ar page number.doc

18
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tajuk Kajian Transformasi kurikulum pendidikan dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malay (PPPM , 2013-2025) yang tela dilan!arkan baru-baru ini tela menumpukan kepada kemairan berfikir aras tinggi ("#$T)% Penggubalan sistem ini diyakini mampu mel generasi yang mempunyai &a!ana pemikiran yang kreatif dan kritis% Timbalan "etua Pengara Pendidikan( 'asar dan Pembangunan Pendidikan), $min enin berka f&an *ang Tua (2013), perlaksanaan "#$T diba&a PPPM kali ini difokuskan kepa matapela+aran ains,Matematik 'an e+arasertadilaksanakan se!aramenyeluru membabitkan proses penga+aran dan pembela+aran (PdP), soalan peperiksaan, penyed bantuan menga+ar mala diterapkan dalam akti iti kokurikulum seperti pertandin Penekanan teradap "#$T dalam prosesPdP se!aratidaklangsung mampu menguba !orak dan proses PdP dalam bilik dar+a% nteraksi pembela+aran men+ad interaktif kerana penglibatan murid-murid se!aralebimenyelurudan mengalami pembela+aran aktif antara guru dengan murid%*al inibermaksud, proses PdP yang berlangsung tidak lagi bersifat seala bakan guru perlu menggalakkan perasaan ingin tau teradap sesuatu perkara yang dia+ar melalui soalan-soalan ole mereka seterusnya mengaitkannya dalam keidupan% 'alam usaa untuk merealisasikan aspirasi negara ini, guru-guru akan memai peranan utama untuk meningkatkan kompentensinya dalam proses PdP% .le al yang demikian, men+adi ke&a+iban kepada guru untuk memiliki kemairan dan kepakaran d menggabung +alin serta menyepadukan isi kandungan pela+aran selaras dengan keen nasional% Maka, guru perlu lebi kreatif dan berino atif dalam meren!anakan ses asil pembela+aran yang akan diperolei lebi bermakna dan kekal dalam +angka ma lama% 'alam matapela+aran sains, topik sistem suria adala topik yang memerlukan murid membuat gambaran mental dan berimaginasi teradap suatu keadaan atau situa 1

Upload: mohd-ridzuan

Post on 08-Oct-2015

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Tajuk Kajian

Transformasi kurikulum pendidikan dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM , 2013-2025) yang telah dilancarkan baru-baru ini telah menumpukan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penggubalan sistem ini diyakini mampu melahirkan generasi yang mempunyai wacana pemikiran yang kreatif dan kritis. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan( Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Amin Senin berkata dalam Ifwan Hang Tuah (2013), perlaksanaan KBAT dibawah PPPM kali ini difokuskan kepada matapelajaran Sains, Matematik Dan Sejarah serta dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan kuiz.

Penekanan terhadap KBAT dalam proses PdP secara tidak langsung mampu mengubah corak dan proses PdP dalam bilik darjah. Interaksi pembelajaran menjadi lebih interaktif kerana penglibatan murid-murid secara lebih menyeluruh dan mengalami pembelajaran aktif antara guru dengan murid. Hal ini bermaksud, proses PdP yang berlangsung tidak lagi bersifat sehala bahkan guru perlu menggalakkan murid meneroka perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar melalui soalan-soalan yang diajukan oleh mereka seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan.

Dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi negara ini, guru-guru akan memainkan peranan utama untuk meningkatkan kompentensinya dalam proses PdP. Oleh hal yang demikian, menjadi kewajiban kepada guru untuk memiliki kemahiran dan kepakaran dalam menggabung jalin serta menyepadukan isi kandungan pelajaran selaras dengan kehendak nasional. Maka, guru perlu lebih kreatif dan berinovatif dalam merencanakan sesi PdP supaya hasil pembelajaran yang akan diperolehi lebih bermakna dan kekal dalam jangka masa yang lama.

