tugasan individu isu2 pend di m'sia.doc
Post on 11-Dec-2015
104 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIATUGASAN INDIVIDU
NAMA :SHAHFIEZUL BIN SHAHAIMI
SESI :SEMESTER 2 2014/ 2015
NO. MATRIK :P79068
PENSYARAH :DR. KHADIJAH ABD. RAZAK
TAJUK :
MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA
MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Tarifan Bahasa 4
1.2 Perkembangan Bahasa Kebangsaan 4
1.3 Revolusi Pengaruh Inggeris 5
2.0 ISU DAN CABARAN
2.1 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah 7
Di Kalangan Murid/ Pelajar Di Sekolah.
2.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah 10
Di Kalangan Pelajar Di IPTA/IPTS.
2.3 Pemansuhan PPSMI Perlaksanaan MBMMBI. 11
2.4 Penterjemahan Teks Bahasa Malaysia Dan Bahasa 14
Inggeris.
2.5 Penerbitan Karya Ilmiah Dalam Bahasa Malaysia 16
Masih Kurang.
2.6 Penterjemahan Sarikata Perlu Lebih Teratur. 17
3.0 CARA MENANGANI DAN MENGATASI
3.1 Program Pakar Pembangunan Sekolah (SICC) 19
3.2 Kursus Profesional Up-Skilling For English 20
Languange Teachers (PRO-ELT)
3.3 Program Penutur Jati (Native Speakers) 22
3.4 Gelombang ICT Dalam PdP 23
3.5 Kewibawaan DBP Dalam Memartabatkan Bahasa 25
Malaysia.
3.6 Memartabatkan Bahasa Malaysia Melalui 26
Penterjemahan Sari Kata.
4.0 KESIMPULAN 27
5.0 RUJUKAN 28
2
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan adalah satu platform kepada asas pembangunan
sesebuah negara. Melalui sistem pendidikan yang efisien dan berkualiti maka
akan lahirlah murid yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam
pelbagai aspek sama ada dari generasi terdahulu atau yang akan datang.
Najib Tun Razak (1997) menyatakan bahawa perubahan serta reformasi
pendidikan mesti bersifat ‘Systematic Change’, ia tidak boleh hanya berfokus
kepada satu komponen sahaja dan semua komponen itu mesti diolah
sedemikian rupa supaya perubahan tersebut bersepadu dan holistik serta
komprehensif. Manakala Musa Mohamad (2001) menyatakan tidak dapat
dinafikan bahawa sistem pendidikan yang proaktif akan sentiasa berubah dari
masa ke semasa. Melalui sistem pendidikan yang mantap dan berkualiti,
natijahnya akan memberi implikasi yang bukan sedikit kepada pembangunan
negara.
Dalam usaha kerajaan menuju kepada Wawasan 2020 serta seiring
dengan abad ke 21 ini, maka tidak dinafikan bahawa proses perlaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baru agar
murid mampu menguasai dan memiliki kemahiran yang di perlukan. Dalam
usaha untuk mencapai aspirasi tersebut, kerajaan telah mengambil langkah
proaktif dengan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelan
ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan yang pantas dan mampan
sehingga tahun 2025. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini
kerajaan telah mengenalpasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi
menghasilkan perubahan seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat
Malaysia. Salah satu daripada anjakan tersebut adalah untuk memastikan
setiap murid mampu menguasai kemahiran dalam bahasa melayu dan
bahasa inggeris dan juga digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan.
3
1.1 Takrifan bahasa
Ilmu bahasa di takrifkan sebagai pengetahuan sebagai selok belok
tatabahasa yang berbentuk linguistik iaitu penyebutan kata dan lambang
menunjukkan sebutannya ( Kamus Dewan Edisi ke-4). Manakala bahasa pula
membawa maksud sistem bunyi yang mempunyai makna yang bersifat
konvensional yang dipakai sebagai alat komunikasi oleh manusia untuk
melahirkan perasaan dan pemikiran ( Wibowo, 2001). Ia turut disokong
dengan penyataan Walija (1996) merupakan komunikasi yang paling lengkap
dan efektif untuk menyampaikan idea, pesanan, maksud dan juga perasaan
dan pendapat kepada orang lain.
Dari perspektif islam bahasa dirujuk juga dari perkataan arab sebagai
‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk
mengetahui sesuatu dengan sebenarnya. Ia memberi erti tentang segala
pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt
yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk
manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.
1.2 Perkembangan Bahasa Kebangsaan
Kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah
mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif. Melaluinya maka akan
lahirlah murid yang akan menguasai kemahiran lebih dari satu bahasa.
Melalui sistem pendidikan semasa ianya dapat menghasilkan keberhasilan
yang membanggakan dalam bahasa malaysia. Merujuk kepada (152
Perlembagaan Malaysia) menyatakan bahawa bahasa Malaysia adalah
bahasa rasmi yang digunakan untuk semua urusan rasmi kerajaan
termasuklah di dalam sistem pendidikan negara. Kepentingannya sebagai
bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah
membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Usaha
dalam menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan di negara ini telah dimulakan dengan penggubalan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini
diperteguhkan dengan Laporan Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada
tahun 1960. Selepas itu Akta Pelajaran 1961 telah menobatkan sebagai
bahasa ilmu. Antara petikan telah menyebut
4
”.... dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk
menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan khususnya
peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi satu sistem pelajan
dalam mana Bahasa Kebangsaan adalh menjadi bahasa pengantar utama ”
- Akta Pelajaran 1961
Berdasarkan kepada proklamasi di atas, secara jelas melihatkan matlamat
utama perlaksanaan dasar ini mengikut peruntukan undang-undang adalah
bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penegasan terpenting dalam
prolokmasi Dasar Pendidikan Kebangsaan pula adalah dengan
mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa melayu dalam media
pengajaran dan pembelajaran bagi semua institusi pendidikan yang tertakluk
di bawah bidang kuasa kerajaan. Selain itu ia diperkukuhkan lagi dengan
menyebut
” Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan....”
- Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) , Perkara 17(1)
1.3 Revolusi Pengaruh Inggeris
Revolusi Inggeris di Malaysia dimulakan dengan kedatangan
pendatang inggeris melalui minat perdagangan ke Tanah Melayu. Seawal
tahun 1614, hubungan ini disinonimkan dengan penerbitan yang dihasilkan
oleh pedagang Inggeris. Penerbitan berbentuk manual praktis ini merupakan
penerbitan pertama Inggeris dalam dunia Melayu yang diberi judul Dialogues
in the English and Malaiane Languages: or Certaine Common Forms of
Speech, First Written in Latin, Malaian, and Madagascar Tongues.
Berdasarkan catatan sejarah, pelayaran awal Inggeris ke timur ini sebenarnya
sudah bermula lebih awal daripada itu, iaitu sejak tahun 1603. Di sinilah
peluang orang Inggeris untuk mempelajari Bahasa Melayu. Minat terhadap
dunia Melayu telah mendorong kepada penerbitan seterusnya, iaitu A Brief
Vocabulary of The Malayan Tongue pada tahun 1673 dan penerbitan ketiga
5
pula di Oxford pada tahun 1677. Di sinilah bermulanya hubungan awal Oxford
dengan dunia Melayu. Hubungan bahasa Melayu dan Inggeris pada awal
abad ke-17 lebih kepada bibit pengenalan dunia Nusantara kepada dunia
barat.
” Bagi pihak imperialis, lebih banyak sumber berkaitan dengan sesuatu
masyarakat itu diperoleh, lebih mudah mereka memahami jiwa dan hati
nurani masyarakat timur yang mempunyai potensi untuk dijajah. Bukan
sahaja Inggeris, malah pihak Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat turut
berminat untuk mengetahui alam timur. ”
( Di petik dari Rencana Dewan Bahasa, Februari 2013)
Melalui cetusan idea daripada Perdana Menteri Malaysia yang
keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah membawa kepada
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Ia merupakan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan
Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan atau ibunda sebagai
bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat
pendidikan. Dasar ini bertujuan untuk persiapan dari peringkat awal
persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi dan memudahkan untuk
mencari maklumat mengenai pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam
bidang ini yang lebih cenderung menggunakan Bahasa Inggeris. Selain itu,
Bahasa Inggeris juga adalah merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan
penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Dalam pada itu, ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris
banyak mempunyai kelebihan tetapi ada juga pihak yang menggeleng kepala
bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau bagaimanapun,
bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua penting tidak kira
sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan
semua.
Berdasarkan kepada pengertian bahasa seterusnya pengenalan serta
revolusi berkenaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam sistem
pendidikan di Malaysia, maka kita akan cuba mengupas beberapa isu
ataupun fenomena yang sedang dihadapi dalam persekitaran masyarakat
kita. Isu yang akan di bincangkan ini akan dapat kita lihat dari pelbagai
6
perspektif dan pastinya boleh membawa kepada penambahbaikan
terutamanya dalam mengharungi sistem pendidikan abad ke 21 ini.
2.0 ISU-ISU DAN CABARAN
2.1 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah Di Kalangan
Murid/ Pelajar Di Sekolah.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang antaranya sains
dan teknologi, ekonomi, perubatan dan banyak lagi merupakan sesuatu yang
sangat penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi masa kini. Dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa Inggeris banyak digunakan
seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk memperolehi ilmu dan
maklumat mesti menerusi Bahasa Inggeris. Ini menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Fadhlina Mohd. Azizuddin,
2006).
Penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) adalah sangat penting untuk guru dan juga murid. Guru dan murid
mampu menimba ilmu dengan lebih mendalam jika cara proses pembelajaran
itu berlangsung dengan betul. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru perlu
berada pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan
dalam penyampaian maklumat ilmu pengetahuan. Pertukaran bahasa
pengantar boleh membawa kejutan budaya bagi sesetengah golongan murid
dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami aspek-aspek yang
dipelajari. Ini selari dengan penyataan oleh Gilbert (1982) iaitu kepercayaan
dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk diubah.
Melalui kajian awal yang dilakukan sebelum terbentuknya Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2015 didapati penguasaan kemahiran
berbahasa Malaysia adalah sangat meluas dalam kalangan murid. Di dapati
75% murid mencapai tahap minimum kredit dalam SPM 2010 di mana
Bahasa Malaysia merupakan subjek yang mempunyai peratus tertinggi tahap
kelulusannya. Akan tetapi tahap penguasaan Bahasa Inggeris adalah jauh
lebih rendah dimana 28% murid mendapat tahap minimum kredit dalam
peratus lulus subjek berkenaan (PPPM 2013-2025).
7
Berdasarkan kepada sistem pembelajaran PPSMI yang menekankan
Bahasa Inggeris kepada murid dan pelajar yang telah diberhentikan beberapa
tahun lepas, satu kajian telah dilakukan oleh Tuah Ishak & Mohini Mohamed
(2010) bertajuk PdP Sains dan Matematik (PPSMI) : Suatu Isu Berulang telah
menjalankan kajian ke atas responden iaitu pelajar-pelajar dari pelbagai
fakulti di Universiti Teknologi Malaysia yang merupakan pelajar-pelajar yang
pernah mengikuti PPSMI semasa di zaman persekolah. Kajian ini meneliti
kesan polisi PPSMI terhadap tiga aspek iaitu kesediaan, minat dan
keyakinan pelajar . Hasil dapatan kajiannya menunjukkan tahap kesediaan,
minat dan keyakinan pelajar berada di tahap sederhana dan kurang
memuaskan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan
perlaksanaan polisi terbabit dan manyatakan bahawa PPSMI penting bagi
peningkatan Bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan
mereka.
Terdapat pelbagai punca yang menjadi faktor penyebab kepada
permasalahan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid di sekolah.
Antaranya :-
1. Guru tidak kreatif di dalam pengajaran
Dalam zaman berteknologi ICT kini, kaedah pengajaran guru di dalam
bahasa inggeris tidak lagi berkesan sepenuhnya jika masih mengamalkan
kaedah ’ Chalk and Talk ’ yang di anggap membosankan. Teknologi
komputer merupakan satu budaya yang semakin membangun dalam
sistem pendidikan masa kini. Guru perlu memahami bahawa pelajar
merupakan individu yang masih belum mengenalpasti minat dan bakat
mereka. Pelajar lebih gemar PdP yang berunsurkan multimedia. Selain itu,
guru yang tidak kreatif ini masih lagi bergantung kepada buku teks dan
buku kerja yang telah dibekalkan juga menjadi faktor. Ini kerana guru
enggan berfikir dengan kreatif cara atau kaedah untuk mengembangkan
PdP kepada murid. Kajian oleh Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin
Badushah (2010) yang melihat persepsi guru Bahasa Malaysia terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran
di mana hasil kajian tersebut membuktikan sikap guru terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif, namun begitu
pengetahuan dan kemahiran guru masih berada di tahap sederhana.
8
2. Persepsi negatif murid
Murid merasakan menguasai Bahasa Inggeris merupakan sesuatu yang
susah. Ini kerana mereka lebih selesa bertutur atau berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda mereka. Murid tidak
memahami akan kepentingan Bahasa Inggeris ini menjadikan murid
tersebut hilang fokus dalam pembelajaran mereka sekaligus
mendatangkan kesan dalam keputusan akademik mereka.
3. Saiz kelas yang terlalu besar/ kebolehan murid tidak sama
Guru perlu memahami pelajarnya dengan baik kerana guru merupakan
faktor penyumbang kepada keberkesanan prestasi pelajar di dalam kelas
(Mohammad Aziz Shah al et, 2010) Nisbah seorang guru kelas kepada 40
orang murid dalam sesebuah kelas sememangnya tidak munasabah
kerana pastinya guru tidak dapat memberi fokus terhadap PdP di dalam
kelas. Jumlah pelajar yang seramai itu pastinya menghadkan kemampuan
seorang guru untuk memberi perhatian kepada muridnya. Di samping itu,
kebolehan setiap murid di dalam sesuatu kelas adalah tidak sama dan
guru pastinya tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada setiap orang
murid setiap kali PdP berjalan. Kuantiti pelajar yang terlalu besar
menyebabkan guru tidak boleh mengenalpasti kelemahan pelajar dengan
lebih mendalam.
4. Buku teks atau buku kerja tidak sesuai dengan tahap murid
Seperti yang diketahui, setiap murid mempunya tahap yang berbeza beza
pencapaiannya. Begitu juga tahap pencapaian pelajar bandar dan luar
bandar juga amat berbeza. Pelajar yang tinggal di bandar mungkin sudah
terbiasa dengan Bahasa Inggeris di sekolah mahupun dirumah, akan
tetapi pelajar luar bandar sukar mempraktikkan bahasa inggeris kerana
pergaulan mereka di sekolah menggunakan bahasa melayu seratus
peratus. Apabila sukatan pelajaran yang terdapat di dalam buku teks dan
buku kerja setaraf dengan pelajar bandar, ini pastinya akan menyukarkan
mereka memahami, menerima sekali gus membuat latihan.
9
2.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Lemah Di Kalangan
Pelajar IPTA/ IPTS
Di peringkat pengajian tinggi juga tidak terkecuali dengan isu
kurangnya penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar-pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) awam mahu pun swasta. Kajian yang di buat oleh
Norfadila & Adibah (2013) terhadap tahap penguasaan Bahasa Inggeris
sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar pendidikan teknikal
dan kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan bahawa tahap
kemahiran membaca, menulis dan mendengar Bahasa Inggeris pelajar
adalah sederhana, manakala tahap kemahiran bertutur pula adalah rendah.
Ini menunjukkan pada kita bahawa kesannya pasti akan membawa kepada
lambakan graduan yang kurang berkualiti apabila menceburi bidang
pekerjaan kelak.
Bagi seseorang pelajar, penguasaan bahasanya bergantung kepada
aspek mendengar, membaca, menulis dan bertutur ( Radha Nambiar, Noraini
Ibrahim & Pramela, 2008). Kemahiran-kemahiran yang disebutkan ini adalah
merupakan empat kemahiran asas yang semestinya tidak boleh kurang
dalam sesuatu pembelajaran. Sebagai contoh situasi yang boleh kita lihat
adalah apabila seseorang pelajar itu mengikuti sesuatu pengajaran di mana
pelajar tersebut perlu memberi perhatian dengan mendengar setiap
pengajaran pensyarah . Dalam masa yang sama pelajar tersebut juga akan
mencatat nota-nota penting berkenaan apa yang di sampaikan oleh
pensyarah tersebut. Apabila terdapat soalan dan tempat yang kurang faham,
pelajar tersebut akan bertanya dan bertutur dengan pensyarah tersebut.
Selepas sesuatu pengajaran biasanya pensyarah akan meminta pelajar
membaca dan membuat ulangkaji sebelum kuliah seterusnya. Di sinilah dapat
kita lihat dengan jelas perkaitan di antara empat kemahiran tersebut di dalam
pembelajaran. Ia di tekankan juga oleh Abd. Rahim Selamat ( 2002) iaitu
apabila kita mendengar sahaja, kita akan lupa berbanding kita mencatat
sambil mendengar.
Ini disokong oleh Marhaini Kamaruddin dan Amree Ahmad (2002) yang
menyatakan bahawa kelemahan pelajar melayu terletak pada masalah
penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris untuk pertuturan atau
komunikasi. Daripada semua aspek inilah dapat diketahui penguasaan
10
mereka terhadap kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Ini
sekaligus akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan.
Menurut kajian yang di lakukan oleh Khoo Yew Li & Hazita Azman
(2010) di mana di dalam kajiannya telah menyenaraikan beberapa faktor yang
di lihat menjadi kelemahan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-
pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Antaranya ialah Bahasa
Inggeris tidak banyak digunakan sebagai medium perantaraan dalam kuliah
atau kelas lain selain kelas bahasa. Selain itu istilah Bahasa Inggeris telah
banyak di ubah maknanya ke dalam Bahasa Melayu di dalam modul-modul
pembelajaran pelajar. Selain itu juga penggunaan Bahasa Inggeris juga
hanya di gunakan apabila menggunakan komputer. Komponen-komponen
yang ada dalam sukatan pengajaran adalah dalam Bahasa Inggeris namun
pensyarah lebih selesa menterjemah dan menerangkan dalam Bahasa
Malaysia. Faktor terakhir yang dinyatakan dalam kajiannya adalah
disebabkan institusi itu sendiri yang kurang menekankan kepentingan bahasa
Inggeris di dalam diri pelajar-pelajarnya.
2.3 Pemansuhan PPSMI Perlaksanaan MBMMBI
PPSMI merupakan singkatan kepada Pengajaran Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Hasil cetusan idea Mantan Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad maka PPSMI ini telah mula dilaksanakan
dalam sistem pendidikan negara bermula pada tahun 2003. Rasional
perlaksanaan dasar ini dilaksanankan atas keprihatinan kerajaan terhadap
pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju
dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi.
Rasional pemilihan sains dan matematik di pilih sebagai pengajaran
dalam Bahasa Inggeris adalah kerana banyak bidang-bidang penting kepada
asas kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula melalui sains
dan matematik. Selain itu pelbagai inovasi dan penemuan dapat dibangunkan
melalui bidang ini yang banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang
diketahui juga Bahasa Inggeris juga adalah bahasa hubungan antarabangsa
dan penguasaan yang baik terhadap bahasa ini akan memudahkan
11
seseorang untuk mengutip ilmu dalam bidang lain. Oleh itu, Tun Dr. Mahathir
telah melihat kelebihan ini satu langkah kehadapan dan juga sebagai
sesuatu yang baik untuk negara maka sebagai persediaan kepada hala tuju
itu maka PPSMI ditubuhkan.
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia
hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah
pentadbiran Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada masa
itu. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia, ia dilaksanakan secara
berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya
ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1
serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah
sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Sejak perlaksanaan PPSMI , banyak tentangan dan pembidasan dari
pelbagai pihak antaranya termasuklah dari ahli politik, ahli akdemik, ibu bapa
mahupun pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak
tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-
guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya
terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat
sekolah rendah.
Kesan daripada fenomena ini, telah ditubuhkan kumpulan penyelidik
iaitu Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53
pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga
Disember 2008. Rasionalnya adalah untuk melihat sejauhmana dasar PPSMI
ini berjaya dilaksana. Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta
Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi
akan datang. Melalui kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan
peningkatan minimum kepada penguasaan Bahasa Inggeris sebanyak empat
peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari
subjek Sains dan Matematik.
Terdahulu hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pensyarah
dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Profesor
12
Emeritus Dato’ Isahak Haron melalui Kesan Pengajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada April 2008 telah mendapati dasar
penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu
dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah dan menengah
tidak tercapai bahkan kesannya adalah negatif. Ini ialah kerana kebanyakan
guru sendiri lemah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk
menerangkan dengan jelas konsep ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar, terutama pelajar
Melayu/Bumiputera, lemah Bahasa Inggeris. Kedua-dua faktor ini berganda
akibatnya, menyebabkan murid sukar memahami pengajaran guru Sains dan
Matematik; mereka juga tidak cekap membaca buku teks mereka dalam
Bahasa Inggeris. Dengan itu pelajar lemah dalam Matematik dan Sains
seperti yang ditunjuk dalam hasil ujian Matematik dan Sains pada Tahun 5
sekolah rendah, atau di Tingkatan 1 dan 2 di sekolah menengah (Isahak
Haron al et, 2008)
Dasar MBMMBI adalah merupakan dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia. Definisi memartabat Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan
Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Manakala memperkukuhkan bahasa inggeris pula didefinasikan sebagai
memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan
mengembalikan peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sains dan matematik, meningkatkan penguasaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu
PdP, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber
manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP.
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft
landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, PdP sains dan
13
matematik boleh menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, Bahasa Inggeris dan/atau
bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, Bahasa Inggeris dan/atau
bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu
guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft
landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang
telah mengikuti PdP sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun
2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima
berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft
landing ini, PdP matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan
dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah
menengah, penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
2.4 Penterjemahan Teks Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris
Terjemahan merupakan suatu aktiviti kuno yang telah lama bertapak
dalam sistem peradaban manusia dan menjadi suatu cara komunikasi untuk
mencapai sesuatu maksud. Melalui penterjemahan, bentuk komunikasi asal
dipindahkan ke persekitaran atau latar yang berbeza supaya kandungan
bentuk tersebut dapat dipersembahkan dalam cara yang mencapai maksud
asal dengan menjadikan penterjemah sebagai mekanisme perantara. Bahasa
melayu dan bahasa inggeris sememangnya merupakan bahasa ilmuan yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan negara.
Penterjemahan teks dari kedua-dua bahasa juga mendatangkan impak yang
tinggi terhadap penguasaan bahasa seseorang.
“PENTERJEMAHAN diibaratkan jambatan yang menghubungkan dua pihak
yang berlainan bangsa yang membolehkan komunikasi dan interaksi
berkesan diwujudkan. Justeru, terjemahan yang dihasilkan amat penting
untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat yang ada pada satu komuniti
bahasa kepada satu komuniti bahasa yang lain,”
( Dipetik dari ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Dr. Koh
Tsu Koon, 23 Disember 2010 )
14
Isu dalam menterjemahkan bahasa dari pelbagai bidang bukan isu
baru dalam dunia penterjemahan. Penterjemahan teks dalam bidang undang-
undang juga tidak terkecuali dengan isu yang diutarakan. Peguam negara
merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan
sebarang rang undang-undang yang digubal oleh agensi mahupun
kementerian sebelum ianya dibentangkan di Parlimen. Penggubalan undang-
undang dalam dwibahasa adalah merupakan satu profesion yang mencabar
kerana seorang penggubal undang-undang perlu menguasai bidang undang-
undang dan juga menjadi pakar rujuk kepada ilmuan di bidang lain. Ini
khususnya meliputi aspek morfologi dan sintaksis, seni dan sains
penterjemahan, peristilahan Bahasa Malaysia, di samping memahami dan
menghayati konsep tertentu dalam bidang ilmu yang hendak diperundang-
undangkan, seperti bidang ilmu landskap, keselamatan pekerjaan mahupun
perubatan.
Untuk menghasilkan penterjemahan yang tepat, jelas dan juga selari
dengan dalam bahasa sasaran penggubal perlu menguasai ciri-ciri kesamaan
dan perbezaan struktur antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Pengabaian kelainan struktur antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran
mengundang penghasilan terjemahan yang kurang tepat dan janggal. Dalam
penguasaan bahasa, individu yang mahir bercakap dalam sesuatu bahasa
tidak semestinya mahir dalam penulisan bahasa tersebut. Ini kerana
kemahiran menulis perlu dipelajari , bukan sahaja bentuk atau corak yang
berbeza, malah gaya bahasa dan penyampaian juga agak berbeza (Norsimah
al et, 2012)
Penterjemahan Kata Tugas di dalam Bahasa Inggeris boleh diambil
sebagai contoh seperti which, in which, to which, of which, lazimnya
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai yang mana ataupun di
mana. Kedua-dua ungkapan ini tidak boleh dianggap sebagai kata hubung
dalam Bahasa Malaysia. Ungkapan yang mana atau di mana boleh digantikan
dengan kata hubung yang sedia ada dalam Bahasa Malaysia seperti apabila,
yang, atau dengan kata sendi dengan.
Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang berjaya mengekalkan
mesej bahasa sumber dan memelihara struktur bahasa sasaran sehingga
terjemahan tersebut menyerlahkan unsur kesemulajadian, tidak berbau
15
terjemahan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ialah dua bahasa yang
berbeza dari segi struktur, unsur budaya serta nilai yang terkandung dalam
masing-masing bahasa. Hal ini bermakna padanan satu lawan satu tidak
sentiasanya benar dan boleh diamalkan apabila menterjemah teks daripada
Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Kata exercise wujud dalam dua
kelas kata, iaitu sebagai kata nama dan kata kerja. (dipetik dari Rencana
Dewan Bahasa, September 2012)
2.5 Penerbitan Karya Ilmiah Dalam Bahasa Malaysia Masih Kurang
Usaha kerajaan dalam meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
tertinggi ilmuan khususnya dalam pendidikan di Malaysia tidak dapat
dinafikan lagi selaras dengan akta yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Malaysia secara tradisinya tidak lagi
terhad hanya untuk mengungkapkan bidang bahasa dan sastera semata-
mata. Menurut Teo Kok Seong (2013) telah merumuskan bahawa Bahasa
Malaysia telahpun mencapai taraf bahasa moden seperti Bahasa Inggeris
berasaskan dua ukuran penting dari aspek korpus dan ragam bahasa yang
telah mantap dan stabil. Bahasa Malaysia yang mempunyai korpus Bahasa
Malaysia yang sudah lengkap dan sempurna memperlihatkan
kemantapannya yang mampu dijadikan bahasa ilmu tinggi. Tegasnya,
Bahasa Malaysia berupaya untuk membicarakan bidang akademia secara
ilmiah dalam penyampaian dan pemindahan ilmu mahupun sebagai wahana
komunikasi minda kepada masyarakat.
Senario semasa menunjukkan bahawa masih berlaku kekurangan
buku rujukan dalam Bahasa Malaysia terutama di universiti. Persoalannya
sejauh manakah keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tinggi
dalam negara telah berjaya dimartabatkan dalam penerbitan kesarjanaan
akademia ilmuan negara. Penulisan dan penerbitan sesuatu bahan ilmiah
berkait rapat untuk menghasilkan sesuatu yang inovasi supaya dapat dikongsi
oleh ahli akademik mahupun pelajar. Menurut Zaini Ujang (2007) sesuatu
penulisan itu akan mengulas hubungan antara penulisan dan penerbitan dan
ia diibaratkan sebagai isi dengan kuku dimana setiap ilmuan itu akan menjadi
tersohor disebabkan sumbangan yang tersurat di dalam penulisannya yang
dinilai rakan sekepakarannya sebelum penerbitan.
16
Melalui kajian yang dijalankan oleh Norein Mansor & Rohana Mansor
(2015) terhadap 13 Kluster yang bernaung dibawah Majlis Profesor Negara
(MPN) dalam tahun 2014 telah menunjukkan dengan jelas dan ketara sekali
dimana penerbitan ilmiah bagi semua kluster telah diungguli oleh penerbitan
dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia tidak menjadi keutamaan dalam
kalangan ilmuan untuk melaksanakan penerbitan ilmiah mereka. Melalui
situasi ini dapat digambarkan dengan jelas bahawa sumbangan IPTA dalam
memartabatkan Bahasa Malaysia dalam penerbitan tidak memberi
sumbangan yang memberangsangkan.
Hasil kajian Norein Mansor & Rohana Mansor (2013) pula menyatakan
bahawa ketidakyakinan pada diri ilmuan itu sendiri terhadap bahasa
kebangsaan , Bahasa Malaysia dan bahasa ilmuan itu untuk di bawa
keperingkat lebih tinggi menjadi faktor utama. Ia turut di sokong oleh Ibrahim
Kamoo (2013) yang menyatakan ramai ahli akademik termasuk melayu, yang
yakin bahawa Bahasa Inggeris sahaja yang unggul yang dapat meraih
kedudukan di arena tempatan mahupun global.
Walaupun majoriti daripada IPTA di Malaysia melaksanakan dasar
penerbitan dalam Bahasa Malaysia (Noraien & Noor Rohana, 2013), namun
dasar yang diamalkan tidak menjadi praktis yang utama dalam kalangan
ilmuwan di IPTA untuk menghasilkan pengkaryaan mereka dalam bahasa
ibunda. Situasi ini masih jelas memaparkan IPTA di Malaysia tidak memberi
sumbangan yang memberangsangkan atau mengambil peranan untuk
memartabatkan Bahasa Malaysia dalam bidang penerbitan walaupun sudah
dalam makluman mereka bahawa bidang ini merupakan agen terpenting yang
boleh mengangkat bahasa ibunda kita ke peringkat global.
2.6 Penterjemahan Sari Kata Perlu Lebih Teratur
Penterjemahan sari kata memainkan peranan penting dalam sesebuah
program cerita yang dipertontonkan. Pada masa kini, rancangan seperti
stesen televisyen kerajaan iaitu RTM mahupun stesen televisyen swasta
adalah merangkumi rancangan terbitan tempatan mahupun rancangan yang
diimport dari luar negara. Seperti yang diketahui umum, rancangan
televisyen dari luar negara kebanyakkannya menggunakan Bahasa Inggeris
17
dan juga bahasa-bahasa lain sebagai bahasa pengantar kepada jalan
ceritanya.
Bagi program televisyen luar negara yang menggunakan bahasa asing
akan menyebabkan wujudnya halangan kepada komunikasi, maka
terjemahan merupakan jalan yang terbaik untuk membolehkan penonton
memahami mesej yang ingin disampaikan dalam sesebuah program itu.
Secara konsepnya, penterjemahan sari kata melibatkan terjemahan dialog
serta maklumat lain dalam bentuk satu atau dua baris tulisan secara sinkroni
dengan ujaran sumber dan lazimnya dipaparkan di bahagian bawah skrin
televisyen.
Antara faktor kelemahan sarikata yang dapat dilihat disini adalah
disebabkan kelemahan penulis sarikata yang tidak menguasai bahasa
sasaran ataupun mungkin tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam
bahasa sasaran yang telah menyebabkan timbulnya kesalahan
penterjemahan ini. Sebagai contoh rancangan televisyen yang berbentuk
dokumentari dan bersiri seperti National Geograpic, CSI dan Grey’s
Anatomy. Cerita sebegini sudah pastinya menggunakan istilah-istilah tertentu
yang memerlukan penterjemahan sari kata yang baik bagi memberi
kefahaman kepada penonton untuk memahami jalan ceritanya. Ini kerana
penonton yang menonton cerita sebegini adalah terdiri dari pelbagai golongan
individu termasuklah murid dan pelajar yang bukan pakar dalam bidang
tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada golongan ini
untuk terus meminati rancangan televisyen berbentuk Bahasa Inggeris.
