apakah itu pengajaran

10
SOALAN 1 : Apakah itu pengajaran ? Menurut Mok (2000), pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi pengajaran di samping memotivasikaan pelajar supaya bersedia untuk belajar, mengurus mereka supaya mempunyai disiplin diri serta menggerakkan mereka dengan aktiviti dan interaksi yang positif. Borko dan Shavelson (1983 dalam Noraini & Shuki, 2009), menganggap pengajaran sebagai satu aktiviti yang kompleks dalam situasi yang berbeza. Ini bermakna situasi pengajaran adalah mencabar. Menurut Noraini dan Shuki (2009), pengajaran meliputi segala kaedah, strategi dan pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi kandungan mata pelajaranntang terdapat dalam kurikulum. Menurut Hirst (1975), pengajaran merupakan aktiviti yang sepatutnya dapat mewujudkan pembelajaran memandangkan pelaksanaannya menggunakan kaedah- kaedah tertentu. Cohen (1988 dalam Noraini & Shuki, 2009), menyatakan pengajaran merupakan suatu pengembaraan kerana tugas pendidik yang berhadapan dengan situasi yang berbeza dan berlainan cabaran. Ia berkaitan bagaimana seseorang guru menyampaikan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Pengajaran bukan sahaja berlaku dalam bilik darjah tetapi ia juga boleh berlaku secara tidak formal di luar bilik darjah. Selain itu, ia juga merupakan suatu cara atau sistem mengajar beberapa aktiviti dan proses yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan kepada mereka. Pengajaran merupakan suatu tugasan atau aktiviti yang dirancang secara sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah atau teknik mengajar untuk membimbing dan memotivasikan murid supaya berinisiatif belajar agar dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran baru. Pengajaran juga boleh dilihat sebagai satu `seni’ perlakuan yang kompleks dan tingkah laku guru. Perlakuan pengajaran guru di hadapan sekumpulan pelajar boleh dianggap sebagai suatu seni lakon atau drama. Guru yang berpengalaman dan cekap mempunyai `seni’ atau `gaya’ pengajarannya tersendiri dalam menggunakan pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran kepada pelbagai jenis tahap pembelajaran murid.

Upload: didie-patient

Post on 14-Jul-2015

161 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah itu pengajaran

SOALAN 1 : Apakah itu pengajaran ?

Menurut Mok (2000), pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi

pengajaran di samping memotivasikaan pelajar supaya bersedia untuk belajar,

mengurus mereka supaya mempunyai disiplin diri serta menggerakkan mereka

dengan aktiviti dan interaksi yang positif. Borko dan Shavelson (1983 dalam Noraini

& Shuki, 2009), menganggap pengajaran sebagai satu aktiviti yang kompleks dalam

situasi yang berbeza. Ini bermakna situasi pengajaran adalah mencabar. Menurut

Noraini dan Shuki (2009), pengajaran meliputi segala kaedah, strategi dan

pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi kandungan mata

pelajaranntang terdapat dalam kurikulum.

Menurut Hirst (1975), pengajaran merupakan aktiviti yang sepatutnya dapat

mewujudkan pembelajaran memandangkan pelaksanaannya menggunakan kaedah-

kaedah tertentu. Cohen (1988 dalam Noraini & Shuki, 2009), menyatakan

pengajaran merupakan suatu pengembaraan kerana tugas pendidik yang

berhadapan dengan situasi yang berbeza dan berlainan cabaran.

Ia berkaitan bagaimana seseorang guru menyampaikan ilmu dengan

menggunakan pendekatan yang sesuai. Pengajaran bukan sahaja berlaku dalam

bilik darjah tetapi ia juga boleh berlaku secara tidak formal di luar bilik darjah. Selain

itu, ia juga merupakan suatu cara atau sistem mengajar beberapa aktiviti dan proses

yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan kepada mereka.

Pengajaran merupakan suatu tugasan atau aktiviti yang dirancang secara

sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah atau teknik mengajar untuk

membimbing dan memotivasikan murid supaya berinisiatif belajar agar dapat

menguasai pengetahuan serta kemahiran baru. Pengajaran juga boleh dilihat

sebagai satu `seni’ perlakuan yang kompleks dan tingkah laku guru.

