--jawi dan isu2 penddkan--

27
1 Mohd Rizal Ismail P20187 Tulisan Jawi, Dan Isu-Isunya Dalam Pendidikan 1. Pengenalan 1.1 Dari Mana Datangnya Jawi? Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi menahun di Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1). Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama “Jawi”(?ù?ù ) itu berasal daripada kata nama bahasa Arab “Jawah”(?ù ). Apabila dijadikan kata kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi” (?•?• ?• ?•). Perkataan “Jawah” atau “Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata “Java” sahaja yang diambil, sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Upload: asrul-tokai

Post on 26-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

jawi

TRANSCRIPT

Page 1: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

1

Mohd Rizal Ismail

P20187

Tulisan Jawi, Dan Isu-Isunya Dalam Pendidikan

1. Pengenalan

1.1 Dari Mana Datangnya Jawi?

Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum

kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama

pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang

bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga

manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi menahun

di Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1).

Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi,

seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama

“Jawi”(?ù?ù?ù?ù) itu berasal daripada kata nama bahasa Arab “Jawah”(?ù?ù?ù?ù). Apabila

dijadikan kata kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi” (?•?•?•?•). Perkataan “Jawah” atau

“Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu

nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam

bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab

bahagian kata “Java” sahaja yang diambil, sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 2: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

2

“Jawa” ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya

juga dinamakan denagn menggunakan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya

menjadi “Jawi”. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum

yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa; iaitu

penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh

rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda,

Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama

dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama

mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul

Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-

Fatani al-Jawi dan lain-lain. Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-

ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang

Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari

Moin 1996: 17).

Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan

Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama “tulisan

Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”. Penggunaan jawi (atau apa sahaja

istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan

Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh

suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang emnggunakannya

ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh,

Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain. Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf

Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 3: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

3

digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di

Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari

Moain 1996: 18).

1.2 Penggunaan Tulisan Jawi

Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu

dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga

tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam

masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah

digunakan untuk perkara berikut:

1. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di

Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

2. Batu hidup. Ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas,

Negeri Sembilan.

3. Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya

kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 4: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

4

4. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja

Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan Jawi seperti nama Sultan

Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain.

5. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu

tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja

Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain.

6. Kitab dan buku.Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk

manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu.

7. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.

8. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-

kapal perdagangan.

9. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan

Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.

10.Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang

dibacakan ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 5: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

5

1.3 Sukatan Pelajaran Jawi

Mohd Puad bin Johar (1999), memetik sukatan pelajaran Diploma Perguruan Malaysia

bahawa sukatan pelajaran Jawi meliputi mengenal abjad Jawi, membentuk huruf Jawi,

menyambung huruf Jawi, menulis Jawi secara mekanis serta latihan membaca dan

menulis Jawi. Kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran ini meliputi mengenal

abjad Jawi, menulis dengan menggunakan sistem ejaan Jawi terkini, mebaca teks tulisan

Jawi, memindahkan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi dan sebaliknya, membuat refleksi

pengajaran Jawi berdasarkan pengetahuan yang diperoleh, serta mengedit teks Jawi

berbantukan komputer. Antara nilai yang ditekankan dalam sukatan ini, antara lain,

menyedari kepentingan menguasai tulisan Jawi untuk mengkaji pelbagai bahan lama

yang tersedia dalam tulisan itu, menghargai dan memasyarakatkan tulisan Jawi,

penggunaan Jawinet dan menggunakan Teks Pedoman Ejaan Jawi, DBP, 1987 dan 1993

sebagai asas rujukan.

2. Isu Yang Dibangkitkan

2.1 Kelemahan Pelajar Dan Anak-Anak Muda Terhadap Tulisan Jawi

Berikutan pengaruh kuat tulisan rumi yang mencakupi sebahagian besar sistem

pembelajaran di negara ini, sesuatu yang kurang enak namun terpaksa ditelan ialah

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 6: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

6

semakin ramai anak Melayu agak asing terhadap tulisan Jawi, manakala penerbitan

bertulisan Jawi kian terpinggir (Berita Harian 20 November 2000).

Menurut Muzni (1995), kelemahan murid dari segi menulis Jawi adalah lebih

ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Sesuatu langkah berkesan harus diambil

supaya murid dapat menguasai penulisan jawi. Untuk menulis jawi dengan baik, murid-

murid harus mengenali huruf jawi, sambungan suku kata dan latihan menulis. Ini adalah

pengetahuan asas yang bermula dari tahun satu lagi. Oleh itu penekanan haruslah dibuat

dari tahun satu untuk mempastikan murid-murid kenal dan boleh menyambungkan suku

kata-suku kata jawi.

Untuk menyemai rasa cinta anak-anak kepada tulisan jawi, ia perlu dilakukan

secara bersepadu dan kolektif sifatnya, jika kita mahu melihat generasi muda hari ini

tidak mengalami masalah ‘buta jawi’ dan ‘buta identiti diri’ di masa depan, ibu bapa

bertanggung-jawab mengasuh anak-anak agar boleh membaca dan menulis jawi

semenjak di rumah lagi, manakala tugas selebihnya, perlu dipikul oleh guru-guru ketika

di sekolah (Utusan Zaman 3 Disember 2000).

2.2 Tulisan Jawi Dipinggirkan Dalam Penerbitan Buku-Buku

Akta baru iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang diluluskan atas landasan

memartabatkan bahasa Melayu dengan ketetapan tulisan rumi, maka secara tidak

langsung ruang menebar pengaruh tulisan jawi tersepit. Paling jelas ialah sebahagian

besar penerbit tidak lagi berminat dengan majalah bertulisan jawi.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 7: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

7

Profesor Dr. Amat Juhari Moain dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia, berkata ketika berdepan kemelut kehakisan minat terhadap

jawi, Dian cuba mempertahankan kehadirannya dalam penerbitan, apabila diterbitkan

dalam dua versi iaitu jawi dan rumi.

“Dalam suasana yang muram ini, majalah Dian cuba mempertahankan tulisan

jawi dengan mengadakan satu sistem ejaan jawi baru yang dikenali ejaan Fonetik. Sistem

ini diperkenalkan mulai tahun 1970-1972 dalam majalah Dian.

“Sistem yang dipakai tidak lain daripada sistem ejaan pengaruh Melayu tahap

kedua, namun usaha baik ini tidak dapat meyakinkan orang ramai terutama kanak-kanak

dan guru sekolah kerana mereka sudah biasa dengan tulisan rumi. “Kedudukan tulisan

jawi semakin hari semakin parah, sehingga kitab-kitab agama pun diterbitkan dalam

tulisan rumi (Berita Harian 20 November 2000).

2.3 Masa Pengajaran Tulisan Jawi

Peruntukan masa yang kurang bagi pelajaran jawi, iaitu 30 minit seminggu, tidak

membantu guru dan murid untuk meningkatkan penguasaan jawi dengan lebih berkesan.

Jika dibuat perbandingan dengan mata pelajaran lain dari segi peruntukan masa, didapati

pelajaran jawi ini adalah pelajaran kurang penting. Mata pelajaran lain seperti Muzik,

Seni dan Pendidikan jasmani diberi masa 60 minit seminggu. Mata pelajaran-mata

pelajaran lain seperti Bahasa Melayu diberi 300 minit seminggu, Bahasa Inggeris 210

minit seminggu, Agama Islam 150 minit seminggu, Matemati 210 minit seminggu.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 8: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

8

Jelaslah dari peruntukan masa tersebut, tidak ada keseimbangan peruntukan masa antara

mata-mata pelajaran. Kajian semula perlu dibuat untuk memulihkan penguasaan mata

pelajaran jawi (Muzni 1995: 17-18).

2.4 Objektif dan Isi Kandungan Pelajaran Jawi

Bahan yang digunakan dalam pengajaran jawi kebanyakannya diterbitkan sendiri oleh

kementerian Pendidikan. Bahan-bahan pelajaran jawi kurang sekali didapati di kedai-

kedai buku. Kekurangan bahan ini adlah kesan dari kurangnya minat pencetak-pencetak

untuk menerbitkan bahan-bahan dalam tulisan jawi. Ini adalah penerbit tidak mendapat

untung yang tinggi kerana permintaan tidak begitu menggalakkan. Guru-guru yang

kreatif biasanya mencipta bahan sendiri untuk membantu prengajaran mereka supaya

lebih berkesan dan diminati ramai (Muzni 1995: 18).

Apa yang penting ialah agar tulisan jawi itu dapat memberi kesan kepada pelajar

itu sendiri supaya mereka dapat memperaktikkannya dalam menghayati al-Quran. Secara

tidak langsung dapat menghindarkan para remaja dari gejala-gejala negatif yang cukup

membimbangkan kita pada hari ini.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 9: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

9

2.5 Pengajaran Guru

Para guru mesti berusaha dengan lebih gigih lagi dan menunjukkan contoh yang terbaik

kepada para pelajar supaya mencintai tulisan jawi. Mereka harus menunjukkan contoh

bahawa mereka adalah pakar dalam tulisan jawi dan mampu menulis jawi dengan baik.

Jika guru kurang mahir dalam tulisan jawi, mereka boleh menggunakan segala

kemudahan yang ada kerana pada zaman ini komputer boleh digunakan untuk

mempelajari jawi. Ini ialah kerana tulisan jawi boleh dipelajari melalui internet, ada

pihak-pihak tertentu telah membuat laman web tulisan jawi. Menurut laporan Berita

Harian pada 25 jun 2000, seorang pelajar tahun akhir dari Universiti Malaya (UM) telah

mencatat sejarah apabila berjaya mencipta laman web jawi digital yang pertama di negara

ini.

