interpretasi ujian psikologi

70
 INVENTORI GAYA BERCINTA Pentafsiran Umum IGB Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki;  Cinta Persahabatan    Storage Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang  panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya  perasaan cinta.  Cinta Romantis    Eros Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan  perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehn ya inginkan satu identiti dengan  pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk

Upload: ismiarifah

Post on 09-Oct-2015

1.484 views

Category:

Documents


125 download

DESCRIPTION

several interpretation on psychological testing in Malay language

TRANSCRIPT

INVENTORI GAYA BERCINTAPentafsiran Umum IGBSetiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki; Cinta Persahabatan StorageGaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

Cinta Romantis ErosGaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Cinta Permainan - LudusMereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

Cinta Logikal PragmaGaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.

Cinta Pengorbanan AgapeGaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Cinta Kepunyaan ManiaGaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.

INVENTORI PERSONALITI SIDEKInventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.Pentadbiran Inventori Personaliti SidekBagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPSPengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan Ya yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada 99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang sempurna personalitinya.Andaian Asas Pentafsiran Profil IPSMenurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh berubah.

Pentafsiran Profil IPSKesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;AgresifSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda.

AnalitikalSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana. Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.

AutonomiSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.

BersandarSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju.Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.

Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana.Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja bersendirian atau satu sama satu.

Intelektual Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.

IntrovertSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu.Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.

Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah seorang yang adventures.Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru.

Ketahanan Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.

Kritik DiriSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu.Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinyaBiasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera, Ahli politik dan lain-lain.Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap sederhana.Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.

MenolongSkor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.

Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhanaMenunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri.

Sokongan Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana.Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain

Struktur Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap sederhana.Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.

Pencapaian Skor Tinggi (70-99%)

Skor Sederhana (40-70%)

Skor Rendah (1-40%)Menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.

Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR

Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck. Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert (E).Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang introvert.Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.

Pentadbiran Inventori Personaliti JEPIWalaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPIPengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.

Pentafsiran Profil JEPIKesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam Rajah berikut;

MuramMudah TersinggungCemasGelisahBimbangAgresifTidak Fleksibel atau RigidGhairahPendiamMudah BerubahTidak PeramahImpulsifPesimisOptimistikTenangAktifKuadran I Kuadran II

Kuadran III Kuadran IVPasifPeramahBerhati-hatiGemar BercakapBertimbang RasaResponsifTenangBebasTerkawalKepimpinanJujurBersemangatBoleh DiharapkanSelesaTenteramEkstrovert

MELANKOLIKKOLERIKPHLEGMATIKSANGUINE

Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPINota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh Hippocrates.Sanquine -Blood (darah)Phlegmatik-Phlegm (Kahak)Kolerik-Bile (Hempedu)Melankolik- Black Bile (Hempedu Hitam)** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.Personaliti Melankolik Kuadran IIndividu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak peramah, pesimis dan nampak tenang.Personaliti Kolerik Kuadran II Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah berubah, impulsif, optimistik dan aktif.Personaliti Phlegmatik Kuadran IIIIndividu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.Personaliti Sanguine Kuadran IVIndividu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas, kepimpinan, bersemangat, dan selesa.

INVENTORI PERSONALITI WARNAInventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Pentadbiran Inventori Personaliti Warna IPWWalaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna IPWPengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati..

Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna IPWKesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.

PENTAFSIRAN KHUSUS INVENTORI PERSONALITI WARNA - IPW

Boleh DipercayaiBerdasarkan TeoriKeibubapaanIngin TahuBertanggungjawabKompleksIkut Peraturan FalsafahAdat resamPanjang AkalTradisionalTenangKonservatifSabarSistematikBerpengetahuan

RomantisTidak Suka PeraturanHarmoniAdventuresTulinSpontanKerjasamaGopoh GapahUnikBeraniBerseni Suka PertandinganEmpati Bahaya Tetapi SeronokSetiaBerkemahiran

PERATURANFIKIRAN

PERASAAN KEBEBASANEMASJINGGABIRUHIJAU

Personaliti EmasBersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian. Kata kunci utama: Peraturan dan Bertanggungjawab

Ciri-ciri Diri Mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa Sangat bertanggungjawab Taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia Tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan Bersifat teliti dan wajar Menepati masa Mahu dianggap sebagai orang yang berguna Setia, stabil, ada peraturan dan sistematik Menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga Mengekalkan adat resam Bersifat konkrit

Ciri-ciri di Tempat Kerja Menjaga kestabilan, menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian. Sanggup nekerja keras Prinsip bekerja dulu baru bermain Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan. Dapat menyesuaikan diri dengan mudah

Personaliti HijauCenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik. Kata kunci utama: Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.

Ciri-ciri Diri Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna. Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea. analitikal, investigatif dan hipotetikal Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur. Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan. Pemikiran yang lebih matang daripada umur sebenarCiri-ciri di Tempat Kerja pemikir konsep yang bebas. kerja itu adalah suatu permainan. Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang. suka mereka cipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan. setelah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.

