artikel

22
TEKNIK LATIH TUBI MENGGUNAKAN KAEDAH CARTA ALIR BERWARNA DALAM MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK DUA PECAHAN WAJAR MOHD FAHMI BIN YUSOF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS 2012 ABSTRAK Fokus kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan masalah menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid- murid saya. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan serta sejauh mana minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan dapat ditingkatkan. Peserta kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 4 sebuah sekolah kebangsaan di daerah Raub. Teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna dijalankan selama empat minggu. Data dikumpul melalui ujian pra dan pasca, penelitian latih tubi, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan serta meningkatkan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan. Melalui kajian tindakan ini, saya dapat memperbaik amalan dan nilai pendidikan sebagai seorang guru Matematik. Kata kunci: menambah pecahan, menolak pecahan, carta alir berwarna, teknik latih tubi. Di Malaysia, mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami perubahan di mana apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi

Upload: mohd-fahmi-yusof

Post on 03-Feb-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel

TEKNIK LATIH TUBI MENGGUNAKAN KAEDAH CARTA ALIR BERWARNA DALAM MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN

MENOLAK DUA PECAHAN WAJAR

MOHD FAHMI BIN YUSOF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

2012

ABSTRAK

Fokus kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan masalah menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid-murid saya. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan serta sejauh mana minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan dapat ditingkatkan. Peserta kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 4 sebuah sekolah kebangsaan di daerah Raub. Teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna dijalankan selama empat minggu. Data dikumpul melalui ujian pra dan pasca, penelitian latih tubi, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan serta meningkatkan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan. Melalui kajian tindakan ini, saya dapat memperbaik amalan dan nilai pendidikan sebagai seorang guru Matematik.

Kata kunci: menambah pecahan, menolak pecahan, carta alir berwarna, teknik latih tubi.

Di Malaysia, mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami perubahan di mana apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran peredaran masa murid- murid kini. Pengajaran dan pembelajaran Matematik perlu dikendali dan dirancangkan oleh guru dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan kepada murid-murid.

Sebagai seorang guru Matematik, saya perlu merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan agar kefahaman murid dapat dibina dan dikembangkan dengan baik selaras supaya bersesuaian dengan arus perubahan dunia masa kini.

Page 2: Artikel

Isu Keprihatinan saya

Isu untuk kajian saya ialah berkaitan kefahaman murid-murid dalam cara untuk menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid tahun empat. Secara umumnya, murid-murid perlu terlebih dahulu memahami dengan baik proses yang diperlukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Berdasarkan pemerhatian saya, murid kurang berminat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar kerana mereka tidak begitu memahami konsep dan proses untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang membosankan.

Dalam kajian ini, membincangkan serta mengkaji masalah kefahaman dalam menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid di sekolah. Saya mengkaji sejauh mana teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam meningkatkan kefahaman murid tahun empat untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Akhir kata, saya berharap teknik laith tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna yang dilaksanakan dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dalam kalangan murid tahun 4 seterusnya meningkatkan minat mereka dalam operasi menambah dan menolak pecahan.

Persoalan Kajian Saya

Penyelidikan tindakan ini mempunyai dua persoalan iaitu:

i. Sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat?

ii. Sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat?

Page 3: Artikel

Perserta Kajian Saya

Seramai 26 orang murid tahun 4 dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Raub telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini yang mana terdiri daripada 10 lelaki dan 16 perempuan. Murid-murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap yang berbeza disebabkan sekolah tidak mengamalkan pengasingan kelas antara murid pandai dan murid yang lemah.

Pelaksanaan Tindakan

Saya telah menjalankan latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna selama empat minggu. Kaedah carta alir berwarna ini adalah satu kaedah untuk menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan untuk menambah dan menolak pecahan. Kaedah ini memberi penjelasan secara lengkap apa yang murid perlu lakukan apabila ingin menambah atau menolak pecahan.

