nadiah zamlus shah alam - martabat rakyat · kem terbabit, amirudin berharap supaya latihan yang...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 24 - 30 Oktober 2019, 25 Safar - 2 Rabiulawal 1441 MyHijabie lahirkan 'Barbie' muslimah Lebih 120,000 unit Rumah Selangorku lulus MUKA 17 MUKA 5 Telusuri keindahan sejarah dan tamadun Islam Perhebat terjemahan karya ilmuan agama MUKA 14 & 15 MUKA 3 OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Beberapa anjakan baharu akan diumum dalam Be- lanjawan #Selangor2020 ke arah merealisasikan agenda meng- angkat martabat rakyat dan men- capai status Negeri Pintar Seran- tau menjelang 2025. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, gerak kerja di pe- ringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan daerah adalah sangat penting bagi mencapai hasrat itu. “2020 akan menjadi tahun untuk kita merangkul kerjasama semua pihak dalam mewujudkan sinergi padu. “Mudah-mudahan rakyat Se- langor terus dimartabat ke tahap terbaik melalui inisiatif penam- bahbaikan yang akan terus dite- roka Kerajaan Negeri,” katanya. Beliau berkata demikian sele- pas Mesyuarat Penyelarasan Pen- tadbiran Tanah/Daerah dan PBT bersama Dato’ Menteri Besar di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey yang ber- langsung selama dua hari bermu- la 19 Oktober lalu. Amirudin berkata, pada pro- gram itu beliau meluangkan masa menyampaikan buah fikiran dan amanat kepada semua pegawai daerah, datuk bandar serta yang dipertua PBT di seluruh Selangor. “Sistem sokongan dari pe- ringkat kepimpinan tertinggi sehingga ke baris hadapan per- khidmatan awam di semua pe- ringkat wajar dimantapkan. “Saya hargai pandangan semua dalam usaha memperkemas ini- siatif yang bakal diumumkan me- lalui Belanjawan #Selangor2020,” katanya. Sementara itu, orang ramai boleh mengikuti siaran langsung Amirudin Shari menyempurnakan perasmian Majlis Townhall Bandar Pintar dan Rendah Karbon@Cyberjaya serta pelancaran Garis Panduan Pembangunan Mampan@Sepang (GPPMS) Aplikasi Pintar i-Sepang, di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 20 Oktober lalu. Foto Hafiz Othman Belanjawan Selangor 2020 dari- pada Dewan Negeri Selangor pada 1 November ini. Pembentangan langsung Ami- rudin pada petang Jumaat itu boleh dilayari menerusi www.se- langortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangorki- ni.my. Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan ini menggunakan tanda pagar #Selangor2020. Perkembangan lanjut berhubu- ng belanjawan ini dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui be- rita di dua portal ini dan juga me- dia sosial rasmi Media Selangor. Difahamkan, belanjawan ne- geri kali ini akan memberi tum- puan antaranya kepada pendi- dikan, keselamatan, belia dan me- majukan lagi aspirasi Negeri Pin- tar, Smart Selangor. Angkat martabat rakyat

Upload: others

Post on 15-Nov-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 24 - 30 Oktober 2019, 25 Safar - 2 Rabiulawal 1441

MyHijabie lahirkan'Barbie' muslimah

Lebih 120,000 unitRumah Selangorku lulus

MUKA 17MUKA 5

Telusuri keindahan sejarah dan tamadun Islam

Perhebat terjemahan karya ilmuan agama

MUKA 14 & 15MUKA 3

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Beberapa anjakan baharu akan diumum dalam Be-lanjawan #Selangor2020 ke arah merealisasikan agenda meng- angkat martabat rakyat dan men-capai status Negeri Pintar Seran-tau menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, gerak kerja di pe- ringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan daerah adalah sangat penting bagi mencapai hasrat itu.

“2020 akan menjadi tahun untuk kita merangkul kerjasama semua pihak dalam mewujudkan sinergi padu.

“Mudah-mudahan rakyat Se- langor terus dimartabat ke tahap terbaik melalui inisiatif penam-bahbaikan yang akan terus dite- roka Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sele- pas Mesyuarat Penyelarasan Pen-tadbiran Tanah/Daerah dan PBT bersama Dato’ Menteri Besar di Amverton Cove Golf & Island Resort Pulau Carey yang ber-langsung selama dua hari bermu-la 19 Oktober lalu.

Amirudin berkata, pada pro-gram itu beliau meluangkan masa menyampaikan buah fikiran dan amanat kepada semua pegawai daerah, datuk bandar serta yang dipertua PBT di seluruh Selangor.

“Sistem sokongan dari pe- ringkat kepimpinan tertinggi sehingga ke baris hadapan per- khidmatan awam di semua pe- ringkat wajar dimantapkan.

“Saya hargai pandangan semua dalam usaha memperkemas ini- siatif yang bakal diumumkan me-lalui Belanjawan #Selangor2020,” katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh mengikuti siaran langsung

Amirudin Shari menyempurnakan perasmian Majlis Townhall Bandar Pintar dan Rendah Karbon@Cyberjaya sertapelancaran Garis Panduan Pembangunan Mampan@Sepang (GPPMS) Aplikasi Pintar i-Sepang, di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

pada 20 Oktober lalu. Foto Hafiz Othman

8 daerah di Selangor sudah dijelajahi, 4 daerah lagi akan kami jejaki.Temui kami di KAJANG, SABAK BERNAM, HULU SELANGOR dan SUBANG

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

SABAK BERNAM16 NOV 2019

KUALA SELANGOR16 NOV 2019

Belanjawan Selangor 2020 dari- pada Dewan Negeri Selangor pada 1 November ini.

Pembentangan langsung Ami- rudin pada petang Jumaat itu boleh dilayari menerusi www.se-

langortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangorki-ni.my.

Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan ini menggunakan tanda

pagar #Selangor2020.Perkembangan lanjut berhubu-

ng belanjawan ini dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui be- rita di dua portal ini dan juga me-dia sosial rasmi Media Selangor.

Difahamkan, belanjawan ne-geri kali ini akan memberi tum-puan antaranya kepada pendi- dikan, keselamatan, belia dan me- majukan lagi aspirasi Negeri Pin-tar, Smart Selangor.

Angkat martabat rakyat

Page 2: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

2Utama

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

Serahkan borang di kaunter pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

SKIM AIR DARUL EHSAN Warganegara Malaysia menetap di Selangor Pendapatan bulanan suami dan isteri RM4,000 dan ke bawah Kediaman bermeter air individu Pangsapuri kos rendah bermeter pukal perlu pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) Layak memohon untuk satu akaun atau kediaman sahaja

Siapa layak dapat air percuma?

Di mana ada borang permohonan? boleh isi atas talian melalui www.ssipr.selangor.gov.my dapatkan borang di www.airselangor.com borang juga disediakan di pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Di mana hantar borang?Hantar melalui emel [email protected]

Belum jelas? Layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Langkah mem-perkenalkan Jawatankuasa Pili-han Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ke- telusan Selangor (SELCAT) sejak 10 tahun lalu menjadi perintis ke-pada Melaka untuk menubuhkan MELCAT.

Speaker Dewan Negeri Selan-gor (DNS), Ng Suee Lim berka-ta, MELCAT akan mula bersidang buat pertama kali membabitkan isu pencemaran Sungai Melaka.

“Hasil lawatan mereka ke Selan-gor dan berkongsi pengalaman, Melaka akhirnya menubuhkan sendiri MELCAT yang akan memu-lakan pendengaran pertama pada 24 Oktober ini.

“Saya juga akan melawat ke sana untuk melihat lebih dekat perjalanan persidangan pertama MELCAT,” katanya dalam wawan-cara khas bersama Media Selan-gor di Pejabat Speaker DNS di Bangunan Annex, pada 21 Ok-tober lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri gembira apabila usaha yang di- mulakan Selangor sentiasa men-

jadi perhatian dan menjadi con-toh kepada pentadbiran negeri lain.

Beliau berkata, beberapa model program bantuan rakyat yang dahulunya diperkenalkan Selangor seperti Skim Peduli Si-hat sudah mula dipertimbang dan dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Bercerita lanjut berhubung Belanjawan Selangor 2020 yang bakal dibentangkan 1 November ini, Suee Lim berkata, rakyat pas- tinya menantikan pengumuman penting untuk manfaat mere-ka, di samping terus memacu perkembangan ekonomi negara.

“Saya yakin dan percaya Se- langor akan terus cemerlang penjadi penggerak ekonomi uta-ma buat negara daripada segi pencapaian Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) seperti tahun lalu sebanyak 23.7 peratus.

“Banyak suntikan dan berita baik dalam konteks mengge- rakkan ekonomi pasti akan diu-mumkan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasi-hatkan Ahli Dewan Negeri (ADN) supaya dapat menggunakan

sesi persidangan sebaik mung-kin untuk berbahas dengan pe-nuh berdisiplin selain menjaga kemuliaan Dewan Negeri Selan-gor (DNS) sepanjang persidan-gan yang dijangka berlangsung selama dua minggu.

Suee Lim berkata, sesi persi-dangan kali ini turut memper-lihatkan peningkatan jumlah soalan lisan dan bertulis daripa-da ADN sebanyak 517 soalan.

“Saya ingin menasihatkan semua ahli DNS, kita perlu sen-tiasa bertanggungjawab, ber-disiplin dalam soal tingkah laku ketika berbahas, pakaian dan se-bagainya.

“Sebelum ini, saya tegur da-lam soal pakaian. Sekarang kita ketatkan (peraturan) dalam soal pemakaian dan seragamkan ber-warna gelap. Ini bukan soal latar belakang atau parti tetapi soal disiplin dan imej serta kemuliaan DNS harus dipertahankan.

“Saya mengalu-alukan pe-rubahan berkualiti, lebih bernas dan menjurus kepada pem-bangunan Selangor tanpa me- lakukan serangan peribadi atau fitnah,” katanya.

MELCAT contohi langkah SELCAT

Bangga Kerajaan Negeri jadi ikutan

SHAH ALAM - Usaha pembangu-nan khasnya membabitkan unit kediaman menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan pada 1 November ini.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Mohamed Tal-ha berkata, Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada usaha memulihkan projek terbengkalai dan mempercepatkan pembinaan projek Rumah Selangorku.

“Usaha pemulihan projek ter-bengkalai ini bagi memastikan projek yang mendapat kelulusan disempurnakan tidak menghada-pi masalah.

“Kerajaan Negeri juga memfo-

kuskan kepada pembangunan Ru-mah Selangorku kerana kelulusan itu diberikan membabitkan pem-bangunan bercampur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Pameran Hartanah Negeri Selangor 2019 di Setia City Mall, Setia Alam di sini pada 19 Oktober lalu.

Haniza berkata, Kerajaan Negeri dijangka meletakkan syarat supaya Rumah Selangorku dibangunkan dahulu atau sekurang-kurangnya serentak berbanding jenis lain.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melihat keperluan pembangunan di kawasan padat untuk meng-hidupkan semula kawasan yang tepu dengan pembangunan lama.

Perumahan garis tiga fokus utama

Pembinaan Rumah Selangorku menjadi keutamaan Kerajaan Ne-geri bagi memastikan rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri

Page 3: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

SUNGAI BULOH - Semua pihak diingatkan jangan sesekali men-cabar usaha kerajaan mengeka-lkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, ini kerana kerajaan sentiasa bertanggu-ngjawab dalam mengekalkan kestabilan negara.

“Muktahir ini, jika berlaku sebarang pandangan dan per-mintaan tidak seimbang yang melihat kepada sesuatu kelom-pok sahaja, gagal melihat secara seluruh masyarakat pelbagai bentuk dan warna, inilah dika-takan pandangan tidak stabil.

“Apatah lagi masyarakat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang pandangan, harapan, agama, ideologi dan sebagai- nya.

“Bila kerajaan mengeluarkan amaran, pasukan keselamatan mula bertindak, itu bermakna ada landasan yang sedang di-cabar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam Paya Jaras di sini pada 20 Ok-tober lalu.

Amirudin berkata, kerajaan tidak akan sesekali mendiamkan diri sekiranya berlaku suasana huru-hara, kekacauan dan per-

Jangan cabar usaha kekal kestabilan

KLANG - Generasi muda per-lu membina ‘soft power’ (kuasa melalui bakat dan keperibadian) masing-masing untuk membantu pembentukan masyarakat yang baik pada masa akan datang, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau berkata, jika ‘soft pow-er’ digunakan dengan betul, indi-vidu itu mungkin boleh menjadi pengaruh kepada masyarakat dan dunia satu hari nanti.

“Dalam kehidupan, tidak semuanya ditentukan oleh poli-tik kerana kadang kala kuasa lain seperti ‘soft power’ juga boleh mempengaruhi masyarakat dan dunia.

“Di Malaysia misalnya, ‘soft

power’ Dato’ Sri Siti Nurhaliza memeriahkan lagi industri seni negara, manakala di luar nega-ra industri perfileman Bollywood mampu meluaskan pasaranya di Jerman dan serata dunia.

“Pada hari ini muncul pula artis K-Pop seperti BTS hingga terkenal di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 150 peserta program Sekolah Pem-impin Masa Hadapan Malaysia Ko-hort 11 di Kem Wawasan Negara Meru, Kampung Bukit Cherakah di sini pada 18 Oktober lalu.

Amirudin berkata, selain in-dustri hiburan ‘soft power’ turut memainkan peranan besar da-lam bidang lain antaranya, fes-

yen, ekonomi, kewartawanan dan sukan.

Katanya, soft power turut da-tang dalam aspek kebudayaan, kehidupan dan lain-lain.

Ketika menyentuh latihan membabitkan lebih 300 remaja di kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang.

Kem kepimpinan 10 hari ini melibatkan pelbagai aktiviti da-laman dan luaran yang mencabar fizikal dan mental peserta.

Antara aktiviti menarik dijalan-kan, teknik kelangsungan hidup secara berkumpulan dan berse- orangan di dalam hutan serta membina rakit di tasik.

Generasi muda perlu bina ‘soft power’

KLANG - Generasi muda perlu mengenal pasti bidang yang in-gin diceburi berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing seawal peringkat sekolah menengah.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, berbanding eranya, beliau mula mengenal pasti bidang diceburi ketika menuntut di institu-si pengajian tinggi awam.

Katanya, walaupun memiliki keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang dalam jurusan sains tetapi akhirnya beliau memi-lih Sains Sosial berikutan minat mendalam untuk mendekati mas-yarakat.

“Saya ambil matrikulasi Sains Fizik yang mana alirannya sama ada saintis atau fizik gunaan dan jika

lebih baik dalam bidang kejuruter-aan tetapi ketika itu saya lebih suka terbabit untuk menyumbang kepa-da masyarakat.

“Saya cenderung untuk bersa-ma masyarakat walaupun tidak se-mestinya sebagai pemimpin politik seperti menteri besar atau wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian di hada-

pan kira-kira 150 perserta program Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Malaysia Kohort 11 di Kem Wawasan Negara Meru, Kampung Bukit Cher-akah, di sini pada 18 Oktober lalu.

Bercerita lanjut, Amirudin ya- kin dengan pendiriannya walaupun ketika itu bidang terbabit dianggap tidak menjamin masa hadapan.

“Pada masa itu, orang kata

kamu tidak ada masa depan kera-na memilih sains sosial sedangkan orang terburu-buru memasuki bi-dang kejuruteraan kerana ketika itu disebut zaman ledakan teknologi maklumat,” katanya.

Bagaimanapun, pilihannya itu akhirnya membawa beliau ke ja-watan yang disandangnya hari ini pada usia muda.

MB kongsi pengalaman untuk teladan generasi muda

gaduhan yang tidak dapat dika-wal atau diurus dengan baik.

Terdahulu, di majlis itu Amiru-din merasmikan stadium mini bernilai RM7.2 juta yang turut dihadiri EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim.

Muktahir ini, jika berlaku sebarang pandangan dan permintaan tidak seimbang yang melihat kepada sesuatu kelompok sahaja, gagal melihat secara seluruh masyarakat pelbagai bentuk dan warna, inilah dikatakan pandangan tidak stabilAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS) disaran terus mempelopori gerakan membuda- yakan ilmu ketokohan ulama de-ngan penterjemahan karya turath Arab ke dalam bahasa Melayu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, mungkin sudah tiba masanya usaha penterjemahan diperhebatkan termasuk hasil kar-ya Ibn Hajar Al-Asqalanu atau Sya-rah Sahih Muslim oleh An-Nawawi.

“Saya baharu pulang dari Mesir dan sempat merasai kehangatan ilmu yang dibincang serta diper-

debatkan di Ruwaq Jawi, Univer-siti Al-Azhar.

“Usaha mereka meneroka, menterjemah dan membongkar kitab turath wajar dipuji,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 (PAnTUMN2019) Ke-3, di Hotel Grand Blue Wave di sini pada 22 Oktober lalu.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Aga- ma Islam Selangor (MAIS), Dato’ Se-tia Mohammed Khusrin Munawi; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Se-langor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Aga- ma Islam Selangor (JAIS), Mohd

Shahzihan Ahmad dan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Se- langor (KUIS), Prof Dato’ Dr Ab Ha-lim Tamuri.

Sementara itu, Amirudin yang ditemui pemberita selepas persi-dangan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Selangor boleh memiliki pusat pengajian yang menjadi Al-Azhar Asia Teng-gara dan mampu menghasilkan kecemerlangan ulama nusantara terdahulu.

Mengambil contoh KUIS, katan-ya, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan mampu berkembang menjadi pusat rujukan Islam pada

masa hadapan.“Budaya keilmuan itu harus

dibentuk dan dikembangkan sama ada persidangan mahupun ketoko-han ilmuan yang ada di KUIS.

“Selain itu, terdapat beberapa universiti berhampiran kita ter-masuk Universiti Islam Antarabang-sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang saya percaya akan menjadi satu ja-ringan kuat pada insititusi pengaji-an Islam di Selangor.

