arahan perlaksanaan operasi perkhidmatan ... ... 14/06/2021 1 arahan perlaksanaan operasi...

Click here to load reader

Post on 24-Aug-2021

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENUH MULAI 15 JUN 2021 HINGGA 28 JUN 2021
1.0 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil maklum akan pengumuman
terkini Kerajaan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara berkuat kuasa 15 Jun 2021
hingga 28 Jun 2021 berikutan laporan catatan harian kes jangkitan wabak
COVID-19 yang masih tinggi melebihi 5,000 kes.
2.0 Selaras dengan arahan tersebut, pihak UniMAP akan mengambil tindakan-
tindakan seperti berikut :
PEJABAT
kuasa 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 kecuali kepada:
a. Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah kategori essential
services iaitu :
ii. Jabatan Keselamatan (JKes)
iv. Jabatan Pembangunan (JP)
Persekitaran Pekerjaan (COSHE)
essential services yang mempunyai proses kerja yang
tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan syarat
kehadiran tidak melebihi 20% seperti :
i. Pembayaran kontrak/invois/gaji;
ii. Penyelenggaraan/keselamatan premis;
sistem dan mesyuarat dalam talian.
2.1.2 Ketua Jabatan bagi PTj di bawah kategori essential services
adalah bertanggungjawab untuk :
hingga 100% iaitu sebahagian staf (contoh 50%) hadir ke
pejabat dan selebihnya bekerja dari rumah (BDR).
b. Memastikan staf yang diarah hadir ke pejabat bukan
daripada kategori berikut :
Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas
kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar
mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk
hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan
menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang
ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai.
(Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan kepada
Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana untuk tujuan
makluman dan rekod).
Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik
tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh
penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan
tiada arahan hadir ke pejabat dibenar
dikeluarkan kepada staf.
19, kes berkemungkinan COVID-19, kes positif
COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS).
Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan
kepada staf dalam kategori ini.
c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk
hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI
(seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj
sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh
8 Jun 2021. (di lampiran). Arahan tersebut adalah terpakai
untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan hadir
bekerja.
atau sebaik masa bertugas berdasarkan waktu
bekerja fleksi (WBF) tamat.
2.1.3 Ketua Jabatan bagi PTj selain di bawah kategori essential
services yang mempunyai proses kerja yang tidak boleh
dilaksanakan secara BDR adalah bertanggungjawab untuk :
a. Menyelaras kehadiran staf ke pejabat secara
penggiliran tidak melebihi 20% daripada
keseluruhan staf PTj.
daripada kategori berikut :
Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas
kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar
mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk
hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan
menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang
ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai.
(Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan
kepada Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana
untuk tujuan makluman dan rekod).
Sekiranya mukim/lokaliti berkenaan diisytiharkan
Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik
tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh
penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan
tiada arahan hadir ke pejabat dibenar
dikeluarkan kepada staf.
19, kes berkemungkinan COVID-19, kes positif
COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS).
Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan
kepada staf dalam kategori ini.
c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk
hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI
(seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj
sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh
8 Jun 2021. (di lampiran). Surat arahan tersebut adalah
terpakai untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan
hadir bekerja.
jam dalam sesuatu hari bertugas .
2.1.4 Bagi staf yang hadir bertugas di pejabat, staf perlu :
a. Membawa bersama :
dikeluarkan oleh PTj masing-masing;
Tinggi yang dilengkap diisi di peringkat PTj
masing-masing; dan
14/06/2021
6
keluar pejabat melalui pautan berikut :
https://id.unimap.edu.my (Check-in di Jabatan/PTj)
yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) sepanjang bertugas di pejabat.
2.2 ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)
2.2.1 Semua staf selain di PTj yang disenaraikan di perkara 2.1.1
adalah tertakluk kepada arahan Bekerja Dari Rumah (BDR)
berkuat kuasa mulai 15 Jun 2021 (Selasa) hingga 28 Jun
2021 (Isnin).
2.2.2 Staf yang BDR adalah tertakluk kepada arahan dalam Pekeliling
Pendaftar Bilangan 3 Tahun 2021 : Penerimaan Pakai Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja Dari
Rumah Dengan Pindaan.
2.2.3 Bagi staf yang bekerja dari rumah (BDR), prosedur BDR adalah
sepertimana arahan terdahulu dan staf adalah WAJIB merekod
kehadiran masing-masing dalam waktu bekerja rasmi antara
jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi melalui pautan seperti di bawah:
https://id.unimap.edu.my/idloc (Check- in Lokasi)
2.2.4 Staf yang terlibat dengan arahan Bekerja Dari Rumah perlu
memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
rasmi yang staf bermastautin semasa berkhidmat di
UniMAP.