Dalam matapelajaran sains, topik sistem suria adalah topik yang memerlukan murid-murid membuat gambaran mental dan berimaginasi terhadap suatu keadaan atau situasi yang di luar pemerhatian mereka. Oleh itu, murid-murid akan mengalami kesukaran untuk memahami isi pelajaran dan seterusnya gagal mengasimilasikan hasil pembelajaran dalam topik ini. Kegagalan murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran adalah berpunca daripada beberapa faktor seperti kaedah atau teknik pengajaran yang masih lagi bersifat tradisional. Walaupun terdapat penggunan bahan bantu belajar seperti model sistem suria, tayang video, carta dan tayangan slide , ianya masih belum cukup memberi kefahaman kepada murid-murid kerana ianya masih lagi bersifat komunikasi sehala (pandang-dengar) dimana guru memberi input (penerangan) dan murid-murid menerimanya begitu sahaja. Kelemahan yang diutarakan ini member kesan yang besar terhadap kefahaman serta minat murid-murid.

Pelopor gerakan progresivisme, John Dewey(1966) melalui Hasan (2002) telah mencadangkan Pembelajaran Bermakna meaningful learning yang melibatkan belajar dengan membuat learning by doing yang kemudiannya dapat membantu murid-murid berfikir dan membentuk kefahaman terhadap masalah yang cuba diselesaikan. Berdasarkan cadangan yang dirujuk, pemilihan kaedah yang sesuai terhadap sesuatu topik pengajaran adalah agenda utama untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Berpandukan idea ini, untuk menzahirkan sesi PdP yang bermakna serta memenuhi aspirasi Negara, penyelidikan tindakan ini akan dijalankan bagi mengkaji keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam matapelajaran sains.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Topik sistem suria dalam tema bumi dan alam semesta merupakan topik yang menjadi tumpuan murid-murid untuk mempelajarinya. Topik ini membincangkan tentang nama-nama planet,kedudukannya serta tempoh masa yang diambil untuk mengorbit matahari. Berbagai gambaran dan imaginasi bermain dan bertumpu pada kotak fikiran murid-murid ketika mempelajari topik ini. Namun begitu, kemerosotan pencapaian pelajar terutamanya pada topik ini menjadi persoalan di benak pengkaji. Mengapa topik yang paling diminati masih banyak kesalahan ketika dijawab oleh murid-murid dalam kertas soalan? Mengapa terjadi begini?

Merujuk kepada sesi PdP yang telah dijalankan, bahan bantu belajar seperti tayangan video, demonstrasi menggunakan model sistem suria serta carta digunakan untuk memperkenalkan konsep sistem suria. Guru-guru yang mengajar pula terdiri dari guru-guru yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengajar matapelajaran sains. Kemudahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian pula lebih dari mencukupi untuk sesi PdP yang kondusif. Tetapi, hasil yang diperoleh tidak mencerminkan kekuatan fakta yang dinyatakan.

Pengkaji mendapati , murid-murid mengalami kesukaran untuk menterjemahkan apa yang dipelajari dalam bentuk bertulis. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini mungkin disebabkan oleh murid tidak menguasai isi pelajaran atau isi pelajaran yang disampaikan tidak kekal dalam pemikiran mereka malah bersifat jangka pendek. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada teori pemprosesan maklumat yang dipelopori oleh Robert Mills Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Selain itu, pengalaman yang dimiliki oleh guru tidak menjamin kualiti PdP yang baik. Pemilihan kaedah dan teknik penyampaian yang kurang sesuai juga menyumbang kepada masalah ini. Justifikasinya, apabila sesi bersoal jawab dijalankan semasa sesi PdP, murid-murid dapat menjawab secara lisan dengan baik namun perkara sebaliknya berlaku apabila menjawab kertas soalan. Congos (2013) menyatakan bahawa menghafal menyebabkan sesorang tidak dapat menerangkan idea dalam bentuk perkataan, tidak dapat melihat bagaimana untuk mengaplikasikan idea ke dalam kehidupan sebenar dan tidak dapat melihat kerelevanan idea tersebut di luar bilik darjah Hal ini membuktikan bahawa murid-murid belum menguasai isi pelajaran dengan baik dan kaedah penyampaian PdP yang digunakan kurang berkesan.

Justeru itu, pengkaji ingin mencuba kaedah simulasi sebagai kaedah penyampaian PdP untuk memperbetulkan keadaan ini. Menurut Mak Soon Sang (2004) simulasi didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan. Simulasi juga akan melibatkan murid-murid bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka serta membuat keputusan bersama. Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian tindakan yang dapat mengkaji keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid-murid tahun 4 dalam topik sistem suria. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pelbagai strategi PdP telah banyak diapalikasikan oleh guru-guru semasa proses PdP bahkan menjadi tren utama dalam inovasi pendidikan di seluruh dunia. Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi, pengkaji telah merumuskan bahawa murid-murid tidak dapat memahami isi pelajaran kerana sesi PdP yang dijalankan menggunakan kaedah yang kurang sesuai denagn tajuk yang diajar serta tidak melibatkan penyertaan aktif murid-murid. Hasilnya, isi pelajaran tidak mencapai objektif yang ditetapkan dan tidak bermakna kepada murid-murid.

Situasi pembelajaran yang wujud semasa sesi PdP dijalankan menjadi kayu ukur kepada keberkesanan strategi atau kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru walaupun terdapat sumber bahan bantu mengajar sebagai pemudah cara bagi guru menyampaikan isi pelajaran, setiap topik dalam matapelajaran sains memerlukan kaedah yang berbeza dan strategi yang dipilih perlulah bersesuaian dengan murid-murid supaya mereka berminat dan seterusnya memahami isi pelajaran.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaianya. Oleh itu, melalui kaedah simulasi yang dicadangkan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta minat murid terutama dalam topik sistem suria kepada murid-murid tahun 4. Perlaksanaan kaedah simulasi akan melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggung jawab secara lebih terbuka. Pelajar juga mengalami sendiri pengalaman belajar yang akan diasimilasikan dalam kehidupan yang sebenar. Justeru itu, murid-murid akan berinteraksi sesama sendiri dan membuat keputusan bersama untuk menyelesaikan masalah. Hal ini dapat mengelakan rasa bosan serta akan mengubah interaksi sehala yang wujud kepada interaksi pelbagai hala dan akan menjadikan proses PdP yang menyeronokkan.

Melalui kaedah simulasi ini juga, murid-murid digalakan untuk memberi pendapat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang yang dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung, murid-murid akan dapat menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, mematuhi arahan, menghargai pendapat atau idea orang lain, yakin diri, berdisiplin, serta merasakan diri mereka dihargai. Kaedah ini juga akan mempertingkatkan pelbagai kemahiran dan penggabungjalinan terutama dalam kemahiran mendengar,lisan dan bacaan. Aktiviti yang menarik juga akan menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi murid-murid untuk meneruskan sesi PdP.

Konklusinya, dalam mewujudkan situasi PdP yang menarik dan berkesan, kaedah simulasi adalah dicadangkan. Pemilihan kaedah simulasi ini diharapkan akan berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai seperti bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi seterusnya melahirkan modal insan kelas pertama.

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Isu KajianKeberkesanan sesuatu proses PdP bergantung kepada pemilihan strategi dan kaedah yang bersesuaian dengan topik tersebut. Minat dan kefahaman murid juga dapat dicapai sekiranya proses PdP yang dijalankan itu dapat meransang hands on dan minds on mereka. PdP yang berkesan ialah proses PdP yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi dalam diri murid-murid dari segi psikomotor, kognitif dan afektif hingga ke tahap yang optimum. Oleh itu, pemilihan kaedah simulasi adalah selaras dengan kriteria yang dinyatakan untuk menghasilkan satu proses PdP yang berkualiti. Kelebihan kaedah simulasi ialah ianya melibatkan penyertaan aktif murid-murid serta meransang daya pemikiran kritis, menggalakan sosiolisasi dan koloborasi seterusnya memaksimumkan masa pembelajaran. Justeru itu, pemilihan kaedah simulasi ini akan dapat membantu guru membentuk satu sesi pembelajaran yang menarik dan bermakna.

Namun begitu, apa yang sering didedahkan kepada kita adalah kaedah pengajaran tradisional iaitu kaedah chalk and talk dan juga tanpa kita sedari walaupun dengan penggunaan bahan bantu mengajar tetapi PdP masih melibatkan komunikasi sehala. Hadzimehmedagic dan Akhbarov menyatakan kaedah pengajaran tradisional adalah interaksi yang didominasi oleh guru. Implikasinya, guru seringkali melibatkan murid dalam kelas yang dikatakan agak suram dengan hanya melibatkan komunikasi sehala sahaja. Faktor ini membuatkan murid-murid terutamanya yang berprestasi sederhana ataupun lemah akan terus berada di tahap tersebut. Situasi ini juga akan mengakibatkan murid yang pasif akan terus pasif. Implikasinya, beberapa objektif dalam kurikulum sains tahap 2 iaitu meningkatkan daya kreativiti murid serta menyediakan peluang untuk murid mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran kritis dan kreatif tidak dapat dibentuk.

Satu kajian harus dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting kerana matlamat dan objektif yang disenaraikan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan spesifikasi kurikulum harus dicapai. Oleh itu, dengan menyediakan peluang kepada murid untuk menjadi aktif, aktiviti hands-on dan minds-on serta kolaborasi sesama mereka adalah penting untuk menarik minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Oleh itu, kajian keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman serta minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria ini diharapkan akan dapat member manafaat kepada guru-guru sains serta dapat menghasilkan sesi PdP yang bermakna kepada murid-murid.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu KajianObjektif utama kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005), simulasi bermaksud perbuatan atau latihan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan keadaan yang sebenarnya. Dari aspek kajian ini, simulasi membawa maksud keadaan atau situasi yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Mak Soon Sang (2004) pula mendefinisikan simulasi sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan atau masalah.

Noraini Ishak (2009) dalam penulisannya ada menyebut, kaedah simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar akan bergerak aktif serta berkolaborasi sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap isi pelajaran. Terdahulu, John Curwin dan John Furnival (1984) mengutarakan idea bahawa simulasi adalah kaedah yang berkesan kerana ia menggalakan tahap ransangan, motivasi, penglibatan dan kualiti penyelesaian masalah yang tinggi di kalangan murid berbanding kaedah tradisional. Funke (1988) menambah, simulasi melatih ketabahan, kretiviti, permintaan bantuan dan kerja berpasukan.

Kriteria utama yang dinyatakan oleh Jones (1984) ialah simulasi boleh melibatkan pengalaman berfungsi di dalam keadaan sebenar dan yang kedua ialah peserta yang terlibat akan menghadapi isu dan masalah dengan penuh kesungguhan. Oleh itu, kriteria yang terkandung dalam kaedah simulasi melengkapi ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan PdP yang boleh meningkatkan kefahaman dan minat murid. Kesesuaian kaedah yang diaplikasikan dalam sesuatu PdP itu mampu mempengaruhi hasil pembelajaran seterusnya murid dapat mengasimilasikan isi pelajaran tersebut dengan kehidupan sebenar.

Pepatah Cina ada menyebut saya dengar saya akan lupa, saya lihat saya akan ingat dan apabila saya buat saya akan faham Hizamnudin Awang (1997) dalam Fazilah (1998). Kefahaman di dalam proses PdP adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari. Dewey dalam Nurulhuda Abd Rahman et al (2011) belajar dengan membuat kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005) mendefinisikan kefahaman sebagai keupayaan atau kemampuan seseorang tentang sesuatu perkara, isu atau persoalan yang dketahui, dipelajari atau difahami sama ada bersetuju/menyokong atau membangkang/ menolak dengan penuh yakin serta menyatakan pandangan dan membuat penaakulan berkaitan sesuatu isu atau persoalan yang diperkatakan oleh seseorang. Justeru, untuk meningkatkan kefahaman murid dalam proses PdP, para guru perlu menyediakan proses pembelajaran yang mampu diingati oleh murid-murid.

Maksud minat mengikut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005) pula ialah kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Hornby (2000) menyatakan minat juga boleh didefinisikan sebagai memberi perhatian atau mengambil berta, menunjukkan rasa ingin tahu, mendapat perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata-mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, motivasi murid untuk belajar dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah, Jere Brophy (2003). Oleh yang demikian, dalam menarik minat murid untuk mengikuti proses PdP, guru perlu tahu dan faham dengan menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan penglibatan aktif pelajar, faktor ini mampu meningkatkan minat seterusnya menambahkan motivasi murid-murid untuk terus mengikuti proses PdP.

