analisis jurnal linguistik terapan perkamusan

5
1.0 TAJUK Sumbangan Framenet Kepada Leksikografi Korpus: Kajian Kes Penyelisikan Makna Kata Kerja Melihat 2.0 RUJUKAN Rusmadi Baharudin (Bahagian Perkamusan ,Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia ),Nor Hashimah Jalaluddin (Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ,Universiti Kebangsaan Malaysia),dan Imran Ho- Abdullah (Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik ,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ,Universiti Kebangsaan Malaysia) 3.0 OBJEKTIF KAJIAN - Mengenal pasti makna kata kerja Melihat berdasarkan data korpus FrameNet. 4.0 BAHAN KAJIAN - kata kerja Melihat. - -Pangkalan data korpus FrameNet. - Kamus Dewan Edisi Keempat.

Upload: rusna-ahmad

Post on 26-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Analisis Jurnal Linguistik Terapan Perkamusan

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Jurnal Linguistik Terapan Perkamusan

1.0 TAJUK

Sumbangan Framenet Kepada Leksikografi Korpus: Kajian Kes Penyelisikan

Makna Kata Kerja Melihat

2.0 RUJUKAN

Rusmadi Baharudin (Bahagian Perkamusan ,Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia ),Nor

Hashimah Jalaluddin (Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan ,Universiti Kebangsaan Malaysia),dan Imran Ho-Abdullah (Pusat

Pengajian Bahasa dan Linguistik ,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ,Universiti

Kebangsaan Malaysia)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

- Mengenal pasti makna kata kerja Melihat berdasarkan data korpus FrameNet.

4.0 BAHAN KAJIAN

- kata kerja Melihat.

- -Pangkalan data korpus FrameNet.

- Kamus Dewan Edisi Keempat.

5.0 BATASAN KAJIAN

- Kajian ini hanya mengkaji satu sahaja kata kerja iaitu melihat.

6.0 TEORI KAJIAN

- Teori Frame Semantics

-

Page 2: Analisis Jurnal Linguistik Terapan Perkamusan

7.0 KAEDAH KAJIAN

- Kata kerja lihat (bentuk aktifnya melihat dan pasifnya dilihat) yang dijadikan data kajian

kes ini merupakan kata nuklear bagi kata kerja persepsi visual dalam bahasa Melayu.

Pemilihan dan dakwaan ini dibuat atas alasan – sekurang-kurang oleh kajian ini – bahawa

kekerapan kata ini amat tinggi dalam janaan konkordans daripada Sistem Pangkalan Data

Korpus Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,.

- Membuat pemetaan unit leksikal Inggeris dengan bahasa Melayu. Untuk mendapatkan

acuan ranah semantik yang akan digunakan sebagai panduan penganalisisan data, pada

tahap ini, pengkaji merujuki pangkalan data leksikal FrameNet untuk mendapatkan

inventori ranah semantik, iaitu dengan menjadikan beberapa kata kerja persepsi visual

dalam bahasa Inggeris.

- Untuk tujuan penyemakan dan cadangan penulisan semula subentri melihat ini di dalam

kamus, kami menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat.

8.0 HASIL KAJIAN

- Sekurang-kurangnya ada lima pecahan sensa yang melibatkan makna persepsi visual

berbanding dengan dua sensa sahaja yang dirakamkan oleh Kamus Dewan Edisi

Keempat. Selain itu, terrdapat pecahan makna daripada ranah persepsi dalam dua

modalitas deria yang lain, iaitu dengar dan rasa. Pengkaji mendapati bahawa kata kerja

melihat mempunyai gelagat semantik yang sangat lincah maknanya, iaitu jauh

meninggalkan rakaman makna yang dipaparkan oleh kamus.Dengan menyelisik potensi

makna daripada buktian korpus dan merujuki data FrameNet, maka makna metaforikal

yang membabitkan ranah kognisi dapat kami rincikan dengan lebih halus dan seni lagi

gelagat semantiknya, berbanding dengan yang sedia terakam di dalam Kamus Dewan

Page 3: Analisis Jurnal Linguistik Terapan Perkamusan

Edisi Keempat. Dapatan daripada buktian korpus dan rujukan daripada data FrameNet

telah membantu pengkaji menemukan dan seterusnya menulis semula beberapa sensa

yang dijelmakan oleh penggunaan kata melihat untuk enam pola aktiviti mental dalam

ranah kognisi.Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. sensa ini dikesani di dalam

pecahan makna yang keempat.Walau bagaimanapun, oleh sebab kaedah “longgokon”

makna (lumping) yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat, pengkaji

mendapati pendeskripsian sensa ini agak kurang kemas.

9.0 KESIMPULAN

- Kerencaman pola penggunaan dan keterpencaran makna suatu kata itu harus diselisik

secara berhikmah agar keunikan dan keestetikaan kata sekali gus bahasa itu dapat

diserlahkan, misalnya dalam karya leksikografi seperti kamus. Dengan kemajuan yang

dicapai oleh teknologi pengkomputeran, khususnya korpus elektronik, kerja penyelisikan

makna suatu kata menjadi lebih mudah dan entri kamus yang kita paparkan maknanya itu

seharusnya tidaklah seperti yang dikatakan oleh Hanks (2000) terlalu “mencolok

kognitif” atau cognitive salience.

10.0 MAKLUMAT KRITIS

- Praktis leksikografi pada masa kini dan mendatang semakin pasti akan menggunakan

pendekatan berasaskan korpus atau malah lebih kepada yang beracukan korpus. Oleh itu,

korpora hari ini adalah peranti yang sangat penting dalam penyelidikan bahasa.Daripada

Page 4: Analisis Jurnal Linguistik Terapan Perkamusan

data korpus yang besar jumlahnya, pola penggunaan dan gelagat semantik atau potensi

makna sesuatu unit leksikal dapat diperhatikan dengan mudah.