aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

3
1 Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakala teknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku semasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu struktur yang pelbagai kepada pelajar. Kumpulan Kooperatif Formal: Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif dan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran kooperatif. i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. ii. Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan. iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah penilaian dijelaskan. iv. Berikan bantuan jika diperlukan. v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh kumpulan. vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan. Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut: 1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah: Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli). Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar). Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian. 2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi: Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran.

Upload: sk-zainab-2

Post on 07-Jul-2015

4.203 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

1

Aplikasi Pembelajaran Kooperatif dalam Pengajaran-Pembelajaran

Pendekatan pembelajaran kooperatif boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu

kumpulan kooperatif formal dan kumpulan kooperatif infromal. Teknik kumpulan formal boleh

digunakan untuk mengajar isi kandungan tertentu atau kemahiran penyelesaian masalah manakala

teknik kumpulan informal boleh digunakan untuk memastikan proses kognitif yang aktif berlaku

semasa kaedah kuliah dijalankan. Kombinasi penggunaan pendekatan ini boleh menyediakan satu

struktur yang pelbagai kepada pelajar.

Kumpulan Kooperatif Formal:

Kumpulan kooperatif formal boleh digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati

beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia meliputi kumpulan kolaboratif

dan kooperatif. Dalam kumpulan kooperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai

objektif yang dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu: i) untuk

memaksimakan pembelajaran mereka sendiri dan ii) untuk memaksimakan pembelajaran

kesemua ahli kumpulan. Terdapat beberapa langkah umum dalam pendekatan ini. Prosedur

umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi pembelajaran kooperatif.

i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

ii. Pilih strategi pembelajaran kooperatif yang akan digunakan untuk menjalankan

tugasan.

iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah

penilaian dijelaskan.

iv. Berikan bantuan jika diperlukan.

v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai

oleh kumpulan.

vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.

Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah teknik STAD, JIGSAW dan teknik-teknik

pengajaran berasaskan kumpulan kecil. Berikut dijelaskan secara ringkas teknik- teknik tersebut:

1. Jigsaw: Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar

belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya

bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar. Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:

Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh:

Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).

Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk

kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua

kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan

pakar).

Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka

bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.

2. STAD (Student Team Achievement Division) : Langkah-langkah dalam STAD meliputi:

Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran.

Page 2: Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

2

Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan

dalam kelas.

Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.

Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang

mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan

penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).

3. Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan kumpulan.

Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran berasaskan

masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan

prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan yang

diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Berikut ialah contoh aplikasi prinsip

pembelajaran kooperatif dalam pembelajaran berasaskan masalah:

Tugasan: Contoh- penyelesaian tugasan atau masalah yang diberikan.

Aktiviti individu: Mencari jawapan/strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Aktiviti kooperatif: Mencari persetujuan kumpulan. Memastikan setiap ahli boleh menerangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Kriteria untuk kejayaan: Setiap ahli mesti dapat menerangkan strategi yang digunakan

untuk menyelesaikan masalah.

Penilaian: Penyelesaian terbaik berasaskan sumber yang ada atau dalam limitasi yang ada.

Akauntabiliti individu: Ahli dari mana-mana kumpulan dipilih secara rawak untuk

menerangkan jawapan dan bagaimana masalah diselesaikan.

Tingkah laku yang diharapkan: Penglibatan aktif, penyemakan, elaborasi dan saling menggalakkan antara ahli.

Kerjasama antara kumpulan: Jika diperlukan, semak prosedur, jawapan dan strategi

dengan kumpulan lain.

Kumpulan Kooperatif Informal

Kumpulan kooperatif informal adalah kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satu

aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar. Tujuannya ialah untuk menarik

fokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan dalam kelas. Ia boleh digunakan bila-

bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar secara

intelektual. Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara kooperatif yang

pendek dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar.

