aplikasi komputer

20
1 BMP 3093 TUGASAN KERJA KURSUS APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU TAJUK : PAPAN CERITA PENSYARAH : ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI KUMPULAN : UPSI 06 (A131PJJ) NAMA : NIK ZAWAWI BIN NIK HUSSAIN NO MATRIKS : D20102043468

Upload: nik-zawawi

Post on 22-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Aplikasi Komputer

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Komputer

1

BMP 3093

TUGASAN KERJA KURSUS

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

TAJUK : PAPAN CERITA

PENSYARAH : ENCIK KHAIRUL AZAM BIN BAHARI

KUMPULAN : UPSI 06 (A131PJJ)

NAMA : NIK ZAWAWI BIN NIK HUSSAIN

NO MATRIKS : D20102043468

Page 2: Aplikasi Komputer

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

PENGENALAN

MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

PRINSIP ASAS MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

DEFINISI DAN KONSEP PAPAN CERITA

CIRI-CIRI PAPAN CERITA

FUNGSI PAPAN CERITA

KELEBIHAN PAPAN CERITA

PROSEDUR PAPAN CERITA

CIRI-CIRI PENERAPAN ELEMEN MULTIMEDIA

CONTOH PENYEDIAAN PAPAN CERITA

RUMUSAN

RUJUKAN

LAMPIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

4

6

7

8

9

10

11

12

13

14

16

15-16

Page 3: Aplikasi Komputer

3

PENGENALAN

Penyediaan 'Papan Cerita' ialah langkah pertama dalam pembangunan perisian pengajaran

dan pembelajaran berasaskan komputer. 'Papan Cerita' dijadikan bahan khusus untuk memastikan

perisian yang dibangunkan mengikut standard spesifikasi yang telah ditetapkan oleh sesuatu model

pembangunan perisian. Komputer merupakan alat elektronik yang sangat kompleks dan mempunyai

banyak manfaat kepada manusia. Tambahan pula, alat ini dapat berfungsi sebagai alat bagi

membantu golongan profesional dalam kalangan guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, komputer perlu digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru

supaya alat ini dapat menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat

memperkayakan pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses

maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi

peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan

unit pemprosesan pusat (CPU). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PPK, 2001:1). Dengan itu, dapatlah

dikatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengambil kira dari segi

pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pembelajaran terancang serta bersesuaian dengan aktiviti-

aktiviti di dalam bilik darjah dan sangat berkesan.

Menurut Rozinah Jamaluddin (2005:2), istilah multimedia merupakan istilah yang menjadi

trend dalam era teknologi maklumat (IT – Information Technology). Perkataan multi bermaksud

“banyak” atau “pelbagai” dan media bermaksud “perantara untuk berkomunikasi”. Malahan,

penggunaan multimedia melibatkan penggunaan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk

tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan komputer. Dengan kuasa komputer peribadi yang

canggih lagi murah, ia membolehkan kita mengakses kepada produk multimedia, bahasa alat

pengarangan yang mudah difahami dan digunakan. Penemuaan hipermedia dan teknologi cakera

padat yang canggih menghasilkan apa yang dikatakan sebagai multimedia interaktif pada hari ini

(Rozinah Jamaludin 2005:2).

Page 4: Aplikasi Komputer

4

MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

Antara fungsi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan multimedia

juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif. Keadaan ini dapat

dibuktikan melalui penggunaan teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak yang

mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Mail Elektronik (E-mel)

merupakan salah satu perkhidmatan internet yang digunakan secara meluas. Selain itu, listservs,

Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internet yang membolehkan kita

berkomunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini telah memudahkan kita untuk

berkomunikasi antara satu sama lain tanpa batasan dengan menggunakan komputer yang

dihubungkan dengan internet.

Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan kepada masyarakat. Kini

tradisi penyebaran dan penghayatan Bahasa Melayu telah menerima dimensi baru iaitu pembelajaran

Bahasa Melayu boleh dihayati dalam bentuk multimedia.

Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi computer yang menggabungkan

penggunaan unsur digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan

maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau

perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan komputer untuk

mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.Oleh itu, multimedia telah

dijadikan satu medium untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran Bahasa

Melayu yang terdiri daripada aspek pemahaman dan penulisan.

Konsep

Multimedia merupakan salah satu medium atau pengantara yang digunakan untuk

menyebarkan pembelajaran Bahasa Melayu kepada masyarakat umum.Bahasa Melayu dalam

konteks ini merujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk disebarkan melalui medium

multimedia. Dengan adanya multimedia, kefahaman terhadap ilmu pemahaman dan penulisan

Bahasa Melayu akan dapat difahami dengan mudah dan berkesan.

Page 5: Aplikasi Komputer

5

Fungsi

Terdapat pelbagai fungsi multimedia dalam Bahasa Melayu antaranya ialah :

Mempelbagaikan medium Bahasa Melayu.

Selama ini medium Bahasa Melayu mungkin tidak terlibat secara langsung dalam

penggunaan computer dan elemen multimedia yang lain.

Memperjelaskan konsep yang abstrak.

Dalam pembelajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa konsep yang abstrak. Sebagai contoh

jika kita ingin memperjelaskan tatabahasa tertentu seperti kata kerja, multimedia mampu

membantu menjelaskan kata kerja tersebut secara grafik, animasi, audio video dan teks. Di

situ kita mampu menjelaskan perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin pada aspek

yang lebih abstrak lagi, bahan-bahan Bahasa Melayu akan lebih mudah difahami.

Penggunaan pelbagai indera.

Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memahami tentang sesuatu perkara. Oleh itu

multimedia mampu menarik perhatian panca indera kita samada melalui pandangan mata,

pendengaran, perasaan dan daya sentuh kita ketika berinteraksi secara interaktif dengan

bahan multimedia.

Kesan apresiasi yang lebih mendalam.

Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan terhadap sesuatu perkara. Oleh

itu, multimedia mampu memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan pembelajaran

Bahasa Melayu itu divideo, dilukis dan dianimasikan.

Page 6: Aplikasi Komputer

6

PRINSIP ASAS MULTIMEDIA DALAM BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa prinsip asas yang perlu diketahui antaranya ialah :

Teks

Teks adalah terdiri dari huruf, symbol, abjad, nombor dan statistik. Ia menggunakan pelbagai

jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks

juga memainkan peranan penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia

yang lain boleh digunakan ketika bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik.

Umpamanya unsur animasi boleh digunakan letika mempersembahkan teks.

Grafik

Ia merupakan apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam

bentuk 2D atau 3D. kadang-kadang grafik juga boleh dipersembahkan dalam bentuk

histogram mudah, plot graf, carta dan ilutrasi.

Audio visual

Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia merupakan satu cara yang berkesan

untuk menarik perhatian pengguna multimedia. Kadang-kadang ia berbentuk kesan bunyi

yang ringkas akan dapat menarik perhatian. Malah kesan bunyi akan lebih menarik jika

disertakan pula bunyi muzik dan lagu. Audio juga boleh diambil daripada bunyi alam seperti

suara ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain.

Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat yang gagal ditangani

oleh media lain. Unsure video dalam multimedia membawa satu perubahan besar di dalam

kaedah penyaluran maklumat. Kebanyakkan video mampu membawa unsure menyerupai

keadaan sebenar.

Animasi

Animasi adalah pergerakkan bagi sesuatu objek. Animasi dalam aplikasi multimedia mampu

menarik perhatian khalayak ( penonton, pembaca dan pendengar). Animasi sesuatu yang

Page 7: Aplikasi Komputer

7

mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi

tersebut.

DEFINISI DAN KONSEP PAPAN CERITA

Papan Cerita adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input maklumat dalam proses

pemindahan dalam bentuk multimedia. Papan cerita memperincikan kandungan dan keperluan yang

diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan atau persembahan.

Papan cerita juga adalah sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang dilihat oleh pengguna bersama

dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame).

Oleh itu, paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita pembangun

perisian perlu mengaplikasikan konsep letak. Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka

bentuk. Dengan kata lain, papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang

apa yang hendak dipaparkanya dalam satu persembahan perisisan multimedia.

Papan cerita juga merupakan himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan

dalam aplikasi perisian multimedia.

Menurut Wikipedia, “storyboards are graphic organizer in the form of illustration or images

displayed in sequence for the purpose of pre-visualizing a motion picture, animation, motion graphic

or interactive media sequence”. Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat berikut :

Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai.

Warna,penempatan dan saiz grafik

Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai

Animasi, video dan suara.

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu :

Papan cerita produksi

Papan cerita Lembaran Konsep atau lukisan

Papan cerita TV.

Papan cerita Animatik

Papan cerita digital.

Page 8: Aplikasi Komputer

8

CIRI-CIRI PAPAN CERITA

Terdapat empat ciri papan cerita antaranya:

Tidak bersifat rigid

Papan cerita tidak menetapkan secara khusus formatnya. Apa yang penting,elemen

multimedia harus ada dapat dijelaskan di atas lakaran papan cerita. Bentuk format tersebut

adalah bergantung kepada kreativiti pencipta papan cerita. Semakin banyak rancangan, maka

semakin luas ruang yang perlu disediakan dalam papan cerita.

Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks, grafik, animasi atau

audio-visual.

Walaupun tidak rigid dari segi format, namun maklumat yang wajib ada dalam sesebuah

papan cerita mesti mengandungi teks, grafik, animasi dan audio-visual. Setiap elemen ini

perlu diperjelaskan secara detail agar tidak menimbulkan kekeliruan ketika proses membina

multimedia.

Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada sejumlah bingkai.

Terdapat banyak bingkai dalam sesebuah papan cerita. Setiap bingkai akan menentukan

rancangan aktiviti masing-masing.

Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian.

Setiap bingkai akan mencatatkan perincian yang dapat menjelaskan kepada sesiapa sahaja

yang membaca papan cerita tersebut. Jika tiada perincian dibuat, mungkin akan

mendatangkan masalah jika proses pembinaan itu dibuat oleh pihak lain.

Page 9: Aplikasi Komputer

9

FUNGSI PAPAN CERITA

Terdapat empat fungsi papan cerita antaranya:

Persediaan bahan.

Papan cerita ini akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan multimedia yang akan

dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan gambar yang dilukis, maka catatan dipapan

cerita akan membantu ingatan Pembina multimedia agar menyediakan lukisan berkenaan.

Begitu juga jika memerlukan bahan lain seperti bahan video, bahan audio dan visual yang

lain.

Penyediaan instrument multimedia.

Instrument multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita sebagai bahan yang berkai

dengan “hardware” dan “software”. Keperluan instrument ini bergantung kepada kemampuan

pihak yang akan membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie maker

dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware seperti kamera, alat imbasan,

perakam suara dan lain-lain. Semua instrument ini akan dicatat dalam papan cerita.

Penyediaan keperluan.

Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga dicatat di dalam sesebuah

papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah

multimedia. Umpamanya, jika sesebuah papan cerita titu memerlukan aktiviti rakaman, maka

sebuah studio yang sesuai perlu disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan

keperluan lebih lama berbanding proses mencipta multimedia.

Perbelanjaan.

Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di dalam sesebuah papan cerita.

Namun segala keperluan yang dicatatkan tentunya mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan

cerita akan membantu seseorang Pembina multimedia menganggarkan kadar perbenlanjaan

yang akan dikeluarkan. Semakin canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah

perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.

Page 10: Aplikasi Komputer

10

KELEBIHAN PAPAN CERITA

Terdapat beberapa kelebihan papan cerita antaranya :

Papan cerita membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea.

Pembangun perisian dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal.

Papan cerita membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindahkan di

atas paparan computer.

Papan cerita membolehkan pembangun perisian merancang dan mengaplikasikan teori

pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.

Dengan membuat lakaran awal segala perubahan dapat dilakukan dengan mudah.

Penggunaan papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang

penting.

Papan cerita menjimatkan masa kos pembinaan perisian.

Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan pelbagai teknik reka

bentuk perisian.

Elemen yang diambil kira ketika membina papan cerita ialah seperti berikut :

Warna latar belakang

Jenis font

Saiz huruf

Warna huruf

Format gambar

Format video

Format audio

Format animasi.

Page 11: Aplikasi Komputer

11

PROSEDUR PAPAN CERITA

Terdapat lima prosedur antaranya :

Perancangan.

Menentukan matlamat utama ( siapa penonton dan apa yang hendak mereka pelajari).

Topik dan kandungan yang akan dimasukkan. Selain itu hubungan antara topik iaitu

bagaimana ia digabungkan. Reka bentuk samada berfungsi kepada pengguna atau tidak.

Bagaimana pereka bentuk akan menggabungkan tugas-tugas yang terlibat.

Perbincangan.

Mencari dan mengumpulkan maklumat yang sesuai.

Memilih dan menginterpretasikan sumber maklumat.

Menentukan bagaimana maklumat akan dipersembahkan iaitu dalam bentuk media apa,

samada teks, grafik, suara, video atau gambar.

Menentukan bagaimana semuanya dapat dihubungkan antara satu sama dengan yang lain.

Pelaksanaan.

Bentuk kumpulan yang bersesuaian.

Nyatakan matlamat kumpulan.

Berunding dan agihkan tugas yang akan dilakukan.

Memantau prestasi individu dan kumpulan.

Dapatkan persetujuan pendapat dan pendekatan daripada semua ahli demi untuk mencapai

matlamat.

Kenalpasti keperluan.

Fikirkan apa yang akan dilakukan.

