aplikasi kbkk

7
KBKK & APLIKASI DALAM P&P Pemikiran merupakan satu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan serta membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Dalam erti kata lain kemahiran berfikir adalah proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting kerana ia membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat bantu berfikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas. Pelajar perlu menguasai kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Di samping itu penggunaan alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Berdasarkan maklumat di internet banyak maklumat dan bahan bantu mengajar boleh diperolehi, contohnya berdasarkan laman web berkaitan mata pelajaran muzik :http//:malaysiana.pnm.my yang memaparkan tentang lima kategori alat muzik tradisional. Kordofon Membranofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Pelbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Upload: mazri-muhammad

Post on 18-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ass

TRANSCRIPT

Page 1: aplikasi KBKK

KBKK & APLIKASI DALAM P&P

Pemikiran merupakan satu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan serta membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Dalam erti kata lain kemahiran berfikir adalah proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting kerana ia membolehkan murid memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Beberapa alat bantu berfikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran dalam kelas.

Pelajar perlu menguasai kaedah kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif adalah penting kerana kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran membolehkan mereka membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Di samping itu penggunaan alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

Berdasarkan maklumat di internet banyak maklumat dan bahan bantu mengajar boleh diperolehi, contohnya berdasarkan laman web  berkaitan mata pelajaran muzik :http//:malaysiana.pnm.my yang memaparkan tentang lima kategori  alat muzik tradisional.

Kordofon 

Membranofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Pelbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan  dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Erofon Idiofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi

Page 2: aplikasi KBKK

muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Erofon Bebas

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

            Berdasarkan laman web tersebut  terdapat ciri reka bentuk kemahiran berfikir antaranya iaitu  kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan  menggunakan minda untuuk menilai  kemunasabahan , kewajaran sesuatu idea, meneliti kebenaran dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Di antara kemahiran  berfikir secara kritis adalah membanding dan membeza , membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat sekuen ,urutan dan menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat inferens.

Justeru berdasarkan gambar di bawah terdapat kemahiran mikro pemikiran kritis iaiatu membuat  kategori serta mengklasifikasi lima jenis muzik tradisional.Kemahiran mengkategori  merupakan aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat , objek atau perkara mengenai sesuatu kedalam kumpulan atau kelas-kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan contohnya alat muzik yang terdapat dalam kategori alat muzik kordofon seperti rebab, gambus, Pppa , dan yan qin seperti gambar di bawah.

                                             Rebab                                                                                                     Gambus

                                                           Pipa                                                                                                  Yan Qin

Mengklasifikasi  atau mengkategori juga merupakan kemahiran berfikir dalam mengelompokkan sebilangan perkara dalam kaetegori tertentu sebagaimana contoh gambar dibawah  yang menjelaskan lima kategori alat muzik.

Page 3: aplikasi KBKK

                  Kordofon                                       Membranofon                       Erofon

Kordofon Membranofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang

mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali

yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan

lain-lain tergolong dalam kategori ini.

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang

menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane

yang ditegang dan dipalu.Pelbagai jenis alat gendang

dan rebana Melayu tergolong dalam kategori

membranofon. Kebiasaannya digunakan  dalam

menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Erofon Idiofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan

bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat

pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik

erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling

hidung dan lain lain yang sejenis.

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan

bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang

bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi

Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya.

Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat

muzik'metallophone', yang diperbuat daripada

logam gangsa seperti saron dan gendir dalam

ensemble gamelan.

                                                                Idiofon                                                                   Erofon bebas.

Selain  itu juga kemahiran berfikir secara kritis yang terdapat dalam laman web tersebut  juga

boleh menggunakan kaedah soalan dan penyoalan. Soalan penyoalan  membantu kita berfikir

secara  mendalam dan meluas, contohnya sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan

penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek

iaitu aras , skop dan fokus. Soalan yang dibentuk haruslah   mengikut aras taksonomi Bloom

Page 4: aplikasi KBKK

Berdasarkan gambaran tersebut juga pelbagai soalan lisan dapat dibentuk di antaranya :

1.      Apakah jenis alat untuk dikategorikan?2.      Apakah tujuan untuk mengkategori?3.      Apakah ciri-ciri penting alat-alat muzik tradisioanal yang hendak dikategori?

Secara ringkasnya  kemahiran mikro berfikir secara kritis dapat membantu menjana idea para pelajar berdasarkan beberapa kemahiran yang telah dinyatakan.Ciri reka bentuk yang kedua iaitu kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran  berfikir secara kreatif merupaka kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Di antara kemahiran kemahiran berfikir secara kreatif  adalah mencipta anologi , menjana dan menghasilkan idea baru dan mencipta metafora.

Berdasarkan gambar di bawah kemahiran yang diguanakan adalah menjana dan menghasilkan idea baru dimana setiap alat muzik yang dipaparkan turut dinyatakan definisi, kelompok sesuatu  alat muzik contohnya  gambus dalam ketegori alat muzik kordofon :

Gambus

 

Pengenalan

Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh

bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku

tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya.

Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan

kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi

Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya

menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain

Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Selain itu  secara tidak langsung sesuatu muzik  juga dapat dihubungkaitkan dengan muzik bagi sesuatu  budaya contohnya  kompang untuk majlis perkahwinan, nafiri untuk istiadat Pertabalan Raja, gendang dikaitkan untuk silat melayu dan sebagainya.

Page 5: aplikasi KBKK

Kemahiran  reka bentuk yang ketiga  iaitu kemahiran menyelesaikan

masalah.Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang

sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi

cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan

keseronokan  contohnya apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk

membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?

Situasi 1: Bagaimana alat-alat muzik tradisonal itu dimainkan?

Situasi 2: Pada majlis apakah alat-alat muzik itu dimainkan?

Situasi 3 : Apakah alat-alat muzik yang sesuai dimainkan bagi majlis-majlis rasmi>

Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan

masalah, antara objektif menyelesaikan masalah adalah membuat penyelesaian yang terbaik  

serta mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak

setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya. Beberapa langkah dalam

menyelesaikan masalah boleh dilaksanakan berdasarkan tahap –tahapnya seperti berikut :

Menyedari masalah

Memahami masalah

Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian

Meninjau kesan akibat

Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian

Penggunaan alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti

peta minda dan pengurusan grafik membantu menyelesaikan masalah. Kemahiran

menyelesaikan masalah sering diaplikasikan dalam pengajaran berdasarkan tahap-tahap yang

tertentu seperti berikut:

Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir

yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah

menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan 

penyelesaian.

2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik

(PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.

3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan

masalah berkaitan.

Page 6: aplikasi KBKK

Kemahiran reka bentuk yang keempat ialah membuat keputusan membuat

keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu

pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria

tertentu.Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan

kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya

sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim

"decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U.

D. G. E.

J  untuk Jot down occasion for decision

U untuk Use brainstorming for alternatives

D untuk Decide on best possibilities

G untuk Gauge positive and negative outcomes

E untuk Express selection; DECIDE.             Alat bantu berfikir yang turut digunakan pada mata pelajaran muzik tersebut dalam membuat keputusan adalah berdasarkan pengurusan grafik. Grafik yang dipaparkan mengikut kategori alat-alat muzik  memberi jalan penyelesesaian terhadap soalan-soalan yang  telah dikemukakan dan secara tidak langsung memudahkan keputusan diambil bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan contohnya; apakah alat-alat muzik yang terdapat dalam kategori alat muzik membrafon? Jawapanya sudah tentu beduk, geduk, kompang dan rebana ubi .

                                                                           Geduk                                                                                                    Rebana ubi                                               Beduk                                                                                    Kompang

                Kesimpulannya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran banyak membantu pelajar memahami kandungan pelajaran.Penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam sesuatu mata pelajaran amat diperlukan bagi memberi kefahaman yang lebih jitu dan berkesan. Pelajar akan lebih proaktif dan inovatif apabila mengalami proses pembelajaran di bilik darjah. Di samping memupuk minat dan motivasi, KBBK melahirkan pelajar yang lebih berdinamik dan berketrampilan serta wujudnya daya keyakinan dalam diri mereka.(oleh Dr Rajiee Hadi:  catatan: Disebabkan masalah teknikal, foto alat-alat muzik tidak dapat disiarkan.Harap maklum)