aqidah islam - rukun iman

23
AQIDAH ISLAM. AQIDAH ISLAM. DEFINASI. DEFINASI. KEPENTINGAN. KEPENTINGAN. SUMBER RUJUKAN. SUMBER RUJUKAN. PERBEZAAN ANTARA PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN. IHSAN.

Upload: rifad

Post on 15-Sep-2015

455 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

ds

TRANSCRIPT

  • AQIDAH ISLAM. DEFINASI.KEPENTINGAN.SUMBER RUJUKAN.PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

  • PENGERTIAN AQIDAH ISLAM.Aqidah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan.Aqidah dari segi istilah ialah kepercayaan atau keyakinan yang tersemat di dalam hati.

  • Aqidah Islam ialah perkara-perkara yang terkandung dalam rukun Iman.Percaya dan yakin kewujudan Allah sebagai tuhan yang berhak disembah.Percaya dan yakin adanya para Malaikat.Percaya dan yakin adanya Kitab-kitab Allah.Percaya dan yakin adanya para Rasul.Percaya dan yakin adanya Hari Kiamat.Percaya dan yakin pada Qada dan Qadar.Berdasarkan dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah serta logik akal.

  • .Aqidah Islam ialah segala perkara yang diyakini oleh umat Islam yang diyakini dengan pasti tentang kebenarannya.

  • Dengan ini maknanya kita berikrar bahawa :Kita rela Allah sebagi Tuhan.Islam sebagai agama.Muhammad sebagai Nabi dan utusan Allah.Kitab Al-Quran sebagai ikutan.Kaabah sebagai kiblat.Seluruh orang Mukmin lelaki dan perempuan sebagai saudara seagama.Dan kita bebas dari agama lain yang bertentangan dengan Islam.

  • KEPENTINGAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM.Aqidah penting di dalam kehidupan kita kerana dengan memiliki aqidah yang betul, kita memperolehi perkara-perkara berikut :-Kemantapan iman dalam hati dengan menyakini kewujudan Allah dan mentauhidkannya (mengEsakan Allah).

  • 2. Mengenal diri dan memahami matlamat hidup dengan timbulnya beberapa persoalan :Siapakah yang mencipta kita ?Mengapa kita dijadikan ?Apakah hikmah dan rahsia kejadian manusia ?Bagaimana permulaan dan kesudahan hidup kita ?Kemanakah kita akan pergi setelah mati ?Setelah kita mati, adakah kita hidup semula ?

  • 3. Terselamat dan terpelihara dari kesesatan dan kebatilan.4. Aqidah yang benar dan sah menjadi syarat pertama untuk melaksanakan ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya. Orang-orang kafir tidak diterima di sisi Allah amalan kebaikan mereka di akhirat.5. Aqidah yang satu dapat menyatukan semua bangsa dan keturunan.

  • SUMBER-SUMBER RUJUKAN DALAM AJARAN AQIDAH ISLAM.Sumber aqidah yang muktamad yang tidak boleh ditolak dan diingkari ialah :-Al-Quran .Hadis Rasulullah s.a.w. Kededua ini dipanggil sebagai Dalil Naqli .Ijma Ulama dan Muslim.Logik Akal atau Dalil Aqli yang tidak bercanggah dengan Dalil Naqli.

  • PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.Iman berasal dari perkataan Arab yang bererti Membenarkan.Erti Iman yang sebenarnya ialah Mempercayai segala kebenaran yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan keyakinan bahawa kesemuanya berasal dari Allah s.w.t ; yang dinamakan agama Islam.

  • AGAMA ISLAM Secara amnya, agama Islam terbahagi kepada dua.

  • Itiqadiah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan.Syariyyah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan hukum-hukum fiqh seperti ibadah, jenayah, muamalah (perhubungan manusia dengan manusia dalam soal kerja), munakahat (perkahwinan) dan perkara yang berhubungan dengan budi pekerti yang baik di dalam melaksanakan segala ajaran Allah.Percaya kepada kebenaran ajaran Nabi Muhammad s.a.w tidak cukup dengan hati, tetapi mestilah dibuktikan dengan lisan dan sertai dengan perbuatan.

  • TAHAP-TAHAP IMANIman itu terbahagi kepada tiga bahagian:

  • Iman orang-orang yang bertaqlid atau iman orang awam:-iman kepada Allah dan mengenaliNya dengan hanya mendengar khabar dari orang lain dan mengikuti kata-kata orang lain tentang wujudnya Allah. Ini adalah peringkat iman yang lemah.

    Iman ahli ilmu atau iman para Ulama :-Keimanan kepada Allah dan mengenalinya dengan berfikir tentang kejadian alam ini dan mengemukakan bukti (dalil) samaada bukti akal (dalil aqli) atau bukti Al-Quran dan hadith (dalil naqli).

  • Iman nabi-nabi dan rasul-rasul:-

    Iman kepada Allah dan mengenalinya dengan hujah dan bukti. Iman mereka yang paling sempurna dan tinggi kerana mereka sentiasa kukuh dan takut melanggar perintah Allah. Mereka tidak melakukan dosa malahan mereka terpelihara dari melakukan dosa.

  • Iman mempunyai tujuh puluh lebih cabang.Rasulullah s.a.w telah bersabda, .Cabang-cabang Iman ada tujuh puluh lebih cabang, yang paling utama ucapan LAA ILAAHA ILLA ALLAH dan yang paling rendah ialah mengalihkan benda yang merbahaya ditempat lalu lalang. Dan sikap malu adalah sebahagian dari cabang iman.Daripada cabang-cabang iman, ada 6 cabang yang wajib kita imani:

  • DEFINASI ISLAMIslam berasal dari bahasa Arab yang bererti patuh, tunduk menurut dan menyerah diri.Menurut istilah, Islam ertinya Menyerahkan diri sepenuhnya untuk menjalankan perintah-perintah Allah swt dan meninggalkan apa-apa yang dilarangnya.

  • DEFINASI IHSANIhsan berasal dari bahasa Arab yang ertinya berbuat baik. Menurut istilah, Ihsan ertinya Engkau berbakti kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya, meskipun sebenarnya engkau tidak dapat melihatnya, padahal sesungguhnya Dia Maha Melihat engkau.

  • DEFINASI IHSANIhsan membawa makna , perlaksanaan amal yang dilakukan sebaik mungkin oleh seseorang dan dia sentiasa merasakan dirinya diawasi Allah. Oleh kerana itu , melakukan sesuatu dengan sikap asal boleh sahaja, seolah-olah tiada siapa yang memerhatikannya bertentangan dengan konsep ihsan.

  • KESIMPULAN Dengan yang demikian , kita tahu bahawa perbezaan Iman, Islam dan Ihsan ialah:Iman, membenarkan secara teguh segala rukun-rukun Iman.Islam, melaksanakan dan mendirikan segala rukun-rukun Islam.Ihsan, berlaku ikhlas dan tekun dalam segala amal ibadah seakan-akan kita melihat Allah dihadapan kita. Jika kita tidak mampu melakukan seperti itu, kita mesti ingat bahawa Allah sentiasa mengawasi kita.

  • Latihan / kerja berkumpulan.

    *