH) air terawat dan membekalkan kawasan Kemunting, Kuala Gula, Gunung Semanggol, Bukit Merah, Bagan Serai dan Selinsing dengan jumlah 46,800 akaun pengguna atau 168,600 orang. Manakala LRA Jalan Baru pula merawat sebanyak 30 JLH dan membekalkan air ke kawasan Tg. Piandang, Parit Buntar dan Kuala Kurau dengan jumlah 13,700 akau pengguna atau 61,650 orang.

Akibat cuaca panas, paras di Empangan Bukit Merah telah menyusut dengan ketara sehingga mencapai paras terendah

iaitu 6.16 meter (atas aras laut) di bawah paras kritikal iaitu 7.00 meter pada 27 April 2016. Pada ketika itu, peratus simpanan di empangan hanya berbaki 13.66% dan sekiranya dibiarkan berterusan hanya mampu untuk menampung keperluan bekalan air domestik selama 30 hari sahaja. Susulan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui JPS Negeri Perak telah mengambil tindakan untuk memberhentikan pelepasan air bagi tujuan pertanian.

Berikutan itu, satu rombongan SPAN yang diketuai oleh Anggota SPAN, Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason telah membuat lawatan di Empangan Bukit Merah dan LRA Gunung Semanggol pada 29 April 2016 untuk melihat keadaan bekalan air di lokasi tersebut. Dengan mengambil kira risiko yang boleh memberikan impak yang serius kepada bekalan air kepada penduduk Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Kerian, SPAN telah mencadangkan supaya catuan air dipertimbangkan di kawasan-kawasan yang dibekalkan oleh kedua-dua loji. Catuan yang dicadangkan itu akan melanjutkan ketersediaan sumber air dan mengelakkan empangan menjadi kering.

Namun demikian, hujan mulai turun dengan lebatnya di kawasan tadahan empangan mulai awal Jun. Paras air di Empangan Bukit Merah telah meningkat kepada 7.07 m melepasi paras kritikal pada 11 Mei dan seterusnya mencapai 8.19 m (berbanding paras maksima 9.80 m) pada 25 Mei 2016. Walau bagaimanapun, paras telah menyusut kembali sejak tarikh tersebut. Kerajaan Negeri Perak, JPS Perak, LAP dan SPAN memantau rapi Empangan Bukit Merah dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaminkan bekalan air kepada pengguna.

Lawatan ke Empangan Bukit Merah dan LRA Gunung Semanggol

Page 6: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A6

Empangan Congok

Profil paras empangan dapat dilihat seperti Rajah 1.

Paras Air Maksima (FSL) = 9.14 m ODL

Paras Air Kritikal = 5.79 m ODL

Selain Empangan Bukit Merah, satu lagi sumber air terawat iaitu Taiping Headworks turut menerima kesan. Semasa cuaca panas memuncak, loji telah berkurangan sebanyak 42% iaitu daripada 36 JLH pengeluaran biasa kepada 21 JLH. Namun demikian, Lembaga Air Perak (LAP) berupaya mengatasi defisit tersebut melalui peningkatan pengeluaran LRA Gunung Semanggol daripada 110 JLH kepada 120 JLH. Sejak itu, loji tersebut telah pulih kepada sedia kala.

C) JOHOR

Negeri Johor adalah antara negeri yang teruk menerima kesan fenomena El Nino pada tahun ini. Cuaca yang panas dan kering telah menyebabkan penyusutan di beberapa empangan dan sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air seperti berikut:

i. Empangan Congok - sumber air bagi LRA Tenglu (Daerah Mersing)

ii. Sungai Mersing - sumber air bagi LRA Sg. Mersing (Daerah Mersing)

iii. Sungai Gembut - sumber air bagi LRA Sg. Gembut (Daerah Kota Tinggi)

iv. Sungai Sedili Kecil - sumber air bagi LRA Lok Heng (Daerah Kota Tinggi)

v. Empangan Upper Layang - sumber air bagi LRA Sultan Iskandar (Daerah Johor Bahru)

Daerah Mersing

Bagi Daerah Mersing, paras Empangan Congok yang rendah telah mengurangkan pengeluaran LRA Tenglu sehingga 90%. Paras telah menyusut kepada 4.22 m di bawah paras kritikal iaitu 4.50 m pada 29 April 2016. Ianya terus menyusut kepada 3.51 m pada 1 Julai 2016 dengan peratus simpanan hanya 0.35%. Begitu juga LRA Sg. Mersing yang terkesan dengan penurunan paras Sg. Mersing.

Untuk memastikan pengagihan air yang adil serta memanjangkan tempoh ketersediaan sumber di Empangan Congok, Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah melaksanakan bekalan air berjadual mulai 20 April 2016. Bekalan air berjadual ini melibatkan sebanyak 7,456 akaun pengguna di Daerah Mersing di mana pengguna akan menerima air selama 1 hari dan diikuti dengan catuan air selama 2 hari. Sehingga artikel ini ditulis (11 Julai 2016), bekalan air berjadual masih lagi dalam

Page 7: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 7

pelaksanaan. Empangan Congok masih berada dalam keadaan yang kritikal dan sedang dipantau rapi.

Daerah Kota Tinggi

Bagi Daerah Kota Tinggi pula, penyusutan paras Sg. Gembut dan Sg. Sedili Kecil masing-masing telah menjejaskan pengeluaran LRA Sg. Gembut dan LRA Lok Heng. Akibatnya SAJH terpaksa melaksanakan Bekalan Air Berjadual mulai 18 April 2016 di mana kedua-dua loji ini melibatkan 5,168 dan 3,677 akaun pengguna masing-masing atau kira-kira 44,225 penduduk.

Namun demikian, disebabkan hujan yang turun, bekalan air berjadual di Daerah Kota Tinggi telah ditarik balik pada 29 Mei 2016 dan bekalan air ke penduduk-penduduk telah pulih seperti biasa.

Daerah Johor Bahru

Empangan Upper Layang merupakan empangan bekalan air yang dioperasikan oleh SAJH. Empangan tersebut membekalkan sumber air mentah ke LRA Sultan Iskandar yang mampu menghasilkan air terawat sebanyak 318 JLH untuk kegunaan sebahagian Daerah Johor Bahru.

