tutorial pembelajaran

Post on 03-Jul-2015

11.009 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Safiah Karim et.al (1994)

• Ayat tunggal: Ayat yang mengandungi satu klausa iaitu subjek dan satu predikat.

• Subjek : Bahagian ayat yang diterangkan.

• Predikat :Bahagian ayat yang menerangkan subjek.

• Terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan.

• Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.

Subjek Predikat

Ahmad guru.

Dia jurutera pelatih.

Mereka sedang mandi di sungai?

Pelajar itu membeli buku.

Kamu keluar!

Kamu tunggu dia di sini.

Kata nama

Ganti nama

Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek kata nama

Kata Nama Am

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Khas

Subjek (Nama Am) Predikat

Mempelam itu untuk ibu.

Adik minum susu.

Rumah itu terbakar.

Subjek (Nama Khas) Predikat

Osman penyanyi terkenal.

Si Comel sedang tidur.

Bukit Fraser di Negeri Pahang.

Subjek (Nama Terbitan) Predikat

Kenangan mengusik jiwa.

Pukulannya sungguh kuat.

Pertunjukan itu sangat menarik.

Subjek ganti nama

Ganti Nama Orang

Ganti Nama Tunjuk

Ganti Nama Orang

Subjek (Ganti Nama Orang) Predikat

Saya guru.

Dia suka makan nasi.

Awak boleh pergi sekarang.

Beliau akan berangkat ke Mekah.

Ganti Nama Tunjuk

Subjek (Ganti Nama Tunjuk) Predikat

Ini rumah saya.

Itu buku Ah Meng.

Ini makanan saya.

Itu tuduhan yang melampau.

Subjek kata kerja

Subjek (Kata Kerja) Predikat

Melukis menjadi kegemarannya.

Mencuri satu amalan keji.

Bersenam menyihatkan badan.

Bercakap memang mudah.

Subjek kata kerja

Subjek kata adjektif

Subjek kata adjektif

Subjek (Kata Adjektif) Predikat

Putih ialah warna pilihan Hasnah.

Kecil tidak bererti lemah.

Hitam cantik juga.

Masin ialah rasa garam.

Predikat Frasa Nama

Predikat kata nama

Kata Nama Am

Kata Nama Terbitan

Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Subjek Predikat (Kata Nama Am)

Ahmad guru.

Budak itu murid saya.

Bapa Zaki doktor.

Binatang itu harimau.

Kata Nama Khas

Subjek Predikat (Nama Khas)

Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.

Bangunan itu Muzium Negara.

Universiti itu Universiti Malaya.

Kata Nama Terbitan

Subjek Predikat (Nama Terbitan)

Tindakan itu suatu penganiyaan.

Ceritanya hanya alasan.

Tegurannya suatu pengajaran.

Predikat Frasa Kerja

Kata kerja asal

Kata kerja terbitan

Kata bantu

Unsur-unsur keterangan

Kata kerja asal

• Kata kerja yang terdiri

daripada satu kata dasar

sahaja.

• Terdiri daripada kata kerja tak

transitif dan kata kerja transitif.

• Kata kerja tak transitif : tidak

perlu objek atau penyambut.

• Kata kerja transitif: Perlu objek

didepan atau dibelakang.

Kata kerja asal tidak berimbuhan

mandi

pulang

ketawa

datang

terbang naik

masuk tidur hilang

SubjekPredikat

Kata Kerja Tak Transitif Keterangan

Bapa Ali tidur.

Orang itu ketawa.

Jam Ahmad hilang.

Ali mandi di sungai.

Dia masuk dengan tertib.

Burung itu terbang tinggi di awan.

SubjekPredikat

Kata Kerja Transitif Objek

Monyet itu makan pisang.

Adik minum susu

• Kata kerja yang terdiri

daripada gabungan kata

dasar dan imbuhan.

• Terdiri daripada kata kerja

transitif dan kata kerja tak

transitif.

Kata kerja asal berimbuhan

bersenam

bertolak

terjatuhberbincang

tertidur

terbalik

berehat menari

Subjek Predikat

Dia bernyanyi dengan penuh perasaan.

Perempuan itu menari.

Keretanya terbalik di tepi jalan.

• Kata kerja yang asalnya bukan daripadagolongan kata kerja tetapi golongan kata yang lain seperti kata nama atau adjektif.

• Memerlukan imbuhan me-…-kan, me-….-i ataumemper-….

Kata kerja terbitan

Contoh Kata Terbitan

menghalusi

memperluasmenjalani

membaiki

menemani

SubjekPredikat

Kata Kerja Transitif Objek

Encik Hakim menyekolahkan anaknya hari ini.

Ibu kami memperindah serambi rumah.

Zakaria membaiki basikalnya.

Usahanya menghasilkan kekayaan.

Katabantu aspek

Katabantu ragam

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek

• Kata bantu yang

menyatakan atau

menerangkan sesuatu

perbuatan dari segi

masa,sama belum,

sedang atau sudah

dilakukan

Contoh kata kerja bantu

akan

belum

sedang

masih

sudah

telah

pernah

Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan, cotohnya:

1. Saya akan menulis surat kepada mereka

2. Yusof belum melihat hadiah itu

Sedang dan masih menerangkan bahawasesuatu perbuatan itu sedang atau belumselesai dilakukan, contohnya:

1. Negara Malaysia sedang membangun

2. Projek itu masih dalam peringkat pertama

Sudah, telah, dan pernah menerangkan bahawasesuatu perbuatan itu sudah selesai, contohnya:

1. Encik Lukman sudah mempunyai dua cahayamata.

2. Mereka telah pergi ke Mekah tahun lepas.

3. Cik Bedah pernah melakukan pembedahanitu.

Kata Bantu Ragam

• Kata bantu ragam ialah katabantu yang menerangkanragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatanyang dilakukan

Contoh Kata Bantu Ragam

hendakharus

dapat

boleh

mestimahu

hendak

Contoh ayat:

Orang tua itu hendak pergi ke bandar.

mahu

Contoh ayat:

Dia mahu mandi di sungai.

harus

Contoh ayat:

Mereka harus datang pagi-pagi lagi.

mesti

Contoh ayat:

Pesakit itu mesti berehat

boleh

Contoh ayat:

Akak boleh menyertai peraduan itu.

dapat

Contoh ayat:

Sahza dapat tidu nyenyak

hendak

Contoh ayat:

Kami hendak pulang segera

Unsur Keterangan

• Mengandungi kedua-duajenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima frasaketerangan.

• Frasa keterangan terbentukdaripada frasa sendi nama.

Unsur-unsur keterangan

di kilang

macam raja

untuk kepentingan sendiri

dengan ayahnya

dengan bas

dengan cepat

Contoh ayat:

Dia berjalan dengan cepat

Contoh ayat:

Ramai wanita bekerja di kilang.

Contoh ayat:

Mereka bertindak untuk kepentingan diri.

Contoh ayat:

Murid-murid darjah satu datang dengan bas

Contoh ayat:

Ahmad datang dengan ayahnya

Contoh ayat:

Dia berlagak macam raja

Predikat Frasa Adjektif

• Berfungsi sebagai frasapredikat terdiri daripada kataadjektif ;

besar

cantik

kecil

laju

pandai gemuk

tinggi putih hitam

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Adjektif

Rumah Diya besar.

Kawan saya gemuk.

Masakannya sedap.

Akak saya pandai.

Kata penguat + kata adjektif

kata adjektif + kata penguat

bandingan

Kata adjektif selapis boleh didahului oleh

kata penguat seperti ;

Contoh ayat:

Rumah Diyah amat besar.

Contoh ayat:

Masakannya sungguh sedap.

Contoh ayat:

Kawan saya sangat gemuk.

Kata adjektif selapis boleh didahului oleh

kata penguat seperti ;

Contoh ayat:

Ketua kampung itu baik benar.

Contoh ayat:

Harimau itu besar sungguh

Contoh ayat:

Keretapi itu laju sekali

PERHATIAN

• Semua kata adjektif boleh hadir bersama-

sama kata bandingan lebih dan paling dan

juga boleh disertai imbuhan ter- yang

membawa maksud ‘paling’.

lebih

Contoh ayat:

Arnab itu lebih gemuk daripada arnab saya.

paling

Contoh ayat:

Keretapi ini paling laju di Kuala Lumpur.

Ter-

Contoh ayat:

Buku inilah paling ternipis anatara semuanya.

• Kata adjektif bolehdigandakan untukmembawa erti banyakdan pelbagai rupabentuk serta sifatnya.

besar-besar

Contoh ayat:

Rumah di bandar itu besar-besar.

panjang-panjang

Contoh ayat:

Talinya panjang-panjang.

merah-merah

Contoh ayat:

Bajunya merah-merah.

tinggi-tinggi

Contoh ayat:

Bangunan di kota tinggi-tinggi.

Predikat Frasa Sendi Nama

• Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbinadaripada kata sendi namayang diikuti oleh frasanama.

dengan untukdaripada

di

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Liya di rumah.

dari

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Mereka semua dari kampung

ke

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Saya ke sekolah

daripada

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Surat itu daripada Ahmad

Untuk

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Hantaran ini untuk pengantin

pada

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Wang saya pada ibu.

dengan

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Begnya dengan saya

kepada

Subjek Predikat Frasa Sendi Nama

Arahan itu kepada semua pelajar.

Latihan

Ceraikan ayat tunggal berkenaan kepada subjek dan predikat.

1. Affendi guru.

2. Kakak menyapu sampah.

3. Putih ialah warna kegemaran Mia.

4. Ayam itu asyik berkokok.

Pilih dan tekan ayat tunggal yang betul.

1. A. Budak itu menonton televisyen.

C. Mereka pergi ke sekolah dan perpustakaan.

B. Abu dan Raju bekawan baik.

D. Kakak memasak sambil menyanyi.

Pilih dan tekan ayat tunggal yang betul.

2. A. Ini anting-anting Azeerah.

C. Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca

buku itu.

B. Emak sedang memasak dan adik sedang menyanyi.

D. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah,

saya mengemas rumah.

Pilih dan tekan ayat tunggal yang sesuai

3. A. Ramli menyanyi sambil menari.

C. Koridor Raya Multimedia dilancarkan oleh Tun Dr.

Mahathir Muhamad.

B. Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya

D. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak

diundang.

RUJUKAN

• Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

: Agensi

• Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

• Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nama: Rahilah Binti Jaafar

Kelas: PISMP 2F (Ambilan Januari 2010)

Nama Pensyarah : Pn. Norhayati bt Md Yatim

No Matrik:113184295

No K/P:890912-14-6086

top related