Pelajar berkenaan ialah Norhasanita Abu Hasan yang mengikuti Jurusan

Kepintaran Buatan dari Fakulti Sains Komputer dan Maklumat, mengambil masa satu

semester untuk mencipta laman web itu. Laman web yang dihasilkan oleh pelajar

berkenaan menggabungkan unsur-unsur bunyi dan grafik. Menurut pelajar berkenaan itu

lagi, di dalam web tersebut, pengunjung berpeluang mempelajari penulisan jawi, sejarah

Islam termasuk petua dan warisan silam. Orang ramai boleh mengunjungi laman web

berkenaan di alamat jawinet.8k.com.

Sementara itu di dalam laporan itu juga, dua orang pelajar dari fakulti yang sama

iaitu Burhan Abdul Rahim dan Mazlin Zakaria turut berjaya mencipta perisian

multimedia jawi untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah. Sistem itu

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 10: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

10

mebolehkan pelajar menjawab pelbagai soalan, mempelajari penulisan dan sebutan jawi

serta membuat terjemahan secara interaktif.

Selain itu terdapat perisian-perisian komputer yang boleh digunakan untuk

menulis atau menaip tulisan jawi seperti ‘Jawi Writer’. Ia amat berguna kepada para guru

kerana perisian ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan kepada

para pelajar. Ada juga pihak yang mencipta huruf jawi dan dimasukkan ke dalam senarai

huruf-huruf yang ada pada perisian ‘Microsoft Arabic Office’ dan langkah ini adalah

amat bagus serta pihak yang menyediakannya itu perlu dipuji.

2.6 Mewajibkan Tulisan Jawi Pada Peringkat Sekolah Rendah Dan Menengah

Kementerian Pendidikan sedang mengkaji dengan teliti untuk mewajibkan tulisan jawi

pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Menurut Setiausaha Parlimennya, Datuk

Mahadzir Mohd. Khir, langkah itu diharap dapat meningkatkan lagi martabat tulisan

tersebut. Harapan beliau lagi agar semua institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan

projek bagi memartabatkan tulisan jawi. Dengan ini barulah penggunaan tulisan jawi

menjadi satu identiti di IPT sebelum diikuti oleh institusi lain. Beliau yakin usaha ini

dapat mencapai matlamat dalam jangka masa terdekat kerana semua IPT di negara ini

mempunyai fakulti bahasa yang tentunya boleh memainkan peranan ke arah tersebut.

Dengan ini juga, jawi berada di kalangan cendikiawan dan intelektual, bukan seperti

anggapan sesetengah pihak yang masih memandang ringan terhadapnya (Mingguan

Malaysia 25 Jun 2000).

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 11: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

11

3. Masalah Yang Timbul

Penguasaan kemahiran menulis jawi di kalangan generasi muda masyarakat Melayu

sering diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat, terutama pecinta-pecinta tulisan

tersebut

Kebimbangan terhadap penguasaan jawi di kalangan masyarakat Melayu dapat

dirasakan apabila Kementerian Pendidikan dalam siaran pekeliling

[KP(PPK)016/24/Jld.V(88)] mengambil langkah mengarahkan pengajaran Jawi

dimulakan dari tahun 1 sekolah rendah mulai Disember 1990. Sebelum ini, pengajaran

jawi bermula dari tahun 3 sahaja. Melalui pekeliling tersebut juga, Kementerian

Pendidikan mengarahkan supaya pengajaran Jawi dilaksanakan dalam matapelajaran

Pendidikan Islam (Muzni 1995: 1).

Penerbit akhbar dan buku swasta juga mengalih kegiatan mereka daripada

menggunakan tulisan jawi kepada tulisan rumi bagi memenuhi kehendak pasaran.

Seminar tulisan jawi Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka serta

kenyataan-kenyataan yang tersiar di akhbar-akhbar dan majalah tempat memperlihatkan

keinginan sebahagian masyarakat Melayu yang mahukan tulisan jawi dipulihkan dan

memainkan peranannya semula (Muzni 1995: 2).

Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan seminar tulisan jawi dengan

meninjau semula sistem ejaan jawi yang disusun oleh Pendeta Za’ba. Dalam seminar itu

telah menyebabkan rumusan sistem ejaan jawi baru berasaskan sistem yang dikemukakan

Za’ba, cuma beberapa penyesuaian dilakukan bagi memantapkan cara penggunaannya.

Setelah itu dua buku telah diterbitkan iaitu Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 12: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

12

(terbitan 1986) oleh DBP, manakala Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988-DBP) menyusul

selepas itu sebagai lanjutan.