Perlakuan pengajaran guru di hadapan sekumpulan pelajar boleh dianggap

sebagai suatu seni lakon atau drama. Guru yang berpengalaman dan cekap

mempunyai `seni’ atau `gaya’ pengajarannya tersendiri dalam menggunakan

pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran kepada

pelbagai jenis tahap pembelajaran murid.

Page 2: Apakah itu pengajaran

Terdapat pelbagai istilah yang sering digunakan untuk mendefinisikan konsep

pengajaran seperti rajah dibawah:

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

o guru dan murid.

o guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar.

o hanya bermakna apabila ada pembelajaran.

o melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman.

o melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol.

o ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian.

o boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan

gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber.

o meliputi rancangan mengajar (KOPI).

o proses yang melibatkan interaksi dua hala.

o ada unsur sains dan seni.

ISTILAH KONSEP PENGAJARAN

INTRUKSI

MELATIH

MEMBIMBING

MENDIDIK

Page 3: Apakah itu pengajaran

SOALAN 2: Apakah itu pembelajaran ?

Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja

dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaaan pengetahuan

kemahiran semata – mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan

kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran

dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran

dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran akan berkesan

sekiranya pelajar mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti

pembelajaran. Pengetahuan sedia ada pelajar boleh juga digunakan dalam

mengaitkannya dengan pelajaran baru. Pendekatan inkuiri pula berpendapat

pembelajaran ialah proses pembentukan corak pemikiran seseorang, dan cara

seseorang membina ( construct ) dan memberi makna kepada apa yang

dipelajarinya.

Pembelajaran boleh membawa kepada perubahan , pada diri seseorang

sama ada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun ini tidak bermakna

perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan

kelaparan adalah satu bentuk pembelajaran. Ini kerana proses itu adalah suatu fitrah

bagi manusia. Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di

antara ahli – ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi

masing – masing.

Antara definisi pembelajaran yang telah diberikan oleh ahli psikologi

pendidikan ialah :

Menurut E.R Hilgard, R.C Atkinson dan R.L Atkinson ( Introduction to

Psychology, 1975 ), pula menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku

yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga

timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru. Pembelajaran biasanya

tidak diperlihatkan dengan serta merta melalui pencapaiaan. Manakala Henry Clay

Lindgren dan Donn Byrne ( Psychology : An Introduction to a Behavioral Science,

1976 ), menjelaskan perkataan `pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea

bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang.

Page 4: Apakah itu pengajaran

Menurut Anita E. Woolfolk ( Educational Psychology, 1995 ), menjelaskan

pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam

pengetahuan dan tingkah laku yang kekal. Morris L. Bigge ( Learning Theories for

Teachers, 1982 ) pula, Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan

sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari

pengalaman dalam situasi yang tertentu. Menurut Kelvin Seifert ( Educational

Psychology, 1983 ), menyatakan pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku

yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.

Kesimpulannya, Pembelajaran merupakan :

o Satu proses yang berterusan.

o Secara formal dan tak formal.

o Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira.

o Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa,

persekitaran.

o Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.

o Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan

humanis.

SOALAN 3 : Mengapakah anda perlu tahu tentang pengajaran dan

pembelajaran ?

Guru yang tahu tugasnya sebagai tenaga pengajar, pasti akan cuba

memahami apa itu pengajaran. Memandangkan semua pendekatan, kaedah dan

teknik terkandung dalam satu sesi pengajaran yang sempurna dan ianya perlu

diaplikasikan sebaik mungkin kepada klien utama guru iaitu pelajar. Sebagai

seorang guru, kita harus tahu apa itu pengajaran dan apa pula pembelajaran. Ini

kerana guru dan murid adalah dua unsur yang berbeza. Guru sebagai pengajar

manakala murid sebagai pelajar. Perbezaan unsur tersebutlah yang mengharuskan

Page 5: Apakah itu pengajaran

kita untuk mengetahui tentang pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru tidak

tahu makna pengajaran, bermakna hasil pembelajaran juga tidak akan berlaku.

