analisis bahan bukan sastera

Upload: atiq-s-azhar

Post on 17-Oct-2015

134 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

1.0Konsep Budaya, Masyarakat dan Kebudayaan MelayuBudayaBudaya merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.Menurut Nik Safiah Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya' pula ialah perkataan Melayu Polinesia yang bermakna kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.Menurut Edward Taylor (1871), budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks yang dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang -undang, adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakatSelain itu, ahli sosiologi seperti Kroeber & Kluckhohn (1952) dan Geertz (1973) menyatakan bahawa budaya merujuk kepada gaya suatu cara hidup manusia secara keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai, pengetahuan, perlakuan dan bahan material yang dikongsi oleh mereka.Thomas J.Sullivan (1993) pula menyatakan bahawa budaya merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang.Menurut Taib Osman (1988), kebudayaan adalah cara hidup dan cara mengatur hidup suatu kelompok manusia. Budaya merupakan perbuatan sehari - hari seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan beberapa ciri yang lain sepertit anggapan alam sekitar dan nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.Tokoh sejarawan Islam iaitu Ibnu Khaldun mentafsirkan budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Budaya juga membezakan antara manusia dengan haiwan.Masyarakat Menurut Koentjaraningrat (1982), masyarakat merupakan kelompok terbesar daripada kalangan manusia yang mengamalkan cara hidup yang diterima sebagai suatu kebudayaan. Mereka memberatkan kebudayaan dalam pembentukan masyarakat yang harmoni.Manakala, menurut Linton (1990) masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup bersama serta saling bekerjasama dalam tempoh yang lama. Cara hidup bermasyarakat menjurus kepada kehidupan dan kerjasama yang berlangsung dalam tempoh yang sangat lama.Kebudayaan MelayuDalam kebudayaan Melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Di Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan kita pada hari ini. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan Melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran antara unsur tempatan dengan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tetapi terus diamalkan. Sistem kekeluargaan dan perkahwinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan Melayu. Dari segi kekeluargaan pula, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Walaupun begitu, disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan menurut syariat Islam.Seterusnya, kebudayaan Melayu juga boleh dilihat dari sudut kesenian. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti mak yong, wayang kulit, ghazal, hadrah dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain. Permainan tradisi seperti gasing, wau dan congkak juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar.

2.0Konsep Bahan Kesusasteraan dan Bahan Bukan KesusasteraanBahan SasteraPerkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra. Susastera bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu Su indah, baik, lebih berfaedah. Sastera pula bermakna huruf atau buku. Maka dengan itu, (ke) susastera (an) bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut Hashim Awang (2002), sastera merupakan ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Beliau juga turut mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat bahagian iaitu :Intelek.Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera.Emosi.Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.Imaginasi.Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu -satu benda dan peristiwa.Teknik.Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalam sajaknya, meletakkan adegan - adegan dalam lakonannya dan lain-lain.Bahan Bukan SasteraKemajuan teknologi Barat dalam bentuk hiburan yang dibawa masuk pemerintah kolonial British ke negara ini seperti penggunaan piring hitam, radio dan filem berjaya menyalurkan bahan - bahan budaya seumpama kepada orang ramai. Berasaskan teknologi itu, muncul pula industri berkaitan yang memberikan peluang kepada orang Melayu untuk menghasilkan bahan hiburan. Karyawan dan artis atau pelakon Melayu yang popular sejak di pentas bangsawan, memainkan peranan penting dalam membawa pembaharuan kepada unsur-unsur seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan persembahan jenaka. Begitu juga tema dan jalan cerita yang dipersembahkan menerusi kisah - kisah fantasi.Menurut Kamaruddin Hassan (2004), bahan bukan sastera dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahan ilmiah dan media komunikasi. Contoh bahan ilmiah ialah kajian, kertas kerja dan rencana. Manakala, contoh media komunikasi ialah filem, drama dan drama radio.Bagi melengkapkan tugasan kerja kursus BMM3114 pada kali ini, saya akan menganalisis dan membincangkan aspek-aspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui bahan bukan kesusasteraan. Aspek kebudayaan Melayu yang akan dikaji pada kali ini adalah berkisarkan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik dan khurafat. Misalnya seperti kepercayaan terhadap hantu, jin, saka dan susuk. Maka dengan itu, bahan bukan kesusasteraan yang telah dipilih untuk dianalisis dan dibincangkan dalam tugasan kali ini ialah berdasarkan filem Pontianak Harum Sundal Malam I dan II serta Waris Jari Hantu.

