analisa artikel.docx

17
Artikel yang pertama merupakan perbentangan kertas kerja yang bertajuk “Komunikasi Korporat di Malaysia : Faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia”. Artikel ini boleh dicapai melalui alamat, http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/komunikasi-korporat-di- malaysia.html Di tulis oleh Mohd Radzi, graduan 1990 dari UKM, Ijazah kedua dari UPM, juga memiliki beberapa kelulusan dari institusi pengajian UUM, INTAN, dan memiliki banyak pencapaian akademik yang membanggakan. Pernah menerima pelbagai anugerah akademik. Juga merupakan penulis dalam suratkhabar tempatan yang aktif. Artikel ini telah diterbit pada 29 Mei 2012, selain dari beberapa tulisan beliau yang banyak membincangkan dan memberi panduan menjurus kedalam bidang pengurusan dan komunikasi. Penulisan ini bertujuan mengenalpasti factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia. Penulis telah mengulas beberapa keadaan komunikasi korporat dari kaca mata Malaysia. Bagi melengkapkan kajian beliau dalam komunikasi dan budaya korporat di Malaysia, beliau turut menjelaskan amalan semasa komunikasi korporat dan mennjelaskan secara terperinci dan ayat yang mudah tentang factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia dengan memberi contoh yang bersifat realistic dalam kajiannya. Artikel kedua pula juga merupakan karya dari penulis yang sama, telah diterbitkan pada 29 Mei 2012. Tajuk kali ini 1

Upload: nur-samsiah

Post on 21-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Artikel yang pertama merupakan perbentangan kertas kerja yang bertajuk Komunikasi Korporat di Malaysia : Faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia. Artikel ini boleh dicapai melalui alamat, http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/komunikasi-korporat-di-malaysia.html Di tulis oleh Mohd Radzi, graduan 1990 dari UKM, Ijazah kedua dari UPM, juga memiliki beberapa kelulusan dari institusi pengajian UUM, INTAN, dan memiliki banyak pencapaian akademik yang membanggakan. Pernah menerima pelbagai anugerah akademik. Juga merupakan penulis dalam suratkhabar tempatan yang aktif. Artikel ini telah diterbit pada 29 Mei 2012, selain dari beberapa tulisan beliau yang banyak membincangkan dan memberi panduan menjurus kedalam bidang pengurusan dan komunikasi.Penulisan ini bertujuan mengenalpasti factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia. Penulis telah mengulas beberapa keadaan komunikasi korporat dari kaca mata Malaysia. Bagi melengkapkan kajian beliau dalam komunikasi dan budaya korporat di Malaysia, beliau turut menjelaskan amalan semasa komunikasi korporat dan mennjelaskan secara terperinci dan ayat yang mudah tentang factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan dan amalan komunikasi korporat di Malaysia dengan memberi contoh yang bersifat realistic dalam kajiannya.Artikel kedua pula juga merupakan karya dari penulis yang sama, telah diterbitkan pada 29 Mei 2012. Tajuk kali ini membincangkan Peranan dan Implikasi Komunikasi dalam kepimpinan organisasi.Kaitan Komunikasi dengan kepimpinan. Dalam artikel tersebut membincangkan semua peranan komunikasi dalam organisasi dengan menyatakan beberapa jenis komunikasi dan melihat dari aspek impilasi positif dan positif. Artikel kedua ini lebih menjurus kepemimpinan sesebuah organisasi termasuk pemimpin rendah dan pemimpin atasan. Artikel ini boleh dirujuk dari capaian http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-implikasi-komunikasi-dalam.htmlArtikel ketiga pula bertajuk Tanggungjawab Sosial Korporat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti : Kajian Kes Perspektif Komunikasi Komuniti Penerima. Merupakan tulisan Sarmila MS, Zaimah R, N. Lyndon, Azimah AM, Suhana Saad, Selvadurai S (2012). Artikel ini merupakan hasil kajian dan dapatan tentang kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) dalam pembangunan ekonomi komuniti. Ia memberikan fokus kepada komuniti penerima yang terlibat dengan projek TSK yang telah dilaksanakan oleh sebuah syarikat korporat di Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini melibatkan 45 orang ahli komuniti peladang

