aplikasi konstuktivisme dalam pendidikan di malaysia

6
APLIKASI KONSTUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA >> KEPENTINGAN KONSTRUKTIVISME Teori konstruktivisme menytkn !"# $en%et"un &i!in sen&iri se'r kti( o)e" in&ivi&u yn% !er(ikir* In&ivi&u ini ti&k menyer$ se'r $si( se!rn% $en%et"un yn% &ismikn o)e" %uruny* Muri& kn menyesuikn se!rn% mk)umt !ru &en%n $en%et"un se&i & merek untuk mem!entuk $en%et"un !ru &)m min&ny* Teori konstruktivisme mem!erikn im$k yn% !esr ter"&$ $em!e)+rn knk knk &ri -mn,!er-mn* I me)i"tkn keu$yn muri&,muri& untuk !er(ikir &n ke!i+ksnn untuk menye)esikn ms)" merek &n orn% )in* Teori ini &i%un $ki &i -mn sekrn% iitu +u% &i M)ysi* P& -mn sekrn%. teori ini &i)i"t &i%un $ki o)e" m+oroti %uru untuk men&i&ik* /ik seseorn% %uru itu men%%unkn teori ini men%ikut $erin%kt,$erin%kt yn% &ikemukkn o)e" toko" teori. i mt)" sesui &en%n %y $erkem!n%n $en&i&ikn -mn sekrn%* /ik kit )i"t &i $ein%kt universiti tu mn,mn institusi. konse$ konstruktivis &i+)nkn se$enu"ny* P& mu)ny $e)+r &i!erikn mk)umt &n tun+uk + se)e$s itu merek "en&k)" me)kukn tu%sn tu ker+,ker+ &en%n men%e)urkn i&e,i&e merek sen&iri* Di M)ysi. !nyk institusi yn% se $ertu men%m)kn konse$ konstruktivisme* Se!%i 'onto" &i Universiti Pen&i&ikn Su)tn I&ris* Pen%+rn &n $em!e)+rn msi" men%%unkn teori konstruktivisme iitu men%ikut $erin%ktkem"irn yn% &$t &i)kukno)e" muri&,muri&* Se!%i 'onto" mt$e)+rn Sins* Muri&,muri& &i&e&"kn &en%n )m sekitr &n $er)u men%k+i sen&iri $eru!"n tu ke&n &i seke)i)in% merek* Merek !e)+r !er&sr $emikirn merek sen&iri &en%n men&$t se&ikit !ntun &n tun+uk +r &ri$& %uru mt$e)+rn* Penyistn &n k+in yn% &i)kukn kn &$t mem!erikn muri&,muri& ke("mn tentn% 'r &n se!! ke+&in tu sesutu !entuk k+in yn% &i!ut* 0onto"ny. muri&,muri& &imint untuk mennm k'n% "i+u&n men%k+i !%imn i mem!esr* Muri&,muri& mem!ut $emer"tin &ri $erin%kt ke $erin%kt untuk me)i"t !%imn ke&n k'n% "i+u mem!esr &)m ke&n su"u tu ke&n tem$t yn% !er!e-* 1) ini kn &$t menin%ktkn keu$yn !er(ikir knk,knk &n +e)s)" !"# konse$ $en%+rn yn% !ersskn konstruktivisme !er+y men+&ikn muri&,muri&se!%i set ke$& kem+un $en&i&ikn &i M)ysi*

Upload: louise-lim

Post on 04-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dsada

TRANSCRIPT

APLIKASI KONSTUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA >> KEPENTINGAN KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disamaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya.

Teori konstruktivisme memberikan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak dari zaman-berzaman. Ia melihatkan keupayaan murid-murid untuk berfikir dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah mereka dan orang lain. Teori ini juga diguna pakai di zaman sekarang iaitu juga di Malaysia. Pada zaman sekarang, teori ini dilihat diguna pakai oleh majoroti guru untuk mendidik. Jika seseorang guru itu menggunakan teori ini mengikut peringkat-peringkat yang dikemukakan oleh tokoh teori, ia amatlah sesuai dengan gaya perkembangan pendidikan zaman sekarang.

Jika kita lihat di peingkat universiti atau mana-mana institusi, konsep konstruktivisme dijalankan sepenuhnya. Pada mulanya pelajar diberikan maklumat dan tunjuk ajar, selepas itu mereka hendaklah melakukan tugasan atau kerja-kerja dengan mengeluarkan idea-idea mereka sendiri. Di Malaysia, banyak institusi yang seratus peratu mengamalkan konsep konstruktivisme. Sebagai contoh di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Pengajaran dan pembelajaran masih menggunakan teori konstruktivisme iaitu mengikut peringkat kemahiran yang dapat dilakukan oleh murid-murid. Sebagai contoh matapelajaran Sains. Murid-murid didedahkan dengan alam sekitar dan perlu mengkaji sendiri perubahan atau keadaan di sekeliling mereka. Mereka belajar berdasarkan pemikiran mereka sendiri dengan mendapat sedikit bantuan dan tunjuk ajar daripada guru matapelajaran. Penyiasatan dan kajian yang dilakukan akan dapat memberikan murid-murid kefahaman tentang cara dan sebab kejadian atau sesuatu bentuk kajian yang dibuat. Contohnya, murid-murid diminta untuk menanam kacang hijau dan mengkaji bagaiman ia membesar. Murid-murid membuat pemerhatian dari peringkat ke peringkat untuk melihat bagaimana keadaan kacang hijau membesar dalam keadaan suhu atau keadaan tempat yang berbeza. Hal ini akan dapat meningkatkan keupayaan berfikir kanak-kanak dan jelaslah bahawa konsep pengajaran yang berasaskan konstruktivisme berjaya menjadikan murid-murid sebagai aset kepada kemajuan pendidikan di Malaysia.