Disebabkan peningkatan permintaan air terawat serta ditambah buruk dengan keadaan cuaca panas, Empangan Upper Layang mengalami penyusutan ketara pada tahun 2016. Paras empangan telah menurun ke paras terendah iaitu 19.01 m pada 2 Jun 2016 berbanding paras kritikal 23.5 m.

Bagi mengatasi penyusutan empangan tersebut, Kerajaan Negeri Johor melalui SAJH telah mengambil beberapa tindakan jangka pendek iaitu:

i. Memindahkan sumber air dari Sg. Tiram sebanyak 31 JLHii. Memindahkan sumber air daripada Tasik Biru sebanyak 21

JLHiii. Mendapatkan bantuan bekalan air tambahan sebanyak 27

JLH daripada PUB Singapura

Sebagai tindakan jangka panjang, Kerajaan Negeri Johor sedang melaksanakan Projek Pemindahan Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM) daripada Sg. Sedili Besar ke beberapa lokasi di Johor Baharu.

Melalui tindakan-tindakan jangka pendek di atas dan susulan hujan yang turun, paras Empangan Upper Layang dapat ditingkatkan. Sehingga artikel ini ditulis (11 Julai 2016), paras empangan telah meningkat kepada 20.70 m. Namun demikian, Kerajaan Negeri Johor dan SPAN masih memantau rapi keadaan Empangan Upper Layang memandangkan kepentingannya kepada bekalan air bagi Daerah Johor Bahru.

Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota SPAN ke Johor

Bagi meninjau keadaan bekalan air di negeri Johor khususnya di Daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, rombongan SPAN yang terdiri daripada Dato’ Mohd Ridhuan Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Roger Tan Kor Mee, Anggota SPAN berserta beberapa pegawai kanan SPAN telah mengadakan lawatan kerja pada 3 Mei 2016. Antara lokasi yang dilawat adalah Empangan Congok, muka sauk di LRA Sg. Mersing, LRA Sg. Gembut dan Empangan Upper Layang. Satu persidangan media telah diatur untuk menerangkan situasi bekalan air di negeri Johor kepada media.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Empangan Upper Layang

Lawatan ke LRA Sg Gembut dan LRA Lok Heng

Page 8: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A8

EMPANGAN DAN EL NINOOleh: Jabatan Kawal Selia Air SPAN

Ramai yang tidak sedar bahawa empangan-empangan di negara ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Secara amnya, fungsi-fungsi empangan boleh dikategorikan seperti berikut:

i. Empangan Bekalan Air – bertujuan untuk memastikan kecukupan bekalan air minum melalui penyimpanan sumber air untuk digunakan dalam masa-masa tertentu. Contoh: Empangan Sg. Selangor (Selangor), Empangan Sg. Terip (Negeri Sembilan), Empangan Layang (Johor);

ii. Empangan Kuasa Hidroelektrik – bertujuan untuk menjana elektrik ke kawasan-kawasan tertentu. Contoh: Empangan Kenyir (Terengganu);

iii. Empangan Pengairan – bertujuan untuk menyediakan air untuk pertanian seperti sawah padi. Contoh: Empangan Pedu (Kedah), Empangan Bukit Kwong (Kelantan);

iv. Empangan Mitigasi Banjir – berfungsi untuk mengatasi masalah banjir di kawasan sebelah hilir empangan. Contoh: Empangan Batu (Selangor), Empangan Timah Tasoh (Perlis);

v. Empangan Alam Sekitar – bertujuan untuk memelihara flora dan fauna di sesuatu lembangan sungai di sebelah hilir empangan. Contoh: Empangan Perting (Pahang); dan

vi. Empangan Rekreasi – sebagai rekreasi, lanskap atau tarikan pelancong. Contoh: Empangan Putrajaya (Putrajaya).

Selain itu, banyak juga empangan di negara ini yang mempunyai fungsi sampingan dan lebih daripada satu kegunaan antaranya: Empangan Klang Gates (Selangor) untuk bekalan air dan mitigasi banjir, Empangan Sg. Muda (Kedah)

Anda mungkin terkeliru dengan laporan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berhubung dengan kedudukan empangan-empangan semasa fenomena El Nino melanda negara kita tempoh hari. Maklumat-maklumat yang sentiasa dilaporkan

adalah seperti jumlah empangan yang kritikal, paras air, peratus simpanan air dan lain-lain. Ramai pula pihak yang membuat pengumuman seperti Operator Bekalan Air Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli (NRE), Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSAN). Persepsi umum bahawa tiada satu pihak khusus yang menyelaraskan semua maklumat berhubung dengan pengoperasian semua empangan di negara ini. Hakikatnya, semua pihak di atas mempunyai kuasa tersendiri dan peranan bagi memastikan empangan-empangan mereka berfungsi khususnya semasa fenomena El-Nino baru-baru ini. Mari kita lihat apakah fungsi-fungsi empangan di negara ini serta peranan agensi-agensi berkaitan. Bab yang seterusnya akan menjelaskan ciri-ciri yang terdapat di semua empangan bekalan air dan bagaimana ianya dioperasi untuk memenuhi objektif yang dihasratkan.

BAB 1 - Fungsi utama dan sampingan empangan, agensi-agensi berkaitan serta maklumat asas empangan bekalan air

Empangan Rekreasi

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Page 9: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 9

Empangan Bekalan Air Empangan Kuasa Hidroelektrik

Empangan Pengairan Empangan Mitigasi Banjir

untuk pengairan dan bekalan air, Empangan Bukit Merah (Perak) untuk pengairan, bekalan air dan rekreasi.

Mengikut Buku “Dams in Malaysia” yang diterbitkan oleh RPM Engineers Sdn Bhd (Mac 2014), sehingga Mac 2014, terdapat

Bil. Fungsi Utama Jumlah

Bilangan

Jumlah

Kapasiti

(JMP)

1. Bekalan Air 57 2,326

2. Kuasa Hidroelektrik 13 79,142

3. Pengairan 11 1,997

4. Mitigasi Banjir 5 130

5. Alam Sekitar 4 1

6. Rekreasi 3 27

Jumlah 93 83,623

Jadual 1: Pecahan empangan mengikut fungsi (Sumber: “Dams in Malaysia” - RPM Engineers Sdn Bhd, Mac 2014)

93 buah empangan di Malaysia; 72 buah di Semenanjung Malaysia dan 21 buah di Sabah, Sarawak dan Labuan. Pecahan empangan mengikut fungsi adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Page 10: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A10

Bil Negeri Nama Empangan Fungsi Empangan Operator Kapasiti (JMP)Utama Sampingan

1. Perlis Timah Tasoh Mitigasi Banjir - JPS Perlis 33.3

2. Kedah Malut Bekalan Air Bekalan Air SADA 6.9

3. Kedah Padang Saga Pengairan Bekalan Air JPS Kedah 0.1

4. Kedah Pedu Pengairan Bekalan Air MADA 1,073.0

5. Kedah Muda Pengairan Bekalan Air MADA 160.0

6. Kedah Ahning Pengairan Bekalan Air MADA 275.0

7. Kedah Beris Pengairan - JPS Kedah 144.0

8. Pulau Pinang Cherok Tok Kun Bekalan Air - PBAPP 0.085

9. Pulau Pinang Bukit Berapit Bekalan Air - PBAPP 0.175

10. Pulau Pinang Air Hitam Bekalan Air - PBAPP 2.6

11. Pulau Pinang Bukit Pancur Bekalan Air - PBAPP 0.273

12. Pulau Pinang Mengkuang Bekalan Air - PBAPP 22.7

13. Pulau Pinang Teluk Bahang Bekalan Air - PBAPP 18.0

14. Perak Sultan Azlan Shah (Kinta) Bekalan Air - LAP 29.5

15. Perak Kuning Bekalan Air Bekalan Air LAP 1.1

16. Perak Bukit Merah Pengairan - JPS Perak 75.0

17. Selangor Tasik Subang Bekalan Air Mitigasi Banjir AiS 3.45

18. Selangor Klang Gate Bekalan Air - AiS 22.6

19. Selangor Sg. Langat Bekalan Air - AiS 37.46

20. Selangor Sg. Semenyih Bekalan Air - AiS 60.4

21. Selangor Sg. Tinggi Bekalan Air - SPLASH 115.0

22. Selangor Sg. Selangor Bekalan Air - SPLASH 230.0

23. Selangor Labu Bekalan Air Bekalan Air AiS 10.6

24. Selangor Batu Mitigasi Banjir - JPS Selangor 27.5

25. Negeri Sembilan Terip Bekalan Air - SAINS 44.0

26. Negeri Sembilan Pedas Baru Bekalan Air - SAINS 0.525

27. Negeri Sembilan Upper Muar (Talang) Bekalan Air - SAINS 50.0

28. Negeri Sembilan Kelinchi Bekalan Air - SAINS 46.0

29. Negeri Sembilan Gemencheh Bekalan Air - SAINS 29.8

30. Negeri Sembilan Batu Hampar Bekalan Air - SAINS 3.5

31. Negeri Sembilan Triang Bekalan Air - SAINS 50.0

32. Melaka Asahan Bekalan Air - SAMB 0.7

33. Melaka Durian Tunggal Bekalan Air - SAMB 32.6

34. Melaka Air Keroh Bekalan Air - SAMB 0.3

35. Melaka Jus Bekalan Air - SAMB 45.0

36. Johor Gunung Ledang Bekalan Air - SAJH 0.3

37. Johor Congok Bekalan Air - SAJH 0.5

38. Johor Lebam Bekalan Air - SAJH 13.8

39. Johor Upper Layang Bekalan Air - SAJH 45.0

40. Johor Lower Layang Bekalan Air SAJH 11.6

41. Johor Juaseh Bekalan Air - SAJH 30.0

Senarai empangan di negara ini yang digunakan untuk tujuan bekalan air samada sebagai fungsi utama mahupun sampingan adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Page 11: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 11

Bil Negeri Nama Empangan Fungsi Empangan Operator Kapasiti (JMP)Utama Sampingan

42. Johor Lingui Bekalan Air - SAJH 760.0

43. Johor Lower Pengkalan Bukit Bekalan Air - SAJH 0.014

44. Johor Upper Pengkalan Bukit Bekalan Air - SAJH 0.15

45. Johor Pontian Kecil Bekalan Air - SAJH 11.4

46. Johor Gunung Pulai Bekalan Air - SAJH 6.0

47. Johor Labong Pengairan Bekalan Air JPS Johor 12.8

48. Johor Machap Pengairan Bekalan Air JPS Johor 30.6

49. Johor Sembrong Pengairan Bekalan Air JPS Johor 15.0

50. Johor Bekok Pengairan Bekalan Air JPS Johor 24.0

51. Kelantan Bukit Kwong Pengairan Bekalan Air JPS Kelantan 14.3

52. Terengganu Paya Peda Pengairan Bekalan Air Kem. Pertanian 165.0

53. Pahang Chereh Bekalan Air - PAIP 250.0

54. Pahang Pontian Pengairan Bekalan Air JPS Pahang 40.0

55. Pahang Anak Endau Pengairan Bekalan Air JPS Pahang 38.0

56. Sabah Pinangsoo Bekalan Air - JANS 2.1

57. Sabah Sepagaya Bekalan Air - JANS 2.1

58. Sabah Timbangan Bekalan Air - JANS 0.8

59. Sabah Babagon Bekalan Air - JANS 22.5

60. Sabah Milau Bekalan Air - JANS 31.1

61. Sabah Telibung Bekalan Air - JANS 10.5

62. Sabah Betotan Bekalan Air - JANS 35.0

63. Sarawak Matang Bekalan Air - KWB -

64. Sarawak Sika Bekalan Air - JKR Sawarak 3.5

65. Sarawak Assyakirin Bekalan Air - JKR Sawarak 30.0

66. Sarawak Bengoh Bekalan Air - JKR Sawarak 144.0

67. Sarawak Gerugu Bekalan Air - JKR Sawarak 14.0

68. Sarawak Simunjan Bekalan Air - 0.2

69. Sarawak Lambir Bekalan Air - 0.1

70. Sarawak Kelalong Bekalan Air - LAKU 33.0

71. Labuan Bukit Kuda Bekalan Air - JBA Labuan 4.7

72. Labuan Sg. Kerupang Bekalan Air - JBA Labuan 0.2

73. Labuan Sg. Pagar Bekalan Air - JBA Labuan 0.2

Jadual 2: Senarai empangan bekalan air di Malaysia (Sumber: “Dams in Malaysia” - RPM Engineers Sdn Bhd, Mac 2014)

Page 12: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A12

Seperti dinyatakan di atas, empangan bekalan air bertujuan memastikan kecukupan bekalan air minum melalui penyimpanan sumber air untuk digunakan dalam masa-masa tertentu.