PENDAHULUAN Komunikasi merupakan bidang penting dalam kehidupan dan merupakan perantaraan yang kerap digunakan untuk mancapai objektif tersendiri.Komunikasi telah berlangsung sejak berzaman dahulu,dan melaluinya manusia berkongsi maklumat dan bertukar maklumat. Kejayaan sesuatu organisasi selalunya berkait rapat dengan perkembangan dan kejayaan komunikasi dalam organisasi tersebut. Jatuh bangun sesebuah organisasi korporat umpamanya akan dilihat jua dari segi kejayaan dan kegagalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Begitu juga jika merujuk kepada badan korporot yang ternamapastinya merujuk kepada kehebatan komunikasi korporat yang diamalkan.

Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain, sehinggakan perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi ( Narimah 2004 ). Pada peringkat awal kewujudan manusia, komunikasi hanyalah untuk kepentingan antara perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah berlaku revolusi peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih komplek. Pada era kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan komunikasi yang lebih besar, keadaan ini berlaku apabila pada masa itu perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi adalah bidang utama dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Banyak syarikat mula menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia perniagaan terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat. Sebagaimana menurut Saodah, Narimah dan Mohd Yusof (2004) pengetahuan tentang komunikasi menjadikan seseorang atau organisasi itu akan lebih berjaya dan berdaya saing.