Setiap kali apabila seseorang guru itu masuk ke dalam satu – satu bilik

darjah untuk menyampaikan satu bidang ilmu pengetahuan, maka itu sudah

berlakunya satu sesi pengajaran. Disinilah kita dapat melihat pengajaran secara

formal dalam kelas. Namun kita perlu sedar, makna pengajaran bukan sahaja yang

berlaku secara formal dalam kelas tetapi apa sahaja perkara yang berlaku secara

tidak sengaja atau secara tidak formal dan boleh menyebabkan perubahan terhadap

diri seseorang. Antara perkara yang boleh dianggap akan berlakunya satu sesi

pengajaran ialah melalui ceramah, ketika dalam perbincangan sesama rakan,

melalui ayat atau kata – kata dalam perbualan seharian ataupun dengan pekerti

peribadi yang kita tampilkan. Kesemua perkara ini akan menjadi pengajaran kepada

orang sekeliling kita yang terlibat. Sedar atau tidak, perkara yang telah berlaku

dalam hidup seseorang sama ada baik atau buruk akan menjadi pengajaran atau

contoh kepada orang lain. Dengan adanya pengajaran tersebut, mereka akan mula

berhati – hati atau cuba melakukan sesuatu yang lebih baik lagi.

Kata – kata yang sering diucapkan juga akan menjadi contoh ikutan kepada

orang lain terutamanya murid atau kanak – kanak. Pekerti dalam diri seseorang guru

juga sering menjadi perhatian murid – murid sekolah apatah lagi kepada anak

sendiri. Dalam erti kata yang lain, semua yang berlaku atau semua yang kita

tampilkan dan lafazkan merupakan satu pengajaran. Seandainya kita tidak faham

tentang proses pengajaran dan hanya menganggap pengajaran hanya akan berlaku

dalam kelas, kita sudah membuat satu kesilapan yang besar. Ini kerana pengajaran

secara tidak formal lebih besar memberi impak ke atas diri seseorang. Sekiranya

seseorang guru itu hanya mengajar berdasarkan kaedah yang disediakan dalam

buku sedangkan ia tidak faham bagaimana proses pengajaran yang sebenarnya,

pasti kaedah yang dipilih itu kurang berjaya kerana guru tidak melaksanakannya

dengan pemahaman yang sebenar dan hasilnya guru tidak dapat berfikir secara

kreatif dalam melaksanakan kaedah tersebut.

Dalam perkara ini, hasil pembelajaran yang sepatutnya diperolehi oleh pelajar

tidak mungkin dapat dikenal pasti oleh guru sekiranya ia tidak faham apa makna

pembelajaran. Seperti yang kita sudah sedia maklum, pembelajaran adalah hasil

Page 6: Apakah itu pengajaran

perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu. Perubahan yang merangkumi

mental, fizikal, emosi dan juga sosial. Guru yang tidak tahu apa itu pengajaran dan

pembelajaran serta tidak dapat membezakan apa makna pengajaran dan

pembelajaran pasti tidak akan dapat mengesan perubahan dalam diri pelajarnya

melalui hasil pengajaran yang telah dilaksanakan. Sedangkan dalam setiap

pengajaran, pasti tertulis hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

SOALAN 4 : Mengapakah fasa development dikatakan sebagai jambatan

kepada fasa analisis dan design ? Bagaimana ?

Fasa development ini adalah fasa nadi dalam Model ADDIE kerana ianya bertindak

sebagai agen pelaksana dan penyelesaian semua masalah dalam sesuatu program

yang dirancang. Fasa ini juga turut bertindak sebagai agen penghubung untuk dua

fasa pertama dalam Model Addie.

Model ADDIE

ANALYSIS

DESIGN

DEVELOPIMPLEMENT

EVALUATE

Page 7: Apakah itu pengajaran

Fasa Analisis dalam model ini merupakan fasa asas. Dalam fasa ini kita akan

memperolehi maklumat seperti:

Who are the learners and what are their characteristics? ( sasaran utama )

What is the new behavioral outcome? ( Jangkaan hasil )

What types of learning constraints exist?

What are the delivery options? ( pilihan persekitaran)

What are the pedagogical considerations? ( Pedagogi yang terlibat )

What are the Adult Learning Theory considerations?

What is the timeline for project completion? ( Masa perlaksanaan )

Fasa Design pula ialah :

Document the project's instructional, visual and technical design strategy

Apply instructional strategies according to the intended behavioral

outcomes by domain (cognitive, affective, and psychomotor).

Design the user interface and/or user experience

Create prototype ( penghasilan prototaip)

Apply visual design (graphic design)

Maka development dikatakan sebagai jambatan penghubung kepada fasa analisis

dan fasa design. Sebabnya ialah ;

A. Fasa development adalah fasa di mana semua perancangan dalam fasa

analisis dan fasa design akan dilaksanakan atau direalisasikan. Tanpa fasa

ini model ini akan mengalami kegagalan kerana ketiadaan kesinambungan

daripada dua fasa yang terawal tadi.

B. Fasa development juga adalah fasa dimana semua arahan rekabentuk dan

ciri – ciri program yang dirancang akan dikumpulkan secara bersepadu untuk

menghasilkan satu pelan utama atau blueprint program yang akan

dilaksanakan.

Page 8: Apakah itu pengajaran

C. Dalam fasa ini juga penyelesaian semua masalah yang timbul ekoran

pelaksanaan program yang dirancangkan akan dapat diselesaikan melalui

cara yang telah ditetapkan dalam program yang akan dilaksanakan.

Fasa Development adalah fasa yang sangat penting dalam merungkai

permasalahan dalam fasa analisis dan fasa design . Fasa ini juga turut menyumbang

kepada tahap kejayaan sesuatu program yang dirancang.

Development dikatakan sebagai jambatan kepada fasa analisis dan design

kerana fasa ini lebih kepada penggunaan media, material atau kaedah/method. Ini

bermaksud guru perlu menyesuaikan fasa development ini setelah membuat analisis

kepada murid, persekitaran dan tahap kemampuan murid agar objektif atau design

dapat dicapai secara maksimum.

SOALAN 5 : Apakah perbezaan dan persamaan model dan teori ?

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu

pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada

yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan

maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh

diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial

dan humanis.

Teori juga,merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu

termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori bermaksud set konsep yang saling

berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal

keputusan kajian – kajian akan datang. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai andaian

– andaian ataupun hipotesis – hipotesis tentang sesuatu yang bersandarkan kajian.

Model pula adalah satu kerangka konseptual untuk membantu kita melihat

bahagian – bahagian yang berkaitan di dalamnya dan memikirkan hubungan di

antara bahagian – bahagian itu dengan lebih mudah kerana sifat model adalah untuk

meringkaskan suatu proses yang kompleks. Dengan menggunakan model, kita

boleh mengkaji proses dan hasil sesuatu dengan lebih sistematik.

Page 9: Apakah itu pengajaran

Definisi lain dari model adalah abstraksi dari sistem sebenarnya, dalam gambaran

yang lebih sederhana serta mempunyai tingkat prosentase yang bersifat

menyeluruh, atau model adalah abstraksi dari realitas dengan hanya memusatkan

perhatian pada beberapa sifat dari kehidupan sebenar.

Perbezaan antara teori dan model ialah :

CIRI-CIRI TEORI CIRI-CIRI MODEL

i. Merupakan pendapat / andaian

manusia.

ii. Tidak dibuat sewenang –

wenangnya . Idea – idea diuji dan dinilai

kebenarannya.

iii. Sesuatu teori tidak semestinya

kekal. Sekiranya mendapat sokongan

hasil dari kajian, ia akan terus kukuh.

Sekiranya tidak berjaya dalam kajian, ia

akan menjadi lemah dan ianya boleh

berubah – ubah mengikut dapatan –

dapatan baru.

iv. Tidak boleh dianggap betul atau

salah.

i. Bukan setakat pendapat tetapi ia

adalah satu kerangka yang boleh dilihat

dan disentuh serta boleh dibawa ke

destinasi yang hendak dilaksanakan satu

kajian.

ii. Model – model yang hendak

dibuat adalah dipengaruhi oleh pelbagai

disiplin ilmu seperti psikologi pendidikan ,

psikologi sosial dan komunikasi serta

sosiologi pendidikan.

iii. Model yang dibuat akan terus

kekal dengan bentuk yang telah terhasil.

Sekiranya model itu tidak berjaya, ia

akan diubah suai semula untuk menepati

kehendak sesuatu kajian. Namun

sekiranya modal untuk menghasilkan

model yang baru lebih sikit berbanding

mengubah suai model yang lama, model

tersebut bolehlah diketepikan.

Page 10: Apakah itu pengajaran

Kesimpulannya, teori dan model sebenarnya saling berkait antara satu sama

lain. Walaupun terdapat perbezaan antara kedua-duanya, namun ianya tetap

bergantung antara satu sama lain. Tanpa teori sesuatu model tidak akan dapat

dibentuk.