anugerah guru pembimbing

13
Butiran Diri Guru Pembimbing Syarikat Aozora Sdn. Bhd Nama :Diana Evelyn Anak Mandai Pendidikan :Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris) Diploma Pendidikan Bahasa Inggeris Guru Subjek :Bahasa Inggeris Pengalaman dalam PUM :Penyelaras Syarikant Exuberant Sdn. Bhd. (2010) Penyelaras Syarikat Aozora Sdn. Bhd. (2011) Tarikh Lahir :26 April 1981 Tempat Lahir :Kuching, Sarawak Alamat :MRSM Kuala Klawang, 71600 Jalan Titi Kuala Klawang 1

Upload: aynnur

Post on 25-Jul-2015

107 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anugerah  guru pembimbing

Butiran Diri Guru Pembimbing Syarikat Aozora Sdn. Bhd

Nama :Diana Evelyn Anak Mandai

Pendidikan :Bacelor Sastera (Bahasa Inggeris)

Diploma Pendidikan Bahasa Inggeris

Guru Subjek :Bahasa Inggeris

Pengalaman dalam PUM :Penyelaras Syarikant Exuberant Sdn. Bhd. (2010)

Penyelaras Syarikat Aozora Sdn. Bhd. (2011)

Tarikh Lahir :26 April 1981

Tempat Lahir :Kuching, Sarawak

Alamat :MRSM Kuala Klawang,

71600 Jalan Titi

Kuala Klawang

Hobi :Membaca buku cerita

Matlamat : Berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi

Idola : Datuk Nicol Ann David

1

Page 2: Anugerah  guru pembimbing

1.0 KETRAMPILAN / KEPIMPINAN GURU PEMBIMBING DALAM PUM

1.1 Kebolehan melaksana PUM

Syarikat Aozora Sdn. Bhd dianggotai seramai 24 orang ahli yang terdiri daripada lima

orang ahli lembaga pengurus (ALP) dan 19 orang selebihnya adalah ahli biasa.

Guru pembimbing ini berpengalaman hampir dua tahun memegang tiga syarikat iaitu

Syarikat The Grand World Sdn. Bhd. (2009), Syarikat Exuberant Sdn. Bhd. (2010) dan

Syarikat Auzora Sdn. Bhd (2011).

Berdasarkan pengalaman yang dimiliki di atas, guru pembimbing ini mempunyai

kebolehan dan kemampuan melaksanakan Program Usahawan Muda (PUM) di MRSM Kuala

Klawang. Sepanjang syarikat ini beroperasi terdapat aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti

yang pertama ialah jualan hujung minggu. Jualan hujung minggu dijalankan setiap minggu

hari Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam, manakala

hari Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Setiap jualan hujung minggu,

ahli syarikat akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti

yang terdapat dalam jadual bertugas. Pada setiap hujung minggu guru pembimbing akan

membantu dan memantau perjalanan supaya berjalan dengan lancar.

Seterusnya merupakan jualan hujung bermusim. Terdapat beberapa jualan bermusim

yang telah dijalankan oleh syarikat ini iaitu jualan besar Minggu Aktiviti, jualan semperna

Science Fair, jualan Hari Graduasi, jualan Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu dan jualan

2

Page 3: Anugerah  guru pembimbing

Hari Anugerah. Aktiviti jualan bermusim seperti ini lazimnya melibatkan semua ahli syarikat,

tidak seperti jualan pada hujung minggu. Ia disebabkan jualan bermusim yang dijalankan akan

membekalkan lebih banyak kuantiti makanan dan minuman kepada pelanggan. Dalam aktiviti

jualan bermusim ini, ahli lembaga pengurus sangat memainkan peranan penting dalam

mengurus aktiviti jualan dengan bantuan guru pembimbing. Contohnya, sebelum jualan

pengurus pengeluaran akan menyenaraikan segala keperluan yang diperlukan semasa jualan

sama ada dari segi bahan mentah, peralatan dan sebagainya. Pengurus pemasaran yang

dibimbing oleh guru akan bertanggungjawab dalam memasarkan jualan kepada pelanggan

dengan bantuan ahli syarikat yang lain. Setelah selesai jualan, guru juga turut membimbing

pengurus kewangan membuat catatan untung rugi jualan. Peranan yang dimainkan oleh

pengurus ini sentiasa dibimbing oleh guru PUM.

Selain itu, guru pembimbing juga akan menjelaskan secara terperinci berkaitan

perjalanan kios setiap aktiviti. Terdapat lima peringkat, iaitu yang pertama, penyelarasan

jualan atau menu iaitu menentukan menu jualan hujung minggu dan bahan mentah yang perlu

dibeli. Peringkat kedua ialah penyelarasan masakan. Peringkat ini adalah menentukan resepi

mingguan dan agihan pembelian barang atau tugasan memasak. Manakala, peringkat ketiga

ialah jualan dan pungutan wang yang mana pembahagian jualan makanan dan air. Peringkat

keempat ialah proses pengemasan Kios selepas jualan. Setiap ahli syarikat yang bertugas

perlu memastikan alatan yang telah digunakan dibersih dan kios dalam keadaan kemas.

Peringkat terakhir iaitu peringkat kelima, ialah agihan pendapatan dengan cara membuat

catatan untung rugi dan perlu direkod laporan setiap jualan yang dilaksanakan.

3

Page 4: Anugerah  guru pembimbing

1.2 Ketekunan dan disiplin

Berdasarkan carta alir perjalanan kios setiap aktiviti membuktikan guru pembimbing

ingin menerapkan kepada ahli syarikat supaya berdisiplin dalam urusan PUM. Ketekunan

yang dimiliki oleh guru pembimbing dalam mengorak langkah untuk mencapai matlamat

segala aktiviti yang dirancang dan keuntungan dalam hasil jualan. Malahan tahap disiplin

yang dimiliki oleh guru pembimbing ini menjadi contoh terbaik kepada ahli Syarikat Auzora

Sdn. Bhd. sebagai contoh, menepati masa setiap perjumpaan sama ada mesyuarat mahupun

perjumpaan jualan.

1.3 Kerjasama dengan pelajar, pegawai pembimbing dan lain-lain pihak

Sifat peramah yang dimiliki oleh guru pembimbing ini menjadi salah satu aspek segala

aktiviti PUM mudah mendapat kerjasama dengan pelajar-pelajar maktab, pensihat PUM,

pihak pengurusan Maktab mahupun pihak luar.

1.4 Kekemasan diri dan penampilan

Selain itu, kekemasan pakaian adalah penting ketika memasak untuk jualan supaya

keselamatan diri dan ahli syarikat yang berada di dalam kios selamat. Malah, sifat berani dan

tegas dalam mendidik ahli syarikat supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga etika ketika

Program Usahawan berlangsung.

4

Page 5: Anugerah  guru pembimbing

1.5 Pencapaian syarikat di bawah bimbingan

Syarikat Aozora Sdn. Bhd. juga pernah menyertai Kursus ahli Lembaga Pengarah

yang bertempat di Virgo Batik Resort, Perak. Kursus tersebut bertujuan untuk member

taklimat untuk tugas dan tanggungjawab ahli syarikat. Seramai lima orang peserta menyertai

kursus Ahli Lembaga Pengarah. Ketika kursus tersebut berlangsung, ahli syarikat telah

berjaya merangkul tempat kedua bagi pertandingan syarikat paling bergaya.

2.0 KREATIVITI / INISIATIF

Salah satu tugas guru pembimbing adalah mencetuskan dan menjanakan idea

berbentuk keusahawan kepada pelajar yang dibimbing. Beliau merangka carta alir perjalanan

kios bagi setiap aktiviti yang menggunakan kios PUM. Ahli syarikat akan mengikuti carta alir

tersebut agar sesuatu aktiviti boleh berjalan dengan lancar dan sistematik.