ULASAN ARTIKEL ARTIKEL 1:Penulisan ini melihat kepada bagaimana komunikasi korporat itu dilihat dari kaca Malaysia dan pendefinisiannya menyatakan bahawa komunikasi ialah proses dan tindakan menterjemah atau gubah identiti korporat yang berbentuk fizikal seperti logo, warna, perkataan dan sebagainya yang melambangkan organisasi kepada imej korporat berbentuk mental atau pemikiran. Maknanya apabila melihat kombinasi warna atau logo berkenaan, tanpa diberitahu, pemerhatinya akan secara automatik memikirkan organisasi tersebut. Komunikasi korporat adalah melibatkan semua usaha pihak yang terlibat (Stackholder) . Maka bentuk komunikasi dijelaskan kepada 2 bentuk utama iaitu komunikasi luaran dan dalaman. Dalam bentuk komunikasi dalaman ia melibatkan ruang lingkup komunikasi sesama pekerja, melibatkan segala urusan penjenamaan, penyelesaian atau pengurusan krisis syarikat . Artikel ini juga membincangkan bahawa komunikasi korporat dalaman akan memberi tumpuan khusus kepada tanggungjawab sosial, hubungan dengan media dan mempertingkatkan reputasi syarikat. Manakala Komunikasi Luaran pula adalah komunikasi yang melibatkan hubungan organisasi dengan pihak luar yang bertujuan memastikan kelancaran aspek publisiti syarikat berjalan lancar. Hubungan dengan media juga dilihat penting dalam sesebuah organisasi terutamanya dari segi publisiti. Publisiti juga merupakan aspek sumbangan kepada hebahan umum tentang sesebuah organisasi yang melibatkan pandangan umum kepada mereka. Hebahan yang positif umpamanya pasti secara tidak langsung menaikkan reputasi dan membantu menaikkan nama organisasi dalam masyarakat.Perkembangan masa kini menunjukkan iklim dunia korporat yang kian berubah. Budaya komunikasi korporat menggerakkan usaha secara agresif untuk membudayakan korporat yang tersendiri dan memiliki identiti menarik dan mesra media. Dan persoalan tersebut menjadi asas kajian untk mengenal pasti perlaksanaan budaya dalam organisasi. Ia membawa contoh seperti TELEKOM Berhad, PDRM, ATM, TNB, Kastam dan Imigresen dan banyak lagi. Organisasi seperti ini bersikap is no body busisness. Secara umum, jika budaya tidak sihat yang diamalkan oleh kakitangan organisasi seperti ini pasti ia akan menimbulkan pertentangan dengan hasrat komunikasi korporat. Realitinya juga masih terdapat juga aduan menyatakan kakitangan Jabatan Kastam dan Imigresen memberikan perkhidmatan yang di katakan tidak ikhlas, tidak suka membantu, sombong, tidak senyum dan banyak lagi. Tingkah laku ini jelas sekali bertentangan dan mencerminkan kefahaman terhadap komunikasi korporat yang menjadi komunikasi semua kakitangan. Sedikit sebanyak perkara ini memberi kesan dan pandangan yang negatif dan mencemarkan komunikasi korporat sesebuah organisasi.Komunikasi korporat bukan hanya menjadi tanggungjawab bahagian komunikasi korporat sahaja, ia melibatkan semua pihak. Perkembangan ekonomi yang semakin baik membolehkan kebanyakan syarikat swasta dan organisasi kerajaan hari ini mampu menyediakan segala keperluan bagi mencapai matlamat komunikasi korporat. Situasi ini menjelaskan bahawa organisasi atau syarikat di Malaysia tidak memunyai masalah dalam usaha menyediakan keperluan komunikasi korporat tetapi hakikatnya situasi ini tidak terjadi. Perkembangan ekonomi yang semakin baik, tiada lagi budaya menundingkan kesalahan atau punca kelemahan kepada faktor ekonomi, politik dan sosial sekiranya gagal mempraktikkan komunikasi korporat yang baik.Ini jelas terbukti dengan apa yang kita dapat lihat secara fizikal. Setiap organisasi berusaha menyediakan perkhidmatan ataupun memiliki keluaran yang mempunyai logo dan warna yang sangat cantik, cogan kata yang mampu menarik minat dan perhatian umum, uniform yang kemas, piagam pelanggan yang mempunyai tarikan dan sebagainya. Namun malang, hakikat dan keadaan sebenarnya tidak mampu dibuktikan dalam perlaksanaan praktikal setiap ahli organisasi. Keadaan perkembangan keadaan ini dilihat agak perlahan walau pun jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN.Penulis ini telah menggariskan sebanyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.Faktor utama dari aspek politik yang merangkumi beberapa keadaan seperti globalisasi, kemajuan teknologi komunikasi,tekanan pesaing antarabangsa dan peraturan dan dasar. Ancaman globalisasi umpamanya telah membuka laluan yang menarik cabaran dan saingan yang bersifat lebih meluas dan ianya memerlukan kos yang agak tinggi. Maka itu terdapatnya syarikat-syarikat yang bertindak menolak globalisasi atau anti-globalisasi. Situasi ini merungsingkan beberapa syarikat yang menolak ancaman global dan terus berpegang untuk kekal dalam corak tradisional. Pembangunan Koridor Multi media di Cyberjaya telah menjadikan Malaysia agak ke hadapan dalam aspek komunikasi. Faktor ini telah menyebabkan komunikasi korporat di Malaysia menjadi agak ke hadapan. Ini kerana langkah mempromosikan reputasi syarikat tidak lagi hanya terhad di dalam negara sahaja. Dengan kos yang rendah, usaha promosi boleh dijanakan tanpa sempadan dengan masa yang cepat dan dalam bentuk yang lebih komunikatif dan interaktif. Dengan ada nya kemudahan komunikasi, maka ia telah memudahkan kerja-kerja komunikasi korporat.Aspek inilah yang menampakkan Malaysia memiliki perkembangan yang lebih baik berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