3.0Sinopsis Filem Pontianak Harum Sundal Malam I dan II.Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani dan Danial. Meriam akhirnya memilih Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman dan isterinya, Anna. Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?Selepas kematian Marsani, Pontianak terus menghantui keluarganya dengan merampas Asmadi daripada Ana. Ana merupakan isteri Norman. Meriam bersumpah untuk membalas dendam selagi miliknya tidak dipulangkan sepenuhnya. Joyo, seorang guru kuda kepang, telah diamanahkan untuk menjaga Maria. Namun begitu, Joyo mengkhianati amanah ini apabila beliau dikuasai nafsu dan ingin memiliki Meriam.

4.0Analisa aspekaspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam I dan II.Aspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui filem ini ialah kepercayaan orang Melayu terhadap perkara-perkara mistik seperti hantu dan roh. Dalam filem ini, pengarah telah mewujudkan watak hantu pontianak yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya.Menurut Syed Abdullah Hussein Al-Attas (2004) atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Seekers, puntianak adalah hantu yang dipercayai berasal daripada perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anak dan anak tersebut belum sempat lahir ke dunia ini. Nama "puntianak" merupakan singkatan nama daripada "perempuan mati beranak."Malah, ada yang berpendapat bahawa puntianak merupakan roh wanita mengandung yang mati akibat dibunuh. Roh wanita tersebut dikatakan tidak akan tenteram selagi pembunuhnya itu tidak dihukum. Oleh sebab itulah, roh tersebut dikatakan kembali ke dunia ini bagi tujuan membalas dendam dengan menjadi sebagai puntianak.Di Indonesia, puntianak juga dikenali sebagai kuntilanak. Nama puntianak cukup terkenal di Indonesia sehinggakan terdapat sebuah kawasan di Kepulauan Kalimantan Barat yang dinamakan sebagai Kota Pontianak. Menurut kepercayaan orang Melayu, puntianak akan bertukar menjadi wanita yang cantik setelah tengkuknya dipaku oleh mana-mana lelaki. Namun begitu, kepercayaan ini ternyata hanyalah karut semata-mata kerana ia tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. Berdasarkan filem Puntianak Harum Sundal Malam I dan II ini, pengarah cuba memperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa mengenai kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara mistik seperti hantu puntianak ini. Hasilnya, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa seperti anugerah pelakon terbaik (Maya Karin) dalam Estepona Fantasy & Terror Film Festival 2005 di Malaga, Sepanyol dan anugerah pengarah filem seram terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Macau pada tahun 2005. Puntianak dikatakan akan menjelma pada waktu tengah malam di kawasan yang sunyi seperti di kawasan hutan, tanah perkuburan dan kawasan pinggir kampung. Ia akan menjelma sebagai wanita cantik dan akan mengganggu sesiapa sahaja yang melintasinya. Sekiranya ditegur oleh manusia, barulah ia akan bertukar kepada wajah asalnya yang menakutkan. Rasional dan Kesan Kewujudan Puntianak.Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri di kawasan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini direka kemungkinan bertujuan bagi menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.Pada hari ini, seiring dengan peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi, kepercayaan masyarakat Melayu terhadap puntianak semakin terhakis. Berbeza dengan 40 60 tahun yang lalu, masyarakat Melayu sangat mempercayai cerita-cerita yang melibatkan hantu seperti puntianak. Kesan daripada kepercayaan ini pada masa dahulu, para ibu bapa sering mengingatkan anak-anak mereka supaya tidak keluar malam jika tidak mahu diganggu atau terserempak dengan puntianak. Pada tahun sekitar 1950 an, negara kita pada ketika itu masih belum mempunyai bekalan tenaga elektrik yang mampu menjana tenaga kepada penghasilan cahaya lampu-lampu di jalan dan di rumah. Oleh hal yang demikian, masyarakat di Tanah Melayu ketika itu boleh dikatakan hidup dalam keadaan yang gelap atau suram pada setiap waktu malam. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Paul Richard Jordan (2003) ke atas ketakutan manusia terhadap kegelapan, sebanyak 64.28% daripada responden yang disoal selidik menyatakan bahawa mereka sebenarnya takutkan kegelapan kerana risau akan terjumpa hantu / roh. Hal ini menunjukkan kepada kita kaitan antara hantu dan keadaan yang gelap kerana hantu dikatakan sering menjelma hanya pada waktu malam di tempat-tempat yang gelap dan sunyi. Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan oleh nenek moyang kita terhadap hantu pontianak sebagai mengarut. Tetapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa seperti keadaan gelap di tengah-tengah hutan belantara dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup pada ketika itu.Sebenarnya, ada kebaikan apabila cerita-cerita hantu seperti puntianak ini dikomersialkan atau diceritakan dari satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Apabila anak-anak kecil didedahkan dengan kisah hantu seperti puntianak, maka mereka akan berasa takut untuk keluar pada malam hari. Hal ini secara tidak langsung akan dapat mengawal tingkah laku anak-anak supaya duduk di rumah sahaja bersama ahli keluarga pada waktu malam. Namun, apabila masyarakat sudah tidak mempercayai kisah-kisah seperti ini maka terjadilah perkara-perkara yang berlaku pada hari ini seperti masalah remaja melepak sampai awal pagi, mat rempit, kes-kes jenayah seperti rogol dan bunuh serta banyak lagi. Jika dahulu kita takutkan hantu seperti puntianak sekiranya hendak keluar seorang diri pada waktu malam, namun pada hari ini kita perlu lebih takutkan manusia yang hidup berbanding hantu sekiranya hendak keluar seorang diri. Ini kerana sememangnya hantu tidak boleh mencederakan manusia kerana tiada kes yang menyatakan bahawa manusia mati dibunuh oleh hantu sebaliknya terdapat ribuan kes yang menunjukkan bahawa manusia mati akibat dibunuh oleh manusia itu sendiri. Sudut Pandangan IslamSebenarnya, kisah hantu puntianak ini sememangnya tidak boleh dipercayai oleh kita yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana, adalah mustahil bagi orang yang telah meninggal dunia untuk kembali ke atas dunia ini bagi membalas dendam kepada pihak yang telah menyebabkan kematiannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah Taala : "Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan." [Al-Mu'minuun 23:99-100] Walaupun ada pihak yang berkata bahawa mereka mendengar tangisan dan melihat makhluk seperti si mati, namun menurut pandangan para ulama ia adalah angkara jin dan syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan terhadap mereka sahaja. Imam Mujahid (Tabiin dan anak murid kepada Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini :"Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."Pandangan ulama lain seperti Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak lagi berguna baginya [Fataawa Muasya'rah, 1/70]. Dalil lain bagi mengukuhkan pandangan ini adalah firman Allah Taala :"Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa (roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan." (Az-Zumar 39:42 )Berdasarkan ayat di atas, maka kita ketahui bahawa roh orang yang telah meninggal itu tidak sesekali dapat pulang ke dunia ini namun ada ulama yang berpendapat bahawa roh manusia yang masih hidup dapat berjumpa dengan roh manusia yang sudah mati ketika waktu tidur iaitu mimpi [Ar-Ruh, Ibn Qayyim halaman 20]. Walau bagaimanapun, tiada ulama yang berpendapat bahawa roh tersebut dapat berjumpa dengan manusia ketika dalam keadaan sedar.Maka dengan itu, terbuktilah bahawa cerita hantu puntianak ini hanyalah rekaan dan kepercayaan karut serta khurafat semata-mata. Menurut Syeikh Ali Mahfudz, pensyarah di Universiti Al-Azhar, kepercayaan kepada hantu dan yang semisal dengannya (kuntilanak, puntianak, polong dan lain-lain) adalah bidaah khurafat atau kepercayaan karut orang awam yang mana akalnya masih belum bersih dari tauhid yang murni. Akal yang dimasuki tauhid hanya akan melihat kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya sahaja.

Sinopsis Filem Waris Jari HantuTina dan Ari berkawan baik. Mereka merupakan cucu dan anak saudara Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit atau Mat Patah. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari pula memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina. Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina menjadi pilih Tok Wan untuk menjadi pewaris sakanya. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya untuk menjadi pengganti.Analisa aspekaspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui filem Waris Jari Hantu.Aspek kebudayaan Melayu yang cuba ditampilkan oleh pengarah filem ini masih berkisarkan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik dan khurafat. Jika dalam filem Puntianak Harum Sundal Malam I dan II, pengarah telah membawa kisah hantu puntianak untuk ditampilkan kepada para penonton, namun dalam filem Waris Jari Hantu ini pengarah membawa pula kisah hidup pemilik saka untuk ditatap oleh masyarakat umum.Saka adalah merupakan jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara sedar atau tidak sedar dan biasanya melibatkan keturunan iaitu mempunyai pertalian darah yang sama. Menurut Haji Lokman yang merupakan salah seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, kebanyakan saka adalah daripada keturunan sebelah keluarga bapa dan jarang sekali beliau berjumpa saka yang berasal daripada sebelah keluarga ibu pesakit. Hal ini berlaku kerana pertalian darah daripada bapa kepada anak-anak lebih kuat berbanding pertalian darah daripada ibu kepada anak-anak.Masyarakat Melayu pada zaman dahulu suka memelihara dan berdamping dengan jin-jin (saka) kerana mempercayai jin-jin yang didampingi tersebut boleh menjadi pembantu mereka dalam kerja-kerja seharian. Sebagai contoh, terdapat kisah orang-orang tua dahulu yang berpesan kepada anak isteri mereka bahawa akan ada makhluk halus yang menjaga rumah mereka sepanjang tempoh si suami atau ayah tersebut keluar ke laut atau hutan untuk mencari rezeki. Kadang-kala, mereka ini menuntut apa-apa ilmu yang disangka sebagai ilmu dunia ghaib tanpa mengetahui bahawa untuk menguasai ilmu tersebut, mereka akan didampingi oleh jin-jin yang dianugerahkan oleh tok guru mereka tanpa mereka sedari. Ilmu-ilmu tersebut sering kali melibatkan ilmu-ilmu khurafat seperti ilmu pendinding, amalan kebatinan, ilmu kecantikan seperti susuk, ilmu pelaris untuk memajukan perniagaan, ilmu untuk menundukkan kuasa seseorang, ilmu sihir pemisah atau sihir pengasih dan sebagainya.Apabila kita ingin berbicara mengenai saka, maka sudah pasti ia akan melibatkan perbincangan mengenai jin juga. Pada zaman moden seperti hari ini ramai di kalangan umat Islam yang hampir tidak dapat mempercayai wujudnya golongan jin-jin atau makhluk halus ini. Namun, golongan jin merupakan makhluk halus yang harus diyakini akan kewujudan mereka walaupun mata kasar manusia tidak dapat melihat jin-jin tersebut. Dalam Islam, mempercayai kewujudan jin, syaitan, malaikat, syurga dan neraka adalah disebut sebagai mempercayai perkara-perkara As-Samiyyat. Allah Taala telah menyebut mengenai kewujudan jin berulang kali di dalam Al-Quran dan salah satu daripada surah di dalam Al-Quran sendiri dinamakan sebagai surah Al-Jinn.Contoh dalil akan kewujudan jin adalah seperti di dalam firman Allah SWT :Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. (Surah Az-Zariyat, ayat 56.)Selain itu di dalam surah Al-Hijr, ayat 27 Allah SWT turut berfirman bahawa :Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.Ramai pemilik atau pewaris saka yang dirasuk atau diganggu oleh jin mereka mengadu bahawa tubuh badan mereka selalu rasa panas. Perkara ini dapat dijelaskan seperti yang disebut dalam ayat-ayat Al-Quran seperti di atas iaitu kejadian jin itu adalah daripada api. Banyak rencana