analisis interpretasi lirik dabus yang...

11
Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29 Journal of Business and Social Development Volume 2 Number 1, March 2014: 19-29 ISSN: 2289-2915 © Penerbit UMT ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DI BAGAN SERAI PERAK (DABUS LYRIC INTERPRETATION ANALYSIS PRACTISED BY COMMUNITY AT BAGAN SERAI PERAK) NURFARHANA SHAHIRA ROSLY * DAN MOHD SHARIFUDIN YUSOP Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor. *Corresponding author: [email protected] Abstrak: Dabus merupakan permainan kekebalan dengan mencuba untuk melukai diri sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek mesej dan amanat dalam lirik lagu persembahan Dabus masyarakat di Bagan Serai Perak. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis aspek mesej dan amanat yang terdapat dalam lagu yang dipersembahkan ketika perjalanan Tarian Dabus tersebut dilaksanakan. Penggiat Dabus muda dan juga golongan penari remaja Dabus di Bagan Serai Perak bertindak sebagai informan dalam kajian ini. Informan dipilih berdasarkan kepada penglibatan golongan tersebut dalam menyemarakkan lagi kebudayaan Dabus sebagaimana penghayatan mereka secara mendalam mengenai mesej dan amanat yang terkandung di dalam sesebuah lagu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, rakaman, pemerhatian dan manuskrip bertulis. Informan ditemu bual dengan cara diajukan soalan terbuka mengenai maksud sesebuah lirik lagu dan mesej tersirat yang terkandung di dalamnya. Data yang diterima dianalisis dengan mengaitkannya dengan Teori Sosial Sastera. Sosiologi sastera berasal daripada kata sosiologi dan sastera yang merupakan pendekatan yang bertitik tolak kepada orientasi seseorang pengarang. Hasil kajian memperlihatkan wujudnya mesej dan amanat dalam lirik lagu Tarian Dabus yang merungkai hubungan manusia dengan Tuhan, sosiobudaya, keindahan alam, kepahlawanan, pendidikan dan akulturasi kebudayaan. Kajian ini diharap dapat menyemai kembali semangat cintakan kesenian Melayu. Kajian mengenai kesenian Melayu sebegini seharusnya dipertingkatkan bagi mengangkat kembali kegemilangan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. KATA KUNCI: Tarian dabus, interpretasi budaya, hubungan manusia dengan Tuhan, akulturasi kebudayaan. Abstract: Dabus is a game that show the immunity to try to injure themselves. The objective of this study is to analyze aspects of the message in the Dabus performances song with the community at Bagan Serai Perak. This study was conducted to analyze aspects of the message that contained in the songs that were performed during the course of this Dabus Dance implemented. Young Dabus players and dancers at Bagan Serai Perak act as informants in this study. Informants were selected based on the participation in Dabus performances, as an appreciation of their culture in depth about the message that were contained in the song. The study’s method was a combination of interview, recording, observation and writing the manuscript. Informants were interviewed by means of open-ended questions about the meaning of a song and implicit messages that contained in the song. The data that received at the end of study was analyzed by linking with Social Theory of Literature. Sociological literature came from the sociology and literature which is the orientation approach by the author. The results show the existence of the message in the lyrics that dismantling of human relationships with God, society and culture, natural beauty, heroism, education and cultural acculturation. This study is expected to infuse back magnificence of Malay art. The study of these Malay art should be enhanced to lift back the glory of the Malay race. KEYWORDS: Dabus dance, interpretation of culture, man’s relationship with God, cultural acculturation.

Upload: dolien

Post on 09-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Journal of Business and Social Development Volume 2 Number 1, March 2014: 19-29

ISSN: 2289-2915© Penerbit UMT

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DI BAGAN SERAI PERAK

(DABUS LYRIC INTERPRETATION ANALYSIS PRACTISED BY COMMUNITY AT BAGAN SERAI PERAK)

NURFARHANA SHAHIRA ROSLY* DAN MOHD SHARIFUDIN YUSOP

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

*Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Dabus merupakan permainan kekebalan dengan mencuba untuk melukai diri sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek mesej dan amanat dalam lirik lagu persembahan Dabus masyarakat di Bagan Serai Perak. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis aspek mesej dan amanat yang terdapat dalam lagu yang dipersembahkan ketika perjalanan Tarian Dabus tersebut dilaksanakan. Penggiat Dabus muda dan juga golongan penari remaja Dabus di Bagan Serai Perak bertindak sebagai informan dalam kajian ini. Informan dipilih berdasarkan kepada penglibatan golongan tersebut dalam menyemarakkan lagi kebudayaan Dabus sebagaimana penghayatan mereka secara mendalam mengenai mesej dan amanat yang terkandung di dalam sesebuah lagu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, rakaman, pemerhatian dan manuskrip bertulis. Informan ditemu bual dengan cara diajukan soalan terbuka mengenai maksud sesebuah lirik lagu dan mesej tersirat yang terkandung di dalamnya. Data yang diterima dianalisis dengan mengaitkannya dengan Teori Sosial Sastera. Sosiologi sastera berasal daripada kata sosiologi dan sastera yang merupakan pendekatan yang bertitik tolak kepada orientasi seseorang pengarang. Hasil kajian memperlihatkan wujudnya mesej dan amanat dalam lirik lagu Tarian Dabus yang merungkai hubungan manusia dengan Tuhan, sosiobudaya, keindahan alam, kepahlawanan, pendidikan dan akulturasi kebudayaan. Kajian ini diharap dapat menyemai kembali semangat cintakan kesenian Melayu. Kajian mengenai kesenian Melayu sebegini seharusnya dipertingkatkan bagi mengangkat kembali kegemilangan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman.

KATA KUNCI: Tarian dabus, interpretasi budaya, hubungan manusia dengan Tuhan, akulturasi kebudayaan.

Abstract: Dabus is a game that show the immunity to try to injure themselves. The objective of this study is to analyze aspects of the message in the Dabus performances song with the community at Bagan Serai Perak. This study was conducted to analyze aspects of the message that contained in the songs that were performed during the course of this Dabus Dance implemented. Young Dabus players and dancers at Bagan Serai Perak act as informants in this study. Informants were selected based on the participation in Dabus performances, as an appreciation of their culture in depth about the message that were contained in the song. The study’s method was a combination of interview, recording, observation and writing the manuscript. Informants were interviewed by means of open-ended questions about the meaning of a song and implicit messages that contained in the song. The data that received at the end of study was analyzed by linking with Social Theory of Literature. Sociological literature came from the sociology and literature which is the orientation approach by the author. The results show the existence of the message in the lyrics that dismantling of human relationships with God, society and culture, natural beauty, heroism, education and cultural acculturation. This study is expected to infuse back magnificence of Malay art. The study of these Malay art should be enhanced to lift back the glory of the Malay race.

KEYWORDS: Dabus dance, interpretation of culture, man’s relationship with God, cultural acculturation.

3. Interpretasi Budaya.indd 19 3/11/14 4:48 PM

Page 2: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Nurfarhana Shahira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop 20

PengenalanImam al Ghazali melalui Mohd Taib Osman (1984) menyatakan bahawa Allah SWT mengurniakan manusia akal dan pancaindera yang mana tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya jika seseorang ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Hal ini memperlihatkan Allah SWT telah menciptakan pancaindera untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Pernyataan ini selaras dengan Toha Yahya Omar (2002) yang menjelaskan bahawa perjuangan seni hendaklah dikawal dan disalurkan ke jalan yang baik. Deretan kepelbagaian seni dalam kebudayaan masyarakat Melayu mencerminkan keagungan dan keistimewaan bangsa Melayu. Kesenian satu konsepsi agung yang memperlihatkan keindahan sesebuah negara bangsa yang mana sebahagiannya terletak kepada alunan lenggok tarian dan suara yang terbina. Rozimah Bidin dan Maziah Ab. Rashid (2007) dalam kajian mereka telah menyatakan bahawa tarian Dabus adalah tarian yang paling popular dan mendapat sambutan masyarakat di daerah Perak Tengah. Di negeri Perak, terdapat beberapa daerah yang aktif dalam kesenian ini iaitu daerah Bagan Datoh, Setiawan, Kampung Gajah dan Bagan Serai. Menurut Mohd. Ghouse Nasuruddin (1995) dalam bukunya “The Malay Dance”, dabus tidak sama dengan barongan dan kuda kepang yang asalnya khas daripada unsur kuasa alam. Terdapat penggunaan besi tajam yang digunakan untuk melukai dan menusuk diri dalam permainan ini iaitu “anak dabus” yang dipegang oleh penari ketika menari sekaligus mengeluarkan bunyi gemercing. Persembahan Dabus dimulakan dengan paluan alat muzik dan lagu-lagu yang diadaptasi daripada kitab berzanji dan marhaban (Rozimah Bidin & Maziah Ab. Rashid, 2007).

Selain itu, doa dan zikir turut termasuk dalam persembahan ini, di mana “Hadi” sebagai penyampai alunan lagu, dengan penggunaan petikan daripada kitab berzanji dan jawapannya disambut dengan bahasa tempatan. Lagu yang

dialunkan dalam persembahan ini lebih bersifat kepada kehidupan masyarakat iaitu penekanan kepada semangat kecintaan terhadap tanah air dan berunsurkan nasihat. Menurut Mohd Ghouse Nasuruddin (1994), dalam sesebuah tarian Dabus terdapat mesej yang disampaikan oleh penari-penari dan sudah menjadi norma dalam masyarakat Melayu perkara itu tidak dinyatakan secara “terbuka” sebaliknya secara simbolik atau mesej di sebaliknya. Rozimah Bidin dan Maziah Ab. Rashid (2007) turut menjelaskan bahawa mesej yang disampaikan mewakili sesuatu yang lain dan mungkin mengandungi perkara-perkara abstrak yang dilambangkan supaya jelas makna dan maksudnya. Dalam persembahan Dabus juga, mesej-mesej yang hendak disampaikan disempurnakan oleh penari-penari yang menjalankan persembahan. Selain itu, terdapat juga unsur paranormal dalam persembahan Dabus di mana ahli-ahli persembahan seolah-olah seperti berada di alam yang lain.

Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek mesej dan amanat dalam lirik lagu persembahan Dabus masyarakat di Bagan Serai Perak.

Tinjauan LiteraturTinjauan literatur dibahagikan kepada tinjauan mengenai kesenian Dabus di Perak, impak kesenian dalam aspek sosiologi dan juga interpretasi kesenian terhadap aspek nilai dan budaya masyarakat. Mohd Ghouse Nasuruddin (1995) telah mengupas mengenai kesenian Dabus di Perak telah menyatakan bahawa Dabus dipercayai berunsurkan konsep islamik dan mempunyai pengaruh dari Arab iaitu pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan empat orang sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali. Selain itu, menerusi makalah Siri Tarian Dabus-Warisan Kesenian Negeri Perak (2003) menjelaskan bahawa persembahan pertama Dabus telah dijalankan di Pasir Panjang, Setiawan Perak. Penari dan penggiat di sana mempercayai bahawa tarian ini di bawa dari Acheh oleh Nakhoda Lombong, iaitu nakhoda kapal yang belayar dari Batu Bara,

3. Interpretasi Budaya.indd 20 3/11/14 4:48 PM

Page 3: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN 21

Acheh. Seterusnya, Rozimah Bidin dan Maziah Ab. Rashid (2007) telah mengupas mengenai Dabus dengan menjelaskan bahawa tarian ini menggabungkan beberapa aspek bunyi seperti gendang dabus, gong dan zikir serta goyongan anak Dabus yang bergemercik.

