anatomi fisiologi

30
1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian- sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan. Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari. 2.0 MATLAMAT 1

Upload: mones-rubini

Post on 23-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Anatomi fisiologi kerja kursus

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIAnatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan.Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari.

2.0MATLAMATTugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau permainan dengan baik.

3.0OBJEKTIFMelalui tugasan Anatomi dan Fisiologi ini kita dapat:1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi.2. Memupuk semangat patriotisme melalui permainan.3. Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan.4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku manusia dan prestasi sukan.5. Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan.6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan prestasi sukan.7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan diri.8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan.9. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan sukan.10. Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.

4.0PENGENALAN TULANG, SENDI DAN OTOTTerdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi tubuh badan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu tulang berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan sel darah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badan dan membantu pergerakan.Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon. Sendi-sendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak bersama dengan otot pada masa yang sama.

5.0SEJARAH RINGKAS BOLA KERANJANGPermainan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan permainan kuno kaum Indian di Mexico yang dikenali sebagai pok-ta-pok. Ianya dimainkan sebagai salah satu upacara keagamaan. Dalam permainan ini para pemain cuba menolak bola getah dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasang pada dinding kuil. Sesungguhnya, peraturan pok-ta-pok ini adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah akan dikorbankan untuk upacara pemujaanPermainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. Idea permainan bola keranjang diperkenalkan oleh jurulatih pendidikan jasmani bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini asalnya dikenali sebagai Bola Naismith. James Naismith telah diarahkan untuk mencipta sejenis permainan yang boleh dimainkan dalam musim sejuk. Beliau telah memutuskan untuk menggunakan bola yang lebih besar dan ringan supaya mudah dikawal dengan tangan. Keduanya, oleh kerana kawasan yang kecil dan terhad, pemain tidak dibenarkan berlari dengan bola, tetapi ia harus melontar bola. Akhir sekali, pemain tidak dibenarkan menghalang lawan dengan kaki, menolak, memegang atau menjatuhkan lawan. Sasaran yang digunakan untuk melontar bola merupakan sebuah bakul yang diletakkan di tempat yang tinggi berukuran 3 meter dari aras gelanggang. Pada asalnya permainan bola keranjang dimainkan berasaskan 13 peraturan.

Rajah 3. James Naismith

Tujuan utama permainan ini ialah melontar bola ke dalam bakul lawan. Pasukan yang banyak menjaringkan gol dikira menang. Pada peringkat awal permainan ini menggunakan bakul buah-buahan. Kemudian diubah kepada keranjang jaring dawai. Pada tahun 1906, gelung besi pula telah digunakan. Ini diikuti pula dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bentuk papan ini sering berubah sehinggalah ke bentuk sekarang. Pada mulanya, permainan ini dijalankan dengan satu pasukan hanya mengandungi tujuh pemain sahaja. Ia kemudian ditambah menjadi sembilan orang. Bagaimanapun, bilangan ini dikurangkan kembali kepada lapan orang dan akhirnya menjadi lima orang seperti yang ada sekarang. Masa permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satunya mengandungi 15 minit.6.0PERMAINAN ANTARABANGSALama-kelamaan, bola keranjang telah berupaya disebarkan ke negara seperti Eropah, Rusia dan juga Asia. Undang-undang permainan ini pula sentiasa dikemaskini dari masa ke masa. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh lapan buah negara sahaja, tetapi kini ia meningkat kepada 160 buah negara. Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di Berlin, Jerman. Tahun pertama kemasukannya terdapat sebanyak 22 buah negara telah mengambil bahagian. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan Negara paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini. Sementara itu bagi wanita, ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat di mana para pemain dibayar gaji secara kontrak dan dibayar mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut. Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang paling tinggi.

7.0BOLA KERANJANG DI MALAYSIAKemasukan bola keranjang ke negara kita, Malaysia pula dipercayai bermula pada awal abad ke 20. Ia dibawa oleh orang-orang Inggeris, tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Perkembangan sukan ini agak memberangsangkan selepas perang dunia kedua. Ini kerana adanya sekolah-sekolah yang mula memperkenalkan sukan bola keraanjang sebagai permainan utama mereka. Walau bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China. Semasa belajar mereka diperkenalkan kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an, sudah ada pertandingan liga bola keranjang di Malaysia. Pada awal tahun 60-an, Persatuan bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Selain itu, terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, sekolah, persatuan dan pertubuhan yang diadakan dari setahun ke setahun.

Di samping itu, Malaysia juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia dan Kejohanan Terbuka Malaysia. Malaysia juga sering memenangi pingat emas dalam Sukan SEA. Dalam kejohanan Asia pula, Malaysia pernah beberapa kali menduduki tempat keempat di belakang China, Korea Selatan dan Jepun.