Saya telah meletakkan tiga warna yang berbeza iaitu hijau, biru dan kuning di dalam carta alir ini. Setiap warna melambang cara yang berbeza yang diperlukan apabila menambah atau menolak pecahan.

Bagi menjalankan teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna saya ini, saya telah mengambil dua waktu pengajaran setiap minggu. Pada minggu pertama saya mengajar murid bagaimana untuk menggunakan carta alir berwarna bagi menjawab soalan-soalan menambah atau menolak pecahan. Saya menggunakan powerpoint bagi memaparkan carta alir berwarna ini. Setiap murid pula diberi satu cetakan carta alir berwarna yang diisi di dalam fail bersama set-set latih tubi yang akan dijalankan.

Pada slot-slot seterusnya, saya menjalankan latih tubi menjawab soalan menambah dan menolak pecahan menggunakan carta alir berwarna ke atas murid-murid saya. Terdapat lima set latih tubi yang telah diberikan. Satu set latih tubi mengandungi dua bahagian. Bahagian yang pertama memerlukan responden melengkapkan carta alir berwarna yang telah saya kosongkan pada sepuluh kata kunci penting. Latih tubi bahagian pertama ini adalah bertujuan supaya responden dapat memahami dan mengingat langkah-langkah menambah dan menolak pecahan seperti dalam carta alir berwarna. Ia akan diberikan setiap kali sesi latih tubi dilaksanakan.

Bahagian kedua set latih tubi pula ialah latih tubi menggunakan carta alir berwarna untuk menambah dan menolak pecahan di mana terdapat lima soalan menggabungkan soalan-soalan menambah dan menolak pecahan dan melibatkan ketiga-tiga warna hijau, biru dan kuning dalam carta alir berwarna. Semasa menjawab latih tubi ini, responden diminta merujuk kepada carta alir berwarna di dalam fail masing-masing. Responden diminta mengenalpasti warna manakah yang diperlukan untuk menjawab

Page 4: Artikel

soalan latih tubi dan menulis warna itu sebelum melakukan pengiraan seperti contoh dalam Rajah 1.

Rajah 1: Murid mengenalpasti warna carta alir yang terlibat sebelum melakukan pengiraan.

Saya memberikan bimbingan kepada responden-responden saya semasa mereka menjawab soalan latih tubi ini. Murid-murid juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan. Kelima-lima set latih tubi ini telah dilaksanakan sepanjang empat minggu kajian saya dijalankan. Semua tindakan-tindakan yang telah saya jalankan selama empat minggu ke atas murid-murid saya diringkaskan seperti di dalam jadual 1.

Page 5: Artikel

Jadual 1Pelaksanaan tindakan selama empat minggu

Minggu Tindakan Tempoh masa

Pertama 1. Ujian Pra 20 minit

2. Memperkenalkan kaedah carta alir berwarna 30 minit

3. Set 1 latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

15 minit

Kedua 1. Set 2 latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

15 minit

2. Set 3 latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

15 minit

Ketiga 1. Set 4 latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

15 minit

2. Set 5 latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

15 minit

Keempat 1. Soal jawab dan temubual serta soal selidik 30 minit

2. Ujian Pasca 20 minit

Page 6: Artikel

Rajah 2 menunjukkan carta alir berwarna yang telah diajar kepada murid-murid dan murid-murid menggunakan cetakan carta alir berwarna seperti di dalam rajah semasa latih tubi.

Penyebut sama

kenal pasti penyebut yang lebih kecil kemudian

gandakan penyebut itu

ada gandaan yang sama dengan

penyebut yang besar?

