analisis data ruang

12
Analisis data ruang Dalam analisis spatial dibuat, kreteria-kreteria menjadi sumber utama dalam menghuraikan dan membuat analis data bagi kawasan kajian yang akan dipilih. Kreteria in dipilih berdasarkan kepada keperluan terhadap pemilihan bagi kawasan pembangunan Taman Tema. Terdapat 6 kreteria yang telah dikenalpasti untuk digunakan dalam analisis ruang bagi kawasan Taman Tema. Antara kreteria tersebut adalah : 1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon pelancongan dan rekreasi. 2. Jarak dari pusat bandar adalah 5 km 3. Jarak dari petempatan utama minimum 1 km 4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km 5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air 6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100 ekar) Setelah kreteria ditentukan, penghasilan data akan diperolehi melalui jalan kerja yang dilakukan dengan menggunakan perisian aplikasi ArchView 3.3. Perisian ini memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema di negeri Pulau Pinang. Di akhir proses analisis, data yang diperolehi akan menghasilkan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria yang telah ditetapakan. Analisis 1 : Jenis pemilihan kreteria 1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon pelancongan dan rekreasi.

Upload: tuan-adli

Post on 01-Jul-2015

94 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis data ruang

Analisis data ruang

Dalam analisis spatial dibuat, kreteria-kreteria menjadi sumber

utama dalam menghuraikan dan membuat analis data bagi kawasan

kajian yang akan dipilih. Kreteria in dipilih berdasarkan kepada keperluan

terhadap pemilihan bagi kawasan pembangunan Taman Tema. Terdapat 6

kreteria yang telah dikenalpasti untuk digunakan dalam analisis ruang

bagi kawasan Taman Tema. Antara kreteria tersebut adalah :

1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon

pelancongan dan rekreasi.

2. Jarak dari pusat bandar adalah 5 km

3. Jarak dari petempatan utama minimum 1 km

4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km

5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air

6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100 ekar)

Setelah kreteria ditentukan, penghasilan data akan diperolehi melalui

jalan kerja yang dilakukan dengan menggunakan perisian aplikasi

ArchView 3.3. Perisian ini memainkan peranan penting dalam menentukan

pemilihan kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema di negeri Pulau

Pinang. Di akhir proses analisis, data yang diperolehi akan menghasilkan

kawasan yang memenuhi kesemua kreteria yang telah ditetapakan.

Analisis 1 : Jenis pemilihan kreteria

Page 2: Analisis data ruang

1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon

pelancongan dan rekreasi.

Kreteria utama adalah zon bagi kawasan Taman Tema hanya dibenarkan

dalam kawasan zon pelancongan dan rekreasi sahaja. Di Pulau Pinang,

terdapat beberapa kawasan yang telah dizonkan menjadi kawasan

pelancongan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang. Zon-zon

tersebut terdiri daripada zon

2. Jarak dari pusat bandar minimum 5 km

Gambarajah 1: zon pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang berdasarkan RSN

Page 3: Analisis data ruang

Dalam pemilihan tapak Taman Tema, keperluan jarak kawasan daripada

bandar adalah sejauh 5 kilometer minimum. Dalam kajian yang dibuat,

bandar-bandar terlebih dahulu di kenal pasti di Pulau Pinang. Antara

bandar yang terdapat di Pulau Pinang adalah bandar Batu Feringgi,

Tanjung Bungah, Tanjong Tokong, Bukit Bendera, Georgetown, Jelutong,

Gelugor , Balik Pulau, Bayan Lepas dan Ayer Itam. Dalam kreteria ini, bagi

kawasan yang berada dalam kawasan radius tidak akan dipilih sebagai

kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema. Kawasan yang berada

diluar kawasan radius kebarangkalian akan dipilih.

3. Jarak dari pusat petempatan utama minimum 1 km

Pemilihan kawasan Taman Tema hendaklah sekurang-kurang mempunyai radius 1 kilometer dari kedudukan pusat petempatan utama di Pulau

Gambarajah 2: Radius 5 kilometer dari pusat bandar yang terdapat di Pulau Pinang

Page 4: Analisis data ruang

Pinang. Kawasan pusat petempatan utama dikenalpasti melalui data yang diperolehi daripada Geoportal Pulau Pinang. Dalam proses analisis yang dibuat, radius petempatan ditentukan mengikut kawasan pusat petempatan utama yang terdapat di Pulau Pinang. Gambarrajah dibawah menunjukan hasil radius yang telah dibuat.

4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km

Gambarajah 3: Radius 1 kilometer dari pusat petempatan utama di Pulau Pinang

Page 5: Analisis data ruang

Bagi jarak pemilihan kawasan Taman Tema dengan lebuhraya akan

ditentukan melalui kedudukan lebuhraya yang jaraknya 5 kilometer

daripada jalan tersebut. Kawasan yang berada dalam lingkungan radius 5

kilometer dari lebuhraya tersebut tidak akan dipilih sebagai kawasan

pilihan. Di Pulau Pinang hanya terdapat 1 sahaja lebuhraya di pulau iaitu

Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah sepanjang 17.84 kilometer.

5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air

Gambarajah 4: Radius 5 kilometer dari Lebuhraya Dr Lim Chong Eu

Page 6: Analisis data ruang

Kawasan tadahan air merupakan kawasan terpelihara dan semestinya

tiada pembangunan dibenarkan dalam kawasan tersebut. Dalam kreteria

pemilihan kawasan Taman Tema, kawasan tadahan air merupakan

kawasan yang tidak akan dipilih dalam menentukan kawasan bagi Taman

Tema. Di Pulau Pinang hanya terdapat 1 kawasan sahaja yang telah di

wartakan sebagai kawasan tadahan air iaitu di kawasan balik pulau.

Kawasan tadahan air boelh dilihat seperti gambarajah di bawah.

6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100

ekar)

Gambarajah 5: Kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau Pinang

Page 7: Analisis data ruang

Keperluan minimum bagi pembangunan kawasan Taman Tema adalah

seluas 40 hektar atau 100 ekar. Proses penentuan keluasan kawasan

merupakan proses terakhir dan pemilihan kawasan dibuat berdasarkan

keluasan minimum yang diperolehi setelah kesemua kreteria pemilihan

kawasan Taman Tema di buat.

Analisis kedua : Persilangan kreteria

Setelah analisis pertama kreteria ditentukan, analisis seterusnya

merupakan analisis persilangan antara kreteria. Persilangan kreteria

Page 8: Analisis data ruang

dibuat untuk menganalisis kawasan yang bekemungkinan mempunyai

potensi dipilih sebagai kawasan pilihan bagi pembangunan Taman Tema.

Persilangan 1 :

Persilangan 2 :

+

Hasil Persilangan

Persilangan

Zon Pelancongan Radius 5 kilometer dari pusat bandar

Page 9: Analisis data ruang

Analisis ketiga : Persilangan antara persilangan 1 dengan

persilangan 2

Persilangan

+

Hasil Persilangan

Radius 1 kilometer pusat petempatan utama

Radius 5 kilometer dari lebuhraya

Page 10: Analisis data ruang

Analisis ketiga merupakan persilangan yang akan dibuat antara

persilangan yang telah diperolehi hasil analisis kedua.

Analisis keempat : Hasil persilangan analisis ketiga dengan kawasan tadahan air

Persilangan

+

Persilangan 1 Persilangan 2

Hasil Persilangan

Page 11: Analisis data ruang

Analisis seterusnya merupakan analisis yang dibuat antara hasil

persilangan ketiga dengan kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau

Pinang. Kawasan yang berada dalam lingkungan kawasan tadahan air

tidak akan dipilih sebagai kawasan pembangunan Taman Tema.

Analisis kelima : Penentuan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria

Persilangan

+

Hasil persilangan analisis ketiga

Kawasan tadahan air

Hasil Persilangan

Page 12: Analisis data ruang

Analisis ini merupakan analisis terakhir bagi menentukan kawasan yang

memenihu keenam-enam kreteria yang telah ditentukan. Analisis terakhir

merupakan analisis luas kawasan minimum bagi pembangunan taman

tema adalah 40 hektar atau 100 ekar. Dalam analisis terakhir ini, keluasan

kawasan akan diambilkira dalam menetukan kawasan yang boleh

dibangunkan taman tema.

Daripada pengiraan keluasan luas kawasan yang diperolehi mendapati

kesemua kawasan mempunyai keluasan yang lebih daripada 100 ekar. Hal

16486380.97 m² = 4073.873 ekar

2524790.23 m² = 623.889 ekar

1025048.90 m² = 253.295 ekar

11113027.05 m² = 2746.088 ekar

Pengiraan luas kawasan bagi menentukan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria

Page 13: Analisis data ruang

nini menunjukkan bahawa kesemua kawasan merupakan kawasan yang

memenihu kesemua kreteria pemilihan kawasan Taman Tema.

Kesimpulan

Setelah analisi kesemua kreteria dibuat, penemuan terakhir telah

diperolehi bagi kawasan yang memenuhi kesemua kreteria pemilihan

kawasan Taman Tema di Pulau Pinang. Daripada hasil akhir yang

diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa terdapat empat kawasan yang

memenuhi kesemua kreteria pemilihan tersebut. Kesemua kawasan ini

terletak di kawasan Balik Pulau.

1

23

4

Hasil terakhir