Hampir 99% sumber bekalan air minum di Malaysia adalah dari sungai. Semasa musim panas dan kering, aliran air di sungai akan berkurangan. Oleh itu bagi memastikan sumber air mentah sentiasa mencukupi sepanjang tahun, empangan dibina. Dalam ertikata lain, empangan bekalan air bertindak sebagai empangan kawalan (regulating dam) untuk mengawal aliran air sungai di sebelah hilir supaya ianya cukup untuk dirawat di loji rawatan air.

Di sebaliknya, pada musim hujan atau monsoon, aliran sungai akan meningkat. Pelepasan air akan diberhentikan dan empangan akan diisi semula. Pada kebiasaannya, sesebuah empangan akan direkabentuk bagi membolehkan pelepasan air pada masa-masa yang tertentu sepanjang tahun tetapi akan penuh semula pada setiap akhir tahun.

Secara amnya, semua empangan mempunyai ciri-ciri yang sama. Beberapa istilah yang anda perlu tahu tentang empangan dihuraikan seperti di bawah:

• Empangan – Kebiasaannya empangan merujuk kepada struktur yang mengempang atau menahan badan air. Struktur ini diperbuat daripada tanah, batu atau konkrit.

• Alur Limpah (Spillway) – Komponen ini berfungsi melimpahkan lebihan air apabila paras air mencapai paras maksima. Sekiranya air yang berlebihan dibenarkan melimpah empangan, ianya akan menjejaskan keutuhan strukturnya.

• Menara Pelepasan atau (Draw Off Tower) – Menara pelepasan adalah bangunan untuk mengawal pelepasan air dari simpanan melalui satu mekanisme yang ditetapkan.

• Takat Pelepasan (Draw Off Intake) – Merujuk kepada takat di aras-aras yang tertentu di mana pelepasan air di buat. Bagi mendapatkan kualiti air yang terbaik, takat yang tertinggi berhampiran dengan paras air digunakan.

• Paras (Level) – Paras adalah merujuk kepada ketinggian dari satu datum (Ordnance Datum Level - ODL). Pada kebiasaanya, aras laut digunakan sebagai datum.

• Paras Maksima (Maximum Level) – Paras maksima air di dalam empangan di mana apabila melampauinya, air akan melimpah melalui Alur Limpah.

• Paras Minima (Minimum Level) – Paras minima air di dalam empangan di mana air boleh dilepaskan dan digunakan. Pelepasan tidak boleh dibuat apabila paras air berada kurang daripada paras minima.

• Paras Kritikal (Critical Level) – Paras air yang dianggap kritikal yang memungkinkan tindakan-tindakan mitigasi diambil oleh Operator. Penentuan paras kritikal adalah berbeza daripada satu operator ke operator yang lain bergantung kepada kegunaan, keadaan dan risiko yang diambil.

• Simpanan Kasar (Gross Storage) – Jumlah simpanan air yang terdapat di dalam empangan.

• Simpanan Aktif (Active Storage) – Jumlah simpanan air yang boleh digunakan atau dilepaskan untuk kegunaan kawalan.

6    

Hampir   99%   sumber   bekalan   air   minum   di   Malaysia   adalah   dari   sungai.   Semasa   musim  panas  dan  kering,  aliran  air  di  sungai  akan  berkurangan.  Oleh  itu  bagi  memastikan  sumber  air   mentah   sentiasa   mencukupi   sepanjang   tahun,   empangan   dibina.   Dalam   ertikata   lain,  empangan   bekalan   air   bertindak   sebagai   empangan   kawalan   (regulating   dam)   untuk  mengawal  aliran  air  sungai  di  sebelah  hilir  supaya  ianya  cukup  untuk  dirawat  di  loji  rawatan  air.      Di   sebaliknya,  pada  musim  hujan  atau  monsoon,  aliran   sungai  akan  meningkat.  Pelepasan  air   akan   diberhentikan   dan   empangan   akan   diisi   semula.   Pada   kebiasaannya,   sesebuah  empangan   akan   direkabentuk   bagi   membolehkan   pelepasan   air   pada   masa-­‐masa   yang  tertentu  sepanjang  tahun  tetapi  akan  penuh  semula  pada  setiap  akhir  tahun.        Secara  amnya,  semua  empangan  mempunyai  ciri-­‐ciri  yang  sama.  Beberapa  istilah  yang  anda  perlu  tahu  tentang  empangan  dihuraikan  seperti  di  bawah:    

• Empangan   –  Kebiasaannya  empangan  merujuk  kepada   struktur  yang  mengempang  atau  menahan  badan  air.  Struktur  ini  diperbuat  daripada  tanah,  batu  atau  konkrit.  

 • Alur   Limpah   (Spillway)   –  Komponen   ini  berfungsi  melimpahkan   lebihan  air   apabila  

paras   air   mencapai   paras   maksima.   Sekiranya   air   yang   berlebihan   dibenarkan  melimpah  empangan,  ianya  akan  menjejaskan  keutuhan  strukturnya.      

 • Menara   Pelepasan   atau   (Draw  Off   Tower)   –  Menara   pelepasan   adalah   bangunan  

untuk   mengawal   pelepasan   air   dari   simpanan   melalui   satu   mekanisme   yang  ditetapkan.  

 • Takat   Pelepasan   (Draw   Off   Intake)   –   Merujuk   kepada   takat   di   aras-­‐aras   yang  

tertentu  di  mana  pelepasan  air  di   buat.  Bagi  mendapatkan  kualiti   air   yang   terbaik,  takat  yang  tertinggi  berhampiran  dengan  paras  air  digunakan.      

Paras  Maksima  

Paras  Kritikal  

Paras  Minima  Empangan  

Menara  Pelepasan  

Alur  Limpah  

Simpanan  Mati  

Simpanan    Aktif  

Rajah 1: Komponen Empangan Bekalan Air Yang Lazim

BAB 2 – Ciri-ciri Empangan Bekalan Air dan bagaimana ia berfungsi

Page 13: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 13

Rajah 3: Profil Paras Empangan

PARA

S (m

OD

L)

BULAN

Paras Maksima (m ODL)

Pelepasan PelepasanPengisian Pengisian

(Monsun Barat Daya) (Monsun Timur Laut)

Jan MeiFeb JunMac JulApr Ogo Sep Okt Nov Dis

• Simpanan Mati (Dead Storage) - Jumlah simpanan air di dalam empangan yang tidak boleh dimanfaatkan atau dilepaskan. Jumlah Simpanan Mati adalah perbezaan antara Jumlah Simpanan Kasar dan Jumlah Simpanan Aktif.

• Lingkungan Pengoperasian Empangan (Dam Operating Curves) - Satu panduan yang disediakan oleh Perekabentuk sesuatu empangan untuk diguna oleh Operator bagi tujuan pengoperasian empangan yang selamat khususnya dalam mengawal pelepasan air. Sebarang amalan yang tidak mematuhi panduan tersebut

akan meningkatkan risiko berlakunya kegagalan fungsi empangan tersebut.

• Profil paras Empangan (Dam Level Profile) - Profil paras air di sesuatu empangan sepanjang tahun. Pada kebiasaannya, air akan dilepaskan semasa musim peralihan monsun di mana cuaca adalah panas dan kering iaitu tempoh Januari hingga April dan tempoh Jun hingga Oktober. Semasa musim monsun, pelepasan air akan dihentikan dan empangan akan diisi semula. Lihat Rajah 3 di bawah.

0

50

100

150

200

250

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec

STO

RAN

(%)

STO

RAN

(JM

P)

BULAN

3,000 JLH

2,800 JLH

2,600 JLH

2,400 JLH

2,200 JLH

2,000 JLH

100%

80%

60%

40%

20%

30%

LINGKUNGAN PENGOPERASIAN EMPANGAN SUNGAI SELANGOR

Rajah 2: Contoh Lingkungan Pengoperasian Sebuah Empangan

Sumber: Air Selangor

Page 14: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A14

KESAN FENOMENA EL NINO TERHADAP BEKALAN AIR DI SEMENANJUNG MALAYSIAPada 21 Mac 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa semua sekolah di negeri Perlis dan Kedah ditutup pada 22 & 23 Mac 2016. Penutupan ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas melebihi suhu 37oC secara berterusan selama 72 jam disebabkan oleh kejadian Fenomena El Nino. Seterusnya penutupan sekolah akibat Fenomena El Nino dan gelombang haba ini turut dilaksanakan sekali lagi di Perlis dan Kedah pada 31 Mac dan 1 April 2016, seterusnya di daerah Jerantut, Temerloh pada 11 April 2016; Jerantut dan Kuala Krai pada 20 dan 21 April 2016.

Keadaan cuaca panas dan kering yang luar biasa akibat kejadian Fenomena El Nino mula terbentuk pada pertengahan tahun 2015 dan telah bertukar menjadi kuat pada awal tahun 2016. Kejadian cuaca ini telah menjejaskan bekalan air terawat di beberapa negeri iaitu Johor, Perak, Perlis, Pahang dan Kedah. Faktor utama ialah pengurangan bekalan air terawat yang dihasilkan oleh beberapa loji rawatan air di negeri-negeri berkenaan akibat penyusutan sumber air mentah sama ada di sungai atau empangan.

Gangguan bekalan air juga berlaku disebabkan oleh permintaan air meningkat secara mendadak untuk kegunaan consumptive

dan non-consumptive terutamanya sepanjang musim panas.

Permintaan bekalan air domestik, industri dan komersial meningkat semasa cuaca panas adalah jenis pengunaan consumptive. Penggunaan air ini adalah untuk tujuan minuman dan penyediaan minuman/makanan termasuk bagi tujuan mandi serta pengairan pokok bunga/tanaman yang lebih kerap. Kita akan minum lebih banyak air supaya badan kita sentiasa terhidrat (hydrated) dan industri minuman juga akan meningkatkan pengeluaran minuman pada ketika ini.

Di samping itu, proses penyejukan industri dan sistem penyaman udara berpusat bangunan juga merupakan pengunaan air secara consumptive. Kemudahan penyejukan industri dan komersial memerlukan lebih banyak air terawat akibat kadar penyejatan (evaporation) yang tinggi terutamanya pada suhu persekitaran yang tinggi. Didapati bahawa ramai orang tidak memberikan penekanan terhadap kecekapan pengunaan sistem penyejukan yang menggunakan air. Sebaliknya mereka (pembuat dan pengguna sistem penyejukan) lebih menumpukan kepada

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

Page 15: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 15

kecekapan penggunaan tenaga disebabkan oleh kadar harga air masih terlalu rendah berbanding dengan tarif tenaga. Malah, sistem penilaian Green Building Index (GBI) di negara kita hanya menumpukan kepada kecekapan pengunaan air dari segi pengairan/landskap, perkakasan air dan meter/pengesanan kebocoran sahaja.

Kekurangan hujan dan kehilangan kelembapan dari lembangan sungai atau penyejatan akan menyebabkan penyusutan paras sungai dan empangan. Kebergantungan kepada sumber air ini diburukkan lagi oleh persaingan di antara semua sektor pengguna seperti pertanian padi dan pertanian tanaman jangka panjang (perennial crops), penternakan haiwan, perikanan dan pengambilan air untuk domestik, industri dan komersial.

Sektor penternakan haiwan dan pertanian merupakan jenis sektor pengguna air consumptive. Permintaan air dalam sektor-sektor tersebut juga akan meningkat semasa kemarau. Manakala kegunaan air bagi tujuan non-consumptive pula adalah seperti perikanan, penjanaan hidroelektrik, landskap (pengunaan sumber air permukaan secara langsung) yang juga akan memberikan impak air secara tidak langsung.

Semasa aliran rendah sungai, kemungkinan risiko pencemaran juga boleh berlaku akibat peningkatan kepekatan pencemar pembuangan manusia atau melalui proses secara semulajadi. Kejadian ini boleh menyebabkan sumber air permukaan tercemar dan tidak lagi sesuai diambil untuk rawatan bekalan air.

Menurut rekod Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kesemua stesen di Semenanjung Malaysia mencatatkan suhu lebih tinggi

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

berbanding paras purata bulan April pada tahun ini. Terdapat 7 stesen telah mencatatkan suhu tertinggi melebihi rekod sebelum ini. Stesen-stesen yang terlibat adalah seperti berikut:

Bil. Stesen Meteorologi

Bacaan Suhu

Tertinggi April (°C)

Rekod Suhu Tertinggi (°C)

1 Kuala Krai 38.9 38.8 (14 April 1998)

2 Batu Embun 39.3 38.1 (10 & 11 April 1998)

3 Muadzam Shah 37.7 37.3 (23 Mei 1998)

4 KLIA Sepang 37.4 37.2 (16 Mac 2005)

5 Temerloh 38.8 38.6 (19 Februari 2005)

6 Mersing 37.4 36.6 (10 Mei 2014)

7 Keningau 37.3 36.6 (9 Mac 2010)

Apabila kita bertanya kepada murid sekolah, apakah pengajaran dari cuaca panas akibat Fenomena El Nino pada tahun 2015-2016? Kebanyakan mereka mungkin berasa gembira kerana dapat bercuti. Lebih-lebih lagi cuti sekolah yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut tidak perlu diganti balik. Para pelajar mungkin sudah terlupa kesulitan dan pengalaman yang pernah dihadapi semasa gangguan atau putus bekalan air.

Kejadian Fenomena El Nino mungkin telah dijadikan sebagai tajuk karangan peperiksaan sekolah, walau bagaimanapun, kebanyakan mereka mungkin masih tidak dapat menghayati usaha dan proses serta nilai sebenar untuk menyalurkan sumber air sehingga keluar melalui pili paip jika mereka tidak dididik secara sistematik. Kesedaran murid-murid sekolah dalam usaha melindungi alam sekitar (sumber air), pemuliharaan air dan menggunakan air secara berhemah masih perlu ditingkatkan. Kita perlu menghargai dan menjimatkan air sepanjang masa bukan sahaja pada ketika cuaca panas.

Nota : Semua gambar adalah dimuat turun dari sumber internet

Page 16: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A16

Kehebatan Teknologi Amerika Syarikat

Semasa Perang Teluk Pertama (Ogos 1990 – Februari 1991), Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu Tomahawak dari kapal perang/kapal selam di Teluk Parsi, dari jarak 1500 kilometer dan majoritinya berjaya menepati sasaran denga ketepatan 100 meter radius di Iraq. Pusat Arahan terletak di Florida, manakala suapan data satelit dan kawalan koordinat dikatakan diproses di Aspen Colorado.

Hebat!

Namun, laju ke depan ke 2015, dianggarkan antara 6,000 hingga 12,000 kanak-kanak di Flint, Michigan, telah dikesan terdedah pada air minuman yang mempunyai kandungan tahap plumbum yang tinggi, dan mereka mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan yang serius terutamanya untuk jangka masa panjang.

Krisis Negara !

Fakta Umum

Krisis air di Flint, Michigan, adalah krisis pencemaran air terawat yang bermula pada April 2014.

Punca utama berlakunya krisis ini ialah selepas Majlis Bandaran Flint mengubah perolehan air dari Detroit Water and Sewerage

Department (sumber air mentah dari Sungai Detroit, asalnya dari sumber dari Tasik Huron) ke Sungai Flint yang tercemar dengan buangan industri. Perubahan punca sumber air ini dilakukan kerana faktor penjimatan kos.

Air Sungai Flint bersifat asid telah menyebabkan plumbum dalam paip-paip lama terkakis dan meluluh dalam air yang diproses. Akibatnya, dikatakan 6,000 ke 12,000 kanak-kanak di

Flint telah terdedah pada air minuman yang tercemar dengan plumbum ini. Manakala perubahan sumber air mentah ini juga dikatakan telah menyebabkan punca penyakit Legionnaires

yang telah membunuh 10 orang penduduk dan 77 orang lagi masih menerima rawatan.

Beberapa tindakan undang-undang telah difailkan terhadap pegawai-pegawai kerajaan dalam isu ini, dan beberapa siasatan telah dibuka.

Pada 5 Januari 2016, bandar ini telah diisytiharkan sebagai darurat oleh Gabenor Michigan, Rick Snyder, sebelum Presiden Barack Obama diisytiharkan sebagai sebuah negara persekutuan kecemasan, yang memberi kuasa bantuan tambahan dari Agensi dan Pengurusan Kecemasan Persekutuan Jabatan Keselamatan dalam Negeri kurang daripada dua minggu selepas itu.

Empat pegawai Bandaran Flint, dua dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar Michgan, dan seorang dari Perlindungan Alam Sekitar (EPA) telah meletak jawatan atas kegagalan menguruskan krisis ini dari awal.

Kronoloji Kejadian

April 2014

Bandar ini beralih bekalan air daripada sistem Detroit ke Sungai Flint. Perubahan perolehan sumber air itu dibuat sebagai langkah penjimatan kos. Tidak lama selepas itu, penduduk mula mengadu tentang warna, rasa dan bau air, dan melaporkan ruam dan kebimbangan mengenai bakteria.

“Air Flint adalah selamat untuk diminum.” - kenyataan akhbar dari Pentadbiran Bandaraya Flint.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

PENGAJARAN DARI TRAGEDI KES PENCEMARAN AIR TERAWAT DI FLINT, MICHIGAN, AMERIKA SYARIKATOleh Mohamad Nasir Bin Mahmood, Pengarah Pejabat Wilayah Timur SPAN

Page 17: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 17

Oktober 2014“Pegawai Bandaran nasihatkan didih air selepas bakteria koliform dikesan dalam air paip.” – Kenyataan akhbar.

“Bandar ini telah mengambil langkah-langkah operasi untuk mengehadkan potensi risiko, menasihatkan penduduk mendidih air.” - Stephen Busch, seorang penyelia daerah Jabatan negeri Kualiti Alam Sekitar Michigan.

Januari 2015 “Sebuah kilang General Motors di Flint berhenti menggunakan air perbandaran, berkata ia merosakkan bahagian kereta.” - Kenyataan akhbar.

Februari 2015“Ia jelas sifat ancaman itu disampaikan dengan baik. Ia juga jelas bahawa penduduk di Flint bimbang mengenai aspek-aspek lain air mereka - rasa, bau dan warna menjadi antara aduan atas “ - Memo untuk Gabenor Michigan

“104 bahagian per bilion (ppb) plumbum dikesan dalam air minuman di rumah Lee Anne Walters. Cik Walters memberitahu Agensi Perlindungan Alam Sekitar. Walaupun sedikit plumbum boleh menyebabkan kesihatan yang berpanjangan dan masalah perkembangan kanak-kanak. The E.P.A. tidak memerlukan tindakan sehingga tahap mencapai 15 ppb, tetapi ahli-ahli sains kesihatan awam mengatakan terdapat paras selamat untuk berada dalam air minum.” - Seorang pakar air dari E.P.A. dan Jabatan Kualiti Alam Sekitar membincangkan tahap plumbum ditemui dalam sampel air yang penduduk.

Mac 2015 “Ujian kedua mengesan 397 ppb plumbum dalam air minuman di rumah Cik Walters ini.” – Jabatan Alam Sekitar Michigan.

Veolia, sekumpulan perunding yang diupah oleh Flint, melaporkan bahawa air di bandar ini memenuhi piawaian negeri dan persekutuan; ia tidak melaporkan secara khusus ke atas paras plumbum.

Mei 2015Ujian mendedahkan tahap plumbum yang tinggi dalam dua lagi rumah di Flint.

Julai 2015Pentadbiran EPA memberitahu Datuk Bandar Flint bahawa “adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan” mengulas mengenai plumbum di dalam memo dalaman bocor pada umum.

Dennis Muchmore, Ketua Staf Gabenor Rick Snyder, meluahkan kebimbangan mengenai isu utama dalam e-mel, dan bertanya tentang keputusan ujian Flint, ujian darah dan tindak balas agensi-agensi di bawah di Pentadbiran Negeri Michigan.

Seorang remaja perempuan berusia 6 tahun di Flint mendapat darahnya diuji untuk membawa pada Januari 2016. Jake May / The Flint Journal-MLive.com, melalui Associated Press

Ogos 2015Berdasarkan keputusan menunjukkan paras plumbum di 11 ppb dari Januari hingga Jun 2015, Jabatan Kualiti Alam Sekitar memberitahu Pihak Bandaran Flint untuk mengoptimumkan kawalan hakisan.

September 2015Marc Edwards, seorang pakar dalam kualiti air perbandaran dan profesor di Virginia Tech, melaporkan bahawa hakisan air yang membawa kepada luluhan plumbum ke dalam sistem bekalan air. Jabatan Kualiti Alam Sekitar mempertikaikan kesimpulan Marc Edwards.

Kemudian, sekumpulan doktor yang diketuai oleh Dr Mona Hanna-Attisha dari Pusat Perubatan Hurley di Flint menggesa pihak Bandaran Flint untuk berhenti menggunakan sumber air dari Sungai Flint selepas mendapati tahap plumbum dalam darah kanak-kanak tinggi. Tetapi Pengawal selia Air Negeri menegaskan air adalah selamat.

Gabenor diberi taklimat tentang masalah utama dalam panggilan telefon dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri dan pegawai-pegawai persekutuan.

Oktober 2015Pegawai Bandaran Flint menggesa penduduk untuk menghentikan meminum air paip bekalan Detroit Water selepas Kerajaan Negeri Michigan mengesahkan dapatan Dr. Hanna-Attisha tentang tahap kewujudan plumbum yang tinggi dalam darah kanak-kanak yang diuji.

Govenor Snyder mengarahkan pengagihan penapis, ujian air di sekolah, dan pengagihan air, dan meluaskan ujian darah pada penduduk Flint.

Page 18: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A18

Penduduk dinasihatkan supaya tidak menggunakan air paip yang tidak ditapis untuk minum, memasak atau mandi.Governor Snyder mengumumkan bahawa sebuah pasukan petugas penasihat bebas akan mengkaji semula penggunaan air dan ujian kesihatan di Flint.

Disember 2015Majlis Bandaran Flint diisytiharkan berada dalam mod kecemasan. Encik Wyant, Pengarah Agensi Alam Sekitar Negeri Michigan, meletakkan jawatan.

Januari 2016Governor Snyder mengisytiharkan darurat untuk Daerah Genesee, termasuk Bandar Flint.

Presiden Obama mengisytiharkan darurat di bandar dan daerah sekitar, membolehkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan untuk menyediakan sehingga USD5 juta dalam bentuk pelbagai jenis bantuan. Tentera Pengawal Kebangsaan tiba pada 12 Januari 2016 untuk membantu mengedarkan air botol.

Pengajaran Dari Tragedi di Flint, Michigan

1. Proses dalam mendapatkan, atau mengubah perolehan, sumber air perlu dibuat kajian terperinci dan penelitian yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan pakar untuk memastikan segala aspek ancaman pada kesihatan pengguna diambil kira dari awal.

Jangan biarkan satu Unit atau Jabatan sahaja mengendali dan membuat keputusan yang berisiko seperti kes ini.