gandakan kedua-dua penyebut dan cari gandaan

yang sama

gandakan juga kedua-dua pengangka

dengan bilangan

gandaan yang sama dengan

penyebut masing-masing

gandakan juga pengangka

dengan bilangan

gandaan yang sama

pengangka 1 tambah atau tolak pengangka 2

penyebut yang telah sama

TIDAK

TIDAK

YA

YA

penyebut telah sama

Rajah 2: Carta Alir Berwarna

Page 7: Artikel

Pengumpulan Dan Analisis Data

Saya telah menggunakan pelbagai sumber pengumpulan data iaitu ujian pra dan pasca, soal selidik, penelitian latih tubi, temu bual serta pemerhatian. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data daripada ujian pra dan pasca, soal selidik dan penelitian latih tubi diananasis secara kuantitatif manakala data yang dianalisis secara kualitatif ialah data temu bual dan juga pemerhatian.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian pra dan ujian pasca yang diberikan mengandungi 10 soalan yang melibatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Kedua-dua ujian ini mengandungi soalan yang sama. Ini adalah agar dapat melihat keberkesanan teknik latih tubi menggunakan carta alir dengan lebih jelas. Kedua-dua ujian ini dijalankan selama 20 minit bertempat di pusat sumber sekolah.

Ujian pra dan pasca yang telah dijalankan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar.

Saya memaparkan data daripada ujian pra dan ujian pasca ini dengan menyusun data yang diperoleh ke dalam bentuk jadual seterusnya membina carta palang dan graf garis daripada data tersebut. Data ujian pra dan pasca ini adalah dalam bentuk peratusan markah yang diperoleh serta markah min kedua-dua ujian itu.

Penelitian latih tubi

Penelitian latih tubi dijalankan ke atas lima set latih tubi yang telah diberikan kepada murid-murid. Markah latih tubi dikira dalam peratusan untuk melihat sejauh mana murid mampu menguasai carta alir berwarna yang digunakan dan sejauh mana penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid-murid.

Markah-markah yang diperoleh dalam bentuk peratusan tadi disusun dalam bentuk jadual dan dianalisis dengan melihat markah individu serta markah min yang diperoleh dalam setiap latih tubi.

Page 8: Artikel

Soal selidik

Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid pada minggu terakhir kajian. Sebanyak sepuluh soalan telah diberikan dalam soal selidik ini untuk mengenalpasti respon, minat dan pendapat murid terhadap teknik latih tubi menggunakan carta alir berwarna dalam memantapkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dan meningkatkan minat responden terhadap operasi memanbah dan menolak pecahan. Sampel kajian hanya perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan memilih jawapan yang telah disediakan iaitu Ya atau Tidak.

Analisis hasil kutipan data melalui soal selidik pula dicatatkan di dalam bentuk jadual pada dengan mengambil kira peratusan jawapan sampel kajian terhadap jawapan ‘ya’ dan ‘tidak’ bagi setiap soalan yang diberikan.

Temu bual

Tujuan temubual ini adalah bagi mengumpul data mengenai keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza.

Bagi menganalisis data yang dikumpulkan menerusi kaedah temubual , saya menilai jawapan yang diberikan oleh responden secara kualitatif. Jika jawapan yang diberikan adalah positif, maka kaedah ini berjaya. Namun, jika jawapan yang diberikan adalah negatif, maka kaedah ini boleh dikatakan tidak berjaya.

Pemerhatian

Sepanjang murid-murid melakukan latih tubi sebanyak lima kali, saya telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan minat murid-murid terhadap soalan melibatkan operasi menambah dan menolak pecahan. Saya mencatat setiap aspek yang berkaitan minat murid-murid terhadap soalan menambah dan menolak pecahan di dalam borang pemerhatian.

Page 9: Artikel

Dapatan Kajian Saya

Penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid tahun 4?

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2, saya mendapati markah yang diperoleh oleh 24 orang daripada 26 orang murid-murid telah menunjukkan peningkatan manakala dua orang murid tidak menunjukkan peningkatan markah. Kedua-dua murid ini adalah murid pemulihan yang tidak tahu membaca dan tidak cekap mengira. Jadi walaupun terdapat dua orang murid tidak menunjukkan peningkatan markah, saya boleh mengatakan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak dalam kalangan kebanyakan murid-murid saya.

Jadual 2

Markah individu dan markah min bagi ujian pra dan pasca.

Page 10: Artikel

Saya juga

Bil Nama Murid Ujian Pra (% /)

Ujian Pasca (%)

Peningkatan/Penurunan

1 Auni 40 100 602 Masturina 20 100 80

3 Asri 50 90 40

4 Syazwan 0 20 20

5 Afiq 10 100 90

6 Khaider 0 10 10

7 Hafrizal 30 90 60

8 Muhaizafar 20 90 70

9 Nadira 0 30 30

10 Syazliana 30 100 70

11 Nor Ain 10 100 90

12 Zeity 10 100 90

13 Noraisyah 0 10 10

14 Hasela 60 100 40

15 Suhaila 0 40 40

16 Nur Aishah 0 60 60

17 Nur Azreen 10 100 90

18 Nur Natasya 0 60 60

19 Nurfaradila 60 100 40

20 Nurul Nabila 30 60 30

21 Rahmad 10 60 50

22 Azlan 0 0 0

23 Sofia 50 100 50

24 Syahiddin 30 70 40

25 Ummi 20 40 20

26 Zuliyana 0 0 0

Markah min 19.60% 66.54% 47.69%

Page 11: Artikel

menggunakan penelitian ke atas set latih tubi yang dijawab oleh murid-murid bagi menjawab persoalan kajian yang pertama. Terdapat dua bahagian dalam setiap set latih tubi yang diberikan. Jadual 3 menunjukkan markah bagi bahagian pertama set-set latih tubi murid.

Jadual 3 Keputusan bahagian pertama set-set latih tubi ( %)

BIL NAMA MURID Set 1 Set 2 Set 3 Set 4 Set 51 Auni 20 30 60 100 1002 Masturina 20 60 100 100 1003 Asri 0 40 60 60 804 Syazwan 0 10 20 40 605 Afiq 60 60 100 100 1006 Khaider 0 0 0 0 07 Hafrizal 10 30 50 70 908 Muhaizafar 20 20 50 90 909 Nadira 0 10 20 20 3010 Syazliana 0 80 100 100 10011 Nor Ain 0 0 20 30 3012 Zeity 10 30 60 70 10013 Noraisyah 10 30 30 30 3014 Hasela 0 60 100 100 10015 Suhaila 20 40 60 90 10016 Nur Aishah 0 10 10 20 2017 Nur Azreen 20 80 100 100 10018 Nur Natasya 10 20 40 60 7019 Nurfaradila 30 80 90 100 10020 Nurul Nabila 0 10 50 70 9021 Rahmad 20 30 40 80 8022 Azlan 0 0 0 0 023 Sofia 60 100 100 100 10024 Syahiddin 0 10 40 60 7025 Ummi 0 40 40 60 6026 Zuliyana 0 0 0 0 0

Markah min 11.92% 33.84% 51.54% 63.46% 69.23%

Jadual 3 menunjukkan markah individu dan markah min bagi setiap set latih tubi bahagian pertama yang dijawab oleh murid. Bahagian pertama set latih tubi ini ialah latihan mengisi tempat kosong di dalam carta alir berwarna yang bertujuan membantu murid mengingat perkataan-perkataan penting dalam carta alir berwarna.

Jadual 3 juga menunjukkan majoriti murid-murid menunjukkan peningkatan markah dalam set latih tubi bahagian pertama ini iaitu seramai 23 daripada 26 orang murid menunjukkan peningkatan markah.

Seterusnya. saya menganalisis dan menginterpretasi data melalui bahagian kedua set latih tubi iaitu set latih tubi yang mengandungi soalan-soalan menambah dan menolak pecahan yang dapat menunjukkan adakah murid-murid dapat menambah dan menolak pecahan setelah diajarkan penggunaan carta alir berwarna. Jadual 4 menunjukkan markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam set latih tubi bahagian kedua ini.