Selain itu, guru pembimbing mencetuskan idea duit syarikat disimpan dalam Koperasi

Maktab. Tujuannya, agar duit syarikat tidak mudah hilang. Ahli syarikat mempersetujui idea

yang diutarakan oleh guru pembimbing.

Penjanaan idea guru pembimbing kepada pelajar akan diutarakan dalam mesyuarat

bulanan mahupun perjumpaan mingguan.

5

Page 6: Anugerah  guru pembimbing

Menyelesaikan Masalah

1. Menerapkan nilai-nilai positif kepada ahli syarikat jika ada pihak yang kurang senang dengan kejayaan PUM, guru pembimbing akan menasihati ahli agar lebih berfikiran positif.

2. Di awal syarikat ditubuhkan, jualan barangan adalah lebih bersederhana tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak.

3. Aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan tahun sebelum ini dibawa ke tahun berikutnya dan ada penambahbaikan.

4. Barangan pembelian stok yang tidak tahan lama tidak dibeli dalam kuantiti yang berlebihan.

5. Guru pembimbing membuat teguran kepada ahli syarikat yang kurang berdisiplin.6. Menggalakkan ahli syarikat membuat promosi produk jualan dengan lebih bijak dan

berstrategik.7. Meminta setiap Homeroom, Kelab, Persatuan dan sebagainya melengkapkan borang

untuk memastikan menu jualan tidak sama.

3.0 ILMU PENGETAHUAN

3.1 Kursus/Seminar/Bengkel dihadiri

Seiring dengan misi utama syarikat, iaitu melahirkan usahawan yang berdaya saing dan

berkaliber, pihak syarikat telah menghantar ahli-ahli syarikat ke kursus dan seminar

keusahawan, termasuk juga guru pembimbing. Kebanyakan kursus dan seminar dianjurkan

oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institusi pembangunan usahawan yang lain.

Hasilnya, melalui kursus dan seminar ini, guru pembimbing dapat meluaskan pengalaman diri

dan lebih bersifat keusahawan. Selain itu, guru juga dapat menggunkan pengalaman yang

diperolehi untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Beliau juga berusaha mengatur lawatan sambil belajar ahli-ahli syarikat. Contoh nya Lawatan

Usahawan Desa yang bertempat ke Putra Jaya, di peringkat kebangsaan. Lawatan ini diadakan

pada bulan Ogos 2011.

6

Page 7: Anugerah  guru pembimbing

3.2 Penghayatan dan pelaksanaan PUM

Selain itu, guru pembimbing juga akan menjelaskan secara terperinci berkaitan

perjalanan kios setiap aktiviti. Terdapat lima peringkat, iaitu yang pertama, penyelarasan

jualan atau menu iaitu menentukan menu jualan hujung minggu dan bahan mentah yang perlu

dibeli. Peringkat kedua ialah penyelarasan masakan. Peringkat ini adalah menentukan resepi

mingguan dan agihan pembelian barang atau tugasan memasak. Manakala, peringkat ketiga

ialah jualan dan pungutan wang yang mana pembahagian jualan makanan dan air. Peringkat

keempat ialah proses pengemasan Kios selepas jualan. Setiap ahli syarikat yang bertugas

perlu memastikan alatan yang telah digunakan dibersih dan kios dalam keadaan kemas.

Peringkat terakhir iaitu peringkat kelima, ialah agihan pendapatan dengan cara membuat

catatan untung rugi dan perlu direkod laporan setiap jualan yang dilaksanakan.

