kerja kursus teknik simulasi

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBML 4303 KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 820824105352002. NO. KAD PENGENALAN: 820824-10-5352. NO. TELEFON : 019-2397657 / 012-2420586. E-MEL : [email protected] . PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY (CAWANGAN SHAH ALAM)

Upload: mimiey-khairiey

Post on 23-Jun-2015

3.831 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus teknik simulasi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBML 4303

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 820824105352002.

NO. KAD PENGENALAN: 820824-10-5352.

NO. TELEFON : 019-2397657 / 012-2420586.

E-MEL : [email protected].

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY

(CAWANGAN SHAH ALAM)

Page 2: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Isi Kandungan muka surat

Pengenalan 3

1.0 Konsep simulasi 4

1.1 Tujuan simulasi 5

1.2 Kaedah simulasi 6

1.3 Jenis-jenis simulasi 7

1.4 Prinsip-prinsip simulasi 8

1.5 Langkah pelaksaaan teknik simulasi 9

2.0 Rancangan Pengajaran Harian 11

2.1 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 11

3.0 Kelebihan dan kelemahan teknik simulasi 15

4.0 Rumusan 17

Rujukan 18

2

Page 3: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal bagi melahirkan warganegara yang

berilmu pengatahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi mencapai

matlamat itu, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran perlulah diamalkan agar pengajaran dan pembelajaran akan menjadi

lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang

mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dlam tiap-tiap langkah itu pula

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah

tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk mencapai

objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan

bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja

cara dan tindakan serta aktiviti yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi

kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran.

Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan

bahan dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara

kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Antara strategi pengajaran dan

pembelajaran termasuklah pendekatan berpusatkan murid dan kepelbagaian teknik dalam

pengajaran. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusatkan kepada

murid adalah mengadakan teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid

secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat

memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui

pelbagai aktiviti yang disarankan.

3

Page 4: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan

di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan

guru. Dalam proses pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya

menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber

pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar

adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju

proses pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru

kepada pembelajaran berpusatkan murid mengambil masa.

1.0 KONSEP SIMULASI

Antara teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di

dalam kelas adalah teknik simulasi. Simulasi merupakan teknik yang dapat memberi

sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui

simulasi murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul

maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi

penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancang oleh guru.

Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan.

Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar

dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip atau

keterampilan tertentu. Menurut Dr Ali Mahmood dalam bukunya Pengenalan Pendidikan

Bahasa Melayu, simulasi adalah teknik melakonkan sesuatu situasi berdasarkan peranan

yang ditentukan bagi menggambarkan peristiwa dalam sesebuah karya yang dipilih.

Jelasnya, simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan dari alam nyata ke dalam bilik

darjah.

Sementara Faridah Nazir dipetik daripada (Juriah Long, et al.1992:29) simulasi

ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar

yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

4

Page 5: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan.

Melalui teknik ini juga, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan

terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dengan penggunaan teknik

ini, guru dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi

kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran

1.1 Tujuan Simulasi

Kaedah simulasi dipilih sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

mempunyai tujuan tertentu. Antaranya :

1) Menguasai sesuatu kemahiran atau kemahiran-kemahiran tertentu.

Simulasi dapat melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Antara

kemahiran yang boleh dikuasai termasuklah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur

dan kemahiran lisan.

2) Membina pemikiran secara analitis dan kritis.

Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya

secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Secara tidak

langsung, murid dapat menyusun kronologi urutan tentang sesuatu peristiwa yang sedang

dilakonkan bersesuaian dengan jalan cerita.

3) Membina sikap yang lebih positif.

Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial akan dapat diselesaikan. Sikap atau

tingkah laku yang tidak elok atau negatif akan dapat diubah manakala sikap yang positif

akan dapat dibentuk dan dipupuk dikalangan para pelajar.

4) Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif.

5

Page 6: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran yang menerapkan nilai murni, murid-

murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

5) Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.

Misalnya untuk menjelaskan konsep jual beli, murid-murid boleh melakonkan watak

sebagai penjual dan pembeli di sebuah pasar.

6) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Membantu murid dalam penguasaan kemahiran dengan berkesan melalui kepelbagaian

aktiviti p&p selain penggunaan papan tulis dan bercakap atau chalk and talk.

1.2 Kaedah Simulasi

Mengajar dengan teknik simulasi dapat memberi suatu suasana baru dalam pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran juga akan lebih berkesan dengan teknik

simulasi. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif

pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini

juga dapat memberikan idea yang kreatif dan kritis di samping dapat membaiki kesihatan

mental para pelajar.

Teknik simulasi yang dijalankan bertujuan untuk memberi latihan kepada murid atau

pelajar dalam menyelesaikan masalah terutamanya apabila berhadapan dengan situasi

sebenar. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah

simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan

dalam keadaan yang terkawal serta teratur dengan tujuan mengemukakan cara

penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah

yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit seperti masalah disiplin atau

peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling seperti di jalan raya, kedai, pasar, sekolah

dan sebagainya.

6

Page 7: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

1.3 Jenis – jenis simulasi.

Rajah 1: Dua jenis kaedah simulasi.

Kaedah simulasi ini terbahagi kepada dua. Kedua jenis kaedah ini biasa digunakan dalam

aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis kaedah simulasi itu ialah:

a) Sosiodrama.

Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. Ianya berdasarkan

sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik. Ianya juga

mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Sosiodrama juga merupakan aktiviti

lakonan berdasarkan cerita yang lengkap. Kebiasaannya skrip lakonan akan

disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan dapat dibuat persediaan

oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang diberikan oleh

guru.

b) Main peranan.

Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan

sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ianya adalah merupakan

lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.

Biasanya, di dalam aktiviti main peranan, pelajar membayangkan situasi yang timbul

7

Kaedah simulasi

Main peranan

Sosiodrama

Page 8: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

dan kemudian mereka melakonkansituasi yang di bayangkan tadi dengan secara

spontan.

Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan

olehguru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini, pada kebiasaannya

keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat

dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas,

baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut.

Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara

spontan, masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja.

1.4 Prinsip – prinsip simulasi.

Antara prinsip simulasi yang diamalkan adalah :

1. Guru merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau

lisan di dalam kelas atau bilik darjah.

2. Sebelum bermula aktiviti ini, penerangan ringkas haruslah diberikan oleh guru tentang

masalah, peranan watak- watak dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk mereka.

3. Pilih pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Kesilapan

memilih pelajar akan membuatkan sesi lakonan tidak lancar.

4. Bagi sosiodrama, skrip telah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada para

pelakon yang telah dipilih.

5. Jika perlu, sediakan topeng atau alatan yang diperlukan untuk pelakon.

6. Semasa simulasi, pastikan penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap

aktiviti lakonan itu.

7. Selepas simulasi, guru haruslah meminta pelajar memberikan pandangan tentang cara

penyelesaian masalah terhadap situasi yang ditimbulkan melalui lakonan itu.

8. Satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir

waktu pelajaran.

8

Page 9: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

1.5 Langkah pelaksanaan teknik simulasi.

Rajah 2: Langkah-langkah pelaksanaan teknik simulasi di bilik darjah.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik simulasi memerlukan guru mengatur

dan merancang agar aktiviti yang hendak dijalankan berjalan dengan lancar. Simulasi

boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran

seperti berikut:

1. Mewujudkan satu situasi masalah.

Berdasarkan tajuk pelajaran yang hendak diajar, guru perlu mewujudkan satu situasi

bermasalah yang berkaitan dengannya.

2. Menerangkan secara ringkas.

Guru perlu menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah itu, peranan watak-

9

Langkah perlaksanaan

simulasi.

3. Guru pilih murid sebagai pelakon.

5. Guru berbincang tentang

penyelesaian masalah.

2. Guru terangkan secara ringkas

tentang masalah.

1. Guru wujudkan satu masalah

6. Guru bimbing buat rumusan.

4. Murid sebagai pelakon

memainkan watak.

Page 10: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

watak serta tempoh lakonan.

3. Memilih murid-murid menjadi pelakon.

Murid juga boleh secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Seharusnya guru

melihat tahap dan kebolehan murid sebelum dipilih berlakon agar aktiviti tersebut

berjalan lancar.

4. Memainkan peranan.

Murid yang dipilih sebagai pelakon memainkan peranan dalam sesi simulasi.

5. Perbincangan.

Guru dan murid berbincang tentang penyelesaiaan masalah. Selepas simulasi

dijalankan, guru menggalakkan murid memberikan pendapat dan idea untuk diulaskan.

6. Buat rumusan.

Guru membimbing murid membuat rumusan hasil daripada simulasi berkaitan masalah

yang diwujudkan.

10

Page 11: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

2.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan pelajaran harian adalah satu panduan bagi guru untuk melaksanakan aktiviti

pengajaran pada setiap waktu pembelajaran berdasarkan perancangan dan persediaan

yang telah dibuat. Tujuan pembinaan rancangan mengajar adalah untuk memudahkan

pengajaran guru agar apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Dalam setiap rancangan pengajaran yang dibuat, guru perlulah mengenal pasti murid dan

kemahiran serta aktiviti dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap murid di setiap kelas.

Penggunaan strategi yang baik juga tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu dengan

penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai.

2.1 Rancangan pelajaran harian bahasa Melayu.

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 24 Februari 2012

Hari : Khamis

Masa : 9.35 – 10.35 pagi

Tahun : 6 Mawar

Bil. Murid : 42 orang.

Tema : Pertanian Penjana Kesejahteraan

Tajuk : Penternakan.

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama:

11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

NAMA GURU: SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

Page 12: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik

dan jelas.

Aras 3 (i) mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang

sesuai.

8.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan struktur ayat yang betul

Fokus Sampingan :

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara

terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 1 (i) Mengamati idea dalam perbincangan untuk memberikan pendapat.

(ii) Mengemukakan idea yang dikemukakan dengan jelas.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Melakonkan semula watak dengan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang

baik dan jelas berdasarkan skrip cerita yang diberi.

2. Mengenal pasti kata kerja dalam teks petikan.

3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang diberi.

Aktiviti :

1. Bersoal jawab dengan murid tentang bunyi-bunyi yang didengar melalui audio.

2. Membaca teks petikan

3. Melakonkan semua watak mengikut skrip yang diberi oleh guru.

4. Menyatakan nilai yang ada dalam petikan.

5. Mencari kata kerja dan membina ayat tunggal dan majmuk.

Kemahiran Bernilai Tambah :

1. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengenalpasti

2. Teknologi Maklumat & Komunikasi

Kemahiran Bahasa : Membaca, bertutur, mendengar dan menulis.

Sistem bahasa : kata kerja, kata nama khas.

Penyerapan ilmu : Pend. Moral, Sains, muzik.

Nilai murni : hemah tinggi, , , kasih sayang, kerajinan, hormat-

12

Page 13: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

menghormati, berdikari, baik hati, kejujuran, semangat

bermasyarakat, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,

kesederhanaan, kerjasama, kesyukuran dan rasional.

ABM / BBM : - topeng muka -skrip cerita

- bekas makan ayam

- jala

- replica sabit

Masa / langkah

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set induksi 9.35-9.40( 5 minit )

Audio bunyi-bunyi binatang.

1. emmbekkkkk2. mooo…mooo…3. kok..kok..kok

Soal jawab:Bunyi apakah itu?

1. Murid diperdengarkan audio bunyi dari laptop.

2. Guru bersoal jawab tentang bunyi yang diperdengarkan tadi.

3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran iaitu ‘Penternakan’

- ABM/BBM1) laptop/speaker

- kemahiran1) lisan2) bertutur3) mendengar

- nilai murni1) sabar2) prihatin

KBT: Teknologi maklumat

Penyerapan ilmu: sains

Langkah 19.40-9.50( 10minit )

Petikan Cerita:‘Penternakan’

1.Guru memilih beberapa orang murid membaca petikan teks ‘Penternakan’dengan nada dan intonasi yang betul serta jelas.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kefahamannya tentang petikan.

3. Guru menjelaskan tentang petikan tersebut.

Nilai: berani

Penggabungjalinan :Ilmu : sains dan pendidikan moral.

Abm/bbm:Teks petikan

Kemahiran: membaca

Langkah 29.50-10.05(15 minit)

Simulasi lakonanMengikut watak yang diberi:

1. Guru memilih beberapa orang murid sebagai pelakon. 2. Guru memberikan skrip pendek

KBT: interpersonal,

Nilai: sopan,

13

Page 14: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

1) Pak Mail: penternak ayam

2) En Ali : Penternak kambing

3) Pak Samad: Penternak ikan

4) Pak Dol: Penternak lembu

kepada pelakon untuk diingati selama 4 minit. 3. Guru memberikan bahan dan alat bagi menunjukkan mereka sebagai petani dan penternak.3. Pelakon berlakon berdasarkan situasi yang telah diperjelaskan oleh guru berdasarkan skrip yang diberi.

menghormati, kerjasama.

