apa itu keputusan fatwa & fatwa?

Upload: wahab-chik

Post on 06-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Apa itu Keputusan Fatwa & Fatwa?

    1/1

    Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

    Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?

    KEPUTUSAN FATWA

    Dari segi Bahasamemberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

    Dari Segi IstilahPenjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepadasesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

    FATWAFatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi prosespenguatkuasaan undang-undang.

    PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSANProses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

    SYARIAT FATWA DALAM ISLAMIslam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelashukumnya.

    SKOP FatwaIsu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya. Pendapat yang berbeza antara ulama yangmemerluan pemilihan(tarjih) Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaansetempat. Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

    FATWA DI MALAYSIAFatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysiatelah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.

    Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam

    Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangandan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usahamenyelesaikan sesuatu permasalahan. Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam

    jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.

    Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa.2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie. Jawatankuasa Fatwa

    berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yangsewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun pelaksanaanya. Perkara/Amalanyang lebih utama hendaklah didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal.

    4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian dalil-dalil dan implikasinya.

    SUMBER RUJUKANAl-Quran Al-KarimAl-Sunnah Al-NabawiyyahAl-IjmakAl-QiyasIjtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa