tugasan deb
Post on 02-Jan-2016
89 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan mulai 1970 hingga 1990 telah melonjakkan ekonomi Negara khususnya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, DEB merupakan suatu kejayaan besar dalam perpaduan dan hubungan etnik di Malaysia.
Huraikan:
I. Strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Pengenalan
Sejak mencapai kemerdekaan Negara, Malaysia telah memperkenalkan dasar-
dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memajukan negara.Kesan
daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut, Malaysia kini telah banyak mencapai
kemajuan dalam pelbagai bidang. Secara umumnya dasar bermaksud perancangan
Kerajaan untuk mencapai sesuatu matlamat sama ada dalam bidang ekonomi, politik
atau sosial.
Dasar juga boleh ditakrifkan sebagai “apa yang dilakukan oleh Kerajaan atau
sebaliknya” . Setiap Kerajaan mempunyai matlamatnya yang tersendiri berdasarkan
masalah dan isu yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah tersebut, Kerajaan perlu
merancang strategi yang sesuai dengan sumber dan keupayaannya. Terdapat masalah
yang dapat diselesaikan secara cepat namun banyak masalah yang memerlukan
perancangan jangka panjang bagi penyelesaiannya.
Pada awal era kemerdekaan, Kerajaan menghadapi pelbagai masalah seperti
perpaduan kaum, kemiskinan, jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar
bandar serta ancaman komunis.Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan memperkenalkan
dasar-dasar yang bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh
Kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Ekonomi melalui Rancangan
Pembangunan Lima Tahun yang menggariskan pelan pembangunan yang ingin
dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosioekonomi. Termasuk di dalam rancangan ini
ialah Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970.
Tercetusnya Sebuah Dasar
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah
ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan
perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Masalah perpaduan kaum ini bermula
sejak zaman penjajahan British lagi. Perbezaan aktiviti ekonomi ini juga menyebabkan
kurangnya peluang untuk ketiga-tiga kaum ini bercampur gaul bagi mewujudkan
perpaduan. Mengikut Furnival, ketiga-tiga kaum mengamalkan budaya dan agama yang
berbeza walaupun tinggal di sebuah Negara. Di sini juga wujud pengenalan kaum
mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. Kelebihan masyarakat Cina ialah kerana
mereka bekerja di lombong bijih yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan Bandar
seperti di Lembah Kelang. Hasilnya kedudukan sosio ekonomi masyarakat Cina lebih
baik jika dibandingkan dengan orang Melayu dan India.Sejak Malaysia mencapai
Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi
di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan
ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidakseimbangan yang serius. Ini bermakna,
walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik.
Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar
bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum
Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor
korporat.
Kemiskinan yang dialami berpunca daripada pelbagai sebab antaranya ialah
produktiviti yang rendah dalam bidang pertanian seperti tanaman padi, saiz tanah atau
ladang yang tidak ekonomik, tidak memiliki tanah, harga komoditi seperti getah yang
rendah selain sikap masyarakat yang negatif. Masalah daripada jurang pendapatan
yang berbeza antara kaum dan kemiskinan telah memberi kesan kepada perpaduan
kaum di Malaysia. Menjelang pilihanraya umum pada 1969, isu-isu hubungan kaum dan
ekonomi telah dimanipulasikan oleh parti-parti politik khususnya pihak pembangkang
menyebabkan hubungan kaum menjadi tegang. Akibatnya tercetusnya peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang merupakan pengalaman terburuk bagi negara
Malaysia. Kerajaan amat menyedari keadaan ini dan telah telah mengambil tindakan
bagi memperbaiki keadaan, antaranya dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969, DEB diperkenalkan
pada tahun 1970 iaitu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak.
Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur
semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil dan aman di
samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan
semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi.
Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha mencapai sasaran sosio
ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara
mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai
kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai
sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui
kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia.
Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Pembangunan Keseimbangan Ekonomi Dengan Dasar Ekonomi Baru.
Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk
menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport.
Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini pada purata
tahunan 6.0 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan,
menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan
negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
Salah satu aspek penting DEB adalah berada di premis ekonomi yang
berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan
peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk
membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran
utama ekonomi. Tambahan lagi, ia akan memastikan bahawa pengagihan tidak berlaku
dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru
kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula
masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan
menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari
49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi
kepada 5.1 peratus pada 2002.
Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di
Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum
pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih
sedikit dari 2 peratus. DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di
mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat
Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi
yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada
20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia
yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing.
Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti
menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar
berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2002, disebabkan
jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah
dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga,
nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun
1970.
Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada
pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang
berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan,
kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.Ini untuk
memastikan rakyat miskin boleh berdikari untuk turut serta dalam aktiviti aliran utama
ekonomi. Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program
pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ; peruntukan bagi
infrastruktur saliran dan pengairan; perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan
pembangunan industri kampung dan kecil; infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya,
elektrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan
dan penempatan semula setinggan.
Program penyusunan semula masyarakat menfokuskan kepada strategi berikut:
Campur tangan terus dari Kerajaan melalui pengwujudan agensi khas untuk
mengambil alih kepentingan ekonomi dan memegang amanah ini untuk
Bumiputera sehingga sampai masa apabila mereka berkemampuan untuk
mengambil alih.
Memperkenalkan peraturan dan pengaturan khas, di mana penglibatan dan
penyertaan Bumiputera dibantu dan dipermudahkan dalam sesuatu tempoh
masa.
Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian
dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan.
Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan.
Menambah pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan;dan
Mengurangkan secara progresif, melalui keseluruhan perkembangan ekonomi,
ketidak seimbangan di dalam pekerjaan agar pekerjaan mengikut sektor dan
tahap pekerjaan akan mencerminkan komposisi kaum.
Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan.
Menambah pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan; dan
Mengurangkan secara progresif, melalui keseluruhan perkembangan ekonomi,
ketidakseimbangan di dalam pekerjaan agar pekerjaan mengikut sektor dan
tahap pekerjaan akan memcerminkan komposisi kaum.
Pelaksanaan DEB menitikberatkan tiga perkara utama:
1. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan sektor pertanian dengan
menggunakan teknologi baru, alat-alat baru dan kemudahan yang lebih
baik.Antaranya:
a. Membina projek perumahan kos rendah.
b. Menyediakan kemudahan pengangkutan –bayaran murah.
c. Menyediakan kemudahan asas bekalan air, elektrik dan kesihatan.
d. Memperbanyak peluang pekerjaan.
2. Mengadakan pelbagai perkhidmatan sosial terutamanya untuk meninggikan
taraf hidup golongan berpendapatan rendah. Antara langkahnya:
a. Penanaman padi dua kali setahun.
b. Kemudahan parit dan tali air.
c. Memperbaiki kemudahan kredit dan pemasaran.
d. Bantuan kewangan untuk peniaga kecil.
e. Penanaman padi luar musim
3. Menambah peluang untuk menukar kegiatan dari sektor yang rendah
produktivitinya kepada kegiatan ekonomi yang lebih menguntungkan melalui:
a. Rancangan pembangunan `in-situ` dan kemajuan tanah seperti FELDA dan
FELCRA
b. Projek perikanan dan pertanian moden.
c. Bantuan kewangan dan teknikal.
d. Menyusun semula organisasi- organisasi-delivery system.
II. Analisakan kejayaan rancangan-rancangan ekonomi dibawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam konteks pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia.
DEB menggambarkan keazaman Kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara bersatu
padu, adil, stabil dan progresif. Matlamat-matlamat DEB dijangka dapat dicapai dalam
keadaan ekonomi yang berkembang dengan pesat supaya tidak ada mana-mana
golongan mengalami kerugian atau merasa hak mereka diketepikan. Berdasarkan
kesedaran ini, DEB bertujuan mewujudkan satu susunan sosioekonomi yang adil bagi
rakyat Malaysia meningkatkan pencapaian mereka menerusi satu sistem yang
membolehkan penglibatan, pengurusan dan penguasaan mereka secara lebih saksama
dalam proses pembangunan negara.
Perlu ditegaskan bahawa perpaduan negara merupakan objektif menyeluruh dan
matlamat asas negara. Perpaduan negara menjadi asas dalam usaha membentuk
sebuah negara yang teguh dan bersatupadu dan amat penting bagi menjamin keutuhan
dan keselamatan negara dalam jangka panjang. Berbagai usaha telah dijalankan sejak
15 tahun yang lalu bagi mencapai matlamat tersebut.
Salah satu daripada berbagai corak pendekatan yang telah diambil ke arah perpaduan
negara ialah pembentukan satu suasana sosioekonomi yang membolehkan penyertaan
semua kaum dengan lebih berdaya maju dan saksama dalam proses pembangunan.
Sehubungan dengan ini, DEB merupakan satu daripada pendekatan untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional menerusi pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Program-program pembasmian kemiskinan yang
telah dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun yang lalu telah berjaya memupuk semangat
hidup bermasyarakat dan perasaan terjamin serta mengurangkan perasaan diketepikan
dan perasaan terasing dengan melibatkan golongan miskin dalam berbagai corak
pembangunan ekonomi. Program penyusunan semula masyarakat pula telah berjaya
melibatkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan, dalam kegiatan
perdagangan dan perindustrian. Rakyat Malaysia dari berbagai keturunan bersama-
sama menyumbangkan tenaga dalam kegiatan-kegiatan moden menerusi strategi-
strategi penyusunan semula gunatenaga di bawah DEB.
1. Rancangan Malaysia Kedua
Merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama di bawah DEB.
Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan diberikan
terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi
merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi
ekonomi. Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan. Beberapa
agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk
melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain juga telah ditubuhkan
khususnya untuk membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan
perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.
2. Rancangan Malaysia Ketiga
Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua
yang terus mendokong aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat terus menjadi matlamat segala program
pembangunan ekonomi dalam tempoh ini. Program pembangunan pertanian dan
perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekeriaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara besar-
besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-
agensinya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan
Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit
kerana keperluan eksport. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya
dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.
3. Rancangan Malaysia Keempat
Rancangan Malaysia Keempat juga seperti Rancangan Malaysia Ketiga yang
mendukung aspirasi DEB. Namun begitu, Rancangan Malaysia Keempat
dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi. Rancangan
Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam
Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia Keempat mula memberikan
tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan
modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri
Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah
untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat
dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi menggiatkan
perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah
dibuka seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu
(Sarawak)serta di Menggatal dan Likas (Sabah). Di samping itu, zon
perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang)
dan di Sungai Way (Selangor). Bagi memastikan keberkesanan projek
perindustrian, dua program telah dilancarkan pada tahun 1983, iaitu Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian. Kelemahan dalam
struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan
industri dan strategi pelaksanaannya. Pengenalan Dasar Penswastaan dan
Dasar Pensyarikatan Malaysia merupakan perkembangan baru dalam
Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan sektor swasta dalam menjana
pembangunan ekonomi negara. Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan
bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Bagi mengimbangi
pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum
bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.
Sektor pertanian turut diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Keempat
menerusi Dasar Pertanian Negara (DPN). Dasar ini yang dibentuk pada tahun
1984 bermatlamat untuk memodenkan dan menggiatkan semula sektor
pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan sokongan. Secara keseluruhannya, Rancangan Malaysia Keempat
mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar
5.8 peratus setahun. Pendapatan per kapita pula telah meningkat pada kadar 4.4
peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.
4. Rancangan Malaysia Kelima
Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang
terakhir untuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun
1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk
meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal
hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat
pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan
berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Pembangunan
kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah dengan lebih
cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan.Untuk
kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluas, misalnya, melalui Bank
Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar
Malaysia. Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun
Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia
Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini
dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga
tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara. Pada tahap kedua,
pelaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar
kemiskinan menurun manakala dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak
milik modal saham kaum bumiputera meningkat. Walaupun begitu, peningkatan
hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3% sedangkan sasaran
yang ditetapkan 30%. Sebaliknya, hak milik modal saham kaum bukan
bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan.Ini
bermakna DEB memberikan manfaat kepada semua kaum. Peningkatan hak
milik modal saham kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya
mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%.
5. DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
Dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk memenuhi keperluan
ekonomi moden yang berteraskan perindustrian.
Dasar Pertanian Negara
Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984
bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap
maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan
berkesan. DPN juga bermatlamat untuk memaksimumkan pendapatan pekebun
kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport.
Beberapa strategi untuk mencapai matlamat DPN telah dilaksanakan. Antaranya
termasuklah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan
FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Selain itu, program
pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan
perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi dan
penyelidikan. Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di
bawah Kementerian Pertanian juga diperkenalkan.
Pembangunan In-Situ
Merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian yang
sedia ada. Dilaksanakan melalui projek-projek pembangunan pertanian
bersepadu dan program yang lazim dilaksanakan oleh jabatan kerajaan
contohnya, KEMUBU, BESUT, JOHOR BARAT, KELANTAN UTARA dan
SELANGOR BARAT.
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan pada 25 Februari 1983. Dasar ini
bermatlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan
berkesan dalam pembangunan negara. Melalui dasar ini, Malaysia dianggap
sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan sektor
swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan
pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat ini, iaitu
Malaysia. Bagi melaksanakannya, sebuah panel perunding antara pihak
kerajaan dengan sektor swasta telah ditubuhkan.Pegawai kerajaan ditempatkan
di syarikat swasta untuk menilai hubungan dan berkongsi kepakaran. Sektor
swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan
nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan
maksimum. Pihak kerajaan pula bertindak memberikan perkhidmatan sokongan
bagi memudahkan operasi sektor swasta.
Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983. Menerusi dasar ini, kerajaan
memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa
tertentu kepada sektor swasta. Dasar Penswastaan bermatlamat mengurangkan
beban kewangan kerajaan. Selain itu, dasar ini bertujuan meningkatkan
produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta
dianggap lebih cekap daripada sektor awam. Dasar Penswastaan diyakini dapat
mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh
sektor swasta. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai
jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan kepada sesebuah
kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan.Berdasarkan
garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada
secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.Menerusi Dasar Penswastaan
kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan
terhadap pembangunan sektor lain. Antara syarikat yang terlibat dalam
penswastaan oleh kerajaan termasuklah: Syarikat Airod Sdn. Bhd. dan Tenaga
Nasional Berhad (TNB).
Dasar Hala Tuju Cara Baru
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan
luar bandar. Jelasnya, dasar ini merupakan pendepatan baru kerajaan
membangunkan kawasan tersebut. Matlamat utama dasar ini adalah untuk
meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui
penglibatan mereka dalam sektor pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga
strategi.
Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung
menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat
disediakan dengan lebih ekonomik.
Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri
pembuatan barangan.
Strategi ketiga ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi
kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) bermatlamat untuk
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan walaupun negara
menghadapi pelbagai cabaran. Peningkatan hasil pendapatan negara penting
untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang Iebih tinggi. DPDPN ini
juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi
mengelakkan sebarang pembaziran di samping memastikan sektor perindustrian
dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Antara strategi pelaksanaan
DPDPN termasuklah membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi,
penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni.
Dasar Kependudukan
Dasar Kependudukan telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac
1984. Matlamat Dasar Kependudukan adalah untuk mencapai sasaran 70 juta
penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa
yang panjang akan memberikan kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja,
peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Di samping itu, jumlah
penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan
keselamatan negara. Dasar Kependudukan menitikberatkan keselarasan antara
kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi
negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan,
kesihatan dan peluang pekerjaan. Oleh sebab itu, segala program pembangunan
negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk memastikan
pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.
Kesimpulan
Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang
amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa
projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi di
antara kaum dapat dikurangkan. Pelancaran dasar-dasar pembangunan ekonomi jelas
memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang.Walaupun
dasar-dasar ini pada umumnya turut melibatkan kerajaan dan swasta tetapi hasrat
kerajaan tetap terpelihara. Sektor awam dan sektor swasta saling memahami dan
kerjasama terjalin erat. Kefahaman rakyat dan kakitangan kerajaan dapat
mempengaruhi keberkesanan segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
BIBLIOGRAFI:
1. Ahmad Ali Seman dan Warti bt Kimi .2013. Hubungan Etnik Di Malaysia. Print
Malaysia Sdn. Bhd. Wilayah Persekutuan.
2. Ahmad Fawzi Abdul Halim Ahmad . 1987. Isu-isu Perpaduan, Cabaran,
Pencapaian dan Masa Depan. Kuala Lumpur.Percetakan Season Sdn Bhd.
3. Dasar Ekonomi Baru diakses daripada www.epu.gov.my › ... › Dasar-dasar
Utama diakses pada 25 Feb 2013.
4. Institut Tadbiran Awam Negara. 1997. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.
Kuala Lumpur.Percetakan Nasional Berhad.
5. Mohd Yusof Kasim. (1988). Ketidakseimbangan Wilayah: Satu Penilaian
Terhadap Dasar dan Strategi Pembangunan Wilayah dalam Tempoh Dasar
Ekonomi Baru (1970-1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Pengseimbangan melalui Dasar ekonomi baru di ... Diakses daripada
http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf pada 25
Feb 2013
7. Rancangan Malaysia Kelima. Diakses daripada
http://www3.pmo.gov.my/rancanganweb/rancangan1.nsf/18919c170aa1dfba482567320023cc
04/bc8bcacad457f4e14825674b00329232?OpenDocument pada April 20, 2023
8. Mohd Firdaus Wong bin Abdullah. (Feb 18, 2011).Diakses daripada
http://mohdfirdauswong.blogspot.com/2011/02/nota-sejarah-bab-7-tingkatan-5_18.html
pada April 20, 2023
9. Pusat Maklumat Rakyat (Nov 14, 2008). Diakses daripada Rancangan Malaysia Kedua
(RMK-2: 1971 – 1975)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/284-rancangan-
malaysia/1361-rancangan-malaysia-kedua.html pada April 20, 2023
top related