yang ditulis oleh pemikir-pemikir Barat berkenaan energy yang dikeluarkan oleh benda-benda halus ini. Energy yang selalu dimaksudkan ini ialah bahang api daripada unsur-unsur jin tersebut.Jin tidak mempunyai jasad seperti manusia. Oleh sebab itulah mereka dipanggil makhluk halus. Tidak mempunyai jasad bermakna mereka tidak mempunyai darah, daging, tulang dan kulit seperti manusia. Oleh kerana mereka tidak mempunyai jasad, mereka juga lebih fleksibel daripada manusia. Mereka boleh mengecilkan bentuk asal mereka sehingga mereka boleh memasuki tubuh manusia melalui saluran-saluran darah manusia dan boleh hidup dalam badan manusia untuk bertahun-tahun lamanya. Oleh kerana mereka tidak mempunyai jasad mereka boleh bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan kelajuan yang tidak dapat ditandingi oleh manusia.Berkata jin Ifrith bahawa saya akan mendatangimu dengannya (dengan membawa singgahsana Ratu Saba) sebelum engkau bangkit dari tempat duduk mu dan sesungguhnya saya kuat lagi terpercaya. (Surah An Naml, ayat 39)Jin mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran manusia. Dengan kebolehan ini mereka senang mempermainkan dan menipu manusia serta memberikan segala tipu helah. Seperti yang kita sedia maklum, jin tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Namun, jin pula dapat melihat manusia. Allah SWT turut menyatakan di dalam Al-Quran bahawa walaupun manusia tidak dapat melihat golongan jin namun makhluk halus tersebut boleh melihat manusia di atas muka bumi ini.Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al A'raf, Ayat 27)Menurut Ustaz Sharhan Shafie, saka yang diwarisi sebenarnya boleh dibuang dengan izin Allah SWT selain daripada diwariskan kepada orang lain. Pewaris atau pemilik saka terlebih dahulu akan dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Rukyah untuk membuang jin-jin di dalam badan mereka. Kemudian, pewaris tersebut akan diberikan ayat-ayat berikut untuk diamalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.Ayat-ayat tersebut ialah: Surah Ar-Rad, ayat 30 hingga 43 Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118 Surah Az-Zumar, ayat 59 hingga 75 Surah Al-Baqarah, ayat 1 hingga 20Cara pengamalan ayat-ayat tersebut ialah, pewaris hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Ar-Rad tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pewaris perlu memohon doa kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pewaris hendaklah mengulangi amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya. Berbalik kepada filem Waris Jari Hantu, Tok Wan memiliki saka yang menyerupai binatang harimau. Tujuan Tok Wan membela saka harimau tersebut adalah untuk melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar daripada bahaya. Jika difikirkan dengan situasi pada hari ini, sudah pasti ramai yang akan mentertawakan individu seperti Tok Wan. Malah, tidak mustahil ada yang akan menggelarnya sebagai orang gila. Hal ini demikian kerana, jika kita ingin mencari perlindungan daripada bahaya, kita akan meminta bantuan daripada pihak berkuasa seperti pihak polis. Namun begitu, kita harus berfikir kembali bagaimanakah keadaan di negara ini pada 50 100 tahun yang lepas. Adakah negara ini berada dalam keadaan aman tenteram? Adakah negara ini pada waktu dahulu sudah mempunyai pihak berkuasa yang efisien seperti polis? Jawapannya sudah tentulah tidak sama. Pada zaman dahulu, tiada gergaji elektrik yang boleh digunakan sekiranya kita mahu membersihkan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian atau tempat tinggal. Apatah lagi jentera-jentera besar untuk menebang pokok-pokok bersaiz gergasi. Oleh itu, cuba fikirkan bagaimana orang-orang dahulu boleh memiliki dusun buah-buahan, kebun sayur-sayuran dan membuka kawasan penempatan tanpa memiliki sebarang peralatan