Dalam keadaan tulisan jawi menghela nafas sukar untuk terus menggagahi wajah

penerbitan, gelora songsang nampaknya tiada ruang untuk reda, pelbagai sorotan negatif

yang dicanang sentimen kurang berasas serta kajian yang tidak ilmiah terus menerkam

kekurangan yang wujud pada kedua-dua buku berkenaan.

“Tentangan yang agak gencar dilancarkan oleh Maktab Perguruan Islam Bangi

yang mengkritik kandungan kedua-dua buku berkenaan terutamanya bahagian yang salah

cetak dan juga pandangan mereka yang lebih kepada perancangan bahasa Arab daripada

bahasa Melayu. Ternyata usaha menggalakkan penggunaan tulisan jawi atau sekurang-

kurang terus hidup dalam penerbitan agak terhad. Cabaran yang bergolak bukan sahaja

daripada pelaksana dan penyusunan sistem ejaannya, malah sejarah perkembangannya di

nagara ini turut diselimuti jalan berliku (Berita Harian 20 November 2000).

Menurut Prof. Dr. Amat Juhari lagi, sistem ejaan jawi asal tidak dapat dikesan

kerana tiada bahan bukti daripada prasasti atau pun manuskrip, namun ia diagak bahawa

pada mulanya mengikut cara ejaan Arab dengan tanda baris.

Katanya, tanggapan demikian dibuat berdasarkan beberapa hujah, iaitu tulisan

Arab untuk bahasa Jawa yang disebut sebagai tulisan pegon masih memakai tanda baris

sampai ke saat ini.

Jadi, sistem ejaan jawi pengaruh Arab ada dua, iaitu bertanda baris sebagai tahap

pertama dan kemudian digugurkan baris yang tahap kedua. Dalam ejaan jawi pengaruh

Arab tiada menggunakan huruf saksi atau vokal kerana ia telah dilambangkan menerusi

baris atau diakritik,” katanya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 13: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

13

“Sistem ejaan jawi dapat mengatasi beberapa masalah dari segi sebutan dan juga

golongan kata, namun kekeliruan masih wujud, umpamanya ejaan (?Ö?Ö) lam alif ga boleh

melahirkan tiga perkataan berlainan sebutan iaitu laga, lagu dan lagi. Malah adakalanya

lebih daripada tiga perkataan.

Tulisan jawi terus meniti kepayahan dalam membulatkan penggunaanya,

kedudukan ejaan masih bergantung kepada penulis dan pengarang penerbitan tertentu

kerana langkah pembakuan tidak pula terus melangsungkan ketetapan dalam bentuk

buku, umpamanya kamus khas.

4. Tinjauan Literatur

Permasalahan penguasaan jawi sering ditimbulkan oleh ahli-ahli pendidik dan bahasa

dalam seminar, jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain di negara kita Malaysia. Norhana

(1999) telah memetik kata-kata Prof. Amat Juhari Moin dalam jurnal Dewan Bahasa

mengatakan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Jawi dimasukkan dalam

pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Namun ia tidak dapat dilaksanakan dengan

sepenuhnya kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu pengajaran Pengetahuan

agama Islam. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan tulisan jawi terus-menerus malap

dan merosot. Tambahan pula terdapat anggapan penggunaan jawi yang mengatakan

bahawa ianya tidak mempunyai potensi dan nilai dari segi kemajuan ilmu pengetahuan

dalam konteks perkembangan sains dan teknologi, sosial dan ekonomi. Perkara ini

dijelaskan dalam jurnal Pelita bahasa yang menyatakan bahawa tulisan jawi dianggap

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 14: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

14

tidak mempunyai nilai ekonomi dan budaya, malah tidak mendapat perlindungan undang-

undang.

Menyentuh mengenai kajian-kajian yang berhubungkait dengan penguasaan jawi,

telah banyak dilakukan terutama tentang sistem ejaan dan tulisan serta penguasaan

pelajar dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat yang tinggi seperti di maktab-

maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi. Kajian seperti ini dilakukan oleh ramai

pengkaji dalam bentuk kertas kerja, seminar, forum, bengkel, konvensyen, artikel, latihan

ilmiah dan sebagainya.

Antara pengkaji tersebut ialah Abd Syukor Hassan(1990),Ishak B Md Shah @

Mat Shah (1991), Maimunah Kadiran (1991), Md Aris B. Ahmad (1991), Che Seah @

Che Siah Hj. Che Man (1995), Muzni Hj. Borhan (1995) dan Mohd Puad B. Johar

(1999).

