ar-rububiyah dan uluhiyah

13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM مس ب له ال ن م ح ر ل ا م ي ح ر ل ا مد ح ل ا له ل رب ن مي ل عا ل ا لاة ص ل وا لام س ل وا ى عل ول س ر له ال واله ه ب ح ص و ن م و ما6 ة, الا وا عد ب: AR-RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH Pengkajian dalam masalah aqidah yang telah diperkatakan oleh Al-Hasyawiyah dahulunya dan pendokong-pendokong Salafiah pada masa kini di dalamnya terdapat kesalahan daripada apa yang telah dinaskan dalam Al-Quran. Adalah menjadi suatu yang pelik dalam pengkajian mereka kerana sewaktu mereka menolak takwil dan ahli takwil , mereka sendiri melakukannya dan menghalalkan ke atas diri mereka apa yang mereka telah larangi ke atas orang lain. Ini tidaklah menandakan apa-apa melainkan ia menunjukkan kejahilan mereka dalam memahami ayat-ayat Al-Quran. Di sini akan diterangkan hakikatnya : Pertama : Apa yang wajib kita fahami ialah sesungguhnya maksud Ar-Rububiyah dan Al-Uluhiyah itu sendiri adalah berkait, tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Ini disebabkan tiada pencipta yang lain melainkan Dia ( Allah ). Ia dibuktikan oleh dalil yang qat`ie di dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah yang mulia Ia juga membawa maksud tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta`ala. Sesungguhnya Tauhid Ar- Rububiyah dan Tauhid Al-Uluhiyah membawa pengertian yang serupa iaitu memberikan hak penyembahan secara `uruf dan syar`ie; kedua- duanya membawa maksud yang saling berkaitan; jika ia bersangkut dengan Tauhid Ar-Rububiyah maka ia akan turut melibatkan Tauhid 1

Upload: fahmi2010

Post on 21-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujuk

TRANSCRIPT

Page 1: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

الرحيم الرحمن الله بسم

وصحبه واله الله رسول على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

بعد وااله, أما ومن :

AR-RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH

Pengkajian dalam masalah aqidah yang telah diperkatakan oleh Al-Hasyawiyah

dahulunya dan pendokong-pendokong Salafiah pada masa kini di dalamnya terdapat

kesalahan daripada apa yang telah dinaskan dalam Al-Quran. Adalah menjadi suatu yang

pelik dalam pengkajian mereka kerana sewaktu mereka menolak takwil dan ahli takwil ,

mereka sendiri melakukannya dan menghalalkan ke atas diri mereka apa yang mereka

telah larangi ke atas orang lain. Ini tidaklah menandakan apa-apa melainkan ia

menunjukkan kejahilan mereka dalam memahami ayat-ayat Al-Quran. Di sini akan

diterangkan hakikatnya :

Pertama : Apa yang wajib kita fahami ialah sesungguhnya maksud Ar-Rububiyah dan

Al-Uluhiyah itu sendiri adalah berkait, tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain.

Ini disebabkan tiada pencipta yang lain melainkan Dia ( Allah ). Ia dibuktikan oleh dalil

yang qat`ie di dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah yang mulia Ia juga membawa maksud

tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta`ala. Sesungguhnya

Tauhid Ar-Rububiyah dan Tauhid Al-Uluhiyah membawa pengertian yang serupa iaitu

memberikan hak penyembahan secara `uruf dan syar`ie; kedua-duanya membawa

maksud yang saling berkaitan; jika ia bersangkut dengan Tauhid Ar-Rububiyah maka ia

akan turut melibatkan Tauhid Al-Uluhiyah , begitu juga jika sebaliknya. Kenyataan ini

adalah suatu yang memang telah diketahui oleh orang ramai. Disebabkan itulah para Nabi

dan Rasul telah berusaha berdakwah kepada kaum mereka ke arah salah satu daripada

bentuk pentauhidan tersebut sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Salamah Al-`Azami

(r.a) , “Sesungguhnya sangat jelas kekukuhan perkaitan antara kedua-duanya di dalam

aqal-aqal manusia”

Antara dalil-dalilnya di dalam Kitabullah Azza Wa Jalla, ialah firman Allah Ta’ala :

أنفسهم على وأشهدهم ذريتهم ظهورهم من آدم بنى من ربك أخذ } وإذ

172 األعراف–...{ بربكم ألست

1

Page 2: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam

dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya

berfirman) : “Bukankah Aku ini tuhanmu?”