yang canggih seperti hari ini. Menurut Nayati Hamzah (2004), masyarakat Melayu dahulu kala menggunakan perkhidmatan makhluk halus yang dibela dan dipanggil sebagai saka untuk membantu mereka dalam urusan kerja harian. Oleh sebab itulah, jangan terkejut jika semalam (dahulu) kawasan di belakang rumah merupakan kawasan hutan, pada hari keesokan ia telah menjadi lapang dan dipenuhi dengan batas-batas sayuran. Agak mustahil bagi seorang atau beberapa orang manusia untuk membersihkan kawasan hutan belantara dalam tempoh yang sangat singkat tanpa penggunaan sebarang peralatan canggih. Maka, hal ini membuktikan betapa masyarakat dahulu membela saka bertujuan untuk membantu memudahkan urusan kerja harian mereka. Selain daripada membantu urusan kerja masyarakat Melayu dahulu, saka juga turut berperanan sebagai pelindung kepada diri sendiri dan juga ahli keluarga si pemilik saka. Selepas keruntuhan empayar Kerajaan Melayu Melaka dahulu, Tanah Melayu sering berperang dengan pelbagai pihak seperti Portugis, Inggeris dan Jepun. Oleh sebab terhimpit dengan suasana perang, maka masyarakat Melayu dahulu membela saka bagi melindungi diri mereka daripada tentera-tentera musuh. Saka akan bertindak sebagai perisai kepada si pemilik yang akan membuatkan pemiliknya menjadi kebal atau pun akan menakutkan musuh dengan cara-cara tertentu. Antara contoh saka yang dibela ialah hantu raya, polong, toyol dan gundorowo (saka kaum Jawa). Walaupun mempunyai alasan yang kukuh, namun ia bukan lampu hijau bagi masyarakat Melayu dahulu untuk membela dan mewariskan saka-saka mereka. Hal ini demikian kerana perbuatan membela saka merupakan perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana kita meminta bantuan selain daripada Allah. Oleh itu, sebenarnya niat tidak menghalalkan apa jua cara sekali pun. Sinopsis Filem SusukKisah seorang jururawat bernama Soraya yang bercita-cita menjadi bintang terkenal. Dalam usaha menggapai impiannya itu, dia terjebak dengan amalan syirik iaitu mengenakan susuk. Bermula dengan susuk biasa, Soraya memakai susuk keramat hasil pujukan Dukun Dewangga (Adlin Aman Ramlie) demi mendapatkan kecantikan berkekalan. Namun, kalau sudah namanya bersahabat dengan syaitan, susuk yang dipakai Soraya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Sebagai syarat, orang yang disayanginya menjadi korban bermula dengan ibunya kemudian kakak dan dua orang anak saudaranya. Paling tragis ialah apabila Soraya bertukar menjadi seorang pembunuh kejam yang menyaksikan dia membunuh manusia bagi mendapatkan kulit dan dagingnya.Analisa aspekaspek kebudayaan Melayu yang dilestarikan melalui filem SusukAspek kebudayaan Melayu yang cuba ditampilkan oleh pengarah filem ini masih berkisarkan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik dan khurafat. Jika dalam filem Puntianak Harum Sundal Malam dan Waris Jari Hantu, pengarah telah membawa kisah hantu puntianak dan saka harimau untuk ditampilkan kepada para penonton, namun dalam filem Susuk ini pengarah Amir Muhammad membawa pula kisah hidup pemakai susuk untuk ditatap oleh masyarakat umum.Bagi saya filem ini dilihat sebagai satu sindiran terutamanya kepada masyarakat Melayu yang masih lagi mempercayai amalan syirik dan khurafat ini. Walaupun negara kita dalam proses ke arah menjadi sebuah negara maju, tetapi amalan-amalan khurafat ini masih lagi diamalkan terutamanya mereka daripada golongan artis.Selain itu, secara peribadi saya dapat menterjemahkan ritual 'susuk keramat' di akhir cerita ini adalah sebagai satu bentuk sindiran sosial kepada masyarakat Melayu pada hari ini yang sanggup berbuat apa sahaja sehingga kehilangan jati diri semata-mata untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Semasa ritual tersebut, penonton diperlihatkan babak Dukun Dewannga telah menggunakan pelacur yang berambut blonde (metafora kepada budaya asing atau budaya barat yang kotor dan hina) untuk dikorbankan dan kemudiannya kulit dan daging pelacur tersebut telah berasimilasi dengan tubuh Soraya (iaitu metafora kepada remaja Melayu yang naif yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita) sehingga bentuk wajah dan tubuhnya telah bertukar menjadi seseorang yang lain.Ia boleh difahami dengan teori di bawah : Pelacur berambut blonde + Soraya =Suzanna yang dipuja ramai.Budaya asing + jiwa Melayu= Peroleh kejayaan tetapi kehilangan jati diri.Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Mungkin juga salah. Namun jika berfikir dan salah itu adalah lebih baik daripada tidak berfikir langsung. Susuk adalah perbuatan memasukkan bahan asing seperti emas, perak, berlian, besi atau jarum ke dalam badan untuk memperoleh kelebihan tertentu. Biasanya adalah untuk menambah seri wajah supaya sentiasa kelihatan cantik, muda, menawan hati pasangan atau sesiapa sahaja.Pada zaman teknologi kini, budaya susuk semakin hangat diperkatakan semula terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Beberapa tahun lalu heboh fenomena pemakaian susuk di kalangan wanita dan lelaki yang percaya bahawa susuk membantu diri untuk menjadi cantik, berani dan dikasihi.Menurut pengamal ilmu susuk, pemakaian susuk sangat berkesan dan bagi mereka, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pengamal susuk turut mendakwa bahawa ada ilmu susuk yang menggunakan ayat suci Al-Quran dan sebab itu pemakaian susuk sangat mujarab di kalangan pelanggan mereka. Ada kalangan pengamal susuk mendakwa ilmu mereka tidak melibatkan ilmu kebatinan atau ghaib bahkan boleh dijelaskan daripada aspek saintifik.Itu merupakan kata mereka yang daif tentang ajaran Islam atau sengaja mengaburi mata masyarakat Melayu yang tidak tahu akan hukum pemakaian susuk itu haram supaya pengamal ilmu susuk mendapat ramai pelanggan baharu. Walau bagaimanapun, pemakaian susuk melibatkan pantang-larang yang harus diikuti oleh si pemakai. Pantang-larang tersebut seperti tidak boleh memakan beberapa jenis makanan seperti pisang tanduk, pisang abu, labu air, daun kelor atau tidak boleh melintas di bawah ampaian kain atau lalu di bawah tangga.Hal ini bergantung kepada jenis susuk. Jika pantang-larang dilanggar, ia akan menyebabkan susuk hilang kuasa dan yang paling dirisaukan ialah susuk boleh menjadi racun kepada si pemakai dan memakan diri sendiri.Pengamal ilmu susuk akan memasang susuk di beberapa bahagian anggota badan pemakai. Ada yang memasang susuk di anggota badan selain muka malah ada yang dipasang pada alat sulit. Untuk pengetahuan, sebenarnya tiada barang fizikal dimasukkan ke dalam tubuh badan pemakai.Apabila pemakai melihat pengamal susuk memasukkan sesuatu ke dalam badan mereka, itu adalah sihir ilmu khayalan bagi meyakinkan pemakai bahawa logam berharga dimasukkan ke dalam badan mereka.Sihir ilmu khayalan adalah perbuatan syaitan dan iblis yang ingin menyesatkan manusia, agar pengamal ilmu susuk kelihatan hebat dan mempunyai kuasa istimewa. Kaedah pemakaian susuk biasanya ada kaitan dengan amalan sihir yang melibatkan syaitan dan iblis. Apabila membabitkan sihir, pasti akan ada penyelewengan yang boleh merosakkan akidah seseorang Muslim.Walaupun didakwa mempunyai unsur Islam dan penggunaan ayat Al-Quran, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa penggunaan susuk tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Demikianlah kecelaruan yang wujud dalam amalan kebatinan Melayu.Sebaliknya, Allah memerintahkan setiap makhluk-Nya memohon pertolongan dan perlindungan hanya dari-Nya serta tidak memohon kepada makhluk lain.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Fatihah ayat 4 :Hanya kepada Engkau sahaja tempat kami menyembah dan memohon pertolongan."