Bagi kanak-kanak yang baru menikmati alam persekolahan, mereka diberikan pengajaran berasaskan permainan iaitu mereka diajar cara bermain dengan betul. Hal ini kerana bermain dapat meningkatkan daya pemikiran mereka di mana mereka dapat berusaha dengan sendiri. Pada ketika ini, kanak-kanak sudah dapat mengadaptasikan pengajaran berasaskan konstruktivisme yang dilakukan oleh guru mereka. Konsep adaptasi ini dapat dikaitkan dengan Teori Jean Piaget di mana telah meningkatkan tahap kematangan kognitif kanka-kanak secara kreatif. Selain itu, contoh konstruktivisme seperti permainan kumpulan (play group) iaitu mengambil pengalaman daripada aktiviti permainan secara berkumpulan. Hal ini akan meningkatkan tahap kecerdasan mereka kerana dapat berkongsi pendapat dengan rakan-rakan. Mereka akan berusaha bersama-sama. Dengan pelbagai idea yang disumbangkan oleh rakan-rakan mereka, berkemungkinan idea-idea tersebut dapat dikaitkan dengan ilmu baru untuk mereka.

Selain itu, pendidikan Prasekolah. Prasekolah sekarang lebih menekankan bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dan guru mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. Oleh sebab itu, guru diamanahkan supaya memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran seterusnya menghidupkan atau melatih murid-murid berfikir dengan memberikan mereka latihan berkumpulan yang mudah. Murid-murid perlu diasah bakatnya supaya dapat membiasakan diri mengeluarkan idea-idea yang tepat dan bernas. Oleh itu, mereka tidak akan merasakan ketinggalan dalam pelajaran.

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal 85 situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Hal ini dapat dilihat berdasarkan aktiviti-aktiviti bermain di dalam sukatan pembelajaran prasekolah di Malaysia. Kanak-kanak prasekolah gemar untuk bermain dan mereka diajar daripada permainan seperti menyusun puzzle, menyusun blok-blok kayu dan juga bermain pasir. Mereka perlu dipenuhi segala kemahuan dan juga diajar berdisiplin pada masa yang sama. Semangat inkuiri kanak-kanak akan menjadi semakin tinggi dan jika ini berlaku, maka berjaya pengajaran guru tersebut yang menggunakan asas atau konsep kemahiran konstruktivisme.

Melalui pengajaran ini, ia akan meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dengan aktiviti bersosial. Hal ini ada disebut oleh tokoh kognitif iaitu Lev Vygotsky yang menekankan kognitif murid dipengaruhi oleh sosial kendiri mereka. Kanak-kanak yang diajar untuk berinteraksi di dalam sesebuah kumpulan akan dapat menguasai pelbagai kemahiran belajar dan mereka akan dapat menjayakan pengajaran guru pada masa itu. Ini juga ada disebut dalam teori Jean Piaget di mana setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan proses ini dikenali sebagaiproses mencapai keseimbangan atau semangat ingin tahu dan mencuba dalam diri mereka tinggi. Setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggilSkema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.

Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar di kalangan guru dan pengajar di Malaysia juga semakin meluas. Ramai tenaga pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk menggunakan kemudahan teknologi berbanding pengajaran secara konvensional. Pendidikan atau pengajaran ini juga disertakan ke dalam standard pembelajaran terbaru iaitu KSSR di mana dunia Sains dan Teknologi menjadi kepentingan kepada murid-murid. Hal ini akan dapat menguatkan lagi interaksi guru dan murid dan mereka akan belajar daripada sekeliling mereka iaitu teknologi. Murid-murid juga dapat bergerak aktif bertanya dan menjawab soalan dan permasalahan yang mereka sendiri hadapi. Pengajaran ini bertepatan dengan teori Vygotsky di mana menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui persekitaran dan sosial. Melalui penggunaan teknologi ini, kanak-kanak akan berkeupayaan untuk belajar sendiri tanpa bantuan guru.