Personaliti BiruBersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kata kunci utama: Romantis serta Sukakan Keharmonian.

Ciri-ciri Diri mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna dalam kehidupan. Inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani berkebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain. Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan. Mesra, taat, menyayangi dan baik hati. Mudah terasa dan lemah lembut. suka berkarya dan memberi ilham dan puitis romantis, bersemangat, gembira dan imaginative suka membelai dan membantu orang lain.Ciri-ciri di Tempat Kerja mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna. bekerja dalam bidang seni, komnikasi, pendidikan, dan profesion menolong orang lain. mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Personaliti JinggaSaya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan berkemahiran. Kata kunci utama: Suka Mengembara atau Adventurous.

Ciri-ciri Diri Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan Menganggap hidup sebagai satu permainan. Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada. Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan. Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan. Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar. Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam. Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka. Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.Ciri-ciri di Tempat Kerja Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin. Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan. seorang perfomer yang semula jadi. sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan. Suka bekerja yang melibatkan fizikal

SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)Skala Konsep Kendiri Tennessee atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan untuk mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah dibina oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran yang sama boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis. Perbezaan antara keduanya adalah daripada segi permarkatan. Stensil pemarkatan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain.Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai segala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.

Pentadbiran Skala Konsep Kendiri Tennessee TSCSWalaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil TSCSPengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil TSCSKesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien. Pentafsiran profil TSCS boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor yang setara dengan Skor T dan Skor Persentil 50. pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan skala-skala berkenaan seperti berikut:1) Kritik DiriSkor min untuk subskala Kritikan-Diri ialah 36. umumnya, skor di bawah min adalah dianggap baik kerana ia menggambarkan individu stabil daripada segi psikologi. Skor yang berada di atas min dianggap kurang baik atau tidak baik kerana ia dikaitkan dengan individu yang kurang stabil daripada segi psikologinya. Ia ini juga dikaitkan dengan konflik rendah diri. Bahagian ini memberi gambaran sejauh mana individu menerangkan kelemahan atau kekurangan dirinya berdasarkan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui oleh kebanyakan individu.

2) Jumlah SkorSkor min untuk skala TSCS secara keseluruhan ialah 348. skala ini menjelaskan konsep kendiri secara keseluruhan tanpa melihat kepada komponen-komponen yang membentuk konsep kendiri. Skor di atas min bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah negatif atau rendah.

3) Identiti KendiriSkor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti identiti individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti identiti kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang Siapa DiriKu. Di sini, individu akan memberikan gambaran tentang identiti dirinya atau bagaimana ia melihat dirinya.

4) Kepuasan KendiriSkor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti kepuasan kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kepuasan kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya sendiri. Secara umum, bahagian ini akan mencerminkan tahap penerimaan individu terhadap dirinya dan setakat mana individu berpuas hati tentang dirinya.

5) Kendiri Tingkah LakuSkor min untuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti tingkah laku kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min menunjukkan kendiri tingkah laku individu adalah negatif atau rendah. Subskala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang Inilah kelakuan saya atau cara saya bertindak. Ia memberi gambaran tentang persepsi individu terhadap perlakuannya dan bagaimana dirinya berfungsi.

6) Kendiri FizikalSkor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri fizikal individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri fizikal individu adalah negatif atau rendah. Dalam bahagian ini, individu memberikan pandangannya tentang keadaan tubuh badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti dan kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.

7) Kendiri Moral dan EtikaSkor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min menunjukkan kendiri moral dan etika individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti kendiri moral dan etika individu adalah negatif atau rendah. Bahagian ini memberi gambaran kendiri individu daripada sudut moral dan susila. Ia menyentuh soal harga diri, perhubungan dengan tuhan, perasaan sebagai orang baik atau orang jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya dalam agama yang dianutinya.

8) Kendiri PeribadiSkor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.

9) Kendiri KeluargaSkor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.

10) Kendiri SosialSkor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di atas min menunjukkan kendiri sosial individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min menggambarkan bahawa kendiri sosial individu adalah negatif atau rendah.

VARIABILITYJumlah V / Total VJumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.Skor min ialah 48. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna 8 komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri individu adalah pelbagai daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep kendiri yang lain. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep kendiri individu adalah seimbang daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep kendiri yang lain.

Jumlah Lajur V atau Column Total VVariasi antara lajur atau column. Skor tinggi menunjukkan wujudnya kepelbagaian skor yang berkaitan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.Skor min ialah 29. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud kepelbagaian berkaitan dengan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.

Jumlah Baris V atau Row Total VVariasi merentas baris atau row. Skor tinggi menunjukkan wujudnya kepelbagaian skor yang berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri.Skor min ialah 19. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud kepelbagaian berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.

Sebaran DSkor min ialah 120. Skor tinggi iaitu skor di atas min menerangkan individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau kenyataan-kenyataan mengenai dirinya. Skor ini mempunyai kaitan dengan kesahan jawapan individu yang menjawab ujian. Skor rendah iaitu skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang atau tidak sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan dirinya.

