rohani1612.files.wordpress.com · web viewpembangunan dan aplikasi blog dalam pengajaran dan...

19
1 PEMBANGUNAN DAN APLIKASI BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH PENDAHULUAN Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Berikutan dengan itu, perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional demi memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan juga sebagai satu usaha melahirkan modal insan gemilang. Dunia yang mengecapi perubahan seiring dengan perkembangan teknologi membawa kepada anjakan paradigma yang mengubah corak, konsep dan gaya penghidupan manusia. Perubahan yang amat pesat dalam sistem pendidikan serta arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek. Pelbagai kaedah terbaru telah diperkenalkan serta digunakan untuk menjadikan pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Justeru itulah sistem pengkomputeran dan bahan multimedia dilihat begitu sesuai sebagai wadah baru dalam usaha ke arah transformasi pendidikan dan penyebaran ilmu, ditambah pula dengan fenomena pelajar kini yang lebih terpengaruh serta memperlihatkan minat yang begitu tinggi terhadap bahan-bahan ini. MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat sejajar dengan dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan (Robiah et.al 2007). Buktinya, dalam bidang pendidikan kini, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi celik computer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa (Abd Wahab et.al 2006). Selain itu juga, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati respon atau

Upload: danglien

Post on 10-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PEMBANGUNAN DAN APLIKASI BLOG DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH RENDAH

PENDAHULUAN

Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.

Berikutan dengan itu, perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan

teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan

konvensional demi memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan juga sebagai satu usaha

melahirkan modal insan gemilang. Dunia yang mengecapi perubahan seiring dengan

perkembangan teknologi membawa kepada anjakan paradigma yang mengubah corak, konsep

dan gaya penghidupan manusia. Perubahan yang amat pesat dalam sistem pendidikan serta arus

perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek. Pelbagai kaedah terbaru

telah diperkenalkan serta digunakan untuk menjadikan pengajaran guru menjadi lebih berkesan.

Justeru itulah sistem pengkomputeran dan bahan multimedia dilihat begitu sesuai sebagai wadah

baru dalam usaha ke arah transformasi pendidikan dan penyebaran ilmu, ditambah pula dengan

fenomena pelajar kini yang lebih terpengaruh serta memperlihatkan minat yang begitu tinggi

terhadap bahan-bahan ini.

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Perkembangan terkini

menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk

menyebar dan menyimpan maklumat sejajar dengan dasar dan polisi pembangunan negara

menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT dalam pendidikan (Robiah et.al

2007).

Buktinya, dalam bidang pendidikan kini, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi celik computer

dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa (Abd Wahab et.al 2006). Selain itu

juga, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati respon atau tindak balas pelajar

2

serta guru-guru terhadap ICT begitu positif, namun dari segi penggunaannya pula perlu

diperbaiki dan dipertingkatkan lagi (Siti Fatimah 2010).

Menurut Lamb (1992), multimedia didefinisikan sebagai capaian yang terancang untuk

elemen-elemen teks (perkataan dan nombor), pendengaran (kesan bunyi, muzik dan pertuturan)

dan penglihatan (imej,video dan animasi) yang disintesiskan ke dalam suatu sistem penyampaian

bersepadu yang dikawal oleh komputer (Elfa Yuliana 2008).

Penggunaan bahan berasaskan multimedia pula bermaksud perihal menggunakan sesuatu,

iaitu perbuatan atau kegiatan (DBP 1993). Oleh itu, penggunaan bahan-bahan yang berasaskan

multimedia bermaksud perbuatan menggunakan perkakasan atau perisian ICT untuk membantu

tugas-tugas harian guru khususnya dalam pengajaran guru-guru Pendidikan Islam.

