modul aplikasi web2.0 (google+)

17
Pengenalan Google+ merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh Google. Laman ini dibuka pada 28 Jun2011 untuk mempelawa orang ramai menyertainya untuk mengujinya. Hari selepasnya, pengguna yang mempunyai akaun dibenarkan untuk mengundang rakan-rakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas menyertai laman sosial tersebut. Tetapi, menurut eksekutif syarikat Google, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna. Apa itu Google+? Google+ secara harfiahnya ialah Google dengan tanda tambah. "+" adalah perangkaian sosial yang ditambahkannya pada semua perkhidmatan Google lain, termasuk Gmail, YouTube dan Blogger. Google+ membawakan ciri-ciri rangkaian sosial yang popular seperti ulasan, perkongsian foto dan muzik, sembang video, dsb. ke kalangan sosial anda. Secara asasnya ia merupakan apa sahaja yang pengguna mahukan, daripada perbualan yang berlangsung kepada platform ekspresi diri, dengan alat untuk menjadikannya tersendiri atau kolektif sebagaimana yang anda ingini. Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google Profiles dan Google Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti "Kalangan" (Circles), "Tempat Melepak" (Hangouts) serta "Sparks" dan "Borak" (Huddles) [3] . Telah dikatakan bahawa perkhidmatan ini merupakan percubaan terbesar syarikat Google untuk bersaing dengan laman Facebook [4] .

Upload: zula

Post on 13-Apr-2017

404 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Pengenalan

Google+ merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan

oleh Google. Laman ini dibuka pada 28 Jun2011 untuk mempelawa orang ramai menyertainya

untuk mengujinya. Hari selepasnya, pengguna yang mempunyai akaun dibenarkan untuk

mengundang rakan-rakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas menyertai laman sosial

tersebut. Tetapi, menurut eksekutif syarikat Google, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan

dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna.

Apa itu Google+?

Google+ secara harfiahnya ialah Google dengan tanda tambah. "+" adalah perangkaian

sosial yang ditambahkannya pada semua perkhidmatan Google lain, termasuk Gmail, YouTube

dan Blogger. Google+ membawakan ciri-ciri rangkaian sosial yang popular seperti ulasan,

perkongsian foto dan muzik, sembang video, dsb. ke kalangan sosial anda. Secara asasnya ia

merupakan apa sahaja yang pengguna mahukan, daripada perbualan yang berlangsung

kepada platform ekspresi diri, dengan alat untuk menjadikannya tersendiri atau kolektif

sebagaimana yang anda ingini.

Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google Profiles dan Google

Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti "Kalangan"

(Circles), "Tempat Melepak" (Hangouts) serta "Sparks" dan "Borak" (Huddles)[3]. Telah

dikatakan bahawa perkhidmatan ini merupakan percubaan terbesar syarikat Google untuk

bersaing dengan laman Facebook[4].

Kelebihan Google+

Terdapat Ciri-ciri unik yang menjadikan Google+ sesuai untuk aktiviti pendidikan:

Ciri-ciri Maklumat

Kalangan (Circles)

Membolehkan para pengguna menguruskan kenalan mereka berdasarkan

hubungan sosial mereka ke dalam kumpulan untuk berkongsi apa yang

mereka sukai tanpa perlu diketahui oleh orang lain.

Borak (Huddle) Para pengguna boleh berhubung dengan ciri "Kalangan" dengan

menggunakan Android, iPhone dan peranti sistem pesanan ringkas (SMS).

Tempat Melepak (Hangouts)

Merupakan tempat yang digunakan untuk perbualan video dalam kumpulan

yang dipilih dalam "Kalangan".

Muat Naik Segera (Instant upload)

Membolehkan pengguna yang mempunyai peranti mudah alih Android

untuk memuat naik dan menyimpan gambar atau video dalam album

peribadi mereka bagi dikongsi.

Sparks Menggunakan Carian Google untuk mencari tajuk yang mereka sukai dan

mungkin berkongsi mengenainya.

Stream

Para pengguna boleh melihat ruang kemas kini mereka daripada

"Kalangan". Ini menyerupai "Suapan Berita" (News Feed) seperti

di Facebook.

Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tingggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian

sosial seperti Google+ ini boleh menyediakan:

1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar

2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti

pembelajaran.

3. Menyediakan peluang dan struktur kepada guru untuk membolehkan pelajar membantu

dan menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang

dibentuk oleh guru atau pelajar sendiri.

4. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar

dengan cara yang berbeza daripada kelas biasa.

5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesame pelajar dalam

bentuk komunikasi berasaskan web.

6. Membantu guru berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan

datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar bilik darjah.

7. Pelajar boleh menggunakan Google+ untuk menghubungi rakan sekelas tentang

tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek

kumpulan dalam persekitaran internet.

8. Rangkaian sosial ini dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru

dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil guru yang mengandungi

maklumat peribadi, minat, latar belakang dan rakan yang boleh meningkatkan motivasi

pelajar.

Cara menggunakan Google+ dalam pendidikan

Rangkaian sosial sangat penting dan perlu diperkenalkan kepada pelajar. Untuk menggunakan

rangkaian sosial Google+ guru boleh meminta pelajar untuk:

1. Membuka akaun google+ mereka sendiri dan menjadi ‘rakan’ .

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai

tugasan kursus, serta perkara yang berkaitan.

LANGKAH-LANGKAH MEMULA AKAUN GOOGLE+

Perkara yang diperlukan sebelum sign in di Google+ adalah :

Akaun e-mel untuk membuat Google account (anda tidak perlu akaun baru jika anda sudah

mempunyai akaun Gmail kerana apabila anda membuat akaun Gmail, secara automatik anda

telah mempunyai Google account). Langkah Pembinaan Akaun Google Plus adalah

Pergi ke laman web Google+

Di laman web google+ anda akan dipaparkan : Sign in dan : Join Google+.

LANGKAH 1

Membina akaun / Sign In

Jika anda sudah mempunyai Google account (dengan mempunyai akaun Gmail maka anda

telah mempunyai Google account), maka anda hanya perlu klik pada Sign In. Namun, jika anda

tidak mempunyai akaun Google, maka klik pada Join Google+.

Sign Up untuk Google Account

Selepas anda klik pada Join Google+, anda akan diarahkan ke laman sign-in, namun klik pada

SIGN UP di bahagian atas .

LANGKAH 2

LANGKAH 3

Membina Akaun Google

Anda akan diarahkan ke laman bernama "Create a new Google Account", di mana anda perlu

memasukkan nama anda, nama pengguna yang anda pilih, tarikh lahir, jantina, nombor telefon,

dan alamat e-mel lain.

Ikuti sahaja arahan yang ada di skrin dan jangan lupa untuk semak Terms and Condition

Google.

Klik pada Next Step

Setelah anda mengisi kesemua medan borang yang ada dalam form dan sudah menyemak

terms of service, klik pada Next Step.

LANGKAH 4

LANGKAH 5

‘Continue to google+’

Anda akan dibawa ke laman lain bagi mengesahkan alamat e-mel baru anda. Klik pada butang

biru iaitu Continue to Google+.

Mengisikan Maklumat Akaun Google+

Kemudian akan dipaparkan halaman di mana pemilik akaun boleh memasukkan profil umum

seperti nama dan jantina. Anda perlu memastikan maklumat profil umum tersebut adalah

maklumat yang betul dan upload gambar anda.

LANGKAH 6

LANGKAH 7

Baca dan ikut arahan di halaman yang dipaparkan, setelah selesai, klik pada butang Upgrade

berwarna biru di bawah.

Cari / tambah rakan di Google+

Anda kemudian boleh mencari rakan yang telah mempunyai akaun Google+. Carian boleh

dilakukan berdasarkan alamat email, universiti, atau nama. Selain itu, carian rakan boleh

dilakukan kepada rakan di akaun Yahoo! Atau Hotmail anda.

Setelah anda selesai mencari rakan, atau jika anda ingin mengabaikan (skip) langkah ini, klik

butang Teruskan/Continue di bahagian bawah screen.

Ikut Orang atau Halaman Terkenal (Follow)

Google akan memaparkan kepada anda senarai orang dan halaman yang mungkin menarik

bagi anda untuk anda follow. Anda boleh memilih untuk klik butang Follow yang ada di sebelah

bahagian yang menarik bagi anda dan kemudian klik Continue, atau skip langkah ini dan terus

klik Continue.

LANGKAH 8

LANGKAH 9

Menyunting Profil

Anda boleh mengisi data profil antaranya tempat kerja dan pendidikan anda, yang akan

membantu pengguna lain untuk mencari anda sebagai rakan mereka. Setelah mengisi

maklumat yang perlu, klik pada Finish.

LANGKAH 10

Tambah Kover Foto

(cover photo = foto yang berada di atas profile anda).

Tempat kerja

Pendidikan

Tempat tinggal

Finish

LANGKAH 11

Klik pada change cover untuk tukar

cover photo

Jendela berisi galeri gambar akan dipaparkan. Pilih salah satu gambar atau upload gambar

anda sendiri.

Setelah anda pilih salah satu gambar atau upload gambar anda sendiri, anda akan sampai

pada halaman dimana anda boleh memilih bahagian dari gambar tersebut yang akan menjadi

cover photo anda.

Select dengan mouse bahagian gambar yang diingini, kemudian klik Select Cover photo setelah anda selesai.

Select Cover photo

Dan halaman profile anda kini telah berjaya di muat naik.

Memuat naik bahan / mengurus akaun

Pada ruangan Posts Anda boleh berkongsi kata-kata dengan menulis pada share what’s new atau memuat naik bahan seperti gambar, video, membuat link dengan pautan lain, membuat

event pada Attach dan klik mana-mana yang anda mahu. Anda juga boleh memilih untuk

privasi post anda,umum atau pada mana-mana rakan yang anda mahu pada To. Tekan butang

share setelah selesai.

LANGKAH 12

Akaun google+ telah berjaya dibina

Kini anda boleh jelajahi akaun Google plus anda, update status seperti di Facebook, update info

profile anda, atau mencari rakan baru di sana.

Log keluar

LANGKAH 13

Menulis kata-kata

Klik pada photo untuk memuat naik gambar

video

Link pada pautan lain

event

Privasi post

LANGKAH 14

Klik pada gambar profil di atas sebelah kanan

Apabila keluaar paparan ini klik pada Sign Out.