ULASAN ARTIKEL KEDUADalam tulisan penulis yang sama, bertajuk Peranan dan Implikasi Komunikasi Dalam Kepemimpinan Organisasi. Penulis membincangkkan beberapa peranan komunikasi dalam organisasi. Jenis yang dibincangkan ialah komunikasi lisan. Dari sudut implikasinya pula, digariskan dari kedua-dua aspek positif dan negatif. Penulis melihat isu ini dalam kepemimpinana yang rendah dan teratas.Dimulai dengan pendefinisian terhadap komunikasi, merujuk kepada takrifan beberapa sarjana seperti Reusch yang menjelaskan komunikasi adalah suatu proses yang menghubung bahagian-bahagian yang terasing di dunia ini. Hoben pula menjelaskan komunikasi sebagai proses pertukaran idea berjaya dilaksanakan.Penulis melihat definisi ini tidak melihat atau mempertimbangkan hasil setiap komunikasi sama ada berjaya ataupun tidak. Penulis turut merumuskan makna kepemimpinan organisasi?. Mengambil beberapa pendapat sarjana komunikasi mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemahiran komunikasi yang menggerakkan kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan (Barker, Wahlers dan Watson, 1955). Penulis ini merumuskan definisi kepemimpinan organisasi sebagai kemahiran berkomunikasi di dalam satu badan yang mengandungi kumpulan-kumpulan atau individu untuk mencapai matlamat organisasi demi kebaikan bersama.Bagi mengenal pasti penyelesaiannya, penulis telah mengutarakan beberapa masalah kepemimpinan yang berlaku dalam organisasi. Pertama adalah merujuk kepada situasi pemimpin yang hanya berbekalkan bakat kepemimpinan. Bakat bukanlah aspek utama dalam melahirkan komunikasi yang berkesan, tetapi aspek ilmu hendaklah dikira sebagai aspek utama. Oleh itu, pemimpin dan organisasi hendaklah memiliki ilmu dan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkannya bekerja dengan baik. Kedua adalah aspek kreativiti.Pemimpin yang tidak kreatif tidak akan mahu mengubah situasi dan idea yang kurang menarik serta tiada keupayaan menarik minat pekeja termasuklah tidak mampu bersaing merebut pelanggan.Beberapa saranan pendekatan kreatif telah dianjurkan seperti pendekatan kreatif ialah memberi komitmen peribadi kepada pengikut melalui mendengar pendapatnya, bijak mengukur nilai sumbangan, menjadikan diri sebagai contoh keterbukaan, imaginatif, berjiwa besar untuk organisasi bukannya kepentingan diri Aspek ketiga pula pemimpin yang mementingkan diri. Implikasinya pula ialah pengikut menolak penerimaan terhadap pemimpin, menanam sikap prejudis dan negatif terhadap setiap tindakan atau keputusan pemimpin, melecehkan nasihat dan idea pemimpin, langsungnya menggagalkan budaya motivasi dalam organisasi. Situasi keempat pula ialah isu krisis kepemimpinan dalam organisasi. Penulis membawa contoh seperti di Indonesia adalah contoh krisis kepemimpinan antara pemimpin dengan pengikut. Krisis besar seperti ini membawa kepada keaadan konflik yang tidak sihat dan boleh membawa kepada perpecahan dan krisis kepemimpinan. Krisis ini boleh menyebabkan pemimpin hilang kuasanya.Aspek kelima pula ketiadaan karismatik seorang pemimpin. Karisma merupakan kualiti unggul dalam kepemimpinan dan kejayaan pemimpin yang bekarismatik adalah mampu menarik perhatian pengikut yang banyak dan memberi inspirasi dan menggalak kecenderungan mengikut untuk mengikutinya. Penulis berpendapat masyarakat hari ini melihat pemimpin berkarisma melalui 3 aspek iaitu karakteristik pemimpin, ciri-ciri pengikut dan keperluan suasana. Memiliki ketiaga aspek ini berupaya mewujudkan perhubungan dan kepemimpinan berkarisma secara bersama. Keenam pula tentang pemimpin yang lemah semangat dan kurang bertenaga. Dengan membawa contoh di Indonesia di pimpin oleh seorang presiden yang buta iaitu Gus Dur, kita melihat beliau sebagai amat tidak berdaya dan tidak bertenaga. Jika pemimpin sendiri hendak berjalan mengharapkan bantuan orang lain, bagaimanakah ia boleh dan mampu memimpin negara. Isu ia dipimpin oleh satu kuasa lain yang tidak boleh di lihat hanya isu emosi dan sensasi kepercayaan yang tidak beralas.Artikel ini juga tidak menafikan masalah komunikasi dalam kepimpinan dan masalah kepimpinan dalam komunikasi. Setiap pemimpin organisasi perlu peka tentang keberkesanan komunikasi mendatangkan hasil yang positif dalam organisasi dan sika sambil lewa dalam berkomunikasi hendaklah di banteras. Memahami latar belakang ahli setiap organisasi juga adalah perkara yang perlu diambil kira untuk mewujudkan komunikasi yang bekesan.Aspek kaedah komunikasi dalam organisasi yang berbeza pastinya, kerana bagi organisasi yang ekstrem seperti angkatan tentera dan polis, kaedah komunikasinya secara total berbeza dengan komunikasi para guru dan murid di sebuah sekolah. Bahasa yang keras dan arahan yang tegas dan disampaikan dalam situasi serius ditagihkan dalam mentadbir sesebuah organisasi keselamatan. Manakala bahasa yang mesra dan penyampaian penuh diplomasi diperlukan di sebuah sekolah atau syarikat swasta lain. Para pemimpin organisasi juga hendaklah menyampaikannya sesuai dengan keadaan masa dan tempat. Perbezaan setiap aspek ini pasti akan menimbulkan cara komunikasi yang berbeza. Penulis membawa sejarah dalam Kisah Panglima Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja China. Sun Tzu mengatakan setelah arahan diberikan tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakan dengan baik atau salah pelaksanaannya, maka berkemungkinan arahan yang diberikan tidak jelas dan terang. Setelah arahan diberi dengan jelas dan terang dan berulang tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakannya dengan baik atau salah melaksanakannya, maka kesalahan diletakkan pada pengikut, maka pengikut perlu di hukum.