“Kita juga ada EXCO Pendidikan dan Islam dengan kedua-duanya harus bergandingan melihat insti-tusi ini diperkasakan,” katanya.

Terdahulu, PAnTUMN2019 kali ketiga anjuran JAIS dengan kerjasa-ma KUIS itu menghimpunkan le- bih 200 peserta membabitkan lebih 50 kertas kerja penuh yang berjaya dikumpul daripada pem-bentang.

Bertemakan legasi, harapan dan cabaran ulama dalam mendepani arus globalisasi di rantau nusan-tara, persidangan dwitahunan itu mengetengahkan ramai tokoh ula-ma dari seluruh Nusantara bagi me-narik lebih ramai generasi sekarang mendekati ulama, sekali gus men-didik masyarakat menjadi lebih beril-mu serta cinta kepada agama sendiri.

Perhebat terjemahan karyaJAIS disaran pelopori gerakan membudaya ilmu ulama

Page 4: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

4Utama

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

SIDANG PENGARANG

OLEH ZAREEF MUZAMMIL CYBERJAYA - Garis Panduan Pem-bangunan Mampan@Sepang (GPPMS) yang dilancarkan Ma-jlis Perbandaran Sepang (MPSe-pang) menggabungkan elemen Selamat, Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon sebagai pendeka-tan memacu pembangunan ban-dar secara menyeluruh.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, GPPMS yang per-tama kali dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu pen- ting supaya ketiga-tiga elemen digariskan dapat dilaksanakan melalui penguatkuasaan un-dang-undang.

Katanya, ia juga bagi membole-hkan kawalan perancangan dise-mak melalui pelan kelulusan yang mampu memberi impak positif ter-hadap kesejahteraan rakyat.

“Jika berjaya digabungkan se-cara serasi akan menjadikan dae-rah Sepang termasuk Cyberjaya sebagai kawasan yang berdaya huni, selesa dan selamat untuk didiami.

“Saya percaya segala pem-bangunan yang masuk di da-erah ini akan menjadi contoh bagaimana pembangunan yang

Pacu perancangan bandar secara menyeluruh

Garis Panduan Pembangunan Mampan@Sepang (GPPMS)

berkembang pantas, maju dan berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Townhall Bandar Pintar dan Rendah Karbon@Cyberjaya serta Pelancaran Garis Pandu-

an Pembangunan Mampan@Sepang (GPPMS) Aplikasi Pintar i-Sepang, di Cyberview Resort & Spa, di sini pada 21 Oktober lalu.

Turut hadir, Yang Dipertua MPSepang, Mohd Fauzi Mohd

Yatim; Pegawai Daerah Sepang, Mohd Yazid Sairi; Ahli Dewan Ne-geri Dengkil, Adhif Shan Ab-dullah dan Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Tengku Dato’ Dr Jamaluddin Tengku

Mahmud Shah Al Haj.Mengulas pembangunan ap-

likasi pintar I-Sepang, Amirudin berkata, penduduk di bawah pen-tadbiran PBT berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan MPSepang secara dalam talian den-gan lebih efektif dan efisien.

“MPSepang akan memuatkan informasi terkini termasuk menye-diakan kemudahan tempahan, semakan, membuat transaksi pem-bayaran cukai taksiran dan sewaan tanpa perlu ke kaunter perkhid-matan.

“Pelbagai info berkaitan MPSe-pang juga akan disalurkan yang menjadi sebahagian daripada ini- siatif berterusan bagi mencapai hasrat menjadikan Sepang sebagai PBT pintar dan mampan,” katanya.

Terdahulu, Townhall selama se-hari bersama fasilitator program International Green Training Cen-tre (IGTC) menghimpunkan lebih 100 peserta dalam kalangan pe- gawai MPSepang, pemegang taruh, pihak berkepentingan ter-masuk pemaju di Cyberjaya.

Program seumpama itu sebagai wadah meningkatkan tahap kese-daran terhadap pembangunan ban-dar pintar dan bandar rendah karbon dalam kalangan pihak berkaitan.

KLANG - Benih padi akan dibeka-lkan sebaik sahaja proses akhir penyediaan benih diselesaikan termasuk dalam aspek peneta-pan harga.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses ini turut membabitkan pemantauan ke-

tat kualiti benih bagi mengelak-kan penularan penyakit terhadap padi.

“Pada masa ini pihak di bawah Kementerian Pertanian dan In-dustri Asas Tani sedang aturkan bakalan termasuk dalam aspek harga.

“Benih dikeluarkan beberapa pembekal sebelum ini terpak-sa dihentikan kerana beberapa penyakit sebab itulah kita tidak mahu edarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita selepas mengha- diri lawatan ke program Sekolah

Pemimpin Masa Hadapan Malay-sia Kohort 11 di Kem Wawasan Negara Meru, Kampung Bukit Cherakah di sini pada 18 Okto-ber lalu.

Amirudin berkata, jika benih berpenyakit dibenarkan bakal menimbulkan wabak penya-

kit padi, sekali gus memberi ke-san serius terhadap pengeluar-an padi.

Katanya, selain membuat pe-mantauan ketat, Kerajaan Negeri turut menilai aspek lain seper-ti sama ada bantuan diperlukan atau sebaliknya.

Proses bekalan benih padi di peringkat akhir

SHAH ALAM - Peniaga yang ingin memperbaharui dan memohon lesen di Selangor bakal dikena-kan syarat membabitkan peng-gunaan straw plastik bermula tahun hadapan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, syarat itu men-etapkan peniaga tidak lagi boleh memberi straw plas-tik kepada pelanggan den-gan sewenang-wenangnya.

“Dalam lesen perniagaan mere-ka nanti akan ada satu klausa yang tidak membenarkan straw plastik diberi kepada pelanggan jika tidak

diminta dan beg plastik pula, pelanggan

perlu bayar 20 sen.

“Syarat ini akan ada semasa

mereka memohon atau memperbaha-

rui lesen perniagaan masing-masing,” ka-

tanya kepada pem-berita pada program

Sambutan Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Selangor di Pla-za Alam Sentral di sini pada 19 Ok-tober lalu.

Katanya, langkah itu salah satu perancangan memberi pendidi-kan dan kesedaran secara berhe-mah berhubung isu alam sekitar kepada orang ramai.

Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri juga memperhebatkan kempen mengesan penggunaan straw plastik terhadap alam seki-tar dengan mengedarkan video dan poster melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Syarat baharu penyedut minuman dalam lesen niaga mulai 2020

Amirudin Shari (tengah) bersama Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan) ketika merasmikan Majlis Townhall Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Page 5: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selan-gor, Tengku Permaisuri Norashi-kin berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhid-matan Awam (PUSPANITA) pada 18 Oktober lalu.

Ketibaan baginda disambut Penaung PUSPANITA, Masdiana Muhamad dan Pengerusi PUS-PANITA Selangor, Datin Habbul-matain Maliki di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Baginda berkenan melafaz-kan ucapan perasmian, seka-li gus menyempurnakan gimik majlis dan menyampaikan sum-bangan wang tunai kepada dua

ahli badan bukan kerajaan ter-babit yang mengalami masalah kesihatan.

Pada masa sama, Tengku Per-maisuri turut berkenan berang-kat ke gerai pameran PUSPANITA yang mempamerkan pelbagai ba-rangan buatan antaranya tulisan khat, anyaman, kerepek, kraftan-gan dan produk tradisional.

PUSPANITA Selangor adalah badan bukan kerajaan bernaung di bawah PUSPANITA Kebangsaan yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1983.

Sehingga kini, PUSPANITA Se- langor mempunyai kira-kira 7,583 ahli dianggotai penjawat awam wanita dan isteri kepada kakitan-gan Kerajaan Selangor.

Tengku Permaisuri serikan Majlis Ramah Mesra PUSPANITA

Tengku Permaisuri Norashikin (dua,kiri) bersama Masdiana Muhammad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada ahli PUSPANITA yang mengalami masalah kesihatan ketika Majlis Ramah Mesra Tengku Permaisuri Selangor Bersama PUSPANITA Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 18 Oktober lalu

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Sebanyak 121,676 unit Rumah Selangorku mem-babitkan 274 projek diluluskan Kerajaan Negeri sejak 1 Januari 2014 hingga 30 September 2019.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Mohamed Tal-ha berkata, daripada jumlah itu, 4,532 unit membabitkan sembi-lan projek disiapkan dan berjaya diserahkan kepada pembeli.

“Sebanyak 37,036 unit iaitu 30 peratus dengan 99 projek Rumah Selangorku yang diluluskan su-

dah mula dibangunkan di tapak masing-masing.

“Kerajaan Negeri menyasar-kan 30,000 unit disiapkan dalam tempoh 2019 hingga 2023 dan sehingga 30 September seban-yak 15 peratus daripada sasaran itu berjaya dicapai membabitkan 4,532 unit yang kuncinya sudah pun diserahkan kepada pembe-li,” katanya.

Haniza berkata demikian da-lam sidang media sempena Pa-meran Hartanah Negeri Selangor 2019 di Setia City Mall, Setia Alam, di sini pada 19 Oktober lalu.

Katanya, ketika ini terda- pat 7,569 unit membabitkan 12 projek iaitu 25 peratus daripada sasaran sama masih dalam pro-ses mendapatkan kelulusan pem-bangunan.

Pameran itu membabitkan 16 syarikat pemaju perumahan an-taranya PKNS, SP Setia, Sime Dar-by Properties dan Ecoworld.

Pameran bermula dari 10 pagi hingga 9 malam itu bertujuan mempromosikan Rumah Selan-gorku melalui aktiviti penawaran terbuka yang akan dibuat sehing-ga 21 Oktober ini.

Lebih 120,000 unit diluluskan

Rumah Selangorku

Haniza Talha mendengar penerangan daripada wakil pemaju perumahan pada Majlis Perasmian Pa-meran Hartanah Negeri Selangor di Setia City Mall, Setia Alam pada 19 Oktober lalu

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak akan terburu-buru melak-sanakan cadangan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan ban-dar untuk pemilikan asing.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata, ini kerana jumlah hartanah berharga RM600,000 ke atas yang tidak terjual di Sela- ngor tidak serius.

“Hanya 65 unit hartanah bernilai RM600,001 hingga RM1 juta belum terjual berbanding 1,189 unit yang dilancarkan se-mentara hartanah berharga le-bih RM1 juta hanya berbaki 260 unit daripada 2,368 unit yang ditawarkan.

“Jika mengikut statistik Lapo-ran Status Pasaran Hartanah dikeluarkan Pusat Maklumat Har-ta Tanah Negara ini, keadaan di Selangor tidak serius, tiada lam-bakan rumah kos tinggi yang

banyak tetapi kita akan mengka-ji berdasarkan tempoh, bilangan dan harga unit yang tidak terjual.

“Selangor melihat jika ada keperluan membabitkan jumlah lambakan yang besar kita akan pertimbangkan tetapi jika seba-liknya, kita akan kekalkan dasar mengawal pemilikan hartanah untuk warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian da-lam sidang media sempena Pa-meran Hartanah Negeri Selangor 2019 yang berlangsung dari 18 hingga 21 Oktober di Setia City Mall, Setia Alam, di sini pada 19 Oktober lalu.

Haniza berkata, pada masa ini dasar Kerajaan Negeri menghad-kan pemilikan warga asing bagi kediaman berstrata dengan har-ga RM2 juta ke atas sahaja.

Katanya, kajian itu turut mengambil kira faktor implikasi sosial terhadap masyarakat tem-patan.

Harga hartanah belian asing tidak perlu turun

Gambar hiasan

Page 6: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

6Utama

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Selangor bersedia menghadapi lambakan sampah elektronik atau e-sisa kesan keda-tangan 5G dalam teknologi komu-nikasi.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, antara langkah diambil termasuk bekerjasama dengan pihak swasta yang ber-minat menjalankan program ki-tar semula bahan terbabit.

“Mulai tahun depan kita akan hadapi masalah dengan kedata- ngan 5G yang menyebabkan ban-yak peralatan elektronik terbuang kerana tidak dapat menampung 5G.

“Peralatan yang menggunakan sistem 4G ini terpaksa dibuang dan setakat ini ada banyak kilang kitar semula yang datang bertemu kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da Media Selangor pada program Sambutan Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor di Plaza Alam Sen-

tral, di sini pada 19 Oktober lalu.Loy Sian berkata, syarikat ter-

babit akan mendapat keuntun-gan melalui logam termasuk emas yang diperolehi daripada sampah elektronik ini.

Bagaimanapun katanya, satu kajian mendalam membabitkan kesan terhadap alam sekitar akan dijalankan terlebih dahulu.

“Ini satu industri yang besar tetapi kita akan mengkaji dahulu kesan kepada alam sekitar seper-ti pencemaran udara, sungai dan sebagainya,” katanya.

Sedia atasi lambakan e-sisa kesan 5G

Tingkat kerjasama jalankan program kitar semula

Gimik perasmian oleh Hee Loy Sian sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 peringkat Negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 19 Oktober lalu

SHAH ALAM - Program Pemban-gunan Agropreneur Selangor yang menampilkan mentor-men-tee diwujudkan bagi membantu usahawan dalam industri perta-nian dan penternakan.

EXCO Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, seramai tiga mentor dilantik iaitu pengu-saha tanaman melon di Selangor Fruit Valley, nanas di Sungai Pan-jang dan Roselle di Sungai Air Ta-war.

Katanya, konsep itu bagi mem-bangunkan agropreneur dengan lebih sistematik dan cemerlang.

“Selain tanaman, kami juga sedang mengenal pasti mentor yang terbabit dengan ternakan akuakultur yang boleh memberi pulangan tinggi.

“Untuk tujuan itu, saya dapa-

ti ternakan ikan empurau sangat berpotensi untuk diserapkan me-lalui program mentor-mentee ini bermula tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian se-lepas mengadakan lawatan ke Pusat Ternakan Ikan Empurau ber-sama Jabatan Perikanan Selangor di Puchong pada 14 Oktober lalu.

Pada masa sama, Ir Izham ber-bangga melihat ternakan ikan empurau yang diusahakan seo-rang anak muda menggunakan air paip terawat.

“Ikan empurau yang berasal dari Sarawak adalah ikan air tawar paling mahal, melebihi RM1,000 sekilogram.

“Saya berharap usahawan agropreneur di Selangor sentia-sa peka dengan tawaran diberi Kerajaan Negeri, sekali gus da-pat menambah baik pendapa-tan mereka,” katanya.

Mentor-mentee bantu jana pulangan tinggi

Sayangi Desa kukuh hubungan pemimpin, masyarakatKUALA LANGAT - Program Sayangi Desa anjuran Kerajaan Negeri men-jadi landasan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program yang menyajikan pame-ran daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan itu khusus untuk penduduk di kawasan kampung mendapatkan maklumat.

“Program yang bertemakan Su-kan Rakyat ini salah satu usaha Ke- rajaan Negeri bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat secara terus dan merupakan des-tinasi terakhir program yang ber-mula sejak Jun lalu.

“Pada masa sama, masyarakat

di kampung dapat memperkenal-kan produk mereka kepada umum supaya ia lebih dikenali, sekali gus melahirkan usahawan kecil yang akan memberikan impak kepada ekonomi negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian sele-pas merasmikan Program Sayangi Desa Peringkat Daerah Kuala Lan-gat 2019 di Padang Awam Kam-pung Seri Jugra, Banting pada 20 Oktober lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharudin dan Wa- kil Penyelaras DUN Sijangkang, Fadil Abdullah.

Antara pengisian program ia-lah pertandingan tarik upih, bo-ling buah kelapa, lari dalam guni, tarik tali dan sepak takraw.

BATU CAVES - Pengurusan Air Se-langor Sdn Bhd (Air Selangor) me- lancarkan kempen jimat air dengan slogan ‘Menjadi Wira Penjimat Air’ (Be A Water Conservation Warrior) menerusi pertandingan mencipta poster dan video.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pertandingan bermula 15 Oktober hingga 15 Januari 2020 itu menye-diakan hadiah menarik bernilai RM200,000.

Katanya, usaha yang dilaksan-akan itu memerlukan kerjasama semua pihak dan perubahan sikap menjimatkan air adalah perlu bagi menjamin kelestarian bekalan air.

“Pertandingan ini terbuka ke-pada semua kecuali kakitangan Air Selangor. Peserta hanya perlu memuat naik ciptaan video atau poster jimat air di Facebook atau In-stagram dengan tanda pagar #bea-waterconservationwarrior.

“Pemenang akan dipilih ber-dasarkan kreativiti, mesej dan jum-lah tanda suka (like) serta kongsi (share),” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pada Majlis Pelancaran ‘Menjadi Wira Penjimat Air’ (Be A Wa-ter Conservation Warrior) Kempen Jimat Air, di Padang Awam, di sini.

Pada masa sama, Suhaimi ber-kata, sehingga kini Air Selangor melaksanakan 22 program jimat air dengan kerjasama Ahli Dewan Negeri, institusi dan agensi kera-jaan.

Katanya, pihaknya akan melak-sanakan kempen jimat air secara berterusan dan berharap usaha yang dilakukan itu diterima baik oleh pengguna serta menjadi bu-

daya masyarakat kita untuk lebih menghargai air.

“Usaha penjimatan penggunaan air ini juga adalah selaras dengan sasaran pihak SPAN bagi menca-pai purata penggunaan domestik 180 liter per kapita sehari pada ta-hun 2020 manakala pihak Pertu-buhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan purata penggunaan air domestik adalah sebanyak 165 liter per kapita sehari.

“Dengan peningkatan jumlah pengguna di Selangor, Kuala Lum-pur dan Putrajaya serta cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan rizab margin bekalan air, sudah tiba masanya kita memandang serius berhubung penggunaan air dan meningkatkan kesedaran peng-guna bagi menggunakan air den-gan berhemat,” katanya.

Kempen jimat air tawar hadiah RM200,000

Pertandingan ini terbuka kepada semua kecuali kakitangan Air Selangor. Peserta hanya perlu memuat naik ciptaan video atau poster jimat air di Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #beawaterconservationwarriorSUHAIMI KAMARALZAMANKetua Pegawai Eksekutif Air Selangor

Page 7: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

RAWANG - Kerajaan Negeri me-lalui program Jelajah 360 Smart Selangor dilihat berada pada lan-dasan terbaik untuk mencapai matlamat negeri pintar pada 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, sepanjang kempen tahun ini, program itu berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung bagi mengenali lebih lanjut berhubu-ng Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kami memperkenalkan pel-bagai inisiatif seperti aplikasi bas Smart Selangor, WiFi Smart Selan-gor dan Citizen E-Payment (CEPat) untuk pembayaran tempat letak kereta, cukai dan zakat supaya rak-yat dapat merasai manfaat sebuah negeri pintar.

“Rawang adalah destinasi ter-

akhir tahun ini dan sambutan dil-ihat cukup menggalakkan, mem-buktikan bahawa rakyat sentiasa bersama Kerajaan Negeri untuk bergerak selangkah demi selang-kah bagi mencapai visi Smart Se- langor pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada pemberita selepas meras-mikan program Jelajah Smart Selangor 2019 di sini pada 19 Ok-tober lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Ne-geri Kuang, Sallehudin Amiruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pe-merbadanan Menteri Besar, Raja Shahreen Raja Othman.

Loy Sian juga berharap pem-bangunan Smart Selangor akan terus mendapat kerjasama semua pihak dalam usaha ke arah negeri pintar terulung di Asia Tenggara menjelang 2025. – BERNAMA

Landasan terbaik capai matlamat negeri pintar 2025

Jelajah 360 Smart Selangor dedah IPR

Perasmian Karnival Jelajah 360 Smart Selangor oleh Hee Loy Sian di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri Rawang pada 19 Oktober lalu

KUALA LUMPUR - Jangkaan per-tumbuhan ekonomi global me- ningkat kepada 3.4 peratus tahun depan daripada tiga peratus pada tahun ini sejajar dengan unjuran peningkatan Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) negara yang lebih tinggi se-banyak 4.8 peratus daripada 4.7 pera-tus pada tahun ini dalam Belanjawan 2020, kata Men-teri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, faktor utama kepada pertumbuhan global ialah multilateralisme yang meman-faatkan semua bersifat inklusif dan merupakan hasil lebih baik daripada unilateralisme yang ha-nya mahu menguntungkan sese-buah negara.

“Seperti perang dagangan antara AS dan China yang telah membawa kebinasaan lingku- ngan kepada negara lain, unila- teralisme akan merugikan semua pihak,” katanya dalam kenyataan pada 18 Oktober lalu.

Beliau berkata, multilateralisme dan kolaborasi antarabangsa ada-lah perkara asas yang memungkin-kan pelaksanaan yang berterusan, padu dan berintegrasi merentas sempadan.

“Malaysia akan terus me-nyokong multilateralisme untuk

mendapatkan perdagangan yang bebas dan adil serta liberalisasi perdagangan yang tidak melum-puhkan secara tidak adil dan men-genakan tarif pada negara-negara membangun,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia turut menyeru semua

negara berganding bahu ke arah melu-askan kolaborasi an-tarabangsa untuk mencapai hasil per-dagangan yang sa-

ling memberi manfaat.Dalam perkemba-

ngan lain, katanya Malay-sia menjadi pengerusi Southeast

Asia Voting Group (SEAVG) Kumpu-lan Bank Dunia (WBG) – Tabung Ke-wangan Antarabangsa (IMF) untuk Mesyuarat Pentadbir Bersama ke-52 kelompok tersebut yang diada-kan di Washington baru-baru ini.

Beliau berkata, mesyuarat terse-but merupakan sebahagian daripa-da Mesyuarat Tahunan WBG-IMF 2019, yang terdiri daripada 10 ne-gara-negara ASEAN, Nepal dan be-berapa negara kepulauan Pasifik.

“Dalam Mesyuarat Gabe- nor-Gabenor Bersama yang saya pengerusikan, mesyuarat mem-bincangkan mengenai pros-pek pertumbuhan global, kesan perang dagangan dan ekonomi digital yang menggunakan Ma-laysia sebagai contoh,” katanya. – BERNAMA

Ekonomi tumbuh sejajar unjuran KDNK

PETALING JAYA - Delegasi per-niagaan Malaysia yang baru-baru ini menghadiri Sidang Kemuncak Pelaburan Volga & Hari Halal Se-dunia 2019 di Samara, Russia men-jangkakan pelaburan bernilai lebih AS$100 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Ini berikutan permintaan ting-gi terhadap produk dan perkh-idmatan Malaysia daripada Komanwel Negara-Negara Merde-ka (CIS) yang termasuk Russia.

Presiden Kumpulan Mofaz Sdn Bhd, Mohamed Fauzy Ab-dul Hamid yang mengetuai de- legasi swasta itu berkata, mereka telah menandatangani perjanjian pelaburan bernilai AS$21 juta da-lam pelbagai sektor seperti per-tanian, keusahawanan, fintech, perkhidmatan perundingan dan kesihatan.

“Kami melihat ini sebagai pasa-

ran baharu dalam dunia tanpa sempadan yang tidak patut diba-zirkan.

“Walaupun ada permintaan besar untuk produk dan perkh-idmatan halal bagi memenuhi keperluan umat Islam di CIS, iaitu kira-kira 30 juta dari 162 juta pen-duduk.

“Kami juga melihat potensi dalam segmen pelancongan ke-sihatan yang boleh dengan mu-dah dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia, ” katanya kepada pem-berita pada sidang akhbar pasca acara itu yang diadakan dari 3-5 Oktober.

Delegasi itu yang terdiri daripa-da 54 penggiat perniagaan, telah bekerjasama dengan Persatuan Perniagaan Islam Antarabangsa Rusia (IAIB) dan Dewan Perniagaan ASEAN.

Sementara itu, Presiden De-

wan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, de-wan itu akan terus bekerjasama dengan IAIB untuk menganjurkan Sidang Kemuncak & Ekspo Halal ASEAN di Rusia, dijangka diada-kan pada April 2020.

“Sebagai badan yang masih muda dan agresif yang ditubuh-kan pada tahun lepas, kami mahu membantu kerajaan untuk ber-hubung dengan negara dan pihak yang mahu bekerjasama dengan Malaysia, sama ada dalam sosial dan ekonomi.

“Mempunyai kira-kira 500 ahli setakat ini, kami berharap le- bih banyak perniagaan tempatan akan menyertai kami di mana kami akan membantu untuk memu-dahkan perjalanan mereka untuk mengembangkan jenama dan ek-sport mereka di peringkat global,” katanya. – BERNAMA

Malaysia jangka pelaburan lebih AS$100 juta di Russia

Page 8: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

8Nasional

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

KUALA LUMPUR - Malaysia kini berusaha untuk meningkatkan kerjasama dengan jiran ASEANnya bagi menampung impak perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad berkata, perang dua ekonomi terbesar dunia itu boleh melemahkan sistem perd-agangan, justeru perniagaan per-lu dirancang dengan baik bagi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Ma-laysia (SKMM) mengingatkan rak-yat negara ini supaya membeli dekoder yang disahkan SKMM atau SIRIM Bhd bagi memasti-kan siaran televisyen TV Digi-tal myFreeview yang diterima berkualiti.

SKMM dalam kenyataan pada 20 Oktober lalu berkata, kualiti penerimaan siaran TV Digital my-Freeview akan terjejas sekiranya pengguna menggunakan deko- der dan antena tiruan yang dijual di pasaran serta penggunaan ka-bel yang salah.

“SKMM mengambil maklum mengenai kekecewaan yang di- luahkan segelintir rakyat terhadap kualiti penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview ba-ru-baru ini.

“Usaha untuk menyelesai-kan masalah berbangkit se-dang diambil pada masa nyata. SKMM akan sentiasa memantau keadaan supaya setiap rakyat dap-at menikmati siaran TV Digital my-Freeview yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Justeru, SKMM menggaris-

Tampung impak perang dagang Amerika-Chinamengelak gangguan.

“Kita perlu bangunkan kapasiti dengan membangunkan daya sa-ing dan syarikat bertaraf dunia kita sendiri yang mampu menyaingi pesaing.

“Satu cara untuk mencapai- nya adalah dengan mengenal pas-ti aset dan keupayaan kita untuk memanfaatkan teknologi baharu serta meningkatkan kualiti sumber manusia,” katanya dalam ucapta-

ma pada Persidangan ISIS Praxis, di sini pada 21 Oktober lalu.

Beliau berkata, perang per- dagangan besar-besaran antara AS-China mungkin menunjukkan petanda lebih buruk yang sedang melanda dua kuasa terbesar du- nia itu dan boleh menjurus kepada satu lagi Perang Dingin.

Dr Mahathir berkata, walaupun persaingan geostrategik bukan penyebab pertikaian perdaga-

ngan mereka sekarang, namun ia adalah akibat yang akan berlaku.

“Ini sangat mengecewakan apa-bila perdagangan yang sepatutya bebas, kini terhad secara meluas.

“Malangnya, kita terperangkap. Daripada segi ekonomi, kita terli-bat dalam kedua-dua pasaran dan secara fizikal kita juga terperang-kap daripada segi geografi. Ada kemungkinan kita juga akan men-jadi sasaran sekatan,” katanya.

Mengulas berhubung cabaran dalaman, beliau berkata, isu pal-ing besar yang dihadapi kerajaan sekarang ialah membersihkan masalah yang ditinggalkan rejim kleptokratik terdahulu dan mem-bangunkan semula negara.

Dr Mahathir berkata untuk pulih dan berkembang, jentera kerajaan mesti dipulihkan dan menjadikan-nya cekap menerusi amalan sifar rasuah. - BERNAMA

Beli dekoder myFreeview disahkan SKMM, SIRIM

kan beberapa panduan lain bagi mendapatkan siaran berkualiti an-taranya memasang dekoder ‘digi-tal terestrial televisyen’ (DTT) atau ‘direct-to-home’ (DTH) ke set tele-visyen sedia ada beserta antena Ultra Frekuensi Tinggi (UHF) luar-an atau dalaman.

Selain itu, SKMM mengingat-kan pengguna memasang ante-na UHF luaran yang menghala ke arah sistem pemancar TV Digital yang berdekatan bagi mendapat-kan siaran.

“Penggunaan antena sedia ada juga boleh digu-nakan. Pastikan sebarang alatan sambungan (ka-bel RG6) berada dalam keadaan baik. Untuk ban-tuan pemasan-gan antena yang betul layari http://www.mytvbroad-c a s t i n g . m y /pemasang_ber-daftar/,” menurut kenyataan itu.

Bagi menda-

patkan bantuan lanjut, SKMM me-nasihatkan pengguna agar meng-hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 ber-mula jam 8.00 pagi sehingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September, wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Okto-ber ini. – BERNAMA

SHAH ALAM - Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir secara berterusan sehingga Isnin depan (28 Oktober).

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman web-nya melaporkan, keadaan itu di-jangkakan berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gom-bak.

Kawasan lain ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan juga Sabak Bernam.

Pada 15 Oktober lalu, Unit Pengurusan Bencana Selangor melaporkan sembilan daerah di Selangor dijangkakan berisiko mengalami kejadian banjir kilat ekoran kadar taburan hujan dire-kodkan agak tinggi sehingga akh-ir tahun ini.

Laporan itu berkata, Jabatan

Hujan dan ribut petir hingga 28 Oktober

Meteorologi Malaysia Selangor meramalkan purata hujan bagi bu-lan Oktober adalah di-antara 240 hingga 360 milimeter (mm), No-vember (250-370mm) dan Disember (200-300mm).

Jangkaan hujan bu-lanan yang tinggi ini

akan menyebabkan kejadian ban-jir dan banjir kilat.

Kerajaan Selangor turut me-nasihatkan penduduk di kawasan yang dikenalpasti berisiko un-tuk mengambil langkah-langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke semasa.

Pada masa sama, fasa perali-han monsun yang membawa hu-jan dan ribut petir diramal berlaku melibatkan seluruh negeri ter-masuk Sabah serta Sarawak sepan-jang minggu ini.

Katanya, fasa peralihan monsun itu tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebab-kan banjir kilat di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan ko-mik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama dalam pelbagai bahasa pada 23 Oktober lalu.

Penerbitan itu dikenakan per-intah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memu-daratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta menggempar-kan fikiran orang ramai.

Kandungan penerbitan ini an-tara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosial-isme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan serta mengandungi unsur untuk mem-bangkitkan sokongan dan simpa-ti terhadap perjuangan komunis.

Ia juga boleh menimbulkan ke- raguan kepada pembaca tentang sejarah Malaysia, seterusnya mem-pertikaikan perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu da-lam memperjuangkan kemerde-kaan, katanya.

Dalam kenyataannya, KDN berkata perintah larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Me-sin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) yang menetapkan kar-ya ini dilarang secara mutlak di Malaysia.

Mana-mana individu yang menyimpan dan mengedarkan ko-mik ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000

atau kedua-duanya.KDN berkata, jika masyarakat

awam mendapati masih terda- pat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang nega-ra di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkua-saan dan Kawalan KDN di talian telefon 03-88868047 atau faks ke 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman web http://moha.spab.gov.my.

Baru-baru ini, media melapor-kan komik berunsur propaganda itu dipercayai diedarkan ke Se-kolah Menengah Jenis Kebang-saan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini.

Sebelumnya diedar di sekolah

KDN haram komik prokomunis

Page 9: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Jualan secara ter-us menerusi kolaborasi bersama beberapa agensi pertanian mem-bantu rakyat menikmati tawaran harga rendah antara lima hingga 30 peratus apabila berbelanja di program Bazar Peduli Rakyat (BPR).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, mekanisme itu bertujuan membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup kerana harga dita-warkan BPR lebih rendah berband-ing pasar awam setempat.

SEREMBAN - Banyak peluang pe- kerjaaan yang boleh diperoleh oleh belia melalui sektor pengang-kutan yang kini semakin berkem-bang pesat di negara ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, masyarakat pada hari ini tidak melihat sektor pengangkutan sebagai sebuah sektor besar yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan baik menerusi bidang penerbangan, maritim dan pengangkutan darat.

“Sektor pengangkutan ini be-gitu luas dan besar, malahan ban-yak peluang pekerjaan berhubung kait dengan sektor pengangkutan. Setiap rakyat, setiap orang perlu-kan perkhidmatan pengangkutan sama ada dari satu tempat ke tem-pat yang lain dan dengan itu me-merlukan banyak tenaga kerja.

“Dalam semua bidang pen-gangkutan hari ini, ia terus berkembang umpamanya sektor penerbangan yang semakin ra-mai orang menggunakan pener-

Belia digalak teroka kerjaya dalam sektor pengangkutan

Anthony Loke Siew Fook (dua, kiri) bertanya sesuatu kepada pen-gunjung yang memohon pekerjaan ketika melawat gerai pamer-an kerjaya pada Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pengangkutan pada 19 Oktober 2019. Foto BERNAMA

bangan.“Dengan adanya pertumbuhan

pesat dalam sektor penerbangan, mereka memerlukan lebih ramai tenaga kerja iaitu juruterbang, kru

kabin dan jurutera yang menjaga kapal terbang, membuat ‘main-tainance’, ‘ground handle’ di ‘air-port’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-

da pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan (Sektor Pengangkutan) 2019 di sini pada 19 Oktober lalu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertin-dak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar.

Loke berkata, selain sektor pen-erbangan, sektor perkapalan dan pelabuhan serta pengangkutan darat seperti bas, rel serta e-hail-ing juga memerlukan tenaga kerja yang ramai dan itu semua adalah peluang yang dijana melalui sek-tor pengangkutan.

Terdahulu, ketika merasmikan karnival dua hari itu yang bermu-la 19 Oktober lalu, beliau berkata ia diadakan bagi memberi pel-uang kepada anak muda memi-lih kerjaya yang bersesuaian selain mendedahkan mereka berhubung peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan.

Karnival yang julung kali di-adakan ini adalah anjuran bersa-ma Kerajaan Negeri Sembilan dan

JobsMalaysia Negeri Sembilan yang menghimpunkan 40 majik-an serta menawarkan lebih 4,000 pekerjaan.

Majikan yang akan menyertai karnival ini antaranya Prasarana Malaysia Berhad, AirAsia, Malin-do Air, Pelabuhan Tanjung Pele-pas, PUSPAKOM dan Touch N Go manakala jawatan yang ditawar-kan pula adalah seperti peman-du prime mover, mekanik jentera iingan dan berat, pemandu bas, pemeriksa kenderaan, jawatan eksekutif, jawatan dalam bidang jualan, jurutera, pengaturcara ser-ta kru penerbangan.

Sementara itu, syarikat pen-gendali Lebuhraya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang juga satu daripada 40 ma-jikan yang menyertai karnival itu menawarkan hampir 200 kekoson-gan jawatan bagi dua projek leb-uh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damasara-Shah Alam (DASH). - BERNAMA

Jualan terus Bazar Peduli Rakyat

Rakyat nikmati harga rendah“Jualan terus stok beka-

lan makanan, produk Agromas, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Pu-sat Operasi FAMA.

“Produk ikan dan hasilan laut Lembaga Kemajuan Ikan Malay-sia (LKIM) pula melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) manakala jualan terus ayam, da- ging dan telur oleh Lembaga Per-tubuhan Peladang (LPP) melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kawasan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan Ahli Parlimen Mer- sing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad di Dewan Rakyat, pada 21 Oktober lalu. Selain itu, jualan komoditi ter-pilih oleh usahawan secara terus serta jualan ‘Happy Hour’ pada har-ga borong turut membantu peng-guna mendapatkan harga rendah.

Sehingga 27 September lalu, BPR sudah diadakan 17 kali di sem-bilan lokasi membabitkan jum-lah pengunjung seramai 25,402 orang dan anggaran nilai jualan RM700,000.

KUANTAN - Usahawan dige-sa merebut peluang ter- hadap peruntukan RM10 juta yang diumum-kan dalam Belanjawan 2020 berhubung pen-sijilan halal, kata Timba- lan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuzi-ah Salleh.

Beliau berkata, peruntu-kan kepada Kementerian Pem-bangunan Usahawan (MED) itu boleh membantu usahawan yang sebelum ini gagal mendapatkan pensijilan halal ke- rana tidak menepati kriteria yang ditetap-kan Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM).

Katanya, dengan memiliki pensijilan ha-lal, usahawan akan memperoleh banyak kelebihan dalam aspek pemasaran pro-duk mereka.

Rebut peluang peroleh sijil halal

berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada MED bagi khidmat nasi-hat dan kesedaran untuk pensijilan halal, pembangunan produk halal dan menyedi-akan platform kepada peserta pasaran un-tuk bersaing di pasaran halal antarabangsa

yang kini dianggarkan bernilai AS$3 tril-ion. Terdahulu dalam ucapannya, Fuziah berkata golongan wanita yang keluar da- ripada sektor pekerjaan kerana ingin men-jadi suri rumah boleh kembali bekerja jika mengetahui cara yang betul.

“Biarpun sekadar suri rumah, anda juga boleh berjaya dan menjana pendapatan lumayan. Saya sedar tanggungjawab wa- nita di rumah amat besar namun ia tidak membataskan keupayaan wanita untuk berjaya dan melangkah lebih jauh.

“Saya beri contoh wanita yang saya temui baru-baru ini yang sudah lama tidak bekerja dalam bidang perakaunan. Saya kata cari syarikat kecil yang tiada akaun dan ambil upah buat akaun mere-ka di mana satu kedai atau syarikat anda boleh ambil upah RM200, kalau lima ke-dai sebulan sudah dapat RM1,000,” kata- nya. - BERNAMA

“Memang terdapat banyak kes usahawan gagal memperoleh

pensijilan halal kerana mere-ka tidak menepati syarat yang ditetapkan.

“Peruntukan itu boleh digunakan usahawan un-tuk membawa perniagaan

mereka selangkah ke hada-pan dengan menambah baik

perniagaan mereka bagi memo-hon pensijilan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem-berita selepas merasmikan program sam-butan Hari Kemahiran dan Keusahawanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang 2019 serta Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) di Serambi Te- runtum di sini, pada 20 Oktober lalu.

Ketika membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Dengan memiliki pensijilan halal, usahawan akan memperoleh banyak kelebihan dalam aspek pemasaran produk mereka.FUZIAH SALLEH.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Page 10: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

10Global

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

WASHINGTON - Dua angkawa-san Amerika Syarikat (AS) yang keluar dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kira-kira tujuh jam pada 18 Oktober lalu, diang-gap mencatatkan satu rekod baha-ru apabila misi itu dijayakan oleh wanita, lapor agensi berita Xinhua.

Angkasawan NASA, Christina Koch dan Jessica Meir mengguna-kan baju angkawasan yang dikua-sakan bateri kira-kira jam 7.38 pagi sebelum keluar ke angkasa lepas.

Mereka ditugaskan untuk menggantikan peranti kawalan kuasa pada penggalak yang rosak pada 11 Oktober lalu.

Alat pengatur caj bateri ber- kenaan berfungsi sebagai me- ngumpul dan mengagihkan kua-sa solar kepada makmal angkasa lepas berkenaan, kata NASA.

Pada jam 2.55 petang, Koch dan Meir menyempurnakan misi mere-ka selama tujuh jam dan 17 minit selepas menggantikan alat ber- kenaan.

Selain menggantikan alat ber- kenaan, mereka turut melakukan tugasan lain termasuk memasang

Angkasawan wanita NASA catat rekod

peralatan bagi menyokong sebuah platform luar bagi modul Colum-bus yang dijadual dilancarkan ke stesen berkenaan pada tahun de-pan.

Presiden Donald Trump, turut berkesempatan berbual dengan dua angkasawan itu ketika mere-ka melaksanakan misi.

Trump menyifatkan kedua-dua wanita itu sebagai ‘manusia berani’ dan menganggap misi berkenaan sebagai ‘bersejarah’.

Menerusi telekomunikasi ang- kasa ke bumi, Meir turut meng-hargai angkasawan wanita yang pernah meneroka di ruang vakum angkasa lepas sebelum ini.

Beliau adalah wanita ke-15 ber-peluang terapung dan meneroka di luar kapal angkasa dan wanita ke-14 AS.

Misi keluar dari kapal angka-sa itu adalah yang ke-221 dalam usaha memasang stesen angkasa lepas berkenaan, membaik pulih serta melakukan kerja menaik taraf dan yang kelapan membabitkan di luar stesen berkenan pada tahun ini. - BERNAMA

Imej yang diambil dari rancangan TV NASA menunjukkan angka-sawan Christina Koch dan Jessica Meir semasa di angkasa lepas. Foto AFP

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Ha-jah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara 185 ketua ne-gara serta kenamaan dari seluruh negara yang berpeluang menyak-sikan Upacara Pertabalan Mahara-ja Jepun secara langsung di Istana Imperial di sini, pada 22 Oktober lalu.

Upacara itu bagi pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Mahara-ja Naruhito yang dimasyhurkan pada 1 Mei lalu dengan kali ter-akhir upacara tersebut diadakan pada tahun 1990 bagi ayahanda baginda, Maharaja Akihito.

Al-Sultan Abdullah yang men-genakan uniform Tentera Darat nombor satu, manakala Tunku Azizah berpakaian baju kurung warna merah jambu diiringi Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan ke upacara berse-jarah negara matahari terbit itu.

Kehadiran Seri Paduka berdua adalah atas jemputan kerajaan Jepun.

Maharaja Naruhito, 59, menaiki takhta selepas Maharaja Akihito, 85, melepaskan kedudukan tert-inggi dalam hierarki pemerintahan negara itu atas faktor kesihatan, sekali gus menjadi maharaja perta-ma berbuat demikian kerana kebi-asaannya pewarisan hanya berlaku selepas kemangkatan.

Pemasyhuran Maharaja Naru-hito menandakan permulaan era baharu Jepun, iaitu ‘Reiwa’ yang bermaksud harmoni dan tertib yang mengakhiri era ‘Heisei’ yang

Agong dan Permaisuri berangkat ke Jepun

Saksi pertabalan Maharaja Naruhito

bererti mencapai kea-manan di bawah pe-merintahan Maharaja Akihito.

Upacara yang di-nanti-nantikan rakyat Jepun itu berlangsung di dewan paling ber-prestij dan elegan di Istana Imperial dikenali sebagai ‘Seiden Matsu-no-Ma’ (State Room) hanya mengambil masa selama 30 minit, selepas bermula pada jam 1 tengah hari wak-tu tempatan (kira-kira 12 tengah hari waktu Malaysia).

Maharaja Naruhi-to pada upacara itu, mengenakan jubah ber warna j ingga gelap yang hanya di-pakai oleh maharaja iaitu ‘gosokutai’ leng-kap dengan mahkota ‘ryuei-no-onkanmuri’ menaiki Singgahsana Maharaja.

Maharani Masako yang men-genakan pakaian upacara istana ‘on-itsutsuginu’ yang terdiri dari-pada jubah lima lapisan diperbuat daripada sutera menaiki Singgah-sana Maharani yang disebut se-bagai ‘August Seat’.

Langsir berwarna ungu yang menutupi kedua-dua singgahsa-na itu kemudiannya dibuka seren-tak dengan paluan gong sebelum Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tampil ke hadapan Mahara-ja Naruhito.

Maharaja Naruhito kemudian-nya menyampaikan titah maha-raja diikuti Abe menyampaikan ucapan tahniah yang diakhiri den-gan sorakan ‘Banzai’ sebanyak tiga kali bagi meraikan pertabalan itu, serentak dengan tembakan das meriam.

Tamat sahaja sorakan itu, Abe kembali ke tempat duduknya dan langsir kedua-dua singgahsana itu kembali ditutup untuk Maharaja Naruhito dan Maharani Masako berangkat keluar dari ‘Seiden Mat-su-no-Ma’ menandakan berakhir- nya upacara tersebut. – BERNAMA

JAKARTA - Musuh ketat politik Presiden Indonesia, Joko Wido-do (Jokowi), Prabowo Subianto pada 23 Oktober lalu mengang-kat sumpah sebagai Menteri Per-tahanan, dalam kabinet Presiden Jokowi 2019-2024.

Prabowo, 68, Ketua Umum Parti Gerindra dan bekas ketua tentera Indonesia itu, dua kali tewas ke-pada Jokowi dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) iaitu pada 2019 dan 2014.

Pelantikan menteri kabinet ada-lah hak prerogatif Presiden Indo-nesia.

Menurut penganalisis politik, perseteruan politik mereka bu-kan kepalang, namun kedua-dua tokoh itu meletak kepentingan negara, melebihi kepentingan

peribadi.“Analogi politik Indonesia ini

seperti bola sepak, mereka berla-wan bermatian-matian dalam liga tempatan (pilihan raya), apabila telah selesai, mereka kembali ber-satu untuk membentuk pasukan kebangsaan, demi negara,” kata penganalisis itu.

Pada Pilpres yang berlangsung pada 17 April 2019, Jokowi, 58, bersama pasangannya untuk ja-watan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo dan pasangan-nya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

Keputusan Pilpres 2019 yang diumumkan Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada 21 Mei lepas,

mencetuskan beberapa siri de- monstrasi dan rusuhan, dengan sembilan orang dilaporkan ter-bunuh dan beratus lagi cedera.

Prabowo memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya itu ke Mahkamah Konstitu-si Indonesia, yang kemudiannya bersidang hampir sebulan, dan memutuskan menolak permoho-nan itu pada 27 Jun lepas.

Sebanyak 34 menteri mengang-kat sumpah pada majlis pelanti-kan di hadapan Jokowi di Istana Merdeka, serta empat lagi ja-watan penting iaitu Ketua Staf Kepresidenan, Moeldoko; Se-kretaris Kabinet (Ketua Setiau-saha Negara) Pramono Anung; Ketua Badan Koordinasi dan Pe-nanaman Modal (BKPM) Bahlil La-

hadalia dan Jaksa Agung (Peguam Negara) Burhanudin.

Senarai kabinet Jokowi itu menampilkan 17 muka lama dan 21 muka baharu.

Antara menteri yang kekal ada-lah Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi; Menteri Kewangan, Sri Mulyani; Menteri Koordinator Bi-dang Kemaritiman dan Investasi: Luhut B Pandjaitan;

Menteri Hukum dan Hak Asa-si Manusia, Yasonna Laoly dan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya.

Jokowi turut melantik Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian sebagai Menteri Dalam Negeri; Pengasas syarikat rangkaian pe- ngangkutan dan start up Gojek, Nadiem Makarim sebagai Menteri

Pendidikan dan Kebudayaan, serta bekas Ketua Mahkamah Konstitusi, Mahfud MD sebagai Menteri Koor-dinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan.

Jokowi mengangkat sumpah ba- gi penggal keduanya pada Ahad, bagi memimpin negara ketiga de- mokrasi terbesar di dunia itu, de-ngan visi menjadikan Indonesia negara maju tahun 2045.

Dalam pidato pertamanya sele-pas pelantikan itu, visinya adalah pendapatan perkapita rakyat In-donesia ialah sebanyak Rp27 juta perbulan (Kira-kira RM8,100).

Visi Indonesia pada tahun 2045 adalah Produk Domestik Bruto In-donesia atau Keluaran Dalam Ne-gara Kasar mencapai USD 7 trilion.- BERNAMA

Jokowi lantik musuh politik jadi menteri pertahanan

Page 11: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

ertamanya saya m e n g u c a p k a n syukur ke hadrat Allah SWT kera-na dengan limpah

inayah serta keizinannya saya diberi kesempatan untuk hadir dalam Program Persidangan An-tarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara (PANTUMN) kali ke-3 tahun 2019.

Saya merakamkan syabas dan tahniah kepada pihak JAIS dan KUIS kerana telah berjaya menganjurkan prgram yang saya kira cukup baik.

Saya difahamkan persidangan kali ketiga ini menjurus kepada pe-ranan dan penglibatan para ulama dalam mendepani isu-isu globalisasi dan cabaran semasa kontemporari di seluruh alam nusantara.

Perwajaran perbincangan tokoh ulama nusantara yang diketengah-kan dalam persidangan ini akan me-narik lebih ramai generasi sekarang untuk mendekati para ulama, dan seterusnya secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat men-jadi lebih berilmu dan cinta kepada agama Islam sendiri.

Perkembangan institusi ulama dan agama di Selangor di lihat se-bagai mendahului negeri-negeri lain di Malaysia. Penubuhan Kolej Sultan Alam Shah yang merupa-kan institusi pengajian Islam awal yang tersohor sejak dahulu, ditu-buhkan atas tapak istana yang telah diwakafkan oleh Sultan Selangor.

Kehadiran ulama di Selangor

Kedatangan para ulama di Selangor lebih ketara bermula pada zaman Sultan Selangor ke-3 iaitu Sultan Muhammad (1826-1857M) sebe-lum sekolah pondok dan institu-si pendidikan moden diwujudkan. Sheikh Abdul Ghani bin Subuh dari

Legasi, harapan dan cabaran ulama

Depani arus globalisasi di rantau Nusantara

Sumatera adalah antara ulama yang terawal datang ke Selangor sebagai penasihat agama sekitar 1825M.

Dilihat pada sorotan sejarah, Se-langor adalah sebuah kerajaan yang lahir selepas kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Pahang, Tereng-ganu dan Kedah. Bermula dengan pembukaan sebuah penempatan di Jeram dan Langat, kemudian- nya telah berkembang dan akhirnya seorang anak Bugis telah dilantik menjadi Sultan Selangor pertama.

Kebiasaannya negeri jajahan akan mengikut agama anutan pe-merintahnya, oleh itu masyarakat Melayu di Selangor ketika itu me- nganut Agama Islam bermazhab Sunni aliran Syafie sebagaimana pemerintahnya.

Perkembangan Islam di Sela- ngor didukung kuat oleh Sultan-sul-tan yang mencintai ilmu dan ulama. Sultan Alauddin Sulaiman Shah an-tara sultan yang terkenal dengan si-fat warak serta menghormati ulama. Pada zaman pemerintahan bagin-da, Sultan Sulaiman telah melantik Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fatani sebagai syeikhul Islam. Baginda sering mendapatkan pandangan dan nasihat dari beliau khususnya berkaitan penyebaran dan pentadbiran agama di seluruh Selangor.

Sebagaimana Selangor menda- pat manfaat daripada kedatangan Syeikh Abdul Ghani Suboh dari-pada Sumatera awalnya, begitu-lah juga input-input yang didapati kemudian daripada pengalaman ulama-ulama kita di India dan juga ulama-ulama kita di dunia Uthma- niyyah yang lain sewaktu meng- hadapi cabaran modenisasi sekitar awal abad ke-20 dahulu.

Sumbangan besar ulama

Semenjak dahulu lagi, terdapat dua

sumber utama bagi aliran intelek-tual serta pemikiran umat Melayu Nusantara: pertama, Mekah sebagai sebuah oasis di tengah-tengah pa-dang pasir Semenanjung Arab, yang mencapai kemuncaknya de-ngan pelantikan Syeikh Daud al-Fa-tani sebagai Qadhi Mazhab Syafie dan menjadi rujukan umat Melayu Nusantara di Mekah, serta yang keduanya, Mesir sebagai sebuah sungai segar yang mengalir di te-ngah-tengah negeri Firaun.

Di sini umat Islam di Malaysia merasakan percikan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rasyid Rida. Penuntut kita yang datang dari jauh inilah yang kemudiannya pulang ke tanah air masing-masing dan membuka pe-santren dan pondok.

Ulama kita adalah prakarsa atau pendahulu kepada gerakan nasion-alisme abad ke-20 dan kemudian-nya kemerdekaan tanah air. Syeikh Daud al Fatani bukan sahaja se-orang ulama besar, malah beliau berani untuk mengangkat senja-ta melawan Siam dalam peristiwa yang dipanggil Perang Bisik. Be-gitu juga Syeikh Abdul Samad al Palembani yang menjadi panglima perang sewaktu itu.

Di seberang, Sarekat Islam ber-jaya menggembleng segenap tenaga untuk menubuhkan Negara Kesa- tuan Republik Indonesia. Selain Kiyai Haji Ahmad Dahlan, penga- sas Muhammadiyah, yang lebih awal antaranya Kiyai Hasyim al-Asy’ari, moyang kepada Gus Dur dan pendiri Nahdlatul Ulama juga masing-masing berperanan dalam mendapatkan kemerdekaan.

Selain legasi penubuhan institusi seperti pondok dan madrasah seper-ti KISAS yang kita sebutkan lebih awal, ulama masa kini menghadapi cabaran yang berbeza. Bukan lagi mengangkat senjata seperti sewak-tu zaman pra-kemerdekaan, cabaran

ulama yang lebih utama pada waktu ini adalah production of knowledge penciptaan ilmu dan menghasilkan penerbitan yang mencerahkan.

Sorot semula sejarah dan kita akan dapati betapa iklim intelektu-al nusantara hangat dengan wacana ilmu, antara yang terawal contohnya antara Syeikh Hamzah Al Fansuri dan Syeikh Nuruddin al Raniri. Ini telah disahkan oleh Syed Naquib al-Attas dalam karya besar beliau, Islam Dalam Sejarah dan Kebu-dayaan Melayu yang menunjuk-kan kepentingan tradisi teks dalam membugarkan pemikiran umat.

Percambahan ilmu merubah bu-kan sahaja menjadikan umat celik huruf dan celik agama, malah ce-lik budaya dan celik dunia. Bu-kan sekadar fekah-fekahan, Raja Ali Haji contohnya yang terkenal dengan Gurindam 12 serta Tuh-fat al Nafis menunjukkan betapa ulama mampu memberi sumba- ngan yang besar dalam etika dan tatakelola pentadbiran yang baik (good governance).

Terbukti sumbangan besar yang dibawa ulama kepada masyakat. Bukan sekadar menjadi bystander yang menadah kitab, malahan ula-ma berperanan sebagai participant malah boleh menjadi game changer yang mengetuai gerakan kemerde-kaan. Inilah kejayaan “printing revolution” kalau menurut Bene-dict Anderson dalam karyanya, Imagined Communities.

Gerakan membudaya ilmu

Menginsafi kenyataan ini, pent-ing untuk JAIS terus mempelopori gerakan membudayakan ilmu ini dengan penterjemahan karya-kar-ya turath ke dalam bahasa Melayu. Saya baru pulang dari Mesir dan sempat merasai kehangatan ilmu yang dibincang dan diperdebatkan

saban hari di Ruwaq Jawi, Universi-ti Al Azhar. Usaha mereka menero-ka, menterjemah serta membongkar kitab-kitab turath wajar dipuji.

Mungkin masanya sudah tiba untuk kita terjemah lagi, atau ter-jemah semula barangkali, seluruh kepustakaan Ibn Hajar Al-Asqala-ni. Atau Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi.

Siapa tahu suatu hari nanti Se- langor boleh mempunyai pusat pengajian yang menjadi Al Azhar Asia Tenggara dan menghasilkan kecemerlangan ulama nusantara ter-dahulu seperti Syeikh Muhammad Ismail Daudi al-Fatani, cucu kepada Syeikh Daud Al-Fatani dan penulis kita Matla’ al- Badrain.

Saya juga mengharapkan de-ngan persidangan kali ini ia dapat menonjolkan ketokohan dan kepa-karan tokoh ulama dalam pelbagai bidang, mengkaji sumbangan mulia kepada perkembangan ilmu meren-tas pelbagai bidang melalui kitab-kitab yang dihasilkan, disamping mengetengahkan idea serta pe-mikiran tokoh ulama nusantara da-lam merangkumi pelbagai cabaran juga isu-isu kotemporari sekali gus berperanan menyumbangkan dak-wah Islamiah di negara kita.

Akhir kalam, sekali lagi saya mengambil kesempatan merakam-kan jutaan terima kasih kepada KUIS dan JAIS termasuk pihak secara langsung atau tidak, yang menunjukkan kolaborasi mantap dalam menganjurkan program se-umpama ini.

Mudah-mudahan kerjasama ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja malah merangkumi kepada program lain pada masa akan datang.

Ucapan di Majlis Perasmian Program Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara (Pantumn) pada 22 Oktober 2019

P

Page 12: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

Album Klik!13SelangorKini 24 - 30 Oktober 201912 SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

KIRIBekas pesakit kanser berkebaya nyonya membuat persembahan tarian di UPM, Serdang l ASRI SAPFIE

KANANPelajar Darul Quran menunjukkan kemahiran seni khat ketika Majlis Ramah Mesra Tengku Permaisuri Selangor Bersama PUSPANITA di Dewan Jubli Perak, Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KIRIPekerja membuat kimpalan tempahan perabot di bengkel FS Design Furniture, Hulu Langatl ASRI SAPFIE

KANANPengunjung menaiki basikal unik bersama keluarga di sekitar Tasik Putrajaya, Putrajaya l HAFIZ OTHMAN

KIRIAin Khadeeja, 7, (kiri) dan Nur Humairah, 7, menyertai pertandingan mewarna pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Selangor, Plaza Alam Sentral, Shah Alam l FIKRI YUSUF

KANANAktiviti flying fox di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu l REMY ARIFIN

KIRIHusaini Wan Zaifu, 5, berpeluang memegang senjata pada pameran PASKAL ketika Program Sayangi Desa di Padang Awam Kampung Seri Jugra, Banting l FIKRI YUSUF

KANANPeserta bergambar di hadapan lukisan dinding pada Majlis Perasmian Karnival Kuala Selangor 2019 MDKS di Dataran Melawati, Kuala Selangorl REMY ARIFIN

Bersama mangsa tanah runtuh yang menerima sumbangan di Taman Lagenda Mas, CherasADN BALAKONG

Wong Siew Ki

Menyantuni peserta Jom Shopping di Econsave Alam Jaya, Bandar Puncak Alam

ADN JERAMShaid Rosli

Menziarahi penduduk setempat di Kampung Minang Batu 3, Semenyih

Menyertai program gotong-royong membanteras denggi di Kampung Jalan Kebun, Klang

ADN SEMENYIH

ADN SUNGAI KANDIS

Zakaria Hanafi

Zawawi Mughni

Meraikan warga emas di Pasaraya Besar Giant, Kelana Jaya

ADN SERI SETIAHalimey Abu Bakar

Mencuba motosikal klasik dalam Sabak Bike Festival 2019 di Sentral Mall, Sabak Bernam

ADN SABAKMustain Othman

Page 13: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

14Rencana

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

Sarat dengan nilai warisan ketamadunan dan seni Islam, kompleks yang terletak di tengah bandar raya Shah Alam, bersebelahan dengan

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu sedia menanti kehadiran pengunjung pada Selasa

hingga Ahad bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Dibina dengan daya kreativiti tinggi, pengunjung berpeluang menjamah mata di setiap ruang yang mempamerkan keindahan dan kesucian Islam. Ia satu-satunya kompleks seni Islam seumpamanya di dunia hasil perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di

bawah inisiatif Kerajaan Negeri.Tourism Selangor dengan

kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan disokong oleh Hotel Concorde Shah Alam membawa delegasi media tempatan dalam Media FAM Trip yang menjenamakan Vibrant Shah Alam pada 12 dan 13 Oktober lalu.

Kami dibawa secara khusus melawat setiap pelusuk kompleks Islam itu sebagai sebuah destinasi yang memberi fokus kepada sektor pelancongan berteraskan kesenian dan kebudayaan, dan juga ilmu pengetahuan.

Pusat Penawar Inspirasi Kehidupan

Melangkah masuk ke ruang utama, kami disambut dengan air pancut di ruang hadapan kompleks berkonsepkan seni alkaf tiga dimensi, ‘Alif, Lam dan Mim’.

Di bahagian tengah arca (alkaf) air pancut seperti dicantas dan mengeluarkan umbut yang membawa maksud harapan, iaitu harapan kepada Allah SWT, manakala air yang mengalir pula umpama rahmat Allah SWT yang berpanjangan buat umat manusia.

Berkeluasan kira-kira 1,858 meter persegi, kami menghayati keindahan kompleks setinggi tiga aras berbentuk sarang lebah yang menggambarkan iman dan ihsan.

Timbalan Pengurus Besar (Lawatan, Acara dan Wakaf) Yayasan Restu, Zarina Mahusin berkata, kompleks yang menjadi pusat penawar inspirasi kehidupan itu mengetengahkan unsur kesenian dan medium dakwah sebagai tarikan umum pelbagai lapisan masyarakat yang menghargai serta meminati seni.

“Bahagian atas jika dilihat di ruang hadapan mempunyai dua bentuk replika rehal bermaksud dua peninggalan Rasulullah SAW, jika diikut kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan as-Sunnah,” katanya.

Melanjut langkah ke ruang tengah kompleks, kami dapat menikmati keindahan dekorasi antaranya hiasan pokok paku resam iaitu batang pokok yang digunakan untuk menyalin manuskrip al-Quran.

Pokok berkenaan tidak boleh ditanam di situ kerana ia dikatakan tumbuh liar di kawasan berbukit.

Replika Rumah Rasulullah SAW

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah replika kediaman Baginda Rasulullah SAW bersama Siti Khadijah r.a. yang dibina berpandukan pelan asal. Kami berpeluang merasai suasana masuk ke dalam rumah itu.

Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Telusuri keindahan sejarah dan tamadun

Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara sebagai pusat perkembangan seni Islam berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran

Islam

1

2 4

3

1. Pintu masuk utama kompleks 2. Poster barangan peribadi Nabi Muhammad 3. Replika rehal di bumbung 4. Ruang legar dalam 5. Replika salah satu pedang Nabi 6. Replika barangan peribadi Nabi 7. Model kecil suasana peperangan 8. Pintu bilik kebal manuskrip 9. Replika ruang makan Nabi 10. Pelan rumah Rasulullah 11. Saiz sebenar maqam Nabi Ibrahim 12. Replika jubah Nabi 13. Beberapa jenis makanan sunnah 14. Delegasi pengamal media

Page 14: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

15SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

Terdapat beberapa bilik yang teratur sederhana tetapi menarik. Turut dipamerkan juga katil, jubah dan ruang makan selain ruang solat.

Suasananya seperti digambarkan. Replika rumah Rasulullah SAW ini menarik perhatian. Tidak hairan ia dikunjungi ribuan pengunjung setiap hari.

Antara tarikan lain yang berkaitan dengan seni Islam adalah Galeri al-Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri as-Sakinah, Bahagian Penyalinan Mushaf al-Quran, Grafik, Reka Bentuk, Pewarnaan dan Penerapan Emas termasuk Galeri Cenderamata.

Terdapat pelbagai jenis kesenian khat termasuk warisan kesenian dari Asia Barat yang berlandaskan al-Quran turut dipamerkan selain satu galeri yang dicipta untuk menggambarkan keadaan di Gua Hira semasa wahyu diturunkan.

Pameran Rehlah Nabawiyah

Di Galeri Utama kompleks ini turut diadakan Pameran Rehlah Nabawiyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang dibuka kepada orang ramai.

Bercirikan hologram, paparan visual, lukisan tiga dimensi (3D), serta lebih 21 segmen

mengenai Rasulullah SAW, ia merupakan pameran pertama di Asia Tenggara. Hampir semuanya menggunakan tenaga tempatan yang terbabit segi rekaan dan penggunaan teknologi bertujuan supaya pencinta Rasulullah SAW merasai pengalaman dan melihat sendiri suasana di zaman baginda.

Harga tiket masuk ke pameran itu serendah RM5 bagi kanak-kanak, RM15 bagi pelajar sekolah dan dewasa RM25.

Antara objektif pameran ini ialah mendekatkan ummah dengan sirah dan pusaka peninggalan Nabi SAW. Ia menjadi pembuktian keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Selain itu, mendedahkan kepada masyarakat usaha dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat, mengajak masyarakat supaya mencintai ilmu dan ulama, memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah efektif serta mengembalikan masyarakat Islam kepada identiti mereka yang sebenar.

Bilik kebal al-Quran tulisan tangan

Berada di aras dua, kami bertuah apabila dibenarkan memasuki bilik kebal yang menyimpan manuskrip al-Quran tulisan tangan anak tempatan. Bilik sama turut

Kompleks Seni Islam Antarabangsa

Alamat: Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa, No. 2A Pesiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, SelangorNombor Telefon: 03 55119001Waktu Operasi: 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Selasa-Ahad).

lDibina di atas tapak seluas 14 hektar berhampiran Masjid Negeri, Muzium Shah Alam, Taman Tasik Shah AlamlPameran sarat dengan seni kaligrafi Islam, seni bina, reka bentuk dalaman, lukisan dan manuskrip al-Quran.lIa berfungsi sebagai pusat pameran dan pengeluaran untuk Yayasan Restu, sebuah persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1987.lBertujuan untuk memelihara dan mempromosikan seni dan budaya Islam.lMempunyai sembilan galeri, dewan kuliah, pusat kanak-kanak dan pelbagai bilik aktiviti.lAntara paparan yang paling terkenal di sini ialah manuskrip Quran yang asal dikatakan bernilai lebih RM20 juta.

menyimpan helaian rambut Nabi Muhammad SAW.

Zarina berkata, manuskrip yang ditulis atas kertas khas diimport dari Jerman bersaiz tiga kali empat kaki itu perlu melalui proses kajian dan penyelidikan menyeluruh bagi menjadikan mushaf terbitan Malaysia mempunyai identiti tersendiri.

“Di sini, proses menyalin al-Quran dilakukan oleh sembilan kumpulan. Proses tulisan khat itu menggunakan 10 inci batang pokok paku resam dan dicelup

satu persatu dengan dakwat.“Hiasan yang dihasilkan

mempunyai erti tersendiri kerana warna dan bentuk yang menjadi bingkai pada setiap helaian mempunyai maksud berkaitan budaya, alam semula jadi serta mercu sesebuah negeri. Contohnya di Selangor, kami menggunakan motif buah sukun. Terdapat 20 reka bentuk berlainan untuk negeri ini,” katanya.

Bingkai pada lembaran al-Quran disaluti emas 24k dan pihaknya mempunyai pasukan

khas yang mengkaji secara khusus mengenai sesuatu tempat untuk mendapatkan reka bentuk dan warna yang diinginkan.

Untuk rekod, sejak lebih 30 tahun Yayasan Restu sudah bergiat aktif dalam penerbitan naskah al-Quran bermula dari proses menyalin untuk dijadikan manuskrip, memeriksa, membuat reka bentuk hiasan sebelum dibawa untuk cetakan di Nasyrul Quran di Putrajaya iaitu kompleks pencetakan al-Quran kedua terbesar di dunia. Setakat ini, Yayasan Restu mempunyai 12 manuskrip yang disimpan rapi di dalam bilik kebal kerana usaha untuk menyalin mushaf al-Quran daripada penyalin, Othman Taha yang berasal dari Madinah itu bukan suatu kerja mudah.

Motif yang dihasilkan mengikut kedatangan Islam di negara ini dimulai dengan Malaysia, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perlis, Sarawak dan Sabah serta kembali semula ke Malaysia.

Ini hanya sebahagian daripada bahan pameran di kompleks berkenaan. Peminat seni Islam boleh mengambil peluang untuk menerokai lebih dekat kompleks itu yang mempunyai sembilan galeri.

6

5 8

10 14

139

12

7 11

Page 15: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

OLEH AZRIN FAUZI

____________________________________________________________________________________________________ …kerana satu daripada empat kaki kerusinya tidak sama pan-jang, seorang pemuda masih belum menemui kata-kata yang tepat untuk ayat pertama pen-genalan sebuah cereka yang ingin dikarang. Dia memulakan ceritanya dengan ayat ked-ua, diikuti ayat ketiga, keempat, dan seterus-nya tanpa mengetahui pucuk pangkal yang enggan menumbuhkan kata-kata yang tepat untuk ayat pertama tadi. Hanya pada ayat ini barulah dia menyedari: kerusi berkaki tem-pang itulah yang selama ini menendang segala ilhamnya dengan hentakan yang menjeng-kelkan. Hiperbola pun bergolek ke kakinya: “Setelah 10,000 tahun, si pemuda masih belum menemui kata-kata yang tepat untuk ayat per-tama pengenalan sebuah cereka yang ingin di-karang.” Lama dia termangu di atas kerusi itu – selama 10,000 tahun. Sehingga “si pemuda” pun menjadi “si tua”. Si tua ingin pula menulis-kan cerita yang menempatkan sebuah kerusi di salah satu penjuru naratifnya – juga tanpa ayat pertama.

Yang Memainkan | 1. Si pemuda yang in-gin mengarang sebuah cereka tetapi masih be-lum menemui kata-kata yang tepat untuk ayat pertama pengenalannya. Kerana ingin terus menulis, dia memulakan ceritanya dengan ayat kedua. Pernah dia terbaca pengakuan cerpenis Othman Puteh: “Saya, secara peribadi, hingga kini pun masih menghadapi masalah memu-lakan cerita, masalah menyusun ayat pertama yang baik, menarik dan berkesan.” Barangkali sebab itulah si pemuda membuka cerekanya dengan ayat kedua. Segala-galanya angka-ra sebuah kerusi. 2. Kerusi yang cuba berdiri betul dengan empat kaki. Tetapi menyenget dek salah satu kakinya yang pendek; melan-tunkan kejengkelan tatkala terhentak. Cukup-lah kerusi ini menjadi kerusi kayu biasa lagi sederhana tetapi mewah jiwanya. Kata arkitek Le Corbusier, “Kerusi ialah seni bina, sofa ialah borjuis.” Sesekali kerusi ini dilepasbebaskan untuk berjengket-jengket sehingga ligat ber-lari dengan empat batang kakinya itu di atas lapangan fikiran si pemuda. Sebelum dipang-gil pulang untuk si pemuda kembali duduk di atasnya – sehingga tua. 3. Si tua yang ingin mengarang sebuah cereka dengan sebuah

Parasit

Kau parasit yang menebuk tengkukdiam-diam meresapi saraf tunjanglangsung berumah di liang kepalakumengembang dan kian bergandaterjelma sebuah kewujudan lainseakan halimunan, tetapi rakusmenakluk tubuh mewahku.Segala nutrien kering kauhisaplidah terkunci, jantung dikawal,mata dan telinga hilang deriatubuh dirampas kudetasenyap, perlahan, licik.Dalam peralihan kuasaaku bertukar kuda, ataulasykar yang dikorbankandan kau menjadi maharajabersandar kenyang di singgahsanasesudah kauisytihar dirimusebagai aku.

Ariff HamzahKuala Lumpur

kerusi diletakkan di salah satu sudut ceri-tanya. Tetapi pada baris ini, bukankah ce-rekanya sudah sarat diselerakkan dengan kerusi? Dengan apologi buat Pina Bausch di mana kerusi yang diselerakkan dalam Café Müller (1978) ditarik menjauhi ge- rak tarinya; dalam Kafe Kepala milik si tua, kerusi-kerusi ini melangkahlari daripada diduduki olehnya. Benarlah gerak-geri kerusi tidak lagi boleh dibaca. 4. Pembaca.