SENARAI SEMAK MASALAH MOONEY /MOONEY PROBLEM CHECK LIST (MPCL)Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942, edisi pertama yang merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Prosedurnya adalah mudah di mana klien hanya perlu membaca sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhirnya. Alat ini sesuai digunakan bagi mengenal pasti masala-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga golongan dewasa. Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah yang disenaraikan dibahagikan kepada 11 kategori yang mana setiap kategori mengandungi 20 item. Antara kategori masakah tersebut ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran. Penggunaan alat ini adalah bertujuan sebagai persediaan kepada temubual dalam sesi kaunseling. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan tindakan serta sebagai asas kepada pembentukan kelompok bimbingan dan program orientasi.

Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam 30 hingga 45 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Terdapat 3 langkah yang perlu diikuti oleh calon. Pertama, calon dikehendaki membaca senarai masalah yang diberi dengan teliti. Kemudian gariskan masalah yang dirasakan menganggu calon dan tandakan [ / ] di ruangan Masalah Tahap 1. Setelah selesai, semak semula masalah-masalah yang telah ditandakan [ / ] dan pilih mana-mana masalah yang dirasakan benar-benar menganggu dan tandakan masalah-masalah ini dengan memberi tanda [ // ] di ruangan Masalah Tahap 2. Yang terakhir calon dikehendaki menjawab soalan-soalan rumusan di akhir borang.Seterusnya calon dikehendaki mengira kekerapan item yang ditanda [ / ] dan [//] mengikut kategori soalan yang telah ditetapkan dan mengisi borang jawapan dibawah.

Kekerapan yang ditanda

Bil.Kategori masalahSusunan item[/][//]

1Kesihatan dan fizikal1-10111-120

2Kewangan dan kehidupan11-20121-130

3Kegiatan sosial dan hiburan21-30131-140

4Perkhawinan dan seks31-40141-150

5Perhubungan sosial dan Psikologikal41-50151-160

6Masalah Psikologikal51-60161-170

7Masalah Moral dan Agama61-70171-180

8Masalah Keluarga dan Rumahtangga71-80181-190

9Masalah Akademik dan Kerjaya81-90191-200

10Masalah Penyesuaian dalam kerja91-100201-210

11Masalah Kurikulum dan Kaedah Pengajaran101-110211-220

Pentafsiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)Setelah calon/pelajar menandai masalah-masalah yang dirasakan menganggu kehidupannya, guru atau kaunselor perlu meneliti item-item yang ditandakan dan megenal pasti masalah-masalah yang terlalu menganggu kehidupan pelajar atau calon tersebut. Kategori yang paling banyak ditanda dengan [ // ] boleh diklafikasikan sebagai masalah utama yang mengganggu klien atau pelajar tersebut. Bagi kaunselor, borang ini boleh digunakan untuk tujuan sesi kaunseling. Bagi guru, borang ini dapat membantu guru untuk menolong pelajar menyelesaikan atau meringkan masalah yang ditanggung pelajar.

DEPRESSION, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun 1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diaptasikan kepada Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor, alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS digunakan untuk mengesan tahap depression (kemurungan), anxiety (kebimbangan) dan stress (tekanan).DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak lansung menggambarkan keadaan klien. 1 mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2 menggambarkan penyataan yang banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3, mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya. Pentadbiran Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon juga diingatkan untuk tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam menjawab sesutau penyataan tersebut. Calon dikehendaki menandai setiap penyataan antara 0-3. Setelah selesai menjawab, calon dikendaki memindahkan markah kedalam borang jawapan mengikut nombor-nombor penyataan / item yang telah diberikan. Depression mewakili item 3, 5, 10, 13, 16, 17 dan 21. Manakala Anxiety mewakili item 2, 4, 7, 9, 15, 19 dan 20. Stress pula mewakili item 1, 6, 8, 11, 12, 14 dan 18. Kemudian, calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.Interpretasi Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)`Terdapat dua cara interpretasi DASS boleh dilakukan. Yang pertama penetapan wajaran dibahagikan kepada 5 tahap wajaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk/akut dan sangat akut. Yang kedua penetapan wajaran dibahagikan kepada tiga tahap wajaran iaitu simptopm ringan, simptom sederhana dan imptom akut1. Penetapan wajaran DASS (lima tahap wajaran)Tahap WajaranDepressionAnxietyStress

NORMAL0-50-40-7

RINGAN6-75-68-9

SEDERHANA8-107-810-13

TERUK/AKUT11-149-1014-17

SANGAT AKUT15+11+18+

Interpretasi RingkasNORMALKehidupan yang selesa

RINGANSihat

SEDERHANAHarus mencari pengetahuan mengenai pengurusan mental

TERUK/AKUTBerjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus kesihatan mental dengan lebih positif

SANGAT AKUTBerjumpa dan berbincang dengan kaunselor serta merujuk kepada psikiatris jika perlu.