Page 12: Artikel

Jadual 4 Keputusan bahagian kedua set-set latih tubi (%)

Bil Nama murid Set 1 Set 2 Set 3 Set 4 Set 51 Auni 100 100 100 100 1002 Masturina 100 100 100 100 1003 Asri 40 40 60 80 804 Syazwan 0 10 10 0 1005 Afiq 60 80 100 100 1006 Khaider 0 0 0 0 07 Hafrizal 80 80 100 100 1008 Muhaizafar 80 80 100 100 1009 Nadira 0 10 20 20 2010 Syazliana 100 100 100 100 10011 Nor Ain 0 0 10 10 2012 Zeity 20 20 60 80 8013 Noraisyah 10 10 20 40 4014 Hasela 100 100 100 100 10015 Suhaila 20 40 40 80 8016 Nur Aishah 0 10 10 20 2017 Nur Azreen 100 100 100 100 10018 Nur Natasya 10 20 20 60 6019 Nurfaradila 80 80 100 100 10020 Nurul Nabila 10 10 20 40 4021 Rahmad 20 20 40 80 8022 Azlan 0 0 0 0 023 Sofia 80 100 100 100 10024 Syahiddin 40 40 60 80 8025 Ummi 40 40 40 100 10026 Zuliyana 0 0 0 10 10

Markah min 41.92% 45.77% 54.23% 65.38% 69.62%

Jadual 4 menunjukkan markah individu dan markah min yang diperoleh untuk setiap set latih tubi bahagian kedua. Berdasarkan jadual 4 ini, markah min yang diperoleh menunjukkan peningkatan iaitu dari 41.92% dalam set satu kepada 69.62% dalam set yang kelima. Berdasarkan peningkatan ini, saya dapat mengatakan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menambah dan menolak pecahan semakin meningkat.

Secara keseluruhannya, murid-murid menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan latih tubi yang melibatkan kemahiran menambah dan menolak pecahan dan ini menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwana telah memantapkan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid tahun 4 walaupun terdapat tiga orang murid tidak menunjukkan peningkatan markah dalam set latih tubi yang diberi. Tiga orang murid ini adalah murid pemulihan yang tidak boleh membaca dan mengira dengan baik.

Kaedah ketiga yang digunakan saya untuk menjawab persoalan kajian tentang sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid tahun 4 ialah soal selidik.

Jadual 5

Page 13: Artikel

Keputusan soal selidik tentang keberkesanan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna

SoalanMurid-Murid Yang Menjawab

Ya Tidak

2) Saya kurang faham cara menambah dan menolak pecahan sebelum diajarkan kaedah carta alir berwarna.

(24)92.31%

(2)7.69%

4) Kaedah carta alir berwarna membuatkan saya lebih faham cara menambah dan menolak pecahan.

(26)100%

0

6) Latih tubi yang diberikan membantu saya menguasai cara menambah dan menolak pecahan.

(24)92.31%

(2)7.69%

9) Saya telah faham cara menambah dan menolak pecahan.(21)

80.77%(5)

19.23%

Keempat-empat peratusan jawapan soal selidik seperti dalam jadual 5 ini menunjukkan peratusan yang tinggi dan memberikan jawapan yang positif yang menunjukkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah membantu murid-murid saya memantapkan kemahiran menambah dan menolak pecahan mereka.

Keputusan ujian pra dan pasca, penelitian latih tubi dan keputusan soal selidik yang diperoleh menggambarkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid-murid tahun empat.

Sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat?

. Jadual 6 menunjukkan keputusan soal selidik yang telah saya laksanakan untuk melihat minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan wajar.

Jadual 6

Keputusan soal selidik tentang minat murid-murid

SoalanMurid-Murid Yang Menjawab

Ya Tidak

1) Saya meminati mata pelajaran Matematik.(23)

88.46%(3)

11.54%3) Saya kurang berminat terhadap soalan menambah dan menolak pecahan sebelum ini

(20)76.92%

(6)23.08%

Page 14: Artikel

5) Saya lebih berminat menjawab soalan menambah dan menolak pecahan sekarang.

