menganalisis sel kimia

16
Learning Chemistry By Asking Questions ( LCBAQ)

Upload: fahmi-zakaria

Post on 31-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

sel kima sce

TRANSCRIPT

Learning Chemistry By Asking Questions ( LCBAQ)

Tema:

Interaksi Antara Bahan Kimia

Bidang Pembelajaran:

Menganalisis Sel Kimia

Objektif Pembelajaran:

Aras 1:

i) menerangkan struktur sel ringkas

Aras 2:

ii) menerangkan tindak balas yang berlaku dalam sel ringkas

i)menerangkan tindak balas yang berlaku dalam

dalam Sel Daniell

Gsuis

Logam yang berlainan

Sel Kimia RingkasBagaimana susunan sel kimia ?

Rajah: Sel Kimia

Larutan alkali

suisG

Logam yang berlainan Larutan

asid

suisG

Logam yang berlainan

Larutan garam logam

1. Apakah susunan unsur-unsur dalam Siri Elektrokimia (SEK) ? 2. Apakah kegunaan Siri Elektrokimia bagi tindak balas dalam sel kimia?

Untuk memilih logam yang digunakan sebagai elektrod

3. Apakah ciri-ciri pemilihan logam yang dijadikan elektrod?

Logam mesti berada pada kedudukan yang berlainan dalam Siri Elektrokimia

Cetuskan minda anda !!!

Bagaimana tindak balas elektrokimia berlaku dalam sel kimia?

1. Logam yang berada di atas dalam SEK lebih bersifat elektropositif. Oleh itu atom ini mudah membebaskan elektron untuk membentuk ion.

3. Elektron akan bergerak daripada logam yang lebih elektropositif ke logam yang kurang elektropositif.

2. Logam yang berada di bawah dalam SEK kurang bersifat elektropositif. Oleh itu ion logam yang kurang elektropositif akan menerima elektron dan berubah menjadi atom.

A A+ + e

B+ + e B

Penghasilan elektron yang banyak pada logam ini menyebabkan ia bertindak sebagai terminal negatif.

Logam ini akan bertindak sebagai terminal positif

5. Logam yang lebih elektropositif akan melarut/ menjadi nipis/ berkurang jisimnya.

6. Kepekatan larutan garam logam yang lebih elektropositif akan bertambah kerana atom logam berubah menjadi ion.7. Logam yang kurang elektropositif akan menebal/ bertambah jisim.

8. Kepekatan larutan garam logam akan berkurang kerana ion logam berubah menjadi atom logam.9. Persamaan sel kimia boleh ditulis sebagai:

A/A+ // B+/B

4. Pengaliran elektron yang berterusan dari terminal negatif ke terminal positif melalui litar luar akan menghasilkan arus. Arus yang dihasilkan boleh dikesan melalui pemesongan jarum galvanometer atau nyalaan mentol.

suis

Larutan zink sulfat Larutan

kuprum (II) sulfat

Contoh: Tindak balas elektrokimia dalam Sel Daniell

Pasu berliang

Logam zink

Rajah: Sel Daniell menggunakan pasu berliang

Logam kuprum

G

Rajah 1

Zink sulfat

kuprum(II) sulfat

Titian garam

Logam zinkLogam kuprum

Rajah: Sel Daniell menggunakan titian garam

Rajah 2:

G

Bagaimana tindak balas yang berlaku dalam Sel Daniell?

1. Apakah fungsi pasu berliang/ titian garam?

• untuk mengasingkan kedua-dua jenis larutan ( larutan zink sulfat dan larutan kuprum (II) sulfat).

• untuk membenarkan elektron-elektron dan ion-ion bergerak melaluinya.

2.Logam zink lebih elektropositif daripada logam kuprum. Oleh itu ia mudah membebaskan elektron untuk membentuk ion zink.

Persamaan tindak balas setengah :

Zn Zn 2++ 2e

5. Logam zink bertindak sebagai terminal negatif.

3. Logam zink akan melarut/ menjadi nipis/ berkurang jisimnya. 4. Kepekatan larutan zink sulfat akan bertambah kerana pertambahan bilangan ion zink dalam larutan.

4. Elektron bergerak daripada logam zink ke logam kuprum 5. Elektron diterima oleh ion kuprum daripada larutan kuprum (II) sulfat dan ion kuprum berubah menjadi atom kuprum. Kepekatan larutan kuprum (II) sulfat akan berkurang.

Persamaan setengah : Cu 2+ + 2e Cu

7. Logam kuprum akan menebal/ bertambah jisim kerana pembentukan atom kuprum.

6. Logam kuprum bertindak sebagai terminal positif.

9. Persamaan bagi sel kimia boleh ditulis sebagai:

Zn/ Zn 2+ // Cu 2+ / Cu

Proses Elektrokimia

8. Pengaliran elektron secara berterusan dari logam zink ke logam kuprum menghasilkan arus elektrik.

Logam Ferum

Pasu berliang

G

suis

Larutan A Larutan B

Tindak balas elektrokimia bagi pasangan Fe-Cu

Logam kuprum

Fikirkan!!!

Cuba fikirkan sel kimia bagi pasangan logam Ferum dan

Kuprum.a. Namakan logam yang lebih elektropositif dan yang kurang elektropositif?b. Apakah larutan-larutan yang sesuai digunakan bagi A dan B?

d. Logam apakah yang bertindak sebagai terminal negatif?

c. Bagaimanakah arah pergerakan elektron?

e. Logam apakah yang bertindak sebagai terminal positif?f. Tuliskan persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku di terminal negatif dan terminal positif?

g. Apakah yang berlaku pada logam yang bertindak sebagai terminal negatif ?h. Apakah yang berlaku pada logam yang bertindak sebagai terminal positif?i. Apakah yang berlaku pada kepekatan larutan garam logam pada terminal negatif?

j. Apakah yang berlaku kepada kepekatan larutan garam logam pada terminal positif?

k. Tuliskan persamaan sel kimia bagi tindak balas elektrokimia di atas.

Jawapana. Logam yang lebih elektropositif : ferum

Logam yang kurang elektropositif: kuprum

b. Larutan A: Larutan ferum (II) sulfat

Larutan B: Larutan kuprum (II) sulfat

d. Terminal negatif: Logam ferum

c. Arah pergerakan elektron: dari logam ferum ke logam kuprum

e. Terminal positif: Logam kuprum

f. Persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku di terminal negatif:

Fe Fe 2+ + 2e

Persamaan setengah bagi tindak balas yang berlaku di terminal positif:

Cu 2+ + 2e Cu

Jawapan

g. Logam ferum akan melarut/ menipis/ berkurang jisim/ menjadi ionh. Logam kuprum akan menebal/ bertambah jisim

i. Kepekatan bertambah

j. Kepekatan berkurang

k. Persamaan sel kimia: Fe/Fe 2+ // Cu 2+/Cu