2. Penetapan wajaran DASS (tiga tahap wajaran)

StressSimptom ringan (0-7)Mengalami simptom ringan dalam membangkitkan situasi tidak relaks rasa gementar yang normal serta permakanan yang biasa, rasa meradang yang tidak berlarutan dan menunjukkan sedikit kurang kesabaran

Simptom Sederhana (8-14)Mengalami situasi kurang bertenang, gementar dan berdebar-debar yang sederhana, kadang-kadang meradang tidak tentu arah dan kurang bersabar serta cepat bertindak yang agresif

Simptom Akut (15-21)Tidak tenteram dn mengalami gangguan emosi dan pemikiran, debaran jantung yang kencang, berperasaan marah dan kemungkinan agresif.

Anxiety Simptom ringan (0-4)Perasaan bimbang yang tiba-tiba tetapi masih terkawal, rasa ketegangan otot-otot dan mengalami pemikiran bimbang terhadap sesuatu pengalaman lampau.

Simptom Sederhana (5-12)Perasaan risau dan takut datang secara tiba-tiba. Regangan otot-otot yang sederhana serta keletihan. Peristiwa dan pengalaman lalu yang menakutkan/bimbangkan semakin terasa dan memerlukan masa agak panjang untuk meredakannya.

Simptom Akut (13-21)Mempunyai simptom kemimbangan yang akut. Ada kalanya wujud masalah kekejangan otot. Serta illusi dan delusi mulai menganggu pemikiran dan emosi.

DepressionSimptom ringan (0-7)Simpton ringan terhadap emosi dan pemikiran yang tiada tempat memohon belas, dysphoria (rasa sedih) yang tiba-tiba , kurang berinteraksi, kurang melibatkan diri , hilang rasa seronok (abhendonia) dan sendi-sendi terasa lengai/kaku(inertia)

Simptom Sederhana (8-14)Pemikiran dan emosi mulai tidak seimbang tapi masih terkawal. Dysphoria yang sederhana dan mungkin menangis, kurang berinteraksi dan menyendiri keseronokan yang terenggut dan badan terasa lengai/kaku jika dilayani perasaan dan emosi sedih.

Simptom Akut (15-21)Simptom akut terhadap emosi sedih yang terlalu berat untuk diluahkan. Memerlukan rawatan dan tindakan susulan. Menyendiri dan psikosomatif yang hebat jika tidak dirawat.

INVENTORI PENGURUSAN STRESSStress adalah tindakbalas fizikal, emosi, dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Inventori Pengurusan Stress mengandungi 24 item yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Calon dikehendaki menilai setakat mana item-item tersebut benar tetang diri calon. Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap seseorang dalam mengurus atau menghadapi masalah-masalah dalam kehidupan serta meihat adakah masalah-masalah tersebut boleh menyebabkan stress dalam kehidupannya. Skala pemarkahan yang digunakan dalam Inventori Pengurusan Stress ini adalah five-point Likert-scale berdasarkan julat antara 1-5. Nombor 1 adalah bagi pernyataan yang menunjukkan sangat tidak setuju. 2 mewakili pernyataan yang menunjukkan kurang setuju. 3 menujukkan pernyataan yang neutral.4 mewakili pernyataan yang menunjukkan setuju dan 5 menunjukkan pernyataan yangsangat setuju.

Pentadbiran Inventori Pengurusan StressSeelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki menanda satu skala sahaja bagi setiap pernyataan yang dirasakan paling benar tentang dirinya. Kemudian, setelah selesai, calon dikehendaki mencampuur semua markah bagi item-item tersebut berdasarkan skala pemarkahan yang diberikan.

Interpretasi Ringkas Inventori Pengurusan StressSkorHuraian

24 50Melakukan dengan baikCalon boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik

51 75Bagus sekiranya anda mencegahCalon boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres yang berkesan

76 100Calon bakal menghadapi stressCalon perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres

101 120Calon sedang menghadapi stressCalon perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup. Calon juga dimestikan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Jika perlu, calon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor.

SOAL SELIDIK GAYA KEPIMPINANKepimpinan ialah satu kegiatan atau snei mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama yang didasarkan pada kemampuan ornag tersebut dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan kelompok. Kepimpinan juga adalah kemampuan seseorang mempengaruhi dan memotivasi orang lain untuk melakukan sesuatu sesuai tujuan bersama. Kepimpinan meliputi proses mempengaruhi dalam menentukan tujuan organisasi, memotivasi perilaku pengikut untuk mencapai tujuan, mempengaruhi untuk memperbaiki kelompok dan budayanya. Kepimpinan adalah berdasarkan tiga teori utama iaitu teori sifat (traits theory of leadership), teori tingkahlaku (behavioural theory) dan teori kontigensi (contingency theory). Teori sifat menerangkan bahawa manusia mewarisi sifat-sifat tertentu iaitu sebagai pemimpin dalam menjalankan fungsi kepimpinan. Teori tingkahlaku pula menerangkan bagaimana sikap kepimpinan itu harus dan boleh dibentuk dan dididik. Manakala, teori kontigensi pula memfokuskan kepada gaya kepimpinan yang paling sesuai untuk situasi tertentu. Teori ini juga turut merumuskan bahawa tiada gaya kepimpinan yang terbaik dalam segala situasi.Soal selidik Gaya Kepimpinan ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepimpinan seseorang individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil sifat-sifat kepimpinan dalam diri seseorang serta kecekapannya untuk memimpin. Soal selidik ini juga bertujuan untuk menerapkan kebolehan meneraju, merancang, menggerak, dan mempengaruhi seseorang ke arah kebaikan dan positif serta menggalakkan individu melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan visi yang jelas serta mempertimbangkan segala risiko. Inventori Kepimpinan Informasi ini mengandungi 90 item yang mewakili 9 konstruk utama tantang gaya kepimpianan iaitu Strategic Leadership (STR), Tranformational Leadership (TRN), Visisoner Leadership (VIS), Charismatic Leadership (CHR), Empathy Leadership (EMP), Moral Leadership (MRL), Services Leadership (SVR), Enterprising Leadership (ENT), dan Innovative Leadership (INO). Setiap konstruk mempunyai 10 iteam. Soal selidik mengandungi dua pilihan jawapan sahaja iaitu Ya atau Tidak sahaja.

