solusi konflik fatwa di malaysia

15
SOLUSI KONFLIK FATWA DI MALAYSIA SITI NUR JANNAH BT HASANUDDIN NOMBOR METRIK: 2150032

Upload: snj-snj

Post on 06-Apr-2017

632 views

Category:

Law


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Solusi konflik fatwa di Malaysia

SOLUSI KONFLIK FATWA DI MALAYSIA

SITI NUR JANNAH BT HASANUDDIN

 NOMBOR METRIK:

2150032

Page 2: Solusi konflik fatwa di Malaysia
Page 3: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Isi KandunganDefinisiFaktor Berlakunya Konflik

Fatwa Di MalaysiaKesan Konflik Fatwa di

MalaysiaSolusi konflik

Page 4: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Definisi• Bahasa : menjelas dan menghuraikan

hukum permasalahan.• Syarak : penjelasan berhubung dengan

persoalan hukum syarak yang dibuat oleh seorang yang faqih bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepadanya.

• Dalam konteks Undang-Undang Malaysia : kenyataan Mufti yang diterbitkan melalui Warta Undang-Undang.

Page 5: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Faktor Berlakunya Konflik Fatwa Di Malaysia

• Menurut Kamus Dewan, konflik bermakna perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain.

(a) Terikat dengan akta dan perlembagaan- Persoalan mengenai agama Islam

diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Perkara 74(2) dan butiran II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan

Page 6: Solusi konflik fatwa di Malaysia

• Hasilnya, wujudlah fatwa-fatwa dari setiap negeri kerana institusi ini bebas untuk mengeluarkan fatwa tanpa terikat dengan institusi fatwa negeri-negeri lain dan fatwa kebangsaan.

(b) Metodologi fatwa dan kefahaman yang berbeza• Metodologi istinbat fatwa yang berbeza antara negeri

dengan negeri lain telah menghasilkan hukum yang berbeza. Perbezaan metodologi ini dapat dilihat dalam peruntukan enakmen antara negeri Perlis dengan negeri-negeri yang lain.

• Sebagai contoh, fatwa Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berasaskan Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah tanpa terikat dengan mana-mana mazhab dan sumber ambilan hukumnya juga berbeza.

• Berbeza dengan jawatankuasa fatwa negeri lain yang menekankan pemakaian mazhab Syafii dalam fatwa-fatwa negeri.

Page 7: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Kesan Konflik Fatwa di Malaysia

Menimbulkan kekeliruan terhadap orang awam

- Sebagai contoh ialah fatwa berkenaan Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

- Di Selangor, pelaburan ASB dan ASN adalah haram

- Manakala, di Negeri Sembilan pelaburan ASB dan ASN adalah harus. (mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan)

Page 8: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Solusi konflik • Solusi bermaksud penyelesaian.

(a)Peranan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JKMKBHEUIM) dimantapkan.

• Pemantapan peranan JFMKBHEUIM hendaklah diambil berat.

• Ini adalah kerana tugasnya yang penting dalam memastikan keseragaman fatwa-fatwa yang dikeluarkan.

• Sebagai contoh, fatwa yang diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI yang dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri adalah boleh dipinda.

Page 9: Solusi konflik fatwa di Malaysia

• Maka dicadangkan agar membuat peruntukkan untuk menyekat fatwa tersebut dari dipinda.

• Hal ini kerana, terdapat kecenderungan negeri-negeri meminda teks fatwa terbabit apabila ia dibawa balik ke negeri dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri berkenaan

• Hal ini dapat menjamin keseragaman keputusan fatwa antara negeri-negeri di Malaysia.

• Selain itu, disarankan agar tidak kaku iaitu memberi alternatif lain untuk sesuatu isu yang tidak dibolehkan. Contohnya hukum yoga.

Page 10: Solusi konflik fatwa di Malaysia

(b) Penubuhan Unit Khas Fatwa bawah Jabatan Penguatkuasaan Syariah.

• Tugas : memastikan masyarakat Islam diberi penjelasan berkaitan peruntukan kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran fatwa dan di jalankan melalui pelbagai medium sedia ada supaya mereka mengetahui kesan dan akibat tidak mematuhi sesuatu fatwa yang telah diwartakan.

• Unit ini juga berperanan melakukan penyiasatan terhadap perlakuan-perlakuan yang melanggar mana-mana fatwa.

• Hal ini kerana, kelihatannya Pegawai Peguatkuasa yang sedia ada tidak ‘cukup tangan’ untuk membuat tangkapan terhadap orang-orang yang melanggar fatwa.

• Kesannya, ramai orang tidak menyedari kewujudan sesuatu fatwa

Page 11: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Ketua Pendakwa Syarie lwn. Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan Sharina. - Dalam kes ini, Mahkamah Syariah Selangor telah

menjatuhkan hukuman ke atas ketiga-tiga orang wanita Islam yang didakwa melanggar fatwa yang telah diwartakan pada 15 Mei 1995.

- Penyataan warta ialah “Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik”.

- Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9

tahun 1995.“Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang

menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam, Majlis,

dan Mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau kedua-duanya sekali.

Page 12: Solusi konflik fatwa di Malaysia

(C) Perkongsian mengenai fatwa hendaklah dipergiatkan- Media massa hendaklah berperanan menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah diputuskan kepada masyarakat Islam di Malaysia agar ia dapat difahami, dipatuhi dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. - Contohnya, mengadakan rancangan khas

yang membincangkan tentang fatwa-fatwa atau kaedah pengeluaran fatwa, debat Mufti, ataupun pencarian bakal Mufti seperti rancangan Imam Muda di saluran Astro Oasis.

- Ini dapat menarik golongan muda dan secara tidak langsung mengeluarkan produk-produk yang berkualiti.

Page 13: Solusi konflik fatwa di Malaysia

• Pihak Berkuasa Fatwa Negeri juga hendaklah memanfaatkan secara optimum dan mengemaskini Portal e-Fatwa yang merupakan Portal Rasmi Fatwa Malaysia sebagai medium penyebaran fatwa Malaysia untuk menjadi rujukan dalam dan luar negara.

• Malahan disarankan, Mufti-mufti atau ahli jawatankuasa fatwa boleh turun padang mendekati masyarakat menerangkan tentang kepentingan fatwa, syarat-syarat fatwa atau fatwa-fatwa yang dilaksanakan di negeri masing-masing.

• Perkara ini perlu difahami sebaiknya oleh masyarakat supaya mereka dapat membezakan anatara fatwa yang diiktiraf dengan pandangan peribadi mufti, pandangan dalam akhbar dan sebagainya.

Page 14: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Kesimpulan• Kegagalan untuk mengatasi konflik fatwa akan

menghasilkan natijah yang negatif, khususnya dalam konteks negara Malaysia.

• Masyarakat awam menjadi keliru dan akan mengabaikan sesuatu fatwa kerana terdapat dua pandangan yang saling bertentangan antara satu dengan yang lain.

• Hakikatnya, kita hidup bersama di bawah satu Negara, berkongsi akidah dan kepercayaan yang sama, maka sepatutnya ahli jawatankuasa fatwa prihatin melihat isu-isu yang mempunyai kepentingan nasional secara bersama dan mengambil sikap lebih terbuka.

• Hal ini kerana objektif utama dalam solusi konflik fatwa ini ialah dapat diminimumkan masalah-masalah yang dihadapi dalam institusi fatwa Malaysia.

Page 15: Solusi konflik fatwa di Malaysia

Terima Kasih kerana

sudi mendengar …