analisis item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap...

5
PENDAHULUAN Analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Ia adalah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesenan item-item tersebut. Ia juga merupakan suatu kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu mendiskriminisikan pencapaian yang tinggi dengan pencapaian yang rendah atau lemah dalam sesuatu ujian. Ia memberi maklumat kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Analisis item ini bergantung kepada pemerhatian dan eksperimen bukan hanya teori sahaja. Item-item ujian yang dibina untuk sesuatu ujian boleh diguna semula tetapi ia perlu buktikan dengan baik. Analisis item ini sebagai panduan kepada setiap guru untuk menulis item yang baik dan berkualiti. Sebenarnya, analisis item ini buat selepas peperiksaan dan juga sebelum kertas jawapan diberikan semula kepada murid. Ada guru yang membuat analisis ini sebelum diserahkan kepada murid dan ada juga guru yang buat analisis bersama-sama murid dalam kelas masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kerajinan dan juga atas rasa tanggungjawab guru itu sendiri. Analisis item ini tidak mempunyai format. Guru menggunakan idea yang kreatif dan inivotif sendiri dalam menyediakan analisis item mengikut keperluan subjek. Secara khusus melalui analisis item, kita akan mengetahui indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu) bagi setiap item.

Upload: jho-malar

Post on 15-Jul-2016

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

analisis item

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Item Ialah Satu Proses Menganalisis Secara Statistik Tindak Balas Calon Terhadap Setiap Item Dalam Sesuatu Ujian Untuk Membuat Pertimbangan Mengenai Kualiti Dan Keberkesenan

PENDAHULUAN

Analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan

kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Ia adalah satu proses

menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian

untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesenan item-item tersebut. Ia

juga merupakan suatu kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian

berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu mendiskriminisikan pencapaian yang tinggi

dengan pencapaian yang rendah atau lemah dalam sesuatu ujian. Ia memberi maklumat

kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Analisis item

ini bergantung kepada pemerhatian dan eksperimen bukan hanya teori sahaja. Item-item

ujian yang dibina untuk sesuatu ujian boleh diguna semula tetapi ia perlu buktikan dengan

baik. Analisis item ini sebagai panduan kepada setiap guru untuk menulis item yang baik

dan berkualiti. Sebenarnya, analisis item ini buat selepas peperiksaan dan juga sebelum

kertas jawapan diberikan semula kepada murid. Ada guru yang membuat analisis ini

sebelum diserahkan kepada murid dan ada juga guru yang buat analisis bersama-sama

murid dalam kelas masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kerajinan dan juga atas

rasa tanggungjawab guru itu sendiri. Analisis item ini tidak mempunyai format. Guru

menggunakan idea yang kreatif dan inivotif sendiri dalam menyediakan analisis item

mengikut keperluan subjek. Secara khusus melalui analisis item, kita akan mengetahui

indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu)

bagi setiap item.

Setiap guru mendapat kebaikan semasa membuat analisis item di dalam kelas.

Antaranya ialah, guru mendapat peluang untuk menyediakan item yang berkualiti dan

relevan. Analisis item dapat memberi maklumat mengenai aras kesukaran sesuatu item. Ia

bermakna kita mampu menghasilkan item yang lebih realistik. Penghasilan item yang

berkualiti membolehkan guru menilai prestasi sebenar murid. Analisis item ini jelas bahawa

maklumat yang berkaitan dengan topik dan konsep tertentu yang belum dikuasai oleh murid.

Justeru, guru boleh dapat mengajar murid semula bab yang berkenaan. Seterusnya, analisis

item juga dapat membolehkan guru untuk mengenalpasti pelajar dengan masalah tertentu

semasa menjawab soalan. Maka guru boleh lebih spesifik dalam menjalankan program

pemulihan dan juga tindaksusul yang lebih berfokus bagi memberikan hasil yang lebih

berkesan. Pemulihan mungkin boleh diadakan dengan mengajar semula topik berkenaan

atau teknik menjawab bagi soalan tertentu.