Pentadbiran Soal Selidik Gaya KepimpinanSeelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki memilih satu jawapan sahaja samada Ya atau Tidak sahaja. Kemudian calon dikehendaki mengira bilangan yang bertanda Ya sahaja dan mengisi jumlah tersebut menhikut kategori yang telah disediakan di dalam borang jawapan. Kemudian calon dikehendaki mengira peratusan (%) setiap kategori. Formulanya adalah :

Sebagai contoh:% = = 70%Kemudian, calon dikehendaki membina garaf mengikut peratusan setiap kategori.

Intepretasi Soal-selidik Gaya KepimpinanBagi interpretasi gaya kepimpinan, calon boleh melihat gaya kepimpinan mana yang mempunyai peratus yang paling tinggi dan itu menunjukkan gaya kepimpinan yang paling dominan kepada dirinya. Interpretasi ini dapat dibahagikan kepada 3 skala pemarhan utama iaitu 1-40% merupakan tahap rendah, 41-70% merupakan tahap pembangunan dan 71-100% merupakan tahap cemerlang. Bil.Gaya KepimpinanHuraian

1.Strategik Leadership (STR) Focus decision maker Bijak merancang masa depan Bersifat Proaktif dan pragmatik Fokus kepada kaedah sinergi Tekun dalam berusaha tetapi mudah sensitif Terkadang ingin menjadi perfect dan sempurna

2.Tranformational Leadership (TRN) Developmental decision maker Berupaya mengubah secara drastik Tumpuan kepada the whole Fokus kepada penampilan bakat Optimis dan yakin diri

3.Visioner Leadership (VIS) Logical decision maker Berfikiran terbuka dan bebas Idea dan jangka panjang yang luas Sanggup menghadapi risiko Orientasi masa depan Persekitaran dan peluang unsur perubahan yang utama.

4.Charismatic Leadership (CHR) Supportive coach Wibawa/watak pemimpin semulajadi Berupaya mengolah corak kepimpinan Mempunyai kuasa mutlak dan berpengaruh Energetic dan berdaya juang Orientasi Here and Now Fikiran yang beragenda

5.Emphaty Leadership (EMP) Adaptable problem solvers Emosi , fikiran dan tindakan yang tenang Orientasi budi bicara, boleh dibawa berbincang. Berperikemanusiaan Mengharap sokongan untuk bertindak Fleksibel dalam membuat keputusan Fokus kepada kebajikan dan nilai

6.Moral Leadership (MRL) Value base decision maker Pemikiran dan tindakan melambangkan nilai/kualiti individu Orientasi kepada integriti Menjaga imej dan penampilan Sering memikirkan orang lain / orang yang dipimpin Sebagai model / suri teladan

7. Service Leadership (SVR) Management setting Pemikiran dan tindakan berasaskan kepentingan / bidang tugas Rigid dengan prosedur dan rutin Pemantauan dan follow-up senjata kejayaan Berupaya memisahkan kepentingan peribadi dengan kepimpinan Orientasi akur perintah dan arahan Fokus kepada disiplin dan tatatertib Utamakan hasil

8.Enterprising Leadership (ENT) Tindakan berasaskan kepentingan dan manfaat diri dan orang lain Fokus kepada sesuatu Hasil dan produk diutamakan Memerlukan sokongan dan dorongan orang lain Mudah dipengaruhi oleh situasi yang memberi faedah kepada diri Berupaya memenuhi kehendak orang yang dipimpinnya

9. Innovative Leadership (INO) Creativity maker Tindakan yang tersusun dan berperancangan Orientasikan kepada sesuatu yang baru Berupaya mencetuskan idea dan pemikiran yang berbeza Kritikal dan prihatin Energetik dan selalu bersemangat Jati diri yang tinggi Pengalaman merupakan kunci kejayaan