Di sini saya akan mengambil dua orang pengkaji iaitu Muzni Hj. Borhan dan

Mohd Puad Johar, Muzni telah membuat kajian berhubung dengan penguasaan pelajaran

jawi di kalangan murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri

Sembilan pada tahun 1995. Manakala Mohd Puad telah mengkaji mengenai penguasaan

kemahiran menulis jawi di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Melayu Melaka pada

tahun 1999.

Hasil kajian mengenai persepsi murid-murid terhadap pelajaran jawi dan persepsi

guru terhadap kaedah pengajaran jawi yang dijalankan oleh Muzni Hj. Borhan (1995),

mendapati bahawa murid beranggapan pengajaran guru disampaikan dengan berkesan

dan menarik, guru dianggap memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada murid. Selain itu,

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 15: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

15

murid-murid didapati lemah dalam penulisan jawi, tetapi kemampuan mereka dalam

bacaan jawi didapati lebih baik dari penulisan jawi.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Mohd Puad (1999) terhadap pelatih-pelatih

Maktab Perguruan Melayu Melaka, pula mendapati tahap penguasaan menulis jawi di

kalangan pelatih berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan oleh kurangnya mereka

mempraktiskan tulisan ini dalam sebarang bentuk komunikasi bertulis. Apabila

diperkenalkan bentuk tulisan jawi yang telah disempurnakan, mereka nampaknya

terkeliru dengan bentuk tulisan yang biasa mereka ketahui. Ini menyebabkan kebanyakan

mereka didapati gagal menulis dengan betul dan tepat mnegikut sistem Ejaan Jawi Yang

disempurnakan.

5. Perbincangan

Semasa masih wujud sekolah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan utama, sekurang-

kurangnya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Tetapi apabila sekolah-sekolah

Melayu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah umum dan kemudiannya sekolah

kebangsaan, maka peranan tulisan jawi semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan

Jawi menjadi mata pelajaran sahaja dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu

(Mohd Puad 1999: 25).

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 16: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

16

Bagaimanapun keadaaan ini tidak bertahan lama, kerana guru yang berkemahiran

dalam mata pelajaran jawi berkurangan. Akhirnya mata pelajaran jawi berpindah ke

dalam penagajaran pengetahuan Agama Islam. Namun ini tidak dapat dilaksanakan

dengan sepenuhnya, kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu untuk pengajaran isi

pengajaran pengetahuan agama Islam. Keadaan yang tidak menentu ini wujud sehingga

sekarang. Dan serentak itu, kedudukan tulisan jawi terus menerus malap dan merosot

(Amat Juhari Moain 1992).

Berdasarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan sejarah perkembangan tulisan

jawi, Prof. Amat Juhari mendapati bahawa tulisan Jawi banyak menghadapi masalah dan

cabaran serta tentangan.

Pertamanya, persaingannya dengan tulisan rumi yang dipopularkan oleh penjajah

dan akhirnya tulisan rumi diterima oleh masyarakat sebagai tulisan utama bagi bahasa

Melayu. Pada tahun 1963, dasar menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi

bahsa Melayu di Malaysia diperkukuh oleh Akta Bahasa 1963. Dengan itu tersingkir

terus kedudukan tulisan Jawi untuk bahasa Melayu.

Kedua, orang bukan Melayu yang jumlahnya lebih banyak daripada orang Melayu

di seluruh Malaysia tidak dapat menerima tulisan jawi walaupun bahasa Melayu diterima.

Hal ini demikian kerana orang bukan Melayu terutamanya yang bukan Islam

menganggap tulisan Jawi sebagai tulisan orang Islam. Oleh sebab itu mereka bukan Islam

maka mereka tidak dapat tidak atau tidak perlu menerima tulisan Jawi ini.

Ketiga, pedoman-pedoman ejaan Jawi yang wujud selama ini masih banyak

mempunyai kelemahan daripada segi banyaknya pengecualian. Ini termasuklah sistem

Ejaan Jawi Yang disempurnakan (EJYD). Oleh itu, panduan dan pedoman ejaan yang ada

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 17: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

17

masih belum dapat memberikan panduan dan pedoman yang sempurna dan tidak dapat

menyelaraskan semua ejaan bagi kata-kata bahasa Melayu.

Keempat, huruf-huruf saksi (vokal) Jawi hanya ada tiga sahaja, dan huruf-huruf

ini masih berfungsi sebagai huruf benar selain sebagai huruf vokal. Dalam bahasa

Melayu terdapat enam vokal. Ini bermakna huruf Jawi masih kurang untuk digunakan

dalam bahasa Melayu. Ini satu kelemahan yang berat bagi tulisan Jawi jika dibandingkan

dengan tulisan rumi, walaupun dari beberapa segi yang lain tulisan Jawi lebih baik

daripada tulisan Rumi.

Kelima, di kalangan orang Melayu sendiri terdapat golongan konservatif yang

tidak mahu berubah atau menerima perubahan tentang sistem ejaan dan tulisan jawi.

Akhirnya mereka menentang segala apa yang baru. Contohnya huruf ?’ yang telah lama

berada dalam tulisan Jawi ditolak oleh banyak orang Melayu terutamanya golongan

agama daripada digunakan dalam bahasa Melayu. Mereka tetap mempertahankan

penggunaan huruf ?ˆ untuk dua fonem Melayu; p dan f, satu langkah serta pendapat yang

tidak ilmiah serta membayangkan fikiran yang sempit (Amat Juhari Moain 1992).

Keenam, ada segolongan orang yang berpendidikan agama yang tidak mahu menerima

ejaan baru bagi kata serapan daripada bahasa Arab kerana berbeza ejaannya dengan yang

ada dalam bahasa Arab, sekalipun perkataan itu bukan istilah agama. Mereka

memandang bahasa Melayu daripada kaca mata bahasa Arab.

Dengan apa yang tidak sesuai dalam Bahasa Arab dihukumkan tidak sesuai juga

dalam bahasa Melayu. Contohnya ejaan ‘terbit’ sebagai ?‹?‹?‹?‹?‹mengikut Ejaan Pakatan

Johor dianggap salah kerana terkeliru dengan ejaan kata Arab ‘tarbiyyat’ ?7?7?7?7?7?7. Tetapi

kalau homograf itu perkataan Melayu maka itu tidak mengapa bahkan mesti dikekalkan.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 18: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

18

Contohnya ?­?­?­?­(untuk oleh dan olah) dipertahankan bermati-matian. Dengan wujudnya

golongan seumpama ini maka tidak dapat diwujudkan ejaan yang seragam dan baku bagi

tulisan jawi (Amat Juhari Moain 1992).

Justeru masalah di atas, maka kelemahan kemahiran menulis jawi khususnya pada

generasi muda, termasuk guru dan pelajar sekolah bukanlah merupakan sesuatu yang luar

biasa lagi dalam masyarakat Melayu kita, walaupun terbukti dalam sejarah tamadun

bangsa tulisan inilah yang menjadi wahana kemajuan negara bangsa khususnya di

kepulauan Tanah Melayu yang paling ampuh. Dalam usaha memartabatkan semula

‘khazanah mutiara’ ini guru sebagai peneraju ilmu perlu membuktikan bahawa golongan

ini dapat diletakkan di tempat yang tinggi. Kegagalan guru untuk memikul peranan ini

akan mengecewakan generasi akan datang (Amat Juhari Moain 1992).

6. Cadangan Untuk Mengatasinya

6.1 Mengadakan Kempen Mencintai Tulisan Jawi

Kempen-kempen tentang jawi seperti pertandingan menulis khat jawi dan tulisan jawi di

papan-papan tanda perlu dilakukan menerusi persatuan dan kelab di sekolah-sekolah. Ini

perlu dilaksanakan dengan berkesan agar hasrat untuk melihat para pelajar mencintai dan

meminati tulisan jawi dapat dicapai.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 19: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

19

Papan-papan tanda bertulisan jawi boleh diletakkan di pintu pagar sekolah dengan

tulisan jawi yang cantik dan menarik. Selain itu, di pintu-pintu bilik darjah juga boleh

diletakkan dengan tulisan ini dengan harapan pelajar dapat melihatnya setiap hari dan

hasilnya mereka akan menghargainya.

6.2 Memperbanyakkan Bahan Bacaan Dalam Tulisan Jawi

Para penulis dan penerbit buku-buku hendaklah memperbanyakkan karya mereka yang

dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi seperti komik-komik, novel-novel dan

cerita kanak-kanak. Bahan bacaan yang ringan sebegini memang diminati oleh golongan

pelajar, jadi di sinilah kesempatan untuk menyemai minat mereka.

Kita dapati sekarang bahan-bahan bertulisan jawi amat kurang di pasaran, jadi

untuk membentuk anak-anak dan para pelajar agar gemar kepada tulisan jawi cadangan di

atas perlu dilaksanakan dengan serius.

Selain itu juga, dengan mengetahui dasar tulisan jawi akan memudahkan

seseorang membaca al-Quran. Apabila mengenali huruf dan hukum-hukum dalam tulisan

jawi, seseorang itu boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan lebih yakin dan senang.