Secara umumnya, mutu penterjemahan sari kata boleh dikatakan
berada pada tahap yang memuaskan sahaja. Hal ini disebabkan
penterjemahan audiovisual pada prinsipnya hanyalah 60 peratus sahaja,
emosi dan maklumat utama adalah pada visualnya manakala sari kata
sebagai bahan bantu. Oleh itu penterjemahan sari kata hendaklah tepat dan
berkesan.
18
3.0 CARA MENANGANI DAN MENGATASI
3.1 Program Pakar Pembangunan Sekolah (SICC)
Kemerosotan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan masa kini di lihat
semakin menampakkan kesannya. Justeru itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil inisiatif dengan terbentuknya Pelan Pembangan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sikap proaktif ini di lakukan agar
permasalah ini dapat di bendung dan diatasi bagi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan dalam setiap masyarakat di negara ini.
Melalui Gelombang 1 (PPPM) bermula 2013-2015 ini bertujuan
mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberi tumpuan kepada
kemahiran utama. Melaluinya sedang berjalan program dengan meningkatkan
standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya
dalam matapelajaran teras seperti bahasa melayu dan bahasa inggeris.
Program yang diperkenalkan ini dikenali sebagai SISC. Program SISC ini
dikenali sebagai Pakar Pembangunan Sekolah ( School Improvement
Specialist Coaches) dimana guru yang terpilih sebahagian besarnya adalah
Guru Cemerlang. Guru-guru ini yang telah mendapat latihan ini seterusnya
akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di sekolah
yang berada di dalam prestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band
7. Berikut merupakan statistik penglibatan sekolah yang dikeluarkan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai di bawah Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang ( JPPP)
STATISTIK PROGRAM SSISC SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
Jenis Sekolah Bil Jenis Sekolah Bil
SK
SJK(C)
SJK(T)
43
16
4
SMK
SMKA
SM Berasrama Penuh
SM+SR (M. Khas)
SM AGAMA (SABK)
Kolej Vokasional
22
1
1
1
4
1
JUMLAH 63 JUMLAH 30
JUMLAH KESELURUHAN 93
Sumber berdasarkan EMISONLINE bertarikh 01 Mac 2015
19
Guru-guru ini akan membimbing guru-guru sekolah khususnya dalam subjek
teras seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efisen. Apabila guru
telah ditranformasikan dengan pendekatan pengajaran yang menarik dan
lebih bersesuaian dengan persekitaran alaf baru ini sekaligus akan
meningkatkan minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di dalam pembelajaran mereka.
3.2 Kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers
(Pro-ELT)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang berteraskan 11
Anjakan menjadi asas kepada pembentukan yang lebih berkualiti di dalam
sistem pendidikan negara. Melalui Anjakan ke 2 telah menyatakan hala tuju
dalam menguasai kemahiran berbahasa sama ada bahasa melayu mahupun
bahasa inggeris serta bahasa lain bagi semua murid di sekolah di Malaysia.
Di samping itu telah dinyatakan dengan jelas usaha berterusan meningkatkan
kemahiran guru Bahasa Inggeris di sekolah di Malaysia. Melalui Gelombang 1
itu telah bermulanya pengukuhan penguasaan berbahasa inggeris guru
melalui pengujian dan latihan semula guru. (PPPM 2013-2015)
Sebagai permulaan kepada perancangan pelan ini, semua guru
Bahasa Inggeris seramai 61,000 telah dinilai melalui Cambridge Placement
Test (CPT) iaitu sebagai tapisan pertama. Untuk memastikan bahawa
profisiensi bahasa Inggeris seseorang guru adalah tepat dan betul maka
mereka telah menduduki ujian Aptis yang merupakan tapisan kedua. Ujian
Aptis telah ditadbirkan kepada kumpulan guru seramai 20 hingga 25 orang
pada satu-satu masa. Ujian Aptis mengukur keempat-empat kemahiran
bahasa serta pengetahuan bahasa yang dikuasai oleh seseorang guru
tersebut. Kedua-dua ujian ini merupakan ujian yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa iaitu CEFR (Common European Framework of
Reference). Melalui penilaian ini telah menetapkan sasaran kefasihan Band
B2 untuk guru opsyen BI sekolah rendah dan Band C1 untuk guru opsyen BI
sekolah menengah. Ini bermaksud bahawa guru opsyen BI sekolah
menengah yang mencapai Band B2 dan B1, dan guru opsyen BI sekolah
20
rendah yang mencapai Band B1 perlu menghadiri kursus Professional Up-
Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT). Kursus PRO-ELT ini yang
telah diperkenalkan bermula sejak November 2012 dikendalikan sepenuhnya
oleh British Council yang berfokuskan kepada kefasihan berbahasa Inggeris
bagi membantu guru melaksanakan pengajaran lebih berkesan kepada murid.
STATISTIK BILANGAN GURU YANG MENGIKUTI KURSUS PRO-ELT
SELURUH MALAYSIA.
TAHUN BIL. GURU STATUS
2012 (Kohort 1) 5010 orang Tamat Latihan
2013 (Kohort 2) 9002 orang Tamat Latihan
2014 (Kohort 3) 1500 orang Tamat Latihan
2015 (Kohort 4) 7000 orang Sedang Berjalan
Sumber dari BERNAMA bertarikh 17 Februari 2015
Bilangan statistik di atas menerangkan kepada kita penglibatan guru-guru
bahasa Inggeris yang mengikuti Kursus PRO-ELT di seluruh negara bermula
pada tahun 2012. Sehingga kini seramai 15,512 orang guru Bahasa Inggeris
telah berjaya menamatkan program ini. Seramai 7,000 lagi guru sedang
mengikuti program ini yang di jangka selesai pada bulan Februari 2016.
” Sejak guru terbabit menyertai program tersebut, tahap keyakinan mereka
untuk bertutur dan mengajar pelajar di sekolah semakin baik serta
menunjukkan perkembangan yang sihat. Sebelum ini keupayaan seseorang
guru Bahasa Inggeris sering dipersoalkan kerana kebanyakkan daripadanya
tidak yakin, jadi dengan menggunakan program ini tahap penguasaan guru
dan pelajar bertambah baik. Disamping itu tenaga pengajar dari British
Council memberi tunjuk ajar dengan menggunakan metodologi yang berbeza
dan lebih santai dari kebiasaan hingga berjaya menarik minat pelajar untuk
belajar bahasa tersebut.”