INVENTORI PERSONALITI PLUSPersonaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada Florence Littauers Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself. Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil keupayaan strengths profile dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan weaknesses profil. Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personality iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic. Pentadbiran InventoriPersonaliti PlusBagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10 hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya dan bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan spontan adalah jawapan yang terbaik.Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut. Kemudian, calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari Profil Personaliti kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan bahawa susunan perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama. Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah jawapan bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua kekuatan dan kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah yang paling tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan melihat markah kedua tertinggi.Interpretasi Inventori Personaliti Plus1. Popular SanguinePopular Sanguine (Burung Merak)Unsur alam: tanahMaksud :bermuka merahSifat: ekstrovert, peramah, optimisKata Kunci: Fun, ExcitementMottoFun, Fun, Fun

KerjayaJurujual, hiburan, public speaking

Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan perhatian

KekuatanPromoters, enthusiastic, creative, high energy, sentiasa bersedia

KekuranganPelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak menentu, mudah ubah fikiran

PakaianStylish, flamboyant, coloutrful

Perkara yang tidak disukaiTidak dapat bergembira, facts and figures, bersendirian

Realiti Pergi kursus sorang-sorang, balik kursus 5 orang; Suka hadiah walaupun kecil tetapi sangat gembira, sebulan tak habis cerita; Spontan boleh gantikan pengacara majlis walaupun short notice; Pelupa lupa park kereta, lupa letak pen-drive ; banyak buang masa mencari; Mudah ubah fikiran- pagi lain, petang lain.

2. Perfect MelancholicPerfect Melancholic (Burung Hantu)Unsur alam: anginMaksud :sayu, murung, hiba, sugul yang sempurnaSifat: introvert, pemikir, pesimisKata Kunci: why, graphs, charts, research

MottoLets get the facts and figures

KerjayaAccountant, engineer, research

Suara Soft & polite

KekuatanOrganized, planners, accurate, persistent, follow through, romantic, loyalty

KekuranganOver analytical, hard to please, lonely, suka merajuk

PakaianFormal, conservative

Perkara yang tidak disukaiPushy people, no facts, being late

Realiti Sidai baju teratur, ikut sistem; mula yang besar dahulu baru , baru sidai yang kecil-kecil; Lipat baju pun sama, lipat kain dulu, kemudian baju, seluar, seluar dalam, akhirnya nasi lemak kat atas sekali; jadi piramid. Cara picit ubat gigi kena picit di bawah dulu, mesti ikut peraturan. Menonton filem - beremosi, nangis dulu sebelum pelakonnya menangis.

3. Powerful CholericPwerful Choleric (Burung Helang)Unsur alam: apiMaksud :cepat marah, lekas meradang, sangat kuat, berkuasaSifat: ekstrovert, pelaksana, optimisKata Kunci: money, power, control, to the point, gila kerjaMottoGets out of my way

KerjayaCEO, attorney, airline pilot

Suara Forceful with volume

KekuatanFocused, goal oriented, intense, berdikari, bakat kepimpinan

KekuranganEgo, domineering, unteachable, impatient, short tempered, tiada tolernsi, kurang fleksibel

PakaianDress for success

Perkara yang tidak disukaiIndecision, chit-chat, losing control

4. Peaceful PhlegmaticPeaceful phlegmatic (Burung Merpati) Unsur alam: airMaksud :air yang tenang dan dingin, dingin kepala, berdarah dinginSifat: introvert, pemerhati, pesimisKata Kunci: team, together, relationship, familyMottoLets be friends

KerjayaTeacher, nurse, counselor

Suara Soft and gentle

KekuatanDependable, team player, patient, supportive, nurturing, calm, good listener

KekuranganOver sensitive, followers, not goal oriented

PakaianCasual and comfortable

Perkara yang tidak disukaiPushy people, bullies, conflict

EMOTIONAL QUOTIENT

Emotional Quotient (EQ) diperkenalkan oleh Peter Salovey dan John D. Mayer pada tahun 1990. Mayer (197) dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk menakul emosi yag terbahagi kepada empat perkara iaitu mempersepsi emosi; menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosidan mengurus emosi. Menurut Goleman, kecerdasan emsosi merujuk kepada keupayaan seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan mesra dan baik.Emotional Quotient (EQ) adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi serta mengenal pasti emosi diri sendiri. Didalam EQ, terdapat lima domain utama yang diberi perhatian. Domain-domain tersebut ialah Self Awareness (menyedari emosi kendiri), Self Regulation (mengawal emosi kendiri), Self Motivation (motivasi kendiri), Emphaty (empati) dan Social Skill (kemahiran sosial).Ujian Emotional Quotient ini mengandungi 50 item dan 5 konstruk utama iaitu kesedaran kendiri, pengurusan masa, motivasi diri, empati dan hubungan interpersonal. Ujian ini didatangi dengan 3 pilihan jawapan iaitu Ya, Adakalanya, dan Tidak.