(24)92.31%

(2)7.69%

7) Penggunaan warna dalam carta alir menarik minat saya.(26)

100%0

8) Minat saya terhadap pecahan semakin bertambah.(24)

92.31%(2)

7.69%

10) Saya suka kaedah carta alir berwarna ini.(26)

100%0

Berdasarkan keputusan soal selidik ini, saya dapat membuat anggapan awal bahawa teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna telah dapat meningkatkan minat murid-murid saya terhadap operasi menambah dan menolak pecahan. Bagi mengguatkan lagi anggapan saya ini, saya turut menganalisis data daripada temubual dan soal jawab.

Saya :Sebelum ini kamu suka tak nak buat soalan tambah ataupun tolak pecahan?

Murid-murid : Tak suka cikgu…

Saya : Lepas buat latih tubi dengan cikgu guna carta alir berwarna ni, kamu semua suka tak tambah dan tolak pecahan?

Murid-murid : Suka....

Saya : Adakah kamu suka dengan kaedah ini?

Murid-murid : Suka….

Saya : Sebab apa kamu suka kaedah ini?

Murid-murid : Sebab cikgu ajar…ada warna-warna…best..

(Transkrip Temu Bual Murid : 18 Julai 2012)

Rajah 11: Petikan transkrip soal jawab beramai-ramai bersama semua murid

Saya : Cikgu nak tanya pasal kaedah carta alir berwarna yang cikgu ajar…boleh tak?

Masturina : Boleh.

Saya : Jujur taw…Adakah kamu suka dengan kaedah ini?

Masturina : Carta alir berwarna ni?

Saya : Yela…

Masturina : Suka la cikgu…cikgu ajar best ada colour colur…

Saya : Habis tu kamu suka tak kalau cikgu bagi soalan tambah pecahan ataupun tolak pecahan?

Masturina : Suka la cikgu…lagipun saya memang suka Matematik cikgu.

Saya : Ok…cikgu nak tanya Afiq pula..Jujur taw…Afiq suka tak kaedah carta alir berwarna…

Afiq :Saya pon suka juga…

Saya : Sebab apa Afiq suka?

Afiq : Hmmm…Sebab ada colour-colour juga kot..senang faham...

Saya : Sekarang suka tak jawab soalan tambah ataupun tolak pecahan?

Afiq : Mesti la suka cikgu…

Saya : Ok last Khaider…Khaider suka ke tak kaedah carta alir berwarna ni?

Page 15: Artikel

Rajah 12: Petikan temu bual bersama murid

Berdasarkan jawapan-jawapan soal jawab dan temu bual ini, saya mendapati murid-murid ini berminat dengan kaedah carta alir berwarna dan minat mereka terhadap operasi menambah dan menolak pecahan juga turut meningkat.

Saya : Cikgu nak tanya pasal kaedah carta alir berwarna yang cikgu ajar…boleh tak?

Masturina : Boleh.

Saya : Jujur taw…Adakah kamu suka dengan kaedah ini?

Masturina : Carta alir berwarna ni?

Saya : Yela…

Masturina : Suka la cikgu…cikgu ajar best ada colour colur…

Saya : Habis tu kamu suka tak kalau cikgu bagi soalan tambah pecahan ataupun tolak pecahan?

Masturina : Suka la cikgu…lagipun saya memang suka Matematik cikgu.

Saya : Ok…cikgu nak tanya Afiq pula..Jujur taw…Afiq suka tak kaedah carta alir berwarna…

Afiq :Saya pon suka juga…

Saya : Sebab apa Afiq suka?

Afiq : Hmmm…Sebab ada colour-colour juga kot..senang faham...

Saya : Sekarang suka tak jawab soalan tambah ataupun tolak pecahan?

Afiq : Mesti la suka cikgu…

Saya : Ok last Khaider…Khaider suka ke tak kaedah carta alir berwarna ni?

Page 16: Artikel

Seterusnya, saya mengesan peningkatan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan berdasarkan pemerhatian semasa sesi latih tubi dijalankan.

Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati murid-murid seronok semasa menjawab soalan latih tubi yang diberikan. Aspek-aspek yang menunjukkan murid-murid seronok menjawab soalan latih tubi ini ialah murid meminta soalan tambahan, murid meminta tugasan untuk dibuat di rumah, murid fokus dan tidak melakukan kerja lain semasa latih tubi.

Berdasarkan analisis dan dapatan daripada soal selidik, temu bual serta pemerhatian yang dibuat, saya dapat mengatakan secara persoalan kajian yang kedua iaitu sejauh manakah teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna dapat meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun empat telah saya jawab kerana kebanyakan murid-murid menunjukkan peningkatan minat terhadap operasi menambah dan menolak pecahan setelah saya memperkenalkan teknik latih tubi menggunakan kaedah carta alir berwarna.

Kajian Tindakan Seterusnya

Setelah melakukan penyelidikan tindakan ini, saya mendapati bahawa teknik latih tubi dapat memantapkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak pecahan dalam kalangan murid-murid seterusnya meningkatkan minat murid-murid terhadap operasi menambah dan menolak pecahan itu.

Walau bagaimanapun, saya mendapati walaupun kebanyakan murid-murid saya berjaya memantapkan penguasan kemahiran menambah dan menolak pecahan, jawapan akhir yang mereka berikan adalah kurang baik kerana mereka tidak mahir untuk menulis pecahan dalam bentuk yang termudah. Jadi, saya merancang untuk mengkaji kaedah yang dapat membantu murid menulis pecahan dalam bentuk termudah.

Saya merancang untuk tetap menggunakan carta alir berwarna dan diubah suai bagi mengajar cara menulis pecahan dalam bentuk termudah. Saya juga merancang untuk terus menggunakan teknik latih tubi kerana ia terbukti berkesan dalam memantapkan penguasaan murid-murid.

Page 17: Artikel

Refleksi Akhir

Akhirnya, saya berjaya menyiapkan penyelidikan tindakan saya.Tugasan membuat penyelidikan tindakan ini banyak memberikan saya pengetahuan dan pengalaman yang berguna buat saya sebagai seorang guru pelatih.Melalui penyelidikan tindakan, saya lebih memahami prosedur-prosedur yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan. Saya sedar penyelidikan tindakan ini merupakan satu amalan yang baik dan patut diamalkan oleh guru kerana penyelidikan tindakan ini membantu guru memperbaiki kelemahan yang dimiliki.

Melalui penyelidikan tindakan ini juga, saya menyedari betapa pentingnya seorang guru melakukan refleksi ke atas pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Refleksi ini penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang dimiliki seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan itu.

Selain itu, saya juga berpeluang menilai pegangan nilai pendidikan saya selama ini. Saya dapat menilai sejauh mana saya bertindak berlandaskan pegangan-pegangan nilai pendidikan saya. Penyelidikan tindakan memberikan saya kesedaran bahawa konsep perlu diajar dengan baik terlebih supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran itu. Saya juga menyedari latih tubi merupakan perkara yang amat penting sekali buat seorang murid jika ingin menjadi mahir dalam Matematik.

Pelaksanaan penyelidikan tindakan ini juga memberikan saya pengalaman dan pengetahuan tentang bagaimana untuk mengumpul data dan menganalisis serta menginterprtasi data tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu isu.

Di samping itu, saya juga dapat memantapkan ilmu pedagogi saya melalui penyelidikan tindakan ini. Pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber tentang pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah dan menolak pecahan memberikan saya banyak pengetahuan-pengetahuan baru. Pengetahuan-pengetahuan ini akan dapat saya aplikasikan di sekolah nanti.

Dalam penyelidikan tindakan ini, saya mendapat kesedaran betapa pentingnya seorang guru cuba untuk mencipta inovasi bagi menambah baik amalan dirinya. Saya sedar inovasi merupakan satu elemen yang penting yang patut saya amalkan sebagai seorang guru supaya pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah menjadi lebih baik dan berkesan.