Allah menyebut bahawa perjanjian itu dibuat dengan Rububiyahnya { بربكم ألست }dan

tidak menyebut Ayat ."بإلهكم" ni secara terang menyebut Tauhid Ar- Rububiyah

merupakan satu perjanjian.

[Lafaz رب ( Rabb) membawa maksud Rububiyah dan lafaz membawa ( Ilaah ) إله

maksud Uluhiyah : penterjemah ]

Nabi Nuh alaihissalam telah berkata { ربكم اسDDتغفروا فقلت }. Nuh telah

bercakap dengan mereka ( kaumnya ) dengan lafaz Tauhid Ar-Rububiyyah .

Nabi Ibrahim alaihisslam telah berkata kepada Namrud {{ يحيى الذى وربكم ربى

ويميت

Baginda juga telah berkata mengikut bahasa Al-Quran هذا ربى هذا ربى , dan tidak

berkata إلهى , هذا إلهى هذا

Kemudian baginda berkata pula selepas itu { فطDDر للDDذى وجهى وجهت إنى

واألرض السموت } (Surah Al-An`am : 79)

Maksudnya : Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan

langit dan bumi

Dan menyebut { فطرهن الذى واألرض السماوات رب ربكم بل } (Surah Al-Anbiya’ : 56).

yang bermaksud : “… Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi…”

dan juga Nabi Musa dan Harun `alahimassalam telah berkata { العالمين رب رسول إنى }

( Surah Az-Zuhruf : 46) yang bermaksud :

“ …Sesungguhnya aku adalah utusan dari Tuhan seru sekalian alam.”

dan apabila mereka ( orang musyrik) ditanya tentang tuhan mereka mereka akan

menjawab { األولين آباءكم ورب ربكم بينهما ما و واألرض السماوات رب قال }

Apabila Firaun bertanya mereka tentang keturunannya dia telah berkata bahawa

dia adalah pencipta dan yang patut disembah sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran

2

Page 3: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

غيرى الله من لكم علمت ما } } ( Surah Al-Qasas : 38 ) yang bermaksud: “…..aku tidak

mengetahui tuhan bagimu selain aku …”

Maka dia telah membentangkan tentang Uluhiyah dan Rububiyah dengan dakwaan

bahawa dialah tuhan yang disembah melalui kata-katanya { األعلى ربكم أنا }

Allah telah berfirman ke atas nabinya Isa alaihissalam pada hari qiamat

الله دون من إلهين أمى و اتخذونى للناس قلت أأنت } ( Surah Al-Maidah : 116 ) yang

bermaksud :

“…adakah kamu mengatakan kepada manusia : “Jadikanlah aku dan ibuku dua

orang tuhan selain Allah?”

Maka jawapannya adalah { وربكم ربى الله اعبدوا أن به أمرتنى ما اال لهم قلت ما }.

yang bermaksud : “ Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang

engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya ) iaitu “Sembahlah Allah, Tuhanku dan

Tuhanmu”

Andaikata kalimah Rububiyah adalah suatu yang difahami dengan makna yang

tidak sama dengan makna Uluhiyah atau Yang Disembah maka mengapakah Al-Quran

membentangkan ayat { هفاعبدو ربكم ربى الله إن و } ( Surah Maryam : 36) yang

bermaksud :

“Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah dia…”

Penjelasan ini adalah untuk menerangkan dan bukannya untuk membezakan daripada

pemahaman yang telah mereka dakwakan, Rasulullah sallahu `alaihi wasallam telah

bersabda { وليDDا اتخDDذ اللDDه أغDDير } Wali disini maksudnya yang disembah .(معبDDود)

