aplikasi google meet sebagai medium pembelajaran bahasa

14
International Conference on Business Studies and Education (ICBE) e-ISBN: 978-967-19611-0-0 30 Received: 07 June 2021 Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021 Publisher: ICBE Publication Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Ugartini Magesvaran 1 , Zamri Mahamod 2 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: [email protected] Abstrak Penggunaan aplikasi Google Meet (GM) untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian merupakan salah satu kaedah dalam manual pengajaran yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar, dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar ketika penggunaan aplikasi GM sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian di sekolah menengah. Peninjauan secara kuantitatif dijalankan dengan penglibatan seramai 181 orang pelajar daripada dua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan item menunjukkan nilai yang tinggi, iaitu alpha Cronbach =0.705. Data soal selidik dianalisis melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar berada pada tahap yang sederhana dimana masing-masing mencatat min=3.17 dan min=1.79. Hasil analisis inferensi, terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kemudahan internet, pekerjaan ibubapa serta pendapatan ibubapa dengan tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar (p<0.05). Analisis korelasi didapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar (r=-0.388, p<0.01) iaitu masing-masing mempengaruhi satu sama lain di mana semakin rendahnya tahap kesediaan pelajar disebabkan oleh semakin tingginya kekangan yang dihadapinya oleh pelajar ketika penggunaan GM sebagai medium PdP bahasa Melayu. Komitmen daripada semua pihak amat dititikberatkan dalam menyelesaikan kekangan-kekangan berikut serta dapat mengukuhkan lagi strategi pelaksanaan PdP secara dalam talian agar dapat membina mutu pendidikan yang terbaik standing dengan Negara-negara maju yang lain. Kata kunci : Aplikasi Google Meet, Bahasa Melayu, pembelajaran secara dalam talian, pelajar sekolah menengah I. PENGENALAN Pandemik Coronavirus (Covid-19) yang merupakan sejenis penyakit telah pun melanda dunia sekarang. Ia telah memberi impak yang sangat besar kepada setiap sektor khususnya bidang pendidikan sama ada pengajian tinggi, sekolah menengah mahupun sekolah rendah tidak terlepas daripada kesan buruknya [18]. Oleh hal yang demikian, kerajaan terpaksa mengambil tindakan dengan menutup semua institut pengajian dan sekolah secara serentak kerana penularan penyakit ini masih belum mempunyai penyelesaian yang tetap. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan demikian dititikberatkan selepas penganalisian data terhadap kes positif dalam kalangan warga sekolah, pelajar dan guru yang semakin meluas semasa gelombang ketiga Covid- 19 [6]. KPM juga menyatakan data kehadiran pelajar ke sekolah juga telah terjejas akibat daripada faktor ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anaknya walaupun tiada kes di sesuatu kawasan. Jadi, langkah yang proaktif telah diambil oleh kerajaan dengan memberitahu masyarakat perlu membuat persediaan awal untuk berhadapan dengan sistem pendidikan yang berlainan mengikut norma baharu berbanding amalan yang telah dilalui sebelum ini. Menurut Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin 2020, amalan baharu iaitu pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian perlu diadaptasi oleh setiap pihak terutamanya pelajar dan guru dalam usaha memastikan setiap murid dan pelajar tidak ketinggalan pendidikan [2]. Pernyataan ini disokong oleh Muniroh Hamat et. al [17], yang berpendapat bahawa ia merupakan satu pilihan yang terbaik serta langkah alternatif dalam menghadapi norma baharu ini. Dengan ini, pelbagai cabaran akan dihadapi oleh para pendidik terutamanya guru-guru bahasa Melayu. Implikasi terhadap struktur PdP dimana daripada proses PdP secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini. PdP

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

30

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Aplikasi Google Meet sebagai Medium

Pembelajaran Bahasa Melayu Secara dalam Talian

di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Ugartini Magesvaran1, Zamri Mahamod2

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

E-mail: [email protected]

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

E-mail: [email protected]

Abstrak

Penggunaan aplikasi Google Meet (GM) untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam

talian merupakan salah satu kaedah dalam manual pengajaran yang telah diperkenalkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KKM). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar, dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar ketika penggunaan aplikasi GM sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu secara

dalam talian di sekolah menengah. Peninjauan secara kuantitatif dijalankan dengan penglibatan seramai 181

orang pelajar daripada dua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Satu kajian rintis telah dijalankan

terhadap 30 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen soal selidik kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan item menunjukkan nilai yang

tinggi, iaitu alpha Cronbach =0.705. Data soal selidik dianalisis melalui perisian Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar berada pada tahap yang sederhana dimana masing-masing mencatat min=3.17 dan min=1.79. Hasil

analisis inferensi, terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kemudahan internet, pekerjaan ibubapa serta

pendapatan ibubapa dengan tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar (p<0.05). Analisis

korelasi didapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh

pelajar (r=-0.388, p<0.01) iaitu masing-masing mempengaruhi satu sama lain di mana semakin rendahnya tahap

kesediaan pelajar disebabkan oleh semakin tingginya kekangan yang dihadapinya oleh pelajar ketika

penggunaan GM sebagai medium PdP bahasa Melayu. Komitmen daripada semua pihak amat dititikberatkan

dalam menyelesaikan kekangan-kekangan berikut serta dapat mengukuhkan lagi strategi pelaksanaan PdP secara

dalam talian agar dapat membina mutu pendidikan yang terbaik standing dengan Negara-negara maju yang lain.

Kata kunci : Aplikasi Google Meet, Bahasa Melayu, pembelajaran secara dalam talian, pelajar sekolah menengah

I. PENGENALAN

Pandemik Coronavirus (Covid-19) yang merupakan

sejenis penyakit telah pun melanda dunia sekarang.

Ia telah memberi impak yang sangat besar kepada

setiap sektor khususnya bidang pendidikan sama

ada pengajian tinggi, sekolah menengah mahupun

sekolah rendah tidak terlepas daripada kesan

buruknya [18]. Oleh hal yang demikian, kerajaan

terpaksa mengambil tindakan dengan menutup

semua institut pengajian dan sekolah secara

serentak kerana penularan penyakit ini masih

belum mempunyai penyelesaian yang tetap.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM), keputusan demikian dititikberatkan selepas

penganalisian data terhadap kes positif dalam

kalangan warga sekolah, pelajar dan guru yang

semakin meluas semasa gelombang ketiga Covid-

19 [6]. KPM juga menyatakan data kehadiran

pelajar ke sekolah juga telah terjejas akibat

daripada faktor ibu bapa yang bimbang terhadap

keselamatan anaknya walaupun tiada kes di sesuatu

kawasan. Jadi, langkah yang proaktif telah diambil

oleh kerajaan dengan memberitahu masyarakat

perlu membuat persediaan awal untuk berhadapan

dengan sistem pendidikan yang berlainan mengikut

norma baharu berbanding amalan yang telah dilalui

sebelum ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Dr

Radzi Jidin 2020, amalan baharu iaitu pengajaran

dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian perlu

diadaptasi oleh setiap pihak terutamanya pelajar

dan guru dalam usaha memastikan setiap murid dan

pelajar tidak ketinggalan pendidikan [2].

Pernyataan ini disokong oleh Muniroh Hamat et. al

[17], yang berpendapat bahawa ia merupakan satu

pilihan yang terbaik serta langkah alternatif dalam

menghadapi norma baharu ini. Dengan ini,

pelbagai cabaran akan dihadapi oleh para pendidik

terutamanya guru-guru bahasa Melayu. Implikasi

terhadap struktur PdP dimana daripada proses PdP

secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian

disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini. PdP

Page 2: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

31

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

secara dalam talian tidak akan menjadi satu amalan

yang baharu kepada guru-guru bahasa Melayu dan

pelajar kerana KPM telah pun mewujudkan

kepentingan teknologi maklumat dalam sistem

pendidikan sebagai anjakan ketujuh iaitu faedah

ICT untuk meningkatkan kualiti pendidikan di

Malaysia [8]. Walaubagaimanapun, situasi ini akan

menjadi sukar kepada kebanyakkan guru kerana

mereka hanya memiliki pengetahuan asas dalam

penggunaan teknologi bukannya mengenal semua

fungsi direktori [14]. Terdapat pelbagai platform

atau aplikasi digital yang boleh digunakan oleh

guru-guru mengikut kesesuaian sendiri seperti

Google Meet (GM), Microsoft Teams, Google

Classroom, Youtube, Zoom dan sebagainya untuk

meneruskan aktiviti PdP secara dalam talian pada

norma sekarang.

Kajian ini akan berfokus kepada

penggunaan aplikasi GM dalam pembelajaran

Bahasa Melayu secara dalam talian di kalangan

pelajar sekolah menengah. Nor Fauziana Mohd

Salleh [18], berpendapat bahawa kerjasama dan

komitmen dari setiap pihak amat diperlukan

terutamanya guru-guru yang mengajar Bahasa

Melayu perlu bersedia dari segi kemahiran dan

pengetahuan tentang teknologi maklumat,

penyediaan kaedah penilaian dan sebagainya malah

pelajar pula perlu bersedia dengan capaian internet

yang memuaskan agar proses PdP berjalan lancar

dan teratur. Kini, ramai pelajar mempunyai akses

kepada peralatan teknologi sehingga mereka

berpengetahuan tinggi berbanding guru. GM akan

menjadi satu platform yang menyeronokkan kerana

wujudnya komunikasi antara pelajar dan guru,

fleksibel serta dinamik di mana pendidik boleh

menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Ringkasnya, penggunaan aplikasi GM sebagai

medium PdP Bahasa Melayu dalam kalangan

pelajar sekolah menengah akan mewujudkan satu

persekitaran yang kondusif bersamaan persekitaran

dalam bilik darjah.

Menurut Yusup Hashim [30], dalam

pembelajaran bersemuka penggunaan kaedah,

strategi serta interaksi pelajar dengan guru di dalam

kelas mahupun luar kelas diperlukan dengan

bantuan papan putih atau projektor overhed. Hal ini

sama juga dengan pelaksanaan proses PdP melalui

GM di mana penekanan diberi pada interaksi dua

hala dan aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran

yang bersesuaian mengikut kognitif pelajar. GM

mempunyai kelebihan yang banyak berbanding

aplikasi lain dimana para guru boleh menggunakan

ia untuk pembelajaran maya. PdP secara dalam

talian tidak akan menjadi satu isu yang rumit

kerana menurut Hayati Ismail [8], sebanyak 80

peratus iaitu majoriti pelajar sekolah menengah

mempunyai peranti telekomunikasi. Bagi pelajar-

pelajar yang tidak dapat mengikuti GM Meet

secara dalam talian, mereka mempunyai peluang

untuk menonton rakamannya pada bila-bila masa.

Dengan adanya kelebihan GM ini, maka usaha guru

tidak akan menjadi bagai mencurah air ke daun

keladi malah dapat memastikan setiap pelajar tidak

ketinggalan pendidikan.

Aplikasi GM juga mempunyai fitur White

board dimana guru-guru boleh mengajar dengan

menulis, melukis dan sebagainya bersamaan

kaedah Chalk and Talk dalam kelas. Hal ini dapat

membantu guru-guru Bahasa Melayu yang tidak

seberapa bijak menggunakan teknologi dalam

mewujudkan bahan bantu mengajar (BBM).

Kelebihan GM pastinya akan memuaskan

kehendak para pendidik dalam menyampaikan

pengajarannya kerana ia juga merupakan satu

aplikasi media yang alternatif untuk proses PdP

yang mampu ditampilkan pada aplikasi Android,

aplikasi web mahupun iOS [9]. Platform GM telah

menjadi norma baharu yang perlu diaplikasikan

dalam rutin harian pekerjaan bagi kebanyakkan

orang khususnya guru-guru yang bekerja secara

maya. Mahu tidak mahu, wabak Covid-19 yang

melanda dunia ini rupanya memberi kebaikan dan

hikmah yang meluas kepada para pendidik dalam

usaha guru-guru boleh meneroka faedah menerusi

teknologi maklumat yang sedia ada kini dengan

mengaplikasikan kreativiti dan kebolehan mereka

[17].

Rumusannya, pandemik Covid-19 bukan

sahaja mempengaruhi PdP secara konvensional

tertangguh, malah ia juga telah menjadi semakin

mencabar kepada guru-guru Bahasa Melayu. Jadi,

guru-guru dan pelajar mesti bersedia dengan norma

baharu ini dan menjadikan ia sebagai kebiasaan

harian kerana tidak ada pilihan selain daripada

memanfaatkan teknologi maklumat menerusi

pelbagai aplikasi dalam talian demi kelangsungan

proses PdP pelajar [18]. Struktur pendidikan kini

memerlukan guru-guru yang mempunyai

pengetahuan ICT. Walaupun pandemik Covid-19

ini telah memberi kesan yang sangat buruk kepada

masyarakat, tetapi ia telah memberi satu peluang

yang sangat besar kepada semua guru dalam

melengkapkan diri dengan penguasaan teknologi

digital secara mendalam. Hal ini akan memudahkan

guru-guru untuk mempelbagaikan strategi dan

kaedah PdP Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru

perlu beradaptasi dengan norma baharu ini untuk

menyiapkan pelajar yang celik teknologi digital

dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

II. KAJIAN LITERATUR

A. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Secara

dalam Talian

PdP secara dalam talian adalah segala aktiviti yang

melibatkan pelajar dan guru menggunakan mana-

mana platform digital dalam talian bagi

Page 3: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

32

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

menjalankan sesi PdP [15]. J.J Arias et al [10],

telah membuat satu kajian perbandingan antara

pembelajaran atas talian dengan pembelajaran

secara bersemuka mendapati bahawa kos

pengendalian PdP dalam talian lebih murah. Beliau

mengatakan bahawa pelajar dari kawasan

pedalaman juga dapat mengikuti PdP dalam talian

secara berkesan. Walaupun kos yang rendah,

pengiraan latar belakang sosioekonomi pelajar

amat mengutamakan dalam bersedia dengan

keperluan-keperluan untuk mengikuti PdP secara

dalam talian. Kini ia merupakan suatu kewajipan

serta keperluan bagi bidang pendidikan secara

menyeluruh dalam mencegah penularan wabak

Covid-19 secara besar-besaran [16].

Shazarina Zdainal Abidin et al [26],

berpendapat bahawa perubahan ini telah amat

bimbangkan pelajar mahupun guru-guru turut

berhadapan dengan keresahan yang tersendiri. Hal

ini kerana, walaupun guru-guru bersemangat dalam

menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran,

namun jika tidak mempunyai penyertaan dan

kesediaan daripada pelajar maka objektif sesi PdP

tidak dapat dicapai dengan sempurna [17].

Pernyataan ini sokong oleh Siti Balqis Mahlan dan

Muniroh Hamat [27], yang menyatakan hasil

tinjauan kajian mereka mendapati terdapat

segilintir pelajar tidak memberi kerjasama dan

masih belum bersedia dengan PdP dalam talian.

Pelajar-pelajar perlu menyesuaikan

dengan PdP secara dalam talian yang membolehkan

mereka untuk membina kemahiran dengan

pembelajaran kendiri kerana pemikiran dahulu iaitu

menunggu cikgu untuk memulakan pembelajaran

dimana bergantung semata-mata dengan bantuan

guru, tidak sesuai pada norma baharu ini [17].

Walaubagaimanapun hasil kajian oleh Briliannur et

al [5], mendapati bahawa PdP secara dalam talian

bagi pelajar sekolah adalah kurang berkesan kerana

wujudnya kekangan ekonomi dari segi sarana dan

prasarana serta persediaan guru dari segi tahap

pengetahuan juga amat dititikberatkan. Kekangan

ekonomi telah menyebabkan pelajar-pelajar tidak

dapat menyediakan peranti digital, kelajuan

rangkaian jalur lebar yang kurang menyeluruh,

kesukaran mengakses internet dan sebagainya.

Menurut Nor Fauziana Mohd Salleh [18],

PdP secara dalam talian ini memerlukan kerjasama

dan komitmen daripada semua pihak terutamanya

guru dari segi pengetahuan dalam kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Guru-

guru perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu

ini kerana ia akan menjadi satu peluang kepada

guru dalam mendalami pengetahuan dari segi

teknologi yang akan membantu mempelbagaikan

corak pengajarannnya dalam era pandemik Covid-

19 ini demi kelangsungan sesi pembelajaran yang

berkesan. Menurut Muhammad Izzat Mailis,

Zuraini Hanim dan Nur Hafizaliyana [16],

penggunaan teknologi dalam PdP yang lebih

dikenali sebagai istilah ‘teknologi pendidikan’ telah

mula dilaksanakan secara meluas di negara ini.

