interpretasi ipsidek

22
Disediakan oleh : azlina adnan

Upload: faizmusa

Post on 02-Jul-2015

1.237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: INTERPRETASI IPSIDEK

Disediakan oleh : azlina adnan

Page 2: INTERPRETASI IPSIDEK

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)

1. SOALAN UJIAN

2. BORANG JAWAPAN

3. HELAIAN PROFIL

Page 3: INTERPRETASI IPSIDEK

AGRESIF

ANALITIKAL

AUTONOMI

BERSANDAR

EKSTROVERT

INTELEKTUAL

INTROVERT

KEPELBAGAIAN KETAHANAN

KRITIK DIRI

MENGAWAL

MENOLONG

SOKONGAN

STRUKTUR

PENCAPAIAN

Page 4: INTERPRETASI IPSIDEK

PENTAFSIRAN IPS

AGRESIF : ITEM 1, 17, 33, 49, 65, 81, 97, 113, 129, 145ANALITIKAL : ITEM 2, 18, 34, 50, 66, 82, 98, 114, 130, 146AUTONOMI : ITEM 3, 19, 35, 51, 67, 83, 99, 115, 131, 147BERSANDAR : ITEM 4, 20, 36, 52, 68, 84, 100, 116, 132, 148EKSTROVERT : ITEM 5, 21, 37, 53, 69, 85, 101, 117, 133, 149INTELEKTUAL : ITEM 6, 22, 38, 54, 70, 86, 102, 118, 134, 150INTROVERT : ITEM 7, 23, 39, 55, 71, 87, 103, 119, 135, 151KEPELBAGAIAN : ITEM 8, 24, 40, 56, 72, 88, 104, 120, 136, 152KETAHANAN : ITEM 9, 25, 41, 57, 73, 89, 105, 121, 137, 153KRITIK DIRI : ITEM 10, 26, 42, 58, 74, 90, 106, 122, 138, 154 MENGAWAL : ITEM 11, 27, 43, 59, 75, 91, 107, 123, 139, 155MENOLONG : ITEM 12, 28, 44, 60, 76, 92, 108, 124, 140, 156SOKONGAN : ITEM 13, 29, 45, 61, 77, 93, 109, 125, 141, 157STRUKTUR : ITEM 14, 30, 46, 62, 78, 94, 110, 126, 142, 158PENCAPAIAN : ITEM 15, 31, 47, 63, 79, 95, 111, 127, 143, 159PENIPUAN : ITEM 16, 32, 48, 64, 80, 96, 112, 128, 144, 160

Page 5: INTERPRETASI IPSIDEK

KATEGORI SKOR

• SKOR TINGGI : 70 – 99%

• SKOR SEDERHANA : 40 – 60%

• SKOR RENDAH : 1 – 30%

Page 6: INTERPRETASI IPSIDEK

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU TERLALU KRITIKAL TERHADAP ORANG LAIN, TEGAS, BERANI DAN TIDAK SUKA DIMANIPULASI

• Skor rendah menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.

• Skor sederhana menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Anda menuntut hak tetapi pada masa yang sama, hati dan perasaan orang lain dijaga.

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.

Page 7: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

• Skor sederhana menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana dan minat menganalisis adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak suka membaca yang tersirat.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SANGAT SENSITIF KEPADA PERSEKITARAN, SUKA MEMBUAT PEMERHATIAN DAN AKAN MENGANALISA SESUATU SEBELUM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN

Page 8: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG LEBIH SUKAKAN KEBEBASAN DALAM TINDAKANNYA DAN DAPAT MENGAWAL DAN MENENTUKAN AKTIVITI-AKTIVITI HARIANNYA

Page 9: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat keputusan anda mengharapkan pendapat orang lain terutama yang mempunyai autoriti.

• Skor sederhana menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang suka berdikari. Anda jarang bergantung kepada orang lain.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN DAN MEMERLUKAN BANTUAN ORANG LAIN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Page 10: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.

• Skor sederhana menunjukkan anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Tahap sosial adalah sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang kurang sosial. Anda suka mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja sendirian atau satu sama satu.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA DIKELILINGI, BERINTERAKSI DAN BEKERJA DENGAN ORANG RAMAI.

Page 11: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti yang berulang-ulang.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri intelektul berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERMINAT KEPADA AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMBERIKAN CABARAN DARI SEGI INTELEKTUAL

Page 12: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

• Skor rendah menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA MENGELAK SITUASI-SITUASI YANG AKAN MEMAKSA MEREKA BERKOMUNIKASI DI SAMPING SUKA BERSENDIRIAN MENYELESAIKAN SESUATU TUGAS.

Page 13: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang untuk pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda seorang yang adventures.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian pada tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih sukakan situasi- situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi dan pengalaman baru.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU DAPAT MENGHAYATI BERBAGAI-BAGAI SITUASI BAGI MENDAPATKAN PENGALAMAN YANG BARU KE ARAH PERUBAHAN YANG BERTERUSAN

Page 14: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda kurang atau tiada ketahahan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja yang berkaitan dengan orang ramai.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG CEKAL DAN BERMOTIVASI UNTUK MENGHABISKAN ATAU MENYELESAIKAN SEMUA TUGAS

Page 15: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor 60 – 99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang dilakukan atau tidak percaya akan berjaya. Skor 60% - akan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Skor lebih 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu.

• Skor 40 – 50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.

• Individu yang mendapat skor rendah iaitu 1 – 30% biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah orang lain.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU YANG TIDAK STABIL DARI SEGI EMOSI DAN PSIKOLOGI

Page 16: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Cenderung memilih kerjaya seperti pengurus, pentadbir awam, peguam, pegawai tentera, ahli politik dll.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada dipimpin. Kerjaya utama yang berkaitan dengan setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dll.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA MENGAWAL ORANG LAIN ATAU LEBIH SUKA MEMIMPIN DARIPADA DIPIMPIN

Page 17: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaik dan kebajikan kepada orang lain.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERKEINGINAN UNTUK MENUNJUKKAN ATAU MELUAHKAN SIMPATI, KASIH SAYANG JUGA MEMBERI BANTUAN SERTA MEMBUAT KEBAIKAN KPD ORG LAIN

Page 18: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU MEMERLUKAN PERHATIAN, SIMPATI DAN INGIN DIKASIHI.

Page 19: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.

• Skor sederhana menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU SUKA KEPADA KEKEMASAN, KEBERSIHAN SERTA PERKARA-PERKARA BERSTRUKTUR, BERULANG-ULANG DAN TERPERINCI

Page 20: INTERPRETASI IPSIDEK

• Skor tinggi menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

• Skor sederhana menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.

• Skor rendah menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.

• TRAIT PERSONALITI YANG MENUNJUKKAN INDIVIDU BERMOTIVASI, MAHUKAN STATUS YANG TINGGI DAN SUKA PERSAINGAN

Page 21: INTERPRETASI IPSIDEK

• SKOR MELEBIHI 50% - MENUNJUKKAN CENDERUNG UNTUK TIDAK JUJUR DALAM MEMBERIKAN JAWAPAN DAN DENGAN ITU PROFIL YANG DIPEROLEHI ADALAH TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

• SKALA INI KHUSUS UNTUK MENGESAN KEJUJURAN RESPONDEN DALAM MENJAWAB ITEM UJIAN.

Page 22: INTERPRETASI IPSIDEK