Jelaslah bahawa, komunikasi dalam organisasi jika ditadbir dengan cara baik terutamanya oleh pemimpin atasan pasti akan memberi implikasi positif. Kebijaksanaan pemimpin mentadbir urus dan mencorakkan komunikasi organisasi banyak memberi pengaruh dalam hal ini. Manakala implikasi negatif yang terjadi seringkali menimbukan kesulitan dan halangan kepada kepemimpinan organisasi dan komunikasi gagal dilaksanakan dengan baik. Perkara ini seharusnya menjadi panduan kepada mana-mana organisasi untuk memastikan setiap keputusan dan penyelesaian kepada sesuatu isu adalah diselesaikan dengan perbincangan.

ULASAN ARTIKEL 3 :Kajian yang melibatkan beberapa individu ini merumuskan bahawa 3 tema utama iaitu peluang pekerjaan, penjanaan sumber pendapatan dan penjanaan aset. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan makna pembangunan ekonomi berdasarkan pungutan pendapat daripada komuniti yang terlibat dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat ini. Tanggungjawab social merupakan salah satu langkat syarikat korporat menyumbang kepada komuniti. PErkembangan hal ini adalah bersifat global. Pengiktirafan secara global pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengharapkan agar syarikat korporat bersama terlibat dalam usaha pembangunan Negara. KAjian ini membawa kepada keberkesanan perlaksanaan Tanggung Jawab Sosial yang perlu dilaksanakan oleh syarikat korporat. Tanggungjawab Sosial Korporat boleh didefinisikan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh syarikat korporat seperti yang dianjurkan oleh teori pemegang taruh selain daripada tanggungjawab mempertingkatkan keuntungan dan nilai faedah para pemegang saham sesebuah syarikat.Dalam menunaikan tanggungjawab social, secara tidak langsung pembangunan ekonomi mampan, berusaha bersama pekerja, keluarga mereka, komuniti tempatan serta masyarakat umum mampu meningkatkan kualiti hidup mereka. Dalam kajian ini juga, pihak korporat ini telah berusaha menunaikan tanggungjawab meningkatkan meningkatkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja, usaha pemuliharaan alam sekitar, membangunkan laporan kewangan (triple bottom-line), membangunkan skema pensijilan dan label bagi produk dan perkhidmatan, menganjurkan dialog dengan para pemegang taruh, melaksanakan perkongsian usaha dengan NGO serta meningkatkan sokongan bagi projek dan program pembangunan komuniti. Pembangunan ekonomi komuniti pula didefinisikan sebagai suatu keadaan apabila individu dalam komuniti mampu menganalisis keadaan ekonomi tersebut, mengenalpasti keperluan dan juga peluang ekonomi yang ada, membuat keputusan perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keadaan ekonomi dan seterusnya berusaha mencapai tujuan serta objektif ekonomi yang telah disepakati bersama. Objektif umum bagi model pembangunan ekonomi komuniti ini ialah membangunkan aset dalam komuniti yang boleh digunakan untuk menambah baik komuniti. Seterusnya, tujuan pembangunan ekonomi komuniti pula ialah untuk menggerakkan aset tersebut untuk memberi manfaat kepada komuniti. Kajian artikel ketiga ini memaparkan bagaimana perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana organisasi. Kajian yang telah dibuat ini melibatkan beberapa individu dalam sebuah komuniti. Kejayaan adalah diukur dan dinilai dari beberapa aspek yang telah digariskan sebagai panduan dan penanda aras. Berdasarkan kajian ini juga didapati badan korporat ini telah meletakkan objektif menjurus kepada mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan dan penambahan aset seperti rumah. Peluang pekerjaan diwujudkan dengan adanya projek perladangan cili yang diusahakan dengan tujuan membawa perubahan kepada ekonomi komuniti peladang. Manakala objektif kedua ia mampu menambah sumber pendapatan yang diperoleh dari tanaman sampingan dari lading cili..Dan objektif ketiga disasarkan agar penambahan aset sendiri seperti tanah, rumah dan simpanan kewangan Akhir kajian pula telah menunjukkan bahawa projek tanggungjawab social korporat ini telah berjaya dijalankan bersama penglibatan komuniti. Selain itu, penglibatan komuniti juga telah mendapat kelebihan dan kebaikan hasil daripada projek tanggungjawab sosial korporat ini.Daripada kajian ini, dapat difahami bagaimanakah setiap organisasi melaksanakan tanggungjawab dalam komuniti, disamping mencapai objektif yang digariskan, matlamat penyebaran komunikasi antara organisasi dengan komuniti juga amat penting dari sudut publisiti tentang fungsi dan kewujudan organisasi di dalam masyarakat. Tidak salah jika dikatakan usaha ini juga menampakkan usaha serampang dua mata. Adalah diharap lebih ramai badan yang akan menjejak langkah badan korporat ini di samping penyebaran maklumat dan publisiti kalangan masyarakat.

