aqidah islam

25
MODUL AQIDAH KBD AQIDAH ISLAM Pengenalan mengenai Rukun Iman Mengenai Rububiyah Allah Mengenai Uluhiyah Allah Mengenai Kewujudan Allah

Upload: andie

Post on 23-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

AQIDAH ISLAM. Pengenalan mengenai Rukun Iman Mengenai Rububiyah Allah Mengenai Uluhiyah Allah Mengenai Kewujudan Allah. RUKUN-RUKUN IMAN. Adalah tiang atau asas keimanan Mempercayai tanpa syak dan keraguan Iman berasal dari perkataan bahas Arab bererti: membenarkan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

AQIDAH ISLAM

Pengenalan mengenai Rukun Iman

Mengenai Rububiyah Allah

Mengenai Uluhiyah Allah

Mengenai Kewujudan Allah

Page 2: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

RUKUN-RUKUN IMAN

Adalah tiang atau asas keimanan Mempercayai tanpa syak dan keraguan Iman berasal dari perkataan bahas Arab bererti:

membenarkan Iaitu membenarkan segala yang diajarkan oleh

Nabi Muhammad s.a.w dengan keyakinan semuanya itu berasal dari Allah s.w.t

Page 3: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Firman Allah Taala:

“Wahai orang – orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya, dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan siapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya, dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” [an-Nisa’:136]

Page 4: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beriman Kepada Uluhiyah Allah

Uluhiyah menurut bahasa: Ketuhanan Pengertian ulama Tauhid: Menyakini Allah s.w.t

adalah tuhan yang berhak disembah, tiada tuhan yang selain daripadanya.

Segala ibadah (sama ucapan & perbuatan) diniatkan dengan penuh ikhlas hanya kepada Allah s.w.t

Beriman kepada As’ma & sifat Allah

Page 5: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

“Dan(ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku” [az-Zariyat: 56]

Firman Allah Taala:

Page 6: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

“Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada tuhan bagi kamu selain daripada-Nya” [al-Mu’minun: 23]

Firman Allah Taala:

Page 7: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beribadah wajib ditujukan kepada Allah

1. Ikhlas(tulus hati) dalam ibadah semata-mata kasih kepada Allah.

2. Tidak melebihkan kasihnya selain daripada mengasihi Allah.

Page 8: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

3. Menyembah, berdoa, bertawakal dan mengharapkan sesuatu hanya kepada Allah sahaja. Firman Allah Taala:

“Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman” [al-Maidah: 23]

Page 9: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

4. Merasa khauf (ketakutan atau gerun) kepada Allah Taala sahaja.

5. Dikerjakan semua ibadat badaniyah dan juga qauliyah hanya semata kerana Allah Taala.

Page 10: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya dan siapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka sesungguhnua ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya,” [an-Nisa’:116]

Firman Allah Taala:

Page 11: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beriman kepada As’ma dan sifat Allah

Asamaul Husna

Sifat 20

Page 12: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Bagaimana kita mengetahui sifat Allah?

Dengan berfikir tentang makhluk-Nya dan juga melalui ajaran para rasul-Nya. Firman Allah Taala:

“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman. Dan pada pada kejadian diri kamu sendiri, serta(pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang menyakininya.” [an-Jaathiyah:3-4]

Page 13: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Contoh-contoh

Kita dapat melihat hikmah pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim)

Kita dapat melihat kepakaran pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Amat mendalam Pengetahuan-Nya(Al-Khabir)

Page 14: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Contoh-contoh

Kita dapat melihat kehidupan pada kebanyakan makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Menghidupkan(Al-Muhyi)

Kita dapat melihat ciptaan yang tiada tandingan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah Yang Maha Membentuk Rupa lagi Cantik Ciptaan-Nya(Al-Musawwar Al-Badi’)

Page 15: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beriman Kepada Rububiyah Allah

Mengakui Allah ialah tuhan Maha Pencipta, Pentadbir serta Pengatur alam semesta.

Allah ialah Pemilik, Pencipta dan Pemberi rezeki, Yang menghidupkan , Yang mematikan dan berkuasa mengawal segala kebaikan dan keburukan.

Page 16: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Firman Allah Taala:

“ Ingatlah! Kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan(sekian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbirkan sekalian alam” [al- A’raaf: 54]

Page 17: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Katakanlah(wahai Muhammad): “Patutkah aku mengambil penolong selain Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia diberi makan.” [al-An’aam:14]

Firman Allah Taala:

Page 18: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beriman dengn Kewujudan Allah

a) Allah mengabulka permintaan kita

b) Setiap perkara yang baru pasti ada yag membuatnya. Begitu juga dengan penciptaan makhluk.

c) Peraturan alam semesta membuktikan bahawa alam semesta diatur oleh Pencipta yang Maha Esa.

BUKT KEWUJUDAN

ALLAH

Page 19: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

Beriman dengan Kewujudan Allah

Ialah dengan beriktikad (kepercayaan)

bahawa :

1. Bahawa Allah Taala menjadikan alam ini serta makhluk-makhluk.

2. Bahawa Allah Taala Berhak dipuji, dan Dialah yang layak menerima pujian daripada orang-orang yang beriman.

Page 20: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

3. Pentunjuk Allah sebenar-benar petunjuk. Orang-orang yang beriman wajib menyerahkan diri kepada Allah.

4. Ibadat-ibadat yang kita kerjakan adalah semata-mata kerana Allah.

5. Bahawa Allah Taala memberi pertolongan kepada semua makhluk di alam ini dalam semua perkara.

Page 21: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

6. Setiap orang yang beriman hendaklah berdoa memohon sesuatu hajat hanya kepada Allah Taala sahaja.

7. Semua ibadat yag dikerjakan oleh orang-orang yang beriman adalah beribadat kepada Allah Taala sahaja.

Page 22: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

8. Allah Taala yang berhak disembah, Tuhan yang hidup selama-lamanya dan yang mentadbirkan makhluk di alam ini.

9. Allah menciptakn manusia, mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati mereka.

10. Allah mengutus seorang rasul kepada setiap umat mengajak dan menyeru mereka itu menyambah Allah.

Page 23: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

11. Selain daripada Allah tidak dapat mendatangkan manfaat, dan tidak dapat mendatangkan mudarat.

12. Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

13. Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, dan suci dari sifat kekurangan, keabian, dan dari sifat-sifat yang menyerupai sifat-sifat makhluk.

Page 24: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

14. Zat Allah dan asma’Nya dan juga sifat-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran dan Hadith tidak boleh dikurangi, ditambah, ditukar, diingkari.

Page 25: AQIDAH ISLAM

MODUL AQIDAH KBD

RUMUSAN

Apakah iktikad yang benar terhadap Allah s.w.t?

Apakah bukti-bukti kewujudan Allah s.w.t?