Kesimpulannya, daripada ciri-ciri yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa, kaedah simulasi melibatkan murid akan membolehkan murid berkerja dalam satu pasukan, mempunyai semangat kerjasama, hormat menghormati antara satu sama lain, bertanggungjawab, berdisiplin serta merasa diri dihargai melalui aktiviti main peranan, membuat keputusan dan ianya juga melatih murid untuk menghadapi situasi sebenar. Peranan guru juga berubah kepada fasilitator yang membimbing aktiviti yang dilaksanakan agar terkawal dan murid dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari untuk meghasilkan pengalaman yang bermakna.3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN3.1 Objektif kajian :i. Menentukan samada Kaedah Simulasi dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 4 terhadap topik sistem suria.

ii. Menentukan samada Kaedah Simulasi dapat meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap topik sistem suria. 3.2 Soalan kajian :

i. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 4 terhadap topik sistem suria.

ii. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap topik sistem suria.4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini akan dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah

Seberang Perai Tengah. Seramai 30 orang responden tahun 4 akan terlibat dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Bilangan responden murid lelaki dan bilangan responden murid perempuan yang sama adalah untuk mengelakan berlakunya ketidakadilan dan ketidaksamaratan dalam kajian. Hanya 2 orang responden berbangsa India dan selebihnya berbangsa Melayu.

Kebanyakan responden mempunyai latar belakang keluarga yang berpendidikan dan mempunyai taraf ekonomi yang baik. Tahap pencapaian responden dalam matapelajaran sains adalah sederhana walaupun kelas ini adalah yang pertama bagi aliran tahun 4. Tiada responden yang mendapat Band 6 bagi subjek ini dan hanya 3 orang responden yang mendapat Band 5. Selebihnya mendapat keputusan Band 4 untuk lulus dalam peperiksaan akhir yang lalu.

Terdapat beberapa orang responden yang adalah merupakan murid dari kelas ke-2 yang baru sahaja ditukarkan ke kelas ini kerana menunjukan peningkatan dalam beberapa matapelajaran. Rasional responden dipilih adalah kerana mereka didapati mempunyai daya tumpuan atau fokus yang kurang memuaskan ketika sesi PdP dijalankan. Responden adalah murid yang berpotensi untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Justeru itu, responden memerlukan satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu mereka berfikir dengan lebih mendalam melalui aktiviti yang diadakan. Kelas ini merupakan kelas yang diajar oleh pengkaji. Jadi, ini akan memudahkan urusan melaksanakan kajian tindakan dan merekod data. 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji memilih untuk menggunakan pendekatan kajian tindakan ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin (1948). Kajian keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria ini akan dijalankan berdasarkan empat fasa Kurt Lewin iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Penyelidik akan merancang satu jadual pelan kajian tindakan sebagai satu garis panduan untuk melaksanakan kaedah simulasi bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus utama penyelidikan iaitu kesukaran murid untuk memahami topik yang diajar oleh guru serta menarik minat murid-murid mengikuti PdP.

Jadual 1. Tindakan yang akan dijalankan

MingguTindakan yang dijalankan

1Taklimat diberikan kepada kumpulan sasaran mengenai kajian. Borang soal selidik (Lampiran A) diedarkan kepada murid dan pra ujian dijalankan.

2Guru melatih murid-murid untuk menjalankan simulasi sistem suria.

3Guru mengajar tentang topik sistem suria. Kotak dan gambar planet diedarkan kepada murid untuk menjalankan aktiviti simulasi peredaran planet mengelilingi matahari secara berkumpulan. Pasca ujian dilaksanakan.

4Pengkaji menemu bual 5 orang murid daripada kumpulan sasaran.

5Data-data yang dikumpul dianalisis. Keputusan kajian tindakan tentang keberkesanan kaedah simulasi dapat diketahui

6 Laporan secara terperinci ditulis.

Pengkaji akan memperuntukkan tempoh selama 5 minggu untuk menjalankan kajian ke atas kumpulan sasaran dan masa seminggu untuk menganalisis data-data yang dikumpul dan seminggu lagi untuk menulis laporan terperinci. Pengkaji akan melaksanakan tindakan berdasarkan pelan kajian tindakan seperti dalam jadual 1 bagi memastikan kajian dapat dijalankan secara sistematik.