Walaupun sistem tulisan ini telah jauh sedikit terlepas daripada peraturan yang mendasari

tulisan arab asli, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan arab sehingga orang yang

mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati bahasa Arab dengan lebih mudah.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 20: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

20

Di Malaysia tulisan jawi lebih dititik-beratkan sebab agama rasmi negara kita

ialah Islam. Ini boleh dikatakan daripada segi hubungan antara agama dengan bahasa di

dunia ini. Umpamanya agama Hindu berpasangan dengan bahasa Sanskrit, agama

Buddha berpasangan dengan Cina, agama Kristian berpasangan denagn bahasa Inggeris

dan tulisan Romawi dan agama Islam berpasangan dengan bahasa Arab atau pun tulisan

Arab dan jawi. Dilihat daripada segi perkaiatan di atas itu kita boleh katakan agama Islam

tidak begiti berpasangan dengan tulisan Rumi sebaliknya ia mesti berpasangan dengan

tulisan arab dan jawi, kerana tulisan rumi ini berasal daripada agama Kristian.

Sehinggakan kalau kita mahu teguh di dalam agama Islam, maka kita perlu ghairah

menyelidiki dan menggunakan tulisan jawi ini (Kang Kyoung Seock 1986: 2-3).

6.3 Menyemak Semula Kurikulum Pelajaran Jawi

Mengakui masa depan tulisan jawi akan terus berselinap di bawah sinar kemajuan dan

tiada jalan pintas untuk kebangkitannya, Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu (PWM)

Kelantan, Rokaid Chik akur usaha membangunkan semula jawi ke alam kegemilangan

memerlukan pengembelengan tenaga gigih yang bermula seawal peringkat sekolah

rendah.

Menurutnya, secara asasnya iltizam kental daripada Kementerian Pendidikan

sendiri diperlukan dalam pembinaan semula jajaran pengguanaan tulisan jawi

sebagaimana zaman kemasyhurannya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 21: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

21

“Satu kajian keberkesanan terhadap sistem pendedahan atau pengajaran tulisan

jawi di sekolah hendaklah disegerakan bagi mengelakkan ia terus tenggelam dalam arus

pengukuhan bahasa Melayu menerusi tulisan rumi.

Kementerian Pendidikan perlu kembali menyemak kurikulum sekolah berhubung

pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan ketika ini ia hanya diserapkan secara tidak

langsung dalam pelajaran pendidikan Islam tanpa diadakan suatu pengajaran khusus yang

rapi.

Rokaid berpendapat, bukan sesuatu yang pincang bagi kementerian terbabit

melakukan semakan terhadap sistem pengajaran lama tulisan jawi sebagaimana yang

diamalkan di sekolah sekitar 70-an, umpamanya memperbanyakkan gerak kerja menulis

dan membaca jawi.

6.4 Kerjasama Dari Jabatan Kerajaan Dan Jabatan Swasta Mesti Dipereratkan

Lagi

Kedua-dua agensi ini mestilah berganding bahu bekerjasama menggembeling tenaga

untuk meningkatkan mutu tulisan jawi dan wajarlah mereka itu menyusur usaha

mempertingkat dan mengangkat semula martabat tulisan jawi melalui pelaksanaan

bersepadu di setiap unit pentadbiran, misalnya memperkenalkan tulisan jawi pada papan

tanda atau iklan selain risalah rasmi.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 22: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

22

Jika tidak kesannya, kemerosotan anak Melayu moden dalam menguasai tulisan

jawi akan terus menerjah curam jika usaha menggerak semula kegemilangannya sekadar

disambut suara muram beriring langkah longlai.

Kerana itu, kewajipan akta yang memastikan pengukuhan dan memartabatkan

bahasa Melayu tidak harus menjadi alasan peminggiran pengaruh jawi masa kini, jauh

sekali sebagai alasan untuk melepas tangan oleh pihak tertentu.

Kita juga mendapati langkah para peniaga terutamanya para peniaga bukan

Melayu menggunakan tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan mereka adalah

merupakan satu usaha yang bijak ke arah membantu memrtabatkan tulisan Jawi. Malah

usaha itu ternyata amat membanggakan kita kerana membuktikan betapa orang-orang

bukan Melayu juga turut memandang tinggi dan menghargai tulisan Jawi ini. Usaha

menggalakkan penggunaan tulisan Jawi terutama pada papan-papan tanda dan nama

premis-premis perniagaan seharusnya dipertingkatkan dan diperhebatkan lagi bagi

mempastikan tulisan tulisan ini terus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ini bertujuan

untuk mempastikan para peniaga terutama para peniaga bukan Melayu turut sama

membantu menggalakkan pengunaan tulisan Jawi.

Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa seperti Majlis Kerajaan Tempatan

perlulah memainkan peranan untuk membantu meluaskan penggunaan tulisan Jawi ini di

samping mepastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan tanda dan premis

perniagaan mereka.

Sebagai satu usaha menggalakkan penggunaan tulisan Jawi ini juga, pihak

berkuasa tempatan perlu mempastikan setiapa papan tanda baru untuk premis perniagaan

sama ada premis baru atau pun yang sedia ada haruslah menggunakantulisan jawi selain

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 23: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

23

daripada tulisan Rumi yang biasa digunakan. Malah pihak berkuasa tempatan juga boleh

mengambil inisiatif tertentu seperti mangadakan pertandingan penggunaan tulisan Jawi

pada papan tanda premis perniagaan sebagai satu dorongan kepada para peniaga untuk

terus menggunakan tulisan Jawi ini (Utusan Zaman 10 Disember 2000).

Tetapi, menurut Hamdan (1999), kalau sudah tidak berminat untuk meningkatkan

kemahiran jawi bermacam alasan negatif tentangnya dikemukakan termasuk alasan

budaya, politik dan ekonomi. Kesukaran membaca bahan persuratan jawi kerap

dilaungkan oleh sesetengah orang sebagai alasan untuk meminggirkan aksara ini dari

tempat asalnya. Anehnya tidak pula kedengaran orang merungutkan kesukaran membaca

tulisan Rumi bahasa Inggeris sekalipun ejaannya boleh dikatakan paling tidak sistematik

di dunia. Sikap negatif itu dapat kita lihat di kalangan orang Melayu di Malaysia. Setelah

lebih tiga puluh tahun lamanya Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan di Kuala Lumpur

tiada seorang pun sarjana yang bertakhasus dalam hal-ehwal persuratan Jawi. Sebaliknya

sarjana dari Korea Selatan pula yang membuat kajian mendalam tentang subjek ini.

7. Penutup

Tulisan jawi merupakan warisan orang Melayu yang mana kita wajar

mempertahankannya supaya ianya tidak hilang begitu sahaja ditelan arus pembangunan

Seharusnya generasi muda hari ini tidak leka dengan pelbagai jenis cabaran dan dugaan

di alaf baru.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 24: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

24

Kita juga patut mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Utusan Malaysia

kerana masih menerbitkan suratkahabar bertulisan jawi iaitu akhbar Utusan Melayu dan

Utusan Zaman. Tidak lupa juga kepada akhbar Berita Minggu dengan kerjasama kerajaan

negeri Johor telah mengadakan peraduan menulis jawi setiap minggu dalam akhbar

berkenaan. Walaupun hadiah yang diberi berupa sedikit saguhati, tetapi ia mampu

menarik semua golongan untuk menyertainya.

Selain itu peranan semua pihak tidak kira pihak media atau pun kerajaan

hendaklah sama-sama memelihara warisan kita ini supaya ia menjadi kebanggaan bangsa

Melayu. Kalau bangsa lain mempunyai kebanggaaan masing-masing, maka apa

kurangnya bangsa Melayu. Kita patut berbangga dengan seni tersebut kerana ia

mencerminkan kebudayaan kita, ia harus kekal supaya anak cucu kita di masa akan

datang dapat mengenali dan mengetahui sejarahnya.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 25: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

25

Rujukan

Ab Shukor Hassan. 1990. Pencapaian Pelajaran Jawi KBSM

Tingkatan Satu di sekolah menengah Kebangsaan (Agama)

Sharifah Rodiah, Melaka. Latihan Ilmiah. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. 1992. Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal

Bahasa 35 (11): 101 1012.

__________________.1996. Perancangan Bahasa: Sejarah aksara

Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Che Seah @ Che Siah Hj. Che Man. 1995. Persepsi pelatih

Pengajian Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Jawi di Institut Perguruan Sultan Idris:

Satu kajian kes. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamdan Abdul Rahman.1999. Panduan Menulis dan Mengeja

Jawi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ishak B. Md Shah @ Mat Shah. 1991. Penguasaan Tulisan Jawi

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 26: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

26

di Kalangan para pelajar tingkatan dua, satu tinjauan.

Kertas Ilmiah. Universiti Pertanian Malaysia.

Kang Kyoung Seock. 1986. Perkembangan jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala

Lumpur: Yayasan Syed Kechik.

Mohd Puad Johar. 1999. Penguasaan kemahiran menulis Jawi di

kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Perempuan

Melayu Melaka. Kertas Projek. Sarjana Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muzni Hj. Borhan. 1995. Penguasaan pelajaran Jawi di

kalangan Murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah

daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus. Tesis

Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhana Bt Hj. Abdullah. 1999. Penguasaan menulis Jawi

dalam pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar

sekolah menengah di negara Brunei Darul Salam. Kertas

Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

Page 27: --Jawi Dan Isu2 Penddkan--

27

Akhbar:

LC Fang. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. Berita

Harian 20 November:8.

Mohamed Jusoh. 2000. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji.

Mingguan Malaysia 25 Jun: 13.

Nordin Saad. 2000. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. Utusan

Zaman 10 Disember: 10.

Shahrul Nizam Abdul Talib.2000. Pupuk Minat Pelajar Cintai

Jawi. Utusan Zaman 3 Disember: 10.

Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer