apakah pengajaran simulasi bidang maklumat

Upload: cikuna92

Post on 06-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

simulasi bidang makluamt

TRANSCRIPT

Apakah pengajaran simulasi bidang maklumat?

Pengajaran simulasi bidang maklumat adalah pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk medium teknologi yang ada pada masa kini. Sebelum menyentuh dengan lebih mendalam, eloklah jika kita berkenalan dahulu dengan bidang maklumat. Simulasi adalah salah satu kaedah pembelajaran secara berkesan melalui lakonan atau situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan dengan pembelajaran lebih mudah diselesaikan. Bidang pula selalunya dikaitkan dengan aspek kajian sesuatu perkara. Manakala maklumat ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima seterusnya mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Selain itu, maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Pengajaran simulasi bidang maklumat dalam bilik darjah adalah pengajaran yang berasaskan murid dan dijalankan dengan kawalan oleh guru sebagai fasilitator. Guru boleh merancang pengajaran berdasarkan bidang maklumat yang pelbagai. Antaranya adalah bidang maklumat dalam dalam bentuk elektronik. Di sekolah, guru boleh mengaplikasikan pembelajaran didalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi berkomputer. Selain perkomputeran, guru boleh membangunkan beberapa aplikasi berasaskan pengajaran dalam bidang bahasa seperti aplikai didalam talefon pintar dan sebagainya kerana bidang maklumat tidaklah terbatas kepada penggunaan teknologi komputer sahaja. Dengan kata mudah, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan simulasi bidang maklumat untuk mempermudahkan pemahaman murid dan memberi keseronokan dalam pembelajaran. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Rujukan :

Kamaruddin Hj. Husin, Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa, Sarjana : Universiti California (1986).Raminah Hj. Sabran, Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti (1987).Azizah Jaafar, Kemahiran Maklumat : Teori dan Amalan, Penerbit UTM Press, 2010.