Abm/bbm:-skrip- jala-sabit-topi

Kemahiran: bertutur

Langkah 310.05-10.15(10minit)

1) Soal jawab2)Rumusan aktiviti simulasi.

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kefahaman mereka berkaitan lakonan simulasi yang dilakukan oleh rakan-rakan dan nilai yang terdapat dalam lakonan tersebut.

2. Guru membuat rumusan dan perkaitan aktiviti simulasi dengan tajuk pelajaran.

Nilai: berani, rajin, usaha, tolong-menolong.

KBT: interpersonal, kinestetik, visual

Langkah 410.15-10.25(10 minit)

Sistem bahasa:Kata kerja.Contoh:-memberikan-membantu

1. Guru meminta murid mencari dan menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks petikan bertajuk ‘Penternakan’.

2. Guru kemudian menyenaraikan perkataan yang diperolehi dan diperlihatkan dalam slaid power point.

3. Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut.

4. Guru membimbing murid membuat ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja.

5. Murid menulis ayat tersebut di dalam buku latihan.

Nilai: rajin, bekerjasama, tolong-menolong.

KBT: teknologi maklumat komunikasi, menjana idea, mengenal pasti

Penutup10.25-1030(5 minit)

1. Rumusan teks.2.Nyanyian lagu saya ayam, saya

1. Murid merumuskan tajuk pelajaran berdasarkan ayat sendiri.

KBT: menjana idea.

Penyerapan ilmu:

14

Page 15: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

itik, saya kambing berdasarkan pengalaman lepas

2. Murid diminta menyanyikan lagu saya (ayam, itik) berdasarkan pengalaman lepas.

muzik.

3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK SIMULASI.

Setiap aktiviti yang dirancang dan dipilih sebagai satu kaedah dalam pengajaran dan

pembelajaran pasti mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Begitu juga dengan

penggunaan teknik simulasi ini. Kelebihan penggunaan teknik simulasi dapat dilihat

dalam rajah berikut:

Rajah 3: Kelebihan teknik simulasi.

Kelebihan teknik simulasi dalam bilik darjah dapat memberi peluang kepada murid

memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang guru telah

wujudkan. Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan menaakul tentang

sesuatu situasi masalah samaada dapat diselesaikan atau tidak. Di samping itu, murid

KELEBIHAN TEKNIK

SIMULASI

Kemahiran pertuturan murid

dipertingkat

Murid diberi

peluang berfikir

Pembelajaran

seronok dan

berkesan

Murid dapat berlatih

berlakondengan betul

Murid menghayati nilai moral

Mengasah bakat murid

15

Menggalakkan interaksi murid

Murid dilatih menghadapi situasi

sebenar

Page 16: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka disamping penggabungjalinan

kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan dan menulis.

Pengajaran guru yang menyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap

penerimaan ilmu oleh murid. Oleh sebab itu, aktiviti simulasi yang dijalankan dapat

menarik dan mendorong minat murid untuk meneruskan pelajaran. Secara tidak langsung

pengajaran guru akan lebih berkesan dan objektif pengajaran dapat dicapai. Melalui

aktiviti simulasi juga, guru dapat melihat akan kebolehan dan kecenderungan murid.

Secara tidak langsung bakat murid dapat diasah dengan melatihnya berlakon dengan gaya

dan bahasa yang betul.

Aktiviti simulasi yang dijalankan kebiasaannya berkaitan dengan rutin dan situasi yang

berlaku sehari-hari sama ada disedari atau tidak bersesuaian dengan tempat kejadian.

Antara situasinya seperti membeli sayur dan ikan di pasar, situasi pesakit mendapatkan

rawatan di klinik dan sebagainya. Oleh sebab itu, murid-murid secara tidak langsung

dilatih menghadapi keadaan dan situasi yang sebenar.

Kelebihan teknik ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi

dengan rakan-rakan. Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara

pergaulan yang sopan dengan menerapkan amalan nilai-nilai yang baik atau nilai murni.