Kemajuan teknologi bukan sahaja memudahkan

proses PdP bahkan meningkatkan kualitinya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah

pun menekankan tentang penggunaan TMK dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 pada anjakan ke-7. PPPM

mempraktikkan penghasilan pelajar dan guru yang

mahir dalam penggunaan teknologi demi

memenuhi tuntutan masa depan [21].

Kini, pandemik Covid-19 telah membawa

satu perubahan besar dimana keseluruhan PdP

bergantung kepada teknologi sepenuhnya. Secara

langsung ia akan menjadi satu platform yang

berguna kepada pelajar dan guru bagi menguasai

kemahiran teknologi dalam mendepani alaf 21 [16].

Pernyataan ini disokong oleh Amirudin Mohd

Salim, Mohd Rakime Shaffai dan MD Hidayat

Abd. Jalil [1] yang menyatakan bahawa, PdP tidak

setakat dipraktikkan secara tradisional malah

selaras dengan arus perkembangan teknologi kini.

Maka, guru dan pelajar tidak seharusnya bersikap

leka dan lalai dengan era digital yang

mengutamakan TMK malah perlu

memanfaatkannya untuk keperluan PdP yang

berkesan [27].

Menurut Nor Fauziana Mohd Salleh [18],

tanpa sebarang pengetahuan dan kemahiran TMK,

seseorang akan menghadapi kesukaran untuk

bersaing dalam norma baharu ini.

Rajah 2.1 Rajah [1]

Berdasarkan rajah 1, didapati bahawa statistik

pengguna Internet oleh individu di Malaysia pada

tahun 2020 dan 2018 yang telah dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) yang menunjukkan peningkatan

peratusan pengguna internet oleh masyarakat iaitu

sebanyak 1.3 peratus daripada 87.4 peratus pada

tahun 2018 kepada 88.7 peratus pada tahun 2020.

Daripada statistik tersebut, jelas membuktikan

bahawa hanya 11.3 peratus tidak menggunakan

internet yang bermakna masyarakat tidak

mempunyai peranti digital yang boleh akses

internet. Statistik menunjukkan bahawa, daripada

11.3 peratus pengguna yang tidak menggunakan

internet merupakan golongan yang terdiri daripada

orang tua, golongan kanak-kanak dan golongan

miskin. Oleh hal yang demikian, PdP secara dalam

2020: 88.7%

2018: 87.4%

Page 4: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

33

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

talian merupakan suatu solusi yang terbaik bagi

memastikan kesinambungan proses PdP semasa

pandemik Covid-19 [19].

Rajah 2.2 Rajah [2]

Berdasarkan rajah 2.2, statistik yang telah

dikeluarkan oleh MCMC didapati bahawa 98.7

peratus masyarakat menggunakan internet melalui

telefon pintar diikuti dengan 37.9 peratus

masyarakat pula menggunakan internet melalui

komputer riba, netbook dan notebook. Selebihnya

iaitu 16.2 peratus masyarakat menggunakan

internet melalui komputer (PC) dan Desktop.

Statistik ini merupakan dapatan daripada Laporan

Survei Penggunaan dan capaian ICT oleh

masyarakat di Malaysia pada tahun 2020. Menurut

Nor Fauziana Mohd Salleh [18], pelbagai peranti

ICT yang ditawarkan dalam kos yang rendah telah

menarik masyarakat untuk menggunakan

kemudahan ICT ini.

Pada masa kini, kanak-kanak yang

berumur tiga hingga lima tahun juga menggunakan

peranti digital terutamanya telefon pintar dengan

mengakses gambar, video kartun melalui Youtube

dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan,

generasi Y dan Z mudah terdedah dengan

kemudahn ICT sejak kecil lagi [7]. Keadaan ini

mengambarkan PdP secara atas talian dapat

dijalankan secara berkesan dan efektif jika guru-

guru memainkan peranan penting dengan

mempelbagaikan corak pengajarannya.

Walaubagaimanapun, peranan ibu bapa dalam

memantau perkembangan anak-anak yang

mengikuti PdP secara dalam talian perlu

dititikberatkan supaya dapat memotivasikan dari

segi sokongan dan dorongan serta dapat mengawal

penyalahgunaan kemudahan ICT [18].

Hasil kajian Ramakanta Mohalik dan

Sonali Suparna [24] mendapati bahawa, pelajar dan

guru bersedia dengan peranti digital serta

kewangan bagi mengikuti PdP secara atas talian

sepanjang tempoh PKP tetapi beberapa kajian lepas

membuktikan pelajar dan guru mengalami

kekangan. Pernyataan ini dapat dibuktikan dalam

kajian Mohd Fairuz Jafar et al [15], yang

menyatakan pelajar sungguh bersedia untuk

mengikuti PdP dalam talian tetapi kekangan dari

segi capaian internet yang lemah, masalah peranti

digital serta faktor sosioekonomi membantutkan

sesi pembelajaran mereka. Menurut Rohaida

Mazlan et. al [25], pelajar dari kumpulan

pendapatan garis kemiskinan mengalami masalah

dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian

kerana kemungkinan tidak mempunyai sebarang

sebarang peranti digital untuk meneruskan

pembelajaran kerana pendapatan ibu bapa lebih

kepada untuk menyara isi keluarga.

Muniroh Hamat et al [17] menyatakan

bahawa, walaupun pelajar memiliki kemudahan

ICT tetapi dari segi capaian internet perlu diambil

kira kerana situasi tersebut tidak dapat diselesaikan

jika tiada penambahbaikan kemudahan talian

internet di kawasan mereka. Pernyataan ini

disokong oleh [16] iaitu PdP secara dalam talian

akan berkesan sekiranya capaian internet boleh

dinikmati di setiap kawasan tidak kira di bandar,

luar bandar mahupun kawasan pedalaman.

Ringkasnya, kekangan-kekangan berikut telah

mempengaruhi kesediaan pelajar dari segi fizikal

dan mental untuk mengikuti PdP secara atas talian

sepanjang tempoh PKP [26].

Nor Fauziana Mohd Salleh [18],

berpendapat bahawa bagi mengurangkan jurang

digital, kerajaan serta terdapat beberapa syarikat

swasta seperti YTL telah mengambil langkah yang

proaktif dengan menyumbang peranti digital serta

data mudah alih kepada pelajar-pelajar yang

memerlukannya. Hal ini kerana, perubahan sistem

pendidikan iaitu PdP secara bersemuka kepada PdP

secara atas talian menjadi kewajipan pada norma

baharu ini dimana PdP secara atas talian tidak dapat

dijalankan secara sempurna jika tiada kemudahan

ICT [13]. Pada era digital ini, terdapat pelbagai

jenis medium atau platform yang boleh digunakan

oleh guru serta pelajar dalam membantu

pelaksanaan sesi PdP secara atas talian dengan

adanya intergrasi kemudahan ICT supaya pelajar

tidak ketinggalan dalam pembelajarannya [16].

Platform ICT seperti Whatsapp, telegram,

Google classroom (GC) dan Youtube menjadi

keutamaan bagi guru-guru tetapi medium-medium

ini tidak mewujudkan komunikasi antara dua hala

dimana pelajar dan guru tidak boleh membuat soal

jawab atau perbincangan [18]. Jadi, pemilihan

medium yang bersesuaian perlu supaya PdP yang

dijalankan lebih bermakna. Terdapat pelbagai

aplikasi baharu telah dihasilkan yang bersesuaian

dengan bidang pendidikan. Misalnya, aplikasi

Google Meet, Zoom, Microsoft Teams dan

sebagainya boleh mewujudkan interaksi dua hala

antara pelajar dan guru [20]. Hasil kajian [16]

membuktikan bahawa komunikasi yang berkesan

mempengaruhi secara signifikan terhadap

peningkatan kefahaman serta penguasaan seseorang

pelajar kerana ia menjadi peluang kepada mereka

untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi

dalam pelajarannya.

TELEFON PINTAR

98.7%

KOMPUTER RIBA,

NETBOOK & NOTEBOOK

37.9%

PC / DESKTOP

16.2%

Page 5: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

34

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

B. Aplikasi Google Meet (GM)

Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat [27],

menyatakan pada mulanya guru-guru telah

menggunakan platform Zoom untuk memudahkan

proses PdP secara dalam talian tetapi didapati

berita yang gemparkan bahawa tahap keselamatan,

menggunakan medium Zoom agak merisaukan

dimana berlakunya penghilangan maklumat

peribadi pengguna. Oleh hal yang demikian, guru-

guru telah memilih medium lain iaitu medium GM

untuk menyampaikan pengajarannya kerana ia

mempunyai tahap keselamatan yang tinggi serta

tidak memerlukan e-mel untuk log masuk dimana

memudahkan semua pelajar mengikuti sesi PdPc

secara dalam talian. Terdapat beberapa kajian lepas

[31], [23], [28] dan [16], menyatakan bahawa

fleksibiliti melaksanakan PdP menerusi aplikasi

GM adalah tren pada norma baharu ini.

GM adalah aplikasi yang baharu

dilancarkan pada tahun 2017 dengan menggantikan

Google Hangouts yang telah dibangunkan oleh

Google. Aplikasi ini dilancarkan sebagai konsep

persidangan video pada mulanya. Wujudnya,

penularan wabak Covid-19, Google telah

mengambil peluangnya untuk memperkembangkan

lagi GM dengan tambahan 30 faktor kelebihan

yang cukup memuaskan. Penggunaan GM

berkembang sepanjang pandemik Covid-19

disebabkan oleh beberapa kelebihan yang tidak

dapati daripada aplikasi lain. Sebagai contoh, GM

boleh diintergerasikan dengan aplikasi Google lain

seperti, Google Classroom, Google Doc dan

sebagainya [9]. Hal ini secara langsung akan

memudahkan guru-guru dalam mengendalikan

PdPc secara dalam talian dengan berkesan.

Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat

[27], menyatakan bahawa guru-guru boleh merekod

PdPc melalui aplikasi GM dan berkongsi kepada

pelajar yang menghadapi kekangan untuk

mengikuti sesi PdP. Ia juga akan menjadi rujukan

pada bila-bila masa kepada pelajar untuk

pembelajarannya. Menurut Bani Hidayat Mohd

Shafie [4], dengan adanya integrasi pelbagai

aplikasi lain dengan GM maka berlakunya

peningkatan tahap produktiviti dari segi

pengetahuan serta kreativiti dalam kalangan pelajar

dan guru. Guru-guru harus mahir menggunakan

medium multimedia untuk mempelbagaikan corak

pengajarannya supaya dapat mengekalkan tahap

kesediaan pelajar untuk mengikuti PdPc secara

dalam talian sepanjang tempoh PKP [15].

Satu kajian tentang kesediaan penggunaan

GM telah dilaksanakan oleh Zakaria Saad et al

[31], bagi melihat keberkesanan penggunaan GM

sepanjang tempoh PKP. Hasil kajian mendapati

pelajar-pelajar bersikap positif terhadap

penggunaan GM semasa sesi pembelajaran dalam

talian dimana tahap kesediaan mereka berada pada

tahap yang tinggi. Hal ini kerana, guru-guru

menyediakan pelbagai asas pembelajaran dalam

talian menggunakan platform GM telah membantu

mereka memahami objektif PdP secara keseluruhan

[3]. Pelajar-pelajar juga berpendapat bahawa

mereka sering menggunakan elemen-elemen serta

ikon yang telah disediakan dalam GM kerana ia

sangat interaktif. Kajian oleh Muhammad Izzat

Mailis, Zuraini Hanim dan Nur Hafizaliyana [16]

menyokong penghujahan berikut, dimana majoriti

pelajar aktif berkomunikasi serta bersoal jawab

dengan guru melalui forum dan chat yang

disediakan dalam GM. Pendek kata, aplikasi GM

akan menjadi satu medium yang bersesuaian untuk

meneruskan sesi PdP secara dalam talian kerana

kelebihan GM cukup memuaskan guru serta

pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti;

1. Tahap kesediaan pelajar sekolah

menengah ketika penggunaan aplikasi GM

sebagai medium pembelajaran bahasa

Melayu secara dalam talian

2. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar

sekolah menengah ketika penggunaan

aplikasi GM sebagai medium

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam

talian

3. Perbezaan dan hubungan antara faktor

demografi pelajar (jantina, kemudahan

internet, kaum, pekerjaan ibubapa,

pendapatan ibubapa) dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar sekolah menengah ketika

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam

talian menerusi aplikasi GM

III. METODOLOGI

Pendekatan kaedah tinjauan telah digunakan bagi

pengumpulan data dimana peninjauan secara

kuantitatif untuk mendapatkan maklumat dari

sampel melalui borang soal selidik. Populasinya

terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dari dua buah

sekolah menengah kebangsaan di daerah Kulim

Bandar Baharu, Kedah yang berjumlah 340 orang

pelajar yang telah menggunakan aplikasi GM

sebagai medium pembelajaran Bahasa Melayu

secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar, seramai 181

orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian dengan

merujuk jadual penentuan saiz sampel yang

disediakan oleh Krejcie dan Morgan [11] dimana

seramai 87 orang pelajar daripada SMK A

manakala yang selebihnya seramai 94 orang pelajar

dari SMK B.

Page 6: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

35

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Instrumen soal selidik telah diadaptasi dan

diubahsuai daripada dua kajian lepas iaitu Zakaria

Saad et al [31] dan Muhammad Izzat Mailis et al

[16]. Instrumen ini digunakan untuk pelajar bagi

mendapatkan maklumat mengenai tahap kesediaan

dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar ketika

menggunakan aplikasi GM sebagai medium

pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian

sepanjang tempoh PKP. Terdapat tiga bahagian

iaitu bahagian A: maklumat demografi, bahagian

B: tahap kesediaan pelajar dan bahagian C:

kekangan yang dihadapi oleh pelajar, yang telah

diukur menggunakan skala likert berjenis Rensis

Likert [12].

Prosedur penganalisisan data dijalankan

berdasarkan objektif yang telah dikemukakan

dengan menganalisis secara deskriptif dan inferensi

melalui perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) versi 26 dimana analisis deskriptif

akan direkod dalam bentuk min, sishan piawai,

frekuensi dan peratus manakala analisis inferensi

(ANOVA sehala dan Korelasi) digunakan untuk

mengenalpasti perbezaan serta hubungan antara

pembolehubah kajian. Tahap skor min skala likert

lima mata bagi persoalan kajian ini digunakan

berdasarkan cadangan Pallant [22] seperti berikut:

Jadual 3.1 Jadual [3]

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Tahap skor min skala likert empat mata bagi

persoalan kajian ini digunakan berdasarkan

cadangan Ling [13] seperti berikut:

Jadual 3.2 Jadual [4]

Skor Min Tahap

0.00 – 1.33 Rendah

1.34 – 2.66 Sederhana

2.67 – 4.00 Tinggi

Kajian rintis telah dijalankan di sebuah

sekolah berdekatan dengan menggunakan

sebilangan kecil responden yang telah dipilih

secara rawak iaitu seramai 30 orang pelajar sekolah

menengah yang telah menggunakan aplikasi GM

sebagai medium pembelajaran Bahasa Melayu

sepanjang PKP. Kesahan soal selidik telah diuji

menggunakan perisian SPSS versi 26 manakala

koefisyen kebolehpercayaan pula menggunakan

Alpha Cronbach. Hasil kajian rintis mendapati

a=0.705 nilai kebolehpercayaan item soal selidik.

Nilai Alpha Cronbach antara 0.50-0.80 ke atas

merupakan nilai yang baik dan boleh diterima [29].

IV. DAPATAN

A. Maklumat Demografi Responden Pelajar

Sampel kajian terdiri daripada 181 orang pelajar

sekolah menengah daripada dua buah sekolah yang

berstatus Bandar dan luar Bandar dimana 82

responden merupakan pelajar lelaki dan 99

responden adalah pelajar perempuan. Didapati

bahawa seramai 137 orang pelajar mempunyai

kemudahan internet manakala yang selebihnya

seramai 44 orang pelajar tidak memiliki

kemudahan internet. Kekerapan kaum pula

menunjukkan kaum Melayu lebih tinggi peratusnya

(43.6%) diikuti dengan kaum India (33.1%), kaum

Cina (21.5%) dan kaum yang dikategorikan sebagai

lain-lain seramai (1.7%). Berdasarkan jadual 4.1

pekerjaan ibubapa dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu pekerja swasta, kerajaan dan

persendirian. Bagi kategori swasta mempunyai nilai

kekerapan yang tertinggi iaitu 104 orang pelajar

diikuti dengan 39 orang pelajar dari kategori

kerajaan dan selebihnya 38 orang pelajar adalah

daripada kategori persendirian. Kebanyakkan

pelajar yang terlibat dalam kajian ini merupakan

pelajar dari golongan isi rumah B40 iaitu seramai

150 orang pelajar dan selebihnya adalah daripada

golongan M40 iaitu 31 orang pelajar.

Jadual 4.1 Jadual [5]

Pembolehubah Frekuensi

(f)

Peratus

(%)

Jantina Lelaki 82 45.3

Perempuan 99 54.7

Kemuda

han

internet

Ada 137 75.7

Tidak 44 24.3

Kaum Melayu 79 43.6

Cina 39 21.5

India 60 33.1

Lain-lain 3 1.70

Pekerja

an

ibubapa

Swasta 104 57.5

Kerajaan 39 21.5

Persendirian 38 21.0

Pendapa

tan

ibubapa

B40

0-RM4850

150 82.9

M40

RM4851-

RM8700

31 17.1

B. Tahap Kesediaan Pelajar

Jadual 4.2 menunjukkan tahap kesediaan pelajar

ketika menggunakan aplikasi GM sebagai medium

pembelajaran secara dalam talian di sekolah

menengah. Hasil kajian didapati tahap kesediaan

pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap

yang sederhana dengan min keseluruhan 3.17 dan

sisihan piawai ialah 0.580 dimana separuh daripada

181 orang pelajar tidak bersedia kerana

Page 7: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

36

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

memerlukan motivasi dan dorongan yang tinggi

daripada pihak sekeliling agar sentiasa bersedia

untuk mengikuti PdP secara dalam talian melalui

aplikasi GM.

Jadual 4.2 Jadual [6]

Tahap

Kesediaan

Pelajar

Min Sisihan

Piawai

Skor Min

3.17 0.580 Sederhana

C. Kekangan yang Dihadapi oleh Pelajar

Berdasarkan jadual 4.3, hasil kajian mendapati

bahawa kekangan yang dihadapi oleh pelajar ketika

penggunaan aplikasi GM sebagai medium

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian

berada pada tahap yang sederhana dengan min

keseluruhan 1.79 dan sisihan piawai ialah 0.438.

Majoriti pelajar hanya menghadapi kekangan dari

segi capaian internet yang kurang menyeluruh

dimana faktor-faktor lain seperti faktor ekonomi

dan keluarga kurang menjejaskan pelajar sekolah

menengah dalam penggunaan aplikasi GM.

Jadual 4.3 Jadual [7]

Kekangan yang

Dihadapi oleh

Pelajar

Min Sisihan

Piawai

Skor Min

3.17 0.580 Sederhana

D. Analisis Inferensi terhadap Tahap

Kesediaan dan Kekangan yang Dihadapi oleh

Pelajar Sekolah Menengah Ketika

pembelajaran Bahasa Melayu Secara dalam

Talian Menerusi Aplikasi GM

Bahagian ini akan membincangkan analisis ujian T,

one way ANOVA dan analisis korelasi yang telah

dijalankan untuk mengenalpasti hubungkait

pembolehubah dengan faktor demografi iaitu

jantina, kemudahan internet, kaum, pekerjaan ibu

bapa dan pendapatan ibu bapa pelajar seperti

berikut;

1) Analisis Ujian T terhadap tahap kesediaan

dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar

Faktor jantina

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor jantina dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar sekolah menengah ketika

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam

talian menerusi aplikasi GM

Jadual 4.4 Jadual [8]

Jantina N

Tahap

kesediaan

Kekangan

(Pelajar)

f Sig. f Sig.

Lelaki 82 0.816 0.368 0.622 0.431

Perempuan 99

Berdasarkan jadual 4.4, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara faktor jantina dengan tahap

kesediaan pelajar (f=0.816, p>0.05) dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar (f= 0.622, p>0.05).

Maka, hipotesis nul diterima. Hal ini bermakna

faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan

serta kekangan yang dihadapi oleh pelajar

sepanjang penggunaan GM sebagai medium

pembelajaran secara dalam talian malah faktor lain

seperti kemudahan internet, pendapatan keluarga

dan sebagainya memainkan peranannya.

2) Analisis ANOVA sehala terhadap tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh

pelajar

Faktor kemudahan internet

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor kemudahan internet dengan

tahap kesediaan dan kekangan yang

dihadapi oleh pelajar sekolah menengah

ketika pembelajaran bahasa Melayu secara

dalam talian menerusi aplikasi GM

Jadual 4.5 Jadual [9]

Kemud-

ahan

Internet N

Tahap

Kesediaan

Kekangan

(Pelajar)

f Sig. f Sig.

Ada 137 7.209 0.008 127.504 0.000

Tidak 44

Berdasarkan jadual 4.5, terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor kemudahan internet dengan

tahap kesediaan pelajar (f=7.209, p<0.05) dan

kekangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah

menengah ketika pembelajaran bahasa Melayu

secara atas talian yang menerusi aplikasi GM

(f=127.504, p<0.05). Maka, hipotesis nul ditolak

dimana analisis menunjukkan secara terperinci

bahawa kemudahan internet merupakan faktor yang

utama memainkan peranan dalam mempengaruhi

tahap kesediaan pelajar serta menjadi kekangan

yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan GM

sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu

secara dalam talian sepanjang pandemik Covid-19.

137 orang pelajar memiliki kemudahan internet

tetapi rangkaian jalur lebar yang kurang

menyeluruh menjadi puncanya.

Faktor kaum

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor kaum dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar sekolah menengah ketika

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam

talian menerusi aplikasi GM

Page 8: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

37

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Jadual 4.6 Jadual [10]

Kaum N

Tahap

kesediaan

Kekangan

(Pelajar)

f Sig. f Sig.

Melayu 79 1.690 0.171 0.458 0.712

Cina 39

India 60

Lain-lain 3

Berdasarkan jadual 4.6, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara faktor kaum dengan tahap

kesediaan pelajar (f=1.690, p>0.05) dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar (f=0.458, p >0.712).

Maka, hipotesis nul diterima. Faktor pelbagai kaum

juga tidak memainkan peranan dalam tahap

kesediaan serta kekangan yang dihadapi oleh

pelajar sekolah menengah ketika penggunaan GM

sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu

secara dalam talian.

Faktor pekerjaan ibubapa

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor pekerjaan ibubapa dengan

tahap kesediaan dan kekangan yang

dihadapi oleh pelajar sekolah menengah

ketika pembelajaran bahasa Melayu secara

dalam talian menerusi aplikasi GM

Jadual 4.7 Jadual [11]

Pekerjaan

ibubapa N

Tahap

kesediaan

Kekangan

(Pelajar) f Sig. f Sig.

Swasta 104 14.068 0.000 19.095 0.000

Kerajaan 39

Persendirian 38

Berdasarkan jadual 4.7, terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor pekerjaan ibubapa dengan

tahap kesediaan pelajar (f=14.068 dan p<0.05) dan

kekangan yang dihadapi oleh pelajar (f=19.095,

p<0.05). Oleh hal yang demikian, hipotesis nul

ditolak. Jelaslah bahawa, pekerjaan ibubapa sangat

mempengaruhi tahap kesediaan seseorang pelajar

dan menjadi punca pelajar menghadapi kekangan

semasa penggunaan GM sebagai medium

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.

Kebanyakkan pelajar menggunakan peranti digital

milik ibubapanya, maka apabila ibubapa bekerja,

secara langsung akan mengakibatkan tahap

kesediaan serta pelajar akan berhadapan dengan

kekangan untuk mengikuti PdP secara dalam talian.

Selain itu, sikap pelajar itu sendiri yang tidak

bersedia untuk mengikuti PdP secara dalam talian

kerana tiada pantauan daripada ibubapa yang sibuk

bekerja.

Faktor pendapatan ibubapa

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor pendapatan ibubapa dengan

tahap kesediaan dan kekangan yang

dihadapi oleh pelajar sekolah menengah

ketika pembelajaran bahasa Melayu secara

dalam talian menerusi aplikasi GM

Jadual 4.8 Jadual [12]

Pendapatan

ibubapa N

Tahap

kesediaan

Kekangan

(Pelajar)

f Sig. f Sig.

B40

0-RM4850

150 4.834 0.000 17.481 0.000

M40

RM 4851 -

RM8700

31

Berdasarkan jadual 4.8, terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor pendapatan ibubapa dengan

tahap kesediaan pelajar (f=4.834, p<0.05) dan

kekangan yang dihadapi oleh pelajar sekolah

menengah ketika pembelajaran bahasa Melayu

secara atas talian yang menerusi aplikasi GM

(f=17.481, p<0.05). Maka, hipotesis nul ditolak

bermakna faktor pendapatan ibubapa terutamanya

isi rumah dari golongan b40 sangat mempengaruhi

tahap kesediaan pelajar serta menjadi punca kepada

kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam

mengikuti PdP secara dalam talian. Hal ini kerana,

golongan B40 tidak dapat menyediakan peranti

digital kerana tanggungan anak yang berlebihan

serta pendapatannya cukup untuk menyara hidup.

3) Analisis korelasi terhadap tahap kesediaan

dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar

H0 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

di antara tahap kesediaan dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar sekolah

menengah ketika pembelajaran bahasa

Melayu secara dalam talian menerusi

aplikasi GM

Jadual 4.9 Jadual [13]

Tahap

kesediaan

Kekangan

(Pelajar) Tahap

kesediaan Korelasi

Pearson

1 -.388**

Sig.

(2-tailed)

.000

N 181 181 Kekangan

(Pelajar) Korelasi

Pearson

-.388** 1

Sig.

(2-tailed)

.000

N 181 181 **. Pekali korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).

Berdasarkan hasil analisis korelasi didapati

bahawa, terdapat hubungan yang signifikan di

antara tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar (r=-0.388, p<0.01). Oleh itu, hipotesis

Page 9: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

38

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

nul ditolak. Disimpulkan bahawa, kedua-dua

pembolehubah iaitu tahap kesediaan serta kekangan

yang dihadapi oleh pelajar masing-masing

mempengaruhi satu sama lain dimana semakin

rendahnya tahap kesediaan pelajar disebabkan oleh

semakin tingginya kekangan yang dihadapinya oleh

pelajar ketika penggunaan GM sebagai medium

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.

Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui analisis

kajian dimana kebanyakkan pelajar sekolah

menengah berhadapan dengan kekangan

terutamanya dari segi pencapaian internet yang

rendah, kelajuan jalur lebar yang kurang

menyeluruh, gangguan persekitaran dan sebagainya

menjadi faktor yang mempengaruhi tahap

kesediaan pelajar.

V. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

A. Tahap Kesediaan Pelajar Sekolah

Menengah Ketika Penggunaan Aplikasi GM

Sebagai Medium Pembelajaran Bahasa Melayu

Secara dalam Talian

Isu kesediaan pelajar, kemampuan keluarga B40

serta M40, kerjasama ibu bapa antara persoalan

asas dalam memastikan PdP secara dalam talian ini

dilaksanakan secara berkesan. Hasil kajian

menunjukkan bahawa, kesediaan pelajar berada

pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan

3.17 dan sisihan piawai ialah 0.580. Jelas

menunjukkan, majoriti pelajar tidak bersedia untuk

mengikuti PdP secara dalam talian menerusi

aplikasi GM kerana masih mengutamakan PdP

secara bersemuka. Dapatan ini sejajar dengan

kajian Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat [27],

dimana pelajar tidak dapat menyesuaikan diri

dengan perubahan ini, kemungkinan mengambil

masa yang agak lama agar pelajar selesa dengan

PdP secara dalam talian. Walaubagaimanapun, PdP

secara dalam talian merupakan satu inisiatif yang

telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan

proses PdP masih dapat diteruskan sepanjang

pandemik Covid-19.

Terdapat pelbagai perkara yang perlu

dititikberatkan untuk pelaksanaan PdP secara

dalam talian terutamanya hal-hal yang melibatkan

kesediaan pelajar. Walaupun sikap pelajar berada

pada tahap yang positif untuk mengikuti PdP secara

dalam talian tetapi isunya tahap kesediaan yang

rendah. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak

bersedia untuk berkomunikasi dengan guru dan

rakan melalui audio serta video ketika pelaksanaan

PdP Bahasa Melayu secara dalam talian menerusi

aplikasi GM. Jika pelajar berasa malu atau segan

bersoal jawab, mereka boleh menggunakan

ruangkan chat yang telah disediakan tetapi masih

tidak bersedia untuk maklum balas. Guru-guru

mengatakan sukar juga mewujudkan komunikasi

semasa sesi perbincangan semasa PdP secara

bersemuka apatah lagi dengan PdP secara dalam

talian.

Tugas guru-guru bukan hanya sekadar

melaksanakan pengajaran malah mereka perlu

memberi kata-kata semangat, sokongan dan

motivasi supaya pelajar-pelajar sentiasa bersedia

dalam memberi komitmen yang menyeluruh. Hasil

kajian didapati majoriti pelajar mengutamakan PdP

secara dalam talian. Hal ini secara jelas

menunjukkan para pelajar memahami perubahan

pendidikan akibat pandemik Covid-19 tetapi

mereka tidak melibatkan diri secara aktif semasa

pelaksanaan PdP bahasa Melayu secara dalam

talian menerusi aplikasi GM. Item ‘Saya suka

menggunakan aplikasi GM yang disediakan kerana

mudah diakses semasa pelaksanaan PdP Bahasa

Melayu secara dalam talian’ menunjukkan

kekerapan pelajar yang setuju berada pada tahap

yang tinggi tetapi dari segi penggunaan elelmen-

elemen aplikasi GM pula kebanyakkan pelajar

menjawab tidak setuju.

Medium GM merupakan salah satu

strategi yang berkesan dalam menyediakan pelajar

kearah pembelajaran secara kolaborasi, menjana

pemikiran kritikal serta mampu mewujudkan

hubungan sosial sewaktu berkomunikasi. Namun,

kerjasama pelajar amat diutamakan bagi

menjayakan PdP secara dalam talian. Zakaria Saad

et. al. [31] menyatakan bahawa pelajar suka

menggunakan media sosial tetapi dari segi aspek

PdPc mereka tidak bersedia kerana tiada aktiviti

pergerakan menyebabkan mereka mudah terasa

bosan dan hilangnya fokus. Di sini, guru-guru

bahasa memainkan peranan dalam

mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM)

supaya pelajar sentiasa bersedia dan aktif

mengikuti PdP secara dalam talian. Siti Nurbaizura

Che Azizan et. al. [28] menyatakan bahawa,

pembelajaran dalam talian akan lebih berkesan jika

ibu bapa juga sentiasa memberi sokongan dan

dorongan dalam menyediakan anak-anak secara

mental dan fizikal.

B. Kekangan yang Dihadapi oleh Pelajar

Sekolah Menengah Ketika Penggunaan Aplikasi

GM Sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

Melayu Secara dalam Talian

Hasil kajian mendapati bahawa kekangan yang

dihadapi oleh pelajar ketika penggunaan aplikasi

GM sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu

secara atas talian berada pada tahap yang sederhana

dengan min keseluruhan 1.79 dan sisihan piawai

ialah 0.438. Guru-guru perlu mengambil tahu

kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam

mengikuti PdP secara dalam talian supaya boleh

membuat persediaan awal. Dapatan kajian didapati,

majoriti pelajar sering menghadapi kesukaran

mengakses internet untuk mengikuti PdP Bahasa

Page 10: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

39

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Melayu dalam talian menerusi aplikasi GM.

Pernyataan ini disokong dalam kajian Muniroh

Hamat et. al. [17] yang menyatakan capaian

internet perlu diambil kira untuk mengelakkan

kewujudan jurang kesaksamaan akses kepada

pelajaran. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah

bekerjasama dengan pihak swasta telah

menyumbang peranti digital kepada pelajar-pelajar

yang memerlukan supaya dapat mangakses ke PdP

secara dalam talian. Namun, kelajuan rangkaian

jalur lebar yang kurang menyeluruh menganggu

proses PdP Bahasa Melayu dalam talian menerusi

aplikasi GM kerana kawasan perumahan yang tidak

maju mengikut perubahan teknologi menjadi faktor

penghalang dalam menggunakan kemudahan ini

dengan optimum.

Kini, pelajar tidak boleh bergantung

kepada guru-guru semata-mata sebagai sumber

penyampaian ilmu dimana set pemikiran dahulu

iaitu kaedah tradisional perlu dielakkan malah

perlunya pembelajaran kendiri. Hal ini kerana,

terdapat segelintir pelajar yang berpendapat

bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk

memahami bahan-bahan yang digunakan oleh guru

semasa pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara

dalam talian menerusi aplikasi GM. Para pelajar

perlu menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu

mengikut peredaran zaman teknologi, bukan hanya

bergantung kepada guru malah perlu meningkatkan

kemahiran pembelajaran kerana sedia tahu bahawa

masa yang diperuntukkan agak terhad untuk

pelaksanaan PdP secara dalam talian. Para pelajar

harus bijak mengurus masa untuk pembelajaran

jika tidak, pastinya mereka akan ketinggalan

pelajaran disebabkan oleh kekangan-kekangan

yang dihadapinya.

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat

segelintir pelajar berasa malas menghadiri

pelaksanaan PdP Bahasa Melayu secara dalam

talian menerusi platform GM terutamanya pelajar

dari kelas belakang. Hal ini kerana kurangnya

motivasi diri menyebabkan mereka tidak begitu

aktif mengikuti PdP. Dengan ini, guru-guru

kaunseling perlu menyediakan slot berasingan

secara dalam talian bagi pelajar-pelajar yang

bermasalah sebegini supaya mereka sentiasa

bersedia dan tidak ketinggalan pendidikan.

Kerjasama daripada ibubapa amat diutamakan

dalam memberi sokongan dan dorongan kepada

anak-anak sekalian bukannya menyerahkan segala

tanggungjawab kepada guru kerana kini pelajar-

pelajar berada dalam lingkungan pemerhatian

ibubapa sepenuhnya. Keadaan ini amat merisaukan

apabila ibubapa yang tidak mempunyai

latarbelakang pendidikan kerana mereka langsung

tidak menghiraukan pelajaran anak-anak malah

hanya mengutamakan pendapatan isi rumah.

Dengan ini, guru-guru perlu sentiasa berhubung

dengan ibubapa pelajar supaya pelajar tidak

keciciran pelajaran.

Analisis kajian didapati bahawa pelajar

daripada keluarga b40 amat terjejas akibat

perubahan sistem pendidikan. Pengumuman

perintah kawalan pergerakan secara tiba-tiba telah

menganggu sosioekonomi keluarga di samping

ibubapa tidak membuat persediaan awal menjadi

kesukaran bagi pelajar-pelajar sekalian dalam

mengikuti PdP secara dalam talian. Pelajar-pelajar

dikehendaki berhadapan dengan situasi serius

kerana pendapatan ibubapa hanya mencukupi untuk

menyara isi keluarga. Pernyataan ini disokong

dalam kajian Rohaida Mazlan et. al. [25], yang

menyatakan masalah ekonomi menjadi punca

utama keluarga b40 tidak dapat menyediakan

keperluan pendidikan untuk anak-anak. Akibatnya,

ibu bapa pelajar tidak bertanggungjawab dalam

mengambil tahu hal-hal pendidikan anak.

Analisis inferensi jelas menunjukkan

faktor kemudahan internet, pekerjaan ibubapa dan

pendapatan ibubapa telah mempengaruhi tahap

kesediaan pelajar serta menjadi tunjang utama

berlakunya kekangan-kekangan yang dihadapi oleh

pelajar. Terdapat hubungan yang signifikan di

antara tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar (r=-0.388, p<0.01) yang mana masing-

masing mempengaruhi satu sama lain. Semakin

rendahnya tahap kesediaan pelajar disebabkan oleh

semakin tingginya kekangan yang dihadapinya oleh

pelajar ketika penggunaan GM sebagai medium

pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian.

KESIMPULAN

Wabak Covid-19 telah membawa satu perubahan

yang besar dalam sistem pendidikan dimana

pelaksanaan PdP secara konvensional kepada PdP

secara dalam talian sepenuhnya telah mengejutkan

pelajar serta guru-guru sekolah. Namun, pelbagai

aplikasi yang tersedia boleh digunakan untuk

meneruskan PdP secara dalam talian. Kementerian

telah menetapkan penggunaan aplikasi GM sebagai

medium pelaksanaan sesi PdP kerana aplikasi

tersebut mudah diakses oleh semua pelajar dan

mempunyai fungsi yang berguna. PdP berasaskan

teknologi bukannya perkara yang baru bagi pelajar

serta guru. Situasi kini akan menjadi satu peluang

yang besar bagi guru serta pelajar dalam

memanfaatkan platform teknologi secara

mendalam. Walaubagaimanapun, pengukuran

terhadap tahap kesediaan pelajar serta kekangan

yang dihadapi oleh pelajar ketika penggunaan

aplikasi GM sebagai medium pembelajaran secara

dalam talian amat penting kerana para pelajar

berada dalam lingkungan pemerhatian ibubapa

semata-mata.

Page 11: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

40

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Majoriti pelajar bersedia menhadapi

norma baharu ini malah hanya segelintir dalam 20

peratus pelajar tidak bersedia disebabkan oleh

kekangan-kekangan yang dihadapi semasa

mengikuti PdP menerusi aplikasi GM. Jadi, pihak-

pihak yang berkaitan perlu mengambilkira

kekangan-kekangan ini secara serius agar

pelaksanaan PdP secara dalam talian dapat

diteruskan dengan berkesan tanpa sebarang

gangguan. Namun, sikap pelajar itu sendiri,

kekurangkan motivasi dan dorongan daripada ibu

bapa juga menjadi faktor mengakibatkan tahap

kesediaan seseorang pelajar. Kerjasama daripada

ibubapa amat diutamakan oleh guru-guru supaya

boleh mengetahui perkembangan anak-anak pada

setiap masa. Dengan ini, guru-guru dapat membuat

persediaan awal dengan memastikan semua pelajar

tidak keciciran pelajaran. Di sini, tahap

pengetahuan guru dalam kemahiran TMK

memainkan peranan penting supaya guru-guru

dapat mempelbagaikan kaedah PdP secara dalam

talian serta dapat membina BBM yang efektif yang

mampu menarik perhatian pelajar.

Secara keseluruhannya, penggunaan

aplikasi GM untuk pelaksanaan PdP secara dalam

talian merupakan usaha yang terbaik dan amat

berguna dalam kalangan guru serta pelajar dalam

menghadapi kebiasaan baharu ini jika

dibandingkan dengan aplikasi-aplikasi yang lain.

Aplikasi GM memberi manfaat kepada guru-guru

dalam mengetahui perkembangan pelajar dengan

adanya komunikasi dua hala tetapi masalahnya

guru-guru menghadapi kesukaran dalam

mewujudkan interaksinya. Namun, pelaksanaan

PdP secara dalam talian baru setahun jagung akan

memberi kesukaran pada mulanya, tetapi lama

kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan. Secara

ringkasnya, penggunaan TMK dalam bidang

pendidikan memudahkan pelaksanaan PdP secara

dalam talian yang berkesan walaupun terdapai

pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pelajar dan

guru. Kerjasama daripada semua pihak amat

dittikberatkan dalam menyelesaikan kekangan-

kekangan berikut serta dapat mengukuhkan lagi

strategi pelaksanaan PdP secara dalam talian agar

membina mutu pendidikan yang terbaik standing

dengan Negara-negara maju yang lain.

RUJUKAN

[1] Amirudin Mohd Salim, Mohd Rakime

Shaffai dan MD Hidayati Abd Jalil,

“Kesedaran, Penerimaan, Keberkesanan

dan Hubungkaitnya Terhadap Pelaksanaan

e-Pembelajaran dalam Kalangan

Pensyarah Politeknik Merlimau,” Jabatan

Perdagangan Politeknik Merlimau, pp. 1-

13, 2020.

[2] Anon, “Pendidikan Hadapi Pelbagai

Cabaran Semasa Pandemik,” Sinar Harian

Online, 30 Ogos, 2020.

https://www.sinarharian.com.my/article/99

019/BERITA/Nasional/Pendidikan-

hadapi-pelbagai-cabaran-semasa-

pandemik

[3] Azlin Norhaini Mansor, “Mantapkan PdPd

elak keciciran pelajar,” Utusan Sarawak,

Malaysia, 25 Jan, pp. 18, 2021.

[4] Bani Hidayat Mohd Shafie, “Pelaksanaan

PdPc dalam Talian (OLL) semasa Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2

Covid-19,” Jurnal Dunia Pendidikan, vol.

2, no.2. pp. 213-221, 2020.

[5] Briliannur Dwi, Aisyah Amelia, Uswatun

Hasanah, Abdy Mahesha Putra dan

Hidayatur Rahman, “Analisis Keefektifan

Pembelajaran Online di Masa Pandemik

Covid-19,” Mahaguru: Jurnal Pendidikan

Guru Sekolah Dasar, pp. 28-37, 2020.

[6] Firdaus Azil, “COVID-19: Kerajaan Tutup

Semua Sekolah kerana Terdapat

Peningkatan Kes – Kementerian,” Berita

Astro Awani, 10 November, 2020.

https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/covid19-kerajaan-tutup-semua-

sekolah-kerana-terdapat-peningkatan-kes-

kementerian-267697

[7] Harris.A, Jones.M, dan Huffman.J.J,

“Teachers Leading Educational Reform:

The Power of Professional Learning

Communities,” New York : Routledge,

2017.

[8] Hayati Ismail, “COVID-19 Memangkin

Perubahan Pendidikan,” Bernama, 7 Mei,

2020.

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/

news.php?id=1839515

[9] https://ms.wikipedia.org/wiki/GoogleMeet

[10] JJ Arias, J Swinton dan K Anderson,

“Online vs. face-to-face: A comparison of

student outcomes with random

assignment,” E-Journal of Business

Education and Scholarship of Teaching,

vol.12, no.2, pp. 1-23, 2018.

[11] Krejcie, R.V. dan Morgan, “Determining

Sample Saiz For Research Activities,”

Educational And Psychological

Measurement, vol.30, no.3, pp.607-610,

1970.

[12] Likert, R, “A technique for the

measurement of attitudes.Archives of

Page 12: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

41

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

Psychology,” vol.22, no.140, pp.1–55,

1932.

[13] Ling. S. K, “Keberkesanan Pelaksanaan

Komuniti Pembelajaran Profesional di

Seekolah Rendah Daerah Sibu,” Jurnal

Penyelidikan Pendidikan, vol.18, pp.134-

146, 2017.

[14] Marni Izzati Kamaruddin, “Perbezaan

Tahap Pengetahuan, Penggunaan dan

Penerimaan Guru Bahasa Melayu

Berdasarkan Faktor Umur dan

Pengalaman Mengajar Ketika

Mengaplikasikan Persekitaran

Pembelajaran Maya,” Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, vol.10, no.2, pp.15-28,

2020.

[15] Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran,

Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi

Yusof dan Hapini Awang, “Kesediaan

Pembelajaran dalam Talian Semasa

Pandemik Covid-19,” Seminar Darulaman

2020 Peringkat Kebangsaan, pp.404-410,

2020.

[16] Muhammad Izzat Mailis, Zuraini Hanim

dan Nur Hafizaliyana, “Persepsi Pelajar

Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap

Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas

Talian dalam Era Pandemik Covid-19,”

Jurnal Kesidang, vol.5, pp. 88-99, 2020.

[17] Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan dan

Ch’ng Pei Eng, “Adaptasi Pengajaran dan

Pembelajaran Secara Maya dalam

Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik

Covid-19,” pp. 23-30, 2020.

[18] Nor Fauziana Mohd Salleh, “Pandemik

Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran

dan Pengajaran Secara atas Talian Satu

Keperluan di Malaysia,” Kolej Komuniti

Bentong, 2020.

[19] Nor Hidayati Mokhtar, “Pembelajaran

dalam talian untuk pembelajaran

sepanjang hayat,” Newshub,

https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelaj

aran-atas-talian-untuk-pembelajaran-

sepanjanghayat/, April 27, 2020.

[20] Nur Hazirah Hairia’an dan Masayu

Dzainudin, “Pengajaran dan

Pemudahcaraan dalam Talian Semasa

Perintah Kawalan Pergerakan,” Jurnal

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan, vol.9, pp.18-28, 2020.

[21] Nur Hazirah Hairia’an dan Masayu

Dzainudin, “Pengajaran dan

Pemudahcaraan Dalamtalian Semasa

Perintah Kawalan Pergerakan,” Jurnal

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan, vol. 9, pp.18-28, 2020.

[22] Pallant, J, SPSS Survival Manual – A Step

by Step Guide to Data Analysis Using

SPSS for Windows (Version 10),

Buckingham Open University Press, 2010.

[23] Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim,

Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail dan

Wan Mohd Khairul Wan Isa, “Peranan

dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam

Memastikan Matlamat dan Agenda

Pendidikan Dilestari dalam Tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Covid-19” Institut Aminuddin Baki,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020.

[24] Ramakanta Mohalik dan Sonali Suparna

Sahoo, “E-Realiness and Perception of

Student Teacher’s Towards Online

Learning in The Midst of Cvid-19

Pandemic,” 2020.

[25] Rohaidah Mazlan, Norziah Amin, Mohd

Zaki ABD. Rahman dan Zamri Mahamod,

“Tahap Penguasaan Membaca dan

Menulis Murid B40 dari Perspektif Guru

Bahasa Melayu,” Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, vol.10, no.2, pp.54-73,

2020.

[26] Shazarina Zdainal Abidin, Suziana Hanini

Sulaiman, Suhana Mohamed Lip,

Norshilawani Shahisdan, Natasha Ariffin,

Mohamas Fuad Ishal dan Sapie Sabilan,

“Tekanan Emosi Pensyarah dalam

Melaksanakan Pengajaran dan

Pembelajaran atas Talian di Era Pandemik

Covid-19,” Seminar Antarabangsa Isu-isu

Pendidikan (ISPEN), pp.289-296, 2020.

[27] Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat,

“Pengajaran dan Pembelajaran dalam

Talian Semasa Perintah Kawalan

Pergerakan,” 2020.

[28] Siti Nurbaizura Che azizan dan

Nurfaradilla Mohamad Nasri, “Pandangan

Guru Terhadap Pembelajaran dalam

Talian Melalui Pendekatan Home Based

Learning (HBL) semasa Tempoh

Pandemik Covid-19,” Pendeta Journal of

Malay Language, Education and

Literature, vol.11, pp.46-57, 2020.

[29] Uma Sekaran dan Roger Bougie,

“Research Methods of Business: A Skill

Building Approach, 6th Edition,” John

Wiley and Sons, 2016.

Page 13: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

42

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

[30] Yusup Hashim, “Penggunaan e-

Pembelajaran dalam Pengajaran dan

Pembelajaran yang Berkesan, Konvensyen

Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG),

Kuantan, 15-17 Oktober, pp.1-27, 2012.

[31] Zakaria Saad, Baskaran Subramaniam,

Malar Muthiah, Abdul Malek Yaaku, Chin

Soo Fong dan Othayakumaran

Kandasamy, “Kesediaan Penggunaan

Google Meet Sebagai Platform Pengajaran

dan Pembelajaran dalam Talian bagi

Siswa Guru di Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Abdul Halim,”

Proceedings of International Conference

on The Future of Education IConFEd, pp.

84-102, 2020.

Senarai Jadual

[1] Rajah 2.1: Pengguna Internet di Malaysia,

2020

[2] Rajah 2.2: Pengguna peranti digital di

Malaysia, 2020

[3] Jadual 3.1: Tahap skor min skala likert

lima mata

[4] Jadual 3.2: Tahap skor min skala likert

empat mata

[5] Jadual 4.1: Maklumat demografi

responden pelajar

[6] Jadual 4.2: Taburan skor Tahap Kesediaan

Pelajar

[7] Jadual 4.3: Taburan skor kekangan yang

dihadapi oleh pelajar

[8] Jadual 4.4: Perbezaan antara faktor jantina

dengan tahap kesediaan dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar

[9] Jadual 4.5: Perbezaan antara faktor

kemudahan internet dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar

[10] Jadual 4.6: Perbezaan antara faktor kaum

dengan tahap kesediaan dan kekangan

yang dihadapi oleh pelajar

[11] Jadual 4.7: Perbezaan antara faktor

pekerjaan ibu bapa dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar

[12] Jadual 4.8: Perbezaan antara faktor

pendapatan ibu bapa dengan tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar

[13] Jadual 4.9: Korelasi terhadap tahap

kesediaan dan kekangan yang dihadapi

oleh pelajar

Page 14: Aplikasi Google Meet sebagai Medium Pembelajaran Bahasa

International Conference on Business Studies and Education (ICBE)

e-ISBN: 978-967-19611-0-0

43

Received: 07 June 2021

Revised: 29 June 2021 Accepted: 02 July 2021

Publisher: ICBE Publication

MAKLUMAT PENGARANG

Pengarang Pertama:

Ugartini Magesvaran

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia

E-mail: [email protected]

Pengarang Kedua:

Prof. Dr. Zamri Mahamod

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia

E-mail: [email protected]