( Dipetik dari Keratan Akhbar Berita Harian oleh Datuk Seri Idris Jusoh,
Menteri Pendidikan II , 17 Februari 2015 )
21
Melalui kenyataan di atas menunjukkan kesan positif terhadap penerimaan
guru-guru Bahasa Inggeris terhadap perlaksanaan program ini. Ini secara
tidak langsung memberi impak yang tinggi terhadap pembangunan
pendidikan negara ke arah pembelajaran yang lebih berkualiti.
3.3 Program Penutur Jati (Native Speaker)
Selain itu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memperkukuhkan Bahasa Inggeris ini diteruskan lagi dengan Program
Teaching English and Literacy (TELL) dan juga Program English Teaching
Assistant (ETA). Melalui ETA telah diperkenalkan Native Speaker Program
atau juga Program Penutur Jati dimana program kolaboratif Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan Malaysian American Commision on Education
Exchange (MACEE). Melaluinya telah dihantar 360 penutur jati yang di
datangkan khas dari beberapa negara yang asasnya bertutur dalam Bahasa
Inggeris seperti Amerika Syarikat, England, Australia dan New Zealand.
Program Penutur Jati di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam usaha untuk
mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru
sekolah disasarkan kepada guru bahasa Inggeris Tahap Satu iaitu murid
tahun satu hingga tiga. Sehingga 2014 seramai 6,500 guru Bahasa Inggeris
dari 1,800 sekolah di seluruh negara sedang mendapat tunjuk ajar daripada
360 penutur jati ini yang di datangkan khas untuk program ini.
Selain itu juga usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris ini dikalangan guru dan pelajar
adalah dengan cara mengambil semula guru-guru bahasa inggeris yang
bersara untuk kembali mengajar secara kontrak. Sehingga kini seramai 76
bekas guru yang kembali berkhidmat secara kontrak di sekolah seluruh
Malaysia. Pengalaman guru-guru lama ini akan membantu guru di sekolah
yang boleh di jadikan sebagai Mentor atau rujukan mahupun tunjuk ajar
dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Selain itu pendekatan berdasarkan
pengalaman mengajar yang luas akan memberi impak positif terhadap
pembelajaran subjek Bahasa Inggeris keatas murid-murid ini.
22
3.4 Gelombang ICT dalam PdP
Dalam menempuh dunia globalisasi tanpa sempadan ini, teknologi ICT
memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan
perkembangan ilmu seseorang individu itu. Anjakkan ke-7 yang termaktub
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memberi
isyarat awal kepada kita bahawa gelombang dunia teknologi ICT ini sedang
bergerak laju dalam arus pendidikan masa kini.
Seiring dengan peredaran zaman, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris perlu terus bergerak bersama dengan
perkembangan teknologi ICT. Teknologi ICT yang digunakan sebagai alat
untuk memantapkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
guru memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk terus
mempelajari subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Dengan bermulanya projek Sekolah Bestari sebagai perintis kepada
usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baharu yang
kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam era ICT. Sekolah – sekolah yang
terlibat dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan ICT khusus bagi
kegunaan guru dan pelajar agar mereka menguasai kemahiran serta cekap
mengguna ICT terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sebanyak 90 buah sekolah termasuk 35 buah sekolah berasrama penuh
telah dipilih untuk terlibat dalam projek rintis sekolah bestari. Pada asasnya
sekolah ini menjadi peneraju kepada pembudayaan penggunaan ICT dalam
pendidikan bagi mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran serta
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
merupakan satu medium PdP yang digunakan dalam teknologi.
Penggunaannya di lihat sangat penting dalam dalam meningkatkan
kefahaman murid tentang apa yang diajar guru. Corak penyampaian
komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada penggunaan teks,
numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan
teknologi multimedia telah berupaya untuk mempersembahkan video
bergerak, animasi yang canggih dan grafik warna.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi
Mohd Ayob dan Fadzillah Ab. Rahman (2012) berkenaan Keberkesanan
23
Penggunaan Komputer Dalam PdP Tatabahasa Melayu menunjukkan
bahawa penggunaan komputer dalam PdP memberi kesan positif pada murid.
Ini menunjukkan bahawa murid lebih tertarik untuk menerima ilmu yang di ajar
guru jika guru mampu menggunakan pendekatan ICT dengan sebaiknya. Ini
seiring dengan penyataan yang dibawa oleh Yahya & Dayang Raini (2011)
dimana pengajaran Bahasa Malaysia memang tidak terkecuali dari
menggunakan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi.
Pendekatan ICT dalam pembelajaran murid juga mampu
meningkatkan kefahaman selain minat murid tersebut terhadap subjek yang
diajar di sekolah terutamanya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berikut
merupakan mengapa pendekatan ICT amat perlu dalam pengajaran dan
pembelajaran murid :-
Meningkatkan kefahaman kepada sesuatu konsep
Memberi gambaran jelas kepada sesuatu visul
Merangsang murid belajar secara berkesan dengan bimbingan
yang minimum.
Membantu kepada proses penyelesaian masalah yang cepat
dan mudah.
Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid
yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
3.5 Kewibawaan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam memartabatkan
Bahasa Malaysia
24
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956
dengan nama asalnya 'Balai Pustaka'. Hasil daripada Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September
1956, kerajaan bersetuju dengan satu daripada cadangan Kongres, menukar
nama 'Balai Pustaka' kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelan Tindakan
Strategik 2011-2015 yang dirancang oleh DBP didasarkan pada penilaian
semula Sasaran Kerja Utama 2011-2015 dengan turut memperhitungkan
faktor perkembangan, cabaran, dan keperluan semasa yang perlu ditangani
dengan berkesan. Antaranya termasuklah dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Kajian Semula
Pendidikan Kebangsaan.
DBP merupakan satu badan utama yang memainkan peranan penting
dalam memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan Dan
Bahasa Rasmi di Malaysia. Bahasa Malaysia telah di gunakan dalam
pelbagai bidang termasuk undang-undang, perubatan, kejuruteraan, sains
dan teknologi, ekonomi dan lain-lain lagi hasil daripada usaha dan peranan
yang dimainkan DBP. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku
penistilahan dan glosari dalam Bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai
bidang. Sebelum ini, kebanyakkan istilah yang digunakan diambil daripada
perkataan Bahasa Inggeris.