Pentadbiran Ujian Emotional QuotientSeelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah diberikan. Skala markat tersebut adalah YA:2, ADAKALANYA:1, dan TIDAK:0. Setiap jawapan hendaklah dimasukkan markat skala. Sebagai contoh; Saya boleh mengawal perasaan marah saya dalam sebarang situasi: Ya maka dimasukkan (2).Untuk pengiraan markah, calon dikehendaki mengira markah bagi item yang bertanda yadan adakalanya sahaja. Kiraan markah hendaklah dicampur mengikut lajur dari atas ke bawah seperti yang terdapat didalam boring jawapan. Interpretasi Ujian Emotional QuotientSkala pemarkahan bagi Emotional Quotient adalah seperti berikutSkor JumlahTahap

0 5Rendah

6 15 Sederhana

16 20Tinggi

Berikut merupakan interpretasi bagi 5 konstruk utama yang terdapat dalam emotional quotient:KonstrukHuraian

1. Kesedaran Kendiri Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Goleman (1999): Mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh. Weisenger (1998): kesedaran kendiri ialah kebolehan memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas kearah sesuatu matlamat.

2. Pengurusan Emosi Mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan tugasan. Berhemah dan menangguhkan sementara perasaan untuk memuaskan hati dalam mengejar matlamat, dan cepat pulih daripada tekanan emosi (Goleman 1999). Weisenger (1998): kawalan kendiri ialah memahami emosi terbabit dan menggunakan emosi tadi secara positif untuk mengawal keadaan.

3. Motivasi Diri Adalah dengan menggunakan kehendak utama hati dalam menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai tujuan. Membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri, dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999). Menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan, projek dan lain-lain.

4. Empati Boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan keserasian dengan individu yang pelbagai latarbelakang (Goleman 1999). Melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang, memahami paradigma mereka dan juga memahami perasaan mereka sepenuhnya secara emosional dan juga intelektual.

5. Perhubungan Interpersonal Dapat mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan matlamatnya serta mahir memujuk dan memimpin Berunding dan menyelesaikan konflik untuk mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).

MULTIPLE INTELLIGENCE TEST / UJIAN KECERDASAN PELBAGAITeori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Bagi inventori kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) ini mengandungi 50 item yang disertai dengan jawapan berasaskan Likert-scale berdasarkan julat 1-5. Kesemua item-item ini diwakili oleh 10 konstruk yang berbeza iaitu verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, logik-matematik, visual-ruang, kinestatik, musik, naturalis, moral, dan spiritual. Setiap konstruk mewakili 5 item. Pilihan jawapan bagi ujian kecerdasan pelbagai ini mempunyai 5 pilihan jawapan iaitu 1. Tidak pernah; 2. Sekali-sekala; 3. Kadang-kadang; 4. Sering kali; dan 5. Setiap kali. Pentadbiran Multiple Intelligence TestBagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10 hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah diberikan. Skala markat tersebut adalah TIDAK PERNAH:1, SEKALI-SEKALA:2, KADANG-KADANG:3, SERING KALI:4, dan SETIAP KALI:5. Kemudian, calon dikehendaki memindahkan markah kedalam jawapan mengikut nombor item yang telah ditetapkan. Kesemua markah hendaklah dicampur mengikut kategori seperti yang terdapt didalam borang jawapan. Seterusnya, calon dikehendaki mengenalpasti tiga kategori kecerdasan yang mendapat markah yang paling tinggi.

Interpretasi multiple Intelligence TestJenis KecerdasanSifat DiriKerjaya yang Sesuai

Verbal Linguistik

Suka membaca, menulis dan bercerita Penggunaan tatabahasa yang baik Mencipta puisi dan cerita Bermain dengan kata-kata, teka-teki dan berpuisi bertutur dan menulis dengan bahasa yang baik*Guru*Pemberita*Peguam*Penceramah*Pegawai perhubungan*Jurujual*Perunding

Interpersonal/ Sosial Emosi Suka berkawan Bekerjasama dalam kumpulan Memahami dan memotivasikan orang lain peka terhadap orang lain dan mampu berinteraksi secara berkesan Keprihatinan terhadap keperluan orang lain*Guru*Jurulatih*Fasilitator*Mentor*Kaunselor*Ahli politik*Ketua masyarakat*Jurujual*Pekerja sukarela

Intrapersonal Tahu kekuatan & kelemahan diri menggunakan pengetahuan sebagai panduan membuat keputusan & menetapkan matlamat mampu mengawal perasaan sendiri belajar melalui pemerhatian & mendengar dengan teliti menggunakan pemikiran metakognisis*Ahli Psikologi*Ahli Falsafah*Novelis*kaunselor*guru

Logik-Matematik menangani masalah secara logik mengenal & menyelesaikan masalah yang memerlukan penakulan suka bekerja dengan nombor & menganalisi situasi menunjukan ketepatan dalam menyelesaikan masalah*ahli matematik*akauntan*juruwang*jurutera*ahli fizik*pengurus bank*doctor

Visual-Ruang Berfikir dalam 3 dimensi, peka berkaitan objek dalam ruang Baca peta Suka terhadap susunan gambar (jigsaw puzzle/teka kata) Lukis /warna lukisan 3-D* Arkitek* Pereka grafik* Perancang Bandar* Hiasan dalaman* Kartunis

