Download - Apakah itu pengajaran
SOALAN 1 : Apakah itu pengajaran ?
Menurut Mok (2000), pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi
pengajaran di samping memotivasikaan pelajar supaya bersedia untuk belajar,
mengurus mereka supaya mempunyai disiplin diri serta menggerakkan mereka
dengan aktiviti dan interaksi yang positif. Borko dan Shavelson (1983 dalam Noraini
& Shuki, 2009), menganggap pengajaran sebagai satu aktiviti yang kompleks dalam
situasi yang berbeza. Ini bermakna situasi pengajaran adalah mencabar. Menurut
Noraini dan Shuki (2009), pengajaran meliputi segala kaedah, strategi dan
pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi kandungan mata
pelajaranntang terdapat dalam kurikulum.
Menurut Hirst (1975), pengajaran merupakan aktiviti yang sepatutnya dapat
mewujudkan pembelajaran memandangkan pelaksanaannya menggunakan kaedah-
kaedah tertentu. Cohen (1988 dalam Noraini & Shuki, 2009), menyatakan
pengajaran merupakan suatu pengembaraan kerana tugas pendidik yang
berhadapan dengan situasi yang berbeza dan berlainan cabaran.
Ia berkaitan bagaimana seseorang guru menyampaikan ilmu dengan
menggunakan pendekatan yang sesuai. Pengajaran bukan sahaja berlaku dalam
bilik darjah tetapi ia juga boleh berlaku secara tidak formal di luar bilik darjah. Selain
itu, ia juga merupakan suatu cara atau sistem mengajar beberapa aktiviti dan proses
yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan kepada mereka.
Pengajaran merupakan suatu tugasan atau aktiviti yang dirancang secara
sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah atau teknik mengajar untuk
membimbing dan memotivasikan murid supaya berinisiatif belajar agar dapat
menguasai pengetahuan serta kemahiran baru. Pengajaran juga boleh dilihat
sebagai satu `seni’ perlakuan yang kompleks dan tingkah laku guru.
Perlakuan pengajaran guru di hadapan sekumpulan pelajar boleh dianggap
sebagai suatu seni lakon atau drama. Guru yang berpengalaman dan cekap
mempunyai `seni’ atau `gaya’ pengajarannya tersendiri dalam menggunakan
pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran kepada
pelbagai jenis tahap pembelajaran murid.
Terdapat pelbagai istilah yang sering digunakan untuk mendefinisikan konsep
pengajaran seperti rajah dibawah:
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
o guru dan murid.
o guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar.
o hanya bermakna apabila ada pembelajaran.
o melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman.
o melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol.
o ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian.
o boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan
gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber.
o meliputi rancangan mengajar (KOPI).
o proses yang melibatkan interaksi dua hala.
o ada unsur sains dan seni.
ISTILAH KONSEP PENGAJARAN
INTRUKSI
MELATIH
MEMBIMBING
MENDIDIK
SOALAN 2: Apakah itu pembelajaran ?
Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja
dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaaan pengetahuan
kemahiran semata – mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan
kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran
dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran akan berkesan
sekiranya pelajar mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran. Pengetahuan sedia ada pelajar boleh juga digunakan dalam
mengaitkannya dengan pelajaran baru. Pendekatan inkuiri pula berpendapat
pembelajaran ialah proses pembentukan corak pemikiran seseorang, dan cara
seseorang membina ( construct ) dan memberi makna kepada apa yang
dipelajarinya.
Pembelajaran boleh membawa kepada perubahan , pada diri seseorang
sama ada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun ini tidak bermakna
perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan
kelaparan adalah satu bentuk pembelajaran. Ini kerana proses itu adalah suatu fitrah
bagi manusia. Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di
antara ahli – ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi
masing – masing.
Antara definisi pembelajaran yang telah diberikan oleh ahli psikologi
pendidikan ialah :
Menurut E.R Hilgard, R.C Atkinson dan R.L Atkinson ( Introduction to
Psychology, 1975 ), pula menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku
yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga
timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru. Pembelajaran biasanya
tidak diperlihatkan dengan serta merta melalui pencapaiaan. Manakala Henry Clay
Lindgren dan Donn Byrne ( Psychology : An Introduction to a Behavioral Science,
1976 ), menjelaskan perkataan `pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea
bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang.
Menurut Anita E. Woolfolk ( Educational Psychology, 1995 ), menjelaskan
pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam
pengetahuan dan tingkah laku yang kekal. Morris L. Bigge ( Learning Theories for
Teachers, 1982 ) pula, Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan
sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari
pengalaman dalam situasi yang tertentu. Menurut Kelvin Seifert ( Educational
Psychology, 1983 ), menyatakan pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku
yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.
Kesimpulannya, Pembelajaran merupakan :
o Satu proses yang berterusan.
o Secara formal dan tak formal.
o Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira.
o Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa,
persekitaran.
o Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.
o Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan
humanis.
SOALAN 3 : Mengapakah anda perlu tahu tentang pengajaran dan
pembelajaran ?
Guru yang tahu tugasnya sebagai tenaga pengajar, pasti akan cuba
memahami apa itu pengajaran. Memandangkan semua pendekatan, kaedah dan
teknik terkandung dalam satu sesi pengajaran yang sempurna dan ianya perlu
diaplikasikan sebaik mungkin kepada klien utama guru iaitu pelajar. Sebagai
seorang guru, kita harus tahu apa itu pengajaran dan apa pula pembelajaran. Ini
kerana guru dan murid adalah dua unsur yang berbeza. Guru sebagai pengajar
manakala murid sebagai pelajar. Perbezaan unsur tersebutlah yang mengharuskan
kita untuk mengetahui tentang pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru tidak
tahu makna pengajaran, bermakna hasil pembelajaran juga tidak akan berlaku.
Setiap kali apabila seseorang guru itu masuk ke dalam satu – satu bilik
darjah untuk menyampaikan satu bidang ilmu pengetahuan, maka itu sudah
berlakunya satu sesi pengajaran. Disinilah kita dapat melihat pengajaran secara
formal dalam kelas. Namun kita perlu sedar, makna pengajaran bukan sahaja yang
berlaku secara formal dalam kelas tetapi apa sahaja perkara yang berlaku secara
tidak sengaja atau secara tidak formal dan boleh menyebabkan perubahan terhadap
diri seseorang. Antara perkara yang boleh dianggap akan berlakunya satu sesi
pengajaran ialah melalui ceramah, ketika dalam perbincangan sesama rakan,
melalui ayat atau kata – kata dalam perbualan seharian ataupun dengan pekerti
peribadi yang kita tampilkan. Kesemua perkara ini akan menjadi pengajaran kepada
orang sekeliling kita yang terlibat. Sedar atau tidak, perkara yang telah berlaku
dalam hidup seseorang sama ada baik atau buruk akan menjadi pengajaran atau
contoh kepada orang lain. Dengan adanya pengajaran tersebut, mereka akan mula
berhati – hati atau cuba melakukan sesuatu yang lebih baik lagi.
Kata – kata yang sering diucapkan juga akan menjadi contoh ikutan kepada
orang lain terutamanya murid atau kanak – kanak. Pekerti dalam diri seseorang guru
juga sering menjadi perhatian murid – murid sekolah apatah lagi kepada anak
sendiri. Dalam erti kata yang lain, semua yang berlaku atau semua yang kita
tampilkan dan lafazkan merupakan satu pengajaran. Seandainya kita tidak faham
tentang proses pengajaran dan hanya menganggap pengajaran hanya akan berlaku
dalam kelas, kita sudah membuat satu kesilapan yang besar. Ini kerana pengajaran
secara tidak formal lebih besar memberi impak ke atas diri seseorang. Sekiranya
seseorang guru itu hanya mengajar berdasarkan kaedah yang disediakan dalam
buku sedangkan ia tidak faham bagaimana proses pengajaran yang sebenarnya,
pasti kaedah yang dipilih itu kurang berjaya kerana guru tidak melaksanakannya
dengan pemahaman yang sebenar dan hasilnya guru tidak dapat berfikir secara
kreatif dalam melaksanakan kaedah tersebut.
Dalam perkara ini, hasil pembelajaran yang sepatutnya diperolehi oleh pelajar
tidak mungkin dapat dikenal pasti oleh guru sekiranya ia tidak faham apa makna
pembelajaran. Seperti yang kita sudah sedia maklum, pembelajaran adalah hasil
perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu. Perubahan yang merangkumi
mental, fizikal, emosi dan juga sosial. Guru yang tidak tahu apa itu pengajaran dan
pembelajaran serta tidak dapat membezakan apa makna pengajaran dan
pembelajaran pasti tidak akan dapat mengesan perubahan dalam diri pelajarnya
melalui hasil pengajaran yang telah dilaksanakan. Sedangkan dalam setiap
pengajaran, pasti tertulis hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
SOALAN 4 : Mengapakah fasa development dikatakan sebagai jambatan
kepada fasa analisis dan design ? Bagaimana ?
Fasa development ini adalah fasa nadi dalam Model ADDIE kerana ianya bertindak
sebagai agen pelaksana dan penyelesaian semua masalah dalam sesuatu program
yang dirancang. Fasa ini juga turut bertindak sebagai agen penghubung untuk dua
fasa pertama dalam Model Addie.
Model ADDIE
ANALYSIS
DESIGN
DEVELOPIMPLEMENT
EVALUATE
Fasa Analisis dalam model ini merupakan fasa asas. Dalam fasa ini kita akan
memperolehi maklumat seperti:
Who are the learners and what are their characteristics? ( sasaran utama )
What is the new behavioral outcome? ( Jangkaan hasil )
What types of learning constraints exist?
What are the delivery options? ( pilihan persekitaran)
What are the pedagogical considerations? ( Pedagogi yang terlibat )
What are the Adult Learning Theory considerations?
What is the timeline for project completion? ( Masa perlaksanaan )
Fasa Design pula ialah :
Document the project's instructional, visual and technical design strategy
Apply instructional strategies according to the intended behavioral
outcomes by domain (cognitive, affective, and psychomotor).
Design the user interface and/or user experience
Create prototype ( penghasilan prototaip)
Apply visual design (graphic design)
Maka development dikatakan sebagai jambatan penghubung kepada fasa analisis
dan fasa design. Sebabnya ialah ;
A. Fasa development adalah fasa di mana semua perancangan dalam fasa
analisis dan fasa design akan dilaksanakan atau direalisasikan. Tanpa fasa
ini model ini akan mengalami kegagalan kerana ketiadaan kesinambungan
daripada dua fasa yang terawal tadi.
B. Fasa development juga adalah fasa dimana semua arahan rekabentuk dan
ciri – ciri program yang dirancang akan dikumpulkan secara bersepadu untuk
menghasilkan satu pelan utama atau blueprint program yang akan
dilaksanakan.
C. Dalam fasa ini juga penyelesaian semua masalah yang timbul ekoran
pelaksanaan program yang dirancangkan akan dapat diselesaikan melalui
cara yang telah ditetapkan dalam program yang akan dilaksanakan.
Fasa Development adalah fasa yang sangat penting dalam merungkai
permasalahan dalam fasa analisis dan fasa design . Fasa ini juga turut menyumbang
kepada tahap kejayaan sesuatu program yang dirancang.
Development dikatakan sebagai jambatan kepada fasa analisis dan design
kerana fasa ini lebih kepada penggunaan media, material atau kaedah/method. Ini
bermaksud guru perlu menyesuaikan fasa development ini setelah membuat analisis
kepada murid, persekitaran dan tahap kemampuan murid agar objektif atau design
dapat dicapai secara maksimum.
SOALAN 5 : Apakah perbezaan dan persamaan model dan teori ?
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu
pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada
yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan
maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh
diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial
dan humanis.
Teori juga,merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu
termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori bermaksud set konsep yang saling
berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal
keputusan kajian – kajian akan datang. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai andaian
– andaian ataupun hipotesis – hipotesis tentang sesuatu yang bersandarkan kajian.
Model pula adalah satu kerangka konseptual untuk membantu kita melihat
bahagian – bahagian yang berkaitan di dalamnya dan memikirkan hubungan di
antara bahagian – bahagian itu dengan lebih mudah kerana sifat model adalah untuk
meringkaskan suatu proses yang kompleks. Dengan menggunakan model, kita
boleh mengkaji proses dan hasil sesuatu dengan lebih sistematik.
Definisi lain dari model adalah abstraksi dari sistem sebenarnya, dalam gambaran
yang lebih sederhana serta mempunyai tingkat prosentase yang bersifat
menyeluruh, atau model adalah abstraksi dari realitas dengan hanya memusatkan
perhatian pada beberapa sifat dari kehidupan sebenar.
Perbezaan antara teori dan model ialah :
CIRI-CIRI TEORI CIRI-CIRI MODEL
i. Merupakan pendapat / andaian
manusia.
ii. Tidak dibuat sewenang –
wenangnya . Idea – idea diuji dan dinilai
kebenarannya.
iii. Sesuatu teori tidak semestinya
kekal. Sekiranya mendapat sokongan
hasil dari kajian, ia akan terus kukuh.
Sekiranya tidak berjaya dalam kajian, ia
akan menjadi lemah dan ianya boleh
berubah – ubah mengikut dapatan –
dapatan baru.
iv. Tidak boleh dianggap betul atau
salah.
i. Bukan setakat pendapat tetapi ia
adalah satu kerangka yang boleh dilihat
dan disentuh serta boleh dibawa ke
destinasi yang hendak dilaksanakan satu
kajian.
ii. Model – model yang hendak
dibuat adalah dipengaruhi oleh pelbagai
disiplin ilmu seperti psikologi pendidikan ,
psikologi sosial dan komunikasi serta
sosiologi pendidikan.
iii. Model yang dibuat akan terus
kekal dengan bentuk yang telah terhasil.
Sekiranya model itu tidak berjaya, ia
akan diubah suai semula untuk menepati
kehendak sesuatu kajian. Namun
sekiranya modal untuk menghasilkan
model yang baru lebih sikit berbanding
mengubah suai model yang lama, model
tersebut bolehlah diketepikan.
Kesimpulannya, teori dan model sebenarnya saling berkait antara satu sama
lain. Walaupun terdapat perbezaan antara kedua-duanya, namun ianya tetap
bergantung antara satu sama lain. Tanpa teori sesuatu model tidak akan dapat
dibentuk.