PENUTUPDaripada analisis ketiga-tiga artikel ini, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dan kepimpinan saling mempunyai implikasi dalam stuktur organisasi. Kepemimpinan yang terarah juga merupakan hasil dari kemampuan melaksanakan komunikasi korporat yang bersesuaian dan memahami perlaksanaan komunikasi korporat yang mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat atau komuniti. PErkembangan komunikasi korporat di Malaysia umpamanya adalah berada terkehadapan jika dibanding dengan perkembangan Negara lain di ASEAN, namun jika melihat perkembangannya dalam peringkat global, ia dilihat berlangsung dengan sangat pelahan memandangkan perkembangan ilmu komunikasi korporat telah disedarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr Mahadir Mohammad bermula dari dasar penswastaan yang diperkenalkan olehnya. Lambat atau cepat perkembangan ini sebenarnya bergantung kepada perlaksanaan setiap individu dalam mana-mana organisasi untuk melaksanakan dan menzahirkan komunikasi korporat yang telah digariskan oleh organisasi masing-masing. Artikel kedua yang membawa kepada peranan dan implikasi komunikasi dari kepemimpinan organisasi , ia merupakan pencorak kepada kejayaan organisasi. Namun kejayaan ini bergantung sepenuhnya kepada cara dan kaedah bagaimana komunikasi diaplikasi dan diamalkan. Kebijaksanaan pemimpin berkomunikasi dengan pekerja membolehkan segala maklumat dan arahan mampu disampaikan dengan cara yang berkesan dan merangsang pekerja untuk sama-sama berusaha meningkatkan kejayaan organisasi. Artikel ketiga pula merupakan menunjukkan kajian kepada usaha perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh sebuah organisasi. Kajian dilihat dari aspek perlaksanaan dan kesan dari pogram tersebut. Kejayaan individu yang dibantu dilihat sebagai kemampuan organisasi tersebut dalam membentuk aspek lain mencapai kejayaan walaupun diluar organisasi. Namun kejayaan tersebut juga merupakan ukuran penting tentang kejayaan komunikasi korporat yang mereka laksanakan. Dari perspektif lain , aspek publisiti secara tidak langsung dilaksanakan dalam usaha murni tersebut.

RUJUKAN1. Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd2. http://radzihamid.blogspot.com/2012/05/komunikasi-korporat-di-malaysia.html3. Jaafar Muhamad, Edisi Ketiga (Oktober, 1997) "Kelakuan Organisasi" Kuala Lumpur: 4. Muhd Mansur Abdullah (1998) "Komunikasi Dalam Pengurusan" Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 5. Samsuddin A. Rahim(2003), Komunikasi Asas, edisi ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Narimah Ismail dan Saodah Wok, (2002), Kursus Komunikasi Organisasi,Bentong: PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd. 7. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain, (2004), Teori-teori Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

1