4.0 ULASAN DARIPADA PENGETUA

7

Page 8: Anugerah  guru pembimbing

Syabas saya ucapkan kepada Puan Diana Evelyn anak Mandai selaku guru pembimbing

Syarikat Auzora Sdn. Bhd. . Beliau sememangnya seorang yang layak digelar guru cemerlang

dalam aspek keusahawanan. Semua aktiviti yang dikendalikan beliau berjalan lancar. Beliau

turut merupakan seorang yang kreatif dan bertanggungjawab, dan setiap minit mesyuarat

tidak akan lengkap tanpa beliau. Segala tingkah laku ahli syarikat akan dipantau oleh beliau.

Beliau juga turut memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap syarikat. Beliau juga cekal

dan tabah walaupun menanggung beban yang banyak. Puan Diana Evelyn anak Mandai

sememangnya seorang penyelaras yang cukup unggul dan berwibawa. Beliau juga amat

berkaliber di dalam mengajar ilmu keusahawanan. Tanpa beliau, kami tidak mampu bergerak

sendiri di dalam bidang ini. Justeru, dengan bimbingan Puan Diana Evelyn anak Mandai

dalam Syarikat Auzora Sdn. Bhd. sememangnya layak menerima Anugerah Guru

Pembimbing Terbaik.

Pada pendapat saya, Puan Diana Evelyn anak Mandai layak untuk dinobatkan sebagai

Guru Pembimbing Terbaik. Saya sangat setuju jika saya katakana beliau amat arif tentang

selok-belok PUM, ini kerana beliau mampu menjawab segala pertanyaan yang kami ajukan.

Beliau juga tekun melaksanakan tugas-tugas PUM. Beliau sering datang awal ke kios dan

secara tidak langsung membuatkan kami berdisiplin. Beliau juga mempunyai komunikasi

yang baik dengan semua pihak sama ada pelajar mahupun pihak atasan seperti Pengetua,

Timbalan Pengetua HEA, Timbalan Pengetua HEP dan Timbalan Pengetua HEK. Beliau

sangat menjaga kekemasan dan ketrampilan diri, walaupun berada di Kios. Puan Diana

Evelyn anak Mandai telah menjadikan Syarikat Auzora Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang

Berjaya di mana kios kami sering dikunjungi kerana produk kami yang laris dan cara yang

memikat hati pelanggan. Beliau juga sering memohon untuk berniaga di tempat-tempat yang

strategic ketika jualan besar berlangsung. Beliau juga seringkali menyelesaikan masalah yang

8

Page 9: Anugerah  guru pembimbing

berlaku solusi. Oleh itu, wajarlah jika saya katakan bahawa Puan Diana Evelyn anak Mandai

layak merangkul Anugerah Guru Pembimbing Terbaik.

Saya amat bersetuju jika Puan Diana Evelyn anak Mandai menerima Anugerah Guru

Pembimbing Terbaik kerana beliau berpengetahuan luas tentang PUM. Semua soalan pasti

dapat dijawab dengan baik. Seperti pepatah “di mana ada kemahuan , di situ ada

jalan”,begitulah peribadi Puan Diana Evelyn anak Mandai yang amat tekun dalam

melaksanakan kerja PUM dan beliau juga adalah pengurus yang terbaik yang selalu datang

awal. Beliau juga tidak kekok untuk bercakap dengan pelajar dan pihak atasan seperti

Pengetua, Timbalan Pengetua HEA, Timbalan Pengetua HEP dan Timbalan Pengetua HEK.

Beliau seorang yang kemas walaupun untuk ke kedai runcit dan membeli barangan dapur.

Beliau juga telah menjadikan Syarikat Auzora Sdn. Bhd. menjadi sebuah syarikat yang sering

dikunjunig pelajar pada setiap kali jualan. Beliau juga yang menjadi sumber inspirasi kepada

ahli syarikat untuk menghasilkan produk kreatif, moto, visi, logo dan sebagainya. Puan Diana

Evelyn anak Mandai juga banyak menyumbangkan banyak jasa kepada Syarikat Auzora Sdn.

Bhd. Beliau juga orang yang pertama akan datang jika terdapat masalah.

9