Yang Menempatkan | Di mana-mana: Di dalam mahupun di luar. Jika di dalam atau di luar itu cereka, adakah di dalam dan di luar anticereka?

Yang Mewaktukan | Sepanjang masa, selagi kita masih memerlukan cerita (de-ngan kerusi-kerusi di dalamnya): 1. Keru-si terlupa sama ada si pemuda ataupun si tua yang menuliskan: “Ada mata yang mengintai dari balik pohon tua tatkala si tempang tersesat ke dalam syurga. Kerana keletihan – setelah dilelahkan 10,000 tahun perjalanan – sebuah kerusi yang ditukangi daripada sepohon tua itu diam-diam di-beri kepadanya. Si tempang duduk di dalam syurga yang sunyi untuk 10,000 tahun lagi.” 2. Ingatan kelmarin berbau kerosin masih bertiup dari sebuah galeri. Di atas keru-si, seorang artis membakar diri. Sehingga hangit daging mula menyumbat hidung, barulah kusedari kerusi yang bukan lagi berupa kerusi itu ialah Poäng. Aku tidak berminat untuk menceritakan bagaimana kerusi itu direka oleh seorang pemuda Je-pun – barangkali dipercik ilham daripada kerusi tangan rekaan arkitek Alvar Aalto – tetapi sekadar ingin menyatakan, kerusi Poäng itu asalnya diberi nama “Poem”. Dia, yang membakar diri di atas “Puisi” untuk membangkitkan… seni? 3. Van Gogh yang paling awal meletakkan paip dan tem-bakaunya di atas kerusi (Van Gogh’s Chair, 1888); Matisse pula meletakkan seping-gan pic di atas kerusi (Chair with Peaches, 1919); Duchamp memutarkan peranan kerusi ini dengan Bicycle Wheel (1913) ciptaannya; segala-galanya sebelum su-nyi galeri dipecahkan lagi oleh One and Three Chairs (1965) dan A Matter of Time (1977) dan dan dan... 4. Aku dan mereka

berdiri sewaktu sembah seni berlanjutan di penghujung pementasan. Yang masih terngiang-ngiang daripada performans tadi bilamana watak bernama Serigala – atau Srisegala? – mengingatkan: “… Kelak nanti sampai masamu untuk bercinta kasih sayang, cinta kasih dan sayanglah pada se-buah kerusi… Tempat dudukmu itulah yang paling bererti.” Akan aku terus berdiri – un-tuk mereka duduk kembali.

Yang Menjungkirbalikkan | Ada kerusi yang dicipta di dalam cereka, ada cereka yang tercipta di atas kerusi.

Yang Menamatkan | Ada penamat yang menamatkan sebuah cereka, ada penamat yang memulakan cereka-cereka lainnya: 1. Deus ex machina: Antara si pemuda, keru-si, si tua, dan pembaca, siapakah antag-onis yang akan tewas dipanah petir? 2. Penamat tak terjangka: Setelah 10,000 ta-hun berdiri, kerusi mematahkan sebatang kaki sebagai tongkat buat si tempang. Si tempang berlalu pergi dan kerusi yang kepenatan langsung duduk bersila den-gan tiga kaki – untuk 10,000 tahun lagi. 3. Keadilan puitis: Si tua tiba untuk menukan-gi dan mengganti kaki kerusi yang kudung itu. Setelah selesai, si tua menyedari satu daripada empat kaki kerusi itu tidak sama panjang. Lantas meminta kerusi berkaki empat mencari si pemuda. 4. Tanda tanya atau terbuka: “Kerusifixion! Kerusifixion!” Benarlah idea tentang sebuah kerusi telah

disalib di tengah-tengah lapangan fikirku. Sebelum diangkat dan dilenyapkan. Sebe-lum diturunkan semula ketika kata-kata menghuru-hara – menjadi dosa. Jika be-gitu, adakah kata-kata yang tepat untuk ayat pertama pengenalan sebuah cereka yang ingin kukarang ini – kalau pun su-dah dijumpai – menjadi rahsia sendiri? 5. Tragedi: Di dalam, tergeletak mayat si tua di hadapan bebayang bernama I. Dengan mata yang menyimpan dosa dan rahsia, I. bertanya kepada kerusi yang terduduk ketakutan, “Inginkah engkau direputmati lalu ditumbuhkan kembali menjadi Po-hon Pengetahuan?” Kerusi masih mendi-am. Dan akan terus mendiam. Di luar sana pun terdiam. Hening. Bilakah akan ditiup sangkakala kedua? Sedangkan waktu telah pun berkecai dengan angka-angkanya – hanya 0 yang tersisa. 6. Penamat baha-gia: Si pemuda, kerusi, dan si tua akhirnya menemukan kata-kata yang tepat untuk ayat pertama pengenalan sebuah cere-ka. Kerana terlalu bahagia, mereka terlupa memberitahu pembaca.

Page 16: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

17SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

Gaya HidupInformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

Barbie muslimah? pasti kedengaran agak pe-lik, namun itulah yang diinovasikan oleh seo-rang tukang jahit dan

usahawan yang mempelopori jenama MyHijabie, Siti Sumarni Suhaimi, 34.

Siti Sumarni berkata, idea itu tercetus apabila anak sulung-nya Danica Sofia Ahmad Zaidi, 7, yang amat meminati Barbie mempersoalkan pemakaian anak patung itu kerana agak seksi.

Katanya, memikirkan per-kara itu ditambah dengan beliau yang mempunyai bakat menjahit, maka ter-cetus idea untuk menjahit pakaian muslimah kepada anak patung terbabit.

“Saya juga amat meminati Barbie sejak kecil dan kini ia ‘berjangkit’ kepa-da anak. Satu hari, dia (Danica Sofia) memper-soalkan pemakaian Barbie dan dari situ lahirnya idea MyHijabie.

“Saya terfikir untuk melakukan perubahan (fesyen muslimah) kepada anak patung ini de-ngan menampilkan fesyen kurung ditambah keayuan dengan pemakaian hijab bagi Barbie wanita dewasa dan kanak-kanak, sementara patung lelaki segak berbaju Melayu serta ber-samping.

“Mula berjinak-jinak sejak empat tahun lalu dengan hanya memasar-kan menerusi dalam ta- lian dan adakala saya turut menjual di Pasar Seloka,” katanya ketika ditemui Se-langorKini di kediamannya baru-baru ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, sam-butan diterima cukup memberangsangkan dan sehingga kini patung ber- kenaan turut mendapat permintaan di luar nega-ra antaranya Singapura, In-donesia, Switzerland, Turki dan Brunei serta diminati pembeli bukan Islam.

Suntik inspirasi pupuk kesopanan

Mewarisi bakat menjahit daripada ibu-nya, Siti Sumarni mengakui men-jahit adalah satu kepuasan dan terapi buat di-rinya ditambah sambutan dari- pada orang ra-mai yang begitu menggalakkan.

Katanya, kanak-kanak turut gembira apabila patung Barbie itu ditukar kepada fe-syen berhijab, sekali gus ia dapat memupuk keso-panan dalam diri mereka.

“Pernah ada pelanggan belikan untuk anak mereka dan kebanyakan kanak-kanak ter- babit kelihatan begitu teruja, ma-

SIAPA sangka anak patung Barbie yang sinonim sebagai permainan kanak-kanak perempuan atau dijadi-kan koleksi kaum wanita kini turut di-minati kaum lelaki.

Pemilik nama Bruce See, 27, mula meminati anak patung Barbie sejak kanak-kanak, namun terhalang hanya kerana beliau seorang lelaki.

Bruce berkata, beliau pernah me-minta ibu bapanya membelikan anak patung cantik itu tetapi dihalang hanya disebabkan boneka itu sering dikaitkan sebagai permainan perempuan selain harganya yang agak tinggi.

“Disebabkan harga yang terlalu ma-hal, hasrat itu terpaksa di-lupakan sehingga sudah mempunyai kerjaya sendi-ri. Saya mula mengumpul anak patung ini sejak tiga tahun lalu untuk dijadi-kan koleksi dan sebaha-gian daripada hobi.

“Saya meminati anak patung Barbie kerana kagum dengan kepel-bagaian fesyen digaya-kan, malahan rambutnya mempunyai pelbagai ca-ra untuk ditatarias,” ka-tanya ketika dihubungi SelangorKini, baru-ba-ru ini.

Katanya, kerana minat menda-lam terhadap anak patung berasal dari barat itu, maka beliau sanggup berbelanja lebih demi mendapat-kan koleksi Barbie dengan rekaan fesyen pelbagai dan edisi terhad.

“Kini saya mempunyai lebih 200 anak patung Barbie yang ke-banyakannya dibeli dari luar ne-gara, dalam talian dan di pusat membeli belah,” katanya yang juga seorang usahawan pakaian terpakai dan tukang jahit.

Baru sahaja setahun mendiri-kan rumah tangga, katanya, be- liau bersyukur kerana isteri me-

nyokong dan turut mem- punyai minat sama un-tuk mengumpul anak patung berkenaan.

“Saya berharap dapat membuka bi-lik pameran bagi me- ngumpulkan anak pa-tung Barbie satu hari nanti selain berpe- luang bertemu lebih ramai pengumpul ko- leksi berkenaan sama ada dari Malaysia juga luar negara,” katanya yang juga pemilik Instagram @barbie_ma-laysia92.

lahan dia rasa patung itu seakan-akan dirinya bersama keluarga.

“Selain itu, tidak kurang juga ada yang membeli untuk dijadikan hadiah kepada in-san tersayang atau sebagai koleksi peribadi,” katanya yang boleh menjahit 10 pakaian da-lam sehari.

Pada masa sama, Siti Sumarni berkata, per-niagaan itu juga sebagai medium untuk mem-promosikan kesopanan selain menggalakkan lebih ramai orang memakai baju kurung.

“Sebagai muslim, kita diwajibkan ber- tudung dan secara tidak langsung apabila kita pakaikan anak patung ini dengan pakaian sopan kemungkinan sedikit sebanyak ia

Lelaki sanggup belanja lebih demi Barbie

menjadi ikutan orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam.

“Malah, Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) turut menggalakkan kita memakai baju kurung. Saya juga ada terfikir mahu rekakan baju ku-rung seperti baginda bagi digayakan kepada patung ini satu hari nanti,” katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Univer-siti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bakal lancarkan HijababySiti Sumarni turut berhajat melancarkan satu

lagi jenis patung diberi nama Hijababy dalam masa terdekat yang sesuai untuk kanak-kanak menjadikannya sebagai permainan harian.

Menariknya, beliau berkata, patung itu mem-bolehkan kanak-kanak menggayakan selen-dang mengikut kesukaan mereka.

“Ini kerana selendang Hijababy boleh di-tanggal berbeza dengan Barbie (MyHijabie) yang lebih sesuai dijadikan sebagai perhiasan kerana selendang sudah dijahit di kepala.

“Malah, Hijababy agak murah berbanding MyHijabie dan pembeli bebas memilih mengi-kut kesukaan mereka,” katanya yang berasal dari Gombak, Selangor.

Saya meminati anak patung Barbie kerana kagum dengan kepelbagaian fesyen digayakan, malahan rambut- nya mempunyai pelbagai cara untuk ditatarias

Instagram @myhijabie

Facebook Hijabie

HARGA: Patung Barbie MyHijabie RM100

Satu set keluarga RM240

Patung Hijababyharga bawah RM50

Page 17: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

18PBT

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

Tiada permit, projek cemar sistem perparitan

Pemaju tanah diarah henti kerjaOLEH ZAREEF MUZAMMIL

HULU LANGAT - Majlis Per-bandaran Kajang (MPKj) menge-luarkan Perintah Berhenti Kerja terhadap satu projek kerja tan-ah yang sedang dalam pelaksa- naan berhampiran Taman Wawasan dan Sekolah Tun Ab-dul Aziz Majid, di sini pada 10 Oktober lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof melalui perkongsian di laman sosial Facebook, pada 14 Oktober lalu.

Beliau berkata, pemaju pro-jek berkenaan dikenakan Notis Kompaun Akta Jalan Parit 1974 Seksyen 70A (1) selepas diper-cayai mengakibatkan kelodak tanah memenuhi sistem perpa- ritan dan jalan ketika menjalan-kan kerja tanah terbabit.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit turut mengenakan denda RM25,000 terhadap pemaju ekoran kerja tanah dijalankan di tapak tanpa kelulusan dan permit.

“Aduan diterima berkenaan satu pemajuan di kawasan berkenaan dan pejabat De-wan Undangan Negeri (DUN) turun melihat serta meminta PBT menyiasat.

“Mengikut laporan, terdapat kerja tanah yang sedang ber-jalan di tiga lot iaitu Lot 1432, Lot 1102 dan Lot 1431 oleh Maju Serijuta Sdn Bhd,” katanya.

Selain memberhentikan kerja di tapak serta merta se- hingga memperolehi kelulu-san Pelan Infrastruktur, Edry berkata, pemaju diarah mem-bina ‘slip trap’ bagi menahan kelodak daripada memasuki sistem perparitan.

“Pemilik tanah baik indi-vidu atau pemaju diingatkan sekali lagi bahawa pentingnya mendapatkan kelulusan pihak berkuasa sebelum sebarang pemajuan dilakukan ke atas tanah.

“Pejabat DUN akan menda- patkan kemas kini tindakan susulan MPKj dari semasa ke semasa,” katanya.

Kerja tanah yang dijalankan pemaju di tiga lot sehingga mengakibatkan kelodak tanah memenuhi sistem perparitan dan jalan

Foto ihsan Facebook Edry Faizal

SSDU Innovations Sdn Bhd (1272131-K)Milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI)

PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)

SMART SELANGOR GIGABIT NETWORK - SeGNETSSDU Innovations Sdn Bhd (“SSDU”) merupakan anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) untuk mentadbir aset berunsur perniagaan milik Kerajaan Negeri Selangor.SSDU telahpun diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan inisiatif Smart Selangor untuk mencapai wawasan menjadikan Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN menjelang tahun 2025.SSDU mempelawa pemohon yang layak untuk mengemukakan cadangan sebagai vendor bagi pembangunan Smart Selangor Gigabit Network – SeGNET bagi menyokong pembangunan ekosistem Smart Infrastructure di Negeri Selangor, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Smart Selangor.1. Pelawaan dibuka kepada semua pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut:

a. Modal saham berbayar sekurang-kurangnya RM1,000,000.00 dan modal dibenarkan juga sebanyak RM1,000,000.00.

b. Berpengalaman lebih lima (5) tahun sebagai pembekal perkhidmatan Internet & Data di Malaysia serta mempunyai lesen NFP, NSP dah ASP dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) yang masih sah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2021.

c. Mempunyai sekurang kurangnya tiga puluh (30) orang kakitangan yang mana sekurang-kurangnya 60% merupakan kakitangan teknikal.

d. Merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai pejabat beroperasi di Malaysia.

e. Berpengalaman lebih lima (5) tahun menguruskan NOC – Network Operation Centre 24 x 7. f. Mempunyai minimum dua (2) Internet Gateway Peering yang masih beroperasi.

2. Pemohon perlu menghantar emel kepada [email protected] untuk mendapatkan Borang Pelawaan Cadangan (Digital RFP Documents) dengan bayaran sebanyak RM5,000.00. Slip bukti pembayaran secara atas talian perlu diemel terlebih dahulu sebelum mengambil Digital RFP Documents di pejabat SSDU bermula Jumaat, 25hb Oktober 2019 (1petang - 4petang) sehingga Jumaat, 1hb November 2019 (9pagi - 12tengah hari) pada hari bekerja. Sebarang pembayaran tidak akan dikembalikan.

3. Satu sesi taklimat berkaitan Digital RFP Documents akan diadakan seperti berikut:Tarikh : 30hb Oktober 2019 (Rabu)Masa : 2:30petang - 3:30petangTempat : Akan dimaklumkan

4. SSDU berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan, atau membatalkan pelawaan tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan yang dibuat oleh SSDU adalah muktamad.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel kepada [email protected] bermula 25hb Oktober sehingga 6hb November 2019 (sebelum jam 5petang). SSDU berhak untuk memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan. Pertanyaan hanya boleh dibuat melalui emel. SEBARANG KAEDAH PERTANYAAN LAIN TIDAK AKAN DILAYAN.

6. Digital RFP Documents yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam Kotak Cadangan sebelum atau pada hari Jumaat, 8hb November 2019 (sebelum jam 12tengah hari) di alamat berikut: SSDU Innovations Sdn Bhd, Tingkat 15, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

MPAJ kumpul 44,979.50 kg bahan kitar semulaAMPANG - Sejumlah 44,979.50 kilogram (kg) bahan kitar semula berjaya dikumpul pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), sejak 1 Mac hingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrol-nizam Shaari berkata, kempen kitar sem-ula dengan kerjasama Fraser & Neave Holding Bhd dan Tektra Pak Malaysia itu menerima penyertaan dari 25 sekolah ber-banding 16 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, langkah itu memberi pendedahan kepada orang ramai ber-hubung kepentingan menjaga alam se-kitar dan mengitar semula barangan terpakai, selain meningkatkan pemba- bitan semua pihak.

“Kita mahu meningkatkan pengeta-huan pelajar dan penduduk berkenaan 4R iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) ser-ta Recycle (kitar semula) supaya dapat membudayakan amalan berkenaan yang menjadi langkah berkesan dalam mengu-ruskan sisa pepejal secara mampan demi generasi akan datang.

“Selain itu, usaha ini dapat memupuk dan meneruskan semangat amalan ki-tar semula dalam kalangan pelajar serta menyemai perubahan tingkah laku secara berterusan kepada pelajar juga masya-rakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah MPAJ, di Galeri MPAJ, di sini pada 14 Oktober lalu.