Kemudian baginda bersabda lagi { شDيىء كDل رب وهDو ربDا أبغى الله أغير }yang

bermaksud “Apakah selain daripada Allah yang aku inginkan untuk menjadi Tuhan ,

sedangkan Dia Tuhan segala sesuatu “

Dalam satu hadith yang mencapai tahap mutawatir , diriwayatkan tentang malaikat yang

menyoal orang-orang mati : ؟ ربك من ( Siapa tuhan kamu? ) ; dan sudah memadai untuk

mereka menjawab Allah adalah tuhan mereka { ربهم }. Kesemua dalil tadi adalah jelas

seterang terangnya sinar matahari , maka apakah ada dalil lain yang lebih jelas daripada

dalil-dalil ini ? { يعلمون ال الناس أكثر ولكن القيم الدين ذلك }

( Surah Yusuf : 40 ) yang bermaksud :

3

Page 4: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

“..Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Begitu juga perkaitan di antara penafian pensyrikan daripada Al-Uluhiyah dan

daripada Ar-Rububiyah atau sebaliknya. Allah subhanahu wata`ala telah berfirman

عما الله سبحان بعض على بعضهم ولعال خلق بما إله كل لذهب إذا هإل من معه كان وما

يصف

(Surah Al-Mukminun : 91 ) yang bermaksud :

“….dan sekali-kali tiada Tuhan yang lain beserta-Nya, kalau ada tuhan besertaNya,

masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian

dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Mha suci Allah daripada

apa yang mereka sifatkan itu.”

Ia membawa makna sesungguhnya jika ada bersama-Nya ( Allah ) tuhan ( إله ) maka

nescayalah akan ada ( ) dan pencipta dan sekiranya memang ada ( ربا tuhan selain

Allah ) maka ia akan musnah sebagaimana maksud ayat tadi.

Kemudian Allah ta`ala berfirman { عدال و صدقا كرب كلمة وتمت } ( Surah Al-

An`am : 115) yang bermaksud:

“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan

adil..”

Maknanya, barangsiapa yang mensyirikkan Allah pada ibadahnya maka secara langsung

ia turut mensyirikkan Allah pada Rububiyah-Nya. Allah ta`ala telah berfirman

لفسدتا الله إال ألهة فيهما كان لو } }

Surah Al-Anbiya’ : 22) yang bermaksud :

“Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan-tuhan selain Allah,tentulah kedua-duanya

itu telah rosak binasa …”

Ahli ilmu dan pemikir telah berkata bahawa perkaitan ( yang dimaksudkan itu ( التالزم

ada tiga:-

Pertama : Sesungguhnya sesuatu yang dijadikan Rabb maka ia juga adalah

Ilah.

Kedua : Sesuatu yang dijadikan Ilah maka ia juga adalah Rabb

4

Page 5: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ketiga : Sesungguhnya jika berlaku berbilang-bilang Wajibul Wujud , ia tidak akan

dapat menepati perkaitan di atas, kerana jika berlaku berbilang-bilang hakikat ,

perkaitannya juga akan berbilang-bilang.

Contoh yang paling dekat dengan akal kita ialah seperti panas dan kaitannya

dengan suhu panas dan pemanasan. Sejuk pula berkait dengan pembekuan. Oleh itu

anda dapati perkaitan antara keduanya : iaitu tiada perbezaan antara keduanya malah

kedua-duanya berkait dari sudut perkongsian pada maknanya .

Ulama’ Tauhid telah menyatakan bahawa kewujudan dari sudut akalnya tidak akan

dapat lari daripada salah satu daripada tiga keadaan di bawah :-

Pertama : Sama ada ia suatu yang wajib wujud

Kedua : Atau ia suatu yang harus/ mungkin wujud

Ketiga : Atau ia adalah suatu yang mustahil boleh wujud

Mereka mentakrifkan perkara di atas sebagai : Wajib wujud ialah suatu yang tidak

dapat digambarkan dalam aqal akan ketiadaannya. Mungkin wujud ialah suatu yang harus

wujud dan harus juga tidak wujud. Mustahil wujud adalah suatu yang tidak dapat

digambarkan kewududannya dalam aqal.

Mereka telah mendatangkan contoh-contoh untuk perkara tadi. Walaupun di sini

tidaklah dapat dibentangkan satu senarai dan contoh-contoh akan tetapi para ulama’ telah

bersepakat bahawa wajibul wujud ialah Allah ta`ala kerana tidak dapat digambarkan

dalam aqal akan ketiadaan-Nya, tiada permulaan juga tiada penghujungnya.

