artikel 40 kpt6043 rumusan

3
Ulasan Atrikel: Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil Untuk Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudah alih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Oleh itu, rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah dapat diadaptasikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan. Kajian ini memberi penekanan kepada penggunaan laman web melalui teknologi mobil yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bangunan yang sama dengan projek yang hendak direkabentuk. Rangka maklumat yang digunakan oleh pengkaji untuk digunakan dalam menyediakan laman web ini adalah berpandukan kepada rangka Vijayalakshmi (1997). Dengan berasaskan teori minimal Carroll (1995) pengkaji membangunkan laman web dengan rangka maklumat seperti di bawah : i. Pengenalan : Rangka ini menyediakan penerangan ringkas tentang latarbelakang bangunan, arkitek, pengguna utama dan maklumat keseluruhan projek. ii. Contoh Bangunan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi panduan kepada pelajar tentang contoh bangunan yang telah direka yang ada hubungan dengan projek yang diberikan kepada pelajar. iii. Gayareka : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk mendedahkan pelajar kepada gaya reka yang sesuai untuk digunakan dalam proses reka bentuk. iv. Kemasan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang kemasan binaan. v. Struktur : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar berhubung dengan struktur binaan sesebuah bangunan. vi. Lanskap : Rangka ini dibina oleh pengkaji untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhubung dengan reka bentuk persekitaran. 1

Upload: mahnikpt6043

Post on 30-May-2015

835 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel 40 kpt6043   rumusan

Ulasan Atrikel:

Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil Untuk

Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson

Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi

mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudah alih dan boleh diakses oleh pelajar

tanpa mengira masa dan tempat. Oleh itu, rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan

teknologi mobil perlulah dapat diadaptasikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan.

Kajian ini memberi penekanan kepada penggunaan laman web melalui teknologi mobil yang

memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bangunan

yang sama dengan projek yang hendak direkabentuk. Rangka maklumat yang digunakan oleh

pengkaji untuk digunakan dalam menyediakan laman web ini adalah berpandukan kepada rangka

Vijayalakshmi (1997). Dengan berasaskan teori minimal Carroll (1995) pengkaji membangunkan

laman web dengan rangka maklumat seperti di bawah :

i. Pengenalan : Rangka ini menyediakan penerangan ringkas tentang latarbelakang

bangunan, arkitek, pengguna utama dan maklumat keseluruhan projek.

ii. Contoh Bangunan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi panduan kepada

pelajar tentang contoh bangunan yang telah direka yang ada hubungan dengan projek

yang diberikan kepada pelajar.

iii. Gayareka : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk mendedahkan pelajar kepada gaya

reka yang sesuai untuk digunakan dalam proses reka bentuk.

iv. Kemasan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi maklumat kepada pelajar

tentang kemasan binaan.

v. Struktur : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar

berhubung dengan struktur binaan sesebuah bangunan.

vi. Lanskap : Rangka ini dibina oleh pengkaji untuk memberi pendedahan kepada pelajar

berhubung dengan reka bentuk persekitaran.

vii. Konsep : Melalui rangka ini pendedahan akan diberikan kepada pelajar tentang

bagaimana konsep seni bina boleh mencorakkan hala tuju sesuatu proses reka bentuk.

viii. Forum : Rangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar

maklumat reka bentuk.

1

Page 2: Artikel 40 kpt6043   rumusan

Semua maklumat tersebut disusun dalam satu laman web dengan menggunakan teori

minimal Carroll. Laman web dalam kajian dibangunkan dengan menggunakan hos percuma di

Mobi Site Galore Versi 5 yang digunakan untuk membangunkan laman web untuk digunakan

pada peralatan mobil. Hos yang menyediakan tapak percuma ini boleh dilayari di talian Internet

pada alamat seperti yang tertera http://www.mobisitegalore.com/index.html#. Pembangunan

laman web dengan menggunakan hos ini tidak perlu kepada pengetahuan teknikal dan perisian

tidak dimuat turunkan ke dalam komputer. Setelah mendaftar di hos pengguna boleh memilih

templat di laman web mereka. Setelah memilih templat untuk laman web pengguna akan

disediakan dengan laman pengurusan.

Dalam kajian ini penilaian yang positif untuk laman web yang berasaskan teknologi mobil

menunjukkan pendekatan pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil boleh menjadi

pengganti yang sempurna untuk pendekatan pembelajaran yang berasaskan komputer. Pelajar

dan pensyarah boleh mendapat menafaat dengan kemudahan untuk akses dengan cepat kepada

sumber maklumat. Perkembangan yang cepat dalam pembangunan teknologi mobil menyediakan

peralatan mobil yang lebih laju dan kapasiti ruang ingatan yang lebih besar berbanding dengan

peralatan mobil yang ada sekarang dimana peralatan mobil ini dapat digunakan untuk memuat

turun data dengan lebih cepat dan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan

lebih banyak maklumat penting di dalam peralatan mobil. Teknologi mobil menyediakan

pendekatan pembelajaran yang ideal untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang unik di

dalam sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi seperti politeknik pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun masih banyak perkara perlu dimurnikan, dibaiki dan dimajukan sekiranya

teknologi mobil ini hendak dijadikan sebagai media utama dalam proses pembelajaran. Antara

batasan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi mobil ini adalah skrin yang kecil dan

keupayaan peralatan yang terhad dalam menyimpan maklumat, tidak dapat memberi kemudahan

kepada pengguna dalam mereka bentuk laman yang kompleks. Seterusnya, menaip bukan

merupakan kaedah yang mudah dalam penggunaan peralatan mobil. Begitu juga dengan hayat

bateri yang terhad, ruang skrin yang kecil dan kaedah yang berbeza dalam memasukkan

maklumat.

Kesimpulannya, walaupun peralatan mobil menyediakan kemudahan untuk akses kepada

maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat, tetapi masih ada terdapat kekangan untuk akses

kepada internet tanpa talian pada skala yang lebih besar. Justeru itu, banyak lagi kajian kualitatif

dan kuantitatif yang perlu dibuat untuk mendapatkan garis panduan yang sesuai untuk

mengintegrasi teknologi mobil dalam proses pembelajaran.

2

Page 3: Artikel 40 kpt6043   rumusan

Rujukan :

http://www.gwu.edu/~tip/carroll.html

http://campustechnology.com/articles/2008/04/mobile-learning-in-higher-education.aspx

http://whitepapers.zdnet.com/abstract.aspx?docid=305078

3