Hasrolnizam berkata, kerjasama dija- linkan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat swasta dan sekolah dalam menggerakkan amalan kitar semula di-yakini mampu merealisasikan Ampang Jaya ke arah Bandar Rendah Karbon 2017-2030, terutama daripada aspek penguru-san sisa pepejal.

“Pemeliharaan alam sekitar dan sete- rusnya amalan kitar semula adalah satu perkara yang amat penting untuk men-capai pembangunan mampan, berkualiti dan seimbang.

“Program kitar semula ini akan diper-kasakan dan diteruskan pada tahun akan datang untuk kelestarian alam sekitar.

“Kita juga berharap pelajar dan pihak sekolah dapat memanfaatkan serta me-nerapkan nilai murni daripada program ini,” katanya.

Dalam kempen berkenaan, sebanyak 16 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah bersaing antara satu lain me- ngumpulkan bahan kitar semula terba- nyak termasuk kertas, plastik, aluminium serta kotak minuman bagi merebut wang tunai berjumlah RM16,800.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melawati dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah kebangsaan, manaka-la Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali mengungguli kategori se-kolah menengah.

Tiga kategori lain turut dipertanding-kan antaranya Anugerah Khas Sekolah Kebangsaan, Anugerah Khas Sekolah Me-nengah dan Anugerah Guru Contoh.

Page 18: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

19SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

PBTInformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menanam 51,776 pokok pelbagai jenis di kawasan pentadbirannya sehingga September.

Yang Dipertuanya, Noraini Ros-lan berkata, penanaman pokok itu bertujuan mencapai hasrat Kerajaan Negeri yang menyasar-kan 80,000 anak pokok ditanam setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setahun.

Katanya, usaha itu bagi mem-bantu meningkatkan kadar penye-rapan karbon dioksida sekali gus mengurangkan kesan gas rumah hijau dan pemanasan global.

“Inisiatif ini juga selaras Pelan Kerajaan Negeri untuk menyum-bang kepada pengurangan 45 peratus intensiti pelepasan gas karbon menjelang 2030.

“Ia juga sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedu-nia (HPBS) 2019 peringkat Sela-ngor yang akan disambut pada 10 November ini di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam,” katanya

dalam kenyataan pada 19 Okto-ber lalu.

Noraini berkata, sejumlah 100 jenis pokok ditanam menerusi pro-gram itu yang terdiri daripada la-pan spesies.

Katanya, antara pokok yang di-tanam ialah 10 batang Kiara Pa-yung, Merawan Siput Jantan (20), Tecoma (10), Leopard Tree (10), Asam Jawa (20), Belimbing Buluh (10), Mengkudu Siam (10) dan Jan-da Kaya (Musaenda) 10 batang.

“Program ini direalisasikan se-cara kolaboratif antara pihak MPSJ, Segi College dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 16 serta diras-mikan oleh Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen.

“Inisiatif ini bagi memupuk se-mangat mencintai alam sekitar, meningkatkan keindahan dan ni-lai estetika setempat serta mem-perkukuhkan hubungan baik antara MPSJ, Segi College juga JKP Zon 16,” katanya.

Katanya, MPSJ mengambil ini-siatif untuk melaksanakan pro-gram ini selaras dengan tema HPBS iaitu ‘Green And Communi-

Sahut cabaran, kurang kesan gas rumah hijau

MPSJ tanam lebih 50,000 pokok pelbagai jenis

ty: Together Is Better’ bermaksud penglibatan dan sokongan komu-niti dalam penjagaan alam sekitar adalah penting dan dapat mem-

berikan impak besar dalam men-capai perbandaran rendah karbon.

“Saya optimis melalui inisiatif ini kita dapat menghijaukan ka-

wasan perbandaran, sekali gus merealisasikan hasrat MPSJ men-jadi Bandar Hijau menjelang 2030,” katanya.

Kakitangan MPSJ menanam pokok pelbagai jenis di bawah pentadbirannya bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri mencapai sasaran penanaman pokok 80,000 setahun di setiap PBT

Page 19: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

20Pendidikan

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

SSDU Innovations Sdn Bhd (1272131-K)Milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI)

PELAWAAN MEMBERI CADANGAN (RFP)SMART SELANGOR DATA CENTRE - SSDC

SSDU Innovations Sdn Bhd (“SSDU”) merupakan anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) untuk mentadbir aset berunsur perniagaan milik Kerajaan Negeri Selangor.

SSDU telahpun diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan inisiatif Smart Selangor untuk mencapai wawasan menjadikan Selangor sebagai Smart State terulung di ASEAN menjelang tahun 2025.

SSDU mempelawa pemohon yang layak untuk mengemukakan cadangan sebagai vendor bagi pembangunan Smart Selangor Data Centre – SSDC bagi menyokong pembangunan ekosistem Smart Infrastructure di Negeri Selangor, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Smart Selangor.

1. Pelawaan dibuka kepada semua pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut:a. Modal saham berbayar sekurang-kurangnya RM1,000,000.00 dan modal dibenarkan juga sebanyak

RM1,000,000.00.b. Berpengalaman lebih lima (5) tahun sebagai pembekal perkhidmatan Data Centre Tier 3 Compliance di Malaysia.c. Mempunyai premis Data Centre Tier 3 Compliance dan Tier 4 Ready di Selangor.d. Mempunyai sekurang kurangnya tiga puluh (30) orang kakitangan yang mana sekurang-kurangnya 60% merupakan

kakitangan teknikal. e. Merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai pejabat operasi

di Malaysia.

2. Pemohon perlu menghantar emel kepada [email protected] untuk mendapatkan Borang Pelawaan Cadangan (Digital RFP Documents) dengan bayaran sebanyak RM3,000.00. Slip bukti pembayaran secara atas talian perlu diemel terlebih dahulu sebelum mengambil Digital RFP Documents di pejabat SSDU bermula Jumaat, 25hb Oktober 2019 (1petang - 4petang) sehingga Jumaat, 1hb November 2019 (9pagi - 12tengah hari) pada hari bekerja. Sebarang pembayaran tidak akan dikembalikan.

3. Satu sesi taklimat berkaitan Digital RFP Documents akan diadakan seperti berikut:Tarikh : 30hb Oktober 2019 (Rabu)Masa : 4petang - 5petangTempat : Akan dimaklumkan

4. SSDU berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan, atau membatalkan pelawaan tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan yang dibuat oleh SSDU adalah muktamad.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel kepada [email protected] bermula 25hb Oktober sehingga 6hb November 2019 (sebelum jam 5petang). SSDU berhak untuk memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan. Pertanyaan hanya boleh dibuat melalui emel. SEBARANG KAEDAH PERTANYAAN LAIN TIDAK AKAN DILAYAN.

6. Digital RFP Documents yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam Kotak Cadangan sebelum atau pada hari Jumaat, 8hb November 2019 (sebelum jam 12tengah hari) di alamat berikut: SSDU Innovations Sdn Bhd, Tingkat 15, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

OLEH ZAREEF MUZAMMIL BANGI - Kolej Universiti Islam An-tarabangsa Selangor (KUIS) mem-perkukuh kerjasama dengan Yayasan KRU bagi menyediakan peluang perniagaan berkaitan in-dustri kreatif terhadap mahasiswa serta graduan di Institusi Pengaji-an Tinggi (IPT) berkenaan.

Rektor KUIS, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, kerjasama itu dijalinkan buat pertama kali menerusi program ‘Contentpre-neur 2020’ yang dilancarkan yaya-san terbabit pada 30 Ogos lalu.

Katanya, langkah itu memberi peluang kepada pelajar dan alum-ni KUIS berminat menghasilkan kandungan kreatif berorientasi-kan nilai Islam.

“Bermula daripada pelbagai bentuk kandungan misalnya mu-zik dan animasi, kita mahu pelajar di IPT ini supaya dapat berkembang dalam bidang industri kreatif, sekali gus menjadi pemain industri yang hebat pada masa hadapan.

“Mereka (Yayasan KRU) akan memberi latihan dan kemahiran di Akademi KRU, manakala kita akan menyediakan kandungan kepada pelajar.

“Gabungan antara kandungan dan kemahiran penting bagi me- lahirkan bukan sahaja lebih ra-mai artis, tetapi juga penulis lirik

KUIS-KRU meterai MoU

Kembang bakat pelajar dalami industri kreatif

Dato’ Dr Ab Halim Tamuri (dua, kanan) bersama Dato’ Norman Abd Halim (dua, kiri) berjabat tangan selepas menandatangani MoU antara Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan KRU di Dewan Senat KUIS, Bangi pada 17 Oktober lalu

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperun-tukkan bantuan tambang bas RM110,100 kepada 367 murid sekolah rendah daripa-da 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Bestari Jaya.

EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, peruntukan sebe-lum ini banyak diagihkan untuk program mesra rakyat seperti perayaan Deevapali dan Thaipusam.

“Pada program hari ini, bantuan subsidi tambang bas diserahkan kepada 64 mu-rid daripada tiga buah sekolah iaitu SJK(T) Ladang Sungai Tinggi (33), SJK(T) Ladang Hopeful (15) dan SJK(T) Ladang Mary (16).

“Setiap murid menerima bantuan tam-bang bas RM300 seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi

Penyerahan Subsidi Tambang Bas Untuk Anak-Anak Pekerja Ladang bertempat di Dewan Orang Ramai Ladang Sungai Tinggi di Bestari Jaya pada 17 Oktober lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Per-matang, Rozana Zainal Abidin berkata, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini diharap dapat menampung per-belanjaan murid untuk ke sekolah.

“Selain bantuan untuk murid sekolah rendah, Kerajaan Negeri juga menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada setiap pela-jar yang berjaya menyambung pengajian ke pusat-pusat pengajian tinggi,” katanya.

Katanya, pada 2014, hanya 14 pelajar menerima bantuan menyambung pela-jaran ke pusat pengajian tinggi namun jumlah itu bertambah kepada 130 pelajar pada tahun ini.

Bantuan tambang bas RM110,100 buat 367 murid

V Ganabatirau bergambar bersama penerima bantuan tambang bas sekolah DUN Permatang di Dewan Orang Ramai Ladang Sunga Tinggi, Bestari Jaya pada 17 Oktober 2019 lalu

dan animasi yang berteraskan Is-lam, jadi pelajar harus mengambil peluang ini sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memo-

randum Persefahaman (MoU) an-tara kedua-dua pihak, di Dewan Senat KUIS pada 17 Oktober lalu.

Mou itu ditandatangani Ab Halim bagi pihak KUIS, sementa-ra Yayasan KRU diwakili Presiden

Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Norman Abdul Halim.

Ab Halim berkata, perjanjian selama lima tahun itu berupaya membantu dalam penghasilan tek- nologi dan inovasi yang bermutu

bagi merancakkan industri serta ekonomi Islam di negara ini.

Katanya, kemahiran penguasaan teknologi penuntut dan graduan KUIS dapat ditingkatkan melalui program peningkatan kemahiran serta memberi kemahiran oleh akademi yang berpangkalan di Tech-nology Park Malaysia, Bukit Jalil itu.

“Sekarang ini, tidak ramai yang berminat untuk menceburi bidang kreatif seperti penulisan skrip da-lam Islam, begitu juga dengan muzik. Justeru, dengan kemahi-ran yang ada akan melahirkan ra-mai lagi seniman atau pengusaha kreatif yang boleh dikembangkan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Norman berkata, ia adalah kerjasama kali pertama dijalankan bersama IPT berteras-kan Islam.

“Penerbitan kandungan ber- unsurkan Islam khususnya lagu nasyid kadangkala bermusim, tetapi ia sebenarnya ada pasaran tersendiri,” katanya.

Page 20: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

21SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kewangan Islam kini semakin penting dan telah me- ngalami pengembangan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini kera-na ia dilaksanakan berdasarkan prinsip adil, saksama dan beretika yang mem-bawa kepada kesejahteraan sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, prinsip Kewangan Islam adalah berte- raskan keadilan sosial dan kemakmu-ran ekonomi serta menggalakkan ak-tiviti ekonomi mampan.

“Etika berkenaan bukan hanya ter-pakai kepada kehidupan peribadi umat Islam, tetapi juga dalam semua aspek termasuk cara mereka menjalankan perniagaan. Prinsip tahap tinggi seperti

memimpin manusia di muka bumi, in-tegriti dan ikhlas menyediakan asas un-tuk kerangka etika perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam uca-pan pada majlis pelancaran Bicara Pela-buran ESG 2019 Bank Islam Malaysia Bhd di sini, pada 17 Oktober lalu.

Mujahid juga berkata, pengurusan dana Islam adalah berpandukan prin-sip Kewangan Islam yang menzahirkan niat yang jelas untuk memenuhi keper-luan kewangan peserta dengan penuh integriti, dan secara nyata, adil, boleh dipercayai dan amanah, dan pada masa sama memastikan pengagihan kekayaan lebih saksama.

Sementara itu, ketika ditanya me- ngenai kenyataan Timbalan Menteri

di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjual saham dan harta berjumlah RM1.2 bilion sehingga 30 Jun lepas, beliau berkata, ia berada di landasan yang betul.

“Itulah jawapan dia dan ini ber-makna kita bergerak di landasan yang betul,” katanya.

Semalam pada persi-dangan Dewan Rakyat, Fuziah dilaporkan berka-ta penjualan saham, in-strumen kewangan dan hartanah itu telah meng-hasilkan keuntungan RM61 juta kepada TH. – BERNAMA

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(1082296-U)

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

PN0000000203

PN0000000223

AIS/PCW/T32/9/2019

AIS/PCW/T42/9/2019

AIS/PCW/T30/9/2019

SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, AND COMMISSIONING OF LIQUID CHROMATOGRAPHY MASS SPECTROMETRY-QUADROUPOLE TIME OF FLY (LCMS-QTOF) EQUIPMENT FOR NORTHERN REGIONAL LABORATORY AT SG SELANGOR PHASE 2 WTP

DESIGN AND BUILD OF TWO (2) NEW RIVER MONITORING STATIONS (RMS) FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

DESIGN AND BUILD FOR PROPOSED IMPROVEMENT WORKS OF WATER STRESS AND LOW PRESSURE AREAS IN PETALING REGION - TAMAN WAWASAN

PROPOSED REFURBISHMENT AND REHABILITATION WORKS AT TASIK SUBANG DAM AND KLANG GATE DAM

PROPOSED REFURBISHMENT AND REHABILITATION WORKS AT SG. LANGAT DAM, SEMENYIH DAM AND ORS LABU

3 x 13cm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sul-tan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan zakat dan bantuan keperluan harian kepada 500 keluarga terdiri daripada golongan asnaf di sekitar kawa-san Lembah Pantai.

Pemberian sumbangan yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah itu bersempena program Kem-bara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan 2019, di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, pada 20 Oktober lalu.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke pro-gram anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Perseku-tuan (MAIWP) itu pada kira-kira pukul 11.18 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Turut hadir dan menyambut ketibaan Seri Padu-ka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien AlHabshee.

Pada program itu, Seri Paduka turut menyampaikan sumbangan bantuan terdiri daripada pakaian persekola-

Agong berkenan kurnia sumbangan zakat kepada 500 keluarga asnaf

Galak aktiviti ekonomi mampan

Kewangan Islam bawa kesejahteraan sosial

24 Khamis 5:33 5:43 6:57 1:03 4:21 7:02 8:12 25 Jumaat 5:33 5:43 6:57 1:03 4:22 7:02 8:12 26 Sabtu 5:33 5:43 6:57 1:03 4:22 7:02 8:12 27 Ahad 5:33 5:43 6:57 1:03 4:22 7:01 8:12 28 Isnin 5:33 5:43 6:57 1:03 4:22 7:01 8:12 29 Selasa 5:33 5:43 6:57 1:02 4:22 7:01 8:12 30 Rabu 5:33 5:43 6:57 1:02 4:22 7:01 8:12

24 Khamis 5:31 5:41 6:55 1:00 4:19 6:59 8:10 25 Jumaat 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:10 26 Sabtu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:09 27 Ahad 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:09 28 Isnin 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:09 29 Selasa 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:09 30 Rabu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:19 6:59 8:09

24 Khamis 5:31 5:41 6:56 1:01 4:19 7:01 8:11 25 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:01 4:19 7:00 8:11 26 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:01 4:19 7:00 8:11 27 Ahad 5:30 5:40 6:56 1:00 4:19 7:00 8:11 28 Isnin 5:30 5:40 6:56 1:00 4:19 7:00 8:10 29 Selasa 5:30 5:40 6:56 1:00 4:19 7:00 8:10 30 Rabu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 7:00 8:10

24 - 30 OKTOBER 201925 SAFAR - 2 RABIULAWAL1441

han kepada anak-anak asnaf bernilai RM5.1 juta, Bantuan Am Persekolahan sejumlah RM9.82 juta serta Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebanyak RM12.45 juta, yang akan diagihkan kepada golongan asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan bersalaman dan

beramah mesra dengan golongan asnaf yang hadir ke program itu, sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

MAIWP sehingga kini menawarkan sebanyak 28 skim bantuan zakat merangkumi bantuan daripada aspek keperluan asasi, pendidikan, ekonomi dan kebajikan. - BERNAMA

PETALING JAYA - Dalam usaha membantu masyarakat miskin di bandar yang terus meningkat se-tiap tahun, Lembaga Zakat Sela- ngor (LZS) menubuhkan Pusat Pembelajaran dan Inovasi Kanak-kanak: Al-Biruni Zakat Selangor, di sebuah Pangsapuri Desa Mentari (PPR), Petaling Jaya.

Ketua Pegawai Operasi LZS, Ariffa Ariffin berkata, sejak Ogos kadar keluarga fakir miskin di Se- langor meningkat daripada 40,000 hingga 54,000 dan menjangkakan akan meningkat hingga 70,000 keluarga, pada tahun depan.