Kita sebagai hamba Allah harus sentiasa ingat bahawa syaitan tidak melakukan sesuatu, selain menyesatkan manusia supaya jauh daripada batasan Islam dan akhirnya menemani syaitan di neraka jahanam yang kekal selamanya akan seksaannya.Amalan susuk adalah rahsia ilmu ghaib yang tidak didedahkan kepada umum untuk difahami. Amalan ilmu susuk tidak masuk akal dan tidak dapat diterima akal fikiran yang waras seperti memasukkan berlian, serbuk emas, jarum emas dan sebagainya.Anggota badan yang sering dipasang susuk adalah kening, bawah dagu dan di muka seseorang sehingga menyebabkan wajah kelihatan cantik, manis, awet muda dan menggoda sesiapa yang melihatnya. Bagi lelaki pula susuk membuat pemakai menjadi kebal dan tenaga batin menjadi kuat.Apa yang jelas amalan susuk termasuk dalam kategori sihir iaitu melibatkan iblis, syaitan atau jin dan amalan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah Taala.Ketahuilah bahawa dosa syirik amatlah besar sehingga tidak mendapat keampunan daripada Allah melainkan dengan bertaubat kepada-Nya. Allah telah memberikan amaran kepada manusia melalui Al-Quran bahawa syaitan adalah musuh nyata orang-orang beriman. Oleh hal yang demikian, dalam keadaan apa jua sekali pun makhluk ini hendaklah dianggap sebagai musuh, tidak kira sama ada jin atau iblis yang boleh menyebabkan seseorang kelihatan cantik, berseri, disukai ramai, dipandang manis, digeruni dan kebal daripada sebarang senjata.

Ingatlah akan amaran Allah di dalam surah An-Nisa ayat 48 :Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."Kita patut berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan kebaikan. Selebihnya bertawakal dan berserah kepada Allah. Apabila kita memerlukan pertolongan dalam kesulitan dan inginkan sesuatu, seharusnya kita hanya memohon doa kepada-Nya.Yakinlah janji Allah di dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 :Barang siapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya. Barang siapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya juga."

Rawatan susuk menggunakan ayat Al-QuranPemakai susuk akan diperiksa dan perawat akan mengeluarkan susuk tersebut. Apa yang dikeluarkan bukan logam berharga seperti yang didakwa pengamal ilmu susuk. Sebaliknya, apa yang dikeluarkan adalah sihir khayalan yang diistilahkan sebagai susuk.Berdasarkan pengalaman Ustaz Sharhan Shafie, apa yang dikeluarkan dari tubuh pemakai susuk ialah jin dan iblis. Semua itu hanyalah permainan mata atau ilusi untuk mengaburi mata demi menunjukkan seolah-olah ilmu mereka hebat. Setelah selesai membuang jin atau iblis dari badan pesakit, mereka akan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan dan pengampunan. Ayat-ayat tersebut adalah :

Surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186Surah al-Mukminun ayat 105 hingga 118Surah Al-Baqarah ayat 244 hingga 255Surah Al-Fussilat ayat 25 hingga 44Kaedah mengamalkan ayat Al-Quran tersebut ialah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186, tiga kali pada malam dan surah kedua iaitu surah al-Mukminun ayat 105 hingga 118, tiga kali pada siang.Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan dan membersihkan mereka daripada sihir susuk atau jin dan iblis yang mendamping diri mereka semasa mereka memakai ilmu susuk.Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah berikutnya yang akan diberi oleh perawat dari semasa ke semasa.Konklusinya, ingatlah akan sebuah pepatah Melayu, Mencegah lebih baik daripada mengubati." Sebaik mungkin, hindarilah daripada pemakaian susuk dan perkara-perkara yang menyekutukan Allah SWT. Ingatlah bahawa kecantikan abadi adalah kecantikan hati. Kecantikan fizikal hanyalah bersifat sementara sahaja.

.