DBP juga seharusnya dijadikan mentor atau pakar rujuk dalam
menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa seluruh
negara. Antara peranan yang telah ditunjukkan DBP kepada sistem
pendidikan di sekolah-sekolah adalah dengan menetapkan Bulan Ogos
sebagai Bulan Kebangsaan. Maka sekolah-sekolah telah diarahkan oleh
kementerian untuk mengadakan aktiviti berkaitan Bulan Kebangsaan. Ini
secara tidak langsung telah menyerapkan unsur kekitaan dalam diri murid
sekaligus minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Malaysia akan lebih
mendalam.
Maka seharusnya peranan DBP ini perlu terus di sokong dan
diperluaskan agar bahasa Malaysia tidak pupus dalam diri setiap
warganegara selain memupuk minat cintakan bahasa dan negara.
3.6 Memartabatkan Bahasa Malaysia Melalui Penterjemahan Sarikata
25
Fungsi utama sarikata adalah untuk membantu penonton yang
menonton rancangan sesuatu program untuk menghayati dan memahami
cerita tersebut dengan lebih baik. Usaha penterjemahan sari kata di Malaysia
pastinya telah menyumbang kepada usaha kerajaan dalam memartabatkan
Bahasa Malaysia di peringkat nasional, serantau dan global. Selari dengan
bidang penyiaran di Malaysia pada masa kini, perkembangan aktiviti
penyarikataan negara mengangkat Bahasa Malaysia bagi mendukung
pelbagai disiplin ilmu termasuklah undang-undang, perubatan, teknologi
maklumat serta pelbagai bidang ilmiah penting yang menunjangi kemajuan
bahasa di pentas global.
Keberkesanan dalam menterjemahkan sari kata bergantung pada
tahap intelektual seseorang penulis sari kata. Hal ini melibatkan pengetahuan
mereka tentang bahan cerita, pengetahuan am, kemahiran membuat rujukan,
kebiasaan dengan budaya asing dan kecekapan berbahasa.
Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak yang berkaitan perlu
memainkan peranan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ini. Pihak
stesen televisyen awam juga swasta , pihak produksi, pengedar dan pengelur
filem perlu menitikberatkan peranan penterjemahan sarikata ini dalam setiap
rancangan televisyen yang akan dikeluarkan untuk memastikan kualiti
penterjemahan sarikata sentiasa terjaga.
4.0 KESIMPULAN
26
Pendidikan adalah merupakan penyumbang utama kepada
pembangunan modal sosial dan pembangunan ekonomi negara. Tidak di
nafikan jatuh bangunnya sesebuah negara berasaskan kepada sistem
pendidikan yang mantap dan berkualiti. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 merupakan tunjang kepada melahirkan masyarakat yang
berkemahiran tinggi dalam pelbagai aspek. Usaha memartabatkan Bahasa
Malaysia merupakan asas yang paling utama dalam melahirkan modal insan
yang mencerminkan wajah Malaysia. Seperti kata pepatah ’ Bahasa
Mencerminkan Bangsa’ merupakan slogan yang perlu di hayati oleh semua
kelompok masyarakat di negara ini dalam usaha memartabatkan Bahasa
Malaysia di peringkat global. Dalam era globalisasi masa kini Bahasa Inggeris
memainkan peranan yang begitu penting di dalam komunikasi. Penguasaan
Bahasa Inggeris boleh menjamin kebolehpasaran seseorang individu itu
keperingkat global. Kesungguhan pihak kerajaan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia merangka Pelan Pembangunan Pendidikan adalah
titiktolak kepada usaha untuk mentransformasikan pendidikan di negara ini.
Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan usaha
ini tercapai terutamanya dalam menjadikan penguasaan murid dan pelajar
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris berada pada tahap yang di
sasarkan. Ini sekaligus akan memenuhi keperluan rakyat dan menyediakan
negara yang akan mengharungi Abad ke 21 yang penuh mencabar.
5.0 RUJUKAN
27
Dewan Bahasa Dan Pustaka Menongkah Cabaran Memperkaya Persuratan
Dalam Bahasa Kebangsaan Dibentangkan dalam Persidangan
Kebangsaan Industri Buku Negara 2015 anjuran Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Majlis Penerbitan
Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
pada 25 dan 26 April 2015 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Ibrahim Komoo. (2014). Istilah Sains dan Teknologi: Pembinaan, Penggunaan
dan Penerimaan di IPT Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebahasaan
MABBIM Ke-53. Hotel Santika, Taman Mini Indah Indonesia. Jakarta,
Indonesia
Isahak Haron, Abd Latif Gafor, Md Nasir Masran, Abdul Halim Ibrahim dan
Mariam Mohamed Nor. 2008. Kesan Dasar Pengajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah. Persidangan
Meja Bulat PPSMI anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia
Laporan Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) 2013
Kamus Dewan Edisi ke 4, Kementerian Pendidikan Malaysia
Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badushah 2010. Sikap Guru
Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di
Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 59-65
Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor. (2013). Bahasa Melayu: Realiti dan
Harapan. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Noraien Mansor dan Noor Rohana Mansor. 2015. Penerbitan Ilmiah Bahasa
Melayu Dalam Kalangan Ilmuan Negara. Journal Of Business and
Social Development. Volume 3 (1) 2015: 25-32
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar dan Norhashimah Jalaluddin. 2012.
Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua :
Pengungkapan Idea Dalam Penulisan Pelajar Sekolah Menengah di
Malaysia. Jurnal Melayu (9)2012 : 227-240
Nor Fadila Mohd Amin & Adibah Binti Abd. Rahim. 2013. Tahap Penguasaan
Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan
Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
28
Nur Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub dan Fadzillah Ab. Rahman (2012),
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pdp tatabahasa. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei
2012): 31-42
Radha Nambiar, Noraini Ibrahim dan Pramela Krish. 2008. Penggunaan
Strategi Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Dua. Jurnal e-Bangi , Jilid 3 Bilangan 3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
Teo Kok Seong. (2013). Dialog Bahasa Melayu: Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Ilmu Tinggi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
Tuah Ishak dan Mohini Mohamed. 2010. Pengajaran dan Pembelajaran ains
dan Matematik (PPSM): Suatu Isu Berulang. Jurnal Teknologi,
53(Sains Sosial), 95-106
Zaini Ujang. (2007). Mengangkasakan Penerbitan Akademik. Berita Harian,
26 November 2007. Kuala Lumpur
29
top related