Pada masa kini penggunaan peralatan berasaskan teknologi begitu meluas dalam semua

bidang kehidupan. Dalam era globalisasi yang berpaksikan kepada perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan dalam bidang pendidikan begitu mementingkan

pembudayaan serta penguasaan ICT dalam kalangan pelajar (Robiah et.al 2007; Habib Mat Som

& Megat A. Kamaluddin 2008). Komputer merupakan satu alat yang mampu menggabungkan

media audio dan video serta sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan belajar (Abdul

Razak Habib & Jamaludin Badusah 1998).

Menurut Sulaiman & Zoraini (1994) lagi, komputer mula digunakan dalam dunia

pendidikan di peringkat sekolah menengah. Sebelum kehadiran komputer ini, guru lebih banyak

memberikan syarahan secara konvensional tanpa bantuan kemudahan ICT, berbanding pada hari

ini ia sebagai penjana ilmu di dalam bilik darjah. Justeru, dengan menggunakan komputer di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru dapat membantu pelajar-pelajar

dalam mengembangkan potensi mereka (Hasyim Yaacob & Abd Jalil Othman 2007; Norazah &

Ngau Chai Hong 2009).

ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Penggunaan teknologi sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus akan menyumbang kepada kelancaran dalam

pendidikan (Norazah & Ngau Chai Hong 2009) yang melibatkan semua subjek termasuklah

3

bidang Pendidikan Islam. Kenyataan ini selari dengan pandangan Norasikin et.al (2005) yang

menyebut tentang Perisian Multimedia Tajwid dalam pengajaran Tilawah al-Quran sebagai satu

inovasi dalam bidang Pendidikan Islam. Menurut beliau, kelebihan perisian yang berasaskan

multimedia ini telah menjimatkan masa, tenaga dan juga kos.

Ini dapat dibuktikan apabila penggunaan Perisian Multimedia Tajwid tersebut mampu

menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan selain dapat membantu pelajar memahami

pembelajaran dengan lebih cepat lagi. Seterusnya, secara tidak langsung juga kajian dan ujian ini

telah menunjukkan perisian yang dibangunkan tersebut membawa kepada satu inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran.

Walaupun demikian, terdapat juga dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam yang

tidak mahu menggunakan teknologi maklumat atau ICT berasaskan komputer sebagai bahan

bantu belajar apatah lagi menggunakan internet. Menurut Wan Khairuddin & Ab.Halim (2008),

persepsi guru pendidikan Islam terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P adalah

pada tahap sederhana. Kajian lain juga mendapati terdapat guru pendidikan Islam yang masih

belum mampu menguasai penggunaan BBM seperti bahan mengajar berasaskan internet,

penggunaan slaid dan komputer, grafik, video, kaset dan penggunaan gambar rajah (Siti Fatimah

Ahmad & Ab.Halim 2010).

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang berasaskan teknologi masih kurang

digunakan dalam kalangan guru Bahasa Arab, fenomena ini dilihat boleh menjejaskan daya

tarikan pelajar terhadap pengajaran guru (Azhar Ahmad et.al 2008). Kenyataan lain mendapati

GPI kurang kreatif dalam pengurusan kelas seperti kurang mahir dalam mempelbagaikan kaedah

pengajaran Najmuddin et.al (2008).

Berdasarkan fenomena-fenomena yang dinyatakan di atas, penulis merasakan perlunya

diwujudkan lebih banyak lagi bahan-bahan yang berasaskan multimedia dalam bidang

Pendidikan Islam supaya pengajaran dan pembelajaran guru-guru Pendidikan Islam menjadi

lebih menarik dan berkesan lagi. Justeru, penulis memilih untuk membangunkan laman blog

sebagai salah satu bahan inovasi dalam Pendidikan Islam pada kali ini. Penulis telah memilih

tajuk Modul Khatam al-Quran sebagai bahan interaktif pengajaran berasaskan blog.

4

PEMBANGUNAN LAMAN BLOG DALAM P & P SATU INOVASI

Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan yang membantu tugas

guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Namun, harus

diingat bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan

untuk menggantikan tugas guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana pengajaran yang lebih

menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008). Kelebihan dan

keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus diambil kesempatan

oleh Guru Pendidikan Islam juga kerana ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses P

& P Pendidikan Islam itu sendiri (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007).

Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu dimanfaatkan oleh semua warga pendidik

supaya budaya pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka

supaya P & P menjadi lebih menarik dan berkesan selaras dengan aspirasi Teori Resapan Inovasi

yang mengharapkan suatu pembaharuan itu dapat diterima pakai oleh khalayak umum. Menurut

Abd Wahab et.al (2006), Teori Resapan Inovasi ialah sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk

idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik yang berkembang dalam pelbagai khalayak sehingga

ianya dapat diterima dan diamalkan oleh masyarakat.

Selain itu, penulis juga mendapati terdapat kajian lain yang menggunakan Teori Resapan

Inovasi untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran, di mana hasil

kajiannya mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana didapati majoriti responden memahami

keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-

pembelajaran (Rubiah Omar & Jamilah Ahmad 2009).

Pembangunan laman blog yang dihasilkan pada kali telah melalui beberapa proses dan

peringkat. Ia dijadikan sebagai panduan dan kayu pengukur terhadap keberkesanannya

berdasarkan kepada model reka bentuk Hannafin & Peck (1988).

5

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) di atas menunjukkan perisian berasaskan

multimedia yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; fasa keperluan perisian kursus, fasa

mereka bentuk dan fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian dan pembaikan perisian

kursus akan dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan (Isham & M.Arif 2008).

Berasaskan kepada reka bentuk ini, penulis membangunkan satu laman blog yang berkaitan

dengan model khatam al-Quran di sekolah rendah di alamat http://modulkhatamal-

quran.blogspot.com/

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA MODEL KHATAM AL-QURAN

6

Pembangunan perisian multimedia Model Khatam al-Quran adalah berdasarkan Model

Konseptual yang memberikan gambaran minda, meningkatkan pemahaman reka bentuk, dan

rangka program secara keseluruhannya (Norasikin Fabil et.al 2005). Model tersebut merangkumi

beberapa komponen yang utama seperti Takrif, Sukatan pelajaran Pendidikan Islam j-QAF,

Strategi Pelaksanaan, Peringkat Kemahiran Membaca al-Quran, Pendidikan Al-Quran, Objektif,

Kaedah Bacaan al-Quran dan Info Al-Quran.

Komponen skop menggambarkan skop perisian yang dibangunkan seperti perisian

Hukum Tajwid, Surah-surah pilihan,latihan pengukuhan dan bahan–bahan pengajaran dan

pembelajaran .

Komponen objektif menyenaraikan empat objektif pembangunan iaitu kognitif, afektif,

psikomotor dan rohaniah. Objektif kognitif melihat kepada perkembangan potensi pelajar dari

segi intelek, objektif ini mengandungi unsur pengetahuan yang berguna memperkembangkan

pemikiran dan penyelesaian masalah. Penggunaan perisian Model Khatam al-Quran ini

membolehkan pelajar memperkemaskan tahap membaca al-Quran, mempelajari hukum tajwid

serta memperbaiki tajwid dalam bacaan al-Quran, pengulangan pembelajaran boleh dilakukan

untuk meningkatkan hukum tajwid.

7

Blog Model Khatam al-Quran yang dibangunkan ini mengandungi pautan Takrif, Sukatan

pelajaran Pendidikan Islam j-QAF, Strategi Pelaksanaan, Peringkat Kemahiran Membaca al-

Quran, Pendidikan Al-Quran, Objektif, Kaedah Bacaan al-Quran dan Info Al-Quran sebagai

panduan kepada para guru, murid dan pengguna yang melayari blog ini sebagai panduan untuk

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Khatam al-Quran.

Murid dapat mengaplikasi pembelajaran secara kendiri tanpa bantuan guru setelah

memahami cara mengakses perisian yang dibangunkan dan mengira masa dan tempat.