Katanya, majoriti masyarakat miskin bandar tinggal di kawasan flat jenis Program Perumahan Rak-yat (PPR) yang hanya bersaiz lebih

kurang 850 kaki persegi (79 meter persegi), dan menjadi tempat ma-kan, tidur, dan belajar.

“LZS mengambil inisiatif untuk menyewa dua buah rumah kedai di Blok 9 dan 10 PPR Desa Men-tari di Petaling Jaya yang berada di kawasan bandar besar di mana 60 peratus penduduknya adalah Melayu dan beragama Islam.

“Kami juga membabitkan Adab Youth Garage sebuah organisa-si bukan kerajaan (NGO) dalam operasi pusat pembelajaran dan inovasi kanak-kanak ini,” katanya kepada media di Al-Biruni Zakat Selangor, Pangsapuri Desa Men-tari, Petaling Jaya, di sini, pada 19 Oktober lalu.

Ariffa berkata, semua aktiviti di

pusat itu adalah baik untuk kanak-kanak, daripada membiar mere-ka terjebak dengan gejala negatif ataupun merayau di tempat yang tidak diketahui ibu bapa mereka.

“Jika projek ini berjaya, LZS akan kembangkan program ini ke kawasan lain di Selangor dan kami sedang dalam perbincangan untuk membuka pusat di kawa-san Kota Damansara dan Subang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ariffa berka-ta, hasil kutipan zakat tahun lalu berjumlah RM794 juta, dan antara hasil kutipan ini telahpun disalur-kan ke pusat ini dengan kos pem-bayaran operasi Al-Biruni Zakat Selangor kira-kira RM120,000 se-tiap tahun. -BERNAMA

‘Al-Biruni’ bantu kanak-kanak miskin bandar

Page 21: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS KUALA LUMPUR - Remaja perempuan yang berminat mendekati masyarakat melalui kerja komuniti kini berpeluang me-nerima tajaan geran daripada Girl2Leader Malaysia.

Presidennya, Nurainie Haziqah Shafii ber-kata, program ‘VolunteerToLead’ itu adalah inisiatif untuk melatih kelompok wanita muda memimpin projek sukarela mem-babitkan masyarakat.

“Oleh itu, mana-mana remaja perem- puan berusia 16 hingga 25 tahun dialu-alu-kan untuk mengambil bahagian, sekali gus

berpeluang memberi sesuatu yang bermak-na kepada masyarakat melalui cara kreatif.

“Mereka yang berminat boleh mengikuti laman media sosial kami untuk mendapat-kan maklumat lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Kanak-Kanak Peremp-uan Antarabangsa 2019 anjuran Girl2Lead-er Malaysia dan Voice of the Children di Hotel Berjaya Times Square pada 19 Ok-tober lalu.

Pada acara sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarud-din turut menandatangani geran berjumlah RM5,000 khas buat Program ‘VolunteerTo-

Lead’ yang dijangka bermula pada 2020.Nurainie berkata, ‘VolunteerToLead’

adalah inisiatif ketiga Girl2Leader Malay-sia selepas menjalankan Program ‘Speak-ToLead’ dan ‘LearnToLead’.

“SpeakToLead adalah program khas un-tuk wanita muda membina keyakinan diri melalui ucapan awam serta melibatkan pemimpin terkemuka.

“Antara yang pernah terlibat ialah Da-to’ Menteri Besar, Amirudin Shari, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence- gahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, Tan Sri Rafidah Aziz dan Marina Ma-hathir,” katanya.

Ahli Pertubuhan Girl2Leader Malaysia bergambar bersama Zuraida Kamaruddin sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa 2019 anjuran Girl2Leader Malaysia dan Voice of the Children di Hotel Berjaya Times Square pada 19 Oktober lalu

Girl2Leader Malaysia sedia membantu

Sukarelawan remaja berpeluang terima geran

SHAH ALAM - Cadangan Kera- jaan melaksana- kan tambahan tempoh cuti ber-salin kepada 90 hari mulai 2021 akan menggalak-kan kempen pe- nyusuan susu ibu dalam kalangan wanita bekerjaya.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tempoh itu dilihat membolehkan wani-ta yang bekerja lebih selesa untuk menyusukan anak yang baru lahir dalam tempoh agak lama berbanding dua bulan, seperti sebelum ini.

Katanya, sewajarnya pemberian susu ibu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurang-nya enam bulan iaitu semasa bayi sedang membesar.

“Anak itu adalah generasi masa hadapan kita, sudah tentu kerajaan melihat penting- nya penjagaan bayi ini melalui tempoh masa yang diberikan terhadap kaum ibu.

“Saya amat gembira kerana sudah lama kita perjuangkan dan akhirnya ia didengari oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kerajaan Pakatan Hara-pan ketika Belanjawan 2020 untuk menam-bah tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Ketika pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu kerajaan memaklumkan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meli-puti empat perkara termasuk tempoh cuti berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dalam satu kenyataan menegaskan majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin se-lama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

SERDANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin berkenan menyempurna-kan pelancaran dua buku bertajuk Panduan Untuk Penjaga Pesakit Kanser dan Mema-hami Kanser: Panduan Untuk Pesakit.

Baginda yang juga Penaung Diraja Persa- tuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) melancarkan buku itu sempena majlis KanWork Charity Hi-Tea di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Baginda turut berkenan melancarkan Wakaf KanWork, iaitu satu usaha penja-naan berlandaskan konsep wakaf melalui sumbangan dana berbentuk wang tunai dan harta.

Pengerusi Persatuan KanWork, Dr Maza-nah Muhamad dalam sembah ucapan ber-kata, KanWork adalah pertubuhan badan bukan kerajaan berdaftar yang giat mem-beri sokongan emosi dan rohaniah kepada pesakit melalui aktiviti kumpulan sokongan, lawatan ke hospital serta rumah.

Katanya, KanWork Charity Hi-Tea pula di-anjurkan dengan kerjasama UPM, War on Cancer dan Persatuan Alumni UPM bertu-juan mengumpul dana bagi membiayai

Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku kanseraktiviti yang dapat membantu pesakit dan ‘survivor’ serta individu terkesan kanser.

“Alhamdulillah, melalui majlis ini kita ber-jaya mengumpul dana sejumlah RM49,001 dari pelbagai agensi antaranya Usaha Jana Sdn Bhd Pharmaniaga Berhad, College of Phy-sician, Academy of Medicine of Malaysia, Zha-rish Resources, International Women Heritage Vision Malaysia dan Aeon Co (M) Bhd.

“Manakala, hari ini juga kita berjaya me- ngumpulkan kira-kira 700 orang yang hadir daripada pelbagai organisasi, institusi dan tidak kurang juga penghidap kanser, terima kasih di atas sokongan anda,” katanya.

KanWork ditubuhkan pada 2005 bagi membantu mereka yang didiagnos dan terba- bit dengan kanser selain turut melaksanakan pelbagai program pendidikan serta kesedaran kepada komuniti untuk pencegahan kanser.

Terdahulu, pada majlis sama, keberang-katan baginda disambut Naib Canselor UPM merangkap Penasihat KanWork, Prof Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris.

Turut mengiringi baginda, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Se-langor yang juga isteri Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad.

Cuti galak susuan ibu

Tengku Permaisuri Norashikin meneliti kandungan buku selepas ber-kenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser serta Buku Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit dan Wakaf KanWork dalam Majlis Sumbangan Amal dan minum petang KanWork di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 20 Oktober lalu

Page 22: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

23SelangorKini 24 - 30 Oktober 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berharap pengumuman peruntukan berjum-lah RM45 juta untuk pembangu-nan bola sepak yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini memberi akses lebih besar ke-pada anak muda untuk menyertai program disediakan.

Setiausaha Agung FAS, Dr Jo-han Kamal Hamidon berkata, bantuan secukupnya juga wajar diberikan terutama sekali mem-babitkan anak muda dalam kelom-pok isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Saya rasa ini satu perkemban-gan yang baik untuk industri bola sepak tanah air kerana kerajaan

SHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) berharap Belanjawan Selangor 2020 yang bakal dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pada 1 November ini mem-beri perhatian khusus ke-pada pembangunan dan infrastruktur sukan di ne-geri itu.

Pengarah Eksekutifnya, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, ini kerana pihak-nya memerlukan perun-tukan tambahan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di Johor tahun hadapan.

“Selangor sudah bersedia menyer-tai SUKMA 2020, jadi kita mengharap-kan peruntukan khusus untuk atlet dan MSNS bagi menghadapi temasya SUK-MA.

“Selain itu, kita mengharapkan ia le-bih bagi membolehkan atlet terbaik lebih bersedia untuk ke tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada Media Selangor.

Adi Faizal berkata, terdapat 24 teras su-kan di negeri itu yang menyumbang pel-bagai pingat antaranya bowling padang,

bola sepak dan e-sukan.Bagi 2019, Kerajaan Negeri memperun-

tukkan RM400,000 bagi pembangunan dan penganjuran e-sukan.

Sebanyak RM12 juta juga diberi untuk tahun ini bagi pembangunan sukan Bola Sepak Selangor.

Pembentangan lang-sung Dato’ Menteri Besar pada petang Jumaat itu boleh dilayari menerusi www.selangortv.my atau laporan berita melalui por-tal www.selangorkini.my.

Berita dan perbinca- ngan di internet menge-nai peruntukan tahunan

ini menggunakan tanda pagar #Sela- ngor2020.

Perkembangan lanjut berhubung be-lanjawan ini dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui berita di dua portal ini dan juga media sosial rasmi Media Selangor.

Difahamkan, belanjawan negeri kali ini akan memberi tumpuan antaranya kepada pendidikan, keselamatan, belia dan memajukan lagi aspirasi Negeri Pin-tar, Smart Selangor.

SHAH ALAM - Seramai lebih 50 penga-mal media menyertai Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bersama Media yang berlangsung di Alam Lanes, Aeon Mall, pada 17 Oktober lalu.

Pengarah Eksekutif MSNS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu diadakan bagi menghargai pengamal media serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Katanya, kejohanan khas itu bagi merealisasikan kesefahaman media dan MSNS yang menjadi tulang belakang da-lam melapor aktiviti sukan di Selangor.

“MSNS berterima kasih kepada media kerana pembabitan mereka menyampai-kan maklumat berkenaan aktiviti sukan.

“Saya harap program seperti ini dapat

memperkukuhkan hubungan kerja ber-sama media,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama Timbalan Pengarah Ba-hagian Pembangunan Generasi Muda MSNS, Jestin Raj Savarimuthu.

Adi Faizal berkata, program berkenaan dijangka diteruskan pada masa akan da-tang menerusi pelbagai jenis sukan.

“Saya percaya dalam kalangan media ada bakat yang tersembunyi. Ini salah satu usaha kita untuk mencungkil bakat mereka.

“Kita akan teruskan dan akan kem-bangkan sukan lain seperti bola tampar dan bola sepak,” katanya.

Pada kejohanan itu pasukan media Majlis Sukan Negara berjaya muncul juara dengan jumlah kejatuhan pin se-banyak 1,613.

Belanjawan 2020

FAS harap akses program bola sepak lebih luas

Girl2Leader Malaysia sedia membantu

Sukarelawan remaja berpeluang terima geran

Wakil media pelbagai agensi bergambar selepas Kejohonan Tenpin Boling MSNS bersama Media 2019 di Alam Lanes, Shah Alam pada 17 Oktober lalu.

Kejohanan boling MSNS-Media erat hubungan

menitik beratkan kepada pem-bangunan bola sepak akar umbi.

“Diharapkan dengan pertam-bahan dana ini, lebih ramai anak muda dari kumpulan B40 seluruh pelosok negara mendapat akses kepada program pembangunan bola sepak kebangsaan dan ban-tuan secukupnya untuk mereka berjaya di dalam bola sepak,” ka-

tanya ketika dihubungi Selangor-Kini pada 16 Oktober lalu.

Johan Kamal berkata, perun-tukan disediakan kerajaan adalah satu jumlah yang besar jika di- bandingkan dengan tahun se- belumnya.

Beliau juga berharap peruntu-kan itu digunakan sebaik mungkin dengan mengelakkan pembaziran

bagi mendapatkan impak yang maksimum.

Pada pembentangan Belan-jawan 2020 yang dibentangkan 11 Oktober lalu, Menteri Kewa- ngan, Lim Guan Eng mengumum-kan kerajaan memperuntukan sejumlah RM45 juta untuk mem-biayai program pembangunan bola sepak negara.

MSNS harap perhatian khusus pembangunan sukan

Page 23: NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - martabat rakyat · kem terbabit, Amirudin berharap supaya latihan yang diberikan mampu melahirkan pemimpin dan individu cemerlang. Kem kepimpinan 10 hari

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Penuhi keperluan sukan, riadah dan kemasyarakatan

Stadium Mini MBSA Paya Jaras serba lengkap

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Paya Jaras yang menelan belanja RM7.2 juta bakal memenuhi keperlu-an komuniti setempat untuk mengadakan ak-tiviti sukan dan riadah serta kemasyarakatan.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato Haris Kasim berkata, kemudahan sukan itu juga sekali gus, mampu melahirkan bakat baharu dan mengembangkan lagi bakat dalam su-kan bola sepak.

“Tidak mustahil bakat muda yang dilahir-kan kemudian mengharumkan nama negeri dan negara dalam kejohanan berprestij di peringkat antarabangsa.

“MBSA sedia berkerjasama dengan per-satuan sukan dan juga organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan lagi aktiviti kesukanan kerana sukan bukan saha-ja membentuk perpaduan dan masyarakat yang sihat tetapi juga dapat meningkatkan imej dan prestasi organisasi, negeri serta ne-gara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pe- rasmian Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam Paya Jaras di sini, pada 20 Oktober lalu.

Stadium terbabit dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Amirudin melalukan gimik sepakan penalti dan Haris

SHAH ALAM - ‘Ayuh Merah Ku-

ning semoga mencipta ke-

menangan di Shah Alam nanti!’ seru

Dato’ Menteri Besar, Amirudin

Shari kepada Red Giants setelah tumpas

kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Malaysia pada 19 Oktober lalu.

“Nasib tidak menyebelahi Selangor, serangan bertali arus di separuh masa kedua namun tidak bernasib baik.

“Permainan yang menarik daripada kedua-dua pasukan. Syabas diucap-kan,” tulisnya menerusi akaun Twit-ternya.

Terdahulu, JDT berdepan tentan-gan sengit sebelum berjaya menga-tasi Selangor 2-1 pada aksi pertama separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019.

Skuad Harimau Selatan membu-ka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi penyerangnya, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-14.

Kegembiraan pasukan tuan rumah hanya bertahan tiga minit apabila penyerang berbisa skuad Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun menyam-akan kedudukan pada minit ke-17 sekali gus meniupkan semangat pasu-kan pelawat, namun kedudukan kekal 1-1 sehingga rehat.

Gol kemenangan JDT disumbang-kan pemain import, Leandro Ve-lazquez selepas bekas pemain remaja kebangsaan Argentina itu meledak gol memukau dari luar kotak penalti pada minit ke-49 sekali gus meleng-kapkan kemenangan pasukan.

BANGI - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Sela- ngor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan berangkat ke Program Bulan Sukan Negara di Taman Tasik Cempaka, Ban-dar Baru Bangi pada 20 Okto-ber lalu.

Baginda turut mencemar duli menyertai acara Fun Run 10 kilo-meter (km), sekali gus menjadi simbolik perasmian program pe- ringkat Selangor.

Tengku Amir Shah berjaya menghabiskan larian sejauh 10 km dalam Majlis Sambutan Bu-

lan Sukan Negara Peringkat Sel-angor 2019 berlangsung di Ban-dar Baru Bangi.

Sementara itu Jabatan Be-lia dan Sukan Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, sam-butan berkenaan adalah agen-da nasional yang merangkumi pembabitan dan penyertaan se-ktor awam, swasta dan segenap lapisan masyarakat.

“Kami mahu merealisasikan hasrat Kerajaan bagi meng-galakkan dan menjadikan Ma-laysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentia-sa bersukan sehingga ia menjadi

satu budaya hidup.“Pada masa sama ia mampu

memupuk dan menyemarak-kan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Pada 14 Oktober lalu, Pra Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Dewan Jubli Perak SUK.

Untuk tahun ini, pelaksana- annya menyasarkan penyerta- an seramai lima juta peserta di seluruh negara, dan satu juta penyertaan di peringkat Sela- ngor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menandatangani plak ketika merasmikan Stadium Mini MBSA Paya Jaras, Sungai Buloh pada 20 Oktober lalu

RMS cemar duli sertai Bulan Sukan Negara

Tengku Amir Shah berkenan menerima replika baju disampaikan Khairuddin Othman sempena Majlis Sambutan Bulan Sukan Nega-ra Peringkat Selangor 2019 di Bandar Baru Bangi. Foto SELANGOR ROYAL OFFICIAL

sebagai penjaga gol.Haris berkata, MBSA akan menyediakan

jadual penggunaan stadium bagi memu-dahkan masyarakat menggunakan fasiliti ini secara optimum.

Stadium Mini itu adalah mercu tanda baharu bagi penduduk yang bermaustatin di kawasan Sungai Buloh dan sekitar.

Ia mempunyai ciri-ciri moden dengan 500 tempat duduk berbumbung (Grand Stand), sistem pengumpulan air hujan (SPAH) dan sistem solar selain dilengkapi

dengan kemudahan lain seperti bilik per-salinan bilik rawatan, surau, bilik VIP/Po-dium VIP, tempat letak kereta, tempat le-tak motosikal berbumbung dan berkunci, pondok pengawal, serta kamera litar tertu-tup (CCTV).

Pada masa yang sama, turut diadakan Perlawanan Bola Sepak antara pasukan pilihan Dato’ Menteri Besar dan pasukan pilihan Datuk Bandar. Pasukan pilihan Da-tuk Bandar memenangi perlawanan berke-naan dengan jaringan 3-1.

'Ayuh cipta kemenangan'