Selain itu, pengajaran konstruktivisme juga dikenali juga sebagai pengajaran yang berpusatkan murid. Pengajaran ini lebih banyak melibatkan murid dan lebih banyak meggalakkan penglibatan yang menyeluruh daripada mereka. Pengajaran guru seharian perlulah bijak untuk mengawal setiap pergerakan murid. Antara contoh lain pengajaran berkonsepkan konstruktivisme ialah guru membentuk beberapa kumpulan di dalam kumpulan dan memberikan mereka sedikit aktiviti untuk mereka lalui dan menggunakan pemikiran bijak mereka sendiri. Contohnya semasa melakukan eksperimen di dalam makmal Sains, mereka dibahagikan kumpulan untuk membuat pemerhatian dan kajian. Mereka akan sama-sama mengolah kemungkinan berdasarkan prosedur pemikiran mereka.

Pengajaran yang berpusatkan murid ini adalah satu pendekatan yang amat bijak bagi mencungkil bakat-bakat muda yang dicari. Dalam pendidikan di Malaysia sekarang, pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja. Sebagai contoh, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

Usaha untuk mencari makna dan sebab bersifat semula jadi. Ia semulajadi dimiliki oleh setiap individu, terserah kepada individu tersebut untuk mencubanya atau tidak. Pengajaran konstruktisme menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya. Hal ini jelas sekali menggambarkan bahawa betapa pentingnya pengalaman sedia ada untuk digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Pengalaman sedia ada ini jelas sekali boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep konstruktivisme akan berlaku pada masa itu.

Lebih-lebih lagi, usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran konstruktivisme menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.Pengajaran berasaskan konstruk ini adaah mengikut gaya pengajaran terkini iaitu pada zaman yang serba maju dan global. Corak keadaan memainkan peranan penting dalam pembelajaran konstruktivisme murid-murid. Mereka dapat berfikir tentang isu-isu semasa ketika sedang belajar. Perkaitan antara isu semasa dengan pembelajaran mereka sememangnya adalah perkara yang positif yang perlu dilakukan oleh semua guru-guru, bergantung kepada sukatan pengajaran semasa. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Sebagai contoh cerita kanak-kanak. Guru boleh membuat alat bantu untuk memberikan kefahaman kepada murid-murid, seperti pentas boneka. Murid-murid sendiri memainkan cerita dengan menggerakkan patung boneka berdasarkan cerita yang mereka pelajari. Hal ini secara tidak langsung telah menggerakkan seluruh fisiologi murid-murid. Bukan sahaja bergantung kepada maklumat dan pengajaran guru dan juga bukan sahaja intelek yang memainkan peranan. Konsep konstruktivisme secara sosial ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky di man beliau menekankan penampilan individu kanak-kanak atau murid-murid untuk berani tampil semasa proses pembelajaran berlaku.

Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah mempelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan. Oleh itu, pembelajaran melibatkan perhatian secara berfokus dan persepsi keliling perlu diamalkan dan diaplikasikan ke dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim. Pengajaran konstruktivisme juga mengambil kira faktor cuaca. Keadaan yang kurang memberansangkan pemikiran kanak-kanak ialah biasanya pada waktu petang. Waktu tersebut mereka sudah mula mengantuk dan berkeinginan untuk bermain, bukan untuk belajar. Oleh itu, konstruktivisme ini perlu diambil kira masa pengajaran dan guru perlu memilih masa yang sesuai untuk mengajar.

Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya. Pelajar berasa seronok dan khusyuk dengan memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa melakukan proses konstruk dalam pelajaran seharian mereka. Perjalanan masa pengajaran yang dilakukan oleh guru berdasarkan konsep konstruk ini amatlah melekakan murid dan biasanya memerlukan masa yang lebih panjang. Ada sesetengah guru yang tidak menjadikan masa sebagai alasan. Mereka hanya menggunakan masa yang pendek sahaja, tetapi pengajaran konstruktivisme mereka terhadap murid berkesan.

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid. Hal ini akan membantut pembelajaran konstruktivisme pelajar. Jika ramai yang akan menerima kelebihan dan faedah daripada konsep pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme ini, tidak perlulah kita sengaja membantutkan perjalanannya. Hal ini tidak akan dapat mencapai objektif pendidikan di negara di mana konstruktivisme dilihat satu konsep pengajaran yang amat mudah bagi guru dan memerlukan strategi untuk menggerakkan murid-murid di dalam bilik darjah.

Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif. Hal ini kerana eksperimen melibatkan persekitaran dan benda maujud di sekiling mereka. Maka, mereka akan senang untuk belajar dan membuat rujukan dalam mengolah beberapa idea bernas.

Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing. Pengajaran konstruktivisme mempunyai pelbagai gaya pengajaran bergantung kepada tahap kreativiti seseorang guru mengajar. Guru yang kreatif tidak perlu menggunakan dayanya dengan banyak. Konsep ini yang menekankan penglibatan murid, perlu difikirkan dan dipilih terlebih dahulu aktiviti atau kandungan pengajaran. Hal ini supaya murid-murid lebih bersedia walaupun berhadapan dengan sebarang kemungkinan.