8

Perisian ini menyediakan pautan pada Latihan Tilawah al-Quran yang merangkumi komponen

pengukuhan dan latihan hukum tajwid, Surah al-Qariah, Surah al-Asr, Surah al-Humazah, Surah

an-Nas, latihan mencerakinkan huruf, latihan surah al-Fatihah, surah al-Masad,al-Fiil dan latihan

menyusun ayat dari surah al-Falaq seperti yang tertera di dalam rajah di atas.

Menerusi Slot Latihan ini murid akan mengaplikasikan Teori Pembelajaran Tingkah laku,

di mana terdapat tiga prinsip utama iaitu ransangan, gerak balas dan peneguhan. Teori ini dilihat

sebagai satu kaedah yang berobjektif. Murid akan bertindak balas kepada apa yang diberikan

kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu pada guru. Teori ini juga

bergantung kepada tanggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan

yang bersesuaian diberikan kepadanya ( Thorndike 1913). Sebagai contoh, apabila seorang

murid diberikan ganjaran markah yang sesuai selepas ujian diberikan, ia akan mengulangi tindak

balas tersebut setiap kali ransangan yang sama diberikan.

Berdasarkan teori pembelajaran ini, peneguhan amat penting untuk meneruskan minat

kepada blog Model Khatam al-Quran yang dipelajari ini.

9

Melalui latihan yang disediakan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran di dalam latihan

bagi menguji pengukuhan dan keupayaan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar perlu berinteraksi

semasa membuat latihan yang diberikan. Setelah murid menyusun ayat murid perlu menekan

butang semak sekiranya, semua jawapan betul perkataan tahniah akan dipaparkan. Sekiranya

murid menyusun ayat dengan salah paparan maaf, sila cuba lagi akan muncul, murid boleh

mencuba sekali lagi agar jawapan yang diberikan betul.

10

Peneguhan positif seperti syabas dan tahniah setiap kali murid berjaya memberi jawapan yang

betul ini akan menimbulkan motivasi dan peransang untuk menguasai lagi aktiviti seterusnya.

Menurut Hartley & Davies (1978), beberapa prinsip teori tingkah laku diterapkan di dalam

pendidikan meliputi proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila murid mengambil bahagian

secara aktif dalam pembelajaran, bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya

murid mengakses dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan tindak balas tertentu,

setiap tindakan harus diberi maklum balas secara langsung supaya murid dapat mengetahui

apakah tindak balas yang diberikan benar dan setiap kali murid memberikan tindak balas yang

tepat, ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.

Dalam Islam, teknik peneguhan ini telah terdapat di dalam al-Quran dan diamalkan oleh

Rasulullah S.A.W. Menurut al-Najati (1987) dan Nasir (2002), Rasullullah telah menggunakan

pelbagai pendekatan dalam memberikan motivasi pendidikan rohani kepada orang-orang

beriman seperti membangkitkan semangat, memberikan harapan ,janji ganjaran ( tarhib) dan

ancaman siksaan (targhib), bercerita serta mengambil manfaat dan pengajaran dari peristiwa

yang berlaku.

11

Dalam mereka bentuk perisisan pengajaran Pendidikan Islam melalui blog ini, pendekatan

menggunakan teori tingkah laku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut :

a) Pembangunan yang dibangunkan oleh pengkaji mesti menarik perhatian murid. Bagi

mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini dimasukkan beberapa unsur grafik

yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan menarik perhatian

pengguna. Menjadi lumrah manusia suka melihat kepada persembahan yang menarik

yang berorientasikan penglihatan.

Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan unsur-unsur grafik,

warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada pengguna

untuk terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Rasululllah S.A.W. juga telah menggunakan unsur grafik ketika mengajar umat Islam

tentang penafsiran ayat al-Quran. Baginda telah menggunakan ranting kayu untuk

membuat lakaran di atas tanah dalam menafsirkan ayat al-Quran. Firman Allah dalam

surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud:

“ dan bahawa yang Kami perintahkan ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia,

dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan

kamu daripada jalan-Nya. Yang demikian itu, diperintahkan Allah kepadamu agar kamu

bertakwa”.

b) Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran yang harus dicapai. Matlamat dan

objektif daripada penggunaan blog ini diakhir nanti akan dinyatakan.

c) Persembahan dalam blog ini juga boleh meningkatkan ransangan kepada murid untuk

terus menggunakannya. Oleh demikian, dimasukkan juga elemen-elemen yang boleh

mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya penggunaan ikon-ikon

tertentu yang berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan

panduan kepada pengguna mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa

menggunakannya.

12

Paparan surah-surah pilihan disediakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan

kepada pengguna untuk mengpalikasikan gaya bacaan daripada tokoh-tokoh pembaca al-Quran

yang terkemuka sebagai panduan pengguna khusus bagi guru dan murid.

STRATEGI PEMBELAJARAN

Kepentingan memilih strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi faktor penting

kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan. Keperluan kepada kepelbagaian strategi,

kaedah atau pendekatan boleh menarik minat murid terhadap sesuatu pelajaran yang boleh

mendorong pencapaian mereka. Dalam blog Model Khatam al-Quran ini beberapa strategi

pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan

bermakna. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menjadi dasar kajian ini ialah

pembelajaran waktu anjal dan pembelajaran kendiri.

Pembelajaran Waktu Anjal

Rusdina (1993) menjelaskan bahawa pembelajaran anjal adalah proses yang menyediakan satu

keadaan dimana murid dapat belajar konsep dan pelajarannya mengikut kesesuaian masa murid

13

itu memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Murid tidak semestinya belajar secara rasmi,

namun diluar waktu persekolahan mereka juga boleh belajar sama ada di rumah atau di makmal

komputer. Pembelajaran waktu anjal menimbulkan keseronokan kerana murid dapat melakukan

pembelajaran kendiri dan mengawal sendiri proses pembelajaran tersebut( Lambourne 2000).

Pembelajaran Kendiri

Kaedah Pembelajaran Kendiri ialah kaedah yang memberikan kuasa autonomi atau kebebasan

kepada murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa kawalan berterusan daripada guru. Murid

mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan berkenaan dengan pembelajaran yang

diikutinya dan melaksanakan keputusan tersebut ( Dickinson 1987). Kaedah pembelajaran ini

berpusatkan murid, murid akan lebih berdikari dalam mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk.

Murid ini juga menjadi tunggak ke atas pembelajaran yang menyumbang ke arah perkembangan

dirinya ( Rozhan et.al. 1991)

Di samping itu, murid boleh mengulang-ulang tajuk yang mereka sukar untuk

mengingatinya seperti hukum-hukum tajwid, cara bacaan al-Quran tersebut. Berdasarkan al-

Quran dan al-Sunnah turut menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran pengulangan

kefahaman dan ingatan terhadap konsep-konsep utama seperti akidah, tentang keimanan kepada

Allah, keimanan kepada perkara-perkara ghaib, hari kiamat dan balasan dosa dan pahala (al-

Najati 1987).

METODOLOGI PENGAJARAN

Metodologi pedagogi merupakan kaedah pengajaran yang digunakan dalam reka bentuk sesuatu

pengajaran. Menurut Alessi & Trollip (2001), terdapat sembilan jenis pendekatan pengajaran

yang berbantukan komputer iaitu latih tubi, tutorial, permainan, simulasi, penyelesaian masalah,

ujian, hypermedia, tools, dan persekitaran pembelajaran berasaskan web. Dalam kajian ini

pengkaji menggunakan kaedah tutorial dan ujian/latihan.

14

Kaedah Tutorial

Pendekatan Tutorial digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan

pemulihan kepada murid yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada murid yang

berpencapaian tinggi bagi tajuk-tajuk lanjutan ( Alessi & Trollip 2001).