Murid juga dapat membina keyakinan diri terutamanya sewaktu berhadapan dengan

penonton. Secara tidak langsung dapat mengikis sikap negatif dan membentuk sikap

positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat

ditunjukkan dalam bilik darjah.

16

KELEMAHAN TEKNIK

SIMULASI

Tumpuan penonton kurang disebabkan

persembahan hambar.

Memakan masa disebabkan pembawa watak tidak

menguasai skrip

Pengalaman berlakon tidak dirasai semua

murid

Penilaian prestasi pelakon sukar dirumuskan

Page 17: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Rajah 4: Kelemahan teknik simulasi

Di samping kelebihan, terdapat juga kelemahan teknik simulasi ini antaranya murid-

murid yang tidak pernah berlakon akan timbul perasaan gelisah disebabkan tidak pernah

ada pengalaman berlakon. Ini dapat dilihat dalam teori konstruktivisme yang dipelopori

oleh Jean Piaget iaitu murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut

pengalaman masing-masing. Lebih-lebih lagi sekiranya murid tersebut dipaksa

berlakon oleh guru. Murid seolah-olah terpaksa melakukannya walaupun tanpa rela.

Berbeza dengan murid yang secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Mereka

dapat menjiwai watak dan dapat mempersembahkan lakonan dengan begitu baik sekali.

Prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan menimbulkan perasaan bosan

di kalangan penonton yang mungkin akan berbuat bising atau mengejek kesilapan rakan

yang sedang berlakon. Ini membuatkan aktiviti simulasi tidak berjaya dijalankan. Oleh

sebab itu kerana kesilapan memilih pelakon ini juga akan membuatkan perjalanan

lakonan menjadi panjang dan membuang masa disebabkan kesalahan dalam melakonkan

watak kerana perlu diulang berkali-kali.

Aktiviti simulasi yang melibatkan sesuatu masalah, hanya melibatkan segelintir sahaja

murid yang terlibat dalam aktiviti simulasi itu.. Jadi hanya murid yang terlibat sahaja

yang mendapat pengalaman secara langsung dan memperolehi faedah daripada lakonan

itu. Murid yang selebihnya tidak berpeluang memperolehi pengalaman tersebut. Apabila

telah selesai aktiviti simulasi dijalankan, bukanlah mudah bagi guru menilai prestasi

pelakon serta membuat rumusan.

4.0 RUMUSAN

17

Murid gelisah kerana ada yang berlakon tanpa

rela

Page 18: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Bermacam-macam kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu

tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap

kaedah yang dipilih oleh guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid,

serta kemampuan dan penguasan kemahiran murid. Kaedah simulasi ini adalah salah satu

kaedah yang boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar

untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.

Rujukan

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadrisal-`ammah.Riyadh: Dar Al-Huda.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ang Huat Bin.(2001). Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur:Karya Bistari.

Dr Ali Mahmood, En. Mashudi Bahari, En. Lokman Abd Wahid, Munsyi Zainal AbidinKasim, Januari 2007, Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Open UniversitiMalaysia (OUM).

Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

Juriah Long, (2010), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Mahfuzdh Shalahuddin (1987).Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:Bina Ilmu.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman.

18

Page 19: Kerja kursus teknik simulasi

HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYUSITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK

NO.K/P:820824-10-5352

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah

& strategi.Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan:pedagogi. KualaLumpur:

.

JURNAL:

Heinemann, ctk. 4.Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia:Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya.

CAPAIAN ATAS TALIAN:

Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. DiterimaDaripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah . Pada 11/01/2010

http://www.scribd.com/doc/63417173/kaedahpengajaran dicapai pada 13 November 2012 jam 11.15 p.m.

http://www.scribd.com/doc/36876504/kaedah-simulasi dicapai pada 13 november 2012 jam 1105 p.m.

http://www.scribd.com/doc/53839283/5 dicapai pada 13 November 2012 jam 11.20 p.m.

http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psy-ab&q=scribd+pelopor+teori+konstruktivisme&oq=scribd+pelopor+teori+konstruktivisme&gs_l=serp.3..33i21.12110.20594.0.20813.29.27.0.0.0.1.922.10312.0j2j3j8j3j3j4.23.0.les%3B..0.0...1c.1.Hcuax3BBL0E&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&fp=c7d4671658642e17&bpcl=38625945&biw=1024&bih=564 dicapai pada 17 November 2012 jam 12.55 a.m.

19