Ia dapat digunakan oleh khalayak umum.

Perlu teliti dalam memilih maklumat.

Perisian yang dipilih mestilah berkualiti dan boleh diguna secara efektif.

Page 12: Aplikasi Komputer

12

Elemen multimedia.

Memberi kesan dan daya tarikan.

Membantu memberikan kefahaman.

Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan konsep.

Mengambilkira elemen sosio budaya dan sentitiviti.

CIRI-CIRI PENERAPAN ELEMEN MULTIMEDIA

Terdapat beberapa ciri penerapan elemen multimedia iaitu :

Memberi kesan dan daya tarikan

Kesan dan daya tarikan akan dapat diterapkan melalui beberapa kaedah seperti kesan bunyi

dan kesan cahaya.

Membantu memberikan kefahaman

Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan bahasa dalam teks. Ia boleh difahami juga

melalui kesan ilutrasi dan gambaran suasana.

Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan sesuatu konsep.

Percanggahan akan membawa kepada konflik dari sudut pemahaman maksud tentang sesuatu

perkara.

Mengambil kira elemen sosial budaya dan sensitiviti.

Aspek sosio budaya dan sensitivity ini perlu diambil kira semasa memasukkan elemen

multimedia. Kadang-kadang symbol-simbol tertentu sangat sensitive kepada sesetengah

penganut agama. Malah kadang kala warna juga memainkan peranan penting kepada

sebilangan masyarakat tertentu. Oleh itu menjaga hati dan perasaan sebahagian ahli

masyaralat juga perlu diambil kira ketika membina multimedia.

Page 13: Aplikasi Komputer

13

FORMAT 1 : CONTOH PENYEDIAAN PAPAN CERITA

Lakaran Rekabentuk Skrin Maklumat Skrin

Skrip / Naration/ Catatan :

Menjelaskan pengkhususan matapelajaran bagi subtajuk yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.

Elemen Audio / Video : Muzik latar – rentak muzik bunyi binatang dan arahan yang perlu dilakukan oleh murid

pada ruang paparan.

No. Skrin

:

01 drp 12

Grafik / Imej / Animasi : Gambaran corak kehidupan komuniti di hutan

Transisi Auto/ Manual : Manual

Hyperlink : Ada

Skrip / Naration/ Catatan :

Bahagian 1 : Memaparkan slot cerita pendek yang disediakan pada ikon cerita.

Elemen Audio / Video : Muzik latar – Romantic Guitar No. Skrin

:

02 drp

12

Grafik / Imej / Animasi : Gambaran Hidupan Liar Semulajadi

Transisi Auto/ Manual : Manual

Hyperlink : Ada

Page 14: Aplikasi Komputer

14

FORMAT 2 :

BIL HURAIAN

Lakaran Teks – menjelaskan teks yang akan dipaparkan

di bahagian lakaran

Catatan :

Mencatatkan perkara lain yang boleh

dipertimbangkan dalam proses penghasilan

multimedia.

Grafik – menjelaskan grafik yang akan

dipaparkan di bahagian lakaran.

Animasi – menjelaskan animasi yang akan di

paparkan di bahagian lakaran.

Audio-visual – menjelaskan animasi yang akan

di paparkan di bahagian lakaran.

RUMUSAN

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi banyak manfaat

kepada manusia pada hari ini terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru. Hal ini demikian

kerana, gabungan elemen-elemen yang terdapat pada multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi,

video telah mnejadikan pengajaran yang dijalankan oleh guru menjadi lebih efektif dan seterusnya

dapat menarik minat para pelajar yang mengikuti pembelajaran tersebut. Malahan, para pelajar juga

akan dapat belajar pada tahap kendiri dan pada masa yang boleh ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Keadaan ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Di samping

itu, pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif iaitu tidak

memerlukan tenaga pengajar, sebaliknya hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja.

Penggunaan media ini bergantung kepada keperluan persembahan papan cerita. Media yang

hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada penonton. Antara kepentingan yang

diharap dapat membantu pelajar dalam penggunaan multimedia adalah keupayaan multimedia

membantu pelajar memahami dunia pengarang. Melalui pendedahan dengan bahan bantu secara

multimedia pelajar dapat memahami pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Pelajar

juga dapat menikmati pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mudah apabila mereka dapat akses

Page 15: Aplikasi Komputer

15

kepada rujukan lain seperti teknik penulisan yang betul, kosa kata dan sebagainya. Pelajar dapat

memahami latar dengan mudah melalui foto dan video. Ini membolehkan pelajar dapat menimba

pengalaman yang sebenar semasa pembelajaran di jalankan. Bahan-bahan bantu ini antara yang

penting untuk menjadikan multimedia lebih releven dengan teks semata-mata.

Pandangan ini adalah sebagai dimensi yang harus difikirkan dalam penggunaan multimedia

dalam Bahasa Melayu. Meskipun tujuan bahagian ini diketengahkan kepada pelajar adalah untuk

membolehkan pelajar menghasilkan bahan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan

multimedia,tetapi pengetahuan tentang kepentingan multimedia dalam pendidikan juga harus

diperolehi. Ia sebagai langkah pertama ke arah penghasilan Bahasa Melayu menggunakan

multimedia.

Kita harus bergerak dalam perubahan ini. Bahasa Melayu harus dinikmati dengan gaya baru

dan wahana baru yang lebih berkesan. Kita tidak harus biarkan Bahasa Melayu tertinggal dari arus

pembaharuan ini sebaliknya berupaya membina dimensi yang lebih efektif dengan pembaharuan

yang ada.

2710 patah perkataan

Page 16: Aplikasi Komputer

16

RUJUKAN

1.Abd Kadir Arifin (2007). Pendidikan andragogi. Alor Setar, Kedah: Manafad Trading.

2.Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

KualaLumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

3.Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

4.Abdul Rasid Jamian & Arba’ie Sujud (2001). Integrasi media pengajaran bahasa dan sastera.

Selangor: UPM.

5.Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian

kes di Pulau Pinang. Diperoleh pada Februari 18, 2011 daripada http://web.usm.my/km/24-

06/KM%20ART%2011.pdf.

6Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2009). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

7.Abtar Kaur (2001). Multimedia dan internet dalam peningkatan pemikiran pelajar. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

8.Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd.

9.Open University Malaysia (OUM) (2003). EDUH 3015 Prinsip Teknologi Pengajaran, Pusat

Pengajian Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial : Malondo Printers Sdn Bhd.

10.Sharifah Alwiah Alsagoof (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Page 17: Aplikasi Komputer

17

LAMPIRAN PAPAN CERITA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK : Jenis-jenis Haiwan dan Makanannya

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengetahui jenis-jenis haiwan

dan makanannya.

MEDIA : papan cerita ( Power point )

HAIWAN

MAKAN TUMBUHAN

MAKAN HAIWAN LAIN

MAKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Seterusnya

Seterusnya

Sebelum

Papan cerita 1 Papan cerita 2

Seterusnya

Sebelum

Sebelum

Papan cerita 3 papan cerita 4

Page 18: Aplikasi Komputer

18

Sila jawab soalan-soalan di bawah

dengan memilih butang A, B, atau

C.

Pengukuhan

SETERUSNYA

Apakah keperluan asas

haiwan?

SOALAN 1

A. Pakaian

B. Makanan

C. Kenderaan

Papan cerita 5 papan cerita 6

TAHNIAH!!!

JAWAPAN ANDA

BETUL….

JAWAPAN ANDA SALAH…

SILA CUBA LAGI

Papan cerita 7 papan cerita 8

Ayam boleh dikategorikan

sebagai haiwan?

SOALAN 2

A. Karnivor

B. Omnivor

C. Herbivor

TAHNIAH!!!

JAWAPAN ANDA

BETUL….

Papan cerita 9 papan cerita 10

Page 19: Aplikasi Komputer

19

JAWAPAN ANDA SALAH…

SILA CUBA LAGI

Apakah yang dimaksudkan dengan

haiwan herbivor?

Soalan 3

B. Haiwan yang makan

daging sahaja

A. Haiwan yang hanya

makan tumbuhan sahaja

C. Haiwan yang makan

tumbuhan dan daging

papan cerita 11 papan cerita 12

TAHNIAH!!!

JAWAPAN ANDA

BETUL….

JAWAPAN ANDA SALAH…

SILA CUBA LAGI

papan cerita 13 papan cerita 14

Haiwan apakah yang tidak boleh

terbang?

A. Ayam

B. Burung Unta

C. Burung merpati

SOALAN 4

TAHNIAH!!!

JAWAPAN ANDA

BETUL….

papan cerita 15 papan cerita 16

Page 20: Aplikasi Komputer

20

JAWAPAN ANDA SALAH…

SILA CUBA LAGI

5. Manakah antara berikut

merupakan haiwan

karnivor?

A. Harimau

B. Panda

C. Kucing

SOALAN 5

papan cerita 17 papan cerita 18

TAHNIAH!!!

JAWAPAN ANDA

BETUL….

JAWAPAN ANDA SALAH…

SILA CUBA LAGI

papan cerita 19 papan cerita 20