Beberapa struktur kooperatif berikut sesuai digunakan sebagai aktiviti kumpulan kecil semasa

menggunakan pendekatan kumpulan besar (kuliah). Struktur tersebut merujuk kepada alat yang

boleh digunakan untuk menguruskan interaksi dalam bilik darjah.

1. ‘Think-Pair-Share’: Anda boleh memberhentikan syarahan dengan memberikan soalan,

item ujian atau isu untuk difikirkan secara ringkas oleh pelajar mula-mula secara individu (fasa ‘think’), kemudian dibincangkan bersama dengan rakan di sebelah (Fasa ‘pair’),

Kemudian beberapa pasangan mengongsikan hasil perbincangan tadi dengan kelas. Teknik

ini melibatkan tiga langkah: i) masa berfikir secara individu- pelajar mencari jawapan kepada

soalan yang diberikan secara individu; ii) pelajar berbincang dan bertukar pendapat tentang

jawapan secara berpasangan dan iii) hasil perbincangan berpasangan dikongsi dengan

kumpulan lain/kelas.

Page 3: Aplikasi pembelajaran-kooperatif-dalam-pengajaran

3

2. ‘Three-Step Interview’: Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam

langkah pertama, pelajar pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk

mendapatkan penjelasan. Pada pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah

akhir, ahli-ahli berkongsi hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.

3. ‘Round Robin Brainstorming’: Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang)

dengan seorang dilantik sebagai pencatat. Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan

dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk memikirkan jawapannya. Selepas masa

berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan respon jawapan. Pencatat mencatat

semua jawapan ahli.

4. ‘Three-Minute Review’: Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri

masa tiga minit kepada kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau

dibincangkan, tanyakan soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan

respon pelajar.

5. ‘Two Minute Paper’: Dalam teknik ini, beri pelajar masa dua minit untuk menulis tentang

sesuatu, kemudian minta mereka kongsikan dengan rakan di sebelah. Kemudian pilih

beberapa orang kongsikan apa yang ditulis kepada kelas. Pada akhir kelas, kertas yang ditulis, dipungut dan boleh digunakan dalam kelas seterusnya.

6. ‘Numbered Heads Together’: Contohnya satu kumpulan yang terdiri daripada empat

ahli diberi nombor 1,2,3 dan 4. Kemudian, anda tanyakan soalan dan minta ahli-ahli kumpulan

menjawab soalan bersama-sama supaya mana-mana ahli boleh menjawab soalan yang

diberikan. Selepas itu, anda sebutkan mana-mana nombor katalah nombor dua dan semua

ahli kumpulan bernombor dua diminta menjawab soalan tersebut.

7. ‘Team Pair Solo’: Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan dulu kemudian

berpasangan dan akhirnya bekerja secara individu. Struktur ini direkabentuk untuk

memotivasi pelajar menangani masalah kurang kebolehan di kalangan pelajar. Jika diminta

bekerja sendiri mungkin tidak dapat diselesaikan, maka mulakan dengan kumpulan,

berpasangan dan akhirnya baru secara indiividu.

8. ‘Lecture-Write-Share-Learn’: Pensyarah minta pelajar bentuk pasangan untuk

membincangkan apa yang dikuliahkan dan mencatat hasil perbincangan. Pada akhir kuliah,

buat perbincangan rumusan dengan meminta pelajar berkongsi apa yang telah dibincangkan.

Akhirnya buat rumusan keseluruhan dengan meminta pelajar secara bergilir menerangkan

apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang……

9. ‘Pose a Question-All Write-Discuss’: Tanyakan soalan kepada seluruh kelas, minta

pelajar tuliskan respon mereka. Beri mereka masa 2 atau 3 minit untuk membuat refleksi

dan menuliskannya. Kemudian minta beberapa pelajar ceritakan kepada kelas.

Dipetik dari:

Saemah Rahman. 2009. Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif dalam Mohamed Amin Embi.

Panduan amalan pengajaran Pembelajaran Berkesan. PPA: hal 93-106