Antara faktor yang perlu diambil kira ialah, antaranya; kualiti air mentah itu sendiri, kualiti air mentah dan kesannya ke atas paip – kakisan dan luluhan, dan kemungkinan berlakunya pencemaran silang dari badan air yang lain seperti air laut, air kumbahan atau air buangan industri.

Kajian pada 2011 ke atas air dari Sungai Flint mendapati ia perlu dirawat dengan agen anti menghakis sebelum layak untuk dijadikan sebagai sumber mentah untuk diproses dan selamat untuk minum air.

2. Pembangunan baru atau perubahan pada sistem sedia ada perlu melalui proses penilaian risiko yang lengkap, contohnya dalam format seperti ‘Water Safety Plan’, HAZOP

dan seumpamanya.

3. Langkah mitigasi segera tidak diambil untuk meminimumkan ancaman pada kesihatan pengguna, baik semasa awal perubahan sumber air dibuat mahupun selepas ianya dikesan telah menyebabkan plumbum terhakis dan luluh ke dalam air terawat.

Apa yang berlaku di awal tragedi ini ialah pelbagai pihak berpegang pada pandangan (dan kebanggaan Jabatan) masing-masing, tanpa meneliti dengan lebih mendalam akan hakikat ancaman pencemaran plumbum di dalam air terawat.

Plumbum adalah racun saraf yang dikaitkan dengan anemia yang boleh menyebabkan terencat akal.

4. Langkah penjimatan kos wajar dilakukan selagi ia tidak mengkompromikan kesihatan pengguna.

5. Operator khususnya, dan pihak berkuasa umumnya, perlu mengambil tindakan dan keputusan drastik dalam membuat keputusan dan tindakan mitigasi bila melibatkan pengagihan air yang kualitinya yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Kehendak di bawah Seksyen 4(1)1 dan Seksyen 55(3), Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, adalah jelas mengenai perkara ini.

6. Penukaran sistem paip yang lama yang berisiko pada kesihatan pengguna, dan bukan sahaja kerana faktor NRW, perlu diberi keutamaan.

Krisis air, sebagaimana yang berlaku di Flint, Michigan, ini boleh membawa pada krisis kesihatan, justeru ia perlu diurus secara lebih holistik.

7. Ilmu pengurusan perubahan (management of change) dan pengurusan risiko (risk management) adalah satu keperluan wajib di kalangan jurutera dan pengurusan organisasi supaya setiap tindakan dihargai dari juzuk profesional dan secara menyeluruh.

Rumusan

Tragedi di Majlis Bandaran Flint sepatutnya boleh dielak sekiranya pengurusan perubahan (management of change)

dalam mengubah punca sumber air itu dibuat menggunakan tata kelola yang sistematik, dikawal selia, dan mengambil langkah kewajaran (due diligence).

Kecanggihan teknologi belum tentu menjamin semua perkara dalam keadaan baik, kerana faktor manusia adalah tunjang utama - kompetensi serta sistem kerja merupakan asas penentu sama ada satu-satu pengurusan perubahan itu akan berjaya atau tercela.

Umum perlu bersetuju bahawa air minuman yang bersih adalah hak asasi manusia, seperti tercatat dalam resolusi 64/292 diluluskan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2010. Tapi tragedi di Flint, hak itu dikorbankan dan melanggarkan kerana pegawai bandaran ingin mengambil langkah penjimatan.

Page 19: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 19

Pameran sempena Asia Water 2016,

06 April 2016 hingga 08 April 2016, Kuala Lumpur

Convention Centre

Pameran sempena International Construction

Week 2016, 12 April 2016 hingga

14 April 2016, Kuala Lumpur

Convention Centre

AKTIVITI SPAN (April - Jun 2016)

Majlis persaraan Encik Mokhtar Dolmat, pekerja

pertama yang bersara wajib dari SPAN, 18 Mei 2016

Operasi penguatkuasaan cegah sambungan haram, 25 Mei 2016,

Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Operasi penguatkuasaan cegah sambungan haram, 15 Jun

2016, Jalan Teluk Pulai, KlangKejohanan boling tertutup Piala

Pusingan Pengerusi SPAN 2016, 27 Mei 2016, IOI City Mall, Putrajaya

Pasukan SPAN di Kejohanan

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)

2016, 08 Mei 2016, Ipoh, Perak

Page 20: Bil 2/2016

B U L E T I N S PA N B I L . 0 2 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A20

w w w .span.gov.m y

IBU PEJABATAras Bawah & Aras Satu,Prima Avenue 7, Blok 3510,Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.Tel : + 603 - 8317 9333 / 4 / 5Faks : + 603 - 8317 9336 / 9339

WILAYAH SELATANSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 22, Menara MSC Cyberport,No 5, Jalan Bukit Meldrum,

80300, Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

Tel : +607 - 222 5842 / 3Faks : +607 - 222 5844

WILAYAH TENGAHSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Aras Bawah, Prima Avenue 8,Blok 3508, Jalan Teknokrat 6,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.Tel : +603 - 8317 9456Faks : +603 - 8317 9460

WILAYAH TIMURSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 2, Wisma PERKESO,Lot 2467, Jalan Air Jernih,20200, Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.Tel : +609 - 624 6087 / 78

Faks : +609 - 624 6088

WILAYAH UTARA(CAWANGAN PERAK)Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 6.3, Tingkat 6, Bangunan KWSP,Jalan Greentown,30450 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Tel : +605 - 241 3209 / 10Faks : +605 - 241 3213

WILAYAH SELATAN(CAWANGAN MELAKA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 4.2 & 4.3, Tingkat 4,Bangunan Bank Rakyat,

Jalan Hang Tuah,75300, Melaka

Tel : +606 - 281 6314 / 6559

WILAYAH TIMUR(CAWANGAN PAHANG)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 2.01A, Tingkat 2, Bangunan KWSP,

Persiaran KWSP, Bandar Indera Mahkota25200, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.Tel : +609 - 573 0153 / 2

Faks : +609 - 573 0149

WILAYAH UTARASuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 5, Kompleks Sempilai Jaya,Jalan Sempilai,

13700, Seberang Jaya,Pulau Pinang.

Tel : +604 - 397 0532 / 3Faks : +604 - 397 0531