Page 2: Analisis Item Ialah Satu Proses Menganalisis Secara Statistik Tindak Balas Calon Terhadap Setiap Item Dalam Sesuatu Ujian Untuk Membuat Pertimbangan Mengenai Kualiti Dan Keberkesenan

ARAS KESUKARAN SETIAP ITEM

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah aras kesukaran

item. Indeks kesukaran bertujuan untuk menunjukkan bahawa item ataupun soalan sama

ada soalan tersebut terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid. bagi

ujian berbentuk objektif, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang

memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item

tersebut. Berikut merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran.

Nilai p bagi soalan (1) ialah 1. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada

seorang pelajar pun dapat menjawab dengan betul , maka nilai p akan menjadi 0 iaitu

soalan amat sukar, tetapi jika semua pelajar dapat menjawab dengan betul, nilai p akan

menjadi 1 iaitu soalan terlalu mudah. Oleh itu, item yang sukar mempunyai nilai p yang

rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi.

Indeks Kesukaran = Bilangan calon yang menjawab dengan betul

Jumlah calon yang menjawab

Di sini saya menyenaraikan indeks kesukaran bagi setiap item seperti yang berikut :

Soalan 1 : 20/20 = 1

Soalan 2 : 8/20 = 0.4

Soalan 3 : 20/20 = 1

Soalan 4 : 9/20 = 0.45

Soalan 5 : 17/20 = 0.85

Soalan 6 : 10/20 = 0.5

Soalan 7 : 4/20 = 0.2

Soalan 8 : 17/20 = 0.85

Soalan 9 : 10 /20 = 0.5

Soalan 10 : 9/20 = 0.45

Soalan 11 : 9/20 = 0.45

Soalan 12 : 7 /20 = 0.35

Soalan 13 :11/20 = 0.55

Soalan 14 :17/20 = 0.85

Soalan 15 : 9/20 = 0.45

Soalan 16 : 8/20 = 0.4

Soalan 17 :18/20 = 0.9

Soalan 18 : 9 /20 = 0.45

Soalan 19 :11/20 = 0.55

Soalan 20 : 4/20 = 0.2

Rajah 1 menunjukkan jawapan pelajar bagi setiap item. Setiap item

soalan mempunyai perbezaan indeks kesukaran. Soalan 7 dan 20

mendapat indeks kesukarannya 0.2. Melalui pengiraan, kita

mendapat tahu bahawa soalan ini adalah amat sukar dan tidak

akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Soalan 2, 12 dan 16 juga

tidak boleh dijawab oleh semua pelajar kerana soalan ini juga

merupakan soalan sukar bagi setengah pelajar. Manakala soalan 4,

6, 9, 10, 11, 13, 15, 18 dan 19 berada dalam tahap sederhana

sukar. Soalan ini juga tidak boleh dijawab oleh semua pelajar dalam

kelas tersebut. Bagi soalan 5, 8, dan 14 boleh dijawab oleh semua

pelajar sekirannya mereka membaca soalan dengan betul kerana ia

dikategorikan sebagai soalan mudah. Akhirnya, soalan 1, 3 dan 17

adalah soalan terlalu mudah. Maka, soalan ini boleh dijawab oleh

semua pelajar walaupun mereka tidak menerokai tajuk tersebut

dengan sepenuhnya sebab soalan ini biasanya dinamakan sebagai

soalan asas.

Page 3: Analisis Item Ialah Satu Proses Menganalisis Secara Statistik Tindak Balas Calon Terhadap Setiap Item Dalam Sesuatu Ujian Untuk Membuat Pertimbangan Mengenai Kualiti Dan Keberkesenan

RAJAH 1

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan bahawa soalan yang terlalu mudah (p > 0.85) atau soalan yang terlalu sukar (p < 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna.  Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan. Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul.  Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi  mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang dijawab dengan betul oleh 85%  pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar  akan mempunyai nilai p = 0.50.  Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang dapat menjawab item tersebut dengan betul.  Misalnya, jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul. Sebagai ingatan, nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan pelajar yangmengambil ujian.  Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar tersebut, dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon  yang sama menduduki ujian kali kedua. Sebagai contoh, item manakah lebih sukar antara “Siapakah Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj?” dan “Siapakah Tun Dr.Mahathir?”?.  Kita tidak boleh menyatakan item mana yang lebih sukar selepas membaca soalan ini. Kita hanya boleh menentukan kesukaran soalan ini selepas kita mentadbirkannya kepada sekumpulan pelajar dan mengira nilai p bagi soalan ini. Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus.   Contohnya, markah purata 6.3 (daripada 10) ialah 63% (iaitu sama dengan indeks kesukaran dikalikan dengan 100). Seterusnya, indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item (akan dibincangkan kemudian) yang maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item.  Indeks kesukaran tersebut ialah 0.50 bgi item berjawapan pendek/melengkap, 0.70 bagi item objektif lima-opsyen,  0.74 bagi item objektif empat-opsyen, 0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah) [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)].  Selain itu, Nitko (2004: 323) menyatakan indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah antara 0.16 dan 0.84 (iaitu ada item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); sementara bagi item-item ujian yang mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) haruslah mempunyai indeks kesukaran item antara 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar). Selain menjadi panduan semasa membina item supaya indeks diskriminasi menjadi maksimum.

Soalan 1 : 20/20 = 1

Soalan 2 : 8/20 = 0.4

Soalan 3 : 20/20 = 1

Soalan 4 : 9/20 = 0.45

Soalan 5 : 17/20 = 0.85

Soalan 6 : 10/20 = 0.5

Soalan 7 : 4/20 = 0.2

Soalan 8 : 17/20 = 0.85

Soalan 9 : 10 /20 = 0.5

Soalan 10 : 9/20 = 0.45

Soalan 11 : 9/20 = 0.45

Soalan 12 : 7 /20 = 0.35

Soalan 13 :11/20 = 0.55

Soalan 14 :17/20 = 0.85

Soalan 15 : 9/20 = 0.45

Soalan 16 : 8/20 = 0.4

Soalan 17 :18/20 = 0.9

Soalan 18 : 9 /20 = 0.45

Soalan 19 :11/20 = 0.55

Soalan 20 : 4/20 = 0.2

Rajah 1 menunjukkan jawapan pelajar bagi setiap item. Setiap item

soalan mempunyai perbezaan indeks kesukaran. Soalan 7 dan 20

mendapat indeks kesukarannya 0.2. Melalui pengiraan, kita

mendapat tahu bahawa soalan ini adalah amat sukar dan tidak

akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Soalan 2, 12 dan 16 juga

tidak boleh dijawab oleh semua pelajar kerana soalan ini juga

merupakan soalan sukar bagi setengah pelajar. Manakala soalan 4,

6, 9, 10, 11, 13, 15, 18 dan 19 berada dalam tahap sederhana

sukar. Soalan ini juga tidak boleh dijawab oleh semua pelajar dalam

kelas tersebut. Bagi soalan 5, 8, dan 14 boleh dijawab oleh semua

pelajar sekirannya mereka membaca soalan dengan betul kerana ia

dikategorikan sebagai soalan mudah. Akhirnya, soalan 1, 3 dan 17

adalah soalan terlalu mudah. Maka, soalan ini boleh dijawab oleh

semua pelajar walaupun mereka tidak menerokai tajuk tersebut

dengan sepenuhnya sebab soalan ini biasanya dinamakan sebagai

soalan asas.

Page 4: Analisis Item Ialah Satu Proses Menganalisis Secara Statistik Tindak Balas Calon Terhadap Setiap Item Dalam Sesuatu Ujian Untuk Membuat Pertimbangan Mengenai Kualiti Dan Keberkesenan

          Tujuan Indeks Kesukaran   1. Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalansoalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar)2. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar3. Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji4. Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih tubi/ulangan)