Pada minggu yang pertama, pengkaji akan memberi penerangan dan taklimat serta menunjukkan beberapa fakta bergambar yang ditukarkan kedalam bentuk aktiviti kepada murid-murid. Pengkaji akan menyatakan kelebihan kaedah simulasi dlam membantu murid untuk memahami sesuatu fakta seterusnya memudahkan murid untuk mengingati fakta tersebut menerusi pembinaan gambaran mental dalam minda mereka. Kemudian, borang soal selidik akan diedarkan kepada murid. Hal ini bagi membantu pengkaji untuk memilih dan menentukan murid yang akan ditemu bual menerusi maklum balas daripada borang soal selidik. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan pra ujian untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid tentang topik sistem suria. Murid dilarang meniru atau berbincang semasa menjawab soalan tersebut. Soalan pra ujian (Lampiran B) dibuat dengan merujuk kepada huraian sukatan pelajaran, buku teks sains tahun 4 ,buku latihan sains tahun 4 dan modul Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Kesahan kandungan soalan disahkan oleh guru cemerlang sains .

Pada minggu yang kedua, pengkaji memperkenalkan topik sistem suria kepada murid dan kemudiannya pengkaji akan melatih murid-murid untuk menjalankan simulasi tentang susunan planet dalam sistem suria. Peruntukan masa selama 20 minit pada fasa penstrukturan semula idea adalah untuk menjalankan aktiviti simulasi. Dalam aktivti ini, murid secara berkumpulan, akan memakai kotak planet dan membentuk susunan planet yang betul tanpa merujuk kepada bahan atau buku teks sebaliknya, dibantu oleh rakan dari kumpulan yang lain. Pengkaji akan memantau aktiviti yang dijalankan oleh murid dan bertindak sebagai fasilitator sahaja. Hasil aktiviti yang dijalankan akan dipindah kedalam bentuk nota oleh murid-murid dan dijadikan bukti keberhasilan aktiviti simulasi yang dijalankan.

Pada minggu ketiga, pengkaji meneruskan pengajaran topik sistem suria dengan mengajar tentang susunan dan peredaran planet mengelilingi matahari. Sesi PdP yang dijalankan pada kali ini lebih menumpukan kepada penglibatan murid-murid untuk menyelesaikan tugasan. Aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti kumpulan untuk menggalakan pembelajaran koperatif. Dalam aktiviti ini, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan arahan tugasan untuk menjalankan aktiviti. Masa yang diperuntukan ialah 20 minit. Kemudian, pengkaji akan memilih kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan dengan baik dan meminta kumpulan tersebut untuk mempersembahkan hasil mereka dihadapan kelas. Murid-murid lain memerhati dan boleh mengemukakan soalan untuk meningkatkan kefahaman mereka.

Pengkaji akan melaksanakan pasca ujian. Pengkaji akan mengedarkan kertas pasca ujian (Lampiran C) bagi menguji keberkesanan kaedah simulasi yang dilaksanakan. Murid dilarang sama sekali untuk meniru atau berbincang semasa menjawab soalan pasca ujian. Soalan bagi pasca ujian ini adalah soalan yang sama dengan soalan pra ujian tetapi kedudukan nombor soalannya diubah.

Pada minggu keempat, pengkaji akan menemu bual 5 orang responden yang dipilih berdasarkan maklum balas daripada borang soal selidik serta daripada markah yang diperoleh menerusi ujian pra dan pasca ujian. Temu bual akan dijalankan dengan berpandukan kepada soalan temubual (Lampiran E) untuk mengetahui maklum balas mengenai kaedah simulasi yang dijalankan. Kemudian, temu bual tersebut akan dirakam menggunakan perakam digital dan seterusnya akan ditranskripkan untuk dianalisis.

Pada minggu kelima, pengkaji akan merekod dan menganalisis data-data yang diperoleh melalui beberapa kaedah seperti soal selidik, pra ujian, pasca ujian dan temu bual. Keputusan kajian tindakan ini nanti akan membolehkan pengkaji mengetahui keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria.

Akhir tugasan ialah pengkaji akan menulis laporan kajian secara terperinci berdasarkan kajian yang akan dijalankan.

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA.

Kaedah pengumpulan data dan analisis data digunakan bagi mengumpul dan menganalisis data kajian tindakan yang akan dijalankan. Dalam konteks ini, beberapa instrument kajian akan digunakan untuk mendapatkan jumlah maklumat yang maksimum dan maklumat yang unik dalam tempoh yang pendek. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian tindakan tentang keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria antaranya ialah, instrumen pra ujian dan pasca ujian, instrumen soal selidik dan instrumen temu bual. Data yang dikumpul daripada instrumen-instrumen kajian ini akan dianalisis secara kualitatif dan juga kuantitatif. 6.1 Instrumen 1 : Pra Ujian dan Pasca UjianPra ujian (Lampiran B) merupakan ujian yang diberikan kepada murid untuk mengetahui tentang pengetahuan sedia ada murid dan kefahaman murid dalam topik sistem suria. Manakala, pasca ujian (Lampiran C) akan dijalankan setelah murid menjalani kaedah simulasi. Pasca ujian ini bertujuan untuk melihat peningkatan kefahaman dan minat murid dalam topik sistem suria.

Soalan bagi pra ujian dan pasca ujian diambil daripada huraian sukatan pelajaran, buku teks sains tahun 4 ,buku latihan sains tahun 4 dan modul Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 soalan aneka pilihan jawapan dan 2 soalan subjektif akan dijawab oleh murid dalam masa 15 minit. Kedua-dua ujian ini mengunakan soalan yang sama tetapi kedudukan soalan bagi kertas pra ujian akan diubah bagi menyediakan kertas pasca ujian. Ujian ini akan diduduki oleh semua responden seramai 30 orang murid tahun 4.

Kemudian, pengkaji akan memeriksa kedua-dua kertas ujian dan seterusnya data yang diperoleh akan dianalisa secara kuantitatif. Pengkaji membuat perbandingan di antara markah pra ujian dan pasca ujian. Markah akan dikelaskan mengikut gred A,B,D dan E.

Jadual 2 : Pemarkahan bagi soalan pra ujian dan pasca ujian.

Bahagian SoalanMarkah

Bahagian A

(Soalan Aneka Pilihan)5 soalan x 1 markah

Jumlah markah = 5

Bahagian B

(Soalan Subjektif)2 soalan x 5 markah

Jumalah markah = 10

Jumlah keseluruhan markah = ____ x 100

15

Jadual 3 : Skor pemarkahan bagi pra ujian dan pasca ujian.

Markah GredPencapaian

80 100ACemerlang

60 -79BSederhana

40 -50 CMemuaskan

20-39DLemah

0 19ETidak memuaskan

( Dipetik dari sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia )Data bagi kedua-dua ujian analisa dengan menggunakan rumus min iaitu :

Min, x = Jumlah semua skor

Bilangan respondenNilai min bagi pra ujian akan dibandingkan dengan nilai min bagi pasca ujian. Peningkatan nilai min akan menunjukkan bahawa murid berupaya meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam topik sistem suria.

6.2 Instrumen 2 : Soal selidik

Borang soal selidik (Lampiran A) mengandungi 8 item yang perlu dijawab oleh kumpulan sasaran. Dalam borang soal selidik, item dibahagikan kepada 2 aspek iaitu, aspek kefahaman dan minat. Setiap responden yang dipilih iaitu seramai 30 orang murid tahun 5 diberikan satu set borang soal selidik. Pilihan jawapan adalah berdasarkan kepada skala 4-likert. Setiap item mempunyai pilihan skala yang berikut :

1. Sangat tidak setuju (sts)

2. Tidak setuju (ts)

3. Setuju (s)

4. Sangat setuju (st)

Data yang diperoleh akan dianalisis secara kuatitatif iaitu dengan mengenal pasti kekerapan (f) bagi setiap item yang ditanda dan peratusan (%) respon murid dalam soal selidik yang melibatkan aspek kefahaman dan juga aspek minat.

Bilangan murid yang memberi

Peratusan respon murid (%) = respon kepada jawapan X 100% 30

6.3 Instrumen 3 : Temu bualTemu bual dilaksanakan secara separa struktur iaitu satu set soalan akan disediakan sebagai kerangka temu bual bagi mengelakkan pengkaji tersasar daripada fokus kajian. Tujuan temu bual dilaksanakan adalah untuk mengetahui pendapat dan maklum balas daripada 5 responden yang dipilih dari kumpulan sasaran. Murid dipilih secara rawak .

Terdapat 5 soalan (Lampiran E) yang akan ditanya oleh penyelidik dalam temubual ini. Fokus utama soalan ini ialah berkaitan dengan kefahaman dan minat murid dalam topik sistem suria. Temubual akan dilakukan secara lisan dan akan direkod dengan menggunakan perakam suara. Hasil temubual akan ditaip semula dalam bentuk transkrip dan akan dianalisis secara kualitatif.19