Muzikal Peka kepada bunyi bukan hanya lisan tetapi termasuk melodi dan nada rima D engar dan bermain muzik Menyanyi dan menari Boleh bekerja sambil mendengar lagu Mengubah lagu Pengubah lagu Penyanyi Penerbit Penari Konduktor Guru muzik

Naturalis Mudah melihat perkaitan pola dalam alam tumbuhan dan haiwan. Peka terhadap alam sekitar Menghargai dan meminati alam sekitar Suka Mermerhati Petani Pendaki gunung Permal cuaca Ahli ekologi Ahli zoology Nelayan

Kinestatik Berkomunikasi dengan gerak badan yang sesuai bagi menyampaikan mesej secara berkesan. Berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas Guna bahasa badan Suka menari dan berlakon Ahli sukan Penari Mekanik

Moral dan Etika Pengamal disiplin diri yang patuh kepada undang-undang. Sering menegakkan kebenaran dan keadilan serta jujur Menunjukkan komitmen terhadap isu-isu moral Berani menegakkan kebenaran dan keadilan Jujur, yakin, dan mempunyai integrity diri yang tinggi Peguam Pemimpin agama Ahli falsafah Pakar undang-undang Kaunselor Guru agama dan moral

Spiritual Sentiasa mencari kebenaran dan erti kehidupan.keupayaan menghubungkan manusia dengan pencipta dan mampu menghubungkaitkan jasad dan roh Memahami kewujudan tuhan. Mencari hubungan manusia dan tuhan. Mencari keseimbangan antara fikiran, jasad, roh @ semangat dan persekitaran. Ahli falsafah Ulama Pendakwah

Penerangan yang lebih jelas tentang lapan jenis kecerdasan adlah seperti berikut:1. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.

2. Logik-Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

3. Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

4. Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

5. Muzik

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

6. Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

7. Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

8. Naturalis

Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.

PROFIL PERSONALITI TAJMA (PPT-R)

Profil Personaliti TAJMA (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukurdimensi personaliti seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 tret personaliti diri yang diukur menerusi 83 item. Profil personaliti ini telah diperkenalkan oleh Mohd. Tajudin Ninggal. Skala pemarkahan profil ini adalah berdasarkan Likert-scale yang didatangkan dengan 3 pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar.

Pentadbiran Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 15 hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.Berdasarkan tiga pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar, calon dikehendaki menanda hanya satu jawapan yang pertama sekali terlintas di fikiran selepas membaca pernyataan tersebut. Bagi pemarkahan, calon dikehendaki mengisi markah/nilai bagi setiap item di borang jawapan yang telah disediakan. Nilai bagi setiap jawapan adalah seperti berikut;

SkalaNilai

ASangat Benar2

BBenar1

CTidak Benar0

Kemudian, calon dikehendaki mencampur semua nilai yang diberikan mengikut kategori seperti yang telah disediakan didalam borang jawapan.

Interpretasi Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)

INVENTORI TAHAP STRESSInventori Tahap Stress ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap stress yang dialami oleh seseorang individu. Inventori ini juga diguna untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang stress yang dialami serta adakah individu tersebut boleh mengawal stress tersebut atau tidak. Inventori ini terdapat dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.Inventori Tahap Stress ini terdiri daripada 20 item yang diwakili oleh 4 konstruk utama iaitu Stress Master, Stress Expert, Stress Novice dan Stress Out. Skala pemarkahan bagi inventori ini pula adalah menggunakan kaedah Likert-scale berdasarkan julat markah antara 1-5. 1 mewakili jawapan Kerap, 2 untuk Selalu, 3 untuk Kadang-kadang, 4 pula untuk Jarang-jarang dan 5 untuk Tidak Pernah.Pentadbiran Inventori Tahap StressSeelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.Calon dikehendaki mengisi markah antara 1 hingga 5 yang menggambarkan situasi berkenaan bertepatan dengan apa yang dialami calon didalam kotak yang telah disediakan. Kemudian, calon dikehendaki mencampur kesemua markah bagi 20 item tersebut. Tahap stress boleh dikenalpasti berdasarkan jadual berikut.

MarkahTahap Stress

20 35Stress Master

36 49 Stress Expert

50 75Stress Novice

76 100Stressed Out

Interpretasi Inventori Tahap StressStress MasterIndividu yang berada pada tahap ini merupakan seorang yang pandai dan tahu bagaimana untuk berhadapan dengan stress. Dia juga boleh menguasai teknik mengatasi stres dengan baik.

Stress ExpertIndividu yang berada pada tahap ini tahu bagaimana untuk mengatasi stress. Tetapi, kadang kala, dia juga tetap mengalami stress atas beberapa perkara. Walaubagimanapun, stress tersebut tidak mengganggu kehidupannya.

Stress NoviceIndividu yang berada pada tahap stress novice masih mampu mengawal stress namun hanya sebentar.

Stressed OutIndividu yang berada pada tahap ini telah mengalami stress yang agak kritikal. Individu ini langsung tidak tahu bagaimana untuk mengatasi stress dan stress ini juga mengganggu kehidupannya.