tugasan bmm sem 7

Post on 20-Dec-2015

231 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Menurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi

sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada

bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu

bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk

bertulis. Menurut  Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa

kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan

seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu

itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya.

 Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah

membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan

prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik,

kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.

top related