Norhashim et.al.(1996) berpendapat bahawa tutorial merupakan satu proses pengajaran

dan pembelajaran yang komprehensif kerana ia bukan sahaja boleh menyampaikan maklumat

tetapi juga boleh menilai tahap kefahaman murid. Melalui pendekatan tutorial juga murid diberi

peluang untuk menilai diri sendiri sama ada telah mencapai objektif seperti mana yang

dikehendaki. Sekiranya objektif yang ditetapkan masih belum dicapai, murid berpeluang

meneruskan sesi pembelajaran sehingga menguasai sesuatu kemahiran ataupun konsep yang

disampaikan.

Menerusi blog Model Khatam al-Quran ini, pengkaji menyediakan urutan pengajaran

yang membina konsep langkah demi langkah mencakupi isi pelajaran yang perlu difahami oleh

murid. Isi pelajaran dibentuk secara linear dan bukan linear. Menurut Norhashim et.al. ( 1996),

susunan linear digunakan jika murid perlu menguasai pengetahuan asas sebelum pergi

kebahagian-bahagian yang lebih sukar manakala, kaedah bukan linear pula boleh digunakan

sekiranya konsep-konsep yang diajar tidak bersandar ataupun kurang bersandar antara satu sama

lain. Kaedah tak linear membolehkan pengguna memilih urutan pembelajarannya sendiri dengan

membuat pilihan pada menu.

Latih Tubi

Penilaian dalam bentuk latihan merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat

tafsiran penilaian tentang pencapaian murid. Rashidi (1993) menjelaskan kaedah ujian dijalankan

sebagai alat mengukur pencapaian murid. Dalam blog ini ujian akan diberikan setelah murid

tamat mempelajari setiap tajuk. Kaedah latih tubi adalah sebagai peneguhan setelah mempelajari

sesuatu konsep. Kebaikan kaedah ini ialah pelbagai pengetahuan dan kemahiran murid dapat

ditingkatkan. Ia sangat berguna kepada murid yang mempunyai masalah daya ingatan yang

lemah dan mereka ini memerlukan masa yang banyak untuk mengingat maklumat. Motivasi

murid juga bertambah apabila mereka memberikan jawapan yang betul. Peneguhan serta merta

15

diberikan sekiranya jawapan yang diberikan kurang tepat seperti mendapat peratusan yang

sedikit. Pengguna diberi masa untuk membetulkan jawapan mereka ( Pantiel & Peterson 1984).

Kaedah latih tubi dikenali sebagai kaedah ulangan atau ‘al-mulazimah’ dan merupakan

salah satu cara pengajaran dan pembelajaran dalam Islam ( Ahmad Mohd Salleh 1990). Sebuah

hadis daripada Aisyah r.a. meriwayatkan “ Rasulullah suka mengulang-ulang sesuatu perkara

kepada para sahabat sehingga mereka mula mendapat kefahaman yang sebenar”.

Hadis di atas menerangkan tentang penggunaan kaedah ulangan, yang mendatangkan kesan yang

baik. Ulangan yang digunakan hendaklah tidak menimbulkan kebosanan kepada murid dan

menjadi satu aktiviti yang membuang masa ( Salihan Sias 1993).

Kaedah ini sesuai dimasukkan di dalam pembelajaran menerusi media blog ini, kerana

perkara-perkata penting seperti hukum-hukum tajwid, cara bacaan, ayat hafazan dan fakta-fakta

penting yang perlu diingat dan diulang-ulang. Peirisian yang dibangunkan ini membolehkan

murid mengulang-ulang tajuk-tajuk yang dikehendaki . Pendekatan ini juga telah digunakan oleh

Ibnu Khaldun, dimana guru diminta mengulang-ulang semula pelajaran tersebut sehingga

muridnya dapat memahaminya ( al-Na’miy Abdullah Al-Amin 1994).

KESIMPULAN

Penggunaan blog dalam pendidikan adalah satu inovasi yang begitu penting masa kini.

Penggunaannya banyak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

kemampuannya diintegrasikan dengan pelbagai media dan juga ciri interaktifnya. Keberkesanan

penggunaannya telah dibuktikan oleh para sarjana melalui kajian dan penyelidikan yang telah

dijalankan. Justeru, proses pembinaan perisian perlulah dilakukan dengan sistematik dan

berkesan agar hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pengguna khasnya untuk para murid dan guru.

16

RUJUKAN

Abdul Razak Habib & Jamaludin Badusah. 1998. Penggunaan Komputer untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. Fakulti Pendidikan UKM. Jilid 23 ISSN 0126-6020.

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap & Hasrina Mustafa. 2006. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia 24(1&2), 203-225.

Al-Na’my, Abdullah al-Amin.1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alessi, S.M. & Trollip, R.S. 1985. Computer Based Instuctions : Methods and development. New Jersey : Prentice Hall.

Al- Najati, Muhammad Uthman.1987. al-Quran wa ‘lm al-nafs. Beirut : Dar al-Syuruq.

Dickinson,L. 1987. Self-Instruction in Language Learning. Cambridge Univercity Press.

Elfa Yuliana .2008. Tahap Penggunaan Multimedia dan Komputer di kalangan Guru-guru Pendidikan Islam di Kajang. Kertas Projek Penyelidikan Ijazah Sarjana. UKM, Bangi.

Habib Mat Som & Megat A. Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan 31(1). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Hasyim Yaacob & Abd Jalil Othman .2007. Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi : Peranan dan Cabaran. Jurnal Masalah Pendidikan jld 30 (1), 143-148.

Isham Shah Hassan & Mohd Arif.2008. Reka Bentuk Dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia Interaktif ACAD R14 Bagi Penghasilan Lukisan Persembahan Pelajar Politeknik. Dlm (pnyt) Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi. Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam : Karisma Publications.

Jonassen, D.H. 2000. Computers as mindtools for school : engaging critical thinking Ed. Ke-2. New Jersey : Merill Pretice-Hall.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri.2007.Pendidikan Islam:Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor:Penerbit UTM.

Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Zarina Shukur, Siti Fadzillah Mat Noor & Khairuddin Omar. 2005.Aplikasi Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah dalam Pembangunan Perisian Multimedia Tajwid. Al-Bayan Journal of al-Quran & al-Hadith 3, 83-108.

17

Norazah Mohd Nordin & Ngau Chai Hong .2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi mata pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 111-129.

Norasikin Fabil et.al. 2005. Aplikasi Perisian Talaqqi Musyafahah dalam Pembangunan perisian Multimedia Tajwid. Al-Bayan Journal of al-Quran & al-Hadith. Hlm. 83-108.

Norhashim,A.B., Mazenah,Y., Rose, A.A. 1996. Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad.2007.ICT dalam Pendidikan:Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152.

Rozhan Hj Mohamad Idrul & Ahmad Hj Mohamad. Bentukan budaya pembelajaran arah kendiri, peranan pengajar, pelajar dan teknologi. Forum 2 Kumpulan Kertas Kerja konvensyen Teknologi Pendidikan Ketiga. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 5-7 Julai.

Rubiah Omar & Jamilah Ahmad .2009. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning Among The University’s Academic Staff). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 155-172.

Siti Fatimah Ahmad .2010. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia (TMm) dalam Pengajaran Guru j-QAF. Tesis Sarjana UKM,Bangi.

Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF.Journal of Islamic and Arabic Education 2(2), 53-64.

Sulaiman Sarkawi & Zoraini Wati Abas. 1994. Pelaksanaan Projek Percubaan Komputer dalam Pendidikan di Sekolah Menengah. Dalam Prosiding Educom 94, 14-16 Jun.

Thorndike, E. 1913. Educational phyhology. The psychologi of learning. New York. Teacher college press.

Wan Khairuddin Wan Yahya & Ab Halim Tamuri. 2008. Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah dalam buku Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Karisma Publications SDN. BHD, Shah Alam hlm 63.