masing. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
menetapkan tugas yang perlu dilakukan oleh setiap staf
semasa bekerja dari rumah dan staf perlu melapor
secara harian tahap pelaksanaan tugas yang telah
diarahkan;
oleh Ketua Jabatan pada bila-bila masa dalam waktu bekerja
sama ada melalui telefon bimbit, aplikasi
Whatsapp/Telegram atau emel;
untuk hadir ke pejabat pada bila-bila masa (dalam
tempoh waktu bekerja rasmi);
berada di rumah;
urusan peribadi dibenarkan semasa tempoh waktu
bekerja rasmi seperti:
14/06/2021
8
gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah
tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib
Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain
yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana
berkenaan.
lancar, Ketua Jabatan boleh membenarkan staf membawa
pulang aset keperluan seperti komputer. Staf perlu mengisi
borang KEW-PA 6 – Daftar Pergerakan Harta Modal dan
Inventori untuk tujuan rekod. Staf perlu memastikan aset
universiti dijaga dengan rapi dan tidak menyalahgunakan
kemudahan yang diberikan untuk tujuan peribadi. Staf juga
boleh dibenarkan membawa pulang dokumen-dokumen yang
bukan dikategorikan sebagai SULIT dan RAHSIA. (Sumber :
Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020)
2.3 PERJALANAN RENTAS NEGERI BAGI URUSAN RASMI ATAU
URUSAN PERIBADI
semua staf. Selaras dengan arahan terbaharu, Pengurusan
Universiti menguatkuasakan larangan rentas negeri
kepada semua staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
mulai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang
sedang berkuat kuasa sehingga 28 Jun 2021.
14/06/2021
9
2.3.2 Dalam tempoh arahan ini berkuat kuasa, staf adalah tidak
dibenarkan membuat perjalanan rentas negeri bagi
sebarang urusan rasmi. Staf diminta berhubung dengan
penganjur dan memohon agar pertemuan dilaksanakan secara
dalam talian.
2.3.3 Bagi staf yang telah diluluskan cuti rehat dalam tempoh
arahan ini berkuat kuasa, staf tidak dibenarkan untuk
meninggalkan kediaman masing-masing bagi
COVID-19.
Gerakan Bencana untuk mendapatkan maklumat berkaitan
prosedur / panduan yang perlu dilaksanakan.
2.3.5 Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang
gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah
tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan
Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain yang
berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana berkenaan.
2.3.6 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan
kepada pihak Universiti sekiranya ada dalam kalangan staf yang
ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.
14/06/2021
10
LATIHAN/ BENGKEL/ AKTIVITI/ PERHIMPUNAN/ PROGRAM
KEAGAMAAN/ PROGRAM SUKAN/PROGRAM SOSIAL
Universiti TIDAK MEMBENARKAN penganjuran atau
penyertaan sebarang mesyuarat/ seminar/ aktiviti/ bengkel/
perhimpunan/ program keagamaan/ program sukan/ program
sosial secara bersemuka sepanjang tempoh arahan ini
berkuat kuasa.
adalah digalakkan dilaksana secara dalam talian.
2.5 PENERIMAAN PELAWAT KE PREMIS UniMAP
2.5.1 Penerimaan pelawat (rasmi atau tidak rasmi) ke mana-mana
premis UniMAP TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh
arahan ini berkuat kuasa.
suhu badan di pos pengawal terlebih dahulu. Tempoh bekerja
adalah terhad dan perlu disingkatkan.
2.5.3 Semua kerja-kerja fizikal (pembekalan/ pengubahsuaian/
penyelenggaraan / pembaikan) peralatan pejabat atau makmal
TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh arahan ini berkuat
kuasa.
14/06/2021
11
hadir bertugas di pejabat diWAJIBkan memakai pelitup
muka semasa bertugas dan perlu menjalani saringan suhu
badan di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing semasa
hadir bertugas.
melalui saringan suhu badan di pintu masuk kampus dan
saringan akan dilaksanakan oleh Pengawal Keselamatan untuk
setiap individu dalam kenderaan setiap kali memasuki kawasan
kampus.
yang dilawati dalam buku rekod/QR Code yang disediakan.
2.6.4 Ketua Jabatan perlu memastikan buku rekod/QR Code
disediakan di Jabatan/PTj masing-masing bertujuan
merekodkan bacaan suhu staf yang hadir bekerja di pejabat.
2.6.5 Ketua Jabatan juga perlu memastikan laluan keluar masuk
pejabat dihadkan dan setiap laluan disediakan QR Code untuk
merekod pergerakan staf atau pelawat yang hadir ke PTj
berkenaan.
niaga serta kerja-kerja penyelenggaraan/ pengubahsuaian dan
pembersihan masih tertakluk kepada garis panduan yang
dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020
yang dikeluarkan pada 5 Mei 2020.
14/06/2021
12
3.1 Semua staf yang tamat tempoh BDR atau pulang daripada
kawasan Zon Merah adalah diWAJIBkan membuat pengakuan
kendiri (self-declaration) berkaitan kesihatan masing-masing sebelum
dibenarkan hadir ke pejabat.
3.2 Pengisian maklumat boleh dibuat melalui borang elektronik di pautan
berikut: http://bencana.unimap.edu.my
Staf dinasihatkan untuk TIDAK menyebarkan berita atau maklumat yang
tidak sahih berkaitan wabak COVID-19.
Maklumat berkaitan COVID-19 boleh dilayari di saluran berikut :
Saluran rasmi MKN : https://t.me/MKNRasmi
Pihak UniMAP akan terus memantau perkembangan wabak ini dan menyalurkan
maklumat terkini dari semasa ke semasa. Warga UniMAP juga diingatkan agar
mendapatkan berita yang sahih mengenai wabak COVID-19.
Warga UniMAP keseluruhannya adalah diingatkan untuk mempraktikkan kawalan
kendiri dan sentiasa mengambil langkah- langkah pencegahan terbaik sebagaimana
yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti
memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta
menggunakan hand sanitizer.
Untuk sebarang penyaluran maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan
Bencana di talian 011-62270316.
sepenuhnya. Bersama-sama kita membantu memutuskan rantaian wabak
COVID-19. #dudukrumah #kitajagakita
Saya yang menjalankan amanah,
Pendaftar

View more