artikal gst

2
SUNGAI PETANI 30 Apr. – “Antara sebab cukai GST ini diperkenalkan adalah ianya sebahagian daripada program reformasi cukai kerajaan agar ianya menjadi lebih berkesan, cekap, ,mesra perniagaan, telus, dan mampu menjana hasil yang lebih stabil” demikian menurut kata Puan Juriah Noor, Penolong Kanan Pengarah Kastam 2 dalam sesi taklimat bersama pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Mini Buraqoil Negeri Kedah. Program taklimat dan penerangan berkenaan GST ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani yang melibatkan semua pengusaha stesen minyak Buraqoil di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah di sampaikan oleh tiga orang wakil daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Di awal taklimat ini para pengusaha di beri penerangan dan penjelasan yang tepat berkenaan cukai yang akan dilaksanakan pada April 2015. Sepanjang taklimat ini berlangsung pelbagai soalan diajukan termasuklah kebimbangan para pengusaha terhadap kemungkinan peningkatan kos operasi perniagaan mereka. Namun selepas diberi penerangan yang tepat, hilang rasa bimbang dan mereka kelihatan berpuas hati dengan jawapan serta penerangan yang di berikan. Sesi kedua taklimat GST telah disampaikan oleh Mr Khoo, selaku Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Taklimat kedua ini memberi fokus bagaimana cukai GST ini akan dilaksanakan kepada para pengusaha dan perniagaan yang terlibat. Turut disampaikan dalam taklimat ialah bagaimana cukai GST ini boleh dituntut semula oleh para pengusaha dan peniaga yang berdaftar di bawah cukai GST ini. GST mendapat sokongan penuh daripada IPTB Sdn. Bhd dalam usaha untuk menjayakannya. IPTB Sdn. Bhd bersama-sama kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan lagi pemahaman masyarakat khususnya dalam kalangan pengusaha dan pengguna stesen minyak Buraqoil berkenaan GST ini. Pengurus Wilayah Utara, En. Md Ruzani berkata “Kami bersedia untuk bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan program GST ini. Kami yakin cukai ini jauh lebih efisen dan telus dan mampu memberi keadilan dalam urusan perniagaan kepada pengusaha-pengusaha kami.”

Upload: ikhwan

Post on 15-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SUNGAI PETANI 30 Apr. Antara sebab cukai GST ini diperkenalkan adalah ianya sebahagian daripada program reformasi cukai kerajaan agar ianya menjadi lebih berkesan, cekap, ,mesra perniagaan, telus, dan mampu menjana hasil yang lebih stabil demikian menurut kata Puan Juriah Noor, Penolong Kanan Pengarah Kastam 2 dalam sesi taklimat bersama pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Mini Buraqoil Negeri Kedah.Program taklimat dan penerangan berkenaan GST ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani yang melibatkan semua pengusaha stesen minyak Buraqoil di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah di sampaikan oleh tiga orang wakil daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Di awal taklimat ini para pengusaha di beri penerangan dan penjelasan yang tepat berkenaan cukai yang akan dilaksanakan pada April 2015. Sepanjang taklimat ini berlangsung pelbagai soalan diajukan termasuklah kebimbangan para pengusaha terhadap kemungkinan peningkatan kos operasi perniagaan mereka. Namun selepas diberi penerangan yang tepat, hilang rasa bimbang dan mereka kelihatan berpuas hati dengan jawapan serta penerangan yang di berikan. Sesi kedua taklimat GST telah disampaikan oleh Mr Khoo, selaku Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Taklimat kedua ini memberi fokus bagaimana cukai GST ini akan dilaksanakan kepada para pengusaha dan perniagaan yang terlibat. Turut disampaikan dalam taklimat ialah bagaimana cukai GST ini boleh dituntut semula oleh para pengusaha dan peniaga yang berdaftar di bawah cukai GST ini.GST mendapat sokongan penuh daripada IPTB Sdn. Bhd dalam usaha untuk menjayakannya. IPTB Sdn. Bhd bersama-sama kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan lagi pemahaman masyarakat khususnya dalam kalangan pengusaha dan pengguna stesen minyak Buraqoil berkenaan GST ini. Pengurus Wilayah Utara, En. Md Ruzani berkata Kami bersedia untuk bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan program GST ini. Kami yakin cukai ini jauh lebih efisen dan telus dan mampu memberi keadilan dalam urusan perniagaan kepada pengusaha-pengusaha kami.Pada sesi akhir taklimat ini pengusaha-pengusaha stesen minyak di beri ruang untuk bertanyakan soalan kepada panel jemputan termasuk Hajah Norhasimah dari Jabatan Kastam Putrajaya dan En. Abd Razak yang mewakili KPDNKK negeri Kedah . Pelbagai soalan di ajukan namun penerangan yang di beri cukup memuaskan dan rata-rata peserta yang hadir yakin akan perlaksanaan cukai GST yang bakal dilaksanakan nanti. Taklimat akhirnya bersurai pada jam 1.00 tengahari.