analisis data kualitatif

13
ANALISIS DATA KUALITATIF DR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN UNISZA

Upload: wmkfirdaus

Post on 16-Apr-2017

1.011 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis data kualitatif

ANALISIS DATA KUALITATIFDR. WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDINUNISZA

Page 2: Analisis data kualitatif

LANGKAH-LANGKAH ANALISIS DATA KUALITATIF

Page 3: Analisis data kualitatif
Page 4: Analisis data kualitatif

LANGKAH 1 : PENYUSUNAN DAN PENYEDIAAN DATA• Langkah pertama dalam analisis data• Membuat penyediaan terhadap data mentah

yang diperolehi dalam proses pengumpulan data• Transkripsi data temubual / video• Mengimbas gambar • Menulis semula catatan nota lapangan• Mengasingkan dan menyusun data mengikut jenis-

jenisnya berdasarkan sumber perolehan data.

Page 5: Analisis data kualitatif

LANGKAH 2: PEMBACAAN KESELURUHAN DATA• Membaca keseluruhan data yang diperolehi• Dilakukan untuk:

• mendapatkan pengertian umum daripada data • membuat refleksi terhadap maksud keseluruhan

• Kadang kala mendapatkan input yang tidak kelihatan ketika pengumpulan data dilakukan

• Mengenal pasti kredibitili sesuatu data berbanding data lain.

• Pada peringkat ini pengkaji mula membuat dan menulis kesimpulan awal berdasarkan data yang diperolehi.

Page 6: Analisis data kualitatif

LANGKAH 3: PENGEKODAN DATA• Pengekodan : Satu proses mengorganisasi data

kepada bahagian-bahagian atau segmen-segmen berdasarkan teks sebelum menyampaikan maksud daripada data tersebut (Rossman & Rallis, 1998:171)

• Termasuk mengambil data berbentuk teks atau gambar yang dikumpulkan ketika pengumpulan data:• Mengkategorikan petikan-petikan atau gambar kepada

kategori tertentu• Melabelkan kategori tersebut dengan istilah/nama khusus

responden / pengkaji (in vivo term)

Page 7: Analisis data kualitatif

• Pengekodan boleh juga dibuat berdasarkan:• Kod yang biasa digunakan untuk topik /

perbincangan tersebut (diperolehi melalui tinjauan literatur pengetahuan umum)

• Kod yang mengejutkan dan tidak dijangka pada permulaan penyelidikan.

• Kod yang baru / kurang digunakan dan menarik perhatian pembaca (asmussen & Creswell, 1995).

• Kod yang menunjukkan teori yang umum dalam penyelidikan

Page 8: Analisis data kualitatif

JENIS-JENIS FENOMENA YANG BOLEH DIKODKAN (ADAPTASI DARIPADA BOGDAN DAN BIKLEN, 1992; STRAUSS, 1987; MASON, 1996; DAN GIBBS, 2006)

• Tingkahlaku, aksi spesifik• Peristiwa –yang dilakukan dan menjadi perbualan.• Aktiviti – melibatkan manusia dalam suasana tertentu• Strategi, amalan atau taktik• Keadaan umum yang dialami oleh responden• Makna.• Penyertaan – adaptasi kepada situasi baru• Perhubungan dan interaksi• Syarat atau kekangan• Akibat• Refleksif – peranan pengkaji dalam proses, bagaimana data diperoleh

Page 9: Analisis data kualitatif

PENGUNAAN PERISIAN KOMPUTER• Lebih efisyen dalam penyimpanan dan pencarian data

kualitatif• Sangat sesuai apabila melibatkan data yang besar (pencarian

lebih cepat kepada kod-kod yang telah ditetapkan)• Mempunyai ciri-ciri analisis tertentu yang boleh dipilih• Contoh Perisian:

• MAXqda• Atlas.ti• Qsr Nvivo• HyperRESEARCH

Page 10: Analisis data kualitatif

LANGKAH 4: PENGKELASAN KEPADA TEMA & DESKRIPSI• Setelah data dikodkan, langkah seterusnya

ialah membuat perincian kepada kod-kod tersebut.

• Ini dilakukan dengan membahagikan kepada tema atau deskripsi (perincian tentang subjek kajian) tertentu.

• Tema atau deksripsi akan menjadi dapatan utama kajian

• Hubung kait antara setiap tema atau deskripsi juga merupakan perkara penting dalam kajian kualitatif

Page 11: Analisis data kualitatif

LANGKAH 5: INTERPRETASI DATA• Langkah terakhir dalam analisis data iaitu menginterpretasi

data atau menjelaskan maksud data-data yang telah dikumpulkan.

• Soalan utama kepada perbincangan – Apakah yang telah diperolehi / dipelajari daripada data-data yang dikumpulkan? (Lincoln & Guba, 1985)

• Melibatkan daya kretiviti pengkaji (jadual, graf & sbgainya boleh dimasukkan)

• Perbandingan dengan teori / literatur lepas• Perlu disokong dengan bukti

Page 12: Analisis data kualitatif

KAEDAH ANALISIS DATA KUALITATIF

• Kaedah Analisis Kandungan• Kaedah Tipologi • Kaedah Taksonomi • Kaedah Perbandingan • Kaedah Induksi Analitik • Kaedah Analisis Matrik • Kaedah Analisis Peristiwa • Kaedah Analisis Metafora • Kaedah Analisis Hermeneutikal • Kaedah Analisis Perbincangan

Page 13: Analisis data kualitatif

ANALISIS KANDUNGAN

• Analisis kandungan adalah salah satu kaedah analisis yang dijalankan terhadap penyelidikan berbentuk kajian kualitatif (Neuendorf, 2002:1; Schreier, 2012:1).

• Analisis ini digunakan untuk meneliti dan menjelaskan tafsiran yang terdapat dalam dokumen.

• Analisis kandungan merupakan satu teknik penyelidikan dengan membuat kesimpulan secara sistematik dan objektif melalui data berbentuk dokumen (Rohana Yusof, 2004:34; Krippendorff, 2004:18).

• Dalam bentuk peratusan atau data yang sudah terperinci