tutorial m1:kepentingan permainan tradisional

Post on 06-Feb-2016

79 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

permainan tradisional - teng teng

TRANSCRIPT

Soalan : Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi cara permainan dan

bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal

kanak-kanak

Tutorial Minggu 1

PERMAINAN TENG TENG

PENGENALAN Teng Teng juga dikenali sebagai ketinting.

Ia sejenis permainan laman dan dimain oleh kanak-kanak perempuan.

Pemain harus mengimbang badan.

Gelanggangnya adalah permukaan yang rata.

Di kampung, gelanggang dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi gelanggang tersebut juga wujud di kawasan taman perumahan atau di kawasan pekan.

Ada yang juga menggunakan kapur tulis tepung lukis di atas jalan bertar.

Tidak ada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang, tetapi biasanya bilangan pemain ialah 2 hingga 4 orang.

Melebihi 4 pemain dalam gelanggang, akan membawa kesukaran kepada pemain untuk berteng-teng.

Peraturan-Peraturan Teng-

Teng Setiap pasukan mempunyai 3 orang pemain.Setiap permainan akan dimainkan oleh 2 orang pemain sahaja. Pemain pertama setiap pasukan akan bertarung dahulu, diikuti pemain kedua dan ketiga kemudian.

Gelanggang teng teng akan dilukiskan. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Gundu(tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang) juga akan disediakan.

Contoh teng teng

CARA BERMAIN Sebelum permainan dimulakan, pemain menggunakan“lai lai li tam plong”.

Permainan dimulakan, pemain pertama harus mencampakkan gundu ke dalam petak pertama.

Jika gandu tidak masuk ke petak yang ditentukan atau terkeluar, dianggap mati.

Pemain yang seterusnya mengambil giliran mula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja.Pemain dikehendaki melompat di petak sembilan dengan kedua belah kaki.

Untuk menghabiskan giliran mereka, pemain harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, sama ada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku dia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina RumahUntuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan semua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya.

Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka dia dikira mati.

Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.

Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya dia dikira mati.

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Kanak dapat menyihatkan badan.2. Dapat meningkatkan kemahiran fizikal.3. Dapat meningkatkan kemahiran

mengimbang.4. Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.5. Dapat melatih bahagian anggota badan

dengan aktif dan berasa seronok semasa bermain.

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK

1. Dapat merangsang minda untuk merancang strategi pertandingan.

2. Meningkatkan keupayaan berfikir.

3. Memupuk sikap bekerjasama.

4. Menjadikan minda cergas dan cerdas.

5. Dapat menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan.

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

1. Merapatkan hubungan antara kawan.

2. Dapat menyesuaikan diri dalam pebagai keadaan.

3. Mengenali ramai kawan.

4. Membina kemahiran sosial.

5. Membina kemahiran kendiri yang positif.

6. Bersikap terbuka dan membentuk nilai murni dalam diri.

7. Dapat berinteraksi dengan positif.

8. Dapat belajar mematuhi peraturan.

top related