Apabila anda mengakui bahawa zat-Nya adalah satu pada Rububiyahnya dan juga

Uluhiyahnya maka ia bermakna Dia adalah wajibul wujud. Oleh yang demikian itu kita

dapat menyaksikan bahawa Al-Quran telah mengakui keesaan pencipta dalam penciptaan

alam ini. Sesungguhnya jika pencipta itu tidak Esa maka tidak ada suatu pun yang akan

terjadi. Firman Allah SWT { خلق الذى ربك باسم إقراء } yang bermaksud “

“ Bacalah dengan nama Tuhanmu”

Lafaz Tuhan dalam ayat ini diungkapkan dengan sifat Rububiyah. Dalam ayat

( شىء كل خالق لله ) ia diungkapkan dengan nama Zat . Dalam ayat { ربك اسم سبح

فسوى خلق الذى األعلى { ia diungkapkan pula dengan nama Rububiyah dan sifat

5

Page 6: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

pencipta. Allah Ta’ala berfirman { واألرض السموات فاطر شك الله فى أ } ( Surah

Ibrahim : 10 ) yang bermaksud :

… “Apakah ada keraguan terhadap Allah, pencipta langit dan bumi ?….”

iaitu Yang mengadakannya, Yang menciptakannya dan Yang menjadikannya daripada

tiada.

Saidina Ibrahim alahissalam telah berkata kepada kaum baginda agar

memutlakkan penyembahan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. { وجهى وجهت إنى

واألرض السموات فطر للذى { ( Surah Al-An`am : 162 ) yang bermaksud :

iaitu Yang menciptakannya , Yang mengadakannya dan Yang menjadikannya.

Nabi Musa alaihisslam pula telah berkata { ثم خلقه شىء كل أعطى الذى اربن

: yang bermaksud ( Surah Taha : 50 ) { هدى

“ …Tuhan kami ialah (Tuhan) yang memberikan kepada tiap-tipa sesuatu bentuk

kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk.”

Kalimah Tuhan diungkapkan dengan sifat Rububiyah iaitu Yang menciptakan itulah Yang

wajib disembah. Kedua-duanya saling berkait.

Sesungguhnya dalam kesemua ayat ini terdapat dalil yang jelas bahawa alam ini

tidaklah diciptakan melainkan oleh wajibul wujud Yang Esa dan Yang Melakukan apa yang

dikehendaki. Ini disebabkan kiranya ada `wajib’ yang berbilang-bilang maka tidak akan

ada sesuatu pun yang boleh wujud di alam ini.

Di dalam Al-Quran, Allah telah memberikan kita satu kaedah dan syarat yang

berkait { لفسدتا الله إال آلهة فيهما كان لو } ( Surah Al-Anbiyaak : 22 ) iaitu jikalau ada

tuhan atau banyak tuhan lain selain Allah di alam ini akan berlakulah kemusnahan ;

kemusnahan pula adalah berlawanan dengan pembangunan dan pembaikan.

Firman Allah ta’ala { على بعضهم ولعال خلق بما إله كل لذهب إذا إله من معه كان وما

يصفون عما الله سبحان بعض {( Surah Al-Mukminun : 91 ) yang bermaksud :

“….dan sekali-kali tiada Tuhan yang lain beserta-Nya, kalau ada tuhan besertaNya,

masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian

6

Page 7: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Mha suci Allah daripada

apa yang mereka sifatkan itu.”

Hujjah yang lengkap dan mantap dapat dilihat pada firman Allah SWT yang

merupakan pemutus kata firman Allah { شDDىء لكل تبيانا الكتاب عليك ونزلنا

للمسلمين بشرى و ورحمة وهدى { ( Surah An-Nahl : 89 ) yang bermaksud :

“…Dan Kami turunkan kepadamu Al_kitab ( Al-Quran) untuk menjelaskan segala

sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri.”

Syeikh al-`allamah Al-`Azami (r.a) telah menukilkan untuk bab ini kata-kata yang

menarik dalam kitabnya yang dipetik dari kitab " رب من والعالم والعلم العقل موقف

المرسلين وعبادة العالمين " Juzuk ketiga, mukasurat 81, yang dikarang oleh Syeikh

Mustafa Affandi Sabri ( kepada sesipa yang inginkan maklumat lanjut sila rujuk kitab ini )

Daripada dalil-dalil yang telah kita saksikan sebelum ini yang berkaitan dengan

perkaitan di antara Tahid ar-Rububiyah dan Tauhid al-Uluhiyah, menjelaskan kepada anda

pemahaman Kitabullah dalam masalah Tauhid ar-Rububiyah dan Tauhid al-Uluhiyah

bahawa ianya memang berkait antara satu sama lain daripada sudut aqalnya dan juga

syara’. Maka menyebut salah satu daripanya akan mengaitkan yang satu lagi, begitu jika

penafian salah satu daripadanya sekaligus akan membawa kepada penafian kedua-

duanya .

Begitu juga daripada apa yang mereka telah perkatakan bahawa para Rasul tidak

mendatangkan sesuatu melainkan tauhid al-Ibadah adalah berhujahkan beberapa ayat Al-

Quran yang tidak mampu mereka fahaminya dengan kefahaman yang sahih. Seandainya

mereka menumpahkan pemerhatian yang teliti terhadap Kitabullah nescaya mereka dapat

melihat hakikat yang jelas yang telah diperkukuhkan oleh bukti-bukti keilmuan terhadap

penyaksian kaum musyrikin dulu dan kini.

Satu misalan kepada anda adalah sebagaimana orang-orang Yahudi dan pengikut-

pengikut Samiri dari kalangan Bani Israil yang telah diperdayakan oleh Samiri seterusnya

mensyirikkan tuhan mereka dengan menyembah seekor lembu, maka Nabi Allah Harun

telah berkata kepada dengan ringkasnya { الرحمن ربكم إن و } “ Sesungguhnya tuhan

kamu adalah (Allah ) Yang Maha Pemurah )” iaitu pembetulan kepada kefahaman

7

Page 8: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

terhadap kepercayaan mereka dengan menyatakan bahawa sesungguhnya Tuhan

sebenar adalah Allah ( Ar-Rahman ) yang selayaknya disembah.

Terdapat seorang sahabat yang telah bertanyakan kepada Rasulullah Salalluhu

alaihi wasallam agar memberinya satu wasiat yang lengkap lagi padat maka baginda

salallahualaihi wasallam bersabda { استقم ثم الله ربى قل } yang bermaksud “

Katakanlah bahawa Tuhanku adalah Allah kemudian beristiqamahlah”

Begitu juga Allah telah berfirman { استقاموا ثم الله ربنا قالوا الذى إن } ( Surah

Al-Ahqaf : 13 ) yang bermaksud “ Sesungguhnya orang-orang yang mengataka : “Tuhan

kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah – iaitu teguh pendirian dalam tauhid

dan tetap beramal soleh - ….)

Makna الله نارب ( Tuhan kami adalah Allah ) ialah kelangsungan daripada istiqamah

dalam merealisasikan makna ubudiyah ( peribadatan ).

Kita pohonkan agar Allah SWT menjadikan kita dari kalangan mereka yang

mendengar seruan seterusnya mengikut kebaikan.

العالمين رب لله والحمد

Yang mengharap keampunan dari Tuhannya,

Syeikh Yusuf Mahyuddin Al-Bakhur Al-Husni

Wasiat daripada Syeikh Yusuf,

1. Hidup dan beamal dengan Al-Quran ( Fiqh Al-Quran)

2. Beramal dengan Sunnah

3. Tidak membuang masa

4. Sentiasa memelihara suhbah

5. Memusuhi syaitan dengan melazimi zikir

6. Memelihara suhbah bersama ikhwan

7. Menghadiri majlis-majlis ilmu orang-orang yang bertaqwa

8. Kasih kerana Allah dan bukan kerana nafsu atau untuk sesuatu kepentingan

9. Berkumpul dalam majlis salawat ke Atas Rasulullah Salallahu alaihi wasallam

10.Muhasabah diri setiap hari sebelum tidur

8

Page 9: Ar-rububiyah Dan Uluhiyah

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Diterjemah Oleh :

Norazlina Binti Zakaria,

Jabatan Aqidah Dan Falsafah ,

Kuliah Darul Ulum ,

Univerisiti Kaherah.

September 2000

HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

9