8.0OBJEKTIF KAJIAN ANATOMI PERMAINAN BOLA KERANJANGObjektif tugasan ini adalah untuk:1. Mengenalpasti otot-otot yang terlibat.1. Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat.1. Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat.1. Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat.1. Mengenalpasti mekanisme pergerakan.

9.0TULANGKandungan Tulang1. Bahan Organik : sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein glikosaminoglikin.1. Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium fostat.Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.Klasifikasi TulangTerbahagi kepada 2 bahagian :1. Rangka paksi ( Axial skeleton ) 80 tulang1. Rangka anggota ( Appendicular skeleton ) -126 tulang1. Axial : sokongan, tengkorak, vertebra, sternum, tulang rusuk, lebih teguh, medial longitudinal axis1. Appendicular : rangka untuk pergerakan, tangan, kaki, pelvic girdles, kecederaan boleh berlaku dan lebih serious.Jenis-jenis Tulang1. Tulang panjang : tangan, peha, betis1. Tulang pendek : pergelangan tangan atau kaki1. Tulang tak sekata : sakrum, vertebra, koksil1. Tulang pipi/leper : skapula, strenum1. Tulang bulat : patelaTulang-tulang kita digabung oleh ligamen-ligamen. Iaitu tisu-tisu berfiber yang menyambung dua atau lebih tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat dan berwarna putih atau kuning pucat. Manakala tendon merupakan tisu penyambung yang menyambung otot ke tulang. Ia adalah jalur tisu yang kuat dan berwarna putih. Tendon bersifat tidak kenyal tetapi tidak boleh melentur. Selain itu, sendi juga merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengerahui rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligamen dan tendon. Oleh itu, apabila kita membuat suatu pergerakan, banyak struktur tubuh badan kita akan terlibat dan berfungsi secara tidak perasan.

10.0SENDISendi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diathroses atau gerakan bebas ( pergerakan pelbagai arah ), amphiathroses atau gerakan terhad ( pergerakan yang sedikit ) dan synarthroses atau tidak bergerak ( dua tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan ).

Jenis-jenis sendi1. Sendi paksi sendi antara Atlas1. Sendi lengsung sendi di bahu ( skapula, humerus )1. Sendi engsel sendi siku ( humerus, ulna )1. Sendi elipsoidal sendi pergelangan tangan ( radiokarpus )1. Sendi pelana sendi di tapak tangan dan metakarpus ibu jari )1. Sendi melongsor sendi pergelangan tangan

Gerakan sendi1. Sendi lesung ( bahu ) ekstensi, fleksi, rotasi, abduksi, aduksi1. Sendi engsel ( siku ) ekstensi, fleksi1. Sendi elipsoid ( radiokarpus ) fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi1. Sendi pelana ( tapak tangan, jari ) fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi1. Sendi melongsor ( karpus ) hanya melongsor, tidak mempunyai paksi1. Sendi paksi pergerakan putaran seperti roda pada paksi ( atlas dengan aksis )11.0OTOTSebahagian besar dari berat tubuh manusia terdiri daripada tisu otot. Tisu otot boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :1. Otot jantung / kardiak ( cardiac muscle )Otot ini merupakan sejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak tanpa rangsangan saraf, tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau dilambatkan dengan kuasa sistem saraf otonomi. Fungsi utamanya adalah untuk mengepam darah ke keseluruhan badan.

1. Otot licin ( smooth muscle )Otot licin juga dikenali sebagai otot perut, otot luarkawal atau otot tanpa jalur. Ia hanya terdapat pada dinding saluran pencernaan,saluran darah dan juga kelopak mata. Tindakan otot jenis ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Otonomi dan gerakannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan diri kita.

1. Otot rangka ( skeletal muscle )Otot rangka juga dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Ia membaluti keseluruhan sistem rangka tubuh dan berfungsi dalam pergerakan rangka badan. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat dan gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri kita.

Klasifikasi otot1. Fleksor1. Ektensor1. Abduktor1. Adduktor1. Retraktor1. ProtaktorJenis kontraksi1. Isometrik pengecutan otot tanpa melibatkan sendi tidak ada pergerakan.1. Isotonik melibatkan pergerakan otot anggota badan, 2 jenis konsentrik ( otot pendek bila gerakan halang ) dan esentrik ( otot memanjang ).1. Isokinetik pengecutan otot melibatkan bantuan alatan. Otot-otot sentiasa dalam keadaan regang.