Tinjauan mengenai kesenian dalam aspek sosiologi pula menjelaskan bahawa seni lebih dilihat menguasai hal-hal yang berkaitan dengan taraf dan nilai perihal ketika menikmati sesebuah kesenian (Syed Naquib, 2003). Syed Naquib (2003) turut menyatakan bahawa seni ialah suatu cara atau gaya falsafah yang berdasarkan pengkajian alam semasa mengikut tatatertib akal. Menurut Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (2006) pula, manusia dilahirkan dengan perasaan gembira, sedih dan mempunyai harapan melalui lagu-lagu rakyat. Budaya dapat dihayati melalui seni yang terdapat pada sesebuah lirik lagu. Seterusnya Aripin Said (2006) menyingkapkan bahawa nyanyian dalam masyarakat tradisional mampu mencetus satu pembentukan dalam hati budi sesebuah masyarakat. Nyanyian rakyat bagaikan satu khazanah budaya yang merentas perhubungan tamadun bangsa walaupun sangat berfungsi pada perlambangan masa lalu, namun nyanyian tradisional dapat dijadikan ubat atau bahan yang dapat meredakan kemelut jiwa.

Interpretasi kesenian dalam aspek nilai dan budaya masyarakat pula disorotkan mengenai pembentukan nilai dan budaya melalui persembahan berunsurkan kesenian. A. Aziz Deraman (2005) telah menyatakan bahawa proses perubahan budaya secara penerimaan pengaruh luar adalah dari dalam budaya itu sendiri. Proses perubahan budaya secara dalaman itu agak dalaman, tetapi apabila berlaku tekanan pengaruh daripada luar, maka kadar perubahannya menjadi pesat sekali. Seterusnya, Zainal Abidin Borhan (2009) menjelaskan budaya terdiri daripada semua proses belajar dalam sesebuah masyarakat selain kesenian dan kebudayaan yang turut memperlihatkan persoalan mengenai penyesuaian diri (Kluckhorn, 1952).

Metodologi Data kajian iaitu mesej dan amanat yang terdapat dalam sesebuah lirik lagu Dabus telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan Teori Sosial Sastera. Abrams (1981) menyatakan bahawa sosiologi sastera dijalinkan kepada tulisan-tulisan para pengkritik dan ahli sejarah yang bertindak mengutamakan kepada cara-cara seseorang pengarang mempengaruhi status kelasnya, ideologi masyarakat serta keadaan-keadaan ekonomi yang berhubungan dengan pembaca dan jenis pembaca. Kajian ini secara fokusnya meneliti kepada mesej dan amanat yang terdapat dalam sesebuah lirik lagu Dabus serta mengaitkannya dengan kehidupan pengarang lirik lagu itu sendiri. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah penelitian terhadap beberapa buat lirik lagu Dabus dengan menganalisis unsur mesej dan amanat yang terangkum di dalamnya. Data yang diterima dikaitkan secara langsung dengan pendekatan Teori Sosial Sastera. Selain itu, temu bual dan kaedah soalan terbuka digunakan terhadap informan bagi mendapatkan maksud tersurat dalam sesebuah lirik lagu berikutan pengalaman mereka untuk menghayati sesebuah persembahan turut bergantung kepada pemahaman terhadap sesebuah lirik lagu. Temu bual tersebut turut dirakam dan disimpan di dalam CD Rom. Informan kajian ini ialah penggiat muda Dabus di daerah Bagan Serai Perak. Selain itu, penari remaja Dabus negeri Perak turut terlibat sebagai informan dalam kajian ini. Sembilan buah lirik lagu Dabus dikaji hasil daripada pencarian melalui informan dan naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Selain itu, kajian turut menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian terhadap informan dengan soalan-soalan terbuka mengenai asal usul kesenian Tarian Dabus, busana yang digunakan, seni tari, alunan lagu, peralatan muzik serta keunikan Tarian Dabus itu sendiri. Sembilan buah lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada kekerapan penggunaan alunan lagu-lagu tersebut dalam kebanyakan persembahan yang dilaksanakan. Sembilan buah lagu ini merupakan lagu-lagu popular yang sering digunakan dalam

3. Interpretasi Budaya.indd 21 3/11/14 4:48 PM

Page 4: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Nurfarhana Shahira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop 22

persembahan penggiat-penggiat Dabus. Soalan terbuka yang diajukan kepada informan adalah bertujuan mengenal pasti maksud tersirat yang terdapat di dalam sesebuah lirik lagu dan perkaitannya dengan asal usul kesenian tersebut, termasuklah perkaitan busana, seni tari serta peralatan muzik yang turut menyumbang kepada penghasilan sesebuah lirik lagu.

Hasil Kajian dan PerbincanganHubungan Manusia dengan TuhanHasil kajian yang pertama memperlihatkan terdapat unsur perhubungan antara manusia dengan Tuhan melalui lirik lagu Dabus. Ketuhanan merupakan sifat keadaan Tuhan, ilmu mengenai Tuhan, kepercayaan atau kebaktian kepada Tuhan serta dasar kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Melalui penelitian dalam lirik-lirik lagu Dabus, terdapat perkaitan dan perhubungan dengan konsep Tuhan dalam kehidupan seharian sama ada di dunia yang sementara mahupun dunia selepas kematian, iaitu di alam akhirat. Melalui penelitian yang mendalam, terdapat perbezaan antara lirik lagu Dabus dengan lirik-lirik lagu tradisional terdahulu. Berbeza dengan lirik-lirik lagu Dabus, terdapat konsep keagamaan dan ketuhanan yang menaikkan unsur agama Islam. Konsep ini kemungkinan wujud hasil daripada asal usul kedatangannya iaitu dari tanah suci Arab. Lirik lagu yang dibina lebih berkonsepkan kepada isu-isu keislaman yang membawa perlambangan kepada keteguhan masyarakat terhadap agama Islam. Lirik lagu di bawah memperlihatkan unsur perhubungan antara manusia dengan Tuhan :

