praktikal 2 man

Upload: man-yang-pandai

Post on 03-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    1/16

    PRAKTIKAL 2

    TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

    Tujuan :

    Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri fizikal sepunya.

    Teori :

    Biodiversiti ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi

    ini. Istilah Biodiversiti yang digunakan bagi menerangkan bilangan spesies, berapa banyak

    variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di sesuatu ekosistem. Bumi kita

    sebenarnya terdiri daripada ekosistem dan ciri-ciri ekologi yang disokong oleh biodiversiti.

    Biodiversiti meningkatkan produktiviti ekosistem di mana setiap spesies, tidak kira betapa kecil,

    semuanya mempunyai peranan penting untuk dimainkan. Ekosistem itu, apabila tidak

    terganggu, ia cenderung untuk mempunyai pelbagai spesies yang membentuk web interaksi

    yang kompleks. Taksonomi adalah bidang biologi yang berkaitan dengan tatanama,

    pengenalpastian dan pengelasan organisma. Terdapat lebih satu juta spesies yang diketahui di

    Bumi dan mungkin terdapat beberapa juta lagi belum dikenalpasti.

    Taxonomists adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti, menamakan dan

    mengelaskan semua spesies yang berbeza. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah

    dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang

    dimilikinya.. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan atau

    ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus atau sesuatu

    sistem kompleks dimusnahkan

    Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan

    lebih mudah diuruskan. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan

    1

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    2/16

    tumbuhan dan haiwan dalan pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara

    menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan,

    tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik

    rujukan dan pada waktu yang sama di sebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak

    bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama

    sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut maka

    kemumgkinan besar ia mempunyai ciri ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu.

    Semua organisma di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam.

    Lima alam ini ialah Monera, Protista, Fungi, Plantae danAnimalia.

    Spesies ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma yang boleh interbreed di mana

    individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama

    dan kedua ialah spesis morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal)

    dianggap sebagai spesis yang sama. Pelbagai spesies dan ekosistem, dan kebolehubahan

    gen dalam spesies di dalam habitat tertentu dipanggil kepelbagaian biologi, atau biodiversiti.

    Biodiversiti adalah penting untuk evolusi dan untuk mengekalkan sistem kehidupan biosfera.

    Kepentingan biodiversiti terletak dalam ekologi, genetik, sosial, ekonomi, sains, kepentingan

    pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan estetik. Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat.

    Mereka adalah kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

    Kepelbagaian genetik tahap biodiversiti yang merujuk kepada jumlah keseluruhan ciri-

    ciri genetik dari segi komposisi genetik spesis. Teori neutral evolusi mencadangkan bahawa

    kepelbagaian adalah hasil daripada pengumpulan penggantian neutral. Mempelbagaikan

    pemilihan adalah hipotesis bahawa dua subpopulasi bagi satu spesies yang hidup dalam

    persekitaran yang berbeza yang memilih untuk alel yang berlainan pada lokus tertentu. Ini

    mungkin berlaku, misalnya, jika spesies mempunyai rangkaian yang besar berbanding dengan

    mobiliti individu di dalamnya. Kepelbagaian genetik memainkan peranan yang besar dalam

    2

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    3/16

    kehidupan dan kebolehsesuaian sesuatu spesis. Apabila persekitaran sesuatu spesis berubah,

    variasi gen perlu menyesuaikan diri dan hidup. Spesies yang mempunyai kepelbagaian genetik

    yang besar antara individu akan mempunyai lebih banyak variasi dari yang memilih ahli yang

    paling sesuai. Spesies yang mempunyai variasi genetik yang sangat sedikit akan menghadapi

    risiko yang besar.

    Kepelbagaian spesis pula ialah pelbagai spesies yang berbeza di sesuatu kawasan

    tertentu. Adalah amat sukar untuk menganggarkan spesies yang berbeza di kawasan tertentu.

    Kebanyakan spesis ditemui berhampiran khatulistiwa dan beberapa di kutub. Kepelbagaian

    ekologi ialah kepelbagaian di peringkat komuniti.

    Spesies biologi pula adalah sekumpulan organisma yang mempunyai moyang

    yang sama. Mereka juga berkongsi banyak ciri-ciri yang dan mempunyai potensi untuk

    interbredd ( membiak bersama ). Morfologi merujuk kepada bentuk dan struktur organisma

    atau mana-mana bahagian. Konsep spesies morfologi menyokong bahawa ahli-ahli sesuatu

    spesis adalah individu yang kelihatan serupa antara satu sama lain. Konsep spesies morfologi

    adalah yang paling intuitif dan juga yang paling tua. Ia pada dasarnya berpunca dari idea

    bahawa spesis kumpulan yang sama mempunyai penampilan yang sama. Perbezaan morfologi

    antara setiap spesies membenarkan kita untuk membezakan antara satu sama lain, seperti

    lembu daripada kerbau dan satu pohon daripada pokok Bunga Ros.

    SENARAI RADAS : Gambar moonmorphs,Gunting, gam, kertas A4 dan pen.

    KAEDAH :

    1. Spesis yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan

    haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesis.

    3

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    4/16

    2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesis adalah pada tahap matang dan tiada

    perbezaan dapat dilihat diantara spesis jantan dan betina.

    GAMBARAJAH :

    KUMPULAN A KUMPULAN B

    KUMPULAN C KUMPULAN D

    KUMPULAN E

    Keputusan :

    4

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    5/16

    Kump.Spesis

    Ciri-ciri UmumMoonmorf

    A Memiliki abdomen

    yang besar.

    Mempunyai kepala,

    mata, tangan dan ekor.

    B Memiliki abdomen

    badan yang bercorak.

    Mempunyai kepala,

    mata, tangan, kuku,

    abdomen, jari dan kaki.

    2,3,4,5,12,18,22,23

    C Memiliki tangan yang

    bercorak.

    Mempunyai kepala,

    mata, abdomen, tangan

    dan ekor.

    6,9,10,11,21

    D Memiliki abdomen

    19,20,26,29

    5

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    6/16

    yang panjang.

    Mempunyai kepala,

    sesungut dan tangan.

    E Mempunyai kepala

    yang berbentuk.

    Mempunyai kepala,

    abdomen, tangan

    dan ekor.

    7,8,13,14,15,25,28

    6

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    7/16

    ANALISIS DATA :

    HAIWAN BULAN (MOONMORF)

    7

    Matabercantum

    A BC

    1,15

    Mata tidakbercantum

    17,24,27

    Kakiberkuku

    Kaki tidakberkuku

    Tajam Tumpul

    3,12 2,4

    Itik Katak

    22 5,18,22

    Bentukekor

    Y V

    6,11,21 9,10

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    8/16

    HAIWAN BULAN (MOONMORF)

    8

    D E

    Sesungutdan ekor

    Bercantumdan berekor

    panjang

    Terpisahdan berekor

    pendek

    Bentukkepala

    U

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    9/16

    9

    2019,26,29

    7 25

    Pendek Panjang PanjangPendek

    8,13,1415 28

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    10/16

    Perbincangan :

    1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat?

    Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?

    Ciri- ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat ialah ciri-

    ciri luaran fizikal. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen,

    corak pada bahagian abdomen, tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki,

    bentuk mata dan juga bentuk ekor. Kami melihat ciri- ciri ini lebih menonjol dan

    mempunyai persamaan antara semua haiwan tersebut. Kumpulan kami sebulat

    suara mengatakan bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utama

    dan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Ini kerana bentuk badan

    memberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain

    seperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kumpulan kami

    membahagikan semua haiwan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesies A

    ( memiliki abdomen yang besar ), Spesies B ( memiliki abdomen badan yang

    bercorak ), Spesies C ( memiliki tangan yang bercorak ), Spesies D ( memiliki

    abdomen yang panjang ) dan Spesies E ( Memiliki kepala yang berbagai

    bentuk).

    Kami memilih ciri- ciri ini kerana ciri- ciri ini boleh dilihat dan dikenal pasti

    dengan mudah. Ini juga merupakan ciri- ciri utama bagi setiap MoonMorphs.

    Selain daripada itu kelima- lima ciri tersebut merupakan ciri dominan bagi setiap

    moonmorphs.

    10

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    11/16

    2. Adakah kesemua individu di dalam spesies itu serupa antara satu sama

    lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesies

    tersebut?

    Semua Individu di dalam sesuatu spesies itu mempunyai ciri-ciri fizikal

    sepunya yang hampir sama. Di mana, untuk spesies A, haiwan tersebut memiliki

    bahagian abdomen yang besar, bagi spesies B, mereka memiliki abdomen

    badan yang bercorak, spesies C mempunyai tangan yang bercorak, spesies D

    pula memiliki abdomen yang panjang dan spesies E mempunyai bentuk kepala

    yang berbentuk.

    Dalam setiap spesies kumpulan kami telah mengenal pasti 2 hingga 3

    variasi. Sebagai contoh spesies yang memiliki abdomen badan yang bercorak

    mempunyai perbezaan corak di abdomen dan mempunyai kaki yang berkuku.

    Perbezaan ini membolehkan pengelasan dibuat melalui subspecies seperti yang

    dilakukan ahli taksonomis.

    3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies jika menerima variasi individu

    yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi

    individu yang sangat rendah?

    Jika saya menerima tahap perubahan individu yang tinggi, Moonmorphs

    akan dapat dikumpulkan secara khusus. Moonmorphs juga akan dapat

    dibahagikan kepada pelbagai jenis spesies.

    11

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    12/16

    Jika saya menerima tahap perubahan individu yang sangat rendah,

    Moonmorphs pula hanya akan dapat dikelaskan mengikut ciri- ciri asas dan

    biasa. Jadi moonmorphs akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa spesies

    yang berbeza. ini akan mengurangkan variasi di kalangan spesies berbanding

    jika saya jika saya menerima tahap perubahan individu yang tinggi.

    4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu

    spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?

    Ahli taksonomi merupakan sekumpulan saintis yang pakar dalam

    mengenal pasti dan mengumpul spesis. Mereka boleh membahagikan sesuatu

    spesies kepada dua atau lebih dengan pelbagai cara. Inilah yang menyebabkan

    bidang taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti serta untuk

    membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis.

    Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis

    yang baru berdasarkan konsep spesies biological. Konsep ini merujuk kepada

    sekumpulan populasi yang berpotensi untuk membiak secara semulajadi.

    Selain itu kaedah lain yang digunakan adalah konsep morfologikal

    spesies. Konsep ini membolehkan individu dikategorikan dengan melihat

    persamaan dari segi ciri- ciri fizikal yang ketara seperti bentuk abdomen sama

    pipih atau besar.

    sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan

    tersebut.

    12

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    13/16

    Terdapat juga beberapa kaedah lain yang turut digunakan seperti kaedah

    typological spesies, recognition spesies, evolutionary spesies, ekologikal, genetic

    dan mikrospesies.

    5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya variasi di dalam

    individu.Variasi pada sesuatu individu itu sebenarnya membolehkan saintis

    membezakan individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan

    sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

    Perubahan iklim yang menyebabkan wujudnya penghijrahan spesies. Perpindahan ini

    adalah pergerakan sesuatu organisma dari satu lokasi ke lokasi lain. Walaupun berlaku

    dalam corak kitaran, penghijrahan dalam konteks genetik selalunya dujuk kepada

    pergerakan individu bagi populasi tertentu. Jika individu yang berhijrah tinggal dan

    mengawan dengan individu destinasi, mereka boleh memberikan alel secara tiba-tiba

    alel. Selepas mengawan, individu-individu yang berhijrah akan menyumbang gamet

    yang membawa alel yang boleh mengubah kadar alel yang sedia ada dalam populasi

    destinasi. Jadi, ini boleh menghasilkan satu variasi baru dalam spesies.

    6. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis?

    Konsep morphospesies merujuk kepada penggunaan perbezaan dalam ciri- ciri

    morfologi untuk membezakan spesies. Perbezaan melalui morfologi ini boleh

    dirujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk

    aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan corak serta struktur

    dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organ-organ.

    13

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    14/16

    Spesis Moonmorphs dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut

    dikumpulkan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan di antara

    moonmorphs . Morfospesis adalah satu kaedah tradisi yang digunakan sejak

    dahulu bagi mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana

    maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah sedikit dan perlu

    kepada perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain. Selain itu, variasi

    geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah pengelasan ini.

    7. Jelaskan mengapa spesies tersebut bukan spesies biologikal.

    Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana tidak wujud maklumat

    bagi genetik, jantina, DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih

    spesifik dan mendalam seperti yang wujud pada spesies biological.. Spesis ini

    hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat berdasarkan

    sifat fizikal yang sepunya sahaja.

    KESIMPULAN

    Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan

    merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak. Jika

    lengkap seperti DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan

    sebagai spesies biologikal. Jika tidak spesies itu boleh dikelaskan berdasarkan

    cara yang mudah iaitu melalui ciri fizikal sepunya yang dimilikinya.

    14

  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    15/16

    RUJUKAN:

    Nature Education. (2010). The Genetic Variation in a Population Is Caused by Multiple

    Factors.[Di ambil dari web: http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-

    genetic-variation-in-a-population-is-6526354. (04th August 2010)].

    Wright, R. T. (2005). Environmental Science 9th Edition.

    United States: Pearson Prentice Hall,Inc.

    http://faculty.evansville.edu/de3/b32003/Lecture

    %20Summaries/Ch15a_Speciesconcepts.pdf.Viewed on 04thAugust 2010.

    Wikipedia ( 2013 ) Species ? [Diambil dari web :

    http://en.wikipedia.org/wiki/Morphospecies#Typological_species . .(17th

    Febuari 2013)].

    WikiAnswers. Com. (2010).What is genetic variation? [Available Online:

    http://wiki.answers.com/Q/What_is_genetic_variation.(08 th August 2010)].

    15

    http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-http://faculty.evansville.edu/de3/b32003/Lecture%20Summaries/Ch15a_Speciesconcepts.pdfhttp://faculty.evansville.edu/de3/b32003/Lecture%20Summaries/Ch15a_Speciesconcepts.pdfhttp://en.wikipedia.org/wiki/Morphospecies#Typological_specieshttp://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-http://faculty.evansville.edu/de3/b32003/Lecture%20Summaries/Ch15a_Speciesconcepts.pdfhttp://faculty.evansville.edu/de3/b32003/Lecture%20Summaries/Ch15a_Speciesconcepts.pdfhttp://en.wikipedia.org/wiki/Morphospecies#Typological_species
  • 7/29/2019 Praktikal 2 Man

    16/16

    Http://dir.yahoo.com/Science/Biology/Variation .html viewed on 08thAugust 2010.

    16

    http://dir.yahoo.com/Science/Biology/Variation.htmlhttp://dir.yahoo.com/Science/Biology/Variation.htmlhttp://dir.yahoo.com/Science/Biology/Variation.html