12.0SATAH

3 demensional planes and axisJenis satahJenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang ialah jenis satah frontal. Iaitu aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi digunakan apabila menjaring bola keranjang. Aksi gerakan ekstensi dan fleksi terlibat dalam pergerakan menjaring bola keranjang kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke belakang dan ke hadapan semula iaitu apabila pergelangan tangan bergerak untuk menjaring bola. Apabila menjaring bola, bahagian siku ke bahagian tapak tangan berada pada satah frontal. Manakala bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menjaring bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan dibengkok ke arah badan dan ditolak ke hadapan apabila menjaring bola keranjang.1. Otot-otot utama yang terlibat

Gambar rajah pandangan hadapan tangan

Gambar rajah pandangan belakang tangan

Gambar rajah di atas menunjukkan otot-otot utama yang digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang. Antaranya otot-otot yang terlibat ialah Trapezius, Deltoid, Subscapularis, Coracobrachialis, Medial Border of scapula, Short head of biceps brachii, Long head of biceps brachii dan Brachialis.Dari bahagian siku ke tapak tangan, otot-otot yang terlibat ialah Suprinator, Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis longus, Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator quadrates dan Flexor retinaculum.

1. Tulang-tulang yang terlibat Tapak tanganHumerus UlnaRadius skapula

Tulang-tulang utama yang digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang ialah skapula, humerus, radius, ulna, karpus, metacarpus, dan falanks.1. Sendi-sendi yang terlibat1 2

Sendi lesung sendi engsel (hinge joint) 3 4

Sendi paksi (pivot joint)sendi gelungsur 5 6

Sendi kondil (Condyloid joint)sendi pelana13.0CARA PERGERAKAN DIHASILKAN1. Jaringan statik

Rajah jaringan statikPosisi pertama

Jika bermain dengan tangan kanan, kaki dan bahu kanan perlu mengarah ke sasaran gol. Kemudian, arahkan siku tangan yang menolak bola ke arah gol. Mengambil bola dengan menggunakan jari dan mempunyai sedikit ruang di antara bola dengan tapak tangan. Selepas itu, membawa bola turun ke paras dada dengan bengkokkan kedua belah lutut. Sekarang tangan dan kaki berada dalam keadaan fleksi dan otot bisep mengecut manakala otot trisep mengendur. Posisi kedua

Tinggikan badan semula dan mulakan pergerakan bahagian kaki, diikuti oleh badan, lengan, tangan dan akhirnya jari. Gunakan Ikut lajak pergerakan sehingga tumit tergantung di udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Pada masa ini, tangan dan kaki berada dalam keadaan ekstensi dan otot bisep mengendur manakala otot trisep mengecut.

Posisi ketiga

Apabila menolak bola ke arah gol, pergelangan tangan akan bertindak secara hyperextension iaitu bergerak ke arah badan kita dan seterusnya bertindak secara fleksi untuk menolak bola dan akhirnya bertindak secara ekstensi. Bola yang dilontar perlu dilepaskan dari tangan sebelum lonjakan mencapai ketinggian sebenar.

Kemahiran asasPrinsip sainsHuraian

MenjaringPemindahan dayaMembuat lonjakan untuk menjaringkan gol.Daya lonjakan dipindah dari tolakan kaki, lenturan badan,lengan,pergelangan tangan dan akhir sekali jari.

REFLEKSISepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Anatomi dan Fisiologi ini agak sukar untuk difahami bagi saya. Namun, setelah menyiapkan tugasan ini dan mendengar pembentangan serta penerangan semasa kuliah yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani, saya mendapati tugasan ini tidaklah begitu sukar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya En. Alyes yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi masalah berkenaan dengan isi kandungan kursus ini. Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan bahan-bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya memahami apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana saya ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih sempurna. Di dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan pengetahuan saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa hadapan.Banyak ilmu pengetahuan yang tidak terkira telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya akan menghargainya dan menerapkannya dalam profesion saya. Untuk ini, saya akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat menjadi seorang guru yang berjaya.BIBLIOGRAFI1. BUKU1. Donna Van Wynsherghe, Charles R. Noback & Robert Carola (1995), Human Anatomy and Physiology Third Edition, Mc Graw, Hill, Inc.1. Elaine N.Marieb (1995) Human Anatomy and Physiology Third Edition, The Benjamin Cummings Publishing Company, Inc.1. Anne Waugh, Katheleon J.W. Wilson OBE (1996), Anatomy and Physiology in Health and Illness Eight Edition, Churchill Civing Stone Medical Division of Pearson Professional Ltd.1. Bryan Derrickson & Gerald J. Tortora (2006). Principles of Anatomy and Physiology Eleventh Edition, John Wiley & Sons, Inc.

1. INTERNET

1. Human Muscular System Picture (2009) http://www.innerbody.com/image/musbov.html. Diakses pada 18.9.20091. MUSCULAR SYSTEM (2009) http://en.wikipedia.org/wiki/Muscular_system. Diakses pada 18.9.20091. THE MUSCULAR SYSTEM (1996) http://library.thinkquest.org/2935/Natures_Best/Nat_Best_Low_Level/Muscular_page.L.html. Diakses pada 18.9.200924