Baju putih selendang putih, Baju dipakai pergi sembahyang, Allah kasih Muhammad kasih, Rasulullah terlalu sayang.Lirik lagu Dabus ini memperlihatkan

penggunaan pakaian suci yang berwarna putih dilambangkan sebagai pakaian yang bersih dan bersesuaian untuk menunaikan solat lima waktu. Lirik ini juga meletakkan perlambangan warna putih sebagai sebuah warna yang suci dan bersih

selaras dengan Islam yang mengangkat konsep kesucian ke dalam kehidupan pengamalnya. Selain itu, terdapat penggunaan perkataan agung Maha Suci “Allah” dan juga kekasihNya iaitu “Rasulullah”. Baris lirik “Allah kasih Muhammad kasih, Rasulullah terlalu sayang” menjelaskan bahawa masyarakat beragama Islam teguh dengan paksi suruhan Allah SWT akan diberi jaminan kebahagiaan seterusnya diangkat menjadi seseorang yang dikasihi oleh Allah SWT. Taraf hidup seseorang penganut agama Islam diangkat selaras dengan amalan yang telah dilaksanakan. Hal ini dilihat mempunyai persamaan dengan pernyataan Abdul Wahab Esa (2003) yang menyatakan bahawa sebagai umat Islam dan pengikut Nabi Muhammad SAW, keimanan kepada Rasulullah SAW adalah salah satu daripada prinsip rukun iman, dan beriman kepada Rasul adalah melengkapi kehendak prinsip Rukun Iman. Jelas disini, lirik lagu Dabus memperlihatkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan diangkat sebagai aspek mesej dan amanat yang diberi penekanan kuat. Selain itu, lirik lagu di bawah turut menonjolkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan:

Bismillah di utus Ya Allah mula di surat-suratYa RasulullahSetelah disurat Ya Allah digulung-gulungYa RasulullahNabi Muhammad Ya Allah belum berangkatYa RasulullahMalaikat yang banyak Ya Allah mengembangkan bayuYa RasulullahBaris lirik di atas memperlihatkan terdapat

perhubungan yang kuat antara Allah SWT dan Rasulullah SAW, serta makhluk Allah SWT itu sendiri. “Bismillah” di baris pertama lirik dimaksudkan “Dengan nama Allah” yang sekali gus memperlihatkan permulaan perjalanan dimulakan dengan Allah. Perkaitan antara Allah SWT dan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa aspek keagamaan begitu penting dan utama untuk dipilih dan diterapkan dalam penghasilan sesebuah lirik lagu.“Bismillah di utus Ya Allah

3. Interpretasi Budaya.indd 22 3/11/14 4:48 PM

Page 5: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN 23

mula di surat-surat, setelah disurat digulung-gulung, Nabi Muhammad belum berangkat, malaikat yang banyak mengembangkan bayu” mengupas penceritaan di mana Nabi Muhammad diberi syafaat untuk diutus ke langit dan bertemu dengan Yang Maha Esa. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara manusia dengan Tuhan, dan keadaan ini tercetus apabila perhubungan yang kuat ini wujud sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat sejak zaman dahulu sangat mencintai ilmu keagamaan dan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan semangat kecintaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam diterapkan sebagai elemen penting dalam adunan penghasilan sesebuah lirik lagu.

Hubungan Manusia dengan SosiobudayaSelain itu, lirik lagu Dabus turut memperincikan penciptaan unsur mesej dan amanat terhadap hubungan manusia dengan keadaan sosial dan budaya. Lirik lagu dibawah memperincikan lagi perhubungan manusia dengan sosiobudaya yang terdapat dalam lirik lagu Dabus.

Sama diharung hai duri onak dan duri, Tercapai cita tentunya dalam tentunya, Sama diharung hai duri onak dan duri, Tercapai cita tentunya dalam tentunya.

Baris lirik “sama diharung hai duri onak dan duri” memperlihatkan maksudnya iaitu kesukaran atau kesusahan yang dihadapi. Perlambangan kesepakatan dan hubungan antara kedua-dua unsur ini memperlihatkan terdapat pertalian unsur-unsur kehidupan yang penuh cabaran. Seterusnya, cita pula merupakan rasa, keinginan, gagasan, hasrat dan matlamat yang ingin dicapai di pengakhiran garisan penamat sesebuah matlamat. Bersesuaian dengan baris lirik “tercapai cita tentunya dalam tentunya” yang memperlihatkan kesukaran dan kesusahan yang dialami di awal perjuangan akan berakhir dengan kejayaan apabila diselitkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesimpulan yang diterima hasil daripada baris rangkap ini ialah kerjasama yang digabungjalinkan dalam kehidupan masyarakat dan merupakan satu usaha yang dapat membantu dalam menempuh ranjau

kehidupan. Sepakat dan kerjasama merupakan elemen penyatuan yang penting dalam perhubungan sesebuah kumpulan masyarakat. Lirik lagu di bawah juga merupakan antara contoh lain yang melambangkan hubungan antara manusia dan sosiobudaya:

Mana bestari jauhari mana jauhari,Emas dan perak pedagang bawa berdagang,Mana bestari jauhari mana jauhari,Emas dan perak pedagang bawa berdagang.Baris lirik lagu di atas meletakkan aktiviti

perdagangan sebagai sumber pendapatan dalam kehidupan seharian masyarakat terdahulu. Aktiviti mencari sumber pendapatan seperti emas dan perak termasuk dalam proses untuk mencorakkan perhubungan sosial dan budaya dalam kalangan masyarakat. Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan sering menjadi konsep asal dan buah fikiran dalam penghasilan sesebuah lirik lagu. “Emas dan perak pedagang bawa berdagang” memperlihatkan emas dan perak mempunyai nilai yang tinggi dan sering dibawa ke mana-mana kerana nilainya yang tinggi menjadi rebutan ramai. Aktiviti perdagangan pula merupakan punca pendapatan utama, dan emas dan perak yang dibawa boleh dijadikan tukaran untuk mendapatkan sumber keutamaan yang lain. Hal ini adalah kerana sistem pertukaran barang iaitu sistem “barter” merupakan sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh masyarakat terdahulu bagi menjana kelangsungan hidup berkeluarga dan mencorak pembangunan ekonomi masyarakat. Maka, penggunaan unsur emas dan perak diletakkan sebagai lambang kemewahan masyarakat terdahulu yang menjadi unsur penting ketika perjalanan perdagangan seharian iaitu boleh digunakan untuk proses pertukaran barang. Keadaan ini memperlihatkan pengaruh emas dan perak turut berperanan dalam sosiobudaya masyarakat. Secara keseluruhannya, penghasilan lirik turut bergantung kepada nilai jati diri dalam kehidupan masyarakat sekitarnya. Keadaan sosiobudaya sesebuah masyarakat menjadi pencetus kepada penghasilan sesebuah lirik lagu dengan adanya penerapan perihal kehidupan seharian, aktiviti yang dilaksanakan termasuklah

3. Interpretasi Budaya.indd 23 3/11/14 4:48 PM

Page 6: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Nurfarhana Shahira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop 24

tradisi kebudayaan serta perjalanan mencari sumber pendapatan.

Hubungan Manusia dengan Keindahan AlamKombinasi hubungan manusia dengan keindahan alam dilihat sebagai satu kombinasi hebat yang mengaitkan kehidupan yang dialami masyarakat seharian dengan proses penciptaan sesebuah lirik lagu terutamanya dalam penghasilan lirik lagu Dabus. Hal ini melahirkan makna bahawa unsur alam memudahkan pembaca atau pendengar untuk menghayati sesebuah mesej yang disampaikan serta lebih cepat meresap ke dalam jiwa seseorang. Lirik lagu Dabus di bawah ini memperlihatkan perhubungan manusia dengan keindahan alam:

Banjaran gunung merentas bumi, Kaya hasilnya kurnia limpah kurnia, Banjaran gunung merentas bumi, Kaya hasilnya kurnia limpah kurnia. Jika dilihat dalam konteks baris ayat

“banjaran gunung merentas bumi”, merentas di sini membawa maksud gunung-ganang yang berderetan dan tiada penghujungnya. Gunung dilihat bersambung-sambung antara satu sama lain seterusnya mewujudkan satu banjaran yang kukuh. Kekayaan unsur alam dilihat berperanan sebagai penyumbang kepada kelangsungan sesebuah kehidupan, di mana pokok-pokok boleh digunakan batangnya untuk dijadikan perabot serta herba-herba yang boleh dijadikan penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Baris lagu “kaya hasilnya kurnia limpah kurnia” merupakan mesej yang menyampaikan hasrat tanda syukur terhadap kurniaan Allah SWT yang memberi manfaat kepada seluruh penduduk dunia. Hasil penciptaan lirik di atas turut menerangkan bahawa kewujudan alam yang dikurniakan kepada manusia bukan sahaja mampu menjadi sumber pendapatan seharian, malah turut memainkan peranan sebagai penawar kepada penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Unsur-unsur keindahan alam yang terangkum di dalam penghasilan sesebuah lirik lagu dianggap sebagai usaha melahirkan rasa syukur kepada-Nya serta bertindak sebagai

penghargaan di atas ketenangan hasil pemberian Allah SWT. Ketenangan dan rasa syukur tersebut digabungkan menjadi sebuah lirik lagu yang dialunkan dalam kehidupan seharian agar rasa agar syukur dan tenang itu senantiasa segar dan terus berkembang. Selain itu, lirik lagu dibawah ini turut merungkai unsur-unsur keindahan dan nilai estetika melalui bait-bait penghasilan lirik lagunya:

Sailela Tengku di Klang,Menempa rantai dan gelang, Kalau tuan bijak terbilang, Cubalah capai bunga di dulang. Lirik lagu ini meletakkan penggunaan

unsur “bunga” bagi melambangkan keindahan alam. Bunga merupakan sejenis tumbuhan yang cantik dan berwarna-warni. Baris lirik “kalau tuan bijak terbilang, cubalah capai bunga di dulang” menjelaskan bahawa keindahan alam merupakan tarikan kepada masyarakat dan diumpamakan seperti kejayaan yang perlu dicapai dengan usaha yang gigih. Kejayaan yang berjaya dicapai membawa kemanisan di akhir perjuangan dengan perlambangan bahawa “bunga” sebagai sebuah kejayaan yang segar dan memberi sejuta kemanisan dalam kehidupan. Baris ayat “kalau tuan bijak terbilang, cubalah capai bunga di dulang” ini juga dilambangkan sebagai satu usaha yang bermatlamat penting di penghujungnya. Terdapat galakan dan penerapan semangat yang terkandung dalam lirik ini, di mana mesejnya mengajak masyarakat untuk berusaha dengan tegar dan istiqamah untuk memperoleh sesuatu kejayaan. “Bijak” dalam konteks ini bukanlah hanya terletak dalam konteks ilmu dan pendidikan, tetapi bijak dalam membuat keputusan, bijak dalam merekayasa kaedah sistematik untuk mencapai matlamat, termasuk juga bijak dalam menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran. Secara menyeluruh, baris rangkap dalam lirik di atas memperlihatkan penerapan semangat yang tidak pernah mengalah untuk mencapai sesebuah kejayaan, dan yang pastinya setiap usaha yang ikhlas akan memperoleh kemanisan di pengakhirannya.

3. Interpretasi Budaya.indd 24 3/11/14 4:48 PM

Page 7: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN 25

Hubungan Manusia dengan KepahlawananSelain itu, kepahlawanan merupakan unsur dalam lirik Dabus. Ilmu kepahlawanan yang ditonjolkan dalam lirik lagu Dabus memperlihatkan bahawa masyarakat dahulu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam meneruskan kehidupan. Ilmu kepahlawanan bukan sahaja mempamerkan kegagahan fizikal seseorang, tetapi turut memperlihatkan kegagahan seseorang daripada sudut mental dan psikologi. Melalui lirik lagu Dabus ini juga, sifat kepahlawanan yang ditonjolkan oleh Nabi pada zaman dahulu turut dijadikan sebagai panduan dan ikutan dalam kehidupan. Lirik di bawah merupakan lirik lagu yang melambangkan hubungan antara manusia dengan unsur kepahlawanan:

Sailela mahkota Alam,Bukit zaman kubur aulia,Dituntut besi yang tajam, Besi yang tajam penawar bisa.Lirik “dituntut besi yang tajam, besi yang

tajam penawar bisa” menerangkan bahawa terdapat perkaitan antara lirik lagu dengan pergerakan sesebuah persembahan Dabus. “Anak dabus” yang merupakan sejenis besi yang tajam, dicucuk-cucuk di lengan penari sehingga mengeluarkan darah. Seterusnya lengan penari tersebut dibersihkan dengan air bagi menghilangkan bisa besi tersebut di samping penggunaan ayat-ayat tertentu yang bertindak untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah yang tidak diingini. Hal ini dilihat memperincikan lagi makna tersurat melalui lirik lagu ini, di mana unsur besi yang tajam sudah cukup untuk melambangkan semangat kepahlawanan dalam diri seseorang termasuklah bertindak sebagai motif yang ingin dibawa dan diangkat oleh penari Dabus dan ahli persembahan yang lainnya. Selain itu, lirik di bawah juga membawa perlambangan kepada hubungan antara manusia dengan kepahlawanan.

Sailela Tengku di Klang, Menempa rantai dan gelang, Tuanku sungguh terbilang, Patik berdabus sampailah siang.

Melalui baris lirik di atas, perkataan “terbilang” melambangkan kehebatan seseorang pahlawan seperti yang telah diletakkan dalam baris pembayang yang pertama iaitu “Sailela Tengku di Klang”. Tengku juga merupakan seorang yang berpengaruh dan mempunyai empayar kuasa pemerintahan yang luas dalam sesebuah kawasan penempatan. Tengku sering dikaitkan dengan nama seorang pahlawan yang berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai kemahiran membela diri yang baik. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa ciri-ciri seperti penggunaan “Tengku” dan “terbilang” melambangkan dengan jelas bahawa terdapat unsur kepahlawanan dalam lirik lagu Dabus tersebut. Manakala, “menempa rantai dan gelang” dalam baris lirik di atas merupakan satu aktiviti dan proses yang membuktikan kekuatan dan kepahlawanan dalam diri seseorang. Aktiviti menempa rantai dan gelang dilihat sebagai aktiviti yang menggunakan besi sebagai motif utama. Besi pula dalam konteks sebenar membawa kepada pemahaman mengenai sesuatu yang kuat dan kukuh serta boleh mencederakan. Hal ini menjelaskan besi melambangkan unsur kepahlawanan yang boleh digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Perkaitan antara aktiviti menempa rantai dan gelang oleh Sailela Tengku yang berada di Klang serta perkataan “terbilang” yang dikaitkan dengan aktiviti tersebut merungkai dengan jelas semangat kepahlawanan seseorang turut diukur dengan aktiviti menempa yang dianggap secara tersuratnya membawa perlambangan kekuatan dan kegagahan.

Hubungan Manusia dengan PendidikanSeterusnya, terdapat perkaitan antara hubungan manusia dengan pendidikan dalam lirik-lirik lagu Dabus. Lirik lagu Dabus di bawah ini memperlihatkan hubungan antara manusia dengan unsur pendidikan:

“He Allah he Allah, Hodal hema kheya maulai, He Allah he Allah, Lana mahbud se wa Allah”.

3. Interpretasi Budaya.indd 25 3/11/14 4:48 PM

Page 8: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Nurfarhana Shahira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop 26

“Tuan Haji berbaju jubah, Pergi ke padang berburu rusa, Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa”. Lirik lagu ini merupakan lirik yang berasal

daripada bahasa Arab tetapi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Pembayang untuk lirik lagu ini iaitu “tuan haji berbaju jubah” dilambangkan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dengan pakaiannya yang sering berjubah labuh dan bersih ketika melaksanakan ibadat dan pekerjaan sehariannya. Perlambangan tersebut saling berkait dengan lirik “orang mengaji memuji Allah, orang sembahyang mengampun dosa”. Lirik yang terhasil ini membawa mesej bahawa orang yang menjalankan ibadah dengan ikhlas kerana Allah, akan memperolehi pahala dan diampunkan dosanya. Keikhlasan, kejujuran dan semangat yang tidak pernah mengalah akan menyumbang kepada kesan yang positif dalam kehidupan seseorang, sehingga melahirkan ketenangan dalam diri lantas meletakkan individu tersebut dalam lingkungan golongan mereka yang disayangi oleh Allah SWT. Lirik “orang sembahyang mengampun dosa” menerangkan bahawa dengan mengamalkan perintah daripada Allah SWT dan meninggalkan laranganNya, seseorang itu akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Lirik di bawah ini turut memperlihatkan hubungan antara pendidikan yang ditonjolkan dalam penghasilan lirik lagu Dabus:

Budak-budak pergi ke sekolah, Lagi mendapat lagi terpuji, Cukup duit pergi ke Mekah, Boleh berziarah ke Makam Nabi. Baris pertama lirik di atas menerapkan

penggunaan elemen “budak-budak” dan “sekolah” sebagai unsur terpenting. Penggunaan unsur tersebut memperlihatkan pendidikan dalam masyarakat bermula sejak dari awal usia kanak-kanak. Pengajaran dan pendedahan mengenai nasihat terutamanya mengenai agama Islam diterapkan sejak di usia muda. Elemen “Mekah” dan “makam Nabi” merupakan tempat suci umat Islam. Semangat untuk menziarahi makam Nabi

dan tanah suci Mekah sudah ditanam dalam diri masyarakat sejak kecil supaya matlamat tersebut berterusan secara istiqamah demi mencapai kemajuan dalam pembangunan diri, bangsa dan agama. Kecintaan terhadap Allah SWT telah diletakkan sebagai unsur pendidikan yang penting dalam diri setiap ahli masyarakat. Ilmu dan pendidikan yang dikupas dalam lirik lagu ini ialah dari sudut ilmu keagamaan yang mencerminkan keperibadian unggul seseorang.

Hubungan Manusia dengan Akulturasi Kebudayaan Dapatan kajian yang terakhir ialah terdapatnya hubungan antara manusia dengan akulturasi kebudayaan dalam lirik lagu Dabus. Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau sesebuah masyarakat dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi antara kebudayaan Arab dengan Melayu dibuktikan melalui lirik-lirik lagu Dabus banyak menerapkan perkataan-perkataan daripada bahasa Arab. Lirik lagu di bawah memperlihatkan contoh lirik lagu Dabus yang menggunakan bahasa Arab:

Jawab:He Allah he Allah haya AllahHodal hema le keyai maulaiHe Allah he Allah la le mahbudSewa AllahHadi:Bishahrin rabieQad bawa nuruhul a’laFaya hab baz badruJawab:Mura disin, Allah mura disinKamala izin Allah muradinMura diya Allah mura diyaKamala izin Allah muradinHadi:Tanaqal fi adhlabi arbabi sudadinKazal’ shamsufi abrhajiha tatanaqqalJawab:Sa...le la mahkota alamBuat penawar besi yang bisa

3. Interpretasi Budaya.indd 26 3/11/14 4:48 PM

Page 9: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN 27

Hadi:Alhamdulillah hillazi a’toniHazal ghula mal taiibai-AzdaLirik lagu di atas membawa mesej keagungan

Allah dan ketinggian akhlak kekasihNya iaitu Nabi Muhammad SAW. Selain daripada menekankan unsur ketuhanan, lirik lagu di atas turut menyelitkan unsur kepahlawanan yang sangat serasi dan sesuai dengan persembahan Dabus itu sendiri. Baris lirik “buat penawar besi yang bisa” memperlihatkan besi mempunyai perkaitan langsung dengan ilmu kepahlawanan. Akulturasi kebudayaan yang kuat jelas dilihat melalui kelahiran lirik lagu seperti yang di atas ini, sekali gus merungkai perjalanan Dabus yang merentasi dunia sehingga tersebarnya kesenian dan kebudayaan Melayu. Akulturasi kebudayaan tersebut bukan sahaja dijelaskan melalui penghasilan baris lirik-lirik lagu, tetapi turut membawa sekali budaya-budaya dari Arab seperti sifat kepahlawanan, kepimpinan dan keberanian yang tinggi. Lirik lagu di bawah turut menjelaskan hubungan yang berlaku antara manusia dengan akulturasi budaya dalam lirik lagu Dabus:

Adam Siti HawaDatuk nenek moyang kitaMati di Jeddah di luar kotaBatu nisannya berjanjar tigaBaris pertama lirik di atas “Adam Siti

Hawa” merupakan penceritaan semula melalui lirik lagu hasil daripada salah sebuah kisah-kisah Rasul yang menjadi utusan Allah SWT. Nabi Adam merupakan Nabi yang pertama dan Siti Hawa merupakan pasangan kepada Nabi Adam. Kisah mengenai kehidupan dan kematian Nabi Adam dan Siti Hawa turut diletakkan sebagai unsur penceritaan terhadap penghasilan sesebuah lirik lagu. Penggunaan “Jeddah” yang merupakan sebuah tempat di tanah Arab turut dimasukkan sebagai lokasi penceritaan sebagai memperincikan lagi unsur kebudayaan Timur Tengah yang diakulturasi ke dalam dunia kesenian dan kebudayaan Melayu. Proses akulturasi kebudayaan dari Timur Tengah ke dalam kebudayaan Melayu memperlihatkan terdapat gabungan dan hubungan yang kukuh

antara keduanya. Hal ini meletakkan unsur keislaman sebagai elemen yang mencetuskan gabungan dan jalinan perhubungan tersebut. Islam secara jelasnya merupakan elemen penting yang mencetuskan proses akulturasi budaya dalam lirik-lirik lagu persembahan Dabus antara Melayu dan Arab, dengan penggunaan Allah SWT dan Rasulullah SWT sebagai pencetus utama penghasilan sesebuah lirik.

KesimpulanSecara kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk membangkitkan kembali zaman kegemilangan kesenian Melayu. Kesenian ini bukan hanya untuk diteruskan oleh generasi tua yang berkemahiran mengenainya, tetapi haruslah dilenturkan kepada generasi muda kini. Pernyataan ini turut disokong oleh Mohd Ghouse Nasuruddin (2006) yang menyatakan bahawa bagi generasi-generasi lama, lagu rakyat tradisional semakin pupus, tetapi sebaliknya bagi generasi siber, lagu-lagu rakyat pula sedang muncul. Jika dilihat dari aspek pemikiran, lagu rakyat tradisional tidak akan hilang kerana unsur moden lambat laun akan menuju ke arah tradisional pada masa akan datang. Melalui kajian ini, elemen-elemen yang menjadi unsur terhadap dapatan kajian dilihat mencorakkan sebuah keperibadian yang berkualiti dalam diri penggiat dan pendengar. Dapatan kajian ini menjelaskan secara langsung mesej dan amanat dalam lirik lagu Dabus yang mencerminkan keagungan Allah SWT, ketinggian agama Islam, dan keperibadian masyarakat yang penuh dengan sifat berani di samping pegangan jati diri yang kukuh.

Implikasi dan CadanganBeberapa implikasi yang terhasil melalui kajian ini termasuklah kepada pelajar, ibu bapa, guru dan penggubal dasar. Kajian ini membuktikan dengan jelas bahawa penerapan semangat cintakan kebudayaan dan kesenian Melayu dapat ditingkatkan dalam kalangan pelajar termasuklah pelajar sekolah rendah, menengah dan juga pelajar institusi pengajian tinggi. Kesedaran harus dipupuk sejak awal

3. Interpretasi Budaya.indd 27 3/11/14 4:48 PM

Page 10: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

Nurfarhana Shahira Rosly dan Mohd Sharifudin Yusop 28

sehinggalah berterusan ke peringkat yang lebih tinggi. Penerapan elemen kesenian ini harus dimulakan sejak usia kanak-kanak di mana pada tahap tersebut, minda mereka mudah menerima dan memahami. Hal ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebudayaan dengan proses mencungkil bakat baharu melalui pertandingan yang dianjurkan. Pengenalan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bukan sahaja memberi kesan positif kepada pelajar dalam negara, malah turut memberi impak kepada pelajar luar negara, di mana turut memperkenalkan kebudayaan Melayu di peringkat antarabangsa. Selain itu, kajian ini juga memberi implikasi kepada ibu bapa, iaitu dengan pengenalan yang lebih banyak mengenai kesenian, ibu bapa lebih terbuka dan cenderung untuk menerapkan elemen kebudayaan kepada anak masing-masing. Ibu bapa turut tidak ketinggalan menyemai kembali kesenian keagungan bangsa Melayu yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Seterusnya, guru-guru pula dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam mencipta modul pembelajaran asas kokurikulum juga sebagai pendedahan langsung terhadap penghasilan bakat-bakat baru dalam dunia seni tanah air. Akhir sekali, kajian ini dapat memberi kesan kepada pihak penggubal dasar terutamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan untuk mempertingkatkan lagi kemajuan industri kesenian dan kebudayaan Melayu.

Secara menyeluruhnya, cadangan untuk kajian ini ialah peningkatan usaha dalam menyemai, memelihara dan mengukuhkan jati diri Melayu. Pembentukan jati diri boleh diserapkan melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang mana dapat membantu dalam usaha menanam semangat cintakan kemelayuan. Kementerian Belia dan Sukan atau Rakan Muda turut sama membantu dalam usaha menyemai jati diri Melayu dalam diri dan jiwa remaja penggerak bangsa. Selain itu, penghasilan buku dan penerbitan multimedia perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Bahagian Kesusasteraan Tradisional perlu memperbanyakkan pengeluaran dan penghasilan

buku-buku yang berunsurkan lagu-lagu rakyat. Penghasilan buku-buku yang mengandungi lirik-lirik lagu rakyat haruslah dihasilkan di semua negeri dan juga kawasan-kawasan setempat. Pendokumentasian mengenai pengetahuan sebegini adalah perlu kerana dengan percetakan buku, sesebuah karya itu tidak akan pupus dan hilang begitu sahaja.

Seterusnya, perlunya usaha memantapkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dijalankan adalah berteraskan kepada kebudayaan Melayu atau kebudayaan pribumi dengan bahasa Melayu sebagai asas bagi segala pergerakan kebudayaan itu. Jadi, usaha memantapkan dasar tersebut perlu dijalankan secara berterusan bagi mengembalikan semula zaman kegemilangan kebudayaan Melayu dan masyarakat pribumi. Akhir sekali, penekanan dari sudut peluang pekerjaan hendaklah dipertingkatkan. Generasi kini takut untuk menjadi seorang penggiat seni berikutan dengan bayangan mereka yang menyatakan bahawa kerjaya sebegini hanya membuang masa dan langsung tidak memberi keuntungan. Mereka juga kurang didedahkan secara langsung dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan industri seni Melayu. Peluang pekerjaan sebegini pula tidak seharusnya tertumpu kepada kesenian sahaja, malah perlu turut terbuka kepada agensi yang bernaung di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Penubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perbadanan Kemajuan dan Kraftangan Malaysia serta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Pendedahan mengenai hal ini harus dilaksanakan dengan bersunguh-sungguh. Kesenian Melayu ini merupakan perihal orang Melayu, diciptakan sendiri oleh orang Melayu dan selamanya akan menjadi milik orang Melayu. Maka kesenian Melayu inilah yang berperanan penting merepresentasikan budaya Melayu di mata dunia.

3. Interpretasi Budaya.indd 28 3/11/14 4:48 PM

Page 11: ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/08/3.-Interpretas... · naskhah yang terdapat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 19-29

ANALISIS INTERPRETASI LIRIK DABUS YANG DIAMALKAN 29

Mohd. Taib Osman. (1984). Bunga Rampai: Aspect of Malay Culture. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman. (1984). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noreta Muhamad. (2009). Pemikiran Melayu dalam Lagu Rakyat. Tesis Master. UPM Serdang. Selangor DE.

Pradopo, Rachmat Djoko. (2001). Metodologi Penelitian Sastra. Yogyakarta: Hanindita.

Rahimah Ahmad. (1975). Tarian-tarian Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Rohana Salim & Mohamed Roselan Malek. (1995). Tarian Tradisional. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Roziman Bidin & Maziah Ab Rashid. (2007). Tarian Dabus: Satu Aplikasi Multimedia tradisi Melayu. Selangor: Universiti Teknologi Mara.

Sapardi Djoko Damona. (1978). Sosiologi Sastra: Sebuah Pengantar Ringkas. Indonesia.

Toha Yahya Omar. (2002). Haramkah Muzik, Menyanyi dan Menari Suatu Analisis “Hukum Seni Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Menurut Islam”. Selangor: Semenyih Synergymate Sdn.Bhd.

Wan Muhd Ruzanni Wan Mohammad. (2010). Kecenderungan Asimilasi Bahasa dan Nilai Budaya Melayu dalam Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Tesis Master. UPM.

Serdang. Selangor DE.Wellek, Rene dan Austin Warren (1995). Teori

Kesusasteraan. Jakarta: Gramedia.Williams J. Samauh (1993). Linguistik Lapangan

(Panduan Kerja Lapangan Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________ (2003). Tarian Dabus: Siri Tarian Tradisional Melayu. Kuala Lumpur. OAK Enterprise.

Rujukan A. Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad.

(1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

A. Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Nasir Paisal. (2006). Interpretasi Lirik Lagu Bajau dari Sudut Sosiobudaya. Tesis Master. UPM. Serdang. Selangor DE.

Abdul Wahab Esa. (2003). Dikir Hadrah: Cerminan Masyarakat Melayu Utara. Tesis Master. UPM. Serdang. Selangor DE.

Anwar Din. (2003). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amran Abdullah & Hamidah Husain. (1993). Tarian dan Permainan. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Asmad. (1990). Kesenian Tari. Kuala Lumpur: Cetaknama Sdn. Bhd.

Faruk DR. (2003). Pengantar Sosiologi Sastra dari Struktulisme Sampai Modernisme. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasan Hamzah. (1997). Kamus Ensiklopedia Jilid (A-K). Selangor: Anzagain Sdn. Bhd.

Md. Aripin Said. (1999). Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd Ghazali Abdullah. (1995). Teater Tradisional Melayu. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Ghouse Nasuruddin. (1995). The Malay Dance. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Interpretasi Budaya.indd 29 3/11/14 4:48 PM