any man

Upload: khalid-muhamad

Post on 18-Jul-2015

482 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

MUHAMAD KHALID AWANG D20091035320

DISEDIAKAN UNTUK: PN. SITI SALWA BINTI JAMALDIN

DEFINISI ANYAMANproses menyilang bahan daripada tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat. Contohnya lidi.rotan, akar, mengkuang, pandan, buluh, jut

SEJARAH PERKEMBANGAN

DAN

Neolitik-untuk kehidupan seharian,rumah, tali dan sbgainya.

Siti zainun melalui buku reka bentuk kraftangan melayu tradisi- anyaman hanya digunakan oleh raja. contohnya tikar raja daripada pokok bemban.Bahan utama yang digunakan-mengkuang, pandan, buluh, rotan, kercut. Alatan utama yang digunakan- parang, pisau, jangka, pelurut, penyisip. Hasil perkembangan anyaman- dijadikan produk moden seperti penghadang ruang, hiasan kepala katil, hiasan dinding, alas meja.

KELARAI merupakan susunan helaian mengkuang/pandan dalam ruang tertentu berwarna kontra yang dilakukanserentak semasa proses anyaman.

*selalunya menggunakan 2 warna sahaja *anyaman tidak berkelarai dinamakan anyaman ghadas iaitu anyaman biasa.

JENIS -JENIS KELARAI Flora-kelari berakar, kelarai beras patah,bunga ator,bungan berembang,bunga cempaka, bunga cengkih, bunga cina, bunga durian, bunga gadong

Fauna- kelarai berhati, berkaki, buntut siput, gajah,kepala lalat, mata ikan bilis, sisik kelah,

Geometri- kelarai apit kale, anyaman gila, belahketupat, tulang belut

Rupa abstrak- kelarai empat sebilik, kisirneggiri, madu manis, sisik ikan, titik hujan

Pereka dan tempat- Kelarai Sambas,Cik Kedah Bersila, Mak Mek, Kelarai Tak Ternama.

jenis-jenis klarai flora

Jenis jenis klarai fauna

Jenis-jenis klarai abstrak

TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG I Puan Aminah Ali berasal dari Rusila, Terengganu. Lahir pada 1944 berkecimpung dalam kegiatan mengayam sejak 40 tahun dulu sehingga kini memenangi pertandingan pertukangan tangan sezaman anjuran muzium negara pada tahun 1982 menyertai pameran seperti Pesta Pembangunan Dungun, pameran kraftangan MAHA, pameran kraftangan di Universiti Malaya, pameran anjuran PKKM menerima anugerah tokoh anyaman kelarai oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG II Puan Hjh Aminah Ahmad

lahir 1928 di Tg.Keling, Melakaaktif mengayam berumur 12 tahun pembuat Anyaman Rombong hasil anyaman dalam bentuk kraf lain.karyanya berinovasi tinggi dan berkualiti Tokoh Adiguru Kraf oleh PKKM pada 1988

TOKOH ANYAMAN LAIN Cik Siah Bt Esah Bt SaidJumaat- Kelarai kelarai SisikSambas Kelah

Hajah Asiah Bt Dayang Aisah Bt Awang Salleh- Kelarai Hussin-kelarai Tapak Harimau Bunga Hajah SemekKelarai Mak Mek Hjh Aminah Ahmad- KelaraiRombong

JENIS ANYAMANJenis anyaman Bahan Hasil anyaman Anyaman mengkuang Daun mengkuang Tikar, tidung saji, bekas pakaian

Anyaman pandan

Pandan duri

Tikar sembahyang, hiasan dinding

Anyaman buluh

Buluh akar, buluh betung, kasap, minyak, perindu, peleting, sembilang, batu/tumpatduri, gading, cina,

Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg.

Anyaman rotan

Rotan di proses

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak.

Anyaman lidi

Lidi kelapa

Lekar, bekas buah, dulang, bekas telur

Anyaman ribu-ribu

Paku pakis ribu-ribu

Tempat tembakau, bekas sireh terbus, bakul, bekas serba guna,.

ANYAMAN PANDAN MENGKUANG Pandan Mengkuang merupakan spesis yang sama namun saiz mengkuang lebih lebar dan panjang daripada daun pandan. Mengkuang sebagai anyaman terhadap benda yang kasar, besar dan kukuh. Ianya menekankan ciri fungsional sahaja. Contohnya sebagai tikar untuk membuat alas menjemur padi, jemuran, lantai dapur. Selalunya tikar ini tidak berwarna kerana tidak dikhaskan untuk tetamu. untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak Proses penghasilan 1.mengambil daun Daun yang terpilih sahaja diambil dengan cara menetak pada pangkal pokok pandan mengkuang. Selesai ditetak, daun dihiris bahagian hujung bagi memastikan semua daun menjadi sama panjang. Seterusnya dilayur pada bara api. Namun demikian, di sesetengah tempat, daun tadi tidak dilayur tetapi dijemur sehingga benar-benar kering bagi memastikan sel daun mati dan membuang lebihan air. Duri yang terdapat pada helaian daun dibuang menggunakan serat sabut dan secara automatik akan terbelah dua. Jengka digunakan bagi mendapatkan saiz yang dikehendaki pada helaian daun tersebut.

2. melurutBertujuan melembutkan daun. Direndam dalam bekas /tempayan dan direndam 2 ke 3 hari. Selama tempoh rendaman air ditukar 2-3 kali supaya tidak busuk. Bilah dibersihkan dan dijemur sehingga bertukar menjadi putih sebelum direndam dengan pewarna. Selesai dicelup warna, bilah dijemur dan dilurut sehingga licin. 3. mengayam Bergantung kepada corak hiasan yang dipanggil kelarai.

ANYAMAN ROTANSejenis tumbuhan palma yang memanjat. Contohnya rotan air, bakau, batu, rotan bukit, kera, kolam, manau, sega. Hasil anyaman rotan seperti kerusi, bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga. Proses modenisasi menjadikan hasil rotan sebagai kraf perhiasan dan hanya mempunyai makna serta tidak menggalakkan fungsional. Proses penghasilan: 1. Rotan dipotong sekitar 2-3 depa sblum dibawa keluar. Ianya direbus bagi membuang gula dan mematikan tisunya yang bertujuan mengelakkan dimakan oleh bubuk.setelah direbus, ianya dijemur sehingga kering dan diketam sebelum dilicinkan menggunakan kertas pasir. Setelah siap barulah divarnis atau disyelek supaya kelihatan cantik.

ANYAMAN RIBU-RIBU Merupakan sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di sekitar kawasan belukar. Antaranya seperti riburibu gajah, bukit, akar sidin dan biasa. Kegunaan utama pada masa dahulu adalah sebagai tali yang digunakan untuk mengikat rabung . Namun demikian sekarang ribu-ribu hanya dijadikan sebagai Hiasan kraftangan. Hasil daripada kraftangan anyaman ribu-ribu adalah seperti dompet, bakul, bekas sireh, terendak, bekas tembakau. Proses penghasilan: Ribu-ribu dipotong dan dijemur setelah dibelah dua. Kaedah menjemur adalah dengan menyidai di kawasan yang teduh selama bebrapa hari.ianya untuk memastikan tidak mudah patah dan rapuh. Ribu-ribu memerlukan rangka daripada buluh ataupun rotan sebagai alas. Motif yang digunakan dalam anyaman ribu-ribu adalah seperti siku keluang, jaluran dan bentuk geometri. Warna pada ribu-ribu adalah asli dan kebanyakan warna yang dihasilkan adalah warna gelap daripada warna asal ribu-ribu itu sendiri. Contohnya warna coklat tua dan coklat muda. Kawasan yang masih lagi mempunyai anyaman ribu-ribu sekitar kawasan Kudat di Sabah.

ANYAMAN LIDI Merupakan hasil daripada pokok kelapa. Contoh barang penghasilan adalah seperti lekar, bakul, tempat simpan telur, bekas buah-buahan. Proses penghasilan Bermula dengan kerja meraut dan membuang daun pada lidi kelapa yang panjang. Lidinya yang siap direbus bahan pewarna dan dijemur sehingga kering. Cara anyamannya tidak banyak beza dengan anyaman rotan bulat. Contohnya membuat anyaman bakul tapak bulat memerlukan susunan tapak yang disusn terlebih dahulu dalam satu bingkai. Lidi tadi kemudian dirlenturkan secara berselang seli dan diselit antara satu sama lain bagi menghasilkan satu corak. Lidi kemudian ditarik kemas untuk mengukuhkannya, akhirnya hujung lidi diselit kemas dan bakinya dipotong. ANYAMAN BULUH berbagai-bagai jenis buluh, antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, p agar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading. Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendak Proses penghasilan: 1.Merendam bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam didalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda 2.Menyalai buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan

ALAT

KEGUNAAN

ILUSTRASI

Alatan dan bahanParang Parang digunakan untuk memotong daundaun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Turut digunakan bagi memotong dan menetak bahagian pangkal dan hujung daun. Penyisip Penyisip diperbuat daripada buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing dan nipis. Pada bahagian hujungnya. Penyisip digunakan ketika membuat sisipan untuk mengelakan daripada anyaman terburai Pisau Pisau digunakan untuk mengerat lembaran

selepas dimatikan anyaman bagi tujuankemasan. Sejenis pisau lagi yang digunakan dalam proses membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun dibuat daripada sekeping besi nipis di hunungnya dan pemegannya di perbuat daripada buluh.

Pelurut

Pelurut berukuran antara 17cm panjang dan 4cm lebar. Pelurut diperbuat helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan daun. Pelurut turut digunakan sebelum proses anyaman kerana helaian yang diwarnakan perlu dilembutkan dahulu bagi memudahkan proses anyaman dilakukan. Jangka turut dikenali sebagai sisir kayu / buluh yang bermata tajam. Jangka terdapat dalam pelbagai saiz bergantung kepada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan lebaran yang kecil atau sebaliknya. Jangka digunakan untuk mencarik atau membelah daun pandan atau mengkuang menjadi lembaran. Alat untuk meraut, menghaluskan dan melicinkan bilah rotan. Alat untuk membelah rotan. Alat seakan-akan jarum digunakan untuk melubangkan rotan saga, dikenal juga sebagai penggerek Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.

jengka

jangat

susuput

baldi

tempayan

Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang.

PEWARNAANPewarnaan cara tradisiPewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah: Kuning - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih. Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan kapur sireh. Merah - proses sama dengan warna kuning pinang masak.

Pewarnaan cara modenPewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup dyestuff (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan. Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup se;ama antara 15 hingga 20 minit.

Proses MenganyamHelaian mengkuang / pandan yang telah dilurut diasingkan mengikut warna-warna yang digunakan. Helaian dilipat dua sama panjang dan seterusnya proses menganyam dimulakan. Ini dinamakan proses melagang, iaitu jaluran mengkuang dibentuk seperti V. Menganyam dimulakan daripada bahagian tengah helaian yang dilipat. Bahagian permulaan helaian pandan berselang seli anatara menegak dan yang melintang serta satu di sebelah atas dan yang satu lagi di bawah hingga seterusnya. Mematikan tepi anyaman tikar dinamakan mengepai supaya tikar kemas dan tahan lama. Selepas direpai, sisipkan pula dengan menggunakan alat yang dipanggil penyisip.Selesai menyisip, kerat helaian-helaian baki yang berlebihan yang tidak dianyam. Untuk memperolehi tikar yang lebar, lebihan anyaman di kedua-dua belah tikar direpai, sisip dan kerat di sebelah bahagian sahaja, manakala yang disebelah lagi digunakan untuk menyambung tikar itu dengan helaian yang lain. Semasa menyambung, mestilah mengikut susunan kedudukan mengkuang / pandan yang asal. Sekiranya kedudukan disusun menegak perlu disambung secara menegak dan yang melintang dismbung secara melinrang. Jika berwarna, sambungan perlu mengikut warna yang asal supaya corak yang sama dapat dibuat. Proses menyambung dimulakan dengan helaian baru diletakkan di bahagian bawah helaian asal dan disisip dengan kemas sebanyak lima atau enam mata padas.

CORAK ANYAMAN TIKAR Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu: Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah. Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

LAMPIRAN

Anyaman mengkuang dan pandan

Anyaman buluh

Anyaman pandan

Anyaman mengkuang

Anyaman buluh

Anyaman rotan

Anyaman ribu-ribu

Anyaman lidi

Proses mengayam tikar mengkuang

BILIOGRAFI

Rujukan internet

http://blueoriententerprise.tripod.com/handcraft.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_Di_Mal aysia. http://tunsabanbalek.blogspot.com/2009/09/